Rose Princesses: Intentional Date
Chapter 13
June
14
Hari ini masuk dua
bulan kami berada di Robella. Tak sangka
juga kan yang kami berempat tak bercakap pun pasal dunia manusia sejak tinggal
di sini.
Mungkin kami lebih
suka di sini berbanding di sana. Kalau Mea.. tak payah cakap. Dia boleh
sembunyikan dari yang lain tapi dari aku… senang je nak nampak. Kelmarin dulu
aku perasan yang Onew dan Mea berkapel. Time…. Time…. Ah! Time latihan Rose
Princesses, Pink dan White Rose Vs Blue Rose.
Weisyeee men!!! Bukan main
si Onew tu cemas, risaukan Mea kalau cedera, broke her hand, broke her leg or
broke her face! Nak cover dari den? Aku boleh agak dari muka Onew walaupun dia
try sembunyikan.
Hah! Ni pula pasal
Danny. Kenapalah dia selalu melekat dengan aku? kadang-kadang rimas juga aku
dengan dia.. tapi dia sweeeeet sangat! Selalu jaga hati aku dan… Dia lamar
AKu!! perkahwinan kami akan bermula seminggu dari sekarang… Epic!!
Oh ya! Minho… apa kes
dia jauhkan diri dari aku setiap kali Danny ada yeah? Tak faham aku dengan
perangai mamat satu ni. Kadang-kadang baik.. kadang-kadang dingin… apa kess???
Kau memang bodoh! kan aku dah kata jangan dekat sangat dengan
si Danny tu? kamu takkan bersama walaupun kau tunggu seribu tahun untuknya. Dia
hanya sweet talk dengan kau sebab dia nak kau terjebak dalam perangkapnya.
Luna melepaskan pen tersebut apabila Eliza mengawal
tangannya. “Apa kau nak lagi?”
Eliza muncul di depan Luna dengan wajah tak puas hati. ‘kau
memang tak pandai dengar cakap kan? Kau nak menyesal di kemudian hari ke?’
“Aku dah kata jangan masuk campur dalam urusan aku.” Luna
memeluk tubuh. “Kau marah ke aku tak sama Minho, tunang kau tu? Aku tak boleh
jadi kau hanya kerana muka kita sama. Aku tak boleh bersama Minho kalau dia anggap
aku, kau. Aku perlukan kebahagian juga kau tau?”
“Kita tidak akan pernah bahagia!!” Eliza naik berang.
“Selama aku di sini, tidak sekali pun aku rasa kebahagiaan sebagai budak lapan
tahun! Dan selepas itu, kau pula tak pernah rasa seperti perempuan remaja kaya
yang menjalani hidup glamour kenapa? Sebab kita tak akan bahagia selagi Heart
of Robella masih ada di dalam Istana ni!” Suara Eliza naik Volume 3
“I don’t care!” jerit Luna balik. “Aku tak kisah kalau kau
jadi penjaga Heart of Robella dan hentikan bercakap pasal kisah lalu aku!”
“I do care! Kenapa kau ni kepala batu sangat? Kenapa aku
kena jadi kau?!” Eliza nak cekik –cekik Luna sekarang ni.
“Siapa suruh kau pilih aku?!” Luna meramas rambutnya dan
menarik nafas banyak kali, cuba menenangkan dirinya. “Cam nilah. Kau bagi aku
masa seminggu untuk pilih keputusan aku sendiri. Kalau aku buat sesuatu yang
salah… Aku akan terima kau.”
“Tiga hari atau batal.”
Luna mengeluh. “Okay! tiga hari. Deal?”
Eliza tersenyum gembira. “Deal! Tiga hari dari sekarang. kita
akan lihat siapa akan menang dalam akhir cerita ni..” Eliza lenyap dari
penglihatan.
Lune tersenyum sinis. “Kau memang aku. Aku memang suka
dengan Deal dan cabaran. Kita akan lihat siapa yang akan pergi.”
XOXOXOXOX
Viola dan Fiona sedang bersembunyi di dalam semak sedang
menunggu mangsa datang ke lokasi yang di ramal.
“kau yakin dorang dua akan datang?” Soal Viola kepada
adiknya, berbisik.
“Shh… di sinilah tempat yang paaaaaling tepat untuk orang
berduaan tanpa ada gangguan.” Fiona yakin dengan teorinya.
Kedengaran tapak kaki berjalan menuju ke Angel of Heart,
bukan seorang tapi berdua. Si kembar terus berdiam diri melihat siapakah yang
datang ke tempat yang sunyi ni.
“Boo!” Luna mengejutkan mereka dari belakang.
“Aaaaaahhh!!!” Viola dan Fiona melompat keluar dari tempat
persembunyian mereka.
“Vee? Fee?” Ann terkejut melihat Si Kembar muncul disebalik
semak.
Si kembar berputar kearah Ann dan Teamin. Ternganga mereka
dibuatnya apabila mengetahui si pemalu dan si periang berada di Angel of Heart
fountain.
Luna tertawa kecil. “Shh…” katanya kepada si kembar
sembunyikan kehadirannya di tempat itu.
“A… Apa kamu buat di sini?” Teamin menyoal takut. Ya ampun…
kantoi oleh si kembar? Confirm dorang kasih tau abang-abang aku! desis hatinya.
Viola dan Fiona menarik sengih. “kami sedang cari mangsa
tapi… tak perlu lagi.” Kata Viola sambil menjeling kearah Luna yang masih
bersembunyi. It’s pay back time desis hati Viola.
Fiona mengangguk. “Nak nampak mangsa kami?”
Viola dan Fiona menarik Luna keluar dari semak dan tunjukkan
kepada Ann dan Teamin. “Ini mangsa terbesar kami ada setakat ni.” kata mereka
serentak
Luna tersengih-sengih. “Korang memang nak di belasah kan?”
Viola dan Fiona buat muka tidak bersalah dan memeluk Luna.
“Okay. Ann dan Teamin.” Viola menunding kearah dua kapel dihadapannya.
“Kami nak bawa Luna lari dari Istana ni, jadi kamu berdua
kena cover kami okay?” Sambung Fiona meminta tolong dengan mereka.
Luna blur. “Ke mana?”
Ann hanya mengangguk. mahu tak mahu kena setuju kalau tak…
bukan saja si kembar yang bising, Jonghyun dan Key juga akan bising.
Teamin menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Okay. syarat,
kamu rahsiakan benda ni dari yang lain okay?”
Viola dan Fiona mengangkat thumbs up dan membawa Luna lari
dari tempat tersebut meninggalkan dua kapel itu berdating.
Si kembar berpaut di lengan Luna supaya dia tidak lari.
Viola mengeluarkan phonenya dan mendail satu nombor.
“Pak cik! Tolong sediakan satu kereta berkerusi empat di
depan pagar utama taman okay? Ooookay!”
Luna memandang si kembar dengan penuh persoalan. “Korang nak
kidnape aku ke mana?”
Fiona menutup mulut Luna dengan menyumbat sebatang lollipop.
“Baik kau diam kalau kau tak nak Danny kesayangan kau jumpa kita.”
Kereta sedang menunggu di depan pagar taman utama dan tanpa
membuang masa, Si kembar memaksa Luna masuk kedalam kereta dan mereka bertiga
bergerak ke Bandar Robella tanpa memberitahu kepada sesiapa.
Terutamanya Danny, Luna diharamkan keluar dari istana untuk
keselamatannya. Mentang-mentang dia bakal jadi tunang Luna.. janganlah
mengongkong sangat. Kasihan Luna macam seekor burung merpati putih didalam
sangkar kecil bergantung di dalam bilik raja.
Ini ialah peluang Si Kembar untuk membawa Luna bersiar-siar
di kota Robella selepas dua bulan tinggal di dunia itu. Biarlah Luna dapat
sedikit kenangan manis untuk diingatkan sebelum balik semula ke Dunia manusia
kan? Kan?
Mereka akhirnya tiba di tengah bandar of Robella. Bandar
yang sangat canggih dengan technology yang modern. Lebih modern dari Dunia
manusia. Mereka mempunyai iklan hologram dan terdapat juga flying car yang
berterbangan di udara apabila terdapat trafik jam di jalan raya. Fashion
penduduk Robella lebih unik dari dunia manusia.
Luna memeluk tubuh memandang keluar tingkap. Walaupun dia
rasa teruja tapi dia tetap sakit hati dengan Si kembar sebab tidak bertahu
kemana mereka akan pergi.
Kalau aku tahu ke bandar… dah lama aku curi kad kredit Minho
atau Danny untuk di belanja desis hati Luna. “Kita shopping di mana?”
Viola yang sedang memandu tersenyum manis tanpa mengalihkan
pandangan dari jalan raya buat seketika. “Navy Mall. Dimana semua jenis barang dan
keperluan ada di tempat tu.”
Fiona mengangguk setuju. “Kalau kau pi sana percayalah,
tentu kau nak datang lagi dan pasal Duit..” Fiona mengeluarkan satu kad kredit
dari poketnya. “kepunyaan Key. Aku ‘pinjam’ untuk spen kita semua.”
Luna tertawa. “Lain bunyi je
perkataan pinjam kau tu. Kau ambil dari Key di biliknya kan?”
Fiona mengagguk buat muka
tidak bersalah. “Yang penting kita enjoy.”
Viola juga mengeluarkan satu
kad kredit dari poket seluarnya. “Jonghyun punya. Aku culik untuk sementara
waktu. Jadi, kita boleh shopping until our heart desire!”
Luna mendekati si kembar dan
memerhatikan wajah mereka satu per satu dan tersenyum nakal. “Korang dua ada
hati dengan dua mamat ni yea?”
Fiona dan Viola tersentak
sehingga menekan brek mati. Luna hampir terlempar ke depan akibat Viola tetiba
brek mati.
“HOI! Nak bunuh aku ke
hah?!” Luna meluku kepala Viola.
“K.. Kau punya pasallah buat
aku terjekut kau tau?” Viola cuba cover line. “Nak buat apa aku dengan
Jonghyun? Eiuw!!! No way!”
“Me? Key? Mr. Kunci? Sorry
sikit yea….” Fiona berlagak geli menyebut nama Key. “Rela aku kahwin dengan
monyet dari dia.”
Luna tertawa mendengar
alasan dorang. Rela kahwin monyet konon… padahal, hati berbunga kalah taman
bunga di istana desis hati Luna. “Whateverlah! Malas aku cerita pasal benda
yang akan di nafikan hingga mati. Baik kau tekan minyak tu sekarang dan kita
shopping hingga habis duit dorang. Okay?”
Viola dan Fiona mengangguk
setuju. “Alright, Let’s Go!!”
XOXOXOXOX
Dari kedai ke kedai, butik
ke butik, hampir semua kedai dalam shopping mall tu mereka pergi. Bukan Luna
yang syok membeli tapi Si kembar pula yang berlebihan. Rancang nak spen Luna
tapi akhir cerita mereka yang shop until they are drop!
Luna berada di ruang
menunggu didalam sebuah kedai pakaian yang berjenama. Malas nak cari baju kalau
kaki dah lenguh seharian berjalan dengan Si kembar.
“Mak Oi!! Note yourselves,
jangan pernah berjalan bertiga dengan Di kembar lagi.” Katanya mengingatkan
dirinya sendiri. “Bawa Mea sekali kalau keluar lagi.” Luna mengurut kakinya
yang lenguh dari berjalan. Tercabut kaki aku karang ni desis hati Luna.
Minho sedang berjalan
bersama rakan kampusnya selepas kelas pagi .Mereka di Shopping Mall Center,
Saja lepak-lepak bersama geng sekali-sekala.
Mereka berada di Melody Late
dimana berdekatan dengan tempat Luna dan si kembar berada.
“Minho, barusan kau join in
kita orang lepak. Kenapa? Girl problem?” Soal Leo melihat Minho yang kelihatan
tidak sebegitu ceria.
Minho mengeluh. “ Migraine aku
kalau aku seharian di istana terus!”
Troy memberi segelas air
putih kepada Minho suruh did tenangkan diri. “Sabar Bro, sabar.” Siapa tak tahu
Minho di kampus mereka? Dahlah Anti-perempuan, panas baran lagi. Kalau marah,
pecah dunialah maksudnya. “Apa kes lagi kau berang ni? Kes tetamu kau yang tiga
orang tu yea?” Troy menujukan kepada Mea dan Si Kembar.
Minho menggeleng. “Aku masih
boleh terima lagi dorang tu. kawan dorang lagi satu tu yang aku tak suka. Entah
apa dalam fikirannya dengan slamber je dia layan Danny cam couplenya, asalkan
mereka tak dah hubungan pun!” Minho luahkan kemarahannya. “Tak kau fikir giler
tu perempuan?”
Leo dan Troy tertawa
terbahak-bahak mendengar Minho mengkritik perempuan.
“Woi, sejak bila kau ambil
perhatian sangat tentang perempuan ni hah?” Soal Troy yang menahan gelaknya. “Setahu aku kaulah lelaki yang paaaaaling benci perempuan.”
“Ha-ha, very funny.” Kata
Minho acuh tak acuh. “Sengal aku kalau aku fikirkan budak tu. Buat orang sakit
hati je.”
Troy menepuk bahu Minho dan
memandangnya dengan serius. “Dude, itu buka sakit hati.. tapi, itu cemburu
namanya.”
Minho meluat dengar ayat
Troy. Cemburu? Wueck! Tak hingin aku nak cemburukan dia dengan Danny tu desis
hati Minho. “Wey… agak mulut kau tu sikit, kalau kau tak nak aku panggang jadi
sate.”
Luna memandang kekiri dan
kekanan mencari kelibat si kembar didalam kedai itu. “Alamak… mana budak dua
ni? Aku nak ke tandas lah!” kata Luna seolah-olah berbisik.
Ah! lantaklah, baik aku cari
sendiri sebelum terlambat desis hati Luna segera keluar dari kedai tersebut.
Dia mula berjalan melihat kekiri dan kekanan mencari kalau ada signboard tandas
di sekelilingnya.
“Alah… mana pulak tandas
ni?” Kenapa aku nak terkucil time-time cam ni pulak desis hati Luna menyalahkan
diri sendiri.
Troy ternampak seorang
perempuan yang berpakaian blouse berwarna kelabu dengan topinya berwarna
coklat, bersama beg bercorak cheetanya di depan Melody Late kelihatan mencari
sesuatu.
“Wei, wei wei! Tengok awek
cun tu!” Troy memuncungkan mulutnya kearah perempuan diluar cermin café. Leo
terus berpaling kearah perempuan tersebut manakala Minho tidak berminat
langsung.
“Weisssshhh… comelnya minah
tu!” kata Loe tertarik dengan penampilan perempuan tersebut.
“I know. Sapa nak serbu
dulu?” Troy memandang kearah Minho yang sedang kusyuk bermain dengan phonenya,
Troy mencebik dan beralih kepada Leo yang tidak berganjak dari melihat
perempuan itu. “Nak Osom?”
Loe memukul bahu Troy. “Dia
tengok sini! Dia tengok sini!”
Troy berpaling kearah
perempuan itu. Perempuan itu tersenyum memandang kearah mereka dan masuk ke
dalam.
“Wei lamak! Dia terus serbu
joe!!” Leo kegembiraan, tanpa bergerak dari kerusi, perempuan yang ditarget
datang sendiri. Rezeki.. rezeki!
Leo dan Troy ternganga
apabila perempuan tersebut datang mendekati mereka dan terus menarik lengan
Minho.
Minto terkejut apabila
tangannya ditarik oleh sepasang tangan perempuan dan segera dia mendongak
melihat perempuan sial mana yang berani kacau dia. “Luna?”
Luna tersenyum dan segera
menarik Minho keluar dari café tersebut. Leo dan Troy hanya ternganga melihat
rakannya di bawa lari oleh perempuan cantik tanpa Minho membentak atau
membantah. Terkejut juga nampak Mr. Anti-perempuan kenal perempuan secantik
Luna.
“Ho.. Hoi! Kenapa kau tarik
aku keluar?” Minho menarik tangannya dari genggaman Luna. semua orang melihat
kearah mereka dan berbisik-bisik apabila Luna kelihatan sedih.
“misunderstanding. Maaf, maaf.” Minho tunduk
maaf kepada orang disekelilingnya. Jatuh reputasi aku desis hati Minho. “Apa
kau nak?!” Soal minho seolah-olah berbisik.
“Tandas…”
“Apa?”
Luna mendekatkan dirinya
dengan Minho. “Mana tandas kat Mall ni hah? Dah nak terkucil dah ni!” katanya
berbisik juga.
Minho meramas rambutnya.
Kenapalah aku stuck dengan minah ni? desis hatinya lagi. “Jom!” Minho menarik
tangan Luna keluar dari pandangan orang ramai dan menuju ke tandas.
Minho sedang menunggu Luna
di luar sambil menyumpah serana perempuan tu. perempuan-perempuan yang lalu
keluar masuk tandas berbisik sesama sendiri melihat anak raja ke- 3 Robella
berada di depan tandas perempuan.
Tengah tunggu awek dia kot?
Sweetnya dia, aku ingat dia anti-girl. Siapa perempuan bertuah ni? Mesti secantik
Bfnya kan?
Muka Minho merah menahan
marah. Aku bukan Pak we dia!! Tak…. Tak mungkin aku jadi pasangan hidup dia
desis hati minho. Dia mengeluh kecil.
“Maaf tunggu lama sangat.”
Luna keluar dari tandas dengan wajah yang gembira. Akhirnya sempat juga sebelum
terlambat desis hati Luna lega.
Minho berdiri dari kerusi
menunggu dan meninggalkan Luna sendiri. Dia dah selesai, jadi urusan aku dah
selesai juga lah desis hatinya.
Langkah minho terhenti
apabila sleeve bajunya di tarik oleh Luna. “Minho, kau nak ke mana?”
Minho memandang wajah Luna
dengan penuh kemarahan. “Lari dari kau.”
Luna mencebik. “So much
drama…”
Minho menjenting dahi Luna.
“kau memang menyakitkan hati. Baik kau pergi sebelum aku panggang kau jadi
BBQ.”
“Ke mana? Kau bawa aku ke
sini laju sangat sampai aku tak dapat ingat jalan balik ke tempat aku. Kalau
aku sesat cam mana? Kau nak tanggung?” Luna memprotes kesabaran Minho. Jangan
ingat kau ada power electrick aku takut desis hati Luna.
“Kau nak kemana dan dari
mana juga hah? Bukan kekasih hati kau Danny larang kau keluar Istana ke?”
Luna menjungkit kening tiga
kali. “Aku lari dari istana. Si kembar bawa aku keluar untuk shopping.. tapi,
dorang pula yang berlebih sampai aku sendiri tak dapat beli baju.”
Minho tersenyum mendengar
yang Luna bersama si kembar dan melanggar peraturan Danny. Kau memang cari
nahas desis hati Minho kenal sangat Seniornya yang akan denda orang yang tidak
mematuhi perintahnya.
Dahi Luna berkerut. “kau nak
beritahu Danny pasal ni kan?” Minho mengangguk disertakan senyuman nakalnya.
“JANGAN! Jangan, jangan, jangan, jangan!”
Minho tertawa melihat muka
desperate Luna meminta tolong merahsiakan benda ini. “Sorry tapi aku takkan
berahsia dengan senior aku sendiri.” Minho mengeluarkan phonenya dan sedia
mendail number Danny.
Luna merampas phone Minho
dan segera mengeluarkan bateri phone tersebut dan sembunyikan di pocket
belakangnya. “Sekarang kau tak boleh call dia.” Luna menjelir lidah.
Budak ni… Minho ingin
mengambil bateri phonenya dari pocket Luna tapi Luna menghalangnya. “Kalau kau
ambil, aku jerit perogol dan nama putera raja ke-3 Robella akan tercemar. Kau
nak?”
Minho meramas rambutnya dan
menendang dinding Mall. Luna tertawa melihat Minho melepaskan geramnya pada
dinding. “Kasihan…”
Minho beralih semula kearah
Luna dan tersenyum Sinis. “Kau akan menyesal.” Minho menggenggam tangan Luna
dan membawanya ke panggung wayang.
Minho membeli sepasang tiket
di kaunter enam sambil memegang erat tangan Luna.
“B.. Buat apa?” Luna cuba
melepaskan tangannya dari genggaman Minho tapi tidak berdaya.
Minho tersenyum sinis menunjukkan
tiket mereka. “Aku akan seksa kau nonton hantu-hantu tajuk ‘Don’t be alone in
the Dark’.”
Luna menelan air liur tiga
kali. Cam mana dia tahu aku takut horror movie ni? desis hati Luna.
Minho menarik Luna masuk
kedalam panggung wayang dan memulakan penyeksaan Luna.
Setelah wayang tersebut
selasai, mereka melangkah keluar dari panggung tersebut dengan Luna berpaut di
lengan Minho sambil menggigil ketakutan. Apa tidaknya, hantunya muncul di skrin
besar sebaik sahaja cerita tersebut tamat. Siapa yang tak terkejut nampak benda
cam tu.
Minho tertawakan Luna. “Baru
itu dah nak nangis?”
Luna memukul bahu Minho.
“Kau tidur time tu! memang kau takkan takut punya!” Mata Luna berkaca, sakit
hati dengan perangai Minho. “Aku benci kau! pendengki!!”
Minho tersentak mendengar
ayat pertama Luna dan segera memeluknya. Luna sendiri terkejut apabila Minho
berbuat sedemikian.
“okay-okay. aku minta maaf.
Sebagai tanda apology aku, biar aku spen kau hingga kau maafkan aku. okay?”
Luna mencebik. “Tak mau!
Nanti entah apa kau akan kenakan aku lagi.”
Minho memandang wajah Luna.
“MA.Af.Kan A.KU…. Aku janji tiada hela dan seksaan kali ni. kau cakap je apa
kau nak beli, biar aku yang belanja. Aku janji.” Minho menunjukkan jari
kelingkingnya kepada Luna.
Luna memandang Minho yang
ikhlas meminta maaf. “Baiklah… tapi kali ni je tau. Kalau kau buat hal lagi,
jangan harap aku nak maafkan kau sampai bila-bila!” Luna dan Minho buat pinkie
promise.
“alright-alright…” Minho
kembali ceria dan menggenggam tangan Luna dengan erat. “Jom kita ke kedai baju
tu. Kau belilah apa kau mahu. Aku tak kisah!”
“Okay!” Luna membalas
senyuman Minho dan mereka bergerak ke kedai yang Minho katakan itu.
Semantara itu, terdapat dua
demon sedang memerhatikan gerak geri Minho dan Luna. “Mission accomplished.” Mereka
berdua ber’ high five akhirnya rancangan mereka untuk tembungkan Luna dan Minho
di Mall berjaya juga akhirnya.
“Aku rela Luna dengan Minho
dari Danny.” Kata Viola memandang Luna dan Minho sedang berseronok memilih baju
seperti sepasang couple bahagia dengan sakat-menyakat dan senda tawa.
“Same here.” Kata Fiona
setuju dengan Kakaknya.
Comments
Post a Comment