Rose Princesses: Entrusted
Chapter 20
Mea sedang berjalan menuju ke biliknya setelah seharian
berada di Green House. Jam tangannya menunjukkan pukul 9.57 malam.
Mea tersenyum manis. “Dapat juga aku nampak bunga Leolópad
berkembang. Dah lah bunga tu hanya mekar sepuluh tahun sekali.” Katanya teringatkan
bunga Leolópad yang mekar dengan indahnya dan mati pada masa yang sama. “Ia
mekar dengan begitu indah sekali dan yang paling hebat tentang bunga tu, ia
juga melahirkan seekor pixie garden! Comel betul!!” Jeritnya sendiri. “Tak
senyesal aku tinggal kat Green house semalaman untuk bunga Leolópad tu!!”
Langkah Mea terhenti di hujung laluan kiri apabila melihat
Onew di laluan tersebut sedang berjalan dengan fail kuning ditangannya.
Mea ingin memanggilnya tapi terbatal apabila Onew bersuara
sendirian. “Perkahwinan…” Onew mengeluh kecil sendiri.
Mea terkejut dan blushing, suaranya tidak dapat keluar
kerana excited sangat yang Onew adahkan perkahwinan dengannya. OMG!! Dia nak
lamar aku ke nanti? Dia dah buat dah fail untuk perkahwinan kami? Happynya! Desis
hati gembira Mea, berbunga mekar seperti bunga Leolópad.
Senyumannya pudar apabila melihat Luna keluar dari biliknya
dan memeluk leher Onew dari belakang. Mea segera bersembunyi di sebalik dinding
laluan itu.
Eh? Kenapa aku bersembunyi? Desis hatinya lagi hairan kenapa
dia tidak menyapa mereka tapi bersembunyi.
Onew menolak tangan Luna ketepi. “Hoi! Nak bunuh aku ke?”
Luna tersengih-sengih. “Relaxlah Onew… Fail apa kau nampak
tu?” Luna memanjangkan lehernya melihat apa yang terkandung dalam kertas yang
terclip rapi dalam fail di tangan Onew.
Terbeliak mata Luna melihat kertas pendaftaran perkahwinan
yang tertulis namanya dan nama Onew. “Kau giler ke?” kata Luna serta merta.
“Kan aku dah kata jangan keluarkan pendaftaran perkahwinan kahwin ni!”
Mea terkejut. Apa maksud Luna jangan? Dia tak setuju ke?
desis hati Mea salahfaham.
Onew menggeleng. “Bukan aku yang keluarkan tapi En Edward.
Dia bagi aku awal-awal kerana dia ada urusan di kerajaan luar untuk beberapa
minggu. Entah bila dia akan balik tapi dia nak kita langsungkan perkahwinan
kita kalau kau dah setuju tanpa dia.”
Mea terkejut beruk. Jantungnya rasa seperti ditusuk sembilu.
Sangat-sangat sakit. Air mata bergelinang turun ke pipi dengan deras terkejut
mendengar berita yang bukan dia yang Onew pilih tapi Luna.
Pervert! Kau memang kejam! Jerit hati Mea. Dia melarikan
diri dari mereka berdua.
Onew tersentak dan melihat di hujung laluan jalannya. Tadi
tu… desis hati Onew seperti mendengar Mea memanggilnya pervert.
Luna melihat apa yang Onew lihat. “Apa kau nampak tu?”
Onew tersentak dari lamunannya dan menggeleng. “Nothing.
Anyway, aku tahu kau takkan setuju so, kau simpan je fail ni. kalau kau nak
bakar, bakarlah.” Onew menyerahkan fail tersebut kepada Luna.
Luna mengambil fail tersebut dan tersenyum nakal. Matanya
bercahaya merah dan fail tersebut terbakar lenyap dari tangan Luna. “Selasai.
Jadi, kau pun tak perlu risau pasal benda ni lagi.” Luna mengenyit mata.
Onew tertawa. “Kau memang patut di panggil She-Devil.”
Senyuman Luna hilang dan menyentuh mata kiri Onew,
memikirkan tentang kesihatan Onew.
“He.. Hei, apa kau buat ni?” Onew rasa janggal, tiba-tiba
Luna memegang matanya dengan lembut.
“Kau sihat ke? Dia jumpa kau lagi ke?” Soal Luna tanpa
mengalihkan pandangannya di mata kiri Onew yang kelihatan warna hitam
kemerah-merahan, bermaksud dia tidak akan bertahan lama.
Onew mengangguk teragak-agak. “T.. tentulah. Kau tak perlu
risaukan aku.” Onew menolak tangan Luna dari mukanya. “Kau patut jaga tunang
kau tu dari abang ipar kau. nanti ada orang salah faham pula.”
Luna tersenyum tawar, dia dapat teka dari riak wajah Onew
yang dia sedang menyembunyikan kebenaran.
“Okay…” Kata Luna perlahan. “Ingat satu benda ni. jangan
pernah mengalah selagi tidak berusaha okay?”
Onew mengangguk. “Tentulah, kita akan cari cara untuk
hentikan perkahwinan ni.”
Luna menepuk bahu Onew dan berjalan pergi tanpa menyahut
satu patahpun.
Aku tak maksudkan pasal tu tapi, pasal Devil Eye.. desis
hati Luna risau.
XOXOXOXOX
Viola berada di dalam bilik barunya dan sedang merehatkan badan
di katil barunya. Malangnya, matanya tidak boleh tertutup kenapa? Sebab Fiona
tiada di sisinya seperti selalu.
Viola mengeluh kecil. Rasa menyesal juga pindah bilik kerana
mengikutkan sangat keala batunya. Dia mengguling dari kiri ke kanan.
“Tentu Fee rasa apa yang aku rasa kalau dia masih perlukan
aku tapi….” Viola mengguling balik ke kiri melihat kearah pintu bilik. “Fee
sepatutnya dah ketuk pintu bilikku sekarang dan pujuk aku.” katanya sedikit
kecewa.
Eeee! Fee kau bodoh! desis hati Viola sumpah serana
kembarnya sendiri. “Betullah! Dia tak perlukan aku lagi. Dia boleh tidur dengan
sendiri tanpa aku lagi. Aku pun boleh okay! Aku pun tak perlukan kau!!”
jeritnya kearah pintu yang tidak bersalah itu.
Viola memeluk bantal gulingnya dengan erat. “Aku… tak
perlukan dia lagi…” katanya dengan perlahan. “Kau dah tidur ke Fee?” sebanyak
mana dia menafikan perasaannya, dia tetap fikirkan adik kesayangannya itu.
Akhirnya dia buat keputusan untuk pergi ke bilik Fiona. Rasa
berat kaki untuk melangkah ke bilik tersebut. Sampai fikir dua kali nak pergi
ke tak.
Viola berada di depan pintu bilik Fiona berdiri kaku tidak
berbuat apa-apa.
Nak ketuk ke tak nak yae? Desis hati Viola. Dah terbayang
cam mana riaksi Fiona apabila melihatnya di depan pintu bilik dan meminta maaf.
“Vee? Kau datang balik ke? sorry tapi kau yang buat keputusan untuk
berasingan bilik.” Kata Fiona menolak Viola dari masuk kedalam biliknya. “Aku
tak bantah dan aku tak kisah. Good night.” Fiona menutup pintu biliknya tanpa
menghiraukan Viola.
Viola menggeleng kepala menafikan apa yang dia bayangkan.
“Tak… Fee takkan buat cam tu! takkan!” katanya berbisik, yakin yang Fiona akan
maafkan dia.
Dia ingin mengetuk pintu tersebut tetapi terbatal apabila
tombol pintu bilik di pulas dari belakang. Viola segera bersembunyi di sebalik
pintu.
Fiona keluar dari biliknya dan berlari anak menuju ke bilik
Luna tanpa menyedari kehadiran Viola di sebalik pintu.
Viola memandang Fiona berlari anak bersama bantal dalam
pelukannya. Viola berpatah balik kebiliknya dengan menghentak kaki sakit hati
dengan Fiona.
Pintu di hempas dan merebahkan badannya diatas katil.
Menarik selimut tebalnya hingga paras lutut dan berdengus di bawah bantal.
“Dia memang rasa sunyi tapi tak lari ke bilik aku! Dia
memang tak perlukan aku lagi!” jerit Viola dibawah bantalnya.
XOXOXOXOXOX
Keesokan paginya, suasana di dalam istana berlainan tidak
seperti hari sebelumnya. Sangat sunyi, tiada gelak ketawa bergema dalam istana
itu, dan yang lebih ketara lagi, mereka tidak bertegur sesama sendiri.
Ann berasa sangat janggal dengan Rose Princesses yang lain.
Mea kelihatan muram sejak dua tiga hari ni, si kembar tidak bertegur dan Luna?
Dia lagi teruk, batang hidung perempuan tu pun tak nampak.
Di meja makan, semua orang berdiam diri. Tiada seorang pun
yang berani untuk bersuara. Suasana yang tegang memang membuatkan lidah Ann dan
Teamin kelu untuk bercakap walau sepatahpun.
Mea menjeling kearah kerusi Luna. banyak persoalan dalam
mindanya tentang kejadian tiga hari lepas tentang perkahwinan Luna dan Onew. Oleh
akibat perkara itu, Mea tidak dapat tidur dengan tenang, latihannya turut
terganggu hanya kerana memikirkan perkara tersebut.
Onew pula memandang kearah Mea yang berkelakuan pelik sejak
tiga hari lepas. Dia sendiri tidak tahu kenapa Mea tetiba bersikap dingin
dengannya. Setiap kali Onew ingin bersamanya, Mea selalu memberi pelbagai
alasan untuk menghidari Onew.
Lain cerita pula si kembar. Mereka sekarang duduk berjauhan.
Fiona di sebelah tempat duduk Luna manakala Viola berada di sebelah Ann. Viola
menganggap Fiona tiada di ruang itu dan makan seperti biasa tetapi, Fiona pula
hanya makan dengan perlahan kerana masih bersedih dengan Viola yang masih
dingin dengannya.
Minho pula terfikirkan tentang keadaan Luna yang hari
semakin hari dia jarang di lihat dalam istana. dia juga pernah sekali melihat
Luna terbang keluar dari istana dan pergi ke sesuatu tempat yang dia sendiri
tidak tahu.
Minho kenal sangat dengan perangai tunangnya yang selalu
berahsia. Entah perkara apa yang dia
rahsiakan kali ini.
Kedengaran tapak kaki berlari masuk ke ruang makan membuat
mereka tersentak dari lamunan mereka. two times the shock apabila melihat Luna
dengan rambut tidak terurus, yang masih dengan pajama melekat di badan dan geek
spect lagi. Tak tertinggal juga buku tebal berwarna biru didalam dakapannya.
“Sorry lambat..” Luna mengukirkan senyuman memandang mereka semua.
Yang lain hanya berdiam diri melihat Luna yang kelihatan
penat dengan mata yang bengkak. Entah apa yang Luna buat sepanjang malam
sehingga meninggalkan kesan hitam di bawah mata.
Luna duduk di kerusi makannya dan mula menjamu selera. Dia
kelihatan tegang seperti orang yang banyak masalah.
Ann yang berada di sebelah kiri Luna rasa risau melihat
keadaan sepupunya. “Luna kau okay ke? kau nampak pucat.” Ann menyentuh tangan
Luna. sejuk.
Luna segera menarik tangannya dan di masukkan kedalam poket.
“Aku okay.” Luna tersenyum. “Aku semalam dalam library sehingga subuh sebab
baca buku.”
Key tertawa kecil. “Nampaknya ada ulat buku dah kalahkan
masa aku dalam library.”
Luna mengeluh kecil. “Sebanyak mana aku baca pun.. aku belum
lagi dapat caranya.”
Mereka semua menumpukan perhatian ke Luna. tidak faham apa
yang Luna maksudkan.
Luna tertawa kecil melihat wajah blur mereka semua. Penuh
dengan persoalan.
Tanpa menyahut, Luna terus menjamah makanannya yang berada
di depan mata tinggal tunggu di baham.
Mereka juga turut menyambung suapan mereka apabila Luna
tidak memberi respon. Walaupun Luna tidak memberitahu apa-apa, mereka dapat
rasakan yang Luna sedang merancang sesuatu yang sangat merbahaya.
Siapa tak kenal minah satu ni? kalau dia berahsia cam ni
bermaksud rahsianya melibatkan situasi yang meragut nyawa. Takut pula Luna
sanggup tanggung sendiri dari berkongsi masalah dengan mereka.
Mea hanya memandang Luna menjamu makanannya dengan mata yang
tidak lepas dari buku. Kenapa aku tak boleh benci Luna? Kenapa aku tak boleh
alihkan pandanganku dari Luna? desis hatinya. Matanya tertumpu pada wajah Luna
yang letih akibat semalaman berjaga. Yang lebih buat Mea tidak mengalihkan
pandangan ialah tangan Luna mengangkat sudunya pun kelihatan susah sangat.
“Ah! Anny, aku nak minta pertolongan kau lepas makan ni..”
Luna memandang kearah Ann dengan senyuman nipis. “Aku tahu kau boleh buat.”
“Okay..” Ann hanya mengangguk dengan minda yang penuh dengan
persoalan.
Comments
Post a Comment