Rose Princesses: Gemini's Love Trap
Chapter 16
Sudah tiga hari Luna tidak boleh duduk diam didalam istana.
sebab? Danny tak datang time sia summon servantnya lah! Selepas kejadian di
majlis perkahwinan mereka yang tidak jadi, Luna dah tak nampak batang hidung
Mr. D lagi.
Si Kembar yang duduk di sofa, dari tadi sedang memerhatikan
Luna berjalan ulang-alik memikirkan Danny dengan phone di tangan akhirnya rasa
bosan juga lihat Luna cam ni berterusan selama tiga hari.
“Kau serius ke kalau kau kahwin dengan Danny, dunia ni akan
hancur? Hanya di sebabkan contract antara Kerajaan Ageha dan Robella?” Viola
menyoal untuk memastikan penjelasan Luna yang sudah berlalu beberapa hari
lepas.
“Perjanjian Master dan Servant tu hanya untuk melindungi kau
dari dibunuh oleh penjahat. Kenapa sampai nak hancur dunia segala?” sambung
Fiona dengan persoalan Viola.
Luna berhenti dari melangkah dan memandang si kembar yang
dari hari-hari yang lepas penuh dengan soalan. “Ya… ya, dan manalah aku tahu. Itu yang tertulis dalam
buku sejarah Kerajaan Robella.”
“Jadi? Apa jadi dengan Danny kalau dia tak jumpa kau?”
Sambung Viola.
“Dia akan terima hukuman yang berat dari segi fizikal. Aku
sendiri tak tahu jenis cam mana hukumannya sebab Danny tak pernah bantah aku.”
Kata Luna dengan serius sambil menekan-nekan butang di phonennya.
“Apa kau buat tu? Call Danny?” Fiona memanjangkan lehernya
melihat apa yang Luna tengah buat.
Luna mengunci phonenya dan diletak kedalam pocket. “Korang
dua memang banyak songeh! Penat mulut aku menjawab semua soalan kamu yang tak
henti-henti.” Luna memandang si kembar dengan dekat.
“Goodbye..” Katanya dan
mata bercahaya merah buat seketika. Si kembar hilang dari pandangannya.
“Akhirnya!!!” Luna merenggangkan badannya dan land di atas
sofa. “dapat juga aku rehat dari detective dua tu.” tidak lama kemudian, Luna
sudah tidur dibuai mimpi.
XOXOXOXOX
Viola muncul di taman Istana bahagian bunga-bunga Tulip.
Viola memandang ke kiri dan kekanan. Berdengus.
“Luna!!! aku belum habis soal lagi kau dah halau aku?!!”
jerit Viola ke udara. Burung yang hinggap di pokok, semua beterbangan kerana
takut dengan suara Viola.
“Hoi! Agaklah suara tu.” Tegur Jonghyun dari belakang. Agak
terkejut juga apabila dengar orang tetiba teriak di taman tu.
Viola berpaling kebelakang. “Kau lagi? Apa kau buat di sini?
setiap kali aku bersendirian, mesti kau ada. Kau ni stalker ka?”
“Kau nak aku hancurkan muka kau tu ke?” Jonghyun rasa sangat
menjengkelkan dengan perangai Viola yang tak senonoh. “Aku di suruh pi sini
oleh Luna….” Jonghyun terhenti bercakap apabila mood Viola tambah down. “Kau
kenapa?”
Viola menarik nafas sedalam yang mungkin. “Ingat! Dia SMS
kau ke sini bukan sebab aku nak jumpa kau tapi kerana kebetulan. Aku di sini
sebab Aku nak tenangkan diri dan bersendirian tanpa Fiona. Aku tak boleh selalu
melekat dengan Fiona 24/7, walaupun kami kembar kami tetap perlukan privasi
juga dan…”
“Luna halau kau ke sini dan perangkap kita berjumpa kan?”
Jonghyun menjungkit kening dapat teka apa yang Viola sembunyikan.
Viola tersentak. “M… Mungkin..” Viola tetap menafikan sebab
Jonghyunlah lelaki yang paling dia tak nak jumpa.
Jonghyun tertawa. “Kau elak cam mana pun tetap berjumpa
juga.”
Viola mencebik. “Whatever! Aku blah dulu.” Katanya dan
bergerak pergi.
Tetapi, ayat tu masih belum selesaikan masalahnya sebab
Jonghyun ada di belakangnya sedang mengekori Viola.
Viola buat tidak tahu dan teruskan berjalan. Mamat stalker!
Baliklah ke istana sebelum aku tembak tengkorak engkau! Desis hati Viola tak
tahan dengan Jonghyun.
Viola menarik sengih. Dapat Idea yang giler. Dia hentikan
langkahnya dan tersenyum sendiri. Dia tentu berhenti desis hatinya lagi.
Jonghyun berjalan melimpasi Viola membuat dia terkejut.
Jonghyun hanya berjalan tanpa berpaling melihat Viola.
Kau ingat aku boleh malukan aku dengan hela tu? desis hati
Jonghyun.
Viola menghentak kaki rasa sangat malu. Tak guna! Lantaklah,
aku tak kisah dah desis hatinya marah. Viola bergerak semula tetapi di arah
yang sebaliknya.
Jonghyun terhenti apabila dia tidak dengar suara tapak kaki
Viola. Dia berpaling kebelakang dan melihat Viola berjalan bertentangan
darinya.
Jonghyun tertawa kecil. “Dia tak nak mengalah.” Katanya
berbisik. “Hei! Kau nak ke mana?” Soal Jonghyun dari jauh.
Apa hei, Hei? Aku ada namalah ngok! Desis hati Viola. “Aku
nak jalan-jalan buat sementara.. kenapa?”
Jonghyun mendapat idea untuk mengenakan Viola. “Aku dengar
di hujung jalan tu ada satu kubur lama nenek moyang Kami. Kalau kau ke sana
tanpa kebenaran kami, kau akan dihantui sehingga kau mati dan kuasa kau akan di
makan sedikit demi sedikit buat kau terseksa hingga nafasmu yang terakhir.”
Viola memandang kearah jalan yang dia ingin lalui. Rasa
takut untuk ke sana. Mahu tak mahu terpaksa dia mendekati Jonghyun. “Jom
pergi…” katanya dengan perlahan.
Jonghyun tertawa. “Sure… tak sangka kau ni penakut juga
kan?” mereka berdua berjalan seiringan.
Viola blushing. “So what? Kau nak ejek aku sebab aku takut
hantu?”
Jonghyun menggeleng. “Aku happy sebab aku dapat tahu yang
mana Vee dan yang mana Fee.”
Viola mencebik. Pembohong, tiada sapa boleh teka siapa kami
kecuali Luna desis hatinya. “Aku ni siapa?”
“Vee.” Katanya dengan yakin.
Viola terkejut. Jantungnya tetiba berdegup dengan laju. Tak…
Dia teka jak tu desis hatinya lagi. Dia menjelir Lidah. “Salah! Aku Fee…”
Jonghyun menjentik dahi Viola. “Pembohong! Kau boleh tipu
orang lain tapi bukan aku. Kau lebih active dari Fee, lebih bersemangat, lebih
banyak idea gila, kau penentu segala keputusan lebih dari Fee dan kau ni LEBIH
cerewet dari Fee.”
Muka Viola merah. Jantungnya berdegup lebih kencang dari
sebelumnya. “Kau saja reka semua tu kan? Kau saja buat jantungku berdegup….”
Viola menutup mulutnya. Bodoh! mulut tak bertapis! Desis hati Viola. Selalunya
Fiona menyambung ayatnya sekarang dia bersendirian tak tahu apa nak cakap.
Jonghyun terkejut. “Apa? Kau cakap apa? Aku buat jantung kau
berdegup apa? Lebih cepat?”
Viola menggeleng. “No! please lah, orang cam kau is not my
taste!!”
Jonghyun tersenyum nakal. “Aku nak buktikan.”
Aku tak suka senyuman tu desis hati Viola. “A… Apa maksud
kau?”
Jonghyun tidak menjawab tapi memberi satu ciuman di bibir.
“Dah terbukti.”
Viola kaku. Seperti skru di kepalanya sudah tercabut akibat
suhu mukanya yang naik mendadak.
“Hello? Viola to earth?” Jonghyun hairan kenapa Viola belum
bergerak selepas mendapat ciuman dari Jonghyun. “Jadi, betullah kau suka aku
kan?”
Viola tersentak dari lamunannya. “Mana kau tahu?”
Jonghyun tertawa. “Kau masih nak nafikan? Kau nak aku cium
kau lagi ke sampai kau terima kenyataan?”
Viola menjelir lidah dan bergerak ke depan. Setelah tiga
meter jauh dari Jonghyun, Viola berputar memandangnya. “Aku tak cakappun aku
nafikan.”
Jonghyun tersenyum dengan perangai Viola yang tidak mahu
mengalah. “Baguslah sebab…” Jonghyun mendekati Viola dan memeluknya dengan
erat. “I love you too…”
XOXOXOXOX
Fiona muncul di dalam bilik Music dan jatuh diatas lantai.
“Aduh!! tepos punggung aku..” Fiona bangun dan mengusap punggungnya yang sakit.
“Mana Viola? Luna pisahkan kami lagi untuk apa kali ni?”
Fiona dapat meneka plan Luna tapi tak tahu apa tujuannya. Fiona melihat Piano
yang terdapat dalam bilik itu dan segera mengambil posisinya tanpa banyak
berfikir.
“Wah! Dah lama aku tak pegang piano ni!!” Fiona terus
bermain sebuah karya Beethoven. Dangan penuh perasaan, Fiona mainkan lagu
tersebut dengan merdunya dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.
“Kau main selalu merdu.”
Fiona tersentak sehingga menekan key yang salah apabila
terdengar suara yang sangat-sangat dikenali. Mukanya merah menahan malu kerana
menekan key yang salah apabila di puji.
Key tertawa. “Baru di puji dah melayang?” Key mendekati
Fiona dan menekan kekunci yang terakhir. “Jangan tekan key yang salah… takut
nanti ‘key’ yang sebenar tak dapat di temui.”
Muka Fiona tambah merah. Apa maksudnya tu!!!! Key yang
salah? Key? Dia ka? Desis hatinya keliru walaupun dia tahu maksudnya.
“A… Aku takkan tekan sembarangan Key, sebab aku selalu
berhati-hati dalam melihat Key yang betul.” katanya tersipu malu.
“oh ya?” Key duduk disebelah Fiona. “Nak main lagu four arm
lagi?” Key tersenyum manis sambil tangannya bersedia untuk bermain. “Kalau kau
tahu lagu ni aku beritahu kau satu rahsia.”
Fiona mengangkat kening double jerk. “Okay! tapi ingat, aku
tahu banyak piece dari yang kau ingatkan.”
“Bagus. Kalau kau tahu lagu ni kau kena main sekali dengan
aku kalau kau tahu, Okay?” Key memulakan bermain piano tanpa menunggu jawapan
Fiona.
Fiona mendengar lagu tersebut dengan teliti. Lagu apa ni?
aku pernah dengar lagu ni tapi dimana ya? Desis hati Fiona memikirkan piece
yang Key mainkan. Fiona tersenyum akhirnya dia ingat piece apa yang Key
mainkan.
Fiona bersedia untuk bermain tinggal tunggu Q nya untuk
bermain. “Aku dah tahu dah…”
Key tersenyum melihat keyakinan Fiona. “Betul ke?”
Fiona mengangguk. Q nya tiba akhirnya dan mereka bermain
piece tersebut dengan merdunya dan sangat serasi. Jari-jemari mereka menari
diatas kekunci piano dengan rancaknya. Mereka tertawa sambil bermain piece
tersebut.
Sebuah Piece yang mengisahkan sebuah cerita romantic tentang
seorang lelaki telah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang sangat jelita
pada malam majlis formal. Hanya dengan pandangan pertama, lelaki itu tahu yang
perempuan itu ialah teman hidupnya.
Key berhenti dari bermain di last part piece tersebut
membuat Fiona hairan. “Kenapa k….”
Sebuah ciuman diberi oleh Key apabila Fiona memandang
kearahnya. Fiona terkejut sendiri apabila Key berbuat sebegitu.
“Itulah ending lagu ni…” Kata Key seolah-olah berbisik. “Dia
akhirnya mendapat cinta hatinya seperti aku dah dapat kau, Fiona.”
Jantung Fiona berdegup laju kalah kelajuan rocket ingin
kebulan. Nak tercopot jantungnya akibat ‘serangan’ maut Key. Fiona tergelak.
“Apa kes kau ketawa?” Soal Key hairan dengan perangai Fiona.
Fiona menggeleng. “Aku dah jumpa ‘Key’ yang paling sesuai
untukku.”
XOXOXOXOX
Luna tersenyum melihat plannya menyatukan dua pasang burung
berjaya dengan cemerlangnya. Mata merah Luna hilang disertakan dengan
senyumannya.
Luna bangun dari Sofa dan bergerak keluar dari bilik menunggu
dan menuju ke dapur. Dalam fikirannya ialah hanya Danny. Apa akan terjadi pada
Danny? Dia akan okay ke? Harap Danny tak apa-apa desis hatinya risau dengan
keadaan Danny yang menghilang tiada siapa tahu di mana Dia berada.
Comments
Post a Comment