Rose Princesses: Separated by Love


Chapter 18

Fiona sedang berjalan di taman kampus bersama fail biru mudanya di dalam dakapan. Batu kecil disepak-sepak menuju ke pagar utama kampus.

Fiona memandang kebelakang, melihat bangunan kampus dan mengeluh. “Dia lama lagi ke?”

Viola yang baru keluar dari bangunan kampus melihat Fiona di depan gate keseorangan. Dia tersenyum dan berlari anak menuju adiknya. Nak beri surprise sikit!

Tetiba, beberapa helai benang mengelilingi Fiona dan membawanya berputar dengan lembut. Fiona tertawa kecil melihat daun maple yang berguguran turut mengelilinginya.

Kaki kanan Fiona terlanggar kaki kiri dan tersandung ke dalam dakapan Key. “Hai sayangku.” Kata Key dengan senyuman memandang kearah Fiona.

Fiona membalas senyuman Key. “Datang juga kau akhirnya.”

 “tentulah tapi sorry sebab tadi Prof. Georgia nak aku tolong mengankat barangnya ke makmal baru di tingkat tiga.”

Viola tertawa kecil. “It’s okay. So, kita nak pergi mana ni hari?”

“Sebagai minta maaf aku pada kau..” menyentuh hidung Fiona. “Kau pilih di mana kau mahu kali ni.”

Fiona mengangguk gembira. Dah terset dalam kepalanya nak ke mana. “Okay!”

Langkah Viola terhenti apabila melihat Fiona dan Key berjalan pergi. Dia ingin memanggil mereka tapi terbatal apabila melihat Fiona tersenyum gembira bersama Key.

Dia memegang dadanya dan cuba untuk tersenyum. Takpa Vee, Adik kau tengah having fun jadi kau kena gembira lah juga… kan… kamu berdua kembar…. Dia happy, kau pun.. patutkah happy juga? Desis hatinya. Viola memandang kakinya dan tanpa disedari air mata yang ditahan mengalir keluar. Baju di bahagian dada di genggam erat apabila melihat adiknya pergi. Entah kenapa hatinya rasa sangat sakit melihat Fiona pergi bersama orang lain dan ini kali pertama dia rasakan seperti itu. Kenapa semasa Fee bersama Luna, dia tak rasa seperti ini? Apa perbezaannya? Luna, Key? Apa perbezaanya?

Dia menarik nafas dalam dan mengelap air matanya. Dia mengukirkan senyuman di bibirnya. Tak pa, tentu semua akan okay. bukannya Fee akan tinggalkan aku sebab Key kan? Desis hati Viola menenangkan dan meyakinkan diri sendiri. “Nampaknya aku kena balik ke Istana dan bersama Luna. Tentu dia nak shopping nanti petang!” Viola berjalan menuju ke pagar utama kampus dengan gembira. Walaupun sebenarnya hatinya seperti ditusuk sembilu.

Setelah sampai ke istana, dia berlari anak pergi ke bilik Luna tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Luna lalu di hadapannya dengan sebuah buku tebal di tangan. Mukanya kelihatan sangat serius membuatkan Viola takut menegurnya.

“Aku tak pernah nampak Luna se-serius cam tu… tentu tentang Danny, ataupun tidak dia sebagai penjaga Heart of Robella..” katanya berbisik. Dia mengeluh kecil. Berharap sangat nak hang out berdua dengan Luna tapi tak dapat.

“Well, time untuk sakat Mea pula!” Dia berputar semula keluar istana dan pergi ke royal green house di mana Mea akan menghabiskan masanya di sana untuk berlatih dan menjaga tumbuhan unik.

Viola mengintip melalui dinding kaca hijau Green house tersebut melihat jika Mea ada di dalam dan jangkaannya betul.

Tetapi, dia tidak dapat join Mea di dalam apabila melihat figura seorang lelaki didalam menemani Mea berlatih kuasa naturenya.

Viola melangkah kebelakang dan menuju semula ke istana dengan wajah yang murung. “Mea bersama Onew sekarang. tak nak aku kacau dorang dua. Luna pula ‘sibuk di keliling pinggang’. Ann pula masih sekolah. Teamin, masih ada kelas dan Jonghyun…” Viola hentikan langkahnya dan masuk kedalam pondok kecil yang sangat cantik dan rehatnya diri di situ buat seketika. “..Dia terpaksa pergi ke gurun sebab dia dengan teamnya sedang menjalankan essignmentnya tentang penyelidikan magical creature gurun selama seminggu.” Viola memeluk kakinya dan matanya berkaca apabila teringatkan kembali Fiona tersenyum dengan gembiranya pergi keluar bersama Key.

Viola menutup mukanya. “Kenapa? Kenapa aku rasa camni?” kedengaran suara tangisan kecil dari sebalik tangannya. “kenapa aku rasa time tu Fee tinggalkan aku di belakang? Rasa seperti dia takkan nampak aku lagi.. seperti dia kelihatan lebih gembira tanpa aku…” Viola memeluk dirinya dengan erat seolah-olah berharap dia akan diberi sedikit kekuatan untuk melawan perasaannya.

“Dia tentu lebih bahagia tanpa aku.. tentulah sebab Key telah mengambil tempatku sebagai orang penting dalam hati Fee…” aku dah diganti desis hati sedih Viola.

XOXOXOXOX

“Onew.. sejak akhir-akhir ni aku nampak kau asyik termenung aje ni.. ada masalah ke?” Mea melabuhkan punggung di sebelah Onew yang spacing out.

Onew tersentak dari lamunannya dan segera tersenyum menyembunyikan kerisauannya. “Nothing big, hanya memikirkan tentang masalah kerejaan. Maklumlah, your husband to be ni kan nak jadi Raja seterusnya..” Onew menjungkit kening tiga kali.

Mea mencebik. “A’ah.. Raja miang.”

Onew tartawa. “Miang, miang aku ni pun…. Tetap kau suka kan?”

Mea terus bangkit dan bergerak kesalah-satu tumbuhan mengelakkan diri untuk menjawab Onew. Malu aku nak jawab, nanti dia menyerang kalau aku cakap aku suka dia desis hati Mea blushing.

Onew tersenyum mendengar kata hati Mea. Tapi senyumannya hilang apabila teringat kejadian dua hari lepas selepas berjumpa dengan En Edward.

“Kita kena rahsiakan benda ni dari yang lain.” Kata Luna berjalan seiringan dengan Onew balik ke bilik mereka.

Onew mengangguk, tertunduk melihat lantai. “Aku rasa memang patut….”

Luna memandang wajah Onew yang murung dan tersenyum nipis. “Hey, kau pasti fikirkan tentang Mea kan?” Luna tertawa kecil melihat Onew mengangguk perlahan. “Aku tahu kau tak nak lukakan Mea dan tak nak lepaskan dia. Kita pasti akan cari jalan lain selain perkahwinan sebagai jalan penyelesaian.”

Onew memandang Luna yang masih dapat tersenyum. “Macam mana kau boleh tersenyum asalkan kau yang menanggung beban yang paling berat antara kami?”

Luna mengangkat bahu tidak tahu cam mana nak jawab pertanyaan Onew. “Entahlah, tapi kalau aku tunjukkan perasaanku yang sebenar kepada kamu semua, tentu kamu akan risaukan aku..” Luna menggeleng. “Aku tak nak kamu risau sebab itu akan buat aku rasa lebih tambah beban.”
Onew dan Luna berhenti di depan bilik Luna dan Onew mengusap kepala Luna.

“Jangan tanggung semuanya sendiri. Minta pertolongan dari kami dan kami sedia membantu.” Kata Onew dengan lembut. “Aku tahulah kau bertanggungjawab atas Heart of Robella, The Devil Eye, tentang Shadow, Danny dan masalah baru pewarisan tahta. Tapi, jangan sampai kau desak diri sendiri sampai jatuh ke lubang kegelapan okay?”

Luna mengangguk. “Jangan risaulah. Kalau kau cakap pasal Devil Eye, ia takkan menguasai aku. Kau sepatutnya berjaga-jaga dengan dia tu. tersilap langkah, dia tentu mengambil alih tubuh kau.” Luna menumbuk bahu Onew. “Be tough okay. aku akan uruskan dia untuk kau.”

Apa maksudnya dia akan uruskan untuk aku? apa dia nak uruskan? Desis hati Onew memikir apa yang Luna sedang rancangkan.

XOXOXOXOX

Fiona berlari anak menuju ke biliknya dengan senyuman yang gembira melekat di mukanya. Hari ini, hari yang paling menggembirakan untuknya.

Dia ingin memulas tombol pintu bilik mereka tapi telah terbuka oleh Viola dari dalam. “Fee?”

Fiona tersenyum manis. “Vee! Tadi time kat Mall, Key be…”

Viola menaikkan tapak tangannya membuat Fiona terhenti bercakap. “Aku nak keluar.” Katanya tanpa memandang kearah Fiona dan berjalan pergi.

“Jom!” kata Fiona gembira.

“Sendiri.”

Senyuman Fiona lenyap apabila Viola ingin keluar bersendirian. “Apa?”

Viola berputar memandang Fiona dengan mata yang dingin. “Kita dah dewasa. Tak perlu nak melekat 24/7 cam budak-budak. Ia meluatkan.” Kata Viola. “Aku pindah ke bilik sebelah Mea mulai hari ini.”

“Kenapa?” Fiona hairan dengan perangai Viola yang tetiba berubah. “Aku dah buat salah ke Vee sampai kau marah kat aku?”

Viola menggeleng dan memeluk tubuh. “Aku nak orang lain tahu siapa aku. walaupun kita kembar, aku nak mereka anggap aku sebagai Viola, hanya Viola bukan Si Kembar.” Viola berpaling dari Fiona dan berjalan pergi meninggalkan Fiona.

Fiona menutup mulutnya, rasa sangat sedih dengan kakaknya yang tetiba bersifat dingin terhadapnya. Dia jatuh terduduk diatas lantai. “Vee.. apa salah aku?” katanya berbisik. “Maafkan aku kalau aku buat kau marah tapi, jangan sampai tinggalkan aku cam ni..”

XOXOXOXOX

Di sebuah Istana, di dalam sebuah bilik yang gelap, terdapat seorang lelaki yang kelihatan tidak berdaya terbaring diatas katilnya.

“Aku memang tak berguna! Ikutkan perasaan sangat sehingga tak terfikir akibatnya..” Danny menumbuk katilnya beberapa kali merepaskan rasa kesalnya atas tindakan selfishnya.

Pintu bilik dibuka oleh pembantu peribadi Danny, En Joan. “Putera, makan tengahari dah tiba…”

“Keluar!! Aku tak nak sesiapa jumpa aku. Keluar!!” Jeritnnya kearah En Joan. En Joan tunduk hormat dan menutup pintu bilik tersebut, meninggalkan Danny di dalam bilik.

Danny rebahkan dirinya kembali diatas tilamnya. Menutup mukanya dan menjerit sekali lagi. “Aku memang tak guna!! Tak patut aku dimaafkan oleh tuan puteri, aku dah tipu dia selama 12 tahun tentang dirinya yang sebenar dan mengambil kesempatan untuk menabat hatinya.. aku patut tahu yang kami tak boleh bersama tapi aku endahkan akibatnya dan tetap berusaha untuk menabat hatinya! Aku tak patut di maafkan! Memang tak patut!!”

Comments

Popular Posts