Rose Princesses: The End is Near
Chapter 24
“KAK EL!!” Pintu dibuka dengan kasar membuat tuan bilik
terbangun dari tidurnya.
Luna berputar kearah pintu dan membuka mata yang
tersengatlah berat. “Hmm?” dia bersuara melihat Ann dengan senyuman gembira
terukir di bibir kecilnya. Luna kembali melelapkan mata dan menutup mukanya
dengan selimut. Tangannya keluar dari bawah selimut dan menghalau Ann keluar
dari bilik.
Ann mencebik dan terus menghempas punggungnya dikatil.
“Bangun! Bangun!”
Eeee!!! Luna bangun dari baringnya dan menggenggam bahu Ann.
“What! Apa kau nak?!” Suara Luna naik Volume tiga sakit hati tidurnya diganggu.
Dah lah semalam dia tak dapat tidur, di kasi bangun pula awal pagi? Hukuman apa
lagi dia akan dapat lepas ni? hah?
Ann terdiam mendengar Luna menjerit. Tangannya mencapai ke
poket sweaternya dan menunjukkan test
tube yang mengandungi liquid pink kepada Luna. “Dah selesai.” Katanya dengan
nada happy tapi lembut. Ann memandang wajah Luna dengan dekat memerhatikan mata
Luna yang masih mengantuk “Dan… kak El tidur jam berapa? Ada kesan hitam bawah
mata ni…”
Luna mengeluh kecil. “Trust me… kau tak nak tahu. Kau pasti
yang Ubat ni berhasil?” Soal Luna inginkan kepastian. Takut pula bila guna
potion ni tertukar jadi katak atau haiwan pelik yang memang dia tak mahu jadi.
Ann mengangguk yakin. “Jangan risau.. dengan ini, masalah
Kak Al akan selesai.”
Luna mengambil test tube tersebut dari tangan Ann dan
memeluk sepupunya dengan erat. “Thank Anny… kau memang the best!”
Ann membalas pelukan Luna dan tersenyum manis. Gembira dapat
tunaikan permintaan Luna. “anything for you..”
Luna melepaskan pelukannya dan memandang wajah Ann. “Panggil
yang lain dan berjumpa di bilik mesyuarat.”
“Okay..” Ann mengangguk setuju dan terus bergerak keluar.
“Eh.. Anny, kecuali Onew. Faham?” Ann hairan dan ingin
menanya tapi Luna memotong ayatnya. “Jangan banyak soal buat je. Nanti aku
beritahu okay?”
Ann mengangguk sekali lagi dan melangkah keluar dari bilik
itu.
Luna terus merebahkan badannya dan mengangkat test tube ke
atas kepalanya. Memerhatikan liquid pink yang bercahaya seperti gel dengan
lama. “Tak lama lagi aku akan berjumpa dengan Devil sekali lagi.” Luna mengeluh
kecil. Sekarang baru dia rasa gemuruh, walaupun dia yakin dengan plannya dia
tetap takut untuk berhadapan dengan makhluk yang menakutkan itu.
Tangannya meraba di bawah bantal kepalanya mencari di mana
phonenya di sembunyikan. “Tak guna punya mamat sengal! Aku dapat tidur tak
sampai tiga jam akibat di kacau sepanjang malam.” Dia mengeluarkan phonenya dan
melihat nama Minho terpapar di skrin. -6 miss call(s)-.
Sepanjang malam, selepas Luna menerangkan rancangannya Minho
buat hal lagi hingga dia lari masuk bilik. Lari dari di usik oleh putera giler.
Belum aman lagi hidup Luna, time dia mahu tidur Minho terus menerus miss call
dia membuat dia hampir melontar phonenya ke dinding. Apa kes dengan lelaki ni?
tak boleh ke dia tak usik aku sehari jak? Hanya sehari cukuplah desis hati
Luna.
Mahu tak mahu dia terpaksa juga call lelaki durjana ni minta
bantuan darinya. Dia sudah kesuntukan masa, tidak tahu kenapa tapi dia dapat
rasakan yang Devil akan bertindak dalam masa yang terdekat. Dia tidak boleh
lagi duduk diam bermain teka-teki dengan mereka. Sekarang masa untuk bertindak,
masa untuk berhadapan dengan ketakutannya.
“Hello? Minho aku nak beritahu kau sesuatu ni…” Katanya
sebaik saja mendengar suara Minho dari lubang suara phonenya. Luna bangkit dari
katil dan memakai sweater nightgownnya dan bergerak keluar dari bilik dengan
phone masih melekat di telinga.
“Keluar dari bilik kau dan tunggu aku di depan bilikmu
okay?” Luna terus mematikan dailannya tanpa mendengar respon dari Minho.
jantungnya mula berdegup dengan laju apabila masanya untuk berjumpa dengan
Devil semakin dekat. Lebih cepat lebih bagus walaupun hatinya belum bersedia.
Minho berada di depan biliknya masih berbaju tidur menunggu
Luna memberitahu hal mustahak apa sampai suruh dia tunggu depan pintu bilik.
Dia menguap beberapa kali kerana jam masih menunjukkan jam 5 pagi.
“Minho.” Sapa Luna di bahu apabila melihat Minho menguap
sambil menunggunya. “Morning.. best tidur?”
Minho berdengus. “Kau fikir tidur tiga jam cukup ke?”
Soalnya balik.
Luna menarik sengih bersedia untuk membalas dendam. “Salah
siapa call aku sampai lewat malam?”
“Kau tak jawab call aku apa hal? Belum habis lagi aku cakap
kau dah kasi mati… apa kes?” Minho masih sakit hati pasal kejadian semalam. Dia
belum habis discuss pasal plan mereka sudah dia call off. Di call lagi, tak di
angkat pula? Siapa tak sakit hati cam tu?
Luna tersenyum nakal. “Lain kali selesaikan dulu masalah
baru buat hal. Ini akibatnya tak ambil serius dengan keadaan sekeliling. Dah
jom.” Kata Luna menyuru Minho mengikutnya.
Minho mengekorinya tanpa bantahan. “Apa hal mustahak yang
kau nak katakan?” Minho tahu yang bukan hal tadi yang Luna ingin katakan. Dia
tahu ia pasti pasal rancangan Luna untuk selamatkan Onew dari Devil.
Luna mengeluarkan Test tube Ann dari poket sweater nightgownnya
dan tunjukkan kepada Minho. “Cara untuk aku ke dimensi Devil dah dapat.
Sekarang untuk lancarkan rancangan kita.” Katanya dengan suara yang sedikit
menggeletar.
Minho perasan yang Luna sekarang ketakutan untuk menghadapi
Devil dan memeluk bahunya seolah-olah memberi dia sedikit semangat. “Kau takut
ke?” soal Minho dengan nada yang lembut dan tenang.
Luna mengangguk perlahan. “tipulah kalau aku cakap tidak
kan?” Luna menyandar di bahu Minho, jejaka yang dicintai yang mungkin dia
takkan jumpa lagi selepas bertemu dengan Devil. “Kita ke bilik Onew. Aku nak
lihat cam mana keadaan dia sekarang.”
“Dia makin teruk ke?”
Luna menggeleng tidak tahu. “Kita akan tahu bila kita masuk
ke dalam biliknya.”
Mereka tiba di depan bilik Onew dan tanpa membuang masa,
Minho mengetuk pintu bilik Onew meminta izin untuk masuk kedalam sekali, ingin
tahu jika Onew akan membuka pintu. Kalau dia membuka pintu bermaksud dia masih
berdaya untuk melawan kuasa Devil tapi, jika tiada respon.. dia mungkin dah
sampai ke limitnya.
Seperti yang di jangka, tiada respon dari dalam bilik. Ini
membuat Minho memandang Luna buat seketika untuk kepastian dan Luna mengangguk
juga rasa seperti mana Minho rasakan. Minho terus membuka pintu bilik Onew dan
mereka melihat Onew terlentang diatas katilnya tidak bermaya. Wajahnya pucat
dan kelihatan dahinya berkerut bahawa dia masih bergelut didalam dirinya
menahan kuasa Devil dari menguasai dirinya.
“Kita dah kesuntukan masa” Kata Luna menjerit seolah-olah
berbisik mendekati Onew. Dia berpaling ke Minho. “Tolong ambil tempat aku
berjumpa dengan yang lain beritahu apa yang patut mereka buat.”
Minho mengangguk. “Apa arahan kau?”
Luna memandang semula ke wajah Onew yang seolah-olah
terseksa. “Beritahu mereka untuk menghalang Onew sampai ke bandar dan di lihat
oleh rakyat. Jangan bunuh dia. Kalau ada sebarang perubahan pada Onew, suruh
Fiona masuk ke dalam fikiran Onew kerana dimensi Devil terletak didalam diri
Onew. Beritahu Mea juga untuk menenangkan diri Onew dari menjadi bertambah
gila. Aku rasa pertarungan kami akan menjadi sangat sengit.”
Minho faham dan segera melangkah keluar meninggalkan Luna di
dalam bilik Onew. Luna memandang wajah Onew dengan sedih. “Kau telah buat yang
terbaik Onew. Sekarang aku pula akan ganti tempat kau menghadap Devil.”
Luna mengeluarkan potion tersebut dan memandangnya dengan
lama, berharap potion ini menjadi. Tangannya menggeletar apabila ingin buka
penutup botol tersebut seperti tangannya tidak ingin membukanya. Setiap kali
dia ingin menarik gabus tersebut jarinya pasti terlepas dari membuka gabust
tersebut kerana tangannya basah akibat keringat.
D*mn! Kenapa tangan aku ni? Luna sendiri geram dengan
jarinya yang tidak mahu beri kerja sama. Kalau dia lambat tentu Onew tak dapat
di selamatkan.
Dia terdengar tapak kaki berlari menuju ke bilik Onew
membuat Luna berpaling ke pintu bilik dan melihat Minho mendekatinya dengan
cepat.
Luna terkejut apabila Minho memberi sebuah ciuman di bibir
dan berkata. “pastikan kau menang, okay?” dengan suara yang perlahan Minho
ingin Luna berjanji padanya untuk pulang dengan selamat.
Wajah Luna bertukar merah dan mengangguk malu. Sempat lagi
dia buat seperti itu time genting sekarang ni? apa yang Minho fikirkan? Desis
hati Luna tapi dia gembira kerana Minho masih mencintainya walaupun mereka
tidak berhubung selama berlasan tahun.
Minho memeluk Luna dengan erat seolah memberi semangat
kepadanya, yakin dan percaya yang Luna akan berjaya menumpaskan Devil. “Aku
pergi dulu dan akan tunggu kau di sini.” Dia melepaskan pelukannya dan mula
melangkah semula keluar bilik Onew dan berlari ke bilik mesyuarat.
Luna hanya kaku melihat Minho pergi walaupun bayangannya
hilang dari pandangan. Dia masih tidak sangka yang minho akan berbuat
sedemikian kepadanya dalam saat-saat yang penting ini. Kenapa? Kenapa dia buat
cam tu?
Luna tersenyum sendiri apabila mendapat jawapannya.
Sekarang, kalau dia mati pun, dia takkan menyesal kerana kesetiaan cinta minho
terhadapnya sudah terbukti. Serta memberi dia semangat untuk tidak mati dalam
pertempuran bersama Devil. Semangat baru dari jejaki yang dia cintai dan
sayangi.
Luna berpaling semula ke Onew dan membuka tutup test tube
itu, haruman liquid itu sangat kuat membuatkan Luna menjadi tenang dan tidak
teragak-agak untuk meminumnya. Ia seperti Sleeping beauty yang dirasuk untuk
meletakkan jarinya di jarum mesin jahit tapi ini seperti merasuk Luna untuk
minum Liquid itu tanpa ragu-ragu.
Dan dia meminumnya mengakibatkan dia serta-merta rebah ke
lantai tidak sedarkan diri.
XOXOXOXOX
Rose Princesses dan Shinee berada di dalam bilik mesyuarat
menunggu Minho dan Luna tiba. mereka semua melihat kerusi yang kosong di hujung
meja mesyuarat itu. Persoalan timbul dalam minda mereka. Mana Onew? Kenapa dia
lambat? Selalunya kalau pasal Robella atau masalah penting, Onew selalu datang
awal sebelum mereka tiba. ini memang pelik. Sangat pelik hingga Mea sendiri
tidak senang duduk.
Pintu bilik di buka oleh Minho dan mereka semua terus
tumpukan kepada Minho yang berjalan ke meja mesyuarat dan duduk bersama mereka.
mukanya tegang seperti ada sesuatu bermain dalam fikirannya. Apa yang Minho
fikirkan lagi ni?, mereka tak tahu apa tapi mereka pasti siapa, Luna. tak di
syak lagi Luna yang menyebabkan Minho membuat muka seperti itu.
“Mana Kak El?” Ann terus menyoal apabila dia tidak melihat
kehadiran Luna masuk ke dalam bilik itu.
Minho menarik nafas dalam. Dia tidak tahu bagaimana nak
terangkan kepada mereka yang Luna nak dia hantarkan pesanan ‘terakhirnya’
kepada mereka. “Dia tak dapat datang.” Katanya dengan nada sedikit sedih. “Jadi,
aku akan beritahu kamu semua rancangan Luna sekarang. Luna simpan rahsia ni
dari kita semua sudah sekian lama sejak dia menjadi Red Rose dan ia ada kaitan
dengan Onew..” Katanya rasa berat untuk bersuara. “Tanpa membuang masa kerana
masa dah suntuk.. Luna merancang untuk menghancurkan Devil yang sedang menguasai
badan Onew. Sebab itulah dia minta Ann buat potion yang boleh ke dunia lain.
Dia ingin berdepan dengan Devil sendiri dan menghalang Devil mengambil alih
badan Onew sekali gus menguasai Robella.”
Shinee terkejut mendengar apa yang baru sahaja Minho katakan.
Devil nak ambil alih badan Onew? Jadi, apa yang akan berlaku kepada Onew? Sebab
itu ke dia tak datang meeting sekarang?
Di bahagian Rose Princesses pula, mereka tidak tahu apa yang
sedang berlaku sekarang tapi ada satu yang mereka pasti. Luna bertindak sendiri
lagi! Kenapa Luna selalu tanggung semuanya sendiri tanpa meminta bantuan dari
mereka? bukankah Rose Princesses juga bertanggungjawab dalam melindungi Robella
dari jatuh ke tangan yang salah? Kenapa Luna tak trust mereka?
“Aku tahu apa yang kamu fikirkan sekarang ni. Luna memang
selfish suka ambil spotlight. Sebab kamu di panggil ke sini sebab Luna perlukan
kita. Dia nak kita kawal keadaan sementara Luna berlawan dengan Devil. Onew
akan kena kesan pertarungan mereka dari segi mental dan fizikal. Dia tidak
sedarkan diri tapi menghancurkan semua apa yang dia lihat di sekelilingnya jadi
Luna perlukan kita untuk menghalang Onew bergerak ke bandar dan di lihat oleh
rakyat. Dia ialah pewaris seterusnya dan bila rakyat nampak dia seperti itu,
tentu kepercayaan mereka terhadap Onew akan hilang.”
“Macam mana kalau dia kalah lawan Devil? Apa akan jadi pada
Luna?” Viola terus menyoal jika Luna akan selamat atau sebaliknya.
Minho menggeleng. “Aku sendiri tidak tahu tapi kita tak
boleh berfikiran negative dan percaya dengan Luna yang dia dapat selasaikan
masalah ni.”
“Kita tak ada peluang nak lawan kuasa Devil. Dia lebih
berkuasa dari kita.” Ann pula menyatakan pendapatnya.
“Kita tak perlu lawan Onew. Kita hanya perlu halang dia dari
sampai ke Bandar, di lihat oleh Rakyat. Luna percya yang kita akan berjaya,
jadi yakin dan jangan hampakan mereka.” Suara Minho naik satu volume. “kalau Luna
kalah, Dia nak Fiona, kamu masuk ke dalam dimensi Devil dan membawa dia keluar
dari tempat tu. Dimensi Devil berada dalam badan Onew jadi senang untuk kau masuk
ke dalam betul?”
Fiona mengangguk. Betul, dia boleh masuk kedalam diri
seseorang tapi dia tidak pasti jika dia boleh bawa Luna keluar bila Devil
sendiri mungkin tak nak lepaskan Luna pergi.
Mea hanya berdiam diri tidak tahu apa nak di katakan. Dia
masih rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan terhadap Luna. menengking
dia tanpa sebab. Mungkin Luna tak perlukan aku lagi lepas apa yang aku buat
kepada dia… Luna mungkin takkan maafkan aku desis hati Mea sedih.
Minho melihat wajah Mea yang murung. “Jangan risau Mea. Luna
akan selamatkan Onew untuk kau. dia juga nak minta tolong dari kau untuk
mengawal Onew. Dia percayakan kau untuk meredahkan kegilaan Onew.”
Mea tersentak. Tidak percaya apa yang dia dengar. “Dia masih
perlukan aku? betul ke?”
“Tentulah Luna perlukan kita. Lagipun dengan awakening kedua
kita…”
“…tentu lebih senang nak kawal keadaan.” Fiona sambung ayat
Viola.
“Aku pun dah dapat awakening kedua… jadi aku pun dapat
menolong Kak El lagi!” Ann juga gembira menyatakan yang dia sudah di awakeing
kedua.
XOXOXOXOX
Luna terbangun dari tidurnya dan terkejut besar apabila
melihat situasi di sekelilingnya. Dia sekarang berada di tempat lain yang
sepastinya bukan di Robella. Lantai berpetak hitam putih yang dia pijak dan
berlubang, terdapat serpihan lantai yang berlubang terapung di udara seperti
tiada gravity walaupun kakinya melekat di lantai. Terdapat rantai besi berkarat
terikat pada lantai tersebut dan pada hujung rantai mengikat sebuah sangkar
besi yang usang dan berkarat.
Tidak syak lagi yang Devil berada di dalam sangkar itu dan
tanpa membuang masa dia bertukar menjadi Red Rose membuat Devil rasa kehadiran
Luna di dimensinya.
“Ah… Elizabeth… tak sangka kau akan lawat aku… sebelum aku
datang melawat kau…” Katanya memandang Luna dengan mata yang menakutkan. Mata
merah di antara cahaya hijau didalam sangkar itu sangat menggerunkan membuat
remang bulu romanya dari atas ke bawah. Dia tahu, kalau dia takut dengan mata
merah itu, tentunya Devil akan senang mengalahkannya dengan hanya memandang
tepat pada matanya.
“Aku datang ke sini untuk menghapuskan kau sebelum kau buat
malapetaka pada kami semua.” Luna menghalakan scepternya kearah Devil.
Devil tertawa besar di dalam sangkarnya melihat keberanian
Luna menghalakan senjatanya kearahnya. “Apa… kau boleh buat… dengan senjata
kecil kau tu?” Devil sedikitpun tidak takut dengan Luna walaupun dia penjaga
heart of Robella. Gelaran itu tidak akan menakutkan dia kerana Luna belum dapat
bersatu dengannya. Dia anggap Luna bagaikan seekor semut kecil yang senang
dikalahkan dengan hanya satu pijakan di kaki.
Luna menarik sengih melihat Devil didalam sangkar itu. “Kau
sendiri apa kurangnya? Kau tak dapat keluarkan kuasa kau selagi kau di dalam
sangkar itu. Rantai ini bertindak sebangai penyerap tenaga kau untuk membentuk
lantai ini. Selagi rantai besi ini melekat di sangkar kau, selagi itu ia
meresap kuasa kau sedikit demi sedikit untuk membentuk dimensi dan sangkar kau
sendiri.” Luna berkata dengan nada yakin. “Walaupun kau keluarkan kuasa yang
banyak untuk bebas, rantai ini akan menyerap semuanya dan membuat sangkar yang
lebih kuat lagi supaya kau tidak akan keluar. Kuasa nenek moyang kami memang
hebat hingga boleh buat penjara yang tiada tandingannya. Sesuai untuk makhluk
yang tidak berhati perut seperti kau.”
Devil tertawa besar melihat Luna yakin dengan ayatnya. “Kau
fikir... baik-baik Elizabeth… Aku lebih berkuasa-”
“Aku tahu!” Luna memotong ayatnya. “Kau mungkin lebih
berkuasa dari kami semua tapi kau tidak boleh kalahkan kami jika kau dalam
sangkar tu.”
Tetiba lantai yang di pijaknya bergegar, tekanan kuasa yang
dia rasakan membuat Luna menjadi takut. Dia melihat Kuasa Devil keluar dari dirinya
dan di serap oleh rantai besi itu.
“Apa… Apa kau buat ni?!”
Lantai mula retak dan beberapa rantai besi itu putus dari
lantai akibat retakan lantai. Luna menjadi cemas melihat kekuatan Devil.
“Setiap benda ada kelemahannya…. dan penjara ini juga ada
kelemahanya..” Kata Devil sambil
mengalirkan kuasanya dari dirinya. “Walaupun penjara ini boleh meresap kuasa
aku… ia tidak boleh meresap semuanya sekali gus… kerana.. ia tidak dapat
menampungnya dan… membuatkan ia over load.” Katanya lagi dengan tawa. Kuasanya
mengalir semakin banyak setiap saat seperti kuasanya tidak ada penghujungnya.
Luna semakin takut dan hilang imbangan apabila lantai itu
mula berkecai jadi serpihan kecil dan terapung keudara. Ia lebih dasyat dari
apa yang Luna jangkakan akan berlaku. Dia takkan sangka kuasa Devil sebegini
kuat hingga penjara itu boleh repuh akibat over loading kuasa. Apa akan terjadi
kalau ia berteruskan begini? Adakah Luna akan selamat?
Rantai besi tersebut terputus dari lantai dan Devil bebas
bergerak kemana sahaja dengan sangkarnya.
“Tak guna…” Tanpa rantai besi, devil sudah boleh menggunakan
kuasanya untuk berlawan dengan Luna. yang lebih menakutkan ialah… Devil mungkin
ada rancangan yang akan buat dia bebas dari dimensi dan ke dunia luar.
“Masa untuk…. Menghancurkan kau dari pandanganku…” terbentuk
dua kepala tengkorak (Skull salve) yang bersaiz dua kali ganda besar Luna dari
kuasa Devil dan mula menyerang Luna.
Comments
Post a Comment