Rose Princesses: Surrender or DIE??
Chapter 25
Rose Princesses dan Shinee berada di bilik mesyuarat
terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dari dalam istana dan
mengesyaki ia datang dari bilik Onew. Tanpa membuang masa mereka semua berlari
keluar istana dan menuju ke tingkap bilik Onew, bukan tingkap lagi tetapi
sebuah lubang yang besar dan Onew sudah tiada di dalam bilik tersebut.
“Dia di mana?” Teamin memandang kekiri dan kekanan mencari
kelibat Onew kalau-kalau dia masih berada di kawasan istana.
Sebuah bebola bewarna hitam menyerang kearah mereka
membuatkan letupan yang sangat besar. Nasib baik mereka sempat mengelak jika
tidak pasti ada yang cedera akibat serangan yang mengejutkan itu.
Mereka memandang kearah dari mana datang bebola itu; di atas
langit dan melihat Onew yang kelihatan sangat berlainan. matanya merah
memandang mereka dengan dingin dan tidak berhati perut seperti ingin
menghapuskan mereka. Urat-urat hitam timbul di mukanya dan lengan. Jarinya yang
tajam bagaikan jari seekor raksasa yang ingin mengoyak daging mangsanya.
Mea rasa seperti satu pukulan di kepala apabila melihat
keadaan Onew sekarang. dia tidak tahu apa nak buat. Melihat keadaan Onew
sekarang, dia tahu yang Luna dan Devil sudahpun bertarung.
Onew mengeluarkan bebola hitam lagi dari tangannya dan
tersenyum sinis, senyuman yang boleh membuat orang rasa trauma sepanjang hayat.
“Kamu akan mati…” Katanya dengan suara double. Suara Onew dan satu lagi suara
seperti suara seekor rasaksa.
Dia melontar bebola hitam tersebut kearah mereka. Jonghyun
segera bergerak kehadapan dan melontarkan sebuah tumbukan udara yang besar
melawan bebola hitam itu mengakibatkatkan letupan besar membuat mereka terbang
jauh ditolak angin kuat dari letupan tersebut. Hancur semua yang ada di
sekeliling mereka, tumbuhan yang Mea baru sahaja tanam musnah dengan sekelip
mata.
XOXOXOXOX
Ketawa Devil bergema di ruang dimensi itu melihat Luna
bergelut mengelak dari serangan skull slave yang menyerang tanpa henti.
Cheh! Kenapa dengan kepala tengkorak ni tak hancur-hancur?
Makin banyak aku balas, makin kuat tulangnya! Desis hati Luna risau kalau dia
tidak dapat mengalahkan tengkorak yang tak berotak itu. Melawan dengan
menghumban dirinya untuk makan Luna. menghancurkan lantai di mana Luna pijak
sehingga tiada lagi tempat Luna untuk land.
Luna memandang kekiri dan kekanan; mengelak dengan melompat
ke serpihan lantai yang masih boleh lagi di pijak. Apa yang Devil sedang
rancangkan ni? Kenapa kepala durjana ni yang lawan aku bukan dia? Desis hatinya
lagi.
Dia melihat salah satu Skull Slave terbang kearahnya dengan
laju. Luna menggenggam erat scepternya dan menunggu masa yang tepat untuk
menyerang.
“Bat’er up!!” Jeritnya memukul tengkorak itu dengan
scepternya. Senjatanya sebagai kayu pemukul dan tengkorak pula sebagai bola
besball.
Tengkorak itu terlempar kebelakang dan terlanggar lagi satu
tengkorak dan terpantul ke sangkar Devil membuat sangkarnya bergoyang.
Tengkorak bekas pukulan Luna berkecai hancur menjadi serpihan-serpihan kecil.
“Strike!” Jerit Luna, sekarang pula seperti bermain bowling.
2 in 1 game. Dia akhirnya dapat menghancurkan salah satu tengkorak durjana itu
tapi kegembiraannya hilang di tiup angin apabila tengkorak yang baru sahaja
hancur bercantum semula seperti biasa.
Devil pula menggantikan tawa Luna. “Kau takkan ada
peluang!..... kalau kau tak dapat kalahkan slave aku…. kau tak ada peluang
untuk kalahkan aku…”
Luna mengetap bibir. Sekarang dia berada dalam zone bahaya
sekarang. kalau dia tak dapat cari jalan bagaimana hendak kalahkan Skull Slave,
dia mungkin akan mati sebelum dapat berlawan dengan Devil.
XOXOXOXOX
Manakala, Rose Princesses dan Shinee sedang berusaha
bertahan untuk menghalang Onew ke bandar. Mereka tahu yang Onew akan membunuh
apa saja yang bernyawa di sekelilingnya. Oleh itu, selagi jantung mereka
berdegup, selagi itu Onew akan tinggal di kawasan istana untuk menghapuskan
mereka.
Si kembar menjadi Blue Rose dan menyerang Onew dengan
requipt’ing senjata mereka hingga yang terkuat untuk melemahkan Onew tapi Onew
tetap dapat bangkit setelah menerima serangan dasyat dari Si kembar malah, dia
masih tersenyum dengan senyuman yang lebih menakutkan.
“My turn!” Ann pula terus mengeluarkan test tubenya yang
lebih besar dari yang lain dan ingin melontarkan kea rah Onew. Tetapi mata
mereka bertemu membuat Ann kaku dari melontar botolnya kearah Onew.
Mata yang menggerunkan itu melemaskan Ann kedalam laut gelap
lagi sejuk. Terjunam ke dalam tanpa ada menghujungnya. Cuba mencapai ke dasar
tapi badannya tidak dapat memberi apa yang dia inginkan. Dia rasa seperti ada
sesuatu yang menariknya masuk kedalam dan menahannya untuk bergelut. Sangat
sejuk, sangat dalam, sangat sunyi…
“Ann!” terdengar suara yang sangat dia kenali tetapi sangat
jauh. Ann ingin bersuara memanggil pemilik suara itu tetapi terasa seperti ada
batu tersekat di rongga lehernya membuat suaranya tidak keluar.
Dia terlihat satu figura terjun kedalam laut tersebut dan
cuba menggapai tangan Ann. Semakin dekat lelaki itu berenang kearahnya, semakin
jelas wajah lelaki itu.
“Te… Teamin…!” sahutnya dengan perlahan dan tangannya mula
mencapai tangan Teamin.
Mata Ann terbuka luas dan mendapati dia berada dalam dakapan
Teamin. Kelihatan lelaki yang disayanginya tersenyum lega melihat Ann membuka
mata.
“Kau selamat… baguslah.” Katanya dengan lembut. Di sebalik
suara itu, terdapat kerisauan dan keresahan yang perempuan yang di kasihinya
tidak akan membuka mata.
Ann tersenyum nipis tapi senyumannya serta merta hilang
apabila sebuah letupan besar datang dari pertempuran antara mereka dengan Onew.
Ann ingin kembali ke medan pertempuran tapi badannya tidak bermaya untuk
bangkit. Terasa pening sebaik dia ingin bangun.
“Kau tinggal di sini dan biar kami yang uruskan.” Kata
Teamin dan ingin pergi ke abang-abangnya semula tetapi Ann menghalangnya dengan
memegang tangannya.
“Boleh aku ikut?” Soal Ann dengan watak Pink Rose yang manja
dan periang. Dia tidak mahu hanya menjadi penonton dan tidak berbuat apa-apa.
Luna berada di dalam Onew (Entahlah di mana) sedang berlawan dengan Devil yang
sebenar. Bersendirian tanpa ada bantuan seperti mereka yang berkerja sama untuk
tidak kalah di tangan Onew, kawan sendiri, keluarga sendiri.
Teamin tersenyum nipis faham perasaan Ann. Dia menundukkan
diri dan memberi satu kucupan di dahi cuba tenangkan Ann yang resah gelisah
memikirkan satu-satunya keluarganya yang tinggal, Luna.
“Hoi! Bukan masa untuk lovey-dovey sekarang!” Jerit Minho
yang baru sahaja mengelak serangan Onew dan land di tempat mereka. Dia
memandang Ann dan Teamin yang sempat ambil kesempatan. “Kau nak aku panggang
korang sampai hangus ke?” Tangannya sudah mengeluarkan renjatan elektrik yang
bervoltan tinggi tinggal tunggu untuk menyerang sahaja.
Temin segera berdiri dan lari ke medan pertempuran
meninggalkan Ann bersama Minho. Baik dia cabut dulu sebelum abangnya
betul-betul panggang dia. Teamin tahu orang yang di panggang bukan Ann tapi
hanya dia seorang.
Minho berdengus kecawa dengan adiknya yang bongsu itu. Dia
kembali memandang Ann membuat Ann terkejut kecil melihat wajah marah Minho dan
tersenyum memberi respon.
Minho mengeluh kecil. “Ann, aku nak kau alirkan liquid kau
dari sini ke tempat Onew sana.” Katanya menunjuk kearah Onew yang menjadi
center serangan mereka.
Kepala Ann senget sedikit tidak tahu apa yang Minho
rancangkan tapi dia hanya menurut dan mengeluarkan test tube di setiap celah
jarinya. Nafasnya menjadi berat kerana mengeluarkan lebih banyak test tube
dalam satu masa dan di tuang ke tanah. Liquid pink itu di serap kedalam tanah dan
mengalir kearah Onew.
Ann mengangguk semula memberi singnal kepada Minho yang dia
sudah selesai. Sekarang giliran Minho pula untuk bertindak memerangkap Onew. Dia
tidak mahu lakukan tapi terpaksa sebelum keadaan menjadi lebih parah.
“Pastikan Liquid tu naik ke tanah dan memerangkap Onew.
Keraskan ia tapi tidak terputus dari tanah. Faham?” Minho beri lagi satu arahan
dan Ann segera bertindak menuang satu lagi Liquid.
Liquid itu memberi tindak balas muncul dari tanah di mana
Onew berada dan memerangkap Onew sepenuhnya dan mengeras dengan serta merta
berbentuk seperti belon pink. Tanpa membuang masa Minho menyentuh tanah di mana
Ann menuang Liquidnya, renjatan elektrik dari tangannya mengalir mengikut
liquid Ann ke perangkap, merenjat Onew yang berada di dalam belon itu.
Kedengaran jeritan kesakitan Onew dari dalam belon itu
membuat Mea tidak sanggup untuk mendengarnya. Dia menutup telinganya berharap
ia akan berakhir. Dia tahu ia menyakitkan tapi ia untuk kebaikan Onew juga.
Tetapi perangkap yang menghantar renjatan elektrik itu mula
retak apabila ia tidak dapat menampung kuasa Minho yang voltannya semakin
tinggi cuba membuat Onew tidak sedarkan diri.
Onew bebas semula tetapi terbaring di tanah bernafas dengan
berat. Hangus tapi tidak melecur. Onew menjadi lebih marah dari sebelumnya dan
mendongak memandang mereka semua. “Mati…. Mati..” Katanya berulang-ulang kali.
“MATI!!”
Onew memaksa dirinya untuk berdiri semula dan kedua
tangannya membuat bebola hitam, lama semakin lama bebola itu membesar dan bukan
sahaja di tangan, di sekelilingnya jua terhasil enam bebola hitam.
Mea tidak tahan lagi melihat Onew dan ingin berlari kearah
Onew menghalang dia dari menghancurkan keluarganya sendiri tapi di halang oleh
sikembar, lengannya di pegang erat oleh Viola dan Fiona.
Tidak! Aku tak nak Onew bunuh adik-beradiknya sendiri! Jerit
hati Mea. Cahaya putih muncul disekelilingnya membuat Si Kembar melepaskan dia
mengetahui apa yang sedang berlaku. Rose putih yang sudah mati akibat serangan
mereka subur semula dan kelopaknya mengelilingi Mea, menenangkan hati resah pewatak White Rose.
Mea mendepakan tangannya dengan lembut kearah Onew dan akar
rose bangkit dari bawah tanah dan melilit bebola hitam Onew ditarik kedalam
tanah. Akar yang berduri itu tumbuh semula dari tanah dan melilit Onew pula,
setiap tubuh badannya di lilit mengunci pergerakan Onew.
Mea datang mendekati Onew membuat Onew bergelut lebih kuat
untuk melepaskan diri. Mea menyentuh muka Onew, tersenyum nipis tapi tenang
membuat Onew tetiba berhenti bergelut apabila melihat wajah Mea.
“Tenangkan dirimu, my love…” Katanya dengan lembut,
menenangkan Onew.
Mereka yang lain hanya melihat Mea menenangkan Onew. Kagum
juga melihat Mea yang dapat menghentikan kegilaan Onew.
Dahi mereka bersentuhan dan Mea menutup matanya. “Semua ini
adalah sia-sia dan hanya akan membuat hati mu lagi kosong dan resah….
Kembalilah kepada kami dan kami akan terima kau dengan hati yang terbuka…”
XOXOXOXOX
Luna terperangkap di atas serpihan lantai tidak dapat
bergerak lagi. Skull slave pula ingin menyerang dari dua hala, di kiri dan
kanan. Kali ini Luna akan hancur, di mana lagi dia akan pergi tanpa ada lantai
untuk dia land?
“Kau akan jadi milik aku! kau dah tak dah pilihan… mengalah
sajalah….” Kata Devil dengan angkuh. Yakin dengan kekalahan Luna.
Luna tersenyum sinis. “Kalau aku tidak mengalah mati dan
kalau aku mengalahpun mati. Jadi, baik berlawan sampai mati!” Dia berdiri
bersedia untuk menerima serangan Skull slave itu. Skull slave tersebut mula
menyerang Luna dari dua arah dan Luna tidak berganjak pun dari lantai itu dan
scepternya juga tidak memberi sebarang pose yang ia juga akan menyerang skull
slave itu.
Apabila Skull slave itu semakin dekat dengan Luna hanya tiga
meter jauhnya. Luna menyebarkan sayapnya dan terbang keatas membuat skull slave
yang bergerak dengan kelajuan tinggi hancur berlanggar antara satu sama lain.
Luna tersenyum melihat skull slave itu hancur tetapi
senyumannya hilang apabila terasa cahaya hijau diatasnya. Devil sedang menunggu
Luna dari atas.
“Ia sebuah pera-” sebelum Luna sempat berhenti dari terbang
keatas, Dia sudah masuk kedalam melalui lubang sangkar itu. Cahaya hijau itu
semakin cerah sebaik sahaja Luna masuk kedalam sangkar Devil. Cahaya yang
sangat terang lagi kuat itu telah menyebabkan sangkar usang, berkarat milik
Devil hancur berkecai akibat tidak dapat menampung kuasa yang teramat kuat.
XOXOXOXOX
Onew memberikan riaksi yang ketara apabila mendengar ayat
Mea dan matanya mula tertutup. Seperti dia sudah menemukan ketenangan dalam
dirinya.
Mea tersenyum gembira tapi elegent. Dia berputar kearah
Fiona dan berkata. “Masa untuk bawa Luna pulang.”
Fiona mengangguk dan memeluk kakaknya dengan erat. “Vee, aku
perlukan separuh dari kuasa kau untuk membawa Luna pulang. Kau boleh-”
Viola mengangguk sebelum Fiona menghabiskan ayatnya. “Bawa
Luna pulang dengan selamat, okay?”
Fiona mengangguk dan melepaskan pelukan mereka. Dia bergerak
mendekati Mea dan tunduk dihadapan Onew. Mata kirinya mengeluarkan api biru
menyala dan merenung tepat ke mata Onew, mencari di manakah Dimensi Devil
berada.
Apabila Fiona jumpa lokasi dimensi itu, dia terus masuk
kedalam mata Onew dan travel dalam portal laluan ke dimensi Devil. Dia terkejut
melihat apa yang telah berlaku. Lantai berpetak hitam putih rentak dan banyak
serpihan lantai terapung di udara seperti tiada gravity walaupun dia melekat
memijak lantai. Bukan itu sahaja, terdapat banyak rantai besi melekat di lantai
dan tiada penghujungnya.
Pelik? Bukankah tempat itu hancur teruk? Rantai besi sudah
lenyap akibat over load dari kuasa Devil? Kenapa ia kelihatan seperti tiada
pertempuran yang telah berlaku? Adakah Fiona masuk ke dimensi yang salah? Atau
memang tiada apa yang berlaku di tempat itu?
Mata Fiona yang berligar-ligar sekeliling tempat itu
akhirnya terhenti apabila terlihat satu figura sedang duduk bersimpul kaki,
menutup muka dengan tangannya, bersama scepternya di pangkuannya. Tak syak
lagi, itu pasti Luna. tiada perempuan lain yang ada scepter selain Luna.
Fiona berjalan dengan berhati-hati melangkah kearah Luna dan
apabila dia berada di depan Luna, Fiona ingin menyapanya tetapi niatnya
terbatal dan tangannya di tarik semula. Dia tidak tahu kenapa dia teragak-agak
untuk menyapa perempuan yang menutup muka itu. Fiona bukannya melangkah lebih
dekat kepada Luna tapi dia melangkah kebelakang. Kenapa? Kenapa dia buat
seperti itu kalau dia yakin perempuan itu adalah Luna?
Dia tidak tahu kenapa jantungnya berdegup kencang secara
tetiba apabila melihat Luna tidak bergerak walau sedikit pun, di tenung dengan
lebih lama, Fiona baru perasan yang perempuan di depannya tidak mempunyai
sedikit calar di badannya, bajunya sudah berubah dari pemakaian Red Rose
sebelumnya. Adakah dia sudah naik ke Awakening kedua? Tapi kenapa tiada kesan
pertarungan di badannya? Dia kelihatan seperti baharu. Tidak ada calar walau
sedikit pun.
“L… Luna?” Akhirnya suara yang hilang di mulutnya ditemu jua.
Luna tersentak dan tersenyum sinis di sebalik tangannya.
suasana di ruang dimensi itu tetiba menjadi tegang, Fiona sendiri tidak senang
hati dengan keadaan di sekelilingnya sekarang. yang lebih mengejutkan ialah,
skull slave Devil muncul dari belakang Luna, kelihatan lebih menyeramkan dari
sebelumnya. Matanya lebih ganas dari sebelumnya.
Fiona menjadi semakin takut apabila Luna tidak memberi
sebarang respon dengan sekeliling mereka yang menjadi seram dan menakutkan. “L…
Luna, kau kenapa?”
Luna tertawa tiga dekah. “Naïve…” Dia mendongak memandang
kearah Fiona. Matanya bertukar ke warna hijau dan sangat menggerunkan. Memberi
Fiona seram sejuk melihat mata hijau yang bercahaya itu. “My ride to get out
dah tiba…” katanya dengan nada double. Suara Luna yang dingin bercampur dengan
suara rasaksa.
Dengan suara Luna, Fiona dapat teka apa yang telah berlaku.
“K… Kau Devil?” Fiona rasa nak rebah ke tanah apabila Devil merasuk kedalam
badan Luna.
Luna menggeleng dengan senyuman sinis. “Aku Luna… Luna kamu
semua tapi lebih berbeza dari yang dulu.” Kata Luna dengan senyuman bangga.
“Lebih hebat, lebih berkuasa dan lebih penting… tidak dapat di kalahkan!” Luna
tertawa ke udara, suaranya bergema di ruang dimensi itu.
Luna kembali memandang kearah Fiona dengan senyuman evilnya
terukir di hujung bibirnya. “Apa kau nak buat sekarang… Blue Rose Fiona?”
Fiona mengetap bibir tidak sangka yang Luna akan jatuh
kedalam tangan Devil. “Requipt…” Katanya berbisik di hujung nafas.
Fiona mengangkat pedang samurainya naik kearah Luna
menandakan dia akan berlawan untuk dapatkan Luna semula. “Terima? Jika aku
menang, kembalikan Luna kepada aku.”
Luna tertawa geli hati mendengar ayat Fiona. Dia mendekatkan
lehernya pada mata pedang itu seolah-oleh memprotes keberanian Fiona. “Kau berani
ke bunuh aku? Devil dan aku telah bersatu dan kami takkan terpisah lagi... dan sampai bila-bila pun kami takkan terpisah.”
Fiona terkejut memegang erat pedangnya, sangat marah
mendengar Devil claim dirinya bersatu dengan Luna. “Hentikan semua ni! Aku tahu
Luna berada di dalam sana dan pastinya dia dengar apa yang aku katakan ini.”
Luna memegang mata pedang itu dengan tangannya sendiri.
Tapak tangannya mengalirkan liquid merah panas, riak wajahnya menunjukkan dia
tidak main-main. Dia menarik pedang Fiona mendekatkan Fiona kepadanya. Luna
menghalakan Scepternya di belakang leher Fiona.
Fiona tidak sangka yang Luna sanggup cederakan tangannya
sendiri hanya untuk menarik dia ke scepternya. “Ap- Requipt!”
Ayatnya tertukar apabila Luna menarik scepternya untuk
memenggal leher dan Fiona sempat menyelamatkan diri dengan menyeru satu lagi
pedang samurai di tangan kirinya dan mengunci pergerakan Luna untuk menarik
scepternya. Dengan itu, Fiona melepaskan dirinya dan bergerak sepuluh jauh dari
Luna, samurainya terpaksa di lepaskan ke tangan Luna.
Luna lontar pedang Fiona ke udara dan memegang pemegang pedang
tersebut. Luna terseyum sinis. “Apa kau nak buat sekarang? lawan atau give up?”
Luna menjeling kearah pedang Fiona memberi signal kepada di si adik. Sekarang
pedang sebenarnya ada sama dia. Fiona takkan dapat requipt pedang yang lebih
kuat jika pedang pertamanya tiada di tangannya.
Fiona membalas senyuman sinis Luna membuat Luna terkejut
kecil. “Kau terlupa sesuatu…. Aku boleh menyeru dan menghilangkan senjata
sendiri.” Fiona menjungkit kening sambil memuncungkan mulutnya kearah
pedangnya.
Luna memandang pedang samurai di tangan kanannya. Tanpa
perasaan Luna melihat pedang itu bertukar kepada kelopak rose biru mengelilingi
Luna dan lenyap dari penglihatan. “hebat..” katanya dengan nada mendatar.
Luna memandang kearah Fiona dengan senyuman membuat Fiona
terkejut. Senyuman itu lain dari yang sebelumnya, ia kelihatan tenang tanpa ada
agenda disebalik senyuman itu. Matanya juga kembali kewarna asal.
Senyuman Luna terus berubah ke senyuman sinis. Matanya
kembali bewarna hijau menyala. “Tak lah ‘epic’ sangat..” Kata Luna dengan
menggunakan ayat Si kembar selalu guna. Mengejek Fiona.
Fiona menghalakan pedangnya kearah Luna dengan yakin.
Akhirnya dia dapat cara untuk kembalikan Luna ke dirinya yang asal. Walaupun
mereka telah bergabung tenaga untuk menjadi awakening kedua, Devil mengambil
alih badan Luna. Fiona tahu yang dia boleh memberi Luna ke tempat asalnya
mengawal tubuhnya semula dengan kuasa Rose Prnicesses. “Requipt!”
Dua belah pedang muncul di tangannnya. “Sword of hell dan
Heaven berada di dalam genggamanku dan dengan pedang ini jugalah aku akan
menyedarkan di mana tempat asal kau, Devil.”
Skull slave Luna bergerak kehadapan menampilkan diri untuk
berlawan dahulu. Luna kembali duduk diatas serpihan lantai terapung dan
berkata, “Round One.”
Skull Slave meluncur laju kearah Fiona dan bermulalah
pertempuran antara Fiona dan Skull Slave.
Comments
Post a Comment