LMN: Prologue
(A/N: Dear my beloved readers.. cheawah! cam surat wasiat plak ni.. hehehe.. oh anyways, angah tahu ada lagi novel baru... masaklah angah sekarang ni, 3 novel in one... hahaha.... so, as I was saying, Novel ni lain dari yang lain sebab.... korang boleh katakan ia cabaran dari my BFF who design the blog, Aiema.... This is Specially for that spoiled brat. haha, wish you like it Aiiema,,, if not, I'll get you for cracking my brain to write this novel. anyways.... ENJOY!!! ^___^
_____________________________________________________________________________________________
matahari terbit menerangi kota
Xiansevera.. unggar berkicauan umpama bergembira menikmati paginya seperti
biasa.. malangnya aq TIDAK! OMG! OMG! aq dha lambat untuk kerja sambilan
ku!!jerit hatiku tanpa menyedari bahawa hari ini akan menjadi hari yang paling
extreme dari hari-hari yang lain.
langkahku di lajukan apabila
mendengar speaker di train station berteriak bahawa kereta api ke Shinoya akan
berlepas tidak lama lagi. apa lagi, pasangkan kaki anda dan mula mengatur
langkah turun ke platform dan dah nampak yang pintu automatik tu dha nak
tertutup. no,no,no! tunggu aku!! aku terus melompat masuk kedalam train. Yes!!
sempat juga aku masuk ke dlm sebelum ia tertutup rapat. nasib baik aku ni kurus
dan slim, klau x ada aku melekat d pintu sampai tiba di Shinoya nanti.
"aduh! sorry encik. maaf."
cantik.... dapat masuk train tapi telanggar pakcik ni pula... hei... tak pa..
asalkan dapat naik. "aduh!! sorry miss, tak sengaja." heeeeyy!!!
tepijak kaki orang pula! sesak betullah tempat ni! aku cepat cari trmpat dan
berpegang dengan pemegang yang telah tersedia d dalam train ni. selesai masalah
dari langgar orang.
masalahku belum selesai lagi. tak,
ini baru permulaan. nanti ada yang lebih trajis dari yang ni. alahai... kenapa
lah aq ambil parttime dekat kedai antik tu? dah lah mulut madam tu mulut burung
murai, muka masam terlebih garam.. di tambah pula lada hitam berbulu kat atas
mulut. masak aku setiap kali jumpa dia. kenapa? ceramaaaaah.... terus, entah
apa salahku sampai aku sendiri selalu kena ceramah. apa boleh buat, nasib
badan. lagi pun, bukan niatku nak terus stay kerja d sana, aku kekal sebab
sekolah dekat dgn tempat tu dan gajinya agak lumayan. maklumlah aku ni tak nak
susahkan Abi dan abang2 aku. biarlah dlam usia yg muda ini aku mencari rezaki
dan pengalaman. so, nanti besar senang sikit hidup. Lagipun, bila sesi
persekolahan bermula nanti, aku takkan kerja di tempat neraka tu lagi. Kalau,
KALAU aku dapat masuk ke Imperial Academy. Ya, aku cuba nasib untuk masuk ke
sekolah orang kaya tu. mana tahu dapat biasiswa masuk ke sana, mana kita tahu
kan? Kalau, KALAU aku dapat masuk, cerah sikit masa depan aku untuk mencapai
cita-cita yang tak seberapa ini.
Tuan-tuan
dan puan-puan sekalian, kita telah tiba di Shinoya, tolong tunggu sehingga
kereta api ini berhenti dan pintu terbuka untuk keluar. Sila gunakan pintu
sebelah kiri untuk melangkah keluar. Terima kasih.
Ah! akhirnya tiba juga. Tanpa
membuang masa aku ke pintu berdekatan dan melangkah keluar dari kereta api
sebaik sahaja pintu terbuka dan naik ke dasar. Dengan langkah seperti lipas
kudung, hatiku berharap agar madam tidak akan marahkan aku kerana lewat
sedikit. aku melihat jam tangan, dah pukul 6.46. ALAMAK! ini bukan di marah..
dah kena sembelih ni! 10 minit lagi dah buka kedai dan makan masa 30 minit dari
station ke sana.
Langkah dinaikkan gear lima dari
kelajuan lipas kudung ke burung phoenix, dah terbayang-bayang wajah madam yang
bercekak pinggang dgn mulut berkumat kamit mencarut, tambah pula tahi lalatnya
yang terhuyung-hayang dan...
PACK!! GDEBUK!!
aduh... du.. du..duh.... sakitnya
buntut aku.. heeey, kena minta maaf lagi. ini dah kali ke3 aku langgar orang.
Mesti aku kena maki-hamun lagi ni…
"sorry..."
aku mendongak melihat lelaki yang
aku langgar tadi terkejut, kenapa dia minta maaf? aku yang langgar dia dan
kenapa dia… mak oi!!! KOTORNYA!! eh? bukan, bukan... bukan kotor tapi comot.
tak kau tekejut nampak bajunya penuh dgn warna, cat yng warna warni. selekeh
lagi tu. dengan cap nike warna pudar,
seluar treck putih dan baju biru pudar yang berlumuran dengan pastel. Kenapa?
Dengan melihat barang yang jatuh bertaburan di lantai, medium canvas beg, color
brief case yang terbuka luas dan estel kecil. "awak ni pelukis ke?"
dia menunjukkan muka masam dan
berdengus kepadaku sambil mengutip barangnya. eh? aku ada salah cakap ke?
aduh!! palui, tentulah dia marah sebab aku main tanya je. Sepatutnya minta maaf
ke.. maafkan dia ke..
"yes and excuse me but i'm in a
hurry."
Wah! BI! tanpa membuang masa, aku
tolong kemaskan barangnya. "Let me help you with you belonging."
mamat tu memandang kearahku dan
tersenyum. machonya... "trimas"
nanti, dia cakap BM? siapa mamat ni?
ah! lantaklah, yang pentimg aku tak perlu bersusah payah nak memeras otak
berspeaking dengan dia. "no hal. hi, Im Aiena syafleena. Aiena je."
aku menghulurkan tangan sambil membawa brief casenya. alah... tolong
menolongkan amalam mulia.
dia menyambut tanganku. "Hey,
Au- Izzat."
izzat je? oookay... what everlah.
"nah... sorry aku langgar kau tadi." Aku terus menghulurkan brief
casenya. Sorry, nak beborak dengan budak artisan tapi, madam dah naik berang
dah tu kat kedai antic sekarang ni..
dia memandang wajah ku seketika dan
tersnyum. kenapa? ada sesuatu ke dimuka aku ni?
"kalau sorry, jom ikut
aku." katanya terus menarik tanganku yang membawa brief casenya.
apa? tak sempat aku nak bertindak,
secara automatik, kami berdua telah mengatur langkah berlari turun semula ke
train station bawah tanah.
"nanti! madam akan-"
"kalau kau stop sekarang,
lelaki2 in black tu akan tangkap kau." katanya slamber sambil menarik aku
ke platform tiga. "ah! pintu dah nak ttutup. cantiklah!" lelaki yang
menarik aku melompat masuk ke dalam train dan mengikut firasat yang sudah takut
ni, aku terus join in sekali tanpa berfikir panjang. pintu train serta merta
tertutup sebaik saja aku masuk kedalam train.
kami berdua termengah-mengah
mengumpul nafas kami semula dari berlari dari man in black tu tadi. selamat
juga akhirnya, walaupun aku tak kenal sangat mamat ni, tapi entah kenapa aku
sanggup ikut dia ke sini walaupun aku ada can larikan diri time dia sendiri
lompat masuk dalam train.
"jangan rasa lega dulu. nanti
di Ottawa, lebih banyak Man in Black(MIB) menunggu serbu kita." katanya
dengan senyuman sinis.
Aku mendongak memandang lelaki
mistery ini dengan riak wajah terkejut. "apa?! kau ni siapa? tetiba tarik
aku sekali dalam projek kejar mengejar kau? kau nak jual aku erk?"
mamat tu tertawa kecil. okay, memang
nampak comel tapi tetap sengal. benda cam ni tak boleh bawa main. oh tidak...
adakah lelaki ni jadi buruan orang kaya sebab dah rosakkan anak dara orang?
nampak dari mukanya ni dah tahu mamat ni playboy dan aku jadi mangsa seterusnya
ke? tak nak aku!!
"Dengar, ini plannya." aku
tersentak dari lamunanku apabila mendengar dia mula bersuara, wajahnya yang
ketawa dah jadi serius giler. "MIB tu tentu dha ada di platform Ottawa,
tunggu kita dan apabila kita sampai ke sana, aku nak kita lari selaju yang
mungkin dan dengan orang ramai time jam 7 cam ni, tentu kita dapat larikan
diri." katanya dengan memandang jam tangan buatan Polonya itu.
apa? jam berapa? aku menarik tangan
mamat ni dan melihat jam. 7. 32? OMG!!! aku dah lambat!! Kedai dah buka dah!!
Aku lebih jauh dari tempat kerjaku. habislah... mesti madam akan bunuh aku,
disiang2 kulit ku jadikan jaket kulit.
kereta
api akan tiba d platform ottawa sebentar lagi, di minta para penumpang sila
bersedia dan tunggu pintu terbuka secara au....
haah... cepatnya, kami akan berlari
lagi sekali.. malang betul nasib ku dengan mamat ni.
tanpa di sedari, aku merasakan ada
orang memegang tanganku dan dia ialah.. izzat? dia tersenyum manis kepadaku
sambil memegang erat tanganku. Ikutkan hati, nak aku tampar mamat ni. Takda
orang berani pegang tangan aku tanpa izin aku. kau orang pertama kau tahu! Nasib
baik sekarang ni saat-saat thriller kalau tak, dah lama kepala terpisah dari
jasad.
Dia memandang kearahku dengan
senyuman manis membuat hatiku yang membara malap dengan sekelip mata.
"kita boleh lakukannya." mak oi!!! kenapa jantung ku berdegup laju
ni? jangan cakap aku dah fall kat mamat playboy ni sudah. Eeee! Tak nak aku!
Apabila tiba di platform Ottawa, aku
dapat lihat sekumpulan MIB sedang mengawal di luar... lima, enam, tujuh,
sembilan... mak oi!! sedozen! walaupun orang banyak di platform ni, orang2 MIB
tetap dapat di lihat. aku menjeling melihat lelaki d sebelahku. dia tersenyum
gembira seperti dia nikmati keadaan yang dia alami sekang. serius ni, dia masih
waras kea tau wayar bumi dalam otak dia dah terputus?
"ok! sedia..."
kereta api sudah sampai di
perhentiannya dan MIB turut bersedia menunggu pintu train terbuka.
"lari!" kata izzat sebaik
sahaja pintu train terbuka. kami mengatur langkah bergerak keluar dari train
dan melalui orang ramai. MIB turut bergerak di kalangan orang ramai untuk mencapai
kami. sempit tapi dia tetap tidak lepaskan tanganku. adakalanya dia memeluk
bahuku apabila ada orang nak pisahkan kami. ini memang menyeksakan. siapa
sebenarnya mamat ni? kenapa aku tak belasah dia time dia hug aku? kenapa aku
selesa sangat dengan dia ni? OMG! aku dah jadi miang ke??
kami berjaya keluar dari train
station dan tanpa berlengah lagi dia mengangkat tangan memanggil salah satu
teksi yang parking di sekitar kawasan. kami segera naik ke dalam kereta dan
memecut pergi meninggalkan BIM di belakang. yes! akhirnya tamat juga sesi kejar
mengejar. Aku dapat melihat memalui cermin tingkap si MIB menendang angin
melepaskan marah kerana gagal menangkap kami. Aku sempat menuang minyak keatas
api dengan memberi satu lambaian disertakan senyuman nakal kepada mereka.
“Better luck next time!!”
"happy nampak."
aku tersentak, terus berpatur
memandang kearahnya dan perasan sesuatu yang amat memalukan. Kami masih
berpegangan tangan. segera aku manarik tangan dan memeluk tubuh, aku dapat
rasakan muka ku naik merah menahan malu.
"jangan nak mengada sana."
kataku seperti orang sedikit marah. marah? sedikit pun tak malah, aku suka.
ish! Bukan suka tu okay.. suka kenakan MIB tu.
dia tertawa kecil dan majukan
badannya kehadapan mendekati driver. "Asriando street please."
driver tersebut mengangguk dan
tingkatkan kelajuan keretanya setelah mengetahui arah tuju kami.
"nak ke mana? kau tak plan nak
kidnap aku, dan jual aku kat luar negara kan?" menuding jari kearahnya
membuat dia sedikit terkejut. tahu takut. kecil-kecil aku ni boleh lawan juga
tau.
dia akhirnya tersenyum dan menyandar
seperti tidak terasa terancam. "ke studio saya dan kamu tak kisah
kan?" dia soal dengan senyuman yng masih segar di wajahnya.
"tak kisah? TAK KISAH??? AKU
SANGAT KIS-" ayatku terhenti apabila lelaki d depan mataku ni tidak
memberi sebarang respon apabila suaraku, aku naikkan. tak guna, dia tidur
rupanya. pandai mamat ni mengelak. Aku kembali duduk memandang keluar tingkap
dengan tangan bersimpul. Tak guna, nampak je cute tapi sengal seribu kali
sengal. Kenapalah aku terjumpa dengan mamat ni? kenapa lah aku terlampau baik
hati sangat hingga nak berkenalan dengan dia? Mentanglah aku ni minat lukisan.
Mentanglah aku jarang jumpa artisan. Mentanglah aku ni buta Seni, kenapalah aku
sapa dia? Kenapa aku tak bagi je brief case tu dengan dia dan terus pecut lari.
Kalau aku buat cam tu dah lama aku tiba di kedai Madam, biarlah kena marah
asalkan selamat dari mamat ni. Sekarang, nampak apa dah jadi? Aku stuck dalam
teksi dengan dia yang sedang tidur lena tan-
eh? kenapa aku tak ambil kesempatan
ni untuk lari? bukannya aku kenal sangat pun mamat ni. mencurigakan adalah;
bawa lari anak dara orang(akulah!), di kejar MIB, rosakkan anak dara orang
kaya, player, womanizer. lagilah aku tak nak dekat.. bukan.. tak nak kenal dia!
so, aku dah buat keputusan untuk
lari. aku mendekati driver untuk berbisik suruh dia stop d stesen minyak
berdekatan. setelah beritahu driver ni, aku menyandar semula rasa sedikit lega
apabila aku dapat peluang untuk larikan diri.
kakiku terlanggar beg canvas yang
berada di antara kaki kami. sementara menunggu tiba di stesen minyak, tak salah
kan aku nampak apa isi kandungannya kan? mana tahu ada gambar sexy lady ke,
clubbing ke? orang player mustahil tak melukis benda cam tu kan? so, aku
bukalah zipnya dan melihat lukisan yang dia lakar.
Woah.... sebuah lukisan fountain di
Shinoya main park bersama sekumpulan kanak2 sekolah sedang berjalan melalui
tepi fountain tersebut. terdapat seorang pemain gitar duduk di tepi fountain
dan beberapa orang sedang menikmati lagu yang sedang didendangkan. burung
merpati beterbangan semasa pelajar tersebut bergerak pergi. pemandangan yang
sangat cantik, pemandangan waktu pagi yang sangat indah.
aku memadang kerah wajahnya dan
mencebik. tak guna, kau dah buat aku tarik balik kata2 ku pasal kau. kau ni
sebenarnya siapa? Kau kan player, kenapa nak lukis benda cantik cam ni?
lukislah perempuan seksi… ish, menyampah aku nampak lukisan dia ni. tak sama
dengan personalitynya, LANGSUNG!!
Aku kembali melihat lukisan mamat
player ni dan muncul sesuatu dari kepala otak ni. "encik, batal singgah
kat stesen minyak. terus je ke studio." aku tersenyum sendiri. ya, ke
studio, kalau dia lukis secantik ni, tentu ada lukisan yang lebih cantik dari
inikan? tentu ada. aku nak nampak semua tu. jangan salah faham okay. aku buat
ni bukan sebab aku dah fall kat dia tapi aku dah fall kat lukisannya, aku nak
pastikan jika dia ni player ke tidak. aku tahu, aku tahu... ia macam satu
alasan tapi.. No Way in a million years aku nak fall dengan mamat ni. Lagipun,
aku rasa dia bukannya jahat mana pun kalau nampak muka dia betul-betul.
sebaik sahaja kami tiba di asriando
street, aku kejutkan mamat ni. tak susah, cuma goyangkan bahunya sedikit dan
dah terbangun. Light sleeper rupanya dia ni. dia membayar kos pengangkutan dan
kami keluar dari kereta. aku apa lagi, ikut jelah ke mana mamat ni pergi.
rasa cam semua orang di sekeliling
kami sedang memasang mata kat kami. apa tidaknya, dia asyik pegang tangan aku
je. aku nak lepaskan, dia genggam lebih erat pula. masak aku dengan mamat ni.
mungkin takut mangsanya lepas tak? ish, Aiena! Ingat apa misi kau ke sini, nak
buktikan teorimu tentang mamat ni. jangan nak menuduh sembarangan!
Kalau betul pun.. apalah dia nak
dari perempuan miskin dari aku ni? kalau duit, confirm tak
dapat punya, jadi girlfriend? jangan
nak beranganlah Aiena... baru je kenal dua jam lalu takkan nak kapel dha?
atau... dia nak jual aku untuk dapatkan duit dan lunaskan hutangnya dengan
orang2 MIB tu? tak mungkin!!
"hoi, sampai bila kau nak
menghayal tu hah?"
aku tersentak dari lamunanku apabila
dia memanggil. not to mention no manners. Aku ada namalah! eh? aku pandang
kekiri dan ke kanan.. apa?
"dimana kita ni?" soalku
selepas melihat persekitaran ysng tidak di kenali. nampaknya ada juga bahagian
lorong bandar ottawa aku tak tahu yea? sunyi je kawasan ni, tak da orang ke?
time jam lapan cam ni selalunya bandar ottawa dah sibuk. kenapa senyap semacam
je ni. jangan.. jangan dia nak... alamak!! aku masih belum puas hidup di dunia
ni!!
aku terdengar dia tertawa lalu aku
terus mendongak memandang mamat ni. bagi seorang perempuan yamg pendeknya 153cm
memang fikir dia tinggi tapi untuk perempuan model tentu mamat ni tergolong
mamat yang pendek. Kira-kira 159cm agaknya mamat ni.
"jangan risau, kawasan ni hanya
untuk golongan yang cari ketenangan jiwa saja. di sebelah studioku kepunyaan
encik johnson, dia suka buat poetry dan sewa kedai tu untuk tempat mencari
inspirasi. di sebelah sini pula Miss levender, dia dah lingkungan 50-an dan ada
penyakit 'menyendiri' jadi anaknya sewa bilik tu untuk dia jika dia nak
bersendirian dan di-"
"aku tak tanya tu. aku tanya
kita di mana?" jawabku dengan tegas. sebenarnya aku malas dengar dia
lanjutkan penerangannya yang entah apa2 tu. "aku tak tanya pun siapa
tinggal dekat sini ke tak."
dia menarik sengih,dia melepaska
tanganku dan membuka pintu yang berada di hadapan kami. "tak jelas ke
lagi? kita di studioku, kau sendiri yang cakap cam tu ke driver taxsi tu kan?”
Apa? Dia dengar aku cakap tadi tu ke? Dia tak tidur rupanya! “…dan aku beritahu
kau sebab kau senang sangat di baca. tentu kau risau aku akan apa-apakan kau
kan?" dia tersenyum nakal menyakatku dan membuka pintu memberikan laluan
untukku masuk dahulu. "lagipun, aku tak bernafsu dengan kau. Lady
first…"
what the.... its official, i hate
this man. aku meghentak kaki masuk kedalam studionya dan perasaan marahku
bertukar menjadi kagum apabila melihat pelbagai masterpiece dalam studio ini.
dalam seumur hidup aku, aku tak pernah nampak canvas sebanyak ini. sumpah! aku
rasa seperti berada di dunia lain. aku nampak lukisan2 ni cam hidup je. aura
yang sangat tenang berkumpul dalam bilik ini membuat aku rasa sangat nyaman,
bau aroma cat minyak, pastel yang masih segar membuat aku rasa seperti di
pukau, tak nak keluar dari bilik ni.
"Dah puas menghayati?"
aku berpaling kearah mamat tersebut
dan melihat dia sedang membawa se’set tea dan letakkan di atas meja bulat yang
telah tersedia di bilik ini.
"Sorrylah, kalau teh tak sesuai
dengan masa genting sekarang tapi, ia masih sekarang masih dikira pagi kan?
jadi, terimalah apa yang ada." katanya sambil menuang air teh kedalam
cawan yang terukir cantik, hiasan yang halus seperti di import dari luar
negara. dia menghulurkan secawan teh kepadaku dan aku mengambilnya.
"thanks." Kataku dengan
nada biasa, aku menghirup teh tersebut dan sedap juga teh ni, ada bau bunga
daisy sekali dan warnanya agak menenangkan.
dia mengangguk dan menyandar di
dinding dengan tangan bersimpul memandang kearahku, dia masih tak buka cap dia.
Botak ke mamat ni? sebab tu ke dia tak buka topi? "kau pernah ikut acara
lari pecut ke?" soalnya dengan penuh berminat.
Aku mengerdip beberapa kali untuk
menangkap ayatnya dan segera menjawab. "tak, merentas desa adalah."
jawabku tanpa banyak songeh. kalau aku cakap banyak nanti lain pula jadinya.
yalah, hanya seorang perempuan dan seorang lelaki dalam bilik ni, mustahil
takda akan berlaku kan? minta2 lah takda apa-apa.
"boleh tahan dan..." dia
bangkit dari menyandar dan bergerak mendekatiku. tangannya menggapai helaian
rambutku dan dibelai halus. "you are just my test." katanya berbisik
di sebelah telingaku.
apa? setelah mendengar ayat itu
darinya, teh di tanganku jatuh dan pecah diatas lantai marmar. tak mungkin... benda
yang aku tak harapkan akan berlaku ke? tidak! Kan dia kata dia tak bernafsu
dengan aku?
aku terdengar dia ketawa sedekah di
tepi telingaku membuat bulu romaku remang satu badan. "kau kecil, comel,
senang dibaca, senang di sembunyikan, senang dibawa lari, senang disakat dan
sangat delicious." katanya dengan nada menggoda. mak oi!! polis, pakguard,
balai bomba, ambulance tolong selamatkan aku!!
Dia memandangku semula dan mukanya
semakin lama semakin dekat menbuat aku memejam erat mataku dan tertunduk tidak
mahu tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
"nama majikan kau madam apa
hah?"
aku membuka mata dan lihat bahawa
mamat dangerous ni sedang memegang telephone bimbit yang serupa dengan
kepunyaanku. Itu aku punya kan..? aku membuka beg tanganku dan mengetahui
telefonku memang berada di tangannya. "t-tertulis madam je kat dalam
tu.." kataku masih dalam keadaan blur. dia ambil phone tu time bila? Time
dia goda aku ke? dia ni saja main2 dengan aku ke?
dia menekan satu number dalam
phoneku dan meletakkan di telinganya. "heloo? adakah ini majikan kepada
Aiena Syafleena? ah! saya abang dia, nak inform yang Aiena tak dapat datang
sebab dia sakit." dia mandang kearahku dan mengenyit mata. apa maksudnya
tu???
setelah selesai bercakap dengan
madam, dia melontar telefon bimbit kepadaku.
"sorrylah aku tarik kau sekali
dalam masalahku tadi. aku bukannha sengaja cuma... aku minat perempuan comel
cam kau. boleh dijadikan model begitu." katanya dengan senyuman manis. dia
memang playboy pervert. dengan slamber je dia cakap nak aku jadi modelnya?
Betul tekaanku tadi, dia memang lukis seksi lady.
Tadi kata tak bernafsu dengan aku
lepas tu, cakap aku ni test dia dan sekarang aku ni comel dan dia dah tertarik
kat aku? apa kes mamat ni? aku tak fahamlah.
"kau nampak cam tak senang je
bila aku cadangkan kau jadi model." dia tersenyum sinis. Apa? dia dah
dapat baca fikiranku ke? "jangan risau, kan aku cakap aku tak bernafsu
dengan kau."
Nampak! Dia cakap dia tak bernafsu
dengan aku lagi sekali!! Memang buat orang marahlah mamat ni dan rasa nak
cekik2 je dia sampai biru. "aku-"
Dia mengeluh kecil dan menggelengkan kepalan
"tak perlulah buat penjelasan, aku boleh cari orang lain sebagai model.
jadi, pintu ada di sana. kau boleh keluar sekarang atau kau nak aku tunjukkan jalan?"
Eeeeeee! biadapnya budak ni! dahlah
heret orang ke sini, dia halau aku pula sekarang ni. benci! tak gentlemen
betul.
aku melihat dia bergerak ke pintu
membuat darahku semakin naik."kau ni memang patut di tangkap oleh orang
MIB tu!"
langkahnya terhenti dan berputar
memandangku. “Apa?”
"Ya! Kau patut kena tangkap je
tadi tu. Dahlah penculik, player pula tu. perosak anak darah ora-" aku
menutup mulutku apabila aku sedari apa yang aku katakan tadi. Alamak!
dia menjeling kearahku dan kembali
bergerak membukakan pintu. alamak aku dah buat dia marah. habislah... apa patut
aku buat??
rasa cemasku semakin naik apabile
melihat matanya yang sayu memandang ke pemandangan luar. "Patut ke aku
kena tangkap tadi tu dan biarkan mereka seksa aku lagi?” dia menggeleng sendiri
sebagai menjawab soalannya tadi. “Kau patut pergi. Lagipun, perempuan comel cam
kau tak patut dekat dengan pemberontak cam aku ni. takut kena culik pula dan di
jual. Akukan player dan suka rosakkan anak dara orang. Takut nanti aku serang
kau pula kalau kau stay lebih lama kan?" katanya dengan senyuman tawar.
Kenapa aku rasa bersalah pula sekarang ni? senyuman tu sangat menyedihkan
membuat aku sukar untuk membuat langkah.
"Maaf… K-Kau okay ke?” Aku nak
tahu juga kalau ada sesuatu yang aku cakap buat dia terluka, ada ke?
dia menggeleng acuh tak acuh.
“Jangan risaukan pasal penjenayah cam aku ni. kau patut pergi sebelum aku ngap
kau."
aku bergerak mendekatinya dan
menarik sleeve lengannya. Entah kenapa aku rasa sangat bersalah. Ya, baru aku
ingat, aku tuduh dia sebagai player dan rosakkan anak dara orang. Aku tak tahu
apa puncanya dia kena kejar. Tentu dia rasa terguris akibat ayatku tadi.
Dia memandang kearahku dan menepis
lembut tanganku. "kan aku dah cakap aku tak bernafsu dengan
perempuan." katanya dengan senyuman nakal. Dia memegang pergelangan
tanganku dan menarikku keluar studio. Aku belum selesai bercakap dengan dia
lagi!
Semasa dia nak lempar aku keluar
pintu, Aku terus berputar dan menarik tangannya yang memegang tanganku membuat
dia tertarik dan hilang imbangan badan.
Mataku terbeliak bulat apabile
melihat topinya terbuka dan rambut hitam yang panjang terhurai keluar dari topi
tersebut. Dia sempat menyelamatkan dirinya dari tercium tanah dan menolak
rambut panjang hingga paras pinggangnya itu kebelakang.
“Kau ni apa hal tetiba tarik aku cam
tu hah? Kalau tangan aku terseliuh cam mana? kau nak tanggungjawab ke?”
Aku tidak memberi respon, hanya
memandang lelaki bertukar menjadi perempuan di depan mataku ini. Dia perempuan!
Dia ni minah! Malunya aku!! aku cakap dia playboy dan rosakkan anak dara orang.
malunya aku anggap dia sebagai lelaki!!
Perempuan di depan mataku tertawa
kecil membuat aku tersentak dari lamunanku. “S-Sorry, a-Aku.. Aku…”
Perempuan ni menggeleng. “Jangan
risau, tentu kau menyumpah seranah diri kau ni sekarang kan? Kau fikir aku ni
lelaki sebab nama, muka dan suara cam lelaki kan?” Dia menjungkit kening tiga
kali dan aku mengangguk. “Itu ialah penyamaran untuk larikan diri dari MIB tu.
Kau boleh katakan aku ni Robin Hood versi perempuan.”
Apa? Okay, soalan yang ke seratus
kali, siapa minah ni???!!! siapa dia sebenarnya dan kenapa dia di kejar oleh
MIB tu? Robin Hood? Dia ada kata dia pemberontak takkan dia ni penjenayah yang
memang diingini di Xiansevera?
“Kau ni siapa sebenarnya?” Aku
akhirnya bersuara selepas habis memikir seribu satu persoalan dalam mindaku.
“Oh ya. tentulah kau keliru
sekarang. Mari kita mula balik. Hi! Aku Aulia Izzatunissa. Seorang pianist dan
artist serta pemberontak keluarga. Kau rasa itu cukup untuk jelaskan orang BIM
tu?” Dia menghulurkan tangannya kepadaku dengan senyuman manis. “Kau pula?”
Aku terkejut mendengar yang dia ni
bukan sahaja artis malah pemain piano! Aku segera menyambut tangannya dan kami
berjabat tangan. “Aiena, Aiena Syafleena. Pengambil ujian kemasukan Imperial
Academy. Salam berkenalan. Ya, aku rasa semua ni dah masuk akal.”
Ingat kan tu BF dia.Rupanya perempuan.Apapun best citerni.Sambung cepat tau kak angah . >.<
ReplyDelete