Seventh F.A.T.E
I won’t let go
“Louis….!”
“It’s okay! Don’t worry….”
Mata Louis meliar ke sekelilingnya dan jatuh kearah bahagian ais yang tidak
retak lagi, lebih tebal kerana retakan tersebut berhenti di situ. Dia kembali
memandang Ivy dan mengambil selangkah kehadapan, membuat satu lagi bunyi
retakan.
“Louis!!”
“Sambut tangan aku!” arahnya, mendepakan
tangan sejauh yang mungkin. “Trust me Ivy. Take my hand.”
Ivy mengangguk kecil dan
kembali mencapai tangan tersebut dengan penuh berhati-hati. Setiap kali rekahan
berlaku, dia teragak-agak tapi suara Louis, menyokong dia dengan perlahan
membantu dia untuk kembali mencapai tangan Louis.
Charlotte yang berada di
hujung tasik tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berharap yang mereka
berdua akan selamat dari rekahan ais itu dan tidak jatuh ke dalam air yang
mempunyai suhu kurang dari 0 darjah selsius.
Harapan Charlotte naik
bila abangnya dapat mencapai tangan Ivy. Dalam sekelip mata abangnya menarik
perempuan itu dengan sekuat tenaga dan lontar Ivy bahagian ais yang selamat, membuat
dirinya jatuh terduduk di atas rekahan ais tersebut.
Ivy yang terselamat
berpaling memandang Louis dengan senyuman lega tapi hilang dengan serta merta
melihat rekahan tersebut pecah dan menelan Louis masuk kedalam air beku itu.
“LOUIS!!!”
>X<
Sambungan~~
Charlotte
menangis teresak-esak sambil memeluk erat pinggang abangnya yang diseliputi
dengan selimut putih. Hanya tangisan si puteri kecil sahaja kedengaran di dalam
rumah yang gelap itu. Ditemankan api membara, membakar longgokan kayu api yang
disediakan oleh teman kecilnya yang setia, menjadi satu-satunya sumber
kehangatan pada malam musim salji itu.
Teman
kecil Charlotte, enam Pixie kebanggaan Pixie Hollow duduk di meja kopi dengan
kepala tertunduk, sedih, tidak menjangka kemalangan yang tidak diduga itu
berlaku keatas Putera Sulung kerajaan Camelot, turut bersimpati melihat betapa pilunya
si puteri kecil itu mendakap badan abangnya yang sejuk bak ais, terlentar di
atas sofa tidak bermaya.
Kalau lah mereka boleh
terbang dalam cuaca sejuk… ayat itu terngiang-ngiang
dalam minda mereka, tangan digenggam erat atas pangkuan masing-masing rasa
geram pada diri mereka sendiri kerana tidak imun dengan cuaca sejuk. Kalau
mereka boleh bertahan dalam cuaca sejuk, kalau sayap mereka boleh bertahan
dalam salji seperti mana Winter Pixie, dah tentu mereka ikut sekali dan akan
menolong Putera George dan Ivy keluar dari rekahan ais di tasik dalam hutan
mahligai itu.
Kalau
aku tak suruh mereka tunggu untuk beberapa minit sebelum keluar untuk aku minta
pertolongan dari Periwinkle untuk temankan mereka… tentu perkara seperti ini
tidak akan terjadi desis hati si Pixie tukang, menggenggam penumbuknya
dengan kedua tangan dengan mata dipejam erat. Rasa bersalah kerana tidak
fikirkan keselamatan Putera itu juga. Putera George juga sama penting seperti
kerjanya. Walaupun Tinkerbell patut mengetahuinya yang bila melibatkan kerabat
diraja, dia dan rakan-rakannya patut risaukan mereka dahulu sebelum
tanggungjawab mereka.
Ini semua salah aku….
Tinkerbell
rasa sentuhan lembut dibahunya dan memalingkan kepada kearah Silvermist,
tersenyum nipis kepada Ivy seperti senyuman itu memberitahu dia yang kemalangan
itu bukan salah Tinkerbell.
Tapi
Tinkerbell menggeleng kecil. Dia bersyukur kawannya cuba sedapkan hatinya tapi
dia sebagai ketua dan berpengalaman dalam berinteraksi dengan manusia patut
tahu lebih baik dari mereka semua.
Silvermist
mengeluh kecil. Tinkerbell always takes
the blame… desis hatinya dengan senyuman tawar. Pixie air ini memanjangkan
lehernya untuk melihat sumber cahaya lain dibelakang tinkerbell sebelum kembali
memandang pixie tukang itu. “Apa kata…. Kau pergi lihat keadaan Ivy. I’m sure
she needs someone by her side right now.”
Tinkerbell
memaling kebelakang, melihat cahaya dari pintu dapur dimana ahli sihir muda itu
berada sebelum memandang silvermist. “Aku tak rasa aku patut—”
“Semua
orang perlukan teman bila bersedih Tink.” Potong Silvermist dengan nada
suaranya yang lembut bak hembusan angina bayu. “Aku rasa kau patut pergi.”
“Tapi
apa patut aku buat? Dia hanya benarkan Diaval mendekatinya.”
Silvermist
diamkan diri untuk seketika, alihkan pandangannya kekiri untuk memikir fakta
yang Tinkerbell katakan.
Betul,
Ivy takkan tunjukkan perasaannya kepada sesiapa. Mungkin sebab maruahnya
sebagai Ivy The Devil yang buat dia seperti itu. Sentiasa bersemangat dan kuat
pada setiap masa dalam apa jua keadaan. Dia takkan benarkan sesiapa untuk
melihat kelemahannya, walaupun dia kalah, dia akan menafikannya dengan alas an
tersendiri dan membantah sekuat hatinya.
Dia
takkan dengar cakap sesiapa, kecuali Diaval. Dia takkan dengar arahan enam
pixie ni kalau bukan sebab Diaval yang suruh. Kalau tidak mereka masih
bermusuhan sampai sekarang.
Tapi,
macammanapun tinggi ego ahli sihir itu. Dia tetap seorang manusia, mempunyai
hati dan perasaan. Mempunyai kelemahan dan kecacatan. Apatah lagi bila orang
yang dia sayang dalam bahaya.
Mata
silvermist jatuh pada Putera George dan senyuman halus terbentuk di hujung
bibirnya.
Orang
yang Ivy sayang.
“Mungkin
tak kali ni.” Pixie air itu kembali bersuara dan pandang Tinkerbell semula.
“Kau tak perlu kata apa-apa. Just be there for her.”
“I know but—”
“Aku
akan pergi.” Vidia menyampuk, bangun dari duduk dan tersenyum kecil kepada
mereka berdua. “Dia berlembut sikit dengan aku dari korang semua.” Dengan itu
dia terbang ke dapur, meninggalkan kawan pixienya di kopi meja itu.
Silvermist
kembali memandang Tinkerbell. “Tink…”
Tinkerbell
mengetap bibir bila lihat mata merayu Silvermist, ada sebab kenapa pixie air
itu suruh dia pergi. Dan sebab itu ialah untuk sedapkan hati Tinkerbell
sendiri, dia mungkin tak dapat selamatkan mereka semasa mereka dalam bahaya
tapi dia boleh temankan Ivy dalam kesedihannya.
“Alright.
Aku pergi.” Dia mengalah dan tersenyum bila silvermist mengangguk tanda dia
berterima kasih kepada Tinkerbell. Tinkerbell bangun dan terbang mengejar rakan
pixie anginnya.
Vidia
terhenti di pintu dapur, mula teragak-agak untuk masuk dan menegur Ahli sihir
muda itu. Macam mana kalau Ivy marah Vidia? Macam mana kalau Vidia menganggu
masa bersendiriannya? Macam mana kalau Ivy buat sesuatu kepada Vidia? Betul
pixie angin ini merupakan pixie kurang Ivy tak suka tapi kalau Vidia masuk,
adakah Ivy akan kembali membencinya?
Pixie
angina ini menggeleng kecil, dan bersembunyi di sebalik pintu dapur untuk mengintip
keadaan pelajar jagaan mereka di dalam dapur.
Vidia
terkejut. Dia takkan menjangka untuk melihat Ivy, ahli sihir angkuh itu menangis di meja makan dengan senyap.
Walaupun ahli sihir itu membelakangkan pixie angin ini, Vidia boleh lihat dari
bahunya yang bergoncang dan rintihan kecil Berjaya terlepas dari kedua tangan
yang menutup bibirnya dengan erat. Serta lengan bajunya basah dari air mata
sedih yang tidak henti bergelinang seperti rantai.
Keadaan
Ivy juga tidak kurang semaknya. Rambutnya yang tak terurus seperti ditiup angin
kuat kerana sebaik sahaja fairies music menyelamatkan Putera George yang lemas
didalam tasik itu, mereka terus bergegas pulang ke rumah dengan menunggang
Knight. Charlotte pula menunggang Majestic dan tiba di rumah beberapa minit
lambat kerana Ivy taknak sesuatu buruk pula berlaku pada adik Putera raja itu.
Setiba
sahaja dia sampai, enam pixie yang rehat di atas tempat api terkejut dan terus
bergegas menolong Ivy sambil ahli sihir itu terangkan bagaimana Putera George
boleh basah kuyup dalam keadaan tidak sedarkan diri. Enam pixie ini buat sebaik
yang mungkin untuk menolong Ivy menyelamatkan Putera George yang kesejukan itu.
Iridessa mengalihkan cahaya kepada Putera itu sahaja, Silvermist meresap air
pada badan Putera George secepat yang mungkin, Vidia bergabung dengan cahaya
panas Iridessa untuk menghasilkan angin panas untuk mengeringkan sisa air pada
baju Putera George. Sementara yang lain menolong Ivy menyediakan selimut, air
untuk dipanaskan dan juga barang-barang yang perlu untuk selamatkan putera raja
itu dari mati kesejukan. Juga menenangkan Charlotte dari jatuh menangis dan
beritahu dia semuanya akan jadi baik-baik sahaja.
Sekurang-kurangnya
itu yang mereka juga harapkan.
Ivy
tiada masa untuk tukar baju walaupun selepas bertungkus-lumus untuk selamatkan
Putera Raja itu, dia endahkan dirinya yang juga kesejukan, baju basah kuyup
kerana terjatuh diatas ais dan percikan air yang terkena padanya. Sekarang,
sebahagian bajunya mengeras, terutamanya bahagian hadapan dan bawah skirtnya.
Dia lakukan apa sahaja dia boleh buat untuk selamatkan Putera raja itu, sanggup
endahkan pertolongan iridessa untuk keringkan dia dan suruh bagi semua cahaya
itu kepada George; tapi akhirnya…
Hanya
Charlotte sahaja yang menemani abangnya di Ruang tamu. Ivy tidak sanggup untuk
berdepan dengan lelaki itu; kerana dia rasa bersalah, dia yang menyebabkan
rekahan ais itu berlaku, dia membahayakan nyawa Louis. Ivy juga tidak boleh
berada di sisi Louis, menangis bersama Charlotte kerana dia rasa dirinya tidak
layak. Tidak layak kerana dia sebagai perempuan yang lebih tua sepatutnya
kelihatan lebih kuat untuk Charlotte, meyakinkan puteri kecil itu yang abangnya
tidak akan apa-apa. Tidak layak kerana… siapalah dia kepada dua adik beradik
kerabat diraja itu? Dia seorang Villain di mata orang ramai. Dia menangiskan
Putera George adalah sesuatu yang mereka tidak patut lihat. Kerana Ivy tidak
ingin mengambil sebarang risiko. Risiko yang akan membongkarkan hubungan antara
dia dan Louis.
Tidak
ingin mewujudkan sebarang salah faham diantara mereka berdua dan merosakkan
nama baik Putera Raja Camelot itu.
Kerana
dia seorang Villain.
Tidak
layak berada di sisi seorang Putera Raja yang dipandang mulia orang rakyatnya.
Jadi, dia merintih dengan pilu berseorangan di
dalam dapur itu. Tiada siapa akan melihatnya. Tiada siapa akan mengetahuinya.
Tiada siapa akan mengadili mereka.
Vidia
menyentuh dadanya, dapat rasa kesedihan yang Ivy alami. Untuk seekor Pixie yang
sentiasa melihat Ivy suka besarkastik dan kejam, wajah yang penuh sinister dan
senyuman nakal yang sentiasa terpapar… melihat bahagian Ivy yang ini buat dia
pandang Ivy dari persepsi lain. Ivy the Devil juga mempunyai perasaan sedih
seperti mereka semua. Dia juga seorang manusia.
Vidia
rasa seseorang menyapa bahunya dan dia memaling ke sisi. Pixie angin ini
tersenyum tawar. “Oh, Tink…”
“Dia
okay ke?” Soalnya tapi Vidia tidak beri sebarang respon, hanya menyuruh
Tinkerbell untuk melihat keadaan Ivy dengan matanya sendiri. Wajah Tinkerbell
menjadi murung. “She’s crying.” Tinkerbell menjilat bibirnya, rasa sesuatu
menarik jantungnya dari dalam. Tidak selesa? Bersalah? Simpati? Mungkin kerana
dia tak pernah lihat Ivy seperti ini. Sama seperti Vidia. “…Alone.”
Vidia
mengangguk kecil. “Kalau dia tunjukkan kat Charlotte tentu susah nak terangkan
kepadanya. Jadi dia menangis sendiri di sini.” Katanya dengan nada simpati
sebelum dua pixie ini berpaling kearah Si puteri kecil di ruang tamu itu.
Ivy
terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana ada orang lain tidak mengetahui
hubungan mereka. Puteri Charlotte. Enam Pixie ini tahu, tapi Ivy tak tahu yang
mereka mengetahuinya. Jadi dia menahan diri dihadapan mereka.
Dua
Pixie ini saling berpandangan, seperti mereka mata mereka sedang berbicara
ingin menghentikan kesedihan Ivy. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk
mendekati ahli sihir itu. Ini mungkin ambil risiko yang tinggi, kemungkinan
mereka akan kena marah kerana mengganggunya tapi kali ini mereka sanggup dari
melihat Ivy seperti itu bersendirian. Sekurang-kurangnya mereka boleh alihkan
perhatian pelajar jagaan mereka dari kesedihannya.
Ivy
segera mengelap air matanya dengan tangan yang menggeletar bila dia dengar
deringan loceng halus datang mendekatinya, menyembunyikan kepiluannya dengan
sebuah senyuman. Yang teramat pahit. “Oh so-sorry. A-Aku Cuma..Aku —” Ivy
menggigit lidahnya sendiri. Dia tak dapat sembunyikan perasaannya dengan baik
bila bibirnya menggeletar seperti itu. Sukar untuk dia berkata-kata apatah lagi
menghasilkan sebarang bunyi. Dia memejam matanya dengan erat, menahan segala
perasaan itu untuk seketika sebelum bersuara semula. “Air dah masak ke?” Ya,
nada tu boleh guna untuk seketika dan dia segera bangun dan bergerak ke tempat
memasak, dimana dia sedang memasak air panas di dalam periuk.
Vidia
dan Tinkerbell hanya melihat Ivy melarikan dari mereka. Ivy terlalu rapuh untuk
marah mereka. Terlalu sakit untuk menjadi dirinya yang angkuh semula.
Dua
Pixie ini terbang mendekati Ivy, risau melihat tangan menggeletar itu mencedok
air panas dalam periuk itu kedalam botol air panas. Takut air itu tumpah dan
tangan Ivy melecur disebabkan tangan menggeletar.
Tinkerbell
tak sanggup melihat Ivy seperti itu dan terbang untuk menolong Ivy, memegang
tangan ahli sihir itu menolong dia tuang air tersebut kedalam botol.
Ivy
tak kata apa-apa kepada Tinkerbell tapi tidak apa. Tinkerbell faham mengapa dia
tidak bersuara dan terus bergegas mengambil empat cawan kosong, keluarkannya
dari Cabinet dapur. Dia hampir jatuhkan salah satu cawan tersebut tapi Vidia
pantas bergerak dan menyambut cawan itu sebelum ia capai lantai dapur.
Pixie
Angin itu terbang separas dengan wajah Ivy, memandang wajah Ivy dengan risau
dan ragu-ragu untuk berikan cawan itu kepada Ivy. Jadi dia letak diatas
kaunter, tidak percayakan tangan rapuh itu.
“Aku…”
Ivy ketawa walaupun bibirnya jatuh kebawah. Dia segera palingkan mukanya,
rehatkan tangannya di kaunter dapur kerana wajahnya mula mengkhianatinya lagi.
Perasaannya ingin naik ke dasar semula. “Heh… cemerkap betul aku ni.” Ivy
menggeleng kecil, cuba membuang air mata degil yang terlepas dicelah kelopak
matanya. “Korang jangan risau pasal aku.” Suara Ivy mengatakan sebaliknya dan
dia lap air mata itu dan pandang mereka dengan senyuman yang sama. “Aku tak
apa-apa.”
“Oh
okay that’s sit!” Vidia mengangkat tangannya keudara dan berpaling kearah
Tinkerbell. “Tink! Kita buat air.” Arahnya dengan nada fed up sebelum terbang
kearah Ivy dan lontarkan angin kuat, menolak Ivy beberapa langkah kebelakang
menjauhi kaunter dapur.
Ivy
hampir jatuh terduduk kerana serangan mengejut Vidia tapi meja dapur
menyelamatkan dia. Ivy terlalu terkejut untuk beri sebarang riaksi kepada
serangan tersebut dan hanya melihat Vidia berdering dengan nyaring kearahnya,
menggoyangkan jari telunjuknya seperti memarahi Ivy sementara Tinkerbell
menggantikan kerja Ivy dalam membuat air.
Ivy
pecah dari riak wajah terkejut kepada ketawa pahit bila Vidia terbang pergi
untuk membantu Tinkerbell. Baru faham apa yang Vidia marahkan padanya dan
kenapa mereka yang buat air. Dia ketawa memeluk perut dengan satu lagi tangan
menutup sebelah matanya. “Do I really look that pathetic…?” senyuman sakarstik
itu jatuh murung dengan air mata yang kembali menggugat untuk turun. Kali ini
dia tidak sembunyikan perasaan sebenarnya kerana apa gunanya lagi? Dua Pixie tu
takkan termakan dengan lakonan buruk Ivy. Dia dah tak dapat untuk pasang
facadenya dan berlagak yang kejadian di tasik itu satu perkara yang normal.
Kemalangan
itu tak normal. Kalau normal Ivy takkan jatuh terduduk diatas lantai dengan
kaki yang sudah mengalah denganya seperti mana perasaannya juga. “Aku tak
pernah rasa sebegini takut…. Oh Lord, Why do all this happen?” nada suaranya
pecah menjadi ribuan serpihan kaca halus diantara sebak kecil. “And I can’t
even be by his side… I can’t—Aku…. A-aku tak boleh buat apa-apa untuk Louis.”
Tak boleh buat apa-apa?? Tinkerbell bercekak pinggang, tidak setuju dengan penyataan Ivy dan
terbang mendekati ahli sihir itu sebelum Vidia sempat menghalangnya. Pixie
tukang ini menarik rambut Ivy untuk mengambil perhatiannya sebelum tuding jari
kearah cawan dan botol-botol air panas yang dah tersedia di atas kaunter dapur.
Memberi ceramah deringan nyaring dengna muka merah seperti mana Tinkerbell
selalu jadi bila dia marah.
Tapi
ekspressi marah itu melembut dan diakhiri dengan keluhan mengalah. Tinkerbell
memberi senyuman kecil kepada Ivy sebelum menarik jari telunjuk Ivy, menyuruh
dia bangun dan bawa dia ke tepi kaunter itu semula.
Pixie
tukang itu menarik tangan yang pucat itu untuk menyentuh salah satu botol air
panas itu.
Sebuah
senyuman rapuh terbentuk di bibir Ivy, faham maksud Pixie tukang itu dan
mengangguk. “You’re right. Aku ada buat something…” Ivy mengelap air matanya
menggunakan kain lengan baju sebelum mengusap seluruh mukanya, seperti
memperbetulkan semula wajahnya yang hancur dari tangisan ke ekspressi wajah
yang lebih sesuai. Mungkin mata merah dan sembab masih ada tapi taklah Nampak
seperti dia mengalami break down seperti sebentar tadi.
Setelah
memperbetulkan wajah dan rambutnya, Ivy mengumpul botol-botol merah itu kedalam
tangannya dan bergerak keluar dari dapur itu untuk merawat Louis tapi
langkahnya terhenti di tepi sofa panjang bila dia dongakkan pandangannya dan
lihat Louis berada di tepi sofa dua, sedang menyelimutkan Charlotte yang telah
tertidur lena.
“Louis…”
Mendengar
namanya dihembus, Louis memaling untuk melihat Ivy. Bibir biru mengukirkan
senyuman halus diatas wajah pucatnya. ketara pada mata biru itu yang dia
kelihatan penat dan tidak bermayah membuat Ivy rasa bersalah. “She fell asleep…”
Kening
hitam Ivy bertembung, tidak suka melihat Louis bangun dari sofa panjang, dan
berikan selimut itu kepada Charlotte sedangkan dia lebih memerlukannya. “Louis,
apa kau buat di bawah tu?”
Louis
ketawa kecil cuba tenangkan perasaan risau Ivy dan kembali duduk di sofa panjang
yang bertentangan dengan adiknya, melihat Ivy bergerak ke sisinya dengan
botol-botol merah didalam tangannya. “Jangan risau aku okay—” Ayatnya terhenti
bila Ivy mencapai untuk menyentuh pipinya..
Tangan
yang sememangnya pucat itu, mengusap halus tulang pipi Louis turun ke dagunya,
keningnya makin berkerut dari sebelumnya. “Jangan jadi bodoh. Kau demam.” Belum
sempat Louis nak membantah, ivy dah pun jatuhkan botol-botol panas itu keatas
pangkuan Louis dan bergegas pergi ke tingkat atas. “Aku cari selimut lebih.”
Dia sempat bersuara sebelum menghilang diri di lubang siling tingkat bawah.
Louis
menghembus nafas mengalah dan menyandar pada sofa tersebut dan bawa dua botol
panas itu ke lehernya, sebelihnya dibiarkan diatas perut. Merasakan kehangatan
botol itu pada kulitnya yang sejuk bak ais. Badannya sudah berhenti menggigil
beberapa minit yang lalu, terima kasih kepada iridessa yang pancarkan kehangatan
api dari tempat api sebaik sahaja matahari terbenam jadi dia tetap mendapatkan
kehangatan yang dia perlukan untuk turunkan suhu badannya.
Bila
Louis memejam kedua matanya, Ekspressi wajah Ivy masih berlegar di ruang
mindanya. Wajah cemas, takut seperti Louis akan pergi untuk selamanya. Ini buat
Putera Camelot ini risau, Apa akan terjadi jika Louis betul-betul
meninggalkannya? Adakah dia akan beri ekspressi wajah menghancurkan hati itu
lagi? Membayangkan wajah sedih Ivy sudah membuat jantungnya berhenti berfungsi seperti
darah dalam salur darahnya enggan masuk kedalam jantung untuk berikan udara
baru untuk dia bernafas. Dia taknak melihat Ivy bersedih seperti itu. apatah
lagi memikirkan untuk tinggalkan ahli sihirnya itu. It petrified him.
Tapak
kaki Ivy kedengaran turun dari tingkat atas membuat Louis memalingkan kepala untuk
melihat perempuan itu datang dengan satu selimut berwarna hitam pudar didalam
tangan. “Ivy—”
“Jangan
bangun.” Ivy memberi amaran dengan renungan mautnya bila Louis ingin berdiri
dari sofa itu. “Aku tak dapat jumpa selimut lebih di bilik Gretel jadi guna je
lah selimut aku—”
“Tapi
aku—”
Ivy
menolak Louis untuk duduk semula, dia takkan ulang ayatnya sekali lagi dan
mengenakan selimut itu di sekeliling bahu Louis. “Baring.” Arahnya dengan
tegas, bila Louis enggan mendengar cakap, Ivy besarkan matanya memberi amaran.
Louis
mengeluh, terpaksa mengalah dan baring semula di atas sofa itu. Ivy tak buang
masa, dia terus selitkan botol-botol merah itu di sebalik selimut, celah-celah
badan Louis memastikan dia dapat kehangatan yang dia perlukan.
Pada
masa itu, Dua pixie datang dari dapur denga setalam minuman diimbangkan didalam
tangan kecil mereka. Ivy segera menolong mereka, mengambil talam tersebut, dan
berikan satu dari hot chocolate itu kepada Pixie itu, tanda terima kasih kerana
menolong untuk selamatkan Louis. Selebihnya dia letak di atas meja kopi.
“Ai—”
“Minum
ni.” Dia berikan secawan hot chocolate itu kepada Louis, hampir memaksa. “Badan
kau kena kekal panas kalau tak….” Sebaik sahaja dia angkat pandangannya semula,
sepasang mata hijau itu bertemu dengan sepasang mata biru, membuat ayatnya lenyap
diantara angin halimunan. Bad mistake… Dia
segera alihkan matanya dan bangun dari berlutut tepi sofa secepat yang mungkin.
“Um—A-Aku pergi masak air untuk kau dulu. nanti botol tu dah kurang—” Sekali
lagi dia kaku, bukan kerana terlihat sesuatu. Tapi merasa lengannya dipegang
dengan erat.
Ivy
tundukkan kepalanya sambil menggigit bawah bibir menahan diri dari berputar dan
melihat Louis. Sentuhan beku lelaki itu
buat dia rasa lega dan takut pada masa yang sama. “Let go Louis.” Pintanya hampir
tidak kedengaran.
“Kau
menangis.” Louis bersuara dengan nada risau. Meletakkan coklat panas itu di
meja kopi semula dan tangannya lagi satu menyentuh jari jemari Ivy dengan
lembut. Ivy menarik jari jemarinya menjadi satu penumbuk; dahi Louis berkerut.
“Kau mengelak dari aku.”
Ivy
memejam matanya. Cuba menahan perasaannya dari jatuh bertaburan di depan lelaki
itu—tak… didepan pixie-pixie itu. menarik nafas dalam, Dia kembali bersuara
dengan nada mendatar. “Aku okay. Seseorang kena jaga kau kalau tak kau akan
sakit. Apa Raja Arthur akan kata kat kau nanti bila kau balik dalam keadaan
demam?” Ivy tetap dengan pendiriannya tidak memaling kebelakang dan cuba
menarik lepas tangannya tapi genggaman lelaki itu makin erat. Ivy menghembus
nafas lelah. “Louis…”
“Ivy…”
Rayuan lembut lelaki itu hampir mencairkan hati Ivy yang rapuh. “Kalau kau
okay, putar, pandang aku dan kata kau okay.” Ivy tetap tidak berganjak membuat
Louis tersenyum tawar. “Come here.”
“Aku
dah ada di sini. Ke mana lagi aku nak pergi?” Louis tertawa membuat Ivy berpaling
memandangnya. “You think this is a joke? You
almost die!—” Ivy menarik nafas tajam, seperti menarik balik kata-katanya
kerana ia keluar dengan lantang. Dia teringatkan si kecil yang berada di sofa
lagi satu, tidak ingin bangunkan Charlotte. “kau hampir mati, Louis…!” bisiknya, mula rasa matanya kembali
menyengit.
Akhirnya dia berputar….. Louis murung bila dia lihat mata Ivy yang merah, Kristal air masih
melekat di celah-celah bulu matanya menandakan dia sememangnya menangis tadi.
Bersendirian di dapur. Melihat ekspressi wajah Ivy seperti ini buat dia
teringatkan akibat jika dia pergi. Ivy pasti akan buat wajah seperti itu jika
dia tinggalkan Ivy. “Maafkan aku…” ayat itu keluar dari mulutnya tanpa dia
sedari.
Bahu
Ivy jatuh. Kenapa Louis meminta maaf? Dia hampir terkorban kerana selamatkan
Ivy, kenapa dia pula yang rasa bersalah? Ivy yang sepatutnya meminta maaf
bukannya Louis. Ivy yang rasa bersalah kerana buat dia jatuh kedalam tasik tu.
Ivy yang sepatutnya yang jatuh. bukan Louis… Dia tak bersalah. Dia tak salah…
Dia tak patut minta maaf.
Mata
Ivy kembali berair dan bibirnya mula menggeletar kerana dia dah tak boleh tahan
rasa sebak di dalam dadanya lagi. Tidak selepas Louis meminta maaf sedangkan
ivy yang bersalah. “Why?” soalnya dengan nada pecah, hampir tidak kedengaran.
Louis
berikan senyuman tawar dan menarik Ivy dengan lembut, meletak Ivy diatas
pangkuannya sebelum memeluk perempuan itu dengan erat.
“Louis,
lepaskan aku.” arahnya tapi tangannya memegang erat selimut yang memeluk bahu
Louis. Tangannya menggeletar kerana mencengkam kain itu dengan erat. “Aku kena
masak air.” Bisiknya, lebih kepada beritahu dirinys sendiri dari pada Louis.
Mereka tak patut berpelukan sekarang. Mereka tak patut berada dalam posisi itu
sekarang.
Louis
endahkan Ivy dan bawa perempuan itu baring dengan Ivy diatasnya. “Aku tak perlukannya.” Balas Louis dengan
hembusan nafas panjang. lega dia akhirnya dapat kembalikan Ivy kedalam
dakapannya.
“Kau
kesejukan nanti.” Dia bertegas walaupun nada suaranya beralun.
“Kau
boleh panaskan aku.” Louis ketawa bila dia dapat pukulan dari Ivy. “I’m
serious. Kau panaskan hati aku. That’s enough for me.”
Damn this man…. macam mana
dia cakap semua tu dengan senang? Dia meluah sesenang bernafas. Ivy mengalah. Dia tak boleh lawan lelaki ni secara fizikal ataupun
lisan. Jadi dia memejamkan matanya, diamkan diri untuk seketika untuk tenangkan
diri tapi apapun dia buat, dia tetap tak boleh duduk diam atau mendapat
keselesaan yang dia inginkan. Kerana enam
pasang matas sedang memandang tepat kearah mereka.
“Lou… This is not working.” Dia ingin bangun tapi pelukan Louis pada
pinggangnya makin erat.
“Sebab
pixie tu ke?”
Ivy
menjungkit kening hairan. How???? Macam
mana dia tahu apa yang Ivy fikirkan?
“…..
Tak?”
Louis
menarik sengih. Dah tentu pasal Pixie
tu…. Putera raja ini dongakkan kepalanya untuk melihat enam pixie yang
duduk di atas tempat api melambai kearah Louis dengan senyuman nakal terpapar
pada wajah mereka sambil menikmati hot chocolate mereka menggunakan straw.
Louis
mengenyit mata kepada mereka tanpa pengetahuan Ivy, memberi signal kepada
mereka untuk bagi mereka ruang peribadi. Pixie itu berdering tanda mereka faham
dan terbang naik ke tingkat atas.
(Confirmnya mereka fangirling di atas tu)
Louis
kembali baring dengan keluhan kecil. “Ai, Pixie tu tahu pasal kita.” Dia rasa Ivy
menjadi tegang dalam dakapannya. “5 bulan memantau kau kat library mustahil
mereka takkan perasan tentang kita.” Ivy ingin melepaskan diri dari Louis tapi
dia tidak membenarkannya. Jadi Ivy memalingkan kepalanya ke tempat api. “Don’t
worry. Dorang dah naik atas.”
Kali
ini Ivy menghembus nafas lelah. Dia sempat melihat Charlotte yang bertentangan
dengan mereka, memastikan budak kecil itu tidur sepenuhnya sebelum relakskan
badannya semula. Agak lega yang dia akhirnya dapat masa bersendirian bersama
Louis.
Ivy
menanamkan wajahnya pada dada Louis dan selitkan kedua tangannya ke belakang
lelaki itu. “I’m so sorry…” Pintanya dengan nada perlahan. Lantaklah maruahnya
sebagai Ivy the Devil, ahli sihir heartless yang tidak pernah minta maaf atas
perbuatannya, dia tendang gelarannya tu jauh-jauh dan sebut perkataan keramat
bagi orang Vicious itu. Dia sudah tidak kisah. Tidak lagi bila Louis hampir
terbunuh atas perbuatannya sendiri.
Insiden
tadi pagi berlaku dengan begitu pantas sekali; keseronokan, perbualan,
pertengkaran dan rekahan ais… ia seperti baru sahaja berlaku beberapa minit
lalu sedangkan dah berjam lamanya, masih bermain di dalam kotak memorinya tanpa
henti. Terutamanya semasa Louis jatuh ke dalam tasik setelah menyelamatkan Ivy.
Memikirkan
Louis mati menyeramkan dia. membuat bulu romanya meremang satu badan. Dia rasa
Louis memeluknya dengan lebih erat. Memerangkap Ivy didalam tangannya. “Kau
sejuk?”
Ivy
hanya menggeleng. Biarkan dirinya tenggelam didalam dakapan itu dan hilang
diantara tangan yang buat dia selamat dan tenang.
Ivy
dapat rasakan sentuhan bibir diatas kepalanya sebelum hembusan angin dari
Louis. “I’m so glad you’re safe.” Bisiknya dengan nada lega seperti dia juga
dalam ketakutan seperti Ivy.
Ivy
membalas pelukan tersebut. “aku kata aku rela jadi punca kau hidup dari mati.
Do you even listening to me?”
Louis
ketawa mendengar Ivy memarahinya. “Dan biarkan kau mati lemas? No. aku rela
lemas seribu kali kalau aku kena selamatkan kau dari kematian. Aku takkan
pernah maafkan diri aku kalau sesuatu terjadi kat kau…. I won’t let you slip
away again.”
Ivy
rasa sesuatu didalam dadanya mendengar Louis berkata seperti itu. Hati yang
terkandung didalam dadanya itu berdegup dengan perlahan, terasa sakit. Tapi ia
sakit yang baik. Perasaan seperti ini yang dia dah lama tidak rasa. Tidak
selepas hatinya dikunci selama bertahun, tidak selepas kematian ayahnya.
Perasaan
yang menenangkan seluruh tubuh badannya dan menghangatkan dadanya dengan
sentuhan lembut seperti ciuman matahari pagi pada pipinya. Ya… rasa sangat asli
bagi hati yang rapuh itu.
Somehow…
Dia dapat merasakan keaslian perasaannya yang sekian lama menghilang selama
bertahun-tahun ini.
Rasa
selamat dalam dakapan seseorang, tanpa ada kerisauan pada dunia. Itu mungkin
kerana Lelaki itu telah menyelamatkan nyawanya, tiada siapa pernah selamatkan
Ivy seperti Louis dan ia buat Ivy ingin berikan kepercayaan sepenuhnya kepada
Putera raja ini. Dan…. Dilubuk hatinya yang kosong, Dia berharap untuk tidak
dipisahkan dari lelaki yang memeluknya itu. Tidak ingin berpisah. Sentiasa
berada di sisi lelaki itu. Dalam apa jua keadaan.
Cliché… Itu yang Ivy fikirkan tentang perasaannya tapi dia tak menafikannya.
Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh mempunyai perasaan sebegitu kuat terhadap
lelaki yang mungkin akan menghancurkan hidupnya di masa hadapan.
Mungkin?
Pasti.
Tapi
walaubagaimanapun dia taknak kehilangan lelaki itu. melihat Louis jatuh kedalam
tasik itu dah buat Ivy ketakutan sehingga menggigil satu badan. Macam mana
kalau dia betul-betul kehilangan lelaki ini? adakah dia akan menerima pemergian
Louis? Adakah dia akan menangis seperti sekarang?
Dia
tak tahu.
Dia
taknak tahu.
Dia
taknak berdepan dengan perasaan itu lagi.
Apatah
lagi ia berkaitan dengan Louis.
Mungkin ini yang Ayah
katakan… The feeling of won’t let go… desis hatinya
teringatkan orang tua yang telah lama pergi. Matanya tertumpu pada api yang
menyala dengan megah di tempat api, menghangatkan ruang tamu itu dengan begitu
baik sekali. Api tersebut teringatkan dia padam malam punca dia mendapat mimpi
ngeri pertamanya. Cuma api itu berwarna hijau.
Ivy
memejamkan matanya dengan perlahan, menghembus nafas panjang yang agak berat. “Aku
harap kita boleh putar masa ke masa lampau.” Ivy akhirnya bersuara dengan nada
rendah setelah membuka matanya semula, memecahkan kesunyian di dalam ruang tamu
itu.
Louis
juga membuka matanya dengan perlahan. Matanya dah sememangnya berat, Bau
kehadiran Ivy seperti padang bunga lavender masuk kedalam rongga hidungnya,
menenangkan minda dan hatinya. Hanya dengan kewujudan wanita itu dalam
tangannya buat dia rasa seperti didalam alam mimpi yang indah.
“Why?”
perkataan yang keluar seperti hembusan angin malam pada pertengahan musim
bunga.
Ivy
diamkan diri untuk seketika, mata tidak lepas pada api itu dengan minda memikir
lebih dari satu perkara. “Supaya kita kembali ke 5 tahun lalu dimana kita
pernah merancang untuk melarikan diri bersama.” Bisiknya membuat Louis
tersenyum kecil dalam mata yang terlelap. “Membuat rancangan tu jadi kenyataan
dan kita takkan terperangkap dalam sandiwara dunia ni.”
Louis
mengucup ubun-ubun rambut Ivy sebelum rehatkan pipinya di atas kepala perempuan
itu. “Hmm… Kita akan cari cara untuk keluar dari masalah ni bersama. Aku pasti
kita boleh.”
Ivy
kembali diamkan diri. memikirkan kemungkinan tersebut. “I hope so.”
“Hold
on to it.” Bisik Louis membuat Ivy mengangguk kecil.
Mereka
berbual kosong sepanjang malam itu sambil memerhatikan cahaya tunggal yang
berada di tempat api seperti setiap perbualan mereka dapat digambarkan di dalam
api yang membara itu. Memanaskan kesejukan malam pada pertengahan musim salji
itu.
Didalam
dakapan sesama sendiri disebalik selimut, jari-jemari tersimpul lembut dan
kata-kata manis dikongsi bersama didalam keheningan malam itu. malam yang
begitu sunyi tapi sangat menenangkan.
pertengkaran
kecil turut berlaku dalam perbualan mereka. ada sahaja subjek remeh-temeh yang
dijadikan punca pergaduhan dan pasti ada salah satu dari mereka enggan
mengalah; samada sengaja untuk mengusik atau sememangnya keras kepala tidak
ingin mengaku salah. Tapi ia diakhiri dengan senyuman dan tawa yang riang keluar
dari celah bibir mereka.
Waktu
umpama berhenti seketika hanya untuk mereka berdua menikmati kehadiran
masing-masing. Merasakan yang hanya mereka sahaja wujud di dunia itu seperti
dahulu. Seperti di Hutan Mahligai dan Juga di bumbung Perpustakaan.
Cuma…
Kali
ini lain. Mereka tidak lagi di dunia kecil itu, dimana mereka tidak boleh pergi
ke mana-mana bersama. Hanya boleh bertemu di tempat tiada siapa mengetahuinya.
Mereka dapat rasakan kelainan tentang dunia mereka. secara perlahan ia makin
luas, ia menakutkan juga kerana mereka tidak tahu apa akan jadi pada masa
hadapan tentang dunia mereka itu. Tapi mereka tahu mereka boleh menempuhinya
dengan perlahan bersama-sama. Kali ini mereka berdua berusaha untuk tampil
kehadapan dan teruskan langkah mereka walauapa jua halangan akan menempuhi
mereka.
Ia bukan perjalanan yang
mudah. Itu yang pasti tapi dengan harapan dan
keyakinan tersemat di dalam jiwa mereka. dua pasangan ini mungkin dapat
menempuhi halangan tersebut bersama sehingga ke penghujungnya.
Namun,
pada waktu sekarang. Dimana dunia mereka masih lagi hanya ada Louis dan Ivy,
biarlah mereka menikmati setiap detik berharga itu sehinggalah waktu bergerak
semula dan matahari kembali terbit dan bayang kembali bersembunyi didalam
kegelapan.
Atau…
Sehingga Hansel pulang ke
rumah pada malam itu.
>X<
Ezra
mencurah air kemukanya untuk beberapa kali sebelum melihat wajahnya pada cermin
bilik air itu. Mukanya kelihatan pucat dan tanda hitam di bawah matanya
memandakan dia kurang tidur selama beberapa hari ini kerana mengalami mimpi
ngeri sekali lagi. tapi kali ini ia terjadi lebih kerap dari sebelumnya.
Dia
rehatkan sikunya pada singki. rasa penat secara mental, walaupun sepanjang hari
itu dia tak buat apa-apa langsung kecuali berlatih untuk Upacara pembukaan
Gracious Academy tahun depan. Masih ada sebulan lagi untuk upacara itu
dijalankan di Camelot, masih jauh tapi dia risau mimpi ngeri itu akan memberi kesan
kepada kuasanya pada hari upacara itu.
Jeritan
orang ramai yang lari lintang pukang, melarikan diri dari dia…
Jeritan
minta tolong…
Jeritan
amaran…
Jeritan
rakan-rakannya…
Jeritan
The Great Wizard Merlin..
Jeritan
tawa seorang wanita…
Jeritan
kematian seorang Putera Raja…
Pelbagai
jenis jeritan bercampur aduk didalam mimpinya dan ia kedengaran begitu jelas
walaupun dia dalam keadaan sedar sekarang. apatah lagi bila dia bersendirian,
berlatih dengan kuasanya. Makin lama dia berlatih, jeritan halus yang sepatutnya
tersemat dibelakang kotak memorinya menjadi lebih jelas sehingga ia kedengaran
seperti jeritan itu betul-betul berlaku didunia reality dan gambaran tersebut
berada di hadapan matanya.
Wajah horror Putera George
yang menunggu maut darinya jelas pada penglihatan Ezra.
“Dia akan menghalang kau
dari mendapat mahkota Enchanted itu.”
Erza
membelakangkan dirinya dari cermin singki bila melihat wajah seorang wanita
yang menggerunkan pada cermin itu. “Bloody
mary!” Sahutnya dan arahkan tangannya ke cermin tersebut, melontar kepingan
salju membuat lingkaran salju merentasi cermin bulat itu menyeliputi refleksi
Ezra.
Ketukan
pintu hampir buat Puteri ais ini menjerit ketakutan atau lebih teruk menyerang
pintu tak bersalah itu. “Y-Ya??”
“It’s
Hanna, Ernest kata kau ada kat bilik so what are you doing in there??” soal
sepupunya disebalik pintu bilik air.
Ezra
menghembus nafas lega mengetahui Hanna yang mengetuknya dan bukan seseorang
yang merbahaya.
Dia
kembalikan komposisi dirinya, memperbetulkan rambut dan bajunya dari kusut
masai sebelum keluar dari bilik air. Menutup pintu sebelum Hanna sempat
menjenguk keadaan bilik tersebut.
“Okay…”
Ezra agak terkejut melihat penampilan sepupunya sekarang ni. Dia ingatkan dia
je yang rasa kusut masai tapi Hanna… Sheeeiisssshh! Rambutnya dah macam sarang
burung dan—itu rumpai laut ke tu? apapun, dia basah kuyup dari hujung rambut ke
hujung kaki dan mukanya tersangatlah kotor seperti dia baru sahaja bermain
didalam lumpur atau masuk pertandingan makan pie tanpa gunakan tangan.
Ezra
hanya menggeleng melihat penampilan sepupunya yang sememangnya Clumsy. “Kau
agak lambat dari kebiasaannya. Tukang Jahit diraja dah hantar gaun-gaun kita
dari semalam lagi… ke mana kau menghilang tadi pagi?” soal Ezra beredar dari
bilik tidurnya dengan Hanna di sisi.
“Oh
you know… Pigs.. pie.. Maksud aku Pigs and Pie… Oh dan laut.”
“laut?”
Ezra terjungkit kening memandang Hanna. Menjawab persoalan kenapa dia basah
kuyup tapi persoalan baru muncul; “Kau berenang time sejuk-sejuk macam ni?”
“It’s a loooong story!” sahutnya dengan muka
merah.
Ezra
menggeleng dan melihat pekerja istana datang mendekati mereka dengan sehelai
tuala. Ezra mengambil tuala tersebut dengan senyuman kecil sebelum
memakaikannya di bahu Hanna. “What am I going to do with you… kalau kakak kau
tengok kau sekarang ni tentu dia kena hysteria lagi.”
“Thank
you—Oh her… Dia takkan tahu kalau kau tak bagitahu dia. Cakap pasal Minnie, dia
kata dia tiba di Erendelle lusa. She has something to do with the Great Wizard
Merlin she said… hmmm… dia sentiasa sibuk sejak kebelakangan ni.”
Itu sebab dia the
Believers, sedang mengkaji kes Losing Heart di Camelot desis hati Ezra hanya orang tertentu sahaja tahu tentang kewujudan
The Believers itu.
“Yang
penting dia datang.” Komen Ezra.
Mereka
masuk kedalam sebuah bilik yang merupakan bilik dressing di raja dan beberapa
gaun tergantung cantik di tempatnya membuat Hanna menjerit riang. “Oh my gosh!
Aku nak try yang ni.. dan ni... Ooooo yang ni!” dia mengambil tiga helai gaun
dari penggantung baju dan bergegas masuk ke sebalik tirai almari.
Ezra
hanya menggeleng melihat sepupunya yang sentiasa teruja dengan semua benda. Haiiihlah…. Harap dia tak rosakkan lagi gaunnya lagi desis hatinya dengan senyuman kecil.
Tumpuan
Ezra diganggu dengan bunyi loceng kecil datang dari belakangnya dan snow bunny
melompat-lompat di udara, lalu di sisinya dan berputar mengelilingi Ezra
sebelum ia melompat naik atas dan meletup menjadi kepingan salju yang cantik.
Ezra
alihkan pandangannya pintu bilik persalinan. “Ernest… apa kau buat kat sini?”
soal Ezra dengan penuh sopan santun dan juga kelembutan.
Ernest
tersenyum nakal seperti mana budak lelaki berumur 18 tahun akan tersenyum
dengan satu tangan terseluk didalam poket seluarnya dan masuk mendekati
kakaknya. “Running away dari Tutor—”
“Ezra!
Kau ada tengok Gaun Rosey aku tak??”
Mereka
berdua berpaling kearah tirai almari itu dengan senyuman yang sama tertampal
pada wajah mereka.
“It’s
still recorvering dari kejadian majlis minggu lalu remember? koyak bahagian
belakang?” sahut Ezra membuat Ernest ketawa kecil.
“Oh
yeah… aku ingat! Okay!” sahut Hanna balik sebelum sebelah kasut tinggi terbang
keluar dari tirai tersebut kearah mereka.
Dua
beradik ini segera mengelak dari ia tertempel ke muka mereka dan hanya melihat
kasut tidak bersalah itu terhempap di dinding sebelum jatuh ke lantai.
“Hanna,
please don’t make a mess.” Ezra mengeluh dan mengutip kasut tersebut dan juga
beberapa helai gaun yang dah dilontar oleh sepupunya. Meletakkannya semua ke
kerusi yang tersedia di dalam bilik itu.
“Sorry—Oooo..
How about this??” Hanna keluar dari sebalik tirai tersebut dengan mengenakan
gaun berwarna hijau almerald dan jalur corak bunga emas turun dari pinggang ke
kaki gaun tersebut, serta batu-batu manik di bahagian atas gaun. dia tersengih-sengih
kearah Ezra dan perasan Ernest juga berada di dalam bilik itu. “Oh hey twerp.
What do you think??”
“Kau
tahu aku lebih tinggi dari kau sekarang ni kan?” Soal Ernest sakit hati.
Panggilan tu masih lagi melekat padanya walaupun mereka dah besar. Ini kerana
dahulu kecil,Ernest adalah orang yang paling pendek di kalangan kakak dan
sepupu-sepupunya membuatkan dia mendapat gelaran ‘twerp’ dari Minnie dan Hanna. Nasib baik kakaknya tak usik dia
dengan gelaran itu jugak kalau tak tentu zaman ais di Erendelle dah berlaku
selama berpuluh tahun.
“Hanna,
kau takkan pakai gaun tu ke upacara Academy nanti. you look like a Christmas
tree.” Ezra bercekak pinggang dengan kening terjungkit tinggi.
“Okay-okay…”
sahutnya dengan riang dan masuk semula ke sebalik tirai almari.
Ernest
dan Ezra saling berpandangan sebelum menggeleng sesama sendiri.
“Kakak
okay ke time upacara tu nanti?” soal Ernest membuat senyuman Ezra pudar.
Dia perasan ke?
“Huh?”
Ezra buat-buat tak tahu apa yang adiknya katakan. “Of course kakak akan okay.
Kau patut risau giliran kau pula nanti tahun depan. Mungkin kau akan buat
sekali dengan kakak.”
Ernest
mengangkat bahu. “Adik tak kisah sangat. Oh dan roommate kakak tu. Who’s the
name? The Devil?”
“Ivy
The Devil.” Ezra menyembut nama perempuan itu umpama racun dalam mulutnya. “Dia
hanya timbulkan malapetaka di Academy je. I don’t even know why they want her
to stay here.” Ezra mengeluh berat.
Ernest
menarik sengih. “Adik dengar akak pun tolong dalam royal petition tu—”ayatnya
terhenti bila Ezra mengangkat tangan kearahnya.
“I
did it because everyone wants it. Akak penat dengar tentang royal petition tu
sepanjang hari dan akak ikut serta sebab akak nak balas dendam kat dia.” Ezra
menggeleng. “Why do I have to stuck with her…”
Ernest
hanya perhatikan wajah kakaknya yang berkerut memikirkan young Villain yang
telah buat semester pertamanya di Gracious Academy umpama neraka—Litterally. Ernest juga bersekolah di
Gracious dan sentiasa dengar berita tentang ahli sihir Vicious itu. Tentang
kemalangan di Museum, kejadian di ladang kuda, Mempergunakan adik beradik
Gingerman, Mempermainkan The Great Wizard Merlin, dan juga bilik mereka yang
terbakar; berpunca dari ahli sihir itu sendiri.
Dia hampir bakar kakaknya
hidup-hidup. young villain itu sememangnya buat
kehidupan tenang kakaknya umpama neraka alam reality. Ernest risau yang emosi
kakaknya akan terganggu bila dia bersama Villain itu.
Ye
lah, kuasa ais mereka dipengaruhi dengan perasaan mereka sendiri. Jika emosi
mereka terganggu, mereka tak dapat nak kawal kuasa mereka dan mungkin akan
mencederakan seseorang.
Ahli
sihir itu dah banyak menyusahkan kakaknya. Dalam seumur hidup Ernest, dia tak
pernah lihat kakaknya sebegitu serabut sehingga stressnya ketara sangat pada
wajahnya. Ezra sentiasa bersopan santun dan tidak pernah menunjukkan sebarang
kesulitan pada wajahnya. Komposisi dirinya tak pernah jatuh bila dia menempuhi
sebarang kesukaran. Ini kali pertama Ezra menjerit, menengking dan merungut
tentang Villain itu.
Ernest
bencikan Young Villain itu.
Dia
juga berfikiran seperti kakaknya. Mengapa mereka nak sangat Young Villain itu
berada di Enchanted sedangkan dia hanya bawa malapetaka kepada mereka semua?
Ernest
mungkin tak pernah lihat Ivy The Devil dekat depan matanya kerana jadual
kelasnya dari pagi hingga petang dan tidak pernah bertembung dengannya tapi
melihat dia dari jauh dan mendengar berita buruk tentangnya dah cukup untuk
Ernest menilai perempuan kejam itu.
Dan
penilaiannya ialah; Ivy The Devil is a dangerous person. Terlalu merbahaya
untuk sesiapa sahaja mendekatinya.
“Kakak
patut pindah bilik—” Cadangan Ernest terbantut bila Hanna melompat keluar dari
tirai almari dengan gaun berwarna hijau yang mempunyai lapisan kain yang banyak
sehingga membuat ia kembang dari setiap sudut pinggangnya.
Ernest
dan Erza menahan diri dari ketawa pecah perut.
“Ooo
lala… my Hips are here… my hips are there…” Hanna goyangkan pinggulnya ke kiri
dan ke kanan sambil buat posing yang menggoda tapi ekspressi wajahnya langsung
tidak menawan. Dua beradik ini pecah perut bila Hanna senggolkan pinggulnya
kebelakang. “Opps, pardon my behind sir!” sahutnya sambil menutup mulut
berlagak sopan santun.
Ezra
menepuk dahi sambil menggeleng, masih ketawa melihat telatah sepupunya ini.
“Hanna, stop playing around. Pilih gaun cepat.”
Hanna
ketawa tersengih-sengih sebelum kembali membuka tirai almarinya. “I barely fit
the door~!” dia sempat bergurau membuat dua adik beradik ini kembali ketawa
sebelum masuk ke dalam; menukar ke gaun yang lebih sesuai.
Ezra
menarik nafas dalam sambil menyentuh dadanya. Cuba tenangkan diri tapi tawa
kecil tetap keluar dari mulutnya. “Oh dear… Ada je karenah dia ni.”
Ernest
tidak bagi komen apa-apa, hanya melihat kakaknya menggeleng kecil kerana penat
ketawakan perangai Hanna yang tak matang-matang walaupun dah nak masuk 20 tahun
pada tahun depan.
Si
adik ini masih memikirkan keadaan kakaknya dengan Ahli sihir muda itu. Api dan Ais… mereka tidak patut berada
di dalam bilik yang sama. Apatah lagi dengan ahli sihir itu lebih kuat dari
Kakaknya. Ernest taknak mengaku yang ahli sihir itu lebih kuat tapi kakaknya
sendiri mengaku yang young Villain itu terlalu berkuasa.
Lamunan
Ernest terhenti bila kakaknya memalingkan kepala kearahnya dengan senyuman
kecil. “Dik, jangan risau pasal kakak. Akak boleh tahan dengan dia.”
Ernest
hanya mengangguk, agak kagum yang kakaknya perasan yang dia risaukan tentang
bakal permaisuri Erendelle itu.
Tapi
Ernest tetap risau.
Ezra boleh tahan dengan dia
tapi tidak dapat nak lawan the Young Villain.
>X<
Sebuah senyuman halus
terukir pada bibir melihat ‘dia’ berdiri di dalam taman bunga mereka, bersama
scarf merun memeluk bahunya, melindungi kulitnya dari angin sejuk sedangkan dia
sedang menikmati langit malam yang cerah dengan ribuan bintang dan bulan
mengambang.
“Love… you’ll catch a cold.
Come back inside.”
Si dia memaling kebelakang
dengan senyuman kecil terukir manis dan dia menghulurkan tangan. “Come here.
Bukan selalu kita dapat malam yang tenang seperti ini.” katanya dengan lembut.
Matanya bersinar dibawa cahaya bulan.
“Tak. you come here. Come
back to bed.”
“Please…” Rayu si dia.
Mengalah. Mengatur langkah
keluar rumah dan menyambut tangan si dia sebelum memeluk pinggangnya dengan
erat. “You are so stubborn sometimes.” Berbisik sebelum mengucup belakang
telinganya. Mengusap tangan si dia untuk mengekalkan kehangatan badannya.
Si dia ketawa kecil, menyandarkan
diri pada pelukan itu. menerima kehangatan badan itu dan menghembus nafas
panjang. “You still loves me.”
“Always.” Pelukan dieratkan
tanda perkataan itu adalah benar.
Mereka menikmati malam itu
dengan tenang, didalam dakapan masing-masing dan hanya deruan nafas halus
sahaja kedengaran dan yang lain senyap. tiada siapa di situ dan tiada suara
yang muncul.
Sehinggalah si dia
bersuara. “Bila semua ni akan berakhir?”
“Peperangan ni?”
Si dia mengangguk.
“I wish I can say; soon
enough. Tapi kita berdua tahu ia takkan berakhir secepat tu. Not while we
running away like this.”
“Then… lets go back.” Bisik
si dia. “I want a future untuk kita berdua. Kemungkinannya agak tipis tapi aku
nak berlawan. Untuk kita.”
“…”
Si dia mendongak, matanya
merayu dalam senyap. mata yang penuh harapan yang tidak pernah punah. “Please…”
“Alright… for us.”
Sepasang
mata terbuka dengan perlahan sebelum keluhan kecil keluar dari celah bibirnya.
Matanya mula rasa menyengat dan dadanya rasa sakit, seperti sesuatu telah
mencengkam jantungnya dengan erat dan enggan untuk melepaskannya.
It just another dream.
And the future for us
never exist.
>X<
(A/N: Hmm…. Another Sappy
Story… hahahaha dah lama tak buat cliché macam ni. Anyhow babak Ezra dan Hanna
diambil dari Cut scenes ‘Disney’s Frozen’. Angah rasa seronok jugak masukkan babak tu dalam citer angah dan sekali perkenalkan adik Ezra
Oh pasal Adik Erza…
He-he-hehehehehehe… I CAN’T HELP IT!! I HAVE TO PUT TOM FELTON A.K.A DRACO
MALFOY DALAM CITER NI JUGAK!! I’M OBSES WITH HIM!!
Anyhow; See you in ze necz
Chapitar! (^w^)/ )
P/S: you don't know how fast I type as soon as this laptop return to my hand... Hahahahahahaha (setengah hari menaip untuk bab panjang ni)
[Previous] | [MiT] | [Next]
Angah. Tenkiu. Lama tak komen. Haha. Good luck for ze necz chapitar. ^_^. -Epi-
ReplyDeleteU welcome epi! Angah pun dah lama x dpt komen dr awak d(-_^) And thanks for the luck! *kisses*
Deletehuhuhu im cryingggg...... oh my....so sad....thanks angah..... ^________^ ...nak lagiiiiiii
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Alololo jgn la nangis.. Nak tisu leftover dari bab lalu *bagi tisu jenama tesco* and u welcome too!!! Chapter seterusnya is on the way.. Masih bergelut dgn plot.. Hehehehe
Delete