Rose Princesses: A massive plan

Chapter 29

“So cam mana?”

Mea menjeling kearah Luna yang tidak kesabaran. Dari tadi menyoal soalan yang sama berulang-ulang kali berpuluh kali setiap lima minit. “Kau ingatkan benda ni boleh bu-”

Ayat Mea tergantung apabila Luna mengangkat tangan ke mukanya apabila phone Luna berteriak meminta di angkat.

“Moshi-Mosh? Tak perlu….” Kata Luna di dalam talian dengan senyuman diwajahnya. “Ya, saya nak tiga warna tu je. Hmm? Tak perlu.”

Mea menjungkit kening memikirkan apa yang Luna cakapkan dalam talian dan dengan siapa?

Setelah Luna selesai dengan urusannya di dalam talian, Luna kembali menumpukan perhatiannya kearah Mea. “So, bila boleh siap?”

Mea mengeluh, memutarkan bola matanya. Ya ampun… so impatient! Desis hati Mea. “Bukan senang tahu tak? Kena fikir jenis kain, warna apa yang sesuai, baju kenalah melekat dengan temanya. Jenis cam mana, temanya apa dan-”

Luna membuat signal ‘zip it!’ di mulutnya menyuruh Mea berhenti membebel. “Yang penting ia elegent, cantik dan dikenang sepanjang hayat.”

Mea mengangkat sketchnya menunjukkan kepada Luna jika rekaan seperti itu dia inginkan. “Cam ni ke? Kau main serbu je kat Green House dan drag aku ke bilik jahitan privateku. Lepas tu, suruh aku buat gown dengan tema yang tak seberapa jelas? Setiap masa kau tanya dah siap ke tak. Cam mana nak ada gaun yang cantik dan dapat di kenang sepanjang hayat.”

Luna mencebik. Dia mengambil ketiga lakaran Mea dari tangannya dan memandangnya satu persatu. “Antara tiga ni, yang mana paling kau suka?”

Mea menarik salah satu lakarannya dan letakkan diatas lukisan yang lain. “Yang ni. kenapa kau tanya?”

Luna pula menarik salah satu lakaran dan tunjukkan kepada Mea. “Yang ni nampak feminine kan?”
Mea mengangguk.“tapi, Ia belum siap lagilah. Untuk apa juga tu?”

Luna meletakkan telunjuknya di bibir dengan senyuman yang penuh misteri. “Rahsia. Pasal collor jangan risau. Aku nak lakaran je. Anyway… thanks ye.” Luna bangkit dari kerusi dan bergerak keluar meninggalkan Mea di dalam bilik jahitannya.

Bukan sahaja meninggalkan Mea tapi meninggalkan banyak persoalan dalam mindanya juga. Apa yang Luna plankan lagi ni? mesti ada kaitan dengan orang yang dia call tadi kan?

XOXOXOXOX

Sejak dua tiga hari ini, Luna kelihatan sangat sibuk mundar mandir keluar masuk istana dengan beberapa fail dalam tangannya. Pada waktu pagi dia akan keluar bersama Minho dan balik sendiri, selepas itu keluar semula sendiri dengan personal driver pula.

Minho pun begitu. Dia juga sibuk seperti tunangnya. Keluar istana entah ke mana dan balik pada waktu petang atau lewat malam. Entah apa urusan si Minho hingga giat keluar istana dan balik dengan beberapa naskah buku didalam tangan. Tak cukup buku ke dalam istana ni? Apa Minho buat sebenarnya?

Itu hanya jadi tanda tanya didalam minda mereka sepanjang waktu itu. Mereka ingin soal antara mereka tapi tiada masa yang sesuai sebab setiap kali mereka cuba untuk menyoal tentu jawapan mereka. >aku sibuk sekarang ni< >Nanti kejap ya< >Selepas urusanku selesai baru aku beritahu<

Tak kau sakit hati bila ayat tu je yang berulang-ulang-ulang dari mulut mereka sebagai alasan. Jonghyun yang jenis panas baran ni pun terpaksa bersabar kalau tak benjol. Siapa tak kenal perangai Luna ni, kalau di paksa benjol jawapannya. Si Minho? lagilah, di panggang hidup-hidup kalau boleh.

Viola dan Fiona mula rindu untuk mengusik Luna apabila Luna sibuk keliling pinggang. Jadi mereka buat rancangan untuk mengenakan Luna sebaik sahaja dia balik dari ‘outingnya’.

Nak korek kepala hotak si Luna sampai dia keluarkan urusan apa yang buat Luna sibuk. Robella sudah selamat dan urusan Kerajaan bukan dia punya hal lagi. Jadi, apa lagi yang buat Luna sibuk? Ini sangat musykil bagi si kembar. Sangat-sangat musykil.

Kedengaran tapak kaki berjalan mendekati mereka dan si kembar tersenyum lebar. Tahu jalan siapakah itu. High heel? Cepat tapi tak clumsy? Kedengaran seperti orang terburu-buru? Dah tentu itu Luna yang sedang berjalan kembali ke biliknya.

“Speak of the Devil…” Kata Viola tersenyum sinis memandang Fiona.

Fiona membalas senyuman kakakny. “She-Devil.” Dia memperbetulkan ayat kakaknya dan mereka berdua bergerak ke pintu. Setiap satu ambil tempat dan menunggu Luna limpas di depan bilik mereka.

Bunyi tapak kasut makin dekat dan senyuman mereka semakin lebar. Sebaik sahaja melihat Luna dengan spectacle melihat fail didalam tangan, si kembar terus menariknya masuk kedalam bilik dan mengunci pintu mengheret Luna ke atas katil. Seperti biasa, si kembar memeluk erat lengan Luna supaya dia tak lari. Masa untuk mengorek lubang rahsia bermula.

“Apa yang ka-”

“Good, aku ingatkan aku nak cari korang dua satu istana lagi.” Luna memotong ayat Viola sebaik saja dia menutup failnya. Tujuan dia balik ke istana ialah untuk berjumpa si kembar, nampaknya dia melangkah kaki kanan.

“Aku nak minta pertolongan dari kamu dua. Boleh tunaikan tak?” Luna mengenyit mata kearah mereka berdua pasti yang si kembar takkan tolak.

“Apa dia?” Soal mereka serentak mendengar Luna meminta pertolongan lagi dari mereka.

Luna tersenyum gembira mendengar mereka ingin membantunya. “Jauhi Mea dari Green House untuk sehari ni. boleh kan?”

Fiona dan Viola saling berpandangan dan kembali memadang kearah Luna. “Kenapa?”

“Kau nak buat apa dengan Green House Mea?” soal Fiona menyambung Soalan Viola

“Kau buat plan sendiri tanpa kami lagi?” Soal mereka serentak pula.

Luna menggeleng. “Aka dah buat sedikit kesilapan dalam Green House tadi pagi dan mungkin akan buat Mea membebel tiga hari tiga malam. Jadi, aku upah orang untuk perbaiki Green House tu dan elakkan Mea tahu tentang hal ni. Kamu boleh tolong aku kan? Untuk sehari ni jak sibukkan Mea supaya tak pergi dekat dengan Green House, intip pun tak boleh. Ya? Ya?”

Si kembar memeberi thumbs up kepada Luna menyatakan yang mereka akan uruskan hal remeh seperti ini. “No problem!”

“Great!! Aku tahu aku boleh percayakan kamu. Okay, kita mulakan plan kita sekarang.”

Jadi mereka bertiga keluar dari bilik dan memulakan misi mereka. Luna tertawa kecil. “Distraction Mea: check!” katanya berbisik dan langkahnya diteruskan ke makmal peribadi Ann dan seperti di jangkakan Bilik tersebut terkunci tapi tertanda ‘ada’ di dada pintu menyatakan tuan punya bilik ada di dalam.

Luna mengetuk pintu tersebut tapi tiada respon. Dia ketuk sekali lagi membuat dia rasa gelisah. “Apa budak ni buat? Aku dah takda masa lah!”

Mahu tidak mahu, Luna mengeluarkan scepternya dan membelah dua pintu tersebut.

BOOMM!! Sebuah letupan terjadi akibat penghuni dalam bilik tersebut terlempar kebelakang dan nasib baik landing di sofa.

Luna tertawa kecil rasa bersalah mengacau Ann sedang melakukan experimennya. Rupanya Teamin juga ada dalam bilik tu.

Ann memandang kearah Teamin dan memukul bahunya. “Kan aku dah kata jangan buat bising.” Ann membuka goggle dan earplucknya dengan perasaan marah terhadap Teamin.

Teamin juga membuka peralatan di mukanya. “Bukan aku. kau sendiri cakap tak payah bising. Aku tahan nafasku lagi kalau kau mahu.”

Ann mencebik. “Jadi siapa yang buat bising sampai buat aku terlebih tuang liquid tu dalam beaker hah? Selain kita dua?”

Luna berdehem mengambil perhatian mereka yang dia ada di depan pintu yang sudah terbelah dua. “Sorry mengganggu tapi aku minta pertolongan dari korang berdua.”

Ann berputar 180 darjah mendapati sepupunya berada di depan pintu dan mulutnya terbuka luas melihat pintu terbelah dua. “Kak El tak pandai ketuk ke?” Soalnya dengan lembut tidak marah, seperti sebuah nasihat.

Luna tersengih. “Sorry, tapi aku mengejar masa. Kamu pakai earpluck lagi, cam mana nak dengar orang mengetuk pintu.”

Teamin tertawa. “Jadi, apa hal cari kami?”

Luna mendekati mereka dan duduk diantara dua couple lovey-dovey ni dan mengeluarkan isi dalam beg messengernya. Tiga kotak kecil berlainan warna; biru laut, biru langit dan putih.

“Nak korang jaga kotak kecil ni hingga lusa. Boleh kan Anny?” Pinta Luna memberikan kotak tersebut kepada Ann. Teamin pula diberi sebuah fail nipis. “Ini pula urusan kau dengan Jonghyun, Key dan Onew. Dan ini kredit card Orang Tua Gila. Gunakan sewajarnya okay?”

Ann dan Teamin buntu. Tidak faham apa sebenarnya Luna ingin katakan tentang kotak kecil, fail dan Kad kredit.

Luna mencebik apabila dua kapel muda ni tak memberi sebarang respon. “Nak tolong ke tak nak ni? Aku dah takda orang nak minta tolong, selain korang.”

“Bukan tak nak tolong tapi ini semua untuk apa?” Teamin mengangkat fail dan kad kredit searas mukanya meminta penjelasan yang lebih jelas.

Ann membuka salah satu kotak kecil tersebut dan shock berabis. Dia membuka lagi dua dan isinya sama Cuma berlainan sikit. “Putih? Dua biru? Perkahwinan ke Kak El?”

“Shh….” Luna menyuruh Ann rendahkan suara supaya plannya tak terbongkar. “Ini top secret dan aku perlukan korang berdua untuk manipulate keadaan. Bolehkan?”

Teamin dan Ann memandang satu sama lain dan tersenyum. “Apa yang kami boleh tolong?”

Luna tersenyum lega mendengar mereka sedia menolongnya. “Begini, Lusa aku nak buat perkahwinan surprise untuk mereka bertiga dan gunakan Green House sebagai tempat untuk adahkan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan. Hanya keluarga di jemput dan malamnya majlis tari menari mengajak semua kerabat diraja datang. Jadi, Aku perlukan Ann untuk jaga persiapan mereka bertiga dan cakap majlis ni untuk menyambut kejayaan kita selamatkan Robella. Okay? pastikan mereka tak tahu majlis ni untuk apa. Minho dan Aku aturkan kad jemputan dan urusan lain. Kamu hanya jaga mereka jangan sampai plan kita tak terbongkar okay?”

Ann mengangguk faham. “Cam mana kalau Mea ke Green House dan nampak semua?”

Luna menggeleng yakin itu takkan berlaku. “Aku dah umpan si kembar untuk pantau Mea supaya tak dekat dengan Green House. Jadi, mereka bertiga takkan dekat dengan tempat tu punya.”

Teamin memandang isi kandungan dalam fail tersebut dan tersenyum bangga. “WAh… semua dah teratur sempurna. Tapi, kenapa Si Kembar dan Mea jak? Kau tak nak ke?”

Luna tersentak dan terus menggeleng. “No,no,no,no… Minho sibuk kebelakangan ni dan kalau kami join in sendiri, tentu tambah susah, lagipun.. kami juga kena rahsiakan benda ni dari Orang Tua Gila tu. So, kami punya di tangguhkan.”

Luna bangkit dari sofa setelah selesai berbincang dengan mereka dan keluar dari bilk tersebut mula bergerak ke destinasi seterusnya. Aku dan Minho? dalam situasi ni… kemahuanku sekarang bukan berfokus untuk kahwin dengan Minho tapi masalah yang belum pasti terjadi atau tidak desis hati Luna dengan wajah yang tegang.

Sementara itu di dalam bilik makmal, Ann dan Teamin memandang Luna pergi hingga bayangnya hilang dari penglihatan.

“Kau fikir apa yang aku fikir?” Teamin soal dengan senyuman nakal memandang kearah Ann.

“Kau fikir nak buat surprise untuk Kak El juga kan?” Ann menyoal semula jika betul Teamin juga bersependapat dengannya.

Teamin mengangguk dan mengangkat fail tersebut. “Tinggal kita tambah sikit je dan…” Kad kredit diangkat. “Kewangan di tangan kita.”

 Ann tersenyum dapat tahu yang Teamin juga sekepala dengannya. “So, apa lagi. Submission; Kahwinkan Kak El dan Minho.”

XOXOXOXOX

Danny berada didalam bilik kerjanya dan tetiba sepucuk surat bersayap terbang masuk dari tingkap biliknya dan mendarat di atas meja, tepat-tepat di atas fail yang dia patut tandatangan.

Tanpa banyak soal, dia membuka sampul surat tersebut dan tersenyum manis membaca isi kandungannya. “Onew, Jonghyun dan Key akan berkahwin? Serentak? Mesti ini plan Luna.” Katanya sudah masak dengan perangai Masternya. Sekarang dia tak boleh pantau Luna seperti selalu sebab Minho sudah ada di sisi Luna untuk melindunginya. Walaupun ia sakit untuk melihat mereka bersama dia tetap bersyukur. Daripada tidak dapat Luna tersenyum lebih baik dia lepaskan Luna.

Danny menyandar di kerusinya dan melihat ked jemputan itu betul-betul. Nampak dari kad jemputan ni dah tahu yang Luna buat majlis tanpa pengetahuan En Edward sebab tiada tandatangan pengurus mereka. Dia melihat ada satu serbuk glitter di perjuru bawah kad tersebut dan menggosoknya.

Tetiba serbuk tersebut melayang di depan mata Danny, meletup seperti mini bunga api menyatakan ‘Luna X Minho’.

Danny tertawa lagi. “Siapalah yang selit benda ni dalam kad jemputan? Luna tahu ke? kalau tak… tentu jadi huru-hara nanti…” Danny sudah terbayang cam mana akan jadi bila Luna tahu dia sendiri jadi watak utama dalam majlis tu nanti. Dia tersenyum sendiri.

“Kau tak nak pergi?”

Danny menggeleng dengan senyuman yang masih segar di wajahnya. “Aku tak nak rosakkan hari bahagia, Tuan Puteri.”

Suara tersebut tersenyum sinis. “Dia tentu akan lebih gembira kalau kau pergi.”

Danny berdiam diri buat seketika. Memikir dan akhirnya tertawa kecil. “Kau ingatkan aku akan jatuh dalam perangkap kau dengan senang ke?” Soal Danny memandang kearah satu sudut yang gelap di biliknya. “Kita dah berjanji untuk menolong satu sama lain dan itu sahaja yang kau boleh buat. kau ambil perasaan kesengsaraanku untuk kau teruskan hidup dan dengan itu aku boleh berhadapan dengan Tuan Puteri tanpa rasa bersalah atau terseksa. Jangan pernah kau masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan Tuan Puteri.” Kata Danny dengan tegas.


Kelihatan senyuman jahat muncul dari kegelapan tersebut. “Your wish is my command.”

Comments

Popular Posts