Rose Princesses: secret shouldn’t be unfold
Chapter 28
Si kembar keluar dari bilik(berlainan) mereka dengan
serentak dan memulakan langkah mereka ke dapur private. Mereka bertembung di
pertengahan jalan, tidak bertegur sapa say ‘morning’ tapi mereka meneruskan
langkah mereka seiringan ke destinasi yang mereka telah tetapkan.
“Kau rasa dia dah ada di sana?” Fiona memulakan pembicaraan
mereka tanpa menghentikan langkah mereka.
Viola mengangguk pasti. Dia mengeluarkan phonenya dan melihat
jam yang terdapat di penjuru atas sebelah kanan skrin. 6.15 pagi. “Of course.
Mustahillah Luna tiada di dapur buat breakfast time-time cam ni.”
Semakin dekat mereka ke Dapur private Luna, semakin kuat bau
sarapan pagi mereka. sangat-sangat menusuk hidung. Aroma makanan Luna yang
menggoda setiap orang yang limpas sangat dikenali oleh si kembar. Mereka berdua
tersenyum, sangat yakin yang Luna berada dalam dapur sekarang.
Luna sedang membuat jus oren di dapur sambil mendengar radio seperti mana anak dara dahulu selalu
buat. cuba menghiburkan diri sambil memasak dengan mendengar alunan lagu yang
baru/tidak pernah di dengar dari satu mesin yang bernama radio.
Luna menjeling kearah jam tangannya. “sempat ke aku bawa
semua ni ke meja makan?” soalnya kepada diri sendiri. Masih banyak lagi dia nak
masak dan tak lama lagi Mea dan Ann akan bangun kira-kira jam 7.30 kerana kelas
dan sekolah. Kalau dia lambat tentu mereka berdua skip sarapan dan PANTANG
nenek moyang Luna ada orang skip sarapan pagi. Sarapan adalah paling penting
sebelum memulakan kerja di pagi hari.
“Luna!!” Si kembar menyerbu masuk kedalam dapur tanpa mengetuk
membuat Luna terkejut hampir menumpahkan jus oren dalam jug di tangannya.
“Vee? Fee? Kenapa kamu ba-”
“Up-up-up! Salah ke kami bangun awal?” Viola terus memotong
ayat Luna sudah tahu apa yang dia ingin katakan. Tahulah mereka ni heaver
sleeper jam Sembilan, sepuluh baru bangun tapi takkan mereka nak teruskan
tabiat mereka cam ni kan?
Fiona mengambil segelas cawan kaca dan mendekati Luna. “Apa
kau masak untuk breakfast ni hari? Boleh kami tolong?” Fiona menuang jus oren
di dalam tangan Luna ke dalam cawannya dan mengambil seteguk air untuk
membasahkan lehernya.
Luna masih blur dengan perangai mereka yang tetiba raaajin
sangat bangun awal pagi dan meletakkan jug di tangannya diatas counter.
“Penjelasan lebih lanjut?” Pinta Luna kepada mereka berdua menjelaskan
‘objektif’ mereka untuk bangun pagi.
Mereka berdua tersenyum sengih memandang sesama sendiri dan
kembali memandang Luna. “kami….”
Ann dan Mea masuk kedalam dining room bersama dan melihat
sarapan pagi sudah tersedia diatas meja. Agak terkejut juga melihat sarapan
pagi mereka sedikit ‘pelbagai’ dari hari-hari sebelumnya.
“Chocolate pancake, strawberry pancake dan normal pancake?”
Ann melihat perbagai jenis pancake yang dibuat oleh tukang masak mereka. tak
sangka Luna buat semua ni? hebat desis hati Ann kagum.
“Saucenya pun boleh tahan. Honey, chocolate syrup,
blueberry, cream dan apa ni?” Mea mengambil sehelai brosure diatas kerusinya
dengan sebuah loceng kecil diatasnya. Setiap seorang mempunyai loceng yang
berbeza. Dia membuka brosure tersebut dan tertawa kecil. “Ice cream for
dessert? Okay, ini bukan Luna yang buat.”
Tetiba mereka berdua terkejut mendengar seperti ada sesuatu
jatuh ke lantai dari dapur private Luna. Luna buat kemalangan seperti itu?
Terjatuhkan barang? Memang bukan Luna desis hati mereka berdua sudah masak
dengan perangai ‘perfectionist’ Luna.
“Vee! Fee!”
Persoalan dalam minda mereka selesai apabila terdengar nama
dua devil dijerit dengan suara naik okta tiga. Dah sah semua semua sarapan
addition ni dari si kembar.
Kedengaran tapak kaki berlari anak menuju ke ruang makan
dengan Fiona membawa sejug jus oren manakala Viola membawa air sirup merah ke
meja makan.
“Good morning!” sapa Viola dengan senyuman lebar diwajahnya.
“Today’s special meal from Fiona dan Viola. Amacam Mea? Kami
pun dah pandai masak apa?” Fiona meletakkan penumbuknya di pinggang dengan
hidung mendongak tinggi bangga dengan dirinya sendiri.
Ann memandang kearah breakfast mereka. “Kamu berdua ke yang
buat semua ni? first time?” Ann mula rasa keraguan untuk makan makanan yang
diperbuat oleh mereka berdua. Amaran dari Luna dan Mea; jangan pernah rasa
makanan yang dibuat oleh si kembar kalau perkara itu kali pertama mereka buat.
Si kembar mengangguk. “kenapa? Nampak sedap ke?” soal si
kembar serentak.
Mereka berdua tidak tahu apa nak cakap. Nak kata nampak
sedap tak mahu buat mereka kecewa walaupun mereka belum rasa. Nak cakap sedap
tentu mereka kembang setaman.
SI kembar tidak menunggu jawapan dari mereka dan menolak Mea
dan Ann ke kerusi masing-masing. memberi Ann strawberry pancake dan Mea
Chocolate Pancake.
“Aku buat strawberry dan Vee buat chocolate.” Kata Fiona
juga melabuhkan punggung untuk menjamu sarapan yang mereka first time buat.
Luna datang masuk ke ruang makan dan melihat ke empat-empat
Rose Princesses sudah ada perkumpul di meja makan. “Morning.” Katanya dengan
senyuman sambil mengambil tempat duduknya.
“M-morning.” Sapa Ann dan Mea serentak dengan sedikit rasa
takut dengan makanan di depan mereka. nak makan ke tak? Nak makan ke tak?!
“Kak El, demam apa Kak El sampai benarkan dua…” Ann
memandang kearah Viola dan Fiona tersenyum gembira dengan masakan mereka. “Si
kembar masak dalam dapur kakak?”
“Setahu aku kau tak benarkan sesiapa kacau kau masak.
Termasuk aku.” Mea juga musykil kenapa Luna berbuat seperti itu.
Luna tertawa kecil. “Saja nak buat kenangan sebelum-” Ayat
Luna terhenti dan membuat mereka menunggu. “Yang penting, kamu tak perlu
risau…” Luna memandang kearah Si kembar yang khusyuk bercerita tentang masakan
pertama mereka dan membongkokkan dirinya kearah mereka sedikit. “Tiada racun
atau bahan yang boleh buat kamu sakit perut atau appendix.” Kata Luna berbisik,
sesenyap yang boleh supaya si kembar tak dengar.
Mea dan Ann menghembus nafas lega dan apa lagi? Perut dah
berbunyi, Masa untuk menghalap! Tanpa rasa ragu-ragu lagi, mereka menjamu
sarapan yang diperbuat oleh si kembar dan rasanya…. Enak, sedap dan tidak
meluat seperti sebelumnya. Woah…. Si kembar lulus dalam bidang memasak
akhirnya.
Kedengaran lagi tapak
kaki tapi kali ni bukan slipper atau balle tapi kasut lelaki dan banyak pula
tu.
“Morning.” Jonghyun masuk kedalam ruang makan dengan
senyuman nakalnya seperti selalu.
“Pagi.” Sapa Key pula dengan sebuah buku yang tidak tinggal
di tangannya.
Teamin ingin menyapa mereka tapi terkejut melihat sarapan
mereka untuk pagi ini. “Wow! Sarapan extravaganza!”
“kamu semua buat jamuan sarapan pagi ke? siap dengan pancake
warna warni lagi ni..” Onew turut terkejut dan melabuhkan punggung di sebelah
Mea. Memberi sebuah kecupan dikepala Mea sebelum duduk.
Romantiknya… desis hati Luna ingin mengusik Mea dengan Onew
yang telah sah berkahwin tapi belum di mengikut upacara tradisional di Kerajaan
mereka. tak pa… tak lama lagi dibuatlah.
Luna menjamu satu suapan pancake kedalam mulut membatalkan
niatnya mengusik mereka. nanti dia dapat dua kali ganda fire attack dari Onew.
Onew tertawa. “Tau tak pe.” Katanya membalas isi hati Luna.
Heh, jangan pandang rendah dengan si Onew ni. walaupun lovey-dovey,
pemikirannya tetap tidak lalai dengan keadaan sekeliling.
Luna tersenyum sinis tidak ingin kalah dengan Onew, pay back
time. ‘Mea minat dengan satu lelaki di kampus kamu.’ Desis hati Luna sambil
menyuap sati sudu potongan pancake kedalam mulut, buat muka tidak bersalah.
Onew memandang kearah Mea dengan wajah tak puas hati. “Siapa
mamat pujaan hati kau tu?”
Hampir lagi Mea tersembur tehnya apabila Onew bersuara
tentang mamat pujaan. “Apa?” Mea memandang kearah Luna dan kembali ke Onew.
“No,no,no,no… Kau dah salah faham. Itu sebeluuum aku kahwin dengan kau.
sekarang kau je.” Kata Mea sedikit gementar. Tak guna Luna! apa kes kau
bocorkan rahsia tu hah? Desis hatinya marah dengan Luna. nanti kau Luna…
Luna mengenyit mata kepada mereka. “With pleasure” katanya
seperti dia tahu apa yang bermain didalam minda Mea.
Luna memandang mereka semua dan rasa seperti ada sesuatu
yang hilang. Danny? Dia dah balik dua hari lalu. Kejap.
“Mana Minho?” Dia terus bersuara apabila dia tidak nampak
batang hidung tunangnya dalam ruang makan itu.
Mea menarik sengih. “Awww…. Cutenya kau Luna akhirnya ambil
berat tentang lelaki. Dah besar dah adikku satu ni…” dengan nada menyakat Mea
mengenakan Luna balik membuat Luna sedikit merah di pipi.
“Drop it with that issue.” Kata Luna menundingkan garpunya
kearah Mea menyuruh dia berhenti mengusiknya dengan dia ada ‘lelaki sebenar’.
“Aku serius ni, dalam beberapa hari ni aku tak nampak pun batang hidung mamat
durjana tu. Apa urusannya sebenar hah?”
Mereka tertawa. Walaupun Luna cintakan Minho, tetap dia
memaki tunangnya sendiri seperti tiada jalinkan hubungan special antara mereka.
Entah. Jawab mereka semua serentak.
“Aku nampak Minho selalu keluar masuk library sejak
kebelakangan ni dan ada dalam antara tu, Minho tertidur didalam Library.
Mungkin dari masih tidur tak dalam bilik akibat.. entah, research, assignment
atau apa-apa urusan penting sepanjang malam.” Kata Teamin dengan hujung garpu
di bawah bibirnya. Cute!!
Viola menyiku bahu Luna dengan senyuman nakal. “Apa lagi,
kasi bangunlah ‘suami durjana’ kau tu dengan good morning kiss.. mmmuuuaahh!”
Viola memuncungkan mulutnya seperti memberi sebuah kucupan.
“Pantang nenek moyang kau kalau skip sarapan betul tak
Luna?” Fiona sambung usikan Viola seperti biasa.
Luna memandang kedua wajah kembar di depan dan di tepinya
dan menggeleng. “No way. Aku taknak dia tengking aku akibat kasi bangun dia
time dia penat cam tu.” Luna mengeluh mengingatkan tragedy lalu. “ingat tak
duuulu time aku kasi bangun Minho tengah malam hanya nak minta dia temankan aku
cari anak patung aku dibilik kosong tu?” shinee dan Ann mengangguk. “Dia
tendang aku keluar bilik dan suruh aku cari sendiri. Tak nak aku sejarah
berulang lagi.”
XOXOXOX
Minho berada didalam biliknya tidur dengan lena selepas dua
hari membuat kajian. Penat juga buat kajian sendiri tapi semuanya berbaloi. Dia
meraba katilnya mencari phone, melihat jam di skrin phonenya. 8.15 pagi.
sarapan pagi Luna sudah limpas. tak palah, Luna tentu tahu dia penat dan
biarkan dia skip breakfast kali ni je.
Dia menarik selimutnya yang berada di hujung katil kembali
menutup badannya. Bergelut kedalam mencari keelesaan sebelum dia sambung
tidurnya.
Dia hampir dibawa oleh arus mimpi apabila Luna menyerbu
masuk kedalam biliknya tanpa meminta izin. Dia menutup kepalanya dengan bantal
kecewa yang tanggapannya, Luna akan lepaskan dia tidak tercapai.
Kedengaran seperti Luna meletakkan sesuatu di meja sebelah
katilnya tapi dia hindarkan cuba berpura-pura tidur. Malas dia nak dengar ceramah
pagi dari nenek kebayan tentang ‘kebaikan sarapan pagi’nya.
Luna bercekak pinggang melihat Minho masih lagi bertiarap
diatas katil walaupun dia tahu Luna berada dalam biliknya. Ada yang nak kena ni
tapi… kena sabar dengan menghadapi harimau siot ni. kalau kau buat hal tentu
ditendang keluar lagi. Dengan itu, Luna tersenyum sendiri apabila terfikirkan
satu idea untuk cergaskan otak Minho.
Minho yang berada dibawah bantal rasa sedikit janggal kerana
masih belum mendengar Luna berteriak namanya menyuruh dia bangun tapi dia
terdengar pintu bilik ditutup dan kedengarannya ia dikunci oleh Luna. bukan
dari luar tapi dari dalam. Dia menelan air liur tiga kali.
Luna memandang kearah Minho dan tersenyum nakal. Langkah
pertama sudah, langkah kedua lagi. Dia terus mendekati Minho dan melabuhkan
punggung di tepi katil dekat dengan Minho.
Dia menundukkan diri dekat dengan bantal diatas kepala
Minho. “Sayang… dah pagi ni.. bangunlah sayang.” Katanya dengan manja, memujuk
sambil menepuk-nepuk bahu Minho dengan lembut.
Remang bulu roma minho dari atas hingga bawa. Penyakit apa
si Luna ni hidap sampai dia sapa aku dengan manja dan suara cute cam tu?! desis
hatinya mula terasa resah, gelisah. Walaupun dia happy Luna buat cam tu :P
Luna tersenyum sinis. Tangannya perlahan-lahan mengangkat
bantal dikepala Minho dan meletakkannya di tepi. Dia tak menarik balik bantal
tu, dia masih main tidur-tidur ayam.
Matanya tertutup seperti orang betul-betul tidur nyenyak dan
expressi mukanya nampak tenang. Plan aku tak berjaya ke? desis hati Luna mula
risau kalau Minho betul-betul tidur.
“Oh well,” katanya dengan nada tidak seberapa risau. Kalau
dia betul-betul tidur apa boleh buat, tentu dia penat betul sampai kehadirannya
pun dia tak sedar. Dia tundukkan diri kearah wajah Minho dan mengucup pipinya.
“Have a sweet dream”
Minho dapat rasa nafas Luna diatas kulit pipinya selepas dia
menciumnya. Mak oi!! Cam mana nak ‘sweet dream’ kalau dia dah bagi aku kucupan
yang lebih sweet dari mimpi? Desis hati Minho. jantungnya mula berdegup kencang
dan mula risau kalau lakonannya akan terjejas akibat degupan jantung yang tidak
dapat dikawal.
Luna kembali bangkit dari muka Minho dan memandang kearah
breakfast Minho yang dia sendiri bawa. Dia tahu yang Minho penat dan tak dapat
ke ruang makan untuk breakfast. Jadi, dia volunteerlah untuk bawa sarapan
kepadanya kalau dia tak dapat datang ke sarapan. Nampaknya, plan kali ini tak
menjadi.
“Apa boleh buat.” Katanya ingin bangun dari katil tapi
setelah dua langkah jauh dari katil, Minho sudah melompat bangun dan menarik
badannya balik ke atas katil mengakibatkan kedua mereka terlantar diatas katil
dengan Luna dalam dakapan Minho yang masih dalam keadaan mata yang tertutup.
Luna tertawa kecil. “Sejak bila kau bangun?” Soal Luna
dengan nada yang bukan marah malah rendah dan lembut.
Minho memeluk Luna dengan lebih erat seperti sebuah anak
patung. Mulutnya berada diatas kepala Luna. “Time kau serbu bilikku.” Katanya
sebelum memberi sebuah kucupan di kepala Luna. “Pelik.. setahu aku, kau takkan
buat benda cam ni. Kau ada masalah ke?”
Luna terkejut sedikit tapi tidak sebegitu ketara. “Takda
lah. Tak boleh ke?” Suara Luna sedikit perlahan menafikan dia ada masalah. Macam mana dia tahu?
“bukan tak boleh… Cuma janggal. dalam buku sejarah aku, Luna
my FianceĂ© takkan buat benda seromantik cam ni. serbu dalam bilikku dan….”
Minho berdehem, blushing. “panggil aku sayang dengan… lembut.”
Minho melonggarkan
pelukannya dan memandang kearah Luna. dia tergamam melihat mata hitam Luna
berkaca seperti dia menahan tangisannya dari mengalir keluar. “Kau kenapa?”
Luna mengalihkan pandangannya dari mata Minho. tetiba dia
rasa susah untuk bernafas seperti ada sesuatu mencengkam dadanya dari memberi
dia untuk bernafas. Dia cuba kawal emotionnya dari mengambil alih. Luna
mendongak semula memandang wajah Minho dengan senyuman. “Nothing…”
Minho menjentik dahi Luna. “Pembohong.” Sedikitpun dia tidak
percaya dengan ayat Luna apatah lagi senyuman paksanya. Dalam dunia ni, Minho
tahu apabila Luna kata ‘Nothing’ tentu ada ‘something’.
Luna menggosok dahinya yang sakit. “Betullah.” Dia menolak
Minho supaya lepaskan pelukan Minho dan berguling turun dari katil. Luna
sekarang duduk di lantai dengan kepala land dikatil, tangan sebagai sokongan di
dagu. “Salah ke aku tunjukkan my loving side kepada orang yang aku sayang?
Kalau kau tak nak okay. I’m fine with it.”
Minho bangkit dari baringnya dan memandang kearah Luna. dia
tahu ada sesuatu yang tak kena tapi dia tak boleh paksa dia cakap apa bendanya,
sebab kalau di paksa tentu benjol dia dibuatnya. “Jadi, apa kess kau buat di
sini?”
Luna tersenyum manis. Akhirnya dia tanya juga tujuannya ke
bilik Minho. Dia bangun dari duduk di lantai dan kembali duduk di tepi katil.
Dia mengambil talam(yang berkaki) di tepi katil Minho dan letakkan di katil
berhadapan dengan Minho. “Breakfast is serve.”
Minho memandang kearah Breakfast Luna yang mempunyai tiga keping
pancake yang berlainan warna. Coklet, pink dan warna biasa. “Siapa yang masak
ni?” Minho terus menyoal sebab dia tahu yang Luna takkan masak masakan sebegini
glamour.
“Si kembar.” Jawabnya ringkas.
“APA?” Minho kembali memandang pancake tersebut. Dah timbul
macam-macam dalam fikirannya recepi apa si kembar masukkan untuk buat pancake
seperti ini.
“Jangan risau. Aku yang majority masak semua. Dorang hanya
cadang perisa strawberry dan coklet… dan buat jus.” Kata Luna memotong pancake
perisa coklet dan angkat di bawa dagu
Minho. “Say aaaah….”
“Cheh…” Minho tersenyum ketepi apabila melihat Luna sebegitu
sweet kepadanya. So, dia buka mulut tapi sudu tersebut berputar 180 darjah
masuk kedalam mulut Luna.
“Hmmm…. Sedap.” Kata Luna mengunyah makanan, mengusik Minho.
“Hoi!” Tak kau sakit hati bila Tunang sendiri kenakan dia
cam tu. buat malu je.
Luna tertawa kecil lucu melihat wajah blushing Minho. “Pay
back time.” Katanya dengan jari piece no war. “Okaylah- okaylah. Nah.. say
aah…” Luna sekali lagi menghulurkan sesudu potongan pancake di bawah dagu
Minho.
Minho memandang kearah Luna masih teragak-agak untuk makan
pancake tersebut. Nanti satu hela lagi.
Luna mencebik. “Tangan aku takkan lama cam ni okay. nak
makan ke tak nak.” Luna mendekatkan sudu tersebut dengan mulut Minho. “Come on
lah… I’m sorry. Kalau kau tak makan breakfast, tak bertenagalah nanti.”
“Baiklah.” Minho berdengus dan terus mengambil suapan Luna.
Dia mengunyah dan memandang kearah Luna dengan mata yang shock. “masakkan aku
cam ni lain kali boleh? Sedaplah.”
Luna tertawa. “Of course! Apa guna aku untuk kau nanti? Kau
cakap je apa kau nak makan, tentu aku masakkan untuk kau.”
Minho menelan makanannya dan mengucup bibir Luna. “Itulah
sebab aku cintakan isteri aku, saranghe YobĂł.” katanya dengan senyuman di
wajah.
Luna terkejut mendapat sudden kiss dari Minho. “Pabo…”
katanya malu.
Minho terus mengambil satu lagi suap pancake tapi matanya
tidak berganjak dari Luna. Dia dapat rasakan yang Luna menyembunyikan sesuatu
dari dia. Time matanya berkaca lepas dia tanya kenapa, dia lebih yakin ada
masalah yang Luna tidak mahu orang lain tahu.
Masalah apa lagi yang datang kali ni? Mungkin tentang dia
sebagai penjaga Heart of Robella. Adakah dia risau yang dia menjadi korban
sebagai penjaga? Minho mengambil satu lagi suapan kedalam mulutnya tanpa
mengalihkan pandangan dari Luna. walaupun dia risau, perut tetap perut. Kalau
dah rasa lapar tangan tak boleh berhenti menyuap kedalam mulut.
Luna hanya tersenyum melihat Minho makan dengan selera
masakannya dengan Si Kembar. Dia tipu pasal siapa masak sarapan ni hari tapi,
Minho kena makan juga untuk early supplier.
Senyuman Luna semakin pudar apabila terfikir yang Minho
dapat cam masalahnya. maafkan aku Minho tapi, kalau aku beri tahu kau sekarang,
bukan kau saja yang sedih malah, Mea, Si kembar, dan pasangan mereka juga turut
bersedih. Jadi, buat sementara ni tiada siapa boleh tahu selagi aku belum
pastikan ia takkan berlaku desis hatinya sedih tapi disembunyikan dengan
senyuman.
Luna menggapai tangan Minho dan tersenyum memandang kearah
wajah tunangnya. “Kalau makan tu tak payahlah nampak aku cam tu.”
Minho yang mahu masukkan satu suapan kedalam mulut tertawa
kecil. “Sorry, kau cute sangat sampai mataku sendiri tak boleh lepas pandang
dari tunang sendiri”
Comments
Post a Comment