Rose Princesses: I Do!!
Chapter 32
Bilik makmal yang mempunyai banyak potion dan ubat-ubatan
yang sangat unique namun merbahaya. Berbagai jenis bentuk botol tersusun cantik
di rak khas dengan kunci khas yang hanya si pencipta potion sahaja boleh
mengambilnya. Namun, fakta ini akan terungkai apabila satu figura muncul dari
bayang-bayang dengan mata merah memberi petunjuk di dalam gelap. Dia berjalan
sesenyap semut ke almari tersebut dan dengan senangnya dia menebuskan tangannya
melalui kaca yang telah dijampi sesiapa sahaja yang cuba akan menceroboh akan
terkena renjatan electric dan si pencipta akan mengesan siapakah penceboroh
itu. Tetapi, figura mistery ini hanya mengambil sebotol potion dari almari
tersebut tanpa sebarang renjatan diterima.
Setelah berjaya mengeluarkan satu potion yang tidak di
ketahui, figura bermata merah itu merenung lama cecair pink itu dan akhirnya di
genggam erat menandakan dia yakin dan akan melakukan rancangannya.Dengan itu,
lenyap di dalam bayang dan tidak kelihatan lagi.
XOXOXOX
Ramai tetamu yang datang pada petang itu sedang menunggu
majlis perkahwinan antara rose princesses dan Putera Raja Robella bermula. Ann
dan Teamin pula bertambah sibuk apabila masa perkahwinan mereka semakin suntuk.
“MANA KAK EL!!” jerit Ann di dalam bilik persiapan pengantin
perempuan. 15 minit lagi ke empat-empat pengantin perempuan kena jalan di isle
tu! dah lah Ann sibuk mengurus dewan untuk malam ni, Luna pula menghilangkan
diri? Apa lagi masalah yang akan datang dalam jadualnya yang dah sibuk
sesibuk-sibuknya ni?
Si kembar hanya tertawakan muka Ann yang tegang sejak dari
pagi. Kenapa? Ann kan pemalu, tak nak in the spotlight, dan selalu bersabar
tapi Ann kali ni langsung tiada ciri-ciri yang dinyatakan tadi. Pemarah, tegas,
penyibuk dan berkarisma. Hebat sangat ke mengurus perkahwinan ni sampai boleh
ubah personality orang?
“Takpa, kejap lagi dia datanglah.” Kata Mea dengan tenang.
Viola menyiku bahu Mea sambil menjungkit kening. “Ya lah tu…
asalkan minta Luna lambat..”
Fiona mengangguk setuju. “Meakan orang pertama jalan di
isle. Isteri putera sulung kena first jalan.”
Mea memandang si kembar dan mencebik. “Korang nak aku stress
out ke? Kenapa bukan Luna yang dulu? Diakan ketua dan penjaga Heart of
Robella?”
Si kembar menggelengkan kepala dengan senyuman nakal mereka.
“No, no, no…”
“Putera lebih penting dari penjaga Negara. Kalau urusan
berkaitan Rose Princesses , barulah Luna yang mulakan selepas tu kita.”
“Begitulah peraturan darjat dalam dunia fulus!” kata Fiona
menyambung ayat kakaknya. Ya, untuk golongan orang kaya dan bangsawan, darjat
lebih penting dari segala-galanya.
Mea mengeluh panjang. Luna… baik kau lambat sikit, aku belum
steady lagi ni desis hati Mea risau. Walaupun dah bergelar suami dan isteri
hampir sebulan, dia tetap takut bukan takut menghadapi masa depannya tapi
mengangkat sumpah cara tradisi Robella. Dia bukan hafal sangat ayat ikrar tu.
baru je tadi pagi mereka bertiga menghafal cara-cara perkahwinan tradisi
kerajaan Robella.
“Sorry aku lambat!” kata Luna baru sahaja tiba di pintu
kelihatan keletihan akibat berlari. “Sorry, sangat-sangat. Aku ada hal dengan
En Edward tadi so…”
“No alasan! Cepat head wedding eccesories tu. kita kena ke
Green House segera!” Kata Ann sedikit menengking membuat Luna terkejut.
Woah…. Wedding planning betul-betul ubah personality
seseorang desis hati Luna shock dan akhirnya dia tertawa kecil. “Okay.
janganlah marah.”
Dengan ayat pertama Luna, Meira dan Maya mendekati the Red
Rose, memperbetulkan gaunnya yang sudah kelihatan not perfect. Setelah
memperbaiki perfectionist Luna, mereka berlima bergerak ke green house
menggunakan kereta kuda yang di khaskan dalam planning Ann. Wah! Ala-ala
classic gitu.
Sebaik sahaja mendekati Green House, perut mereka semua
kecut apabila melihat tetamu yang tiba di dalam green house melalui dinding
kaca. Terutamanya ialah Mea, dia orang pertama yang akan turun masuk kedalam
green house, bergerak melalui isle dan ke *gulp* ke Onew.
Si Kembar berbisik keriangan melihat muka Mea semakin pucat
setiap jarak kenderaan mereka mendekati pintu utama Green House. Ini adalah
satu perkara yang paling mengujakan dalam hidup mereka melihat muka pucat Mea.
Mereka berputar pula memandang Luna, senyuman nakal mereka pudar apabila riak
wajah Luna tidak sepadan dengan situasi mereka sekarang. dia merenung nun jauh
kesana seperti sedang memikirkan sesuatu dan ditambahkan satu keluhan panjang
memang bukan perasaan yang patut ada dalam Luna.
“Luna, kau kenapa?” Soal si kembar serentak membuat Luna
tersentak dari lamunannya.
“Sepatutnya kau gemuruh cam Mea.”
“Ya” Fiona setuju. “bukannya mengeluh, tak senang duduk cam
tu. Kau okay ke?”
Luna tersenyum tawar dan menggeleng lemah. “No worries, just
butterflies in my stomach that’s all.” Kata Luna lemah dan memandang Ann.
“Thank’s to her aku terjebak dalam situasi yang sukar di jangkakan ini.”
Ann tersengih-sengih mambuat muka tidak bersalah. “What?
Okay lah tu kan? Aku makbulkan impian kamu semua malah buat ia lebih hebat!”
Mereka berlima tertawa, ada betulnya juga dengan ayat Ann
tu. mereka berempat memang ada rancang nak kahwin serentak tapi taklah sampai
jadi kenyataan seperti ini dan Ann buatkan majlis perkahwinan yang paling Epic
dalam hidup mereka. THANK YOU ANNTOINETTE!!
Di pentas perkahwinan, Putera-putera idaman telah bersedia
menanti ketibaan wife-to-be mereka. mereka hanya tersenyum manis di hadapan
tetamu penting mereka tetapi dalam hati nak je larikan diri dan bersembunyi
tapi, kalau mereka buat cam tu, bila lagi mereka nak kahwin dengan bidadari
kesayangan mereka kan?
Senyuman mereka lebih menyerlah apabila melihat kereta kuda
tiba di depan pintu utama Green House dan pengawal istana membuka pintu untuk
mereka sebaik sahaja Mea melangkah turun disertakan music wedding di mainkan
oleh seorang pianist professional.
Mea melangkah masuk dengan elegentnya dengan kepala
terangkat dengan agungnya seperti etika jalan seorang puteri sebenar melalui
isle. Rasa gementar di buang jauh kedalam lubuk hatinya dan mencari semangat
untuk melangkah masuk tanpa membiarkan dirinya pengsan di tengah jalan. Mea
berpakaian serba putih melambangkan dia seorang White Rose membuat tetamu
terpegun melihat kecantikan wanita yang bertuah ini.
Setelah 1/3 di jalan isle, Viola pula menyusuli langkah Mea
dengan yakin walaupun sedikit gementar dalam hati. Dia melangkah seperti
seorang wanita tulen tanpa kelihatan perempuan brutal membuat Jonghyun tertawa
dalam hati melihat telatah Viola yang control jalannya.
Luna memandang Viola dan Fiona berjalan menuju ke pentas
perkahwinan membuat Luna rasa resah dari sebelumnya, Dia rasa seperti kakinya
terpaku pada lantai kenderaan tersebut melarang dia untuk melangkah turun.
“Luna… kau okay?” Fiona membongkokkan dirinya memandang
wajah luna dan terkejut. Ini kali pertama dia melihat Luna secemas seperti ini.
Tanpa memikir panjang, Fiona turun dahulu dan melangkah masuk ke isle. “Take
your time” katanya sebelum melangkah turun.
Ann memandang wajah Luna dan menjadi cemas sendiri. “Kak El
kenapa? Kak El selalunya okay je time-ti-”
“Kali ni lain okay!” jerit Luna berbisik membuat Ann
terkejut. Luna tersentak sendiri dengan ayat yang keluar dari mulutnya dan
tersenyum nipis memandang Ann. “Maaf….”
Ann menggeleng. “Tak, Ann yang sepatutnya minta maaf sebab
rahsiakan perkara ni kepada Kak El.” Ann tersenyum nipis meminta maaf. “Ann
terlampau memuja keyakinan Kak El yang selalu tenang dalam apa jua keadaan jadi
Ann ingat Kak El juga akan tenang dalam situasi cam ni dan..”
Ayat Ann terhenti apabila melihat Luna tertawa kecil. “Okay,
Anny betul. Kakak patut tenangkan diri dan lalui perkara seperti ini kan? So,
thank you Anntoinette.” Kata Luna memberi satu kucupan di dahi Ann sebelum
turun ke isle.
Para tetamu semua terpegun melihat kecantikan Luna yang
sepersis dengan puteri Elizabeth yang sememangnya orang yang sama. Luna cuba
membentukkan senyuman di wajahnya untuk menyembunyikan rasa sedih yang melimpah
ruah setiap langkah yang dia ambil masuk ke pentas perkahwinan.
Dia memandang wajah Minho yang tersenyum manis memandangnya
membuat dia rasa lebih bersalah dari sebelumnya. Jangan menangis Luna…
senyum-senyum desis hatinya cuba memberi sedikit semangat untuk menguatkan diri
sendiri.
Luna memandang ke tepi dan melihat Danny memandangnya dengan
senyuman manis membuat Luna turut tersenyum walaupun tawar. Matanya mula
berkaca apabila dia berada di hadapan Minho dan menyambut tangan tunangnya itu.
“You look beautiful today.” Kata Minho berbisik kepada Luna.
Luna makin rasa sebak di dada apabila mendengar ayat Minho.
patut dia rasa gembira atas pujian itu atau bersedih? Tanpa disedari air mata
mengalir turun ke pipi. “Bodoh…” katanya berbisik membuat Minho tertawa kecil.
Ann pula melabuhkan punggung di sebelah Teamin sebaik sahaja
Luna tiba di pentas perkahwinan. “Cam mana dewan?” itulah soalan pertama Ann
tanpa melepaskan pandangannya dari Luna. Dia agak risau juga dengan situasi
Luna sekarang ni. ini first time dia nampak Luna begitu… tak misteri. Selalunya
dia tentu akan beri senyuman sinisnya seperti dia selalu buat kalau dia sedang
alami situasi yang genting. Kenapa kali ni menangis? Terlampau happy ke atau
terlampau risau? Atau…. Entahlah tapi yang pastinya firasat Ann menyatakan
bahwa Luna mempunyai masalah. Entah masalah apa.
Teamin mengangguk tanpa memandang Ann, dia tumpukan kepada
abang-abangnya yang akan bergelar suami isteri walaupun yang sulung dah
memangnya berkahwin. “Dah… dan, kenapa Luna menangis?
Bukannya dia tu demon ke?
dia sepatutnya tersenyum sinis sambil menyakitkan hati Edward y jadi pembaca ikrar tu.”
Ann mengangkat bahu sendiri tidak tahu. “Dia dah insaf kot
atau dia tak nak rosakkan hari bahagianya.” Ann menjungkit kening kepada Teamin
mengejek Luna membuat Teamin tertawa.
“Mungkin…” Kata Teamin sendiri tak yakin tapi, tak boleh
berfikiran negative selalu tentang She-Devil ni.
Semua orang berdiam diri apabila en Edward meminta para
tetamu untuk diam dengan sopan-santun. Dia berdehem sebelum memulakan
pembacaannya sambil merenung kearah Luna. Apa rancangannya ni? desis hati En
Edward hairan dengan Luna yang menangis, kelihatan sangat innocent. Tak sesuai
untuk wanita licik seperti dia. “baiklah, ini hari kita semua berhimpun di
dalam Green House ini untuk mengadahkan hari perjalinan antaraPutera sulung,
Kedua, Ketiga dan Keempat Robella dengan White Rose, Red Rose dan Blue Roses….”
En Edward memulakan pembicaraannya tentang ikrarnya yang panjang lebar.
Keempat-empat pasangan memandang satu sama lain di mata
dengan senyuman yang manis tidak pudar di wajah mereka. hari yang dinanti-nanti
akhirnya tiba dan akan berakhir dengan gelaran baru sebagai Suami Isteri. Mea
yang menggeletar tahap gaban akhirnya lega setelah menyambut tangan Suami yang
tercinta. Viola pula tersipu malu untuk memandang Jonghyun tepat di matanya
kerana dia tak seberapa selesa dengan babak-babak romantic ni. manakala Fiona
pula lain, merenung mata Key dengan penuh kasih sayang, pandangan Romantic antara
dua insan yang bercinta. Di bahagian dua musuh ketat pula ni lain ceritanya,
Luna tetap menahan tangisannya yang dah mengalir setitis. Minho hanya tersenyum
nipis memandang tunangnya menangis dengan senyap. Dilihat setiap sudut wajahnya
yang selalu memikat hatinya.
Malangnya, kedua-dua pasangan ini mempunyai hati yang sangat
sedih. Minho memandang wajah Luna kerana dia ingin ingatkan wajah manis itu
untuk selama-lamanya, berharap yang dia akan ingat wajah manis ini.
Selama-lamanya.
Tangan Minho mencapai pipi Luna dan mengelap air mata yang
bergelinang turun. “Hey, senyumlah. Takkan nak nangis time-time gembira ni?”
Soal Minho dengan nada lembut.
Luna tersenyum tawar dan memegang tangan Minho yang berada
di pipinya. Dia akan rindukan tangan ni, rindukan usikan Minho, rindukan
semuanya tentang lelaki yang berada di depan matanya sekarang ini.
“…Adakah kamu, Rose Princesses akan mengambil Putera Raja
Robella sebagai teman hidupmu buat selama-lamanya, saat susah, senang, sakit
dan sihat?” Soal En Edward memandang satu-satu pengantin perempuan.
“ya.” jawab Mea dengan yakin.
Muka Viola tambah merah. “S…Setuju”
Fiona mengangguk. “I do..”
Luna tersenyum memandang Minho dan mengangguk. “Aku sentiasa
berada di sisimu.” Kata Luna sambil memegang dada Minho. Di sini…. desis hati
Luna.
“Adakah Kamu, Putera Raja Robella akan mengambil Rose
Princesses sebagai teman hidupmu buat selama-lamanya, saat susah, senang, sakit
dan sihat?” Soal En Edward pula.
“Dah terjalin.” Jawab Onew dengan senyuman nakal memandang
Mea. Dah sah kedua kali.. kata minda Onew kepada Mea membuat Mea merah padam.
“Tentulah.” Jawab Jonghyun.
“Yes.” Kata Key
“ya dan aku takkan biarkan kau tinggalkan aku lagi.” Kata
Minho dengan yakin menggenggam tangan Luna yang berada di dadanya. “Aku akan
pastikannya.”
En Edward memetik jjari dan empat pasang cincin muncul
terapung dihadapan mereka.
Luna&Minho
Mea&Onew
Viola&Jonghyun
Key&Fiona
“sarungkan cincin ini kejari pasangan kamu dan cincin ini
menjadi bukti perkahwinan kamu ini hari.” Kata En Edward.
Mereka mengambil cincin tersebut dan sarungkan pada tangan
pasangan mereka. Luna pula teragak-agak.
Kami akan capai Awakening ketiga ke jika pakai cincin ni?
kami akan pergi ke tinggalkan mereka ke?desis hati Luna gementar. Dia tetap
sarungkan cincin tersebut ke jari manis Minho dengan harapan tiada apa-apa yang
akan berlaku.
Luna tersenyum gembira, setelah mereka menyarungkan cincin,
tiada apa-apa yang berlaku. Luna tertawa kecil rasa bodoh juga risau tahap
gaban. “OCD…”
Minho menungkit kening. “Siapa?” soalnya berbisik serendah
suara Luna.
Luna menggeleng dengan senyuman lega. “kau…” katanya dengan
mengusik.
Minho tertawa kecil. “Miss She-Devil dah kembali.”
Mereka berdua tertawa, berbisik tidak menghiraukan En Edward
yang berceloteh tentang ikrar perkahwinan. Mea, Si Kembar dan Shinee hanya
tertawa kecil melihat mereka tidak ambil hirau tentang En Edward. 2x5, 5x2 lah
mereka dua ni, sebab mereka berdua memang anti sangat dengan En Edward.
Perbualan senyap mereka tertangguh apabila ampat orang
dayang datang mendekati setiap pasangan dengan dua cawan antic di atas dulang
yang terikat dengan benang merah.
En Edward mengangguk.
“….Dengan itu, mengikut tradisi Robella, cawan infirnity yang telah diikat dengan benang merah ini
akan menyatukan kamu buat selama-lamanya. Minumlah dan kekalkan hubungan kamu
demi Robella kita.”
Mereka mengambil cawan tersebut dan memandang satu sama lain
sebelum menerima isyarat dari En Edward untuk meminumnya. Luna memegang cawan
tersebut dengan kedua tangannya merenung air yang terkandung dalam cawan silver
itu. Aku tak boleh… aku kena yakin! Tiada apa akan berlaku selepas minum air
ni. aku kena yakin! Desis hati Luna kali ini dia lebih menaruh harapan dengan
nasib mereka berempat.
“Setelah kamu minum air ini, hubungan kamu akan terjalin
sebagai suami isteri dan kami harap kamu semua akan menjadi pasangan yang akan
membangunkan Robella kita yang tercinta.” Dengan kata-kata itu, mereka berlapan
minum air yang terkandung dalam cawan tersebut.
Tiada apa akan berlaku… aku yakin yang kami takkan capai
awakening ketiga setelah minum air ni desis hati Luna sambil meneguk air
tersebut sehingga habis.
XOXOXOXOX
Sementara di bahagian lain di dalam Green house itu, Danny
melihat Luna meneguk air mutlak itu sehingga habis membuat dadanya sangat berat
entah apa sebabnya. Dia mula sukar untuk bernafas, matanya menjadi kabur dan
mindanya bercelaru. Tanpa membuang masa dia bergerak keluar dari Green House
tersebut dan berehat di tepi fountain kecil yang terdapat di hadapan Green
House.
“A… Apa kau dah buat dengan aku ni??” Soal Danny dengan nada
yang teramat marah.
Terdengar satu suara mentertawakan Danny dan ia muncul
dihadapan Danny dengan menggunakan portal. “Perjanjian kita telah selesai..”
katanya dengan senyuman lebar di wajahnya. “puteri kesayangan kau bukan lagi
dibawah jagaan kau dan kau bukan lagi Servant. Kau bebas!”
“Aku tahu itu! Tapi kenapa aku rasa cam ni!!” laung Danny
dadanya semakin panas setiap kali dia menarik nafas.
Figura didalam bayangan itu tersenyum sinis. “Kau ingin aku
ambil kesengsaraan kau supaya kau tetap menjadi servant Luna dan aku buat cam
tu untuk aku teruskan hidup. Apabila Luna berkahwin, maka kau bukan lagi
servantnya dan kesengsaraan yang kau alami kembali menghantui dirimu dan dengan
itu…” ia tertawa gembira apabila dia memikirkan kemenangannya. “Kau turut jadi
milikku sebab aku dan kesengsaraanmu adalah satu.”
Danny tersentak mendengar ayat itu dari mulut lelaki itu.
“Tak guna… TAK GUNA KAU SHADOW!!!!”
Comments
Post a Comment