Racing Heart: 2# Race


Malam yang dinanti-nantikan sudah tiba. Sakura berada dalam biliknya sedang bersiap untuk keluar outing bersama rakan barunya. Dia dah minta kebenaran dengan Papanya dan tanpa bantahan papanya setuju apabila mendengar Sakura menyebut nama Tomoko dan juga gembira yang Sakura dapat kawan baru.

Sakura merebahkan badannya diatas katil setelah mengenakan baju, merenung kearah siling kosong berwarna putih. Dia sekarang keseorangan didalam rumah kerana papanya baru sahaja keluar apabile dia mendapat panggilan urgent dari seseorang. Papa yang ada beritahu kepada Sakura yang dia akan sibuk untuk beberapa minggu ini kerana kerja. Dia juga meminta maaf kepada Sakura kerana tak dapat berada di sisinya. Sakura faham dan beritahu kepada papanya supaya tak usah risaukan pasal dia sangat; dia akan okay.

Yamato,… apa yang abang buat sekarang ni? abang akan race malam ni ke? I miss you… mungkin, aku memang macam budak-budak desis hati Sakura rasa sedikit kesepian dan dia menutup matanya.

DING DONG

Itu pasti tomoko desis hati Sakura dan melompat turun dari katilnya, bergegas turun ke tingkat bawa dan bergerak membuka pintu selepas memakai sneakers putihnya.

“Hi Sakura.” Tomoko menyapa sebaik sahaja Sakura membuka pintu rumahnya.

“Hey. Jom pergi?” Tomoko mengangguk dan menarik Sakura ke keretanya sebaik sahaja Sakura mengunci pintu rumahnya.

Sebuah kereta diparking di depan pagar rumah Sakura ialah kereta mazda berwarna putih. Sakura melihat luaran kereta tersebut yang telah di tinted dan di belakang cermin kereta terdapat satu sticker yang tertulis ‘Sleeping Forest’ dengan wajah seorang perempuan dan akar berduri. Bunga rose purple di rambutnya.

Tomoko tersenyum kepada rakannya dan membuka kunci keretanya. “So, what do you think?” Soalnya meminta pendapat tentang kereta kesayangannya.

Sakura tidak memjawab; dia membuka pintu kereta dan masuk kedalam. Seperti apa yang dia fikirkan. Bahagian dalam kerata di ubah suai sedikit. dia tak lah kisah sangat tentang designnya seperti mana kuasa yang boleh kereta ni boleh buat.

Maksimum power of 170 at 8,200rpm… hmm boleh tahan juga Baby ni tapi adakah….

“Sakura?” Tomoko memanggilnya apabila Sakura tidak menjawab persoalannya.

“Oh sorry.” Katanya dengan perlahan dan segera memakai tali pinggang keledar. Tanpa membuang masa, Tomoko menghidupkan injin keretanya dan mula bergerak pergi.

Tomoko menjeling kearah Sakura yang merenung jauh dan menumpukan semula ke jalan raya. “Apa yang tengah bermain dalam kepala kau tu? aku nampak kau cam  blur je.”

“Aku hanya berfikir, itu je.” Jawab sakura dengan senyuman dan kembali pandang depan.

Tomoko menjeling semula kearah Sakura dan tersenyum nipis. Kau pasti akan shock sakura desis hatinya sendiri juga turut teruja nak tunjukkan Sakura rahsianya.

“Tomoko, kita nak ke mana sebenarnya ni?”

Tomoko tertawa kecil apabila isi hatinya menjawab dahulu soalan Sakura. Tomoko hanya mengenyit mata tidak menjawab soalan Sakura. Saja nak buat dia rasa tertunggu-tunggu dan teruja nak tahu apa yang akan dia temui nanti.

Apabila mereka sampai ke destinasi mereka, Sakura perasan yang mereka berada di jalan highway; jalan highway yang kosong. Hanya jalan yang lurus dengan tiada lengkungan atau putaran. Di tempat itu juga, ada banyak kereta parking di hujung jalan.

No way…  bukankah tempat ni… Tempat ini—

“Kita dah sampai!” Tomoko kata apabila kereta mereka mula bergerak perlahan dan berhenti di sebelah kereta kuning dan jingga Mazda.

Tomoko mematikan injinnya dan melangkah keluar dari kereta. Sakura turut keluar lebih cepat dari Tomoko untuk melihat suasana di tempat itu lebih jelas.

“Hey girls!”

“Hey Tomoko, Sakura!” SApa Ren dengan senyuman lebar di wajahnya.

“Sangat teruja! Harap kita masih di atas!” Yumi kata dan tambah; “Eh? Mana Jue?”

“Oh, Dia—Tuuuu dia di sana!” Ayat Ren terpotong apabila terlihat Honda putih bergerak perlahan dan parking di sebelah kereta mereka. Jue keluar dari keretanya dan kelihatan sedikit bersalah.

“Maaf korang. Aku lambat ke?”

Tomoyo menggeleng. “Nope. Tepat pada masanya.”

Sementara mereka berempat berborak mesra. Sakura tidak hiraukan tentang mereka walau sedikitpun malah dia sudah tertarik dan mula memerhatikan sekelilingnya. Terdapat banyak kereta, kebanyakannya dia pasti yang ia telah diubah suai. Dia memejamkan matanya dan cuba mendengar bunyi-bunyi injin di sekelilingnya yang kuat!

Injin kereta yang sangat hebat… agaknya si pemandu pun sebagus keretanya juga? Desis hatinya menyukai apa yang di lihat, dan dengar sekarang. Dia sekarang berada di tempat street racer yang akan berlumba tidak lama lagi dan menguji, mencabar sesame sendiri siapa yang lebih hebat diantara mereka.

Wajah Yamato tetiba keluar dari mindanya dan teringat apa yang pernah abangnya katakana kepadanya dahulu.

Walaupun kereta tu laju dengan injin yang superb, itu tak bermaksud kereta yang mempunyai injin yang lebih lemah tak boleh menang. Ia terpulang kepada teknik dan kebolehan si pemandu.

Agaknya adakah orang seperti itu wujud, abang. Sejauh ini, hanya abang yang boleh buat aku rasa sangat… sangat ‘hidup’ apabila abang drive desis hatinya mula merindui bunyi kereta black spider, usikan dan kasih sayang dari abangnya. Sakura membuka matanya dan mengeluh kecil.

“Sakura?”  Tomoko yang dari tadi memerhatikan Sakura akhirnya menyapa apabila Sakura membuka mata.

“Ya?”

“Dah tahu kenapa kita di sini sekarang?”

Sakura menganguk dengan senyuman. “Korang nak race ni malam kan?”

“Yup!” Yumi mengangkat kening tiga kali.

“Tak kau teruja ke Sakura? Aku dapat rasakan jantungku berdegup cam nak keluar dari dada aku ni!” Tomoko melompat-lompat gembira tidak sabar untuk berlumba ini malam.

Teruja? Tak, aku tak rasa teruja walau sedikit pun. Driving is so boring. Di sini tak banyak lawan yang sengit-sengit dan lagipun, aku drive hanya kerana Yamato suruh aku drive desis hatinya lagi.

“perlumbaan ni malam taklah best sangat. Ia timed race, hanya memandu naik dan turun atas jalan raya. Kami buat ni hanya sekali-sekala untuk menentukan kedudukan kami.” Jue menerangkan kepada Sakura.

“Oh?”

“Uh-huh… ia taklah best sangat sehingga ada team nak buat cabaran. Race cam tulah baru epic!” sambung Yumi.

“Kamu berlumba atas litar atau di mana sahaja?” Sakura soal juga ingin tahu cam mana cara orang Hong Kong berlumba.

“terpulang kepada si pencabar. Naik turun bukit. Di jalan sekeloh tajam atau timed race cam ni.” Jue jawab soalan Sakura.

“Dan dengan menangi banyak perlumbaan, ranking team akan naik dan jadi famous!” tambah Ren pula.

“begitu…” Sakura tersenyum. Peraturannya sama je dengan race di Jepun desis hatinya.

“Biar saya jelaskan…” Jue memulakan penerangannya. “Di hong Kong, terdapat banyak pelumba berkumpulan, lebih dari seratus kot. Kita ketegorikan kumpulan-kumpulan ini kepada top 50 lepas itu top 20 dan top 10. Semua nya di rankingkan dengan time racing dan menangi cabaran. For Example, jika ada rank rendah nak cabar kita dan menang, kumpulan itu secara automatic mereka ke rank kita dan kita turun ke rank mereka.” Sakura mengangguk tanda fahan jadi Jue sambung ayatnya. “Seperti yang aku cakap tadi, race boleh di buat dimana sahaja, terpulang pada si pencabar.”

“Tapi, bukankah itu tak adil kepada orang yang di cabar?” Sakura soal.

Jue mengangguk. “Benar, tapi kita ada pilihan samaada terima atau tidak tapi itu akan buat kumpulan kita nampak lemah dan sangat memalukan. Kau faham apa aku maksudkan kan?” Sakura faham seratus persen. 

Dia faham seperti mana abangnya selalu cabar dia berlumba dan dia tolak, abangnya tentu akan mengejek dan mengatakan yang Sakura seorang pengecut dan teammatenya juga akan ejek dia sehingga Sakura setuju dengan cabaran abang dan akhirnya dia tetap kalah seperti ikut jalan kanan mati mamak ikut jalan kiri mati bapak.

“Untuk bilangan peserta, itu juga terpulang pada si pencabar. Single, double atau tag team.”

“So secara ringkasnya, si pencabar mempunyai lebih banyak kelebihan jika mereka tahu kelemahan team yang mereka cabar.” Sakura meringkaskan penerangan mereka.

Jue mengangguk. “Boleh dikatakan begitu tapi ingat kalau kita kalah kita akan jadi bahan tertawa, itulah cara terbaik untuk huraikannya. Kalau kau si pencabar.”

“Aku ada satu soalan.”

“APa dia?”

“Jika satu team ada lelaki dan perempuan dalam member mereka, adakah itu maksudnya hanya girl vs. girl dan boy vs. boy? Atau boleh campur-campur?”

Jue membuka mulut untuk menjawab tapi Tomoko menyahut dahulu. “Aku jawab kali ni.” katanya menjeling kearah Ren.  Tomoko beralih pandangan kearah Sakura dengan senyuman manis. “Kita boleh race dengan sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan lantak jelah tapi team lelaki lebih sukakan cabar  team perempuan sebab mereka fikir mereka boleh kalahkan kami dengan senang. Itu betul dalam beberapa situasi tapi ada beberapa team perempuan kalahkan mereka dengan teruk!”

“oh, so itu bermaksud ada list top girl racer dan boy?

“Yup! Untuk pelumba, kita hanya ada top 5 atau 10.”

“Jadi siapa top team  dan racer?” Sakura mula mengambil minat dengan mereka. mana tahu Sakura dapat jumpa si top racer dan cabar dia untuk berlumba. Kalau dia menang boleh dia brag dengan abangnya di phone.

“Well, itu---”

“Racer, berkumpul semua! Perlumbaan kita akan bermula tak lama lagi!” suara seorang lelaki di atas pentas kecil menjerit menggunakan Megaphone.

Tomoko terus beralih pandangan kearah lelaki tersebut. “Nanti aku beritahu kau. kami kena pergi sekarang.”

“Tak pa.”Sakura kata dengan senyuman.

Keempat perempaun dan para pelumba bergerak mendekati lelaki dengan megaphone ditangannya. Ingin mendengar apa yang dia ingin katakana.

“Tolog dengar betul-betul. SAya akan cabut nama team dari topi ini. Begitulah caranya untuk memutuskan siapa lawan siapa. Dengan ini, semua adil.”

“Adil? Kau pasti ke itu adil? Maksud aku, cam mana kalau nomor 1 vs.  nombor seratus? Aku rasa aku dah tahu apa akan jadi.” Sakura mengadu.

“Aku faham maksud kau sakura tapi beginilah cara kami tentukan ranking. Apa yang perlu dibuat ialah berharap yang kamu takkan berlawan dengan team top 10.” Jawab Tomoko.
“Baiklah, First we have..” si pemegang megaphone itu mengeluarkan dua helai kertas dan membuka siapa akan lawan siapa nanti. “Phoenix vs. Ba-By Joe. Next, Dynamite Vs. Black Crown…” senarainya diteruskan dan akhirnya. “Emperor…. Dan Sleeping Forest!”

Mereka mula berbisik-bisik sesame sendiri apabila mereka berlawan dengan pasukan terkuat. Sleeping Forest mula gemuruh dan Tomoko hanya mengeluh panjang. Dia kembali keretanya dan diekori oleh teammatenya di belakang.

Sakura hanya berdiam diri memandang kearah mereka berempat dalam keadaan blur  tapi juga mengekori mereka dari belakang.

“Malang nasib kita kali ni” Yumi akhirnya bersuara dengan nada perlahan.

“Dari seratus team …” Jue mengeluh

“Kenapa Emperor yang kena?” Ren mengambung ayat Jue.

“Tak palah korang, walaupun kita tiada chan nak lawan diorang. Kita hanya perlu buat yang terbaik je!” Tomoko menyuntik sedikit semangat dalam diri mereka supaya mereka tida sedih apabila berhadapan dengan Emperor.

Jue memandang kearah Yumi, Yumi memandang Ren dan Ren mengangguk. “Tak boleh menyerah sebelum mencubanya. Buat malu Sleeping Forest jak kalau kita kalah tanpa berlawan.”

“YEAH!!” Jerit Sleeping Forest melontarkan penumbuk keatas udara. Mereka mula bersemangat semula dan think positive kali ini, manalah tahu mereka akan menang kan?

Sakura hanya tersenyum melihat semangat mereka dalam berlumba dan dia juga terfikir tentang penentang Sleeping Forest. “Tomoko, Emperor team tu kuat sampai sebegitu sekali ke?”

Tomoko beralih kearah Sakura dan menganggguk. “Yes, VERY strong.”

“mereka ni sukar nak dikalahkan.” Tambah Yumi disertakan keluhan.

“dari top 5 racer lelaki, tiga daripadanya dari Emperor dan racer female nombor satu juga dari Emperor.” Penyataan Ren membuat mata Sakura terbeliak luas.

“Itu…. Menakjubkan! Mereka memang kuat!” Sakura kata dengan terujanya tapi untung baginya kerana tiada yang perasan.

“Kau rasa siapa akan race ni malam Tomoko?” Jue soal memandang kearah Tomoko yang sedang memerhatikan sekeliling.

“Yui kot. Diakan selalu race.”

“Yui? Siapa pula tu?” Soal Sakura lagi.

“Ya, dialah Diva Emperor dan female racer nombor satu, Yui Lan.”

“Yui… Lan…” Sakura mula memikirkan sesuatu.
Yumi menundukkan diri melihat kearah wajah sakura dan perasan yang Sakura sedang memekirkan sesuatu dan ia tentu berkaitan dengan Yui. “Kau kenal Yui Lan ke Sakura?”

Sakura mendongak melihat wajah Yumi dan menggeleng. “I—No, aku rasa tak.” Dahinya mula berkerut. I swear, nama tu cam familiar jak desis hari Sakura.

“Well, Aku kena bersedia. Wish me luck girl!” Kata Tomoko dengan senyuman manis di wajahnya dan masuk semula kedalam kereta, drive kearah permulaan kereta.

“Jue…”

“Yes Sakura?”

“Sleeping Forest rank ke berapa dan Tomoko?”

“Kedua-duanya tempat ke-10. Hebat kan?” Katanya dengan bangga.

“Top sepuluh huh?” Sakura berbisik pada dirinya sendiri.

Tomoko memang driver yang berbakat dan untuk dia dalam top 10 dan bukan top 5 bermaksud top 5 mesti pemandu yang pro…. Aku nak race dengan mereka! desis hati Sakura mula berdebar-debar tidak sabar nak rasa cam mana berlumba dengan orang lain selain abangnya.


Tujuh hari lagi…..

Comments

  1. yeay~!!
    racinggggg
    huhuhu dah lama x baca citer macam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts