Racing Heart: 8# Race
Seminggu telah
berlalu dan berita tentanf perempuan memandu Pink Spider menang dalam
perlumbaan melawan Loue dari team Vra-Vroom tersebat seperti virus Computer.
Loue tidak pernah bersendirian sepanjang hujung minggu tersebut. Apabila dia di
soal tentang si Pink Spider, dia hanya beritahu nama pemilik Pink Spider dan
itu sahaja. Apabila dia disoal lagi berkali-kali, Loue mula rasa jemuh dan
meletup! Disebabkan kejadian tersebutlah tiada siapa berani lagi datang
berjumpa dengan Loue untuk menanya tentang Cherry
Team member
Vra-Vroom terkejut dengan perangai Loue. Setiap kali Loue kalah dalam satu
perlumbaan, seperti perlumbaan bersama Yui, Loue akan marah dan bad mood
sepanjang minggu. Namun, Dengan perlumbaan sabtu lepas, Dia nampak tenang pasal
perlumbaan tersebut. Mereka pernah soal kenapa dan jawapan Loue adalah; “buat
kali pertama aku rasa seronok berlumba dan aku berpuas hati dengan
kekalahanku.”
Tentulah berita
ini sampai ke telinga Sleeping Forest dan Emperor. Tomoko sekali lagi beritahu
kepada rakannya yang perlumbaannya denga Cherry bukanlah disebabkan nasib, dan
dengan kekalahan Loue, ia telah terbukti yang Cherry memang handal.
Mereka semua
akhirnaya menerima kenyataan dan sekarang tertanya-tanya siapakah si Cherry ini
dan kenapa mereka tak pernah lihat dia sebelum ini serta kenapa dia tetiba
muncul di kawasan mereka. Persoalan ini turut berada di dalam minda Emperor.
Yui yang tiada hasrat untuk berlawan denga Cherry akhirnya ingin berhadapan
dengan Cherry untuk melihat skillnya depan matanya sendiri.
Sekarang,
Sleeping Forest plus Yui berada di Clow’s CafĂ© berbincang tentang si Misteri
Cherry; namun, cerita mereka bertukar kepada rancangan matchmaking untuk lelaki
si mata misteri dengan Si Comel patung Tomoko.
“Aku cakap sama
kau, dorang dua akan jadi couple yang serasi!!”
Jue menutup mulut
Tomoko dengan kedua tangannya. “Shh… kalau ya pun janganlah menjerit.”
“oh oh, Aku pun
fikir cam tu juga!” Jerit Yui sekali. Tiga orang yang lain pula hanya
menggeleng melihat dua orang perempuan yang gila dengan BFF dan sepupu sendiri.
Tomoko menepis
tangan Jue dan mengangguk setuju dengan pendapat Yui. “Kita kena satukan
mereka! OMG, aku dah dapat bayangkan dah. My Little voodoo doll berjalan
seiringan dengan Shou, berpegangan tangan sambil matahari sedang terbenam….
Ooooooh! So Cute!!”
“Shou perlukan
pasangan hidupnya dan sejauh ini, Sakura sahaja yang tak terpikat denga Shou!
Dorang tentu menjadi pasangan yang serasi!” Yui menepuk tangannya teruja.
“Yes, Yes!”
Tomoko setuju 100 persen dan mereka berdua berterpuk tanganan sesame sendiri.
“Operasi
Matchmaking: Sakura Hinamori dan Shou Lan. Bermula!” Kata mereka berdua
serentak.
“Korang bertiga
kena tolong juga!” YUi berputar kearah rakannya lagi tiga yang menyembunyikan
muka mereka disebalik menu. “Apa kamu buat tu?”
“Membaca..” Jawab
Yumi disebalik menu.
“Betul ke? tak
pula aku tahu korang boleh baca menu terbalik.” Kata Yui menurunkan menu dari
tangan mereka.
“Oh, Oops!” Ren
tersengih-sengih dan menurunkan menu mereka.
Tomoko hanya
menggeleng melihat tiga rakannya berperangai pelik (eleh… cam dia tak pelik) dan memandang semula ke Yui. “Apa patut
kita buat? Cam mana nak buat mereka lebih akrab?”
“Hmm…” Yui
memandang keatas sambil mengusap dagunya. Dia memetik jari apabila mendapat
Idea. “ Call Sakura ke sini sekarang. Aku plak call sepupu aku.”
Tomoko mengangguk
setuju dan segera mendail nombor Sakura. Begitu Juga Yui jarinya rancak mendail
nombor Shou.
Sepuluh minit
kemudian, Sakura tiba di Clow’s CafĂ© setelah mendapat panggilan dari Tomoko.
Nasib baik time tu dia tengah keluar dan berhampiran dengan Clow’s CafĂ©, jadi
sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Tomoko dia terus bergerak ke tempat
rakan mereka.
Sakura membuka
pintu café tersebut dan mencari kelibat kawannya dan tersenyum apabila melihat
Ren melambaikan tangannya kearah Sakura. Sakura bergerak ke kaunter memesan
Strawberry vanilla shakenya dan setelah selesai memesan, sakura bergerak ke
tempat rakannya dan duduk di sebelah Yui.
“Hi korank. Apa
citer?” Soal Sakura sebaik sahaja melabuhkan punggung.
Tomoko menjungkit
kening. “Hah… kau lambat apasal?”
Sakura menjelir
lidah dan mereka semua tertawa. Beberapa minit kemdian, pesanan Sakura tiba dan
berterima kasih kepada pelayan tersebut.
Mereka berenam
bercerita tentang hal perempuan dan tiada tajuk penting. Tertawa, bergossip dan
mengusik sesama sendiri seperti mana perempuan selalu lakukan.
Sakura perasan
yang Yui kelihatan seperti cacing kepanasan. “Kau kenapa Yui? Dari tadi aku
nampak kau tengok jam je. Ada pelan lain ke lepas ni?”
Yui memandang
kearah Sakura dan menggeleng. “Huh? Tak lah mana dah..” Yui tersengih-sengih.
Bodoh kau Shou, kau di ma---
“Sini!” Yui
tetiba menjerit dan berpindah kerusi ke sebelah Tomoko meninggalkan tempat
duduk asalnya di sebelah sakura. Mereka berdua tersenyum sengih dan ber’high
five senyap di bawah meja.
Dahi Sakura
berkerut melihat telatah Yui yang pelik dan ingin menanya tapi ayatnya
terbantut.
“Sorry, aku ada
hal sikit tadi,” lelaki tersebut berkata dan melabuhkan punggung di sebelah
Sakura.
No way… jangan
cakap….
“Little Blossom,
Kau pun ada di sini?” Lelaki bermata misteri itu melontarkan senyuman kearah
Sakura yang bagaikan pisau yang menusuk jiwa bagi Sakura.
Dia berdengus.
“Nyah kau Mamat sengal!” Katanya acuh tak acuh dan menghirup airnya tanpa
memandang kearah Shou.
“Boleh, kalau kau
ikut aku sekali, Little Blossom.”
“Kan aku dah kata
jangan panggil aku nama tu!” Sakura menjeling kearah Shou, meluat plus sakit
hati setiap kali berjumpa atau mendengar suara Shou.
“Panggil kau apa,
Little blossom?” Soal Shou walaupun dia tahu apa. Saja nak sakat Sakura,
mungkin dah jadi satu hobby baginya.
“Eeeeee!” Sakura
baru sahaja nak menghirup airnya tapi diambil dari tangan Sakura.
“Hey, Bagi
balik—apa kau buat tu?” Sakura terkejut, melihat Shou minum airnya melalui
strawnya. Ulang suara; strawnya.
Oh my Gosh, ini
macam… macam… Sakura tidak dapat menyambung ayatnya apabila mukanya mula merah.
Tomoko dan Yui hanya menahan ketawa melihan mereka berdua.
“Thanks for the
drink.” Shou tersenyum dan memberikan airnya semula kepada Sakura.
“Kau ambil
jelah.” Kata Sakura dengan nada yang rendah masih malu.
Yui menggeleng
sambil menghayunkan jari telunjukkan ke kiri dan kekanan. “Tsk tsk tsk Shou.
Kau tak tahu ke? Minum air dari orang lain bermaksud--”
“Apa?” Shout
tidak faham apa yag sepupunya cuba katakan kepadanya.
“—Indirect kiss.” Tomoko sambung dengan menekankan
ayat ‘Kiss’.
“Ap-apa?” Muka
Shou mula pucat. Sakura pula bertambah merah.
Indirect kiss?
Matilah aku desis hatinya memandang kearah Sakura yang sedang tertunduk malu.
“Aku—err—um.—Sorry.” Dia tergagap-gagap masih dalam keadaan terkejut. Perempuan
yang lain tertawa kecil melihat Shou yang gagap bila bercakap.
“Diam kau Yui.”
Yui menjelir lidah kearah Shou dan tertawa lagi.
“Apapun…” Yui
mula menukar topic, kalau di teruskan ada anak patung kesayangan Tomoko pengsan
akibat malu. “Korank semua akan datang untuk festivel sekolah kami nanti kan?”
“Oh my Gucci! Aku
terlupa plak pasal tu!” Mata Ren terbeliak tapi tawanya masih belum terhenti. Terlampau banyak ketawa sehingga lupa pasal festivel sekolah Yui.
Sakura mendongak
kepala memandang kearah mereka apabila mendengar sesuatu yang baru hari ini.
“Festivel sekolah?”
Yumi mengangguk.
“Ya, sama cam sekolah di Jepun. DI sini pun ada festival sekolah.”
Sakura terus
memandang kearah Yui dengan penuh minat. “So, kelas kamu pilih tema apa untuk
festival nanti?”
“Kami? Well, kami
rancang nak buat cafĂ©.” Yui tersenyum bermakna menjeling kearah Shou. “dan cafĂ©
kami akan MELETOP!”
Shou berdengus
membuat Yui tertawa kecil. Meletup kepala hotak engkau desis hati Shou.
Jue menjungkit
kening. “Kenapa?”
“Sebab… sepupu aku
satu ni akan jadi punca utama untuk popularity café nanti. Dia ada Fan club dia
sendiri…” yui mengenyit mata kearah Shou membuat Shou berdengus sekali lagi.
“cuba korang fikirkan, dengan semua peminat-peminat Shou datang ke cafĂ© kami…
ka-ching! Ka-ching!”
Shou mengeluh
panjang mengusap leher belakangnya. Dia tak kisah sangat dengan festival
sekolah tapi bila orang bergelar kawan (Shinn) dan sepupunya dapat idea yang
paaaling bernas dengan menggunakan dia sebagai tarikan utama. Akhirnya, dia
mula tidak setuju dengan rancangan mereka sebab Shou… tak suka di kerumuni oleh
peminatnya. Mereka berteriak, menjerit nmanya dan ada juga yang try nak lompat
atasnya. Itulah pengalaman yang paling menyeramka baginya dan tidak; ulang
suara TIDAK mahu buat perkara sebodoh ini lagi sekali walaupun nyawanya berada
di hujung tanduk.
Sakura tertawa
kecil membuat Shou tersentak dari lamunannya. “Apa yang seronok sangat?”
“Mnnh? Nothing..”
Katanya dengan muka tidak bersalah tapi tersenyum macam kucing cheriese, salah
satu watak dalam Alice in Wonderland. Shou merenung kearah Sakura dengan penuh
musykil tapi dia tak membalas. Shou kembali mengeluh sekali lagi.
Yui mengendahkan
keluhan Shou dan memandang girlfriendnya. “So.. Kamu datang kan?”
Sakura mengangguk
setuju. “Tentulah! Aku nak nampak cam mana festival di sekolah kamu nanti.”
“Bagus! Rabu nanti dan datang bila-bila masa jak korang nak!” Yui menarik sengih dan
menjeling kearah Shou. Confirm Shou nak jadi Host Café nanti kalau Sakura ada
desis hati Yui dengan senyuman dari telinga ke telinga.
=X=
“Thanks sebab
hantar.”
“You’re welcome
Little Blossom.”
Sakura memutarkan
bola matanya, dah pedap dengan perangai Shou. “Boleh kah kau berhenti panggil
aku nama tu! Aku Sakura, Sa-Ku-Ra!”
Shou tersenyum
nakal. “Okay, Lit-tle Blos-som.”
“Argh,
menyusahkan!” Sakura membuka tali pinggang keledarnya, membuka pintu kereta dan
keluar.
“Tunggu!”
Sakura berputar
dan membongkokkan diri memandang Shou. “Apa?” Soalnya acuh tak acuh.
“Jangan lupa
mimpikan aku malam ni.” Shou mengenyit mata, menyakat.
Sakura menutup
pintu kereta Shou dengan kuat dan menghentakkan kaki ke depan pintu rumahnya
tanpa memandang Shou semula.
Shou tertawa
kecil dan pandu pergi selepas Sakura masuk kedalam rumahnya. Sakura pula
menyandar pada pintu rumah sambil menyentuh dadanya. Nafasnya mula berat dan
jantungnya berdegup dengan laju seperti sebuah bom randik yang akan meletup
pada bila-bila masa sahaja.
“Shou, kau mamat
sengal! Aku benci kau” kata Sakura dengan nada yang perlahan. “Tak boleh buat
orang senang betullah mamat sengal tu..” dia menutup mukanya apabila dia rasa
wajahnya panas hingga ketelinga.
Apa dia dah buat dengan aku ni? desis hatinya
yang penuh dengan kekeliruan.
=X=
Keesokan harinya ~di sekolah~
“Ya Ampun… Siapa
yang bagi? Siapa? Siapa?!” Jerit Sakura naik okta dua, separuh marah separuh
menangis.
“bertenang
Sakura… tarik nafas dalam-dalam..” Yumi mengusap-usap belakang Sakura cuba
menenangkan hati membara Sakura.
Sakura menarik
nafas beberapa kali tapi tidak berjaya, oksigen yang masuk kedalam otaknya membuat
pemikirannya lebih lancar dan lebih marah dari sebelumnya. Oksigen yang dihirup
bagaikan minyak mengalir kearah api membuat ia lebih membara dari sebelumnya.
“Siapa bagi Number phoneku sama…. Sama mamat Sengal tu?!” Jerit Sakura naik
satu lagi okta membuat semua pelajar dalam kelas tersebut memandang kearahnya.
Ren menutup mulut
Sakura sebelum dia menjerit sekali lagi. “Shh! Agaklah suara tu Sakura, semua
orang tengah nampak kita.”
Sakura menepis
tangan Ren. “Biarkan! Biarkan mereka nampak, Aku tak kisah! Yang aku kisah
ialah siapa dalangnya?”
Tomoko tertawa
kecil membuat Sakura memandang kearahnya. “To-Tomoko? Kau yang buat?!”
“Aku tak pernah bagi nombor kau dengan Shou….” Tomoko menggeleng dengan muka tidak bersalah. “…Tapi, aku ada bagi pada Yui Lan…”
“Yui? Tapi… Tapi
kenapa dia bagi nomborku dengan mamat durjana tu?”
Jue tersenyum
nakal apabila dapt tangkap maksud Tomoko tadi. “Mungkin… Shou ada hati tak
dengan kau.”
Sakura menuding
jari kearah dirinya sendiri. “Aku? Dia suka aku? Hah!” Sakura tawa sedekah,
mungkin lebih kepada mengejek tidak percaya. “Kalau leaning tower of pizza
tegak semula baru aku percaya!”
=X=
Setelah tamat
waktu sekolah, mereka berlima bergerak menuju ke parking lot kereta. Ini hari ialah
giliran Tomoko dan Ren membawa kereta. Apabila mereka tiba di parking lot,
terdapat ramai pelajar perempuan berkumpul di tempat tersebut, berteriak,
menjerit seperti mereka nampak Justin Beiber datang ke sekolah mereka.
“Wah! Tengok
kereta tu! Hebatnya!”
“My Gosh, It’s
Hot!”
“Tak, TAk, Pemandu
tu yang Hot!”
“Yeah, Siapa Dia
tu? Dia tengah tunggu Pakwe nye ke?”
“UNTUNGNYA MINAH
TU!!!!”
“Eh, Apa halnya
ni?” Jue memandang sekumpulan pelajar perempuan yang menghalang laluan mereka.
Ren
melompat-lompat ingin melihat apa yang dijeritkan oleh perempuan sekolah mereka
sehingga berkompok banyak sebegini. “Ah! Aku tak nampak apa yang dorang
teriakkan tu!”
“Jom korang, Kita
ke depan nampak apa yang minah semua ni angaukan.” Kata Tomoko sudah rimas
mendengar suara nyaring minah di tempat tempat parking kereta itu. Ren dan Jue
menolak minah nyaring ketepi memberi ruang kepada mereka berlima bergerak ke
lokasi perhatian para wanita dan menemui bukannya Justin Beiber tapi…
“Mamat Sengal!
Apa kau buat di sini?” Jerit Sakura sebaik sahaja memandang wajah lelaki
durjana dalam dunia muncul di sekolah mereka.
“Begitu ke cara
menyapa seorang kawan?” Jawab Shou dengan senyuman nakal di wajahnya dan
mendekati kelima perempuan itu.
“Kau bukan kawan aku, tak mungkin dan tak
akan!” Sakura mencebik, menyilang tangan di dadanya dan memadang kearah lain.
Meluat nampak muka mamat sengal di depannya.
“Ouch…” Shou
menyentuh dadanya rasa seperti ayat Sakura bagaikn panah menusuk ke hatinya
tapi senyuman nakalnya tetap melekat di wajanya. “… Ini pasal kes semalam ke?
Kau masih marah? Kau tahu aku tak boleh endahkan benda yang tidak boleh di
endahkan. Aku terpaksa lakukan ia.”
Mereka semua memandang kearah dua figura di hadapan mereka dengan penuh
kekeliruan, ingin tahu apa sebenarnya mereka tengah katakan sekarang.
“Diam! Kau buat aku berjaga sepanjang
malam!” Semua orang terngangah terkejut, termasuk tiga orang rakannya
apabila mendengar penyataan Sakura. Tomoko pula cuba menahan tawanya sehingga
perutnya sendiri sakit.
“Ala… Bukannya lama pun.”
“Yelah tu.” Kata Sakura acuh tak acuh.
“- hanya beberapa jam, lagipun, kau bukannya penat pun.”
“Aku mengantuk, ngok! Dan kau tak pernah berhenti dan biarkan aku tidur dengan tenang!”
Ayat sakura membuat beberapa perempuan nak pitam manakala pelajar
lelaki pula… well, bangga? Excited? Tak boleh dihuraikan.
“Jangan cakap yang My Little Barbie Doll… Tak lurus lagi dan ini semua sebab Shou?!” Tomoko menangis dengan
dramatiknya.
Sakura memandang kearah Tomoko dengan riak
wajah tak faham. “Huh?”
“Aku? Apa aku buat?” Shou turut menyoal tidak
faham apa yang Tomoko merapukan.
“Aku dah agak dah! Tentu ada udang di
sebalik batu!” jerit salah satu lelaki di dalam kelompok tersbut.
“Tak malu… tak malu.” Kata pelajar
perempuannya pula.
Sakura tambah blur dari sebelumnya. “Apa
korang cakapkan ni?” Dia memandang kearah rakannya untuk mendapatkan jawapan
dari persoalannya tapi riaksi rakannya hanya dengan mulut terbuka luas kecuali
Tomoko yang menahan tawanya.
“Sa-Sakura? Bukannya itu… agak cepat?
Cepaat sangat?” Yumi soal teragak-agak dengan wajahnya merah.
Jue mengangguk setuju dengan Yumi.
“Semalam… Kau dan Shou, apa kamu buat
semalam?”
Sakura mengerdip beberapa kali. “Oh..
semalam? Dia…”
Ren memukul bahu Jue, dia turut merah ke
telinga. “Jue! Jangan tanya mereka tentang perkara private mereka!”
Sakura tersenyum nipis. “Takpa Ren,”
Ren memandang kearah Sakura. “betul ke?”
Sakura menganggguk. “Ya, apa salahnya?”
Jue yang mengusap bahunya akibat dipukul
segera menumpukan perhatian kepada Sakura. “Apa lagi? Beritahulah!”
“O-Okay..” Rakusnya… pasal itu pun nak tahu
ke? desis hati Sakura agak kekok. “Aku terbangun apabila dia call aku
tengah-tengah malam dan dia tak berhenti calling sehingga aku angkat phone dan
berbual kosong dengan dia.” Sakura menjeling kearah Shou dan kembali memandang
rakannya.
Shou hanya tersenyum melihat Sakura
mencebik kearahnya. Aku tak pernah bosan nampak mukanya murung desis hati Shou.
“Dan dia… buat aku berjaga sampai jam 2
pagi!”
“….”
Sakura menjungkit kening. Ini bukannya
respon yang sepatutnya dia dapat setelah dia ceritakan tentang Shou dan dia
semalam. Sepatutnya, rakan-rakannya mula memarahi Shou dan membela dia. “Kenapa
senyap?”
“… Jadi ia hanya… perbualan di phone…
antara korang berdua?” Ren akhirnya bersuara setelah mendapat cerita sebenar
yang dua kali terkejut sebelum mengetahui cerita sebenar.
“Tentulah! Jadi, kamu fikir apa?”
Mereka semua mengeluh kecewa (terutama
lelaki) mendengar kebenaran cerita mereka berdua. tiga Rakannya pula terjatuh ke tanah, entah apa
nak buat; ketawa atau kecewa. Manakala Tomoko pula…. Akhirnya! Semua tawa yang
ditahan akhirnya di luahkan dengan tawa besar, berdekah-dekah!
=X=
“Apa?! Korang semua fikir y-yang aku… dia…
buat itu?” Muka Sakura mula merebak
merah, mengelak dari memandang Shou yang duduk disebelahnya. Shou pula
tersenyum nakal merenung kearah perempuan bermuka-merah.
Keenam perempuan dan seorang Lelaki duduk
di meja hitam didalam Clow’s CafĂ© sebaik sahaja balik dari sekolah.mereka semua
mempunyai minuman mereka sendiri diatas meja hitam itu.
“kasihannya kau Sakura.. Di aniayah!” Yui
menepuk lembut belakang Sakura. Tapi tersenyum memandang kearah Shou.
Ren yang berada di hadapan Sakura menggapai
tangannya. “Sorry Sakura, Shou… Kami bukannya nak menuduh tapi…” Yumi menelan
air liur tiga kali cuba mengeluarkan ayat yang sesuai untuk mengelakkan
seseorang meletup kali ke tiga. “… cara korang bercakap tadi tu.. kedengarannya
cam… itu.”
Sakura menggeleng perlahan masih rasa malu.
Dia tahu bukan salah mereka, Dia patut cakap lebih spesifik supaya tiada lagi
kesalahfahaman berlaku. “Tak pa korang, bukannya kamu yang salah tapi..” Sakura
menjeling kearah Shou yang sememangnya juga memandang kearahnya. Sakura mula
blushing semula dan memandang kearah lain.
Shou tersenyum. Dia cute kalau dia malu
desis hati Shou melihat wajah Sakura naik merah akibat malu.
Eh??? Shou tak tahu kalau guna straw yang sama tu....
ReplyDeleteBTW , best sesangat citer ni & good luck for SPM kak angah. >.<
lucu sangat...pehal pun puas hati dpt baca entry baru...sambung lg please...
ReplyDelete