FDO: Bab 8

67th Floor, Islend. 31 July 2025

Medeis, Hades, Accel dan Scy sedang berlawan seekor raksasa yang mempunyai Drop yang sangat lumayan. Well, sebenarnya bukan mereka semua yang nak. hanya Accel sahaja yang TIDAK ingin ikut tapi di heret sekali oleh tiga jembalang tu.


“Scy!” Jerit Medeis memberi signal.

“Hai! Hai!” katanya dengan riang sambil memacuhkan bazookanya kearah menatang yang 5 kaki tingginya.

BOOM!!!

Hades berada jauh sikit di tempat kejadian kerana dia seorang pemanah. Dia dah bersedia untuk bunuh menatang hodoh tu. Dia menekan butang device yang berada di telinganya dan screen hijau muncul untuk menyenangkan dia sasarkan target dari jarak jauh.

“Mana Cyril ni?” Soalnya sendiri melihat kelibat naga kecilnya yang berada dekat dengan menatang besar tu. untuk apa? Cyril boleh mencari kelemahan raksasa. Senang kan??

Dia nampak Cyril terbang sambil memancarkan cahayanya kearah Medeis yang cedera. Cyril berada di telinga kanan menatang tu. Hades tersenyum dan leparkan panah lazernya kearah mana Cyril berada.

“WWWAAAARRRGGGHHHH!!!!” jerit menatang tu.

“Accel! Giliran kau tamatkannya!!” jerit Scy kearah Accel yang hanya berdiri cam tunggul melihat mereka berlawan. Tahulah kau tak berminat tapi, tolong kawan pun tak boleh ke?

Accel menghembus nafas lelah dan mengeluarkan pedangnya. Dia terus berlari naik belakang menatang tu dari ekornya dan cucuk kepala haiwan tersebut.

Menatang itu terus mati pecah. Entah berapa level Accel sebenarnya sehingga dia boleh membunuh seekor menatang level 69 dengan satu serangan. Dari life bar menatang itu setengah hingga kosong. Tsk.tsk.tsk… kuatnya.

Muncul mesej maya di hadapan Accel. ‘Congradulation! You just kill LongDark! Reward: DarkMoon Costume.’

“Wow… baju tema hitam. Ini ke Drop yang korang nak? untuk siapa baju ni?” Accel tunjukkan Costume perempuan itu kepada mereka. setahu Accel, Medeis tak perlukan costume lagi sebab dia dah selesa dengan bajunya sekarang. Hades pula tak suka costume ber’skirt dan Scy? Dia suka baju Lolita. Tema hitam bukan tastenya. Jadi untuk siapa?

Hades segera tap device telinga dan jari telunjuknya bercahaya. Dia terus tap hadiah yang Accel terima. Muncul HTML program tentang hadiah tersebut dan Hades; seorang Hacker, menukar bentuk baju tersebut. setelah itu, mereka semua melihat hasil karya seorang Hacker.

“Woah…. Hebatlah kau Had-Had! Tentu dia suka nanti.” Scy memeluk Hades, bangga dapat kawan hacker cam hades ni. Tak payah lah mereka pergi market dan beli costume yang bukan taste mereka.

“Chop-Chop-Chop! Kenapa korang tukar p costume lelaki? Sebenarnya costume ni untuk siapa?” Accel soal. Dia satu-satunya orang yang tak tahu apa yang tiga rakannya plan sekarang ni.

Mereka bertiga tersengih-sengih. “Untuk someone special. Ne, Accel-chan… kau boleh tolong kami tak?”

Accel mengangguk teragak-agak. Dia tahu yang mereka bertiga ada plan sesuatu. “Apa dia?”

Senyuman mereka bertambah lebar. Dari sini Accel tahu, mereka ada plan sesuatu yang gila kali ni.

<><><><><><><><> 

57th Floor, Arancar. 31 July 2025

Toshiro berada di dalam hutan ingin kembali ke perkampungan Arancar. Sekarang dia rasa sangat penat. dia nak cepatkan segala urusannya dan kembali ke Magnolia dan berehat sepanjang hari.

Langkahnya terhenti apabila dia terlihat seekor haiwan gebu bertelinga panjang sedang bersembunyi di sebalik pokok.

“Itu….” Dia terus berdiam diri dan mengeluarkan needle sebesar sebatang copstick dan lontarkannya kearah haiwan itu. Terkena pada batang pokok menyebabkan haiwan itu melompat keluar dari tempat persembunyiannya. Toshiro melontar satu lagi needle dan terkena pada sasaran.

Setelah dia dapat haiwan tersebut dia tunjukkan kepada Herculies di kedainya ‘Mighty n Sharp’

“I-Ini…. Daging S class!! Di mana kau dapat daging ni??!” soal Herculies melihat tangkapan Toshiro yang sangat lumayan di list Item Toshiro.

“Ya, tapi aku tak tahu nak buat apa dengannya. Mungkin aku akan jual.” Kata Toshiro melihat rakan sasanya yang terkejut kagum.

“Jual? Bagus kau makan je!”

Toshiro menggeleng. “AKu takda skill dalam masak memasak ni. kalau nak suruh Medeis, dia dan yang lain pergi ke tingkat 67 untuk bercuti.”

“Panggang je lah, makan cam ni… Ngap! Senang. Bukan selalu kau dapat makan makanan S class ni.” kata Herculies memberi cadangan. “Kau terlampau memilih sangat kalau pasal makanan ni.”

Toshiro mengeluh. “tentulah, di FDO ni tak semua pemain dapat master skill masakan. semua resipinya berlainan di dunia manusia. Kalau pakar chef ada kan ba-”

*Cling*Cling*

Toshiro dan Herculies melihat siapa yang melangkah masuk kedalam kedai tersebut.

“Herculies, kau ada Light Dagger tak?” Tak lain dan tak bukan. Musuk ketat Toshiro.

“Hmm? Ada, nak buat apa dengan senjata lemah tu?”

“Aku nak bu-“

Toshiro terus memegang kedua tangan Accel dengan erat. “AKu dah Jumpa chef aku!”

“Huh?”

“Apa kau merepek ni?” Accel soal dengan muka meluat. Ada-ada je mamat satu ni desis hatinya.

Toshiro menggenggam lebih erat tangan Accel. “Berapa tinggi skill masak kau?”

“Baru je aku master skill tu minggu lalu. Kenapa?” Apa kes budak ni desis hatinya lagi. Dia memandang kearah tangan mereka dan segera menariknya.“L-Lepaslah!” mukanya merah padam.

“Gomen-gomen…. Ah! aku dapat daging ni dan aku rasa sayang kalau di jual je dan aku tak pandai masak. So, kalau kau masakkan, aku bagi kau rasa sikit.” Toshiro menunjukkan daging S classnya pada Accel.

Mata Accel terbeliak besar melihat bahan makanan yang dia sememangnya teringin nak makan dan memandang Toshiro dengan serius. “Half or nothing.”

“Apa?”

“Half or nothing.” Katanya sekali lagi sambil memeluk tubuh. Sikit je dia bagi rasa? Tentulah Accel nak separuh dari daging tu. tak puas kalau sikit je.

Toshiro meramas rambutnya dan mengangguk. “Okay-okay. Deal, aku bagi separuh.”

Accel terus tersenyum dan bertepuk tangan. “Yeah! Jom gi rumah aku.” Accel terus menarik Toshiro keluar dari ‘Mighty and Sharp’ dan ke transportation Gate.

<><><><><><><> 

34th Floor, Xansevera. Accel’s house

“Ini rumah kau?” Soal Toshiro melihat Accel yang keluar dari satu bilik. “Eh? Bila kau tukar baju?”


“Time kau sibuk cuci mata nampak rumahku.” Jawab Accel ringkas.

Toshiro mengangguk dan melihat sekeliling ruang tamu rumah Accel. Sangat cantik dan classic. Mata Toshiro jatuh ke Accel. Seperti tuannya juga—eh? Kenapa aku fikir cam ni? jangan nak cakap sembarangan Toshiro…. Kau benci nenek kebayan tu.

“Apa nampak-nampak? Kau pun tukarlah baju kau tu. takkan nak makan dengan baju lawan?” Accel terus bergerak ke dapur.

Toshiro swipe open akaun, tap silhouette yang ada di depan screen dan keluar list baju. Dia mengenakan pakaian casual pada badannya(tanpa beg tu)


Setelah itu, dia pergi ke dapur di mana Accel berada. Boleh tahan juga dapurnya yea.


“Cantik taste kau pilih rumah.” Kata Toshiro sambil duduk di kerusi yang tersedia. Dia mengeluarkan daging S class itu dan berikan kepada Accel. “Kau nak masak cam mana dengan daging ni?”

Accel memakai apronnya dan tersenyum. “Aku planning nak buat Stu. Kau tahu tak betapa senangnya nak masak kat FDO ni?” Accel mengeluarkan pisau dari device yang tersedia di kaunter dapur. Device yang telah di programkan untuk menyediakan bahan-bahan dapur. Serta berfungsi sebagai storage makanan juga. Cooking Device.

Accel tap Cooking Decive itu dan tap button ‘food storage’. Dia mengeluarkan semua bahan-bahan untuk membuat stu.

“senang? Kebanyakan bahan masak di FDO ni pelik-pelik. Sayurnya pun pelik.” Toshiro menuding jari kearah sayur-sayuran yang tersedia di hadapan Accel. “Apa yang senangnya masak bahan yang kita sendiri tak tahu khasiatnya?”

Accel tertawa kecil. “Senang je, ianya terlalu senang sehingga budak lima tahun pun pandai buat.” Katanya sambil tap sayur-sayuran itu dengan pisaunya. Sayuran itu terus menjadi potongan-potongan kecil. Tak perlu nak *Chop*Chop*Chop. Tap je dah terpotong.

Toshiro mengangguk faham maksud Accel dan melihat beater itu memasukkan semua makanan yang telah di potong dalam periuk beserta dengan daging yang sudah terpotong.

Dia mengangkat periuk itu kedalam oven dan setkan jam. “Tunggu selama 30 minit. Selepas tu, kita akan rasa makanan yang tersedap yang kau tak pernah rasa.”

Accel mengeluarkan se’set koleksi cawan teh dan buat teh bunga. Toshiro hanya melihat Accel buat kerja dapur dengan senyuman terpapar di wajahnya. “Kau suka masak ke?”

Accel tersentak dari lamunannya dan memandang kearah Tohiro. “Y-ya… begitulah. Kau tak rasa pelik ke?”

“Pelik cam mana?”

Accel menuang tea untuk Toshiro dan duduk bertentangan dengannya. “Aku tak tahu kau tapi aku rasa seperti aku berada di dunia reality sekarang ni. Makan, tidur, lapar, rasa sakit, menyentuh benda… dan…” Accel memandang Toshiro yang minum tehnya. Dia blushing. “Rasa….”

“Rasa apa? Sedih? Marah?”

“Semua.” Kata Accel dengan senyuman nipis. “Apa pun yang Ayaka buat dengan permainan ni, dia dah capai impian dia. Membuat Virtual World yang Reality, semuanya seperti real. Aku sukakannya.”

Toshiro mengangguk setuju. “ya, rasanya cam kita dilahirkan dalam permainan ni. kita tahu semuanya tentang FDO dan masak dengan cara permainannya. Hey, time kau cakap nama Ayaka Nigoshi tu, kedengarannya cam kau kenal dia je.”

Accel mengangguk. “Yup. Kami selalu main PSP setiap kali dia balik dari sekolah di taman, aku akan tunggu dia di sana dan berlawan dengan dia.” Accel tertawa kecil teringatkan kisah lalu. “Dia selalu main tipu dengan Cheat game. Dia pernah berjanji kat aku yang dia akan buat game yang sangat hebat hingga semua gamer dapat mengalami apa yang avatar mereka hadapi. Orang lain ingat dia tu gila sebab nak buat benda yang mustahil tapi aku rasa ia tak salah malah aku sokong dia untuk buat permainan tu. Dia janji kat aku yang bila impiannya jadi reality, aku akan jadi orang pertama dapat main game ni dan jadi…..” Accel tertawa kecil, malu menyebutnya. “Dia tepati janjinya dan jadikan aku Beta Tester pertama dan bagi aku buku tentang FDO ni. Tapi…” Accel mengeluh. “Apa rancangannya nak perangkap kita di sini dan bunuh pemain satu per satu? Aku tak faham… Aku tinggalkan seni bela diriku untuk bersamanya. Dia sentiasa membuat aku kagum dengan apa yang dia buat. Sentiasa buat aku nak nak tahu apa yang dia akan buat. Tapi dia hampakan aku..” katanya sedih sambil melihat bayangannya di tea cupnya.

Toshiro melihat mata Accel yang mula berkaca dan segera mendongakkan kepala Accel memandang kearahnya. “Hey, Hey… janganlah bersedih. Bila kita sampai tingkat 100 nanti, kau boleh tanya semuanya dengan dia. Okay?”

Accel mengangguk dengan setitis air mata jatuh ke pipi. Toshiro mengelap dengan ibu jarinya dengan lembut.
Muka mereka mula bergerak. Semakin dekat… semakin dekat…. Bibir mereka hanya seinci jauh dan…

*TING*

Mereka berdua terus melompat berdiri apabila oven berbunyi menandakan makanan mereka sudah masak. Accel segera mengeluarkan periuk itu dengan muka yang merah padam.

Apa yang aku buat tadi tu? aaaahhh…..!!! malunya jerit hatinya. jantungnya berdegup laju cam roket nak ke bulan. Kalau Ayaka tahu cam mana? Tentu dia kenakan aku!

“Err… a-aku sedia pinggan di me-meja makan.” Kata Toshiro wakilkan diri sendiri. Mukanya pun sama merah dengan muka  Accel.

Accel mengangguk tanpa berpaling memandang Toshiro. Dia tak boleh pandang dia sekarang. Tak.. Tak boleh!

Toshiro mengeluarkan segala pinggan, sudu dan Lain-lain lagi dari Cooking Device dan bergerak keluar dari dapur.

Setelah dia sediakan semua di atas meja, dia duduk di tempatnya dan mengeluh panjang. Akhirnya meramas rambutnya sekuat hati.

Arrrrrgggghhhh!!! Bodoh! bodoh! bodoh! betul kata Accel aku memang bodoh! kenapa aku boleh buat cam tu? apa yang aku fikirkan? Yang aku buat ialah nampak mata birunya dan lepas tu…. Arrrggghhh!! Kenapa?! Kenapa?! Jerit hatinya menyumpah serana diri sendiri atas tindakan bodoh(?)nya itu.

“T-Toshiro… makanan dah siap.” Kata Accel meletakkan stu daging di tengah meja makan. “Pinggan.”
Toshiro menghulurkan pinggannya kepada Accel dan diisi dengan stu enak. (A/N: hehe, perut angah berkeroncong plak ni….)

Mereka berdua makan dengan aman, ada juga borak-borak kecil tapi selalu tergantung apabila mata mereka bertemu. Aduh… malu-malu lagi.

Setelah menghabiskan stu mereka sehingga licin… woah.. sedap sangat ke daging tu? mereka minum the bunga Accel.

“Oh! Aku hampir terlupa.” Accel swipe open akaunnya, tap silhouette nya dan scroll down list costumenya.


Toshiro memandang Accel dengan penuh persoalan dan Accel memberi jawapan dengan senyuman dan berkata; “Happy birthday. Harap kau suka hadiah tu, and you better be.”

Toshiro akhirnya tersenyum manis dan accept hadiah dari Accel. Dia swipe open akaunnya dan melihat maklumat tentang costume tersebut

Matanya terbeliak bulat dan memandang Accel. “Defence, 340 dan Shield, 270?? Dari mana kau dapat costume ni?”

Accel tertawa janggal. “Well, kami- maksud aku, aku ke tingkat 67 dan bunuh menatang yang ada special Drop. Rewardnya Costume yang mempunyai defence dan shield yang tinggi. Lebih tinggi level pemain, lebih tinggilah kekuatan costume tu.” Tak guna korang bertiga, patutlah korang suruh aku finish LongDark, rupanya untuk ini. Buat malu aku je desis hati Accel.

“Thanks ya.” ucap Toshiro dengan senyuman gembira.

Accel bertukar warna dan mengipas-ngipas mukanya. “N-No problem… gl-glad you like it.”

Sementara di tingkat 62, Magnolia. Rumah Scy.

“Korang pasti ke ini akan berhasil?” Soal Scy kepada dua jembalang gila yang seronok bercerita tentang plan dorang.

Medeis mengangguk. “Tentulah! kita kena satukan budak dua ni dan ini adalah salah satu cara untuk buat mereka perasan tentang perasaan mereka terhadap satu sama lain.”

Hades mengangguk. “Scy, kau kena percayakan kami!”

Scy mencebik dan memeluk tubuh. “Tapi… Scy nak sambut B’day Shiro-nii!! Accel-chan tak adil! Scy cemburu!”


Medeis dan Hades tertawakan muka jealous Scy. Apa boleh buat, setiap perkara perlukan pengorbanan. 

Comments

  1. Best giler...angah thanks utk entry baru. .lama Amy tunggu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts