FDO: Bab 6

57th Floor, Arancar. 18 May 2025….

“Shiro-nii! Abang nak ke mana?” Scy sudah berpaut di lengan Toshiro. Dah tahu, Toshiro akan  keluar senyap-senyap lagi tanpanya. “Scy nak ikut…”

Toshiro mengeluh dan mengusap lembut kepala Scy. “Baiklah… Abang nak cari pedang baru kat tingkat 52. Abang dengar dia pembuat pedang terbaik disana.”

Scy mencebik. “Lama ke?”

Toshiro mengangkat bahu. “Mungkin.”

“Hanya nampak pedang je?” Soalnya lagi.

Toshiro mengangguk. “Ya. itu je.”

Scy melepaskan tangan Toshiro dan melambai. “Have a save journey! Scy tunggu Shiro-Nii kat sini.” katanya dengan senyuman manja.

Dah agak dah… Scy hanya gila pada senapang dan tidak lain selain senjata api desis hati Toshiro. “Okay, Jaga rumah okay? kalau ada apa-apa beritahu.”

Scy mengangguk. Dia melihat Toshiro keluar dari rumah dan pergi ke transportation gate.

Semua orang melihat the Black worrior; Toshiro sedang berdiri di pintu gerbang itu dengan kagum. Tentulah! lelaki yang dikenali dengan kekuatan dan kemahiran bermain pedangnya. Dia dah dikenali ramai sebagai hero yang akan kembalikan mereka ke dunia reality. Semua orang percaya yang dia akan kembalikan semua orang yang terperangkap dalam permainan maut ini.

Ditambah pula dengan sikap peramah dan bertutur kata, dia semakin dihormati oleh ramai pemain dan dia ada kelab peminat sendiri. Nasib baik Scy dianggap sebagai adik kalau tak dah tentu Scy di hentam berabis sebab dekat sangat dengan jejaka pujaan pemain perempuan.

“Transport floor 52nd.” Toshiro terus di pindahkan setelah memberitahu dia hendak ke mana. dia tiba di tingkat 52 dimana Market terbesar dalam Aircraft itu. Pelbagai jenis kedai ada di sana. Dari kedai senjata ke kedai menjual makanan. Restauran, hotel, dan LLL….

Toshiro terus mengatur langkah ke kedai senjata yang dia dan tuan pembuat pedang yang sangat dikenali. Herculies lelaki berbadan sasa yang pernah berjuang bersamanya semasa membunuh Big Boss, Colosues di tingkat 5 dahulu.

“Ohayo Herculies!” sapa Toshiro sebaik saja membuka pintu kedai yang bernama ‘Mighty n Sharp’

“Ohayo Toshiro. Beli pedang atau upgrade pedang?” Soal Herculies seperti dia dah tahu apa tujuan Toshiro datang.

“Kedua-duanya.” Toshiro mengeluarkan pedang di sampingnya dan berikan kepada Herculies. “Agak-agak berapa lama boleh siap?”

“Hmmm…” Herculies memandang keadaan pedang Toshiro. “Setengah hari. Apa kata kau putar-putar dulu dan nampak kalau ada apa-apa yang terkena di hati.”

“Okay, pastikan ia nampak baru n lebih hebat okay?” Toshiro melihat Herculies memberi thumbs up sebelum masuk kedalam bengkelnya. Dia pula start mencari pedang baru untuknya dalam kedai tersebut. banyak pedang yang hebat-hebat tapi dia rasa seperti ia tak sesuai dengan tangannya. dia perlukan pedang yang boleh berlawan dengannya dan selesa setiap kali di pegang. Tak terlampau berat dan tak terlampau ringan. Hmmm… susah juga nak cari ni.

Sementara di luar kedai itu. Transportaion gate, Medeis muncul dan bergerak mencari kedai untuk memperbaiki kapaknya. Damagenya dah turun akibat berlawan dengan slime-monster.

Tak guna punya pacat! Habis kapak kesayangan aku, terpaksa aku pergi ke tempat ni untuk memperbaiki kapak aku ni. kalau guna magic tak menolong sangat. Bukan nak kata magic aku tak bagus tapi… ah! apapun, aku nak upgrade Virgo(kapak) aku ni desis hati Medeis berjalan dari kedai ke kedai.
Takda orang tahu yang Virgonya boleh buat magic sebab senjatanya kelihatan seperti kapak, senang nak cover siapa dirinya yang sebenar.

“Dah tiga kedai aku masuk, semua tak boleh betulkan Virgo. Mereka semua amature!” Medeis menghayunkan senjatanya kekiri dan kekanan melepaskan geram membuat semua orang ketakutan. SLING!!

Medeis berhenti dari menggila dan melihat siapa yang berani bersilang pedang dengan Virgonya yang sudah sememangnya  rosak. Matanya terbeliak besar. Perempuan berhoodie hitam. “Kau!”

Perempuan berhoodie itu mendongak melihat Medeis dan tersenyum. “Ohayo, tak sangka kita kan berjumpa di sini kan?”

Medeis mengangguk. “Time tu, kita tak sempat berkenalan kan? Aku Medeis.”

Perempuan berhoodie tu memandang kekiri dan kekanan. Semua orang memandang mereka. Dia menarik Medeis ke satu lorong yang sunyi.

“Kenapa?” Medeis soal.

“Shh… orang tak boleh tahu..” Perempuan itu membuka hoodienya. “Aku Accel. Oh dan Senjata kau tu… ia bukan sebarangan senjata kan?”

Medeis mengangguk. “kau rasa? Virgo senjata terkuat yang pernah ada di permainan FDO ni.

Accel tertawa. “Kalau Hades ada dia boleh tentukan senjata siapa kuat, aku atau kau.” kata Accel memandang kapak Medeis yang terukir cantik. “Ok, aku rasa aku tahu siapa yang boleh betulkan senjata kau.”

Medeis terbeliak bulat. “Siapa?!”

“Eeeep…. Nanti dulu. Kau ingat aku akan tunjukkan kau jalan tanpa ada ganjaran ke?”

Medeis mencebik membuat Accel tertawa kecil. “Okay, apa kau nak?”

“Hmm…. Kau ada crystal Stone tak? aku perlukannya.”

Medeis mula memikir. Nak bagi benda S class tu kat perempuan mecurigakan ni? Tapi aku perlukan Virgo diperbaiki. Ah! mahu tak mahu… “Okay-okay, tapi kau pasti ke kau ada orang yang boleh betulkan senjata aku ni dan tutup mulut?”

Accel sedikit terkejut dan tersenyum sinis. “Kau Beta tester kan? Sebab tu kau nak orang tutup mulut pasal benda ni.”

Medeis mengangguk. malas dia nak bertekak dengan minah satu ni, perempuan cam dia ni memang merbahaya.

“Tak sangka, aku berjumpa dengan Beta Tester selain daripada aku.” Mata Medeis terbeliak. “Yup! Aku Beta Tester juga atau lebih tepat… Beater. So, kita even. Rahsia kau selamat dengan aku.”

“Okay, Aku percayakan kau.” Medeis tertawa kecil. Dia swipe open akaunnya, tap ‘friend’, tap buka Trade item. Keluar list Item yang boleh di trade in. Medeis tap ‘Crystal stone’

Muncul mesej maya dihadapan Accel.


Accel tap butang biru dan menerima Crystal Stone dari Medeis. “Okay! jom kita ke kedai tu.” Accel memakai Hoodienya. “Lebih baik kau guna Hoodie juga. lebih selamat.”

Medeis mengangguk dan mengenakan robe berhoodie merah pada badannya. “Okay. Jom.” Mereka berdua bergerak ke kedai yang Accel katakan; Kedai ‘Mighty n Sharp.’

Bunyi loceng pintu menandakan ada ada tetamu yang datang telah mengganggu konsentrasi Toshiro dari mencari dan menghayati pedang-pedang yang ada dalam kedai tu. Dia melihat dua orang pemain berhoodie menutup muka mereka. Dia mula rasa curiga.

Dia melihat pemain berhoodie hitam menekan loceng kedai dan Herculies bergegas keluar ke kaunter. Dia menunjukkan muka tegangnya kepada mereka berdua. Toshiro pula mendekati kaunter dan duduk di kerusi yang telah tersedia. Dia nak dengar apa yang dibicarakan oleh pemain mistery ini.

“Apa aku boleh bantu kali ini? Nampaknya kau bawa kawan…” kata Herculies dengan nada menggerunkan.

Nampaknya salah seorang dari mereka selalu datang ke sini desis hati Toshiro menjeling kearah mereka. dia kononnya melihat Dagger yang ada di kaunter itu dan senjata yang bergantung berdekatan dengannya.

“Ya, aku tahu kau boleh di percayai. So, aku datang kali ni untuk buat pedang dan…” perempuan berhoodie hitam tu memandang kearah rakannya.

“Hmm? Oh, fix my Axe.” Perempuan itu memberikan senjatanya pada Herculies.

Herculies kagum melihat senjata si pemilik itu. “Cantik, aku rasa senjata ni tentu dibuat oleh orang pakar atau ianya Drop?”

“Ianya….” Accel menyiku lengan Medeis untuk tidak bersuara.

“Itu tak penting. Boleh betulkan ke tak?” Soal perempuan berhoodie hitam.

Herculies mengangguk. dia menjeling kearah Toshiro yang memberi satu signal. “Tentulah. tapi aku perlu dia ke bengkel aku. aku dapat rasakan ada sesuatu tentang senjata ni dan…” herculies menuding jari kearah Toshiro. “Kamu faham kan?”

Mereka berdua mengangguk. “Oh, satu lagi. Tolong buatkan aku senjata baru dengan ni dua benda.” Perempuan itu mengeluarkan Crystal Stone dan Feather Light kepada Herculies.

Toshiro, Herculies dan Medeis turut terkejut melihat apa dua barang S class yang sememangnya susah nak cari.

Medeis mencebik. Dia dah plan dari awal untuk buat pedang… desis hati Medeis.

Herculies berdehem. “Baiklah, Cik berhoodie merah, tolong ikut saya ke belakang.” Herculies membawa barang-barang tersebut ke bengkel dengan Medeis mengekorinya.

Sekarang hanya Toshiro dan perempuan mistery. Dia mempunyai barang S class, dia menutup Identitinya, dan dia juga  membawa kawan ke sini. dia ada group sendiri ke? orang mencurigakan selalunya bawa bala.

“Kau siapa?” Soal Toshiro akhirnya setelah memikir panjang tentang perempuan itu.

“Bukan siapa-siapa.” Jawabnya ringkas.

“Kenapa nak buat senjata baru?” soal Toshiro lagi.

“Untuk teruskan hidup.”

Ini memang mencabar kesabarannya. Sabar… Sabar, aku tak boleh bertindak meluluh. “Siapa kawa-”

“Kenapa kau banyak soal?” si perempuan berhoodie pula menyoal. “Apa yang kami buat bukanlah hak kau untuk masuk campur. Kau siapa untuk tahu tentang kami?” Soal perempuan itu dengan renungan mautnya.

Toshiro dah hilang sabar. Tangannya terus mencengkam jubah perempuan itu. “Kau memang nak mati kan?”
Perempuan itu tersenyum sinis dan mengeluarkan pedangnya untuk berlawan. Toshiro segera mengelak kebelakang dan terhempas di dinding. Senjata yang bergantung di dinding jatuh membuat bunyi bising.

Perempuan itu menghalakan pedangnya kearah Toshiro. “Kau tidak patut masuk campur dalam hal kami.”

Tangan Toshiro meraba lantai dan tersentuh pemegang pedang. Dia terus menyerang perempuan itu dengan pedang yang dia jumpa. Ternyata, itulah pedang yang dia cari selama ini.


SLING!!” pedang mereka bersilang dan sesi tolak menolak bermula.

“Kuat juga kau kan?” Soal Toshiro bergelut menolak pedangnya.

“Kau pun sama tapi…” perempuan itu kumpul tenaga di bahagian pedang dan menolak pedangnya. Dia berjaya. Dia menghayunkan lagi senjatanya ke muka Toshiro dan Toshiro segera melindungi mukanya dengan pedang. SLING!

Mereka berlawan di kedai besar itu, habis semua barang dan senjata bertaburan. Hancur, berkecai! Tentu Herculies naik berang lepas ni.

“Mati!” jerit Toshiro menghalakan pedangnya yang sudah dicas kemuka perempuan itu dan perempuan tersebut menghalangnya. Toshiro bertindak cepat dengan menghantar satu lagi serangan membuat perempuan itu hilang keseimbangan dan terbaring di lantai. Toshiro berada di atasnya dan pedang Toshiro tertanam di tepi kepala perempuan itu.

Toshiro terkejut melihat wajah perempuan yang menutup mata itu, kepalanya kekanan sedikit menjauhkan mukanya dari pedang Toshiro. Rambut berwarna hitam panjang, kulit putih licin, bibr pink lembab dan bulu mata yang panjang.

Perempuan itu membuka mata apabila tiada respon dari pihak lawan. Toshiro tenggelam dalam lautan biru mata perempuan itu. Dia lemas dan terpukau dengan mata biru itu. “K-Kau…”

Tetiba, Toshiro ditarik bangun oleh Herculies. “Kau buat apa tu hah??” soal herculies dengan muka berang tahap gaban. Kedainya hancur kerana mereka berdua!

Medeis segera menolong Accel bangun. “Kau okay ke?”

Accel mengangguk dan merenung kearah Toshiro. “Jangan risau pasal aku.”

Medeis bercekak pinggang memandang Toshiro. “Ne Black Worrior-san. Boleh tak tunjukkan sopan santun sikit. Mentanglah kami ni Beta Tester, janganlah anggap kami ni hina sangat!”

“huh? Apa? Korang Beta Tester?” Toshiro memandang kearah Accel. “Kau… Jadi betullah kau…”

“Beater?” Herculies menyampuk. “Kau perempuan yang pernah join lawan dengan kami time di tingkat lima tu kan?”

Accel terus naik merah dan menutup mukanya dengan Hoodie. Ini paling dia tak suka, memalukan sangat! Dia tak nak dirinya sebagai Beater di jerit kuat-kuat.

“Medeis… Senjata dah siap ke?” Soal Accel dengan nada rendah.

Medeis mengangguk. “Dah, Thanks yea. Aku dah dapat Virgo aku balik. Sekarang aku nak ke Front line.”

“Aku punya cam mana?” Soal Accel masih menutup muka kepada herculies.

“E… err.. dah siap, nah.” DIa berikan senjata Accel kepada tuannya. Dia berbalut sebab masih panas.

“Arigato… Medeis, kerja ku dah selesai dan kau dah dapat senjata kau jadi, aku pergi dulu.”

Accel ingin larikan diri tapi Herculies halang. “nanti, nanti… cam mana dengan kedai aku? Kamu berdua kena bertanggungjawab atas benda ni.” Herculies memandang kedua-dua pesalah. Toshiro dan Accel.

Medeis hanya melihat mereka berdua yang rasa bersalah dan tersenyum. “Aku boleh uruskannya. Ini untuk membalas jasa Accel, dan Black Worrior-san… aku perlukan sesuatu dari kau sebagai upah.”

“seperti apa?” Soal Toshiro. Dia dapat tahu dari nampak muka perempuan ni.. Medeis akan minta sesuatu yang besar.

“Pedang yang kau upgrade.”  Medeis mengenyit mata. “Aku nampak  time Herculies sedang memperbaikinya so, cam mana?”

“Tak boleh benda lain ke?”

Medeis menggeleng. “Nak baguskan kedai ni makan banyak duit, mungkin sama nilai dengan pedang berkarat kau tu.”

Toshiro naik berang. “Kalau itu pedang berkarat, kenapa kau nak??”

Medeis bercekak pinggang. “Itu urusan aku. So? Nak ke tak nak?”

Toshiro menelan air liur tiga kali. Dia memandang kearah Herculies yang sendiri tak tahu nak buat apa. Toshiro kembali memandang kearah pedang yang berada di tangannya dan akhir mengangguk. “Aku setuju…”

“Good!” Medeis mengetuk senjatanya di lantai kedai dan crystal pada kapaknya bercahaya merah dan semua harta benda dalam kedai itu kembali ke bentuk asalnya. “Siap!”

Mereka semua terkejut melihat kelebihan Medeis yang boleh melakukan magic.

Medeis memandang Herculies. “Pedang tu aku jual dengan kau, berapa aku dapat?”

“APA?!!”  jerit mereka bertiga lagi. Kenapa dia nak jual pedang yang bagus? Manakala di fikiran Accel pula lain; Kenapa dia buat benda gila cam tu?? nak sakitkan hati orang ke?

Medeis menjelir lidah. “Aku tak suka pedang. Aku suka Virgo. So? Berapa?”

Herculies pergi ke kaunternya dan tap open akaun mesin duitnya. Dia melihat harga pedang Toshiro. “200,000 Vyler..”

Mata Medeis bersinar-sinar. “SOLD!!”

“Arrrggghhh!!! Pedang aku! Perempuan gila! Kau nak mati ke?” Jerit Toshiro naik okta 5 sakit hati dengan perangai perempuan tu.

Medeis membuat muka tak bersalah dan mengendahkan Toshiro. Dia memeluk Accel. “See you next time Accel. Aku nak jalan dulu.” Medeis terus pergi keluar dari kedai meninggalkan Accel yang masih dalam keadaan buntu.

“Accel! Kau kena tanggungjawab atas pedang aku tu!”

Accel terus melontarkan renungan maut kepada Toshiro. “Kenapa aku pula yang kena bertanggungjawab?”

“Sebab dia tu kawan kau tentu kau boleh suruh dia bayar balik dekat kau….” Katanya dah penat dia menjerit tapi hatinya panas membara. Macam gunung Fuji dah nak meletup dah ni.

“Dia bukan kawan aku. dia tak masuk dalam list friend aku pun.” Jawab Accel slamber.

“Apa? Jadi kenapa korang nampak rapat sangat tadi tu?”

Accel memikir. “Mungkin…. Tapi dia tetap tiada dalam list friend aku. Aku Beater kalau berkawan memang mustahillah.”

Accel menepuk bahu Toshiro dengan senyuman nakal. “nasib kau lah. Kau tak boleh claim balik benda yang kau sudah bagi kepada orang lain.”

DUN DUN Dun….. pedang kesayangannya dah lenyap begitu sahaja.

Accel berputar memandang Herculies. “So… keluarkan buy list.”

Herculies mengeluarkan Buy List di depan Accel dan Accel membayarnya secara Cash. “Seronok berniaga dengan kau. Hingga lain kali.” Accel menepuk bahu Toshiro sekali lagi. “Terimalah kenyataan, my friend.” Katanya dengan senyuman mengusik membuat Toshiro tambah marah. Accel segera berlari keluar dari kedai itu.

Seletah melihat Accel pergi dia terus mengeluh panjang. Ini hari dia betul-betul malang. “Herculies, keluarkan Buy List. Aku nak beli pedang ni.”

Herculies memandang pedang yang ada di tangan Toshiro. “huh? Accel dah bayarkanlah untuk kau.”

Herculies mengeluarkan sejarah Buy List dan tunjukkan kepada Toshiro. “See, bawah pedang Heaven Sword tu, pedang kau. Mega Blade.”

Sekarang Toshiro berasa buntu. Kenapa Accel nak bayarkan pedang yang berharga 240,000 vyler untuknya?

Muncul mesej maya di depan Toshiro dan dia Tap Open.

Dia tahu ini dari siapa… dia tahu sangat-sangat!!

“Aku benci perempuan ni!!!” jeritnya naik okta 5. Sambil menumbuk-numbuk tangannya. dalam mindanya dah ada seribu satu cara nak bunuh Accel.

Sementara tidak jauh dari kedai itu, Accel tertawa kecil mendengar jeritan maut Toshiro. “Baru kau tahu, ingatkan aku akan bayar cam tu je tanpa sakitkan hati kau? Sorry sikit.” Accel ketawa tapi cuba manahannya tanpa ada orang dengar. “Nampaknya…. B’day aku taklah seteruk mana” Katanya sebelum muncul Mesej maya di hadapannya.


Senyuman Accel pudar dan mengeluh. "Ayaka, kenapa kau buat semua ni?"

Comments

Popular Posts