FDO: Bab 7

62nd Floor, Magnolia. 16June 2045…

Sudah genap tujuh bulan kami di sini. entah apa yang terjadi di dunia reality kami sendiri tak tahu. Aku rindu Nadeshiko, rindu kawan kat sekolah.. sekolah? Dah lama aku tak sekolah. Boleh ke ulang tahun? Kalau kami di sini selama setahun lebih cam mana? ish! Mengada je aku ni. lagi 34 tingkat kami akan tinggalkan tempat ni. Jadi, untuk beberapa bulan lagi lah kan? Harap-harap cam tulah…

“Abang dah balik…”

Aku bangun dari sofa melihat pintu utama rumah. Toshiro dah balik! “Welcome home! Ne Nii-can.. cam mana?”

Toshiro memandang kearahku dengan senyuman yang manis seperti biasa. “Tentulah berjaya. Pintu ke 67 dah terbuka.” Dia mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang. Ini yang paling aku suka. Toshiro untuk diriku sendiri. Perempuan lain tak boleh dapatkan Toshiro dan cemburu kerana aku dekat dengan Toshiro. Suatu hari nanti gelaran adik di mata Toshiro akan bertukar ke nama yang lebih special!

“Saya masuk kedalam…” Aku tersentak mendengar suara seorang perempuan masuk kedalam rumah kami.

“Ah, Scy. Ini hari kita ada tetamu. Dia yang bantu abang kalahkan Big Boss di Tingkat 66 tadi.”

“Hoi Toshiro. Aku ada banyak benda lagi nak buat ni. aku nak jumpa seseorang nanti. So-”

“Tak-tak-tak…. kau diperlukan disini. Lagipun kau ada hutang dengan aku.” kata Toshiro dengan ganas. Wah, aku tak perlu risau… Perempuan ni tak tersenarai sebagai Rivalku untuk memenangi hati Toshiro.

“Hutang apa?” Dia memeluk tubuh cam meluat dengan Toshiro. Haha! Mereka saling membenci! Aku memang tak patut risau.

Scy melihat dua Pemain ini saling membenci satu sama lain.

Toshiro meramas rambutnya. “Aku hampir kena bunuh tadi sebab kau tinggalkan posisi kau. kenapa kau tinggalkan plan yang sudah kita rancang tu hah?”

“Itu namanya change of planning. Aku dah jumpa kelemahan dia, terus attacklah. Aku tak rancang nak bunuh kau okay. aku selamatkan kau walaupun berisiko tinggi. Thanks to kemahiran bermain pedangku yang tinggi dan pemikiran yang tajam, aku selamatkan semua orang.” Kata Accel dengan bangga.

Toshiro meluku kepalanya. “Tajam kepala hotak engkau! Kau tu selfish, tak berhati perut, pentingkan diri betul!”

“Apa?! Kau tu yang lembab, tak faham situasi, Baka! Baka!Baka!!!!!” Jerit Accel pula melawan balik.

Scy pula rasa tayangan yang menyeronokkan ini dah di luar kawalan. “Ne… Nee-chan, Nii-chan… dah dah lah tu…”

“Urissai!!” dan pertengkaran antara mereka berdua kembali beraksi sekali lagi.

Scy mengeluh panjang dan keluarkan double machine Gun dan acuhkan di kepala mereka berdua. “Kan Scy kata sudah? Tak faham bahasa ke?” Soalnya dengan nada serius.

Terus mereka berdua terdiam. Terkejut juga nampak gadis Lolita tetiba menjadi garang. Mungkin ini kesan dari Military tak?

Accel mendapat mesej dari seseorang dan segera dia buka, membacanya. “Aku kena pergi dan Sorry pasal time berlawan dengan Big Boss tadi tu. Nanti malam aku ajak kau Dinner. Aku text kau nanti. Bye.” Accel keluar dari rumah tersebut tanpa menerima persetujuan dari Toshiro.

Toshiro mengeluh panjang. “Dia memang menyusahkan. Aku tak tahu apa ada dalam fikiran perempuan tu.”

Scy mencebik. “kenapa Shiro-Nii nak tahu pasal dia? Dia bukannya special pun.”

Toshiro mengangguk. “Ya, tapi kalau kau tak faham dia, tentu dia mengamuk.”

Scy menggenggam erat skirtnya rasa marah. Toshiro baik sangat, dia memang begitu.. dia tak mahu sesiapa rasa tak selesa dengan dia kan? Dia cuba buat perempuan tu tak salah faham dengan Toshiro, itu je… itu je! Desis hatinya dan tarik nafas dalam. “ne Shiro-nii… kita p shopping ni hari? Ya? Ya? Shiro-Nii tinggalkan Scy sendiri selama tiga hari, boleh kan?”

Toshiro tersenyum dan mengusap kepala Scy. “Okay. Kamu nak ke mana?”

Nampak? Toshiro sanggup temankan aku walaupun dia penat desis hati Scy. “JOM!!” katanya dengan riang menarik Toshiro keluar ke Market.

Sementara itu di bahagian Accel pula…

Dia berlari anak menuju ke central park dimana dia dan rakan lamanya akan berjumpa. Dia dah nampak satu figura yang dia kenali dan berlari kearahnya dengan rasa teruja.

“Hades!!” Accel memeluk Hades dengan Erat.

“Arrrkkk! T-tak.. b-boleh.. ber-bernafas…..!”

Accel melepaskan pelukannya dan tersengih-sengih. “Sorry-sorry. Apa kau buat di sini?” Accel terlihat Cyril terbang di atas pokok. “Hi Cereal!”

“Cyril lah!” sahut Hades marah. Dia ni lembab atau saja nak sakitkan hati orang? “Aku datang sini sebab nak minta tolong dengan kau. Cyril sejak kebelakangan ni asyik lemah je dan meternya turun sendiri sebanyak 400 Hp setiap sehari. Aku rasa ada tak kena dengan dia, kau rasa kau boleh bantu?”

Accel mengerdip mata beberapa kali. “Dia mungkin keracunan makanan. Aku rasa aku tahu penawarnya.” Accel swipe open akaunnya dan pergi ke ‘Skill’ dan tap button ‘recipy’.

Dia melihat kalau ada ubat penawar. “Nampaknya kita kekurangan satu bahan. Okay, Jom kita round-round market?”

Hades memandang kearah Cyril yang baru sahaja tertidur di dalam dakapannya. “okay. Apa bahannya tu?”

“Liquid Dromgwen.”

Dahi Hades berkerut. Dia tak tahu menatang atau bahan apa yang Accel katakan tadi tu. yang pasti ia adalah bahan untuk di makan. Pelik juga FDO ni, semua nama bahan makanannya yang S class mempunyai nama yang pelik-pelik.

Kembali ke Scy dan Toshiro…..

Mereka berjalan dengan Scy berpaut pada lengan Toshiro membuat pemain perempuan yang ada di market itu rasa cemburu.

Hehe, sorry tapi aku special di mata Toshiro. Kamu semua hanya boleh jadi orang special Toshiro dalam mimpi jelah desis hati Scy dengan bangga. Dia terlihat stall menjual accessories costume dan terus menarik Toshiro ke situ.

“Ne Shiro-Nii… cute tak cincin ni? oh! Ia couple!” kata Scy menunjukkan sepasang cincin couple kepada Toshiro.

“Ya tapi untuk sapa lagi satu?” Soal Toshiro mengusik. “Scy ada crush kat orang ke?”

Muka scy terus merah padam. “Tak….. Tak mungkinlah. Oh! Oh! Looky! Gelang ni cute kan?”

Toshiro hanya tertawa melihat Scy menggelabah. Toshiro dah agak yang Scy ada suka seseorang dan nak juga dia nampak siapa jejaka pilihan Scy ni.

Kau takkan faham. Kau terlalu baik untuk perasan, Toshiro. Baiklah! Aku akan luahkan perasaanku terhadap Toshiro ni malam. AKu akan tunjukkan yang aku bukan sekadar adik baginya desis hati Scy semangat. “Ne Shiro-Nii, Ini malam-”

“Itu Accel kan? Sama siapa dia tu?” Scy memandang kearah mana Toshiro memandang dan mengetap bibir.

“Tentu kawan dia. Jomlah Shiro-Nii… kita shopping lagi.” Rayu Scy menarik tangan Toshiro.

“Toshiro!!” Scy rasa seperti petir menyambar hatinya memanaskan keadaan apabile terdengar Accel menjerit nama lelakinya.

Toshiro melambai balik kearah Accel. “Yo! Apa kau buat di sini?”

Accel dan Hades mendekati Toshiro dan Scy. “Kami tengah cari bahan untuk buat ubat. Dari tadi kami cari, tak jumpa2.”

“Apa nama bahan tu? Mungkin kami boleh tolong carikan.”

“Liquid Dromgwen. Dah dua section kami putar, kalau di sini takda, terpaksa kami cari raksasa yang Drop benda tu.” kata Accel lagi.

“Okay, Jom kita cari. Nak tolong dorang sekali ke Scy?”

Scy merenung kearah dua perempuan itu dan tersenyum kepada Toshiro “Okay!”

Hades perasan sesuatu tentang perempuan kecil itu dan menarik Accel untuk berjalan di tepinya. Biar Toshiro dan Scy dihadapan.

“Hey Accel, aku rasa budak kecil tu sukakan pakwe kau lah. Kau ada Rival baru.” Bisik Hades.

Accel mengerdip beberapa kali sebelum tertawa kecil. “Taklah, Toshiro dah anggap Scy cam adik dia… dan dia bukan pakwe aku. kami hanya kawan okay.”

Hades memutarkan bola matanya, dari pertempuran kita di tingkat 66 tadi tak pun nampak cam tu. kamu dua orang serasi time berlawan seperti couple desis hati Hades.

“Accel, ini ke benda yang kau cari tu?” Hades dan Accel memandang kearah Toshiro yang memegang sebotol liquid hijau kecil.

Accel tap botol itu untuk melihat notificationnya dan mengangguk. “Inilah dia.” Accel ke gerai tersebut dan membayarnya.

“Taklah susah sangat cari. Kau tu yang buta.” Toshiro mula mengusik.

Accel mengetap bibir. “Aku tak buta okay. penglihatan mataku 100, 100 lagi kalau kau mahu!”

“Ya tapi tetap buta. Buta hati.”

Urrrgggghhh!!! Accel terus mamijak kaki Toshiro. “Baka! Baka! Baka! Kau layak kena tu!” jerit Accel dengan mukanya merah menahan marah yang amat. “Jom Hades, kita blah dari sini. meluat aku nampak muka jantan ni.”

Accel terus menarik Hades pergi meninggalkan Toshiro dengan kaki yang bengkak. “Tak guna punya Beater…. Nanti kau, aku balas 10x ganda dari ini.”

Scy pula yang paling sakit hati sekarang. Setiap kali si Accel tu ada, tentu Scy di pulau. Tentu Scy yang di tinggalkan di belakang desis hati Scy yang nak menangis sekarang.

“Shiro-Nii, Jom kita balik?”

Toshiro memandang kea rah Scy dan mengangguk. “okay. kaki abang ni dah sakit akibat nenek kebayan satu tu.”

Mereka balik ke rumah dengan situasi yang sangat senyap. Scy sekarang semakin curiga kalau-kalau Toshiro ada feeling dengan Accel.

Tak mungkin… Scy takkan benarkan tu berlaku! Ini malam, tak nanti di rumah Scy akan tunjukkan kepada Toshiro yang Scy boleh jadi Girlfriend yang baik untuk Toshiro desis hatinya.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah, Toshiro bergerak ke sofa tapi terhalang apabila Scy memeluknya dari belakang. “S-Scy… kenapa ni?” Soal Toshiro agak terkejut.

“Toshiro…” Okay, itu pelik. Scy tak pernah panggil Toshiro dengan nama betul. “Scy… Scy… Scy sukakan Toshiro..” Katanya dan memeluk Toshiro lebih erat. Mukanya sekarang merah padam. Tahu tak betapa sukarnya perempuan untuk meluah? “I-I love you… Scy Loves You…”

Toshiro terkejut mendengar luahan Scy. Dia menyuruh Scy melepaskan pelukannya dan mereka berdua saling berpandangan, cuma Scy kelihatan lebih sedih kerana matanya mula berkaca.

“Scy… aku, maafkan aku tapi.. aku anggap kau sebagai adik je.. tak lebih dari itu.”

“Ada orang lain ke di hati Toshiro?!” Soal Scy dengan tegas. Dia ingin pastikan siapa perempuan yang special di hati Toshiro kalau bukan dia.

Toshiro terkejut dan akhirnya mengeluh panjang. “Scy… tolong jangan cam ni.”

“Dia Accel kan?” Air mata mula bergelinang turun dari pipinya. “Betul kan? Accel je yang ada dalam fikiran Toshiro. Setiap kali Accel ada, tentu Toshiro tumpukan sepenuh perhatian kat Accel je. Apa yang Accel ada yang Scy takda? Kenapa mesti dia? Kenapa mesti Beater tu? Perempuan cam dia tak layak dapat cinta Toshiro! Perempuan lasak cam dia tak patut dapat perlindungan dari Toshiro! Ia tak adil!”

“Scy… dengar sini. Scy aku..”

“Tak! Scy tak nak dengar! Scy benci perempuan tu! BENCI!” jeritnya dan berlari keluar dari rumah.

Tanpa berfikir panjang, Toshiro mengejar Scy keluar rumah. “Scy! Tunggu!”

“TAK! pergi Toshiro! Scy taknak jumpa Toshiro!” jeritnya masih lagi berlari sambil menangis. Tiba sahaja di central park, Scy hilang di depan matanya sebab dia menggunakan transportation stone untuk larikan diri.

Toshiro berasa sangat bersalah sekarang ni. dia duduk di kerusi yang telah tersedia di taman itu dan tunduk memandang tanah. Dia sendiri tak sangka yang Scy akan jatuh cinta dengan dia. Sedikit pun tak pernah.
Mungkin ini hukuman ku kerana masih rasa bersalah atas kematian Tiana. Dia pergi di sebabkan aku cuai, tak nampak dia melintas jalan… ini pasti hukuman ku desis hati Toshiro mula rasa sedih. Dia menghembus nafas lelah.

“Kenapa mengeluh?”

Toshiro mendongak melihat siapa yang menegurnya. Accel.

‘Accel je yang ada dalam fikiran Toshiro!!’

Accel tertawa kecil. “Kenapa dengan muka kau tu? cam nampak hantu je. Boleh aku duduk?” Toshiro mengangguk dan ketepi sedikit memberi Accel ruang untuk duduk. “So, kenapa dengan muka tegang tu? ada apa-apa masalah?”

Toshiro menggeleng dan mendongak kelangit senja sambil jari-jemarinya mengusap rambutnya kebelakang. “Aku dan Scy ada masalah sikit. Kau pula buat apa di sini? bukannya kau dengan kawan kau ke tengah buat ubat untuk cicak terbangnya tu?”

“Bukan cicaklah! Baby dragon.” Accel bercekak pinggang. “Aku dah rawat dia. Hades dengan Cyril ada kat hotel sedang meluangkan masa bersama. Hades nampak je garang tapi dia tu penyayang. Animal Lover gitu.” Accel tersenyum bila dia teringat time happynya Hades dapat hidupkan Cyril semula. “Aku perlukan dia untuk misi aku kali ni dan juga- eh? Kejap. Jam berapa sekarang?”

Toshiro Swipe open akaunnya dan melihat jam pada hujung screen akaun. “7.30pm. kenapa?”

Accel terus swipe open akaunnya dan mengeluarkan dua bungkus makanan. “Nah, satu kau punya.”

Toshiro mengambil makanan tersebut dari Accel. “Apa ni?”

“Dinner. Aku kan dah kata akan ajak kau dinner nanti, lupa ke?”

Oh ya… dia ada kata tadi desis hati Toshiro dan membuka bungkusan makanannya. Sandwich. Dia ambil segigit dari sandwich tersebut. Woah… “Di mana kau beli ni? sedaplah.”

Accel mencebik. “Makanan tu nampak cam makanan di beli ke?”

Toshiro mengangguk, terus sampai pukulan di kepalanya. Tercekik. “Air… A-Air..” Accel memberi Toshiro sebotol air dan segera dia teguk hingga habis. “What was that for?”

Muka Accel merah menahan marah. “Menghina makanan aku! Aku masak sendiri lah!”

“Apa?” Toshiro memandang sandwich di tangannya dan memandang muka Accel dan kembali ke sandwich. “Kau tak letak racun atau paralyzed poison kan?”

Satu lagi pukulan dikepala di terima oleh Toshiro dan kali ini makanannya jatuh ke tanah. “Aduh-duh-duh-duh-duh….  Ah! makanan aku….”Toshiro melihat makanannya pecah hilang begitu sahaja. Sangat membazir.

“Itu salah kau sebab menghina masakan aku. lain kali aku takkan bagi kau makan masakan aku lagi.” Accel memandang Toshiro yang sedih melihat makanan yang baru sekali dia makan dah lenyap. Kumpunan anak orang….

*Kriock*Kriock*Kriock*

Accel berhenti mengunyah apabila terdengar bunyi yang sangat…. Accel tertawa kecil.

“Ini salah kau okay. dah sehari aku tak makan sebab kau paksa aku balik ke sini awal pagi.” Katanya menahan rasa marah yang menggeledak dalam hati. Perutnya dah berkeroncong berbagai bunyi dari lagu pop ke lagu classic dah ni.

Accel membelah dua Sandwichnya dan berikan setengah kepada Toshiro. “pengajaran dari cerita ini, jangan cakap ikut sedap mulut je.”

Toshiro mengambil roti Accel dan mengunyahnya. “Okhay-Okhay… Ifh Geth itfh…”

Accel tertawa kecil melihat Toshiro makan sambil bercakap. cam budak kecil betullah.

Sementara itu di restaurant dimana Scy berada…

Dah tige keping cake dia lahap dan sekarang dah masuk pinggan ke empat. Dia bodoh sangat sebab luahkan perasaannya yang dia pasti takkan berbalas. Dia dah tahu yang Toshiro takkan terima cintanya, dia hanya anggap dia sebagai Adik! Tak lebih dari itu. Sekarang, dia dah kehilangan orang yang dia sayangi. Dia tidak patut melawan takdirnya, dia dan Toshiro tiada jodoh!

Scy rebahkan kepalanya di meja makan. Dia dah takda selera nak makan. “I’m soooo stupid!”

“Pasal cinta yea?”  Scy mendongak kepalanya dan terdapat seorang perempuan berambut coklat ikal bersama topi witchnya sedang duduk di hadapannya dengan senyuman nakal. “Konbanwha! Ini pasal kena reject ke?” Scy menggeleng malas. “Pasal lelaki tu tak boleh bersama dengan kita?” Scy mengangguk.

“Kau siapa?”

“Aku?” Medeis tersenyum dan menghulurkan tangan. “Seorang Beta Tester. Nama, Medeis.”

Scy menyambut tangan Medeis. “Scyntilla. Panggil je Scy. Scy dalam Dilemma sekarang ni…”

Medeis mengangguk faham. “Aku pernah alami apa yang kau rasa sekarang ni. Don’t worry, satu hari nanti kau akan jumpa lelaki yang lebih baik dari crush kau tu.” Dia mengangkat tangan panggil waiter untuk pesan minuman.

Scy menggeleng. “TAK! Toshiro is the Best! Takda lelaki boleh lawan kekuatan dan sikap peramah Toshiro!”

“Toshiro? That Om worrior tu?? Hmm…. Player rupanya dia ni…” Accel, hati-hati kau dengan budak tu desis hati Medeis. “So, apa kes cerita ni? kata orang, kalau kau meluah.. rasa beban tu kan hilang.” Minuman Medeis dah tiba dan dia meneguknya. Dahaga… dahaga…

Scy mengambil sepotong cakenya dan masuk kedalam mulut. “Toshiro, dia anggap Scy sebagai adik je.. Tapi Scy tak nak tu, Scy nak lebih special dari jadi adik. Nak jadi Gf dia. Tapi tak boleh, Toshiro dah ada orang yang dia minat. Biarlah Scy jadi adik dia, asalkan Scy tak kehilangan orang yang Scy sayang. Kenapa? Kenapa budak Beater tu yang jadi the apple of his eyes…?”

*Sprrurururururur!!!!* “Apa? Om Worrior tu suka Beater?” habis tersembur semua air di mulutnya. Nasib baik dia sembur ketepi kalau tak, basah kuyuplah scy jawabnya.

Bagus! Plan untuk balas balik apa yang Accel buat kat aku. Kau ingat kau boleh ambil Crystal Stone aku begitu saja? Kau ingat aku perbaiki kedai mamat sasa tu for free je ke? Noooo…. Semua tu ada hikmahnya. Kau akan mati! Die I tell you.. Die!! Mhwahwahwahwahwahwa!!!

Scy rasa janggal bila nampak Medeis tertawa jahat sendiri-sendiri. Dia kelihatan ada plan tersendiri. “Ne, Nee-chan, kenapa ni?”

Medeis memandang Scy dengan mata yang bersinar-sinar. Plan 2in1. “Kau nak Om Worrior tu jadi abang kau balik ke?”

Scy mengangguk. “Medeis ada plan ke?”

Medeis mengangguk. “Kita dua – tak. semua orang akan happy dalam planning ni!”

<><><><><><><> 

Toshiro baru balik dari bertengkar dengan Accel di centre park. Sudah makan quick dinner dengan Accel tadi, mereka mula berperang mulut tentang siapa lebih kuat. Lelaki atau perempuan. Selepas tu, mereka mula mencabar sesama sendiri dalam pertandingan Duel. Malangnya tiada yang menang apabila Cyril datang memeluk Accel. Bila ada orang masuk campur, duel mereka terbatal.

“Shiro-Nii?”

Toshiro tersentak dari lamunannya dan sedar yang Scy ada di ruang tamu sedang menunggunya balik. “Scy?”

Scy mengangguk dengan senyuman manjanya. “Scy minta maaf pasal tadi… Scy buat cam tu sebab Scy takut kehilangan Shiro-Nii…” Suara Scy bergetar dan matanya berkaca.

Toshiro mengelap air mata Scy dan memeluknya. “Abang faham. Scy jangan risau pasal tu.”

Scy mengangguk dan membalas pelukan Toshiro. “Scy akan sokong abang. Bantu sehingga Abang sedar tentang perkara ni.”

Toshiro merenggangkan pelukannya dan melihat muka Scy dengan riak muka penuh persoalan. “perkara apa yang Abang patut sedar?”

Scy tertawa kecil dan menggeleng. “Takda papa..” betul kata Medeis, Abang memang bodoh desis hati Scy mentertawakan Toshiro yang tak perasan tentang perasaannya sendiri.

Sementara di hotel dimana Hades, Medeis dan Accel menginap….

“Aaaaahhhaahahahahahah!!!! Hentikannya! Hentikannya!!” rayu Accel sehingga keluar air matanya.

Hades dan Medeis sedang mengelitik badan Accel supaya Accel join in Girl talk mereka. Dari tadi mereka pujuk Accel join tapi dia tolak terus menerus. Ini kali, dia tak boleh menolak.

“Okay! Okay! hahahahha… aku join sekali! berhenti!” Hades dan Medeis akhirnya berhenti menggelitiknya.

Accel duduk di katilnya bersama dua jembalang gila. “So, cam mana girl talk korang ni?”

Hades dan Medeis tertawa kecil. Dah sah, Accel lebih muda dari mereka. “bercerita, gossip, main game. Mari kita mulakan game dulu. So, Accel pembuka cerita.” Kata Medeis memeluk bantal.

“Aku? nak cerita apa?”

Hades tertawa. “Bukan, maksudnya kami akan soal kau. Dah sedia?” Accel mengangguk.

“Kosongkan fikiran kau… ini uji minda kau. Dah kosongkan minda?” Accel mengangguk lagi, nampaknya Accel mengambil permainan ni terlampau serius sangat.

“Soalan pertama; Fikir seorang lelaki.”

Accel mengangguk. “Dah.”

Hades dah dapat agak siapa dalam fikiran Accel. “Kalau kau marah atau happy; siapa kau akan cari? Jangan jawab, fikir je.”

Accel blushing. “D-Dah…”

Oooooouuuuhhhh! Menjadi-menjadi! Jerit hati mereka melihat riaksi Accel. “last question! Orang yang ada dalam minda kau tu selalu buat kau hilang akal dan buat benda yang kau tak pernah buat.”

Muka Accel bertambah merah. “I-Ini untuk apa juga ni!”

Hades dan Medeis tertawa besar bila nampak muka Accel yang merah padam. “Ujian IQ! Lelaki mana yang kau dah Fall in love!!” kata mereka serentak.

“A-Apa?!!” Accel terus menutup mukanya malu. Tak guna punya kawan! Dia dah kena tipu!


Tak, tak mungkin aku jatuh cinta dengan dia… I mean, dia lebih tua dari aku. TAK MUNGKIN!!! Jerit hati Accel

Comments

Popular Posts