FDO: bab 11

65th Floor, Magnolia. Life Café. 25 January 2045

“The Chaser?” Accel dan yang lain menggeleng.

Medeis mencebik. “F4?”

“Apa kes Boys over Flower punya group?? Flower 4?? Tak da nama lain ke?” Soa Hades bermain dengan straw minumannya memandang Medeis dengan serius.

“Ala… kita tukarlah. F4 is for Fabolous 4. Ok apa??” Medeis tersenyum nakal. Hey, tak salah kan lagipun, kita perlukan nama yang hebat untuk kumpulan kita ni desis hati Medeis memandang rakan rakannya yang lain.

Scy menggeleng. “Tak bestlah tiru nama dari TV plus. Nama tu sooo 50 years ago.”

Medeis berdengus dan menghirup airnya. “So, korang fikir nama apa yang cute but Epic! Otak aku ni ada limtnya juga tau. Kau nampak Accel tu, dia dah termenung jauh dah tu fikirkan nama kumpulan kita. Kan Accel?”

Accel tersentak dari lamunannya dan memandang mereka. “Hmmm?? Apa aku miss?”

“Aku kata kau tengah berfikir tentang nama kumpulan kita.” Kata Medeis sekali lagi.

Accel menggeleng. “Bukan itu aku fikirkan…”

“Apa? Jadi yang termenung jaaaaauuuuhh tu untuk apa?” Tak guna punya kawan, kau yang cadang, kau pula yang tak ambil kisah?

Scy menyiku bahu Accel dengan senyuman nakal. “Accel-chan fikirkan Shiro-nii ke??” Dia menjungkit kening dua kali.

“Duh! Korang tak rasa pelik ke yang abang kau di panggil oleh ketua korang secara mendadak. Diiring dengan dua tentera pula tu. tentu hal ni hal mustahak.”

Hades dan Medeis memandang sesame sendiri dan kembali melihat wajah cemas Accel. Hehehe…. Seperti yang mereka jangka dan tak syak lagi. Accel L.O.V.E Toshiro.

Accel melihat riak wajah dua jembalang dan jerit; “Bukan itu! jangan nak fikir sembarangan okay!!”

Terus pecah perut mereka berdua melihat muka Accel naik merah.

“Hey!”

“so-sorry-sorry.” Kata medeis memeluk perut. “Ala…. Jangan risau lah. Akirakan ada join sekali, kalau ada apa-apa tentu mereka akan back up sesame sendiri. There’s no need to worry lah.”

Accel menghembus nafas panjang. “Harap cam tulah.” Dia memandang keluar tingkap. Kenapa aku rasa tak sedap hati je ni? desis hatinya risau.

Sementara di bilik rehat dalam bangunan Royal Blood Oath.

“Jauhi Beater.”

Toshiro terkejut mendengar suara gerun Highlifth. “Apa? Kenapa?”

Highlifth mengeluh. “Dengar sini Toshiro. Kita tidak boleh mengambil risiko dengan Beater. Dia sangat merbahaya dan hampir bunuh kamu berdua dalam pelawanan di tingkat 72. Aku tak mahu perkara itu berulang lagi.”

“Tapi, itu bukan salah Accel. Dia tak-”

“Dia yang rancang bawa korang ke tingkat 72 itu!” tegas Highlifth. “Aku tidak tahu apa korang buat di tingkat itu tapi dia yang plan bawa kau dan Scy ke tingkat 72. Dia bawa masalah yang kita nak elakkan. Kau dan Scy adalah member terpenting dalam guild ini dan jika kamu berdua tiada…. Siapa lagi yang akan berhadapan dengan Big Boss tingkat 100 nanti? Beater?”

Toshiro menggeleng. “Dia tak berhak-”

“itu yang aku cuba katakan.” Dia memotong ayat Toshiro. “Dia tak berhak berdepan dengan the last big boss sebab dia seorang yang selfish, tidak pernah fikirkan tentang orang lain. Seperti pertempuran kamu dengan Beater di tingkat 66. Dia tukar plan secara drastic dan hampir bunuh tentera kita. AKu tidak mahu perkara itu tterjadi lagi. Toshiro. Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan pada kamu.”

Toshiro hanya berdiam diri menggenggam tangannya dengan erat membuat penumbuk di bawah meja. Dia tak cakap yang Accel tak berhak dalam berlawan dengan The Last Big Boss tapi dia tak berhak di layan seperti sampah di mata orang lain. Apa yang teruk sangat tentang Accel hingga semua orang bencikan dia? Dia Beta Tester, ok itu betul tapi ada banyak lagi Beta Tester di luar sana di terima oleh pemain biasa tapi kenapa tidak Accel? Sebenarnya…. Apa kelebihan Accel sebagai Beta Tester??

“Toshiro,” Toshiro tersentak dari lamunannya dan memandang kearah Highlifth. “Aku nak kau lakukan sesuatu untuk aku. jangan pernah ada hubungan dengan Beater itu lagi, can I trust u with that?”

Hmm? Tak berhubungan dengan Accel? Desis hati Toshiro rasanya seperti satu pukulan kuat terkena pada dirinya. Apa patut dia buat? patutkah dia berjanji tidak akan bercakap dengan Accel lagi? Adakah itu jalan terbaik untuk kebaikan pemain yang tinggal dalam permainan MMO ni? Patutkah dia tinggalkan nenek kebayannya itu??

Mungkin ini untuk kebaikan Accel juga, kan? Dia tidak berhak berlawan dengan the last boss dengan mereka semua. Itu bermaksud…. Accel akan terus hidup kalau dia tak berlawan sekali dan mengambil risiko tinggi itu? Nyawanya akan selamat dan kekal hidup di dunia reality. Dia akan selamat desis hati Toshiro.

Toshiro memandang wajah Highlifth dengan serius, wajah yang tidak pernah terlintas di hati wanita melihat wajah gerun Toshiro. Dia menggeleng. “Maaf tapi aku tak akan berjanji.”

Highlifth menarik sengih. “Aku tak katakan janji tapi ianya satu Arahan.”

Toshiro bangun dari tempat duduknya dan berputar bergerak ke pintu keluar. “Jikalau begitu, maafkan aku sekali lagi Tuan Highlifth. Aku akan tolak arahan Tuan yang ini.” Katanya sebelum menjejak keluar dari bilik tersebut.

Toshiro menghembus nafas panjang setelah pintu itu tertutup. Dia memandang kedua telapak tangannya. Betulkah apa yang dia buat ni? dia sanggup risikokan nyawa Accel hanya kerana nak bersama Accel? Dia memang bodoh.

“Yo Toshiro!”

Toshiro mendongak memandang kearah suara tersebut dan tersenyum nipis. “Aku tak perasan yang kau tunggu aku di luar.”

Akira menjungkit kening sambil salute kat Toshiro. “Aku ada good news. Aku diterima masuk Royal Blood Oath. Kau pula cam mana?”

“Aku rasa berita ni ada buruk dan ada baiknya.”

+_+_+_+_+_+_+_+

“APA?!!” jerit empat perempuan itu kepada dua jejaka hangat dalam café tersebut.

“Kau jangan main-main Toshiro, takkan Highlifth tak boleh lepaskan Scy?” Hades soal dengan marah.

“Hoi tomboy, kalau ya pun relax lah.”

Hades menjeling kearah Akira dan berdengus. Dia kembali duduk di kerusinya sambil memeluk tubuh, malas dia nak berbahas dengan mamat pondan (dia kan guna character perempuan) satu tu. “Whatever.”

“So, berita buruk kedua ialah?” Soal Medeis sudah tak senang hati.

“Dalam pertempuan di tingkat seratus nanti, Highlifth-” Toshiro berhenti apabila dia melihat wajah Accel. Dia mengeluh. “Nothing. Sebenarnya, kamu semua tahu pasal Highlifth dan Beater tak bersefahaman.”

Accel ketawa sedekah sambil melemparkan dirinya menyandar di kerusi. “kalau kau nak kata aku dan Highlifth bekerjasama dalam mengalahkan Big Boss tingkat 100, jangan haraplah.”

Mereka semua tertawa kecil melihat muka Accel ketara dia tak suka Highlifth. Scy pula yang paling sedih.

“Kumpulan kita takkan wujud…. Scy tak boleh keluar dari Royal Blood, sedihnya..” rungut Scy.

Accel bangun dari tempat duduknya dan beredar pergi. “kau nak ke mana?” Soal Medeis. Lihat dari Muka Accel yang kelihatan marah, tentu ada sesuatu sedang bermain di mindanya.

“balik rumah. Jumpa korang lain masa.” Kata Accel tanpa memandang kesemua rakannya.

Toshiro hanya melihat Accel mengatur langkah keluar dari café tersebut. dalam fikiran Toshiro masih bermain dengan ayat yang sama. Adakah keputusan yang dia buat itu adalah yang terbaik dan adakah dengan keputusan ini semuanya akan baik-baik sahaja? Atau dia ni seorang yang selfish tidak memikirkan nyawa orang yang dia cintai itu?

_+_+_+_+_+_+_

Highlifth berada dalam bilik persidangan sedang mengemas kini member list Royal Blood Oath. Setakat ni, sebanyak 1500 pemain telah menjadi ahli guild itu. dah lapan bulan lebih persatuan itu di tubuhkan dan akhirnya persatuan yang kecil dah menjadi satu persatuan terbesar dan terkuat. Royal Blood dah seperti satu jabatan keselamatan yang utama di FDO. Tempat penjenayah, keselamatan, ketenteraan, semuanya Royal Blood yang bertanggungjawab. Walaupun ia tanggungjawab yang besar, Highlifth berbesar hati menolong pemain lain dalam menjalani hidup mereka dalam permainan MMO yang mengancam nyawa ini.

Tetiba, Highlifth terdengar bunyi dari luar tingkap kacanya dan segera mengeluarkan shield dan melindungkan diri apabila kaca tersebut pecah di langgar sesuatu. ‘sesuatu’ itu land di lantai dan memandang kearah Highlifth dengan mata yang menggerunkan.

Highlifth mendongak melihat siapakah gerangan yang berani masuk kedalam biliknya dengan cara yang memang kurang ajar. Matanya terbeliak besar melihat seorang perempuan berambut hitam hingga ke paras pinggang, berbaju putih ungu dan mempunyai mata biru bak lautan dalam sambil menghulurkan pedangnya kearah Highlifth. “Kumi….”

“Kalau kau tak nak lepaskan Scy, aku terpaksa ambil dia secara kekerasan.” Kata Accel dengan nada marah. Dia memandang Highlifth dengan Jijiknya, melihat orang tua yang lingkungan lewat 30-an bermain permainan MMO? Tak matang betul orang tua tu. plus, Kenapa orang tua seperti dia dah tua, retak tulang jadi ketua kepada Royal Blood Oath?

Highlifth memberi respon dengan senyuman manis dan berdiri tenang di hadapan nenek kebayan yang mengacuhkan pedangnya di leher Highlifth. “Tenang. Aku lakukan ini bersebab.”

Accel tersenyum meluat. “Cheh, dan sebab utama tentu di sebabkan aku sebagai seorang Beater betul?”

Highlifth mengangguk dengan senyuman yang masih kekal di wajahnya. “Tak sangka bijak juga Beater kita ni kan? Jadi, kalau kau mahukan salah satu senjata emas aku. kau perlu kalahkan aku dalam duel. amacam? Setuju?”

Accel menarik sengih. “With pleasure.”

Highlifth swipe open akaunnya > Friend > Duel. Muncul mesej maya dihadapan Accel menyatakan. This Player invite you for a battle, do you wish to accept it?

Accel tap terima pada mesej maya itu dan pertempuran antara Highlifth dan Beater bermula. Askar yang menjaga bangunan itu terdengar satu letupan kuat datangnya dari bilik persidangan segera bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik sahaja dia nak buka pintu bilik dah satu jasad terlempar keluar terheret di karpet merah. Dui…. Sakit tu. Askar itu terkejut beruk melihat Beater sedang berlawan dengan ketua mereka.

Accel yang terlentar di lantai akibat terkena serangan Highlifth mendongak memandang orang tua itu. Aku dah pandang rendah terhadap atok satu ni desis hatinya sambil melihat barlifenya. Masih warna hijau mudah.

Highlifth memandang kearah Beater dengan senyuman masih melekat di wajahnya. “So, let’s have a bet shall we?” soal Highlifth.

Accel bangun semula dan membuat posisi sedia. “Tak cukup ke dengan Scy menjadi taruhan?”

“Itu untuk kau, untuk aku ialah; kau kena pergi dan jangan pernah tayangkan muka kau depan aku lagi dan mengacau mana-mana ahli kumpulan Royal Blood. Erti kata lain, biar mereka semua anggap kau sudah mati.” Kata Highlifth dengan serius. “serta Kawan kau akan jadi member kumpulan Royal Blood untuk kebaikan mereka, kau orang yang tidak boleh di percaya.”

Accel sedikit terkejut mendengar permintaan taruhan Highlifth. Teruk sangat ke dia sampai ketua Royal Blood bencikan dia? Apa salahnya sampai dia di anggap jijik di mata orang tua tu, tak mata semua pemain lain.

Accel mengeratkan genggaman pada pedangnya dan mengangguk. “Baiklah.” Dia takkan kalah dengan lelaki itu, maaf tapi aku perlukan Toshiro, Scy, hades’, Madeis dan Akira. Kalau kau nak rampas mereka dari aku, kalahkan aku dulu! Desis hati Accel dan mulakan langkah dengan menyerang Highlifth.

Mereka berdua berlawan bersilang pedang, hancur bilik persidangan tu akibat serangan Accel yang bertubi2 Tanpa henti. Highlifth pula membalas setiap serangan Accel tanpa kelihatan kesulitan terpapar diwajahnya. Ya, dahi berkerut tapi dia nampak tenang.

Sementara di life café, lima sekawan ini berborak dengan seronok sehingga tertangguh akibat Akira, Scy dan Toshiro mendapat mesej Guild.

“To all Member of Royal Blood Oath, Highlifth –sama and Beater-san have gone into a battle at our place, please come and give a supporting hand to our Leader.”

Mereka bertiga saling berpandangan dengan riak wajah terkejut dan risau pada waktu yang sama. Scy pula terus mengeluarkan medium transportationnya.

“Jom kita pergi sana, lihat apa Accel-chan dah buat kali ni” kata Scy membuat Hades’ dan Medeis blur. dia tidak membalas wajah blur mereka itu dan transportation itu bercahaya, membawa mereka ke tempat di mana Accel bertempur.

Sebaik sahaja tiba di ‘medan pertempuran’, seperti yang mereka agak tempat itu dah hancur akibat double sword Accel. Giler budak ni, seorang perempuan boleh merosakkan sebuah bilik lebih teruk dari seorang lelaki.

Walauapapun, mereka kagum melihat Accel berlawan dengan highlifth yang semamangnya menggerunkan pemain lain.

“Shiro-nii rasa siapa menang?” soal Scy tanpa mengalihkan pemandangannya dari perlawanan itu.

“Highlifth.” Jawabnya sedikit gerun.

Hades dan Medeis memandang Toshiro dengan muka tak puas hati. Hoi-hoi, kalau kau suka Accel, kau patut sokong dia bukan orang tua bangkak tu.

“Kenapa pula?” soal Akira turut tak puas hati.

“Sebab dengar cerita Highlifth tak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan dan bar lifenya tak pernah sampai tahap kuning pun. Cuba kamu bayangkan, raksasa kuat di tingkat 34 dulu… ramai orang tak boleh kalahkan dia, termasuk beater. Dia orang pertama dapat kalahkan menatang tu dan barlifenya tak terancam pun.” Kata Toshiro dan kembali focus pada perlawanan mereka. Mindanya mula bermain-main ayat.

Kenapa Accel ni bodoh sangat nak berlawan dengan Highlifth? Sebab Scy je ke? mungkin tapi bila mereka berdua berlawan, tak sangka mereka satu rival yang sengit. Rasanya berapa Level sebenar Accel ya? desis hatinya.

Bahagian Accel pula….

TAK GUNA!! Kenapa susah sangat dia nak tumpas ni? shield dia kuat sangat dan setiap hayunan serangannya makan 800 Hp ku. Kalau dia gunakan power tentu makan 10x ganda kuatnya. Tak, aku tak boleh benarkan itu berlaku desis hati Accel menghayunkan kedua pedangnya kearah Highlifth tanpa henti.
Highlifht hanya melindungi dirinya menggunakan Shield sementara melihat muka Beater itu. Dia tersenyum manis membuat Accel terkejut tapi dia segera membalasnya dengan senyuman sinis.

Accel terus meletakkan tenaga pada kedua bilah pedangnya dan menyerang Shield highlifth. CRASH!!” habis hancur pecah shilednya hanya meninggalkan sebilah pedang di tangan Highlifth.

Highlifth sedikit terkejut melihat kekuatan Accel yang boleh menghancurkan shieldnya. Dia tersenyum. “Kau memang hebat Beater.”

Accel memberi senyuman sinis sambil termengah-mengah. “jangan pandang rendah dengan lawan sendiri.”

Highlifth mengangguk. “Betul. Mari kita mulakan.” Wajah Highlifth menjadi serius dan mula menyerang Accel.

Mereka berdua berlawan sekali lagi dan kali ini kelihatan yang Accel berada dalam kesulitan. Dia asyik menghalang pedang Highlifth dari terkena dirinya. Dua bilah pedang tidak cukup kuat untuk menghalang sebilah pedang yang berada di tangan Highlifth. DIa akan kalahke?

Rakan Accel turut risau melihat Beater berlawan dengan ketua Royal Blood Oath. Accel dah fed up melihat wajah highlifth yang tenang berlawan dengannya. Seperti dia satu lawan yang sendang dia nak tumpaskan. Sepertinya dia lawan dengan Accel hanya untuk sedapkan hatinya sahaja.

AH!! Ambil ni! jerit hati Accel menggunakan Heave Swordnyayang sudah chargekan tenaga kearah Highlifth. Highlifth mengelak dengan menggunakan pedangnya untuk menepis serangan itu.

Accel mengambil kesempatan ini dengan menghayunkan pedang Screaming Deathnya kearah badan Highlifth.

Mereka dah nampak yang Accel akan menang. Accel yakin yang dia boleh kalahkan orang tua tu!

“Dia boleh menang!” jerit Hades’ memeluk erat Cyril.

Tetapi harapan mereka hancur apabila melihat Highlifth dapat mengelak pedang Accel dan menghayunkan pedangnya dari bawah memotong badan Accel. Bar life Accel turun ke merah dan serta merta dia kalah dalam Duel itu.  (dalam perlawanan Duel, Pemain tak mati ^_^)

Maka, perlawanan antara Highlifth dan Beater telah tamat. Highlifth memandang kearah Beater dengan wajah yang serius.

“Tentang bet kita.”

Beater bangun dan memandang wajah rakan-rakannya yang menunjukkan muk keliru. Dia tersenyum tawar tanda minta maaf dan kembali memandang kearah Highlifth semula. “Aku ingat.”

Accel swipe open akaunnya dan pergi ke User > Skill > Compounding, dia insertkan Usable potion yang dia dapat dari Ayaka dan gabungkan dengan Paralyze Potion, membuat satu potion yang baru.

Accel bergerak mendekati kawannya sambil memegang erat potion itu. Dia memandang setiap satu wajah kawan-kawannya.

“Accel, Bet apa?” Hades terus menyoal dengan wajah dinginnya tapi dalam hati, dia risau sebab Accel ni cukup gila untuk buat Bet yang sangat Bodoh.

Accel menggeleng. “Tak berat sangat bet ni malah, Guild kamu tiga nak buat dah ada.”

Scy tersenyum gembira. “Scy dah boleh keluar guild?”

Accel menggeleng sekali lagi. Dia hanya tersenyum tawar, first time dalam FDO dia kalah berlawan dan kekalahannya membuat dia hilang segala-galanya. Cam mana dia nak terangkan kat mereka semua? ‘aku akan pergi dan takkan kembali lagi’ patutkanh ayat tu yang dia patut katakan?

Dia menarik nafas dalam “Sorry korang.” Accel membuka penutup potion tersebut. “Sayonara.” Dia terus melontar liquid potion itu ke muka mereka.

Medeis mengelap mukanya, geram dan tetiba dia rasa matanya berat semacam. “Apa potion… tue?” Dia jatuh ke lantai dan pengsan.

Toshiro berusaha untuk bangun dan memandang Accel dengan marah. “What… was that for??”

Air mata bergelinang turun ke pipi, tidak dapat dia tahan perasaan sedih dan bersalah terhadap mereka. “Gommenei, Toshiro… Gommenei..”

Itu kata-kata terakhir Toshiro dengar sebelum tajuh pitam. Mereka berlima pengsan di hadapan Accel, ini kali terakhir Accel akan berjumpa dengan mereka. Dia bodoh sangat sebab bertinda terburu-buru. Dia pandang rendah dengan Highlifth dan sekarang dia terima akibatnya sebab terlalu angkuh dengan keistimewaan yang dia ada.

Dia terlalu angkuh sebagai seorang Beater, mendapat layanan istimewa dari Ayaka dan mempunyai level tertinggi dalam FDO. Dia terlalu pandang rendah dengan orang di sekelilingnya dan keangkuhannya membuat dia hilang orang yang dia sayangi.

Accel mengelap air matanya dan memandang kearah highlifth yang hanya tersenyum nipis. Dia mendekati Highlifth dan memberikan pedang Heaven Swordnya kepada orang tua itu.

“Untuk apa?”

Accel tundukkan diri tidak ingin memandang wajah lelaki itu. “daripada aku menipu, baik kau bunuh aku je. Kan lebih baik cam tu?”

Highlifth agak terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Accel. “Kenapa kau sanggup korbankan nyawa kau?”

“Jadi apa patut aku buat? Kalau aku pergi, dah tentu aku di caci sebab aku Beater. Nama aku Accel si Beater dah terkenal dalam Aircraft ni. Kau ingat aku nak ke? Menipu kawan sendiri dan di caci, maki dan dihina tanpa henti untuk jangka masa yang panjang. Sehingga tingkat 100 terbuka?” Accel menggeleng. “Aku tak sanggup tunggu selama itu. Jadi, kalau kau betul-betul benci aku… bunuh aku sekarang.”

Highlifth tertawa kecil. “Kau naïve sangat tapi aku takkan tolak permintaan terakhir seorang Beater.” Dia mengangkat pedang Accel ke atas kepalanya. “Any last word?”

Accel mengangguk. “pedang tu… bagi pada Toshiro.”

Highlifth mengangguk dan *Slash!*

=-=-=-=-=-=-=-=-=

73rd Floor, Nera Castle. 6 February 2025, Accel’s Castle (yang di bagi oleh Ayaka)

BAMM!!!

Pintu di belah dua oleh Toshiro dan matanya liat memandang sekeliling. “Accel! Kau di mana!” jeritnya hingga suaranya bergema satu istana. Tiada respon.

Scy yang berada di kaki pintu rasa gerun, dah seminggu lebih angina Toshiro tak baik dan ini kali pertama dia Nampak Toshiro yang calm dan happy sangat marah. Lain dari personalitinya yang sebenar.

“Shiro-nii….”

“Apa?!” Jerit Toshiro membuat Scy terkejut. Dia redah apabila melihat wajah takut Scy. Toshiro Menghembus nafas lelah dan meramas rambutnya. “Gommen….”

Scy menggeleng dan tersenyum tawar. “Takpa… Scy faham.” Tak, sebenarnya… Scy tak faham kenapa Toshiro tak terima kenyataan. Accel dah mati di tangan Highlifth jadi kenapa Toshiro masih lagi cari dia? Tolong lepaskan Accel… Scy tak mahu Nampak Toshiro sedih cam nie desis hatinya. Dadanya sakit melihat keadaan Toshiro sekarang, dia cemburu, sakit hati, dan marah dengan Accel. Dia dah bersumpah hanya anggap Toshiro sebagai abang tapi perasaannya terhadap Toshiro masih belum luput dalam hatinya. Dia bersumpah nak sokong mereka berdua tapi hatinya tetap enggan melepaskan Toshiro. Dia berjanji nak buat Toshiro bahagia dengan Accel tapi sekarang, dia tak dapat membantu sebab Accel dah tiada.

Bodoh kau Accel! Kenapa kau mati! Jerit hati Scy tambah sakit

Toshiro tertunduk memandang lantai, pedang di pinggang kirinya di genggam erat. Pedang Accel. Dia rasa sangat marah dengan Highlifth, dia lelaki yang baik dan prihatin tapi kenapa dia sanggup bunuh Accel? Apa salahnya sampai dia sanggup bunuh budak perempuan?? Desis hatinya sedih yang amat sangat.

Flashback….

Setelah Toshiro bangun, orang pertama bangun dari tidurnya. Dia sedar yang dia berada di bilik menunggu dalam bangunan Royal Blood bersama rakannya yang lain.

“Apa dah jadi- Accel!” Dia terus bergegas ke bilik persidangan. Dia membuka pintu itu tanpa mengetuknya dan melihat Highlifth berdiri di tingkap yang sudah pecah. Dia merenung jauh keluar.

“Tuan Highlifth…”

Highlifth berputar memandang kearah suara itu dengan riak wajah sedih. Dia menghulurkan sebilah pedang kepada Highlifth. “Peninggalan Beater.” Katanya ringkas

Toshiro teragak ingin mengambil Heaven Sword Accel, dia merenung wajah Highlifth perluka keterangan sebab dia tidak mahu apa yang bermain di kepalanya adalah kenyataan. “Mana Accel?”

Highlifth menggeleng perlahan. “Maafkan aku tapi…”

Melihat highlifth menggeleng kepala membuat Toshiro marah tahap gaban dan terus mengambil pedang Accel dari tangan orang tua itu dan acuhkan di leher Highlifth. “KENAPA?!!”

Highlifth tidak menunjukkan ketakutannya. “Kerana itu bet kami. Aku sendiri Tanya kenapa dia nak buat cam tu dan jawapannya ialah..” Highlifth menolak pedang di tangan Toshiro dengan perlahan dan menepuk bahunya. “Dia tak sanggup hidup sendiri tanpa kamu. Dia Beater yang di benci oleh ramai orang. Cuba kamu fikir apa jadi kepada dia jika dia di luar sana sendiri dan menjadi buruan Guild Gelap? Dia akan mati jua. Jadi, dia nak akhiri nyawanya sekarang dan tidak mahu mati terseksa secara perlahan.”

Hati Toshiro sangat sakit, mengetahui orang yang dia cintai mati dan dia tak boleh buat apa-apa tentangnya. Ini sudah dua kali berlaku dalam hidupnya. Pertama Tiana, adiknya. Kedua, Accel. Dia memang tak berguna.

Bodoh kau Accel, kenapa kau berfikiran cam budak-budak? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya tapi bunuh diri bukanlah caranya. Apa yang kau fikirkan? Kenapa kau naïve sangat? “Ia tak masuk akal..” kata Toshiro perlahan. “Kenapa dia nak bunuh diri dalam Bet kamu?”

HIghlifth menarik nafas dalam dan tersenyum simpati. “Sebab dia bangga dengan kedudukannya sekarang. Dia memandang rendah terhadap orang lain di sekelilingnya. Dia fikir dia akan menang apabila berlawan dengan aku. Ya, aku fikir aku akan kalah tapi aku nak buktikan padanya yang dia salah dan perlu berhenti melangkah ke hadapan untuk menunggu orang di belakang. Supaya dia sedar yang dia takkan gembira bila bergerak sendiri dan hanya pentingkan diri sendiri. Aku nak batalkan Bet aku tapi dia berpegang teguh dengan janjinya. Aku tak boleh buat apa-apa… aku terpaksa buat.”

Air mata bergelinang turun ke pipi Toshiro. “Bodoh Accel… Kau bodoh!”

Kembali ke masa sekarang….

Toshiro memandang wajah Scy dan tersenyum tawar. “Scy…”

“Ya?” Soal Scy dengan senyuman supaya Toshiro tak perlu risaukan tentang dia dan sembunyikan rasa sakit hatinya.


“Jom panggil yang lain dan buka Gate seterusnya. Kita akan keluar dari tempat ni dengan segera.” Katanya dengan senyuman tapi di sebalik senyuman itu penuh dengan kesedihan. Dia akan megambil alih matlamat Accel iaitu hentikan Ayaka dari teruskan permainan tak guna itu.

Comments

Popular Posts