FDO: Bab 17
“Ini hukumannya kalau Ai menolong pemain berlawan….
Selamat tinggal Accel… Selamat…. Tinggal..” Ai lenyap dari dakapan Accel
membuat Accel memeluk diri sendiri dan jatuh berlutut di lantai. Dia menangis
secara senyap sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Mereka hanya melihat Beater menangis seorang diri
kerana ini kali pertama mereka melihat Beater yang bongkak dan sombong
menangiskan orang lain.
“Beater, bangun. Kita masih dalam pertempuran ni.”
Kata Highlifth sedikit tegas kepada Accel.
“Tak guna…. Tak guna… kau….” Accel bangkit semula dan
mengeluarkan kedua bilah pedang di belakangnya membuat mereka semua terkejut.
“Accel? Kau okay ke?” Hades menyoal tapi dia takut
mendekati Accel. Ini kali pertama dia melihat Accel marah seperti nak makan
orang.
Accel melontarkan renungan mautnya kearah Highlifth
dan menggenggam erat pedang dalam genggamannya. “MATI KAU AYAKA!!!!” jeritnya
berlari kearah Highlifth dengan penuh rasa dendam.
“Apa?
Highlifth segera
mengeluarkan screen system program dan
membuat Accel terhempap di lantai. Program
Gravity telah di ubah suai oleh Ayaka supaya Accel tidak dapat bergerak.
Hanya Accel sahaja.
“Accel!” jerit
mereka ingin mendekati Accel tapi di halang oleh Ayaka yang mengarahkan
pedangnya kearah mereka.
“Kalau kamu
berani mendekati dia… nahas.” Katanya degan tegas.
“Highlifth kau
pembelot!” Jerit Toshiro marah.
Accel mendongak
memandang Highlifth. Disebabkan tekanan gravity yang kuat dia sukar
mendongakkan kepalanya. “K-kau…. Kau memang nak kena, Ayaka!”
Pemain lain
terkejut mendengar Beater memanggil Highlifth, Ayaka Nigoshi. Kenapa Accel
panggil dia Ayaka? Kenapa?
Highlifth
tersenyum sinis. “Cam mana kau dapat cam aku? Beater?”
Accel cuba
bangun tapi tekanan gravity sangat kuat hingga dia terhempap semula ke lantai.
“Aku tahu…. B-bar life kau tak pernah turun ke kuning semasa aku cucuk kau di
dada. Itu takkan terjadi selain kau telah programkan bar life kau untuk kekal
di hijau mudah. Hanya seorang sahaja boleh buat itu, iaitu Ayaka Nigoshi. Kau
saja yang boleh buat!”
“Apa? Ayaka
Nigoshi ialah Highlifth? Itu tak mungkin sebab tak mungkin dia sanggup korbankan
dirinya untuk masuk kedalam permainan maut ni. Dia sendiri cakap, siapa masuk
takkan keluar.” Kata herculese.
Toshiro
menggenggam erat tangannya marah. “Tak seronoklah jadi penonton je kan? Tentu
dia nak alami apa yang kita alami kerana dia ingin tahu keseronokannya. Betul?”
Highlifth A.K.A
Ayaka mengangguk. “lebih kurang begitu. Kamu tentu tertanya kenapa aku buat
semua ni kan?” Ayaka memandang wajah mereka satu per satu. “Sebab aku nak lari
dari dunia reality dan buat dunia ku sendiri di mana orang yang tidak suka
dunia reality boleh tinggal di sini. Terima kasih atas sokongan beater aku
dapat membuat impianku jadi kenyataan. Lagipun, dunia reality bukan lagi tempat
ku.”
“Itu disebabkan
kau menjadi buruan polis sebab buat permainan ini.” Kata Hedes marah. “Kau
telah melanggar undang-undang game technology iaitu tidak cederakan pemain
apabila bermain. Kau juga telah melakukan jenayah, membunuh lebih 4,000 orang
di Nadeshiko! Tentulah Dunia Reality bukan tempatmu lagi sebab kau telah di
buang!”
Scy mengacuhkan
snipernya kearah Highlifth. “kau berani cederakan Accel, aku tak segan-segan
tembak kepala hotak kau tu.”
“Tak berhasil.”
Kata Accel di lantai. “Dia telah setkan bar lifenya untuk stuck di bar hijau
mudah bermaksud dia takkan mati.”
“Kau dengar
katanya? Dia lebih teliti dari kamu semua.” Ayaka memandang merea satu persatu.
“Pada mulanya aku buat permainan ini untuk kamu semua menjadi diri kamu
sebenar, berinteraksi sesame sendiri dan hidup dengan harmoni didalam dunia aku
buat ni. Ya, kamu Berjaya lakukannya setelah 2000 orang pemain mati. Kamu
Berjaya membuka kedai, menjadi hartawan, pedagang seperti dunia reality Cuma
ada beberapa pemain yang masih enggan untuk mengaku kalah dan terus membuka
tingkat. Tidak kah kamu rasa gembira tinggal di sini?” Soal Ayaka. “setelah
tiga bulan lebih melihat pencapaian kamu, aku ambil keputusan untuk join in
sekali kerana aku tidak diperlukan lagi dalam dunia reality. Aku ingin menjadi
ketua dalam permainan ini tapi untuk menjadi ketua aku harus menjadi pahlawan
terhebat dan…”
“Dengan itu kau
membuka tingkat seterusnya untuk mendapat kepercayaan pemain lain. Apabila tiba
di tingkat 99, kau akan bunuh mereka semua dan memberitahu kepada pemain di
tingkat bawah yang mereka semua telah tumpas. Memberi pemain yang masih hidup
bertanggapan mereka takkan dapat keluar dan tinggal di sini buat
selama-lamanya. Dari situ, kau akan jadi raja, pemimpin yang tidak di syaki dan
aku…?” Accel hanya memandang lantai. Dia tak dapat menghabiskan ayatnya yang
terakhir.
“Kalau aku King… kau jadilah Queen aku. Nak tak?”
“Nak! Tapi
Queen kena ada castle kan?”
Ayaka menunggu
Accel habiskan ayatnya tapi dia tahu itu takkan berlaku di sebabkan seseorang.
Dia memandang kearah Toshiro. “Aku boleh bawa kamu semua keluar dari tempat ni
tapi dengan satu syarat. Toshiro, Kalahkan aku dalam perlawanan ini. Tiada
Duel, antara Big Boss tingkat 100 dan pemain biasa.”
Toshiro
mendekati Ayaka dan tunduk memandang Accel. “Boleh aku pinjam pedang srcreaming
death mu?”
Accel hanya mengangguk.
Pedang Toshiro dah patah akibat raksasa Heaven’s Guardian tu dan dia terpaksa
pinjam pedang Accel untuk berlawan. “Thanks.”
“Ayaka, kenapa
kau tak lepaskan saja mereka semua?” Soal Accel masih marah.
“Sebelum aku
masuk dalam permainan ni, aku dah programkan yang pemain kena bunuh Big Boss
tingkat 100 untuk keluar dari tempat ni. Mahu tak mahu, mereka kena berlawan
dengan aku walaupun mereka tak nak.” Ayaka swipe open screen program dan turn
off lock bar lifenya. Sekarang dia seperti pemain lain yang akan mati jika bar
life mereka turun ke merah.
“Mari kita
mulakan…” kata Toshiro bersedia.
Ayaka mengangguk
dan dia tap satu butang pada screen tersebut. Semua pemain lain jatuh terhempap
di lantai seperti Accel. Tekanan gravity mereka di ubah suai oleh Ayaka supaya
tiada orang menganggu mereka berlawan.
“Come to me.”
Kata Ayaka bersedia.
Dengan itu,
berlakulah perlawanan hidup dan mati antara Ayaka Nigoshi dan Toshiro, Black
Worrior. Mereka semua melihat perlawanan mereka dengan penuh rasa kagum.
Nampaknya Black Worrior kelihatan sangat kuat dari sebelumnya.
Persilangan
pedang secara berterusan tanpa henti, geseran antara dia pedang berbunyi dan
tiada belas kasihan antara mereka berdua.
Ayaka
menghayunkan pedangnya ke kepala Toshiro dan Black Worrior itu segera mengelak
sambil menghayunkan pedangnya. Seperti biasa Ayaka mengelak dengan back flip.
“Hebat juga kau
black worrior. Lebih hebat dari Accel.”
Toshiro
berdengus. “Aku tahu tu. Sekarang lawan!!” Toshiro menyerang Ayaka dengan
tenaga yang telah di kumpul pada pedangnya.
Accel memandang
kejadian itu dengan penuh rasa cemas. Ayaka takkan buat perlawanan sebosan ini,
dia plankan sesuatu. Aku tahu dia plankan sesuatu.
“Itu saja yang
kau ada? Come on lah Toshiro. Aku tak tercabar pun dengan serangan kau.” Katanya
memanaskan keadaan.
Toshiro
menyerang sekali lagi bertubi-tubi. “DIAM!!!”
Ayaka menarik
sengih melihat kemarahan Toshiro. “Kau akan mati kalau kau terus kan berlawan
cam ni. Tentu kau dah hampakan pemain lain. Masa depan mereka berada di tangan
kau sekarang. Masa depan Beater juga di tangan kau. Tak kan kau nak mati
sekarang?” Ayaka terus menghalakan pedangnya kearah Toshiro selepas dia
mendapat tekanan.
*Slash!!
“Toshiro!!”
Accel cuba berdiri tapi tetap tidak Berjaya. Walaupun, itu tak menghentikan dia
dari mencuba.
Toshiro memegang
pinggangnya yang terkena pedang Ayaka dan bar lifenya turun ke oren. “Cheh….
Kau tahu aku takkan mati di sini kan?”
Ayaka tersenyum
seperti biasa dan mengangguk. “Itu yang mereka harapkan tapi aku tak.
Sekarang…..” Ayaka terus bergerak sepantas kilat kearah Toshiro untuk menerkam
lelaki itu di perut tapi….
*SLASH!!
Mereka semua
terbeliak bulat melihat kejadian yang mereka sendiri tidak sangka akan berlaku
termasuk Ayaka.
“A-Accel?”
Toshiro melihat Pedang Ayaka tembus di perut Accel di depannya. Dia juga
melihat banyak screen maya di hadapan Accel. Dia terlihat jari Accel yang dekat
dengan butang ‘Lock Bar Life’
Accel tertawa
paksa. “Aku terlambat tekan….” Dia melihat life barnya. Menyala merah.
Ayaka tidak
berganjak dari posisinya. Masih terkejut. “Kenapa?”
Screen Maya
Accel mula samar-samar. “Sebab aku nak tebus dosa aku kat dorang semua.”
Katanya memandang Ayaka. “Selama ni aku tahu siapa kau, aku menyembunyikan diri
kau dan selamatkan kau dari mereka semua. Lain kata, aku bersubahat dari awal
lagi walaupun aku tak mengetahuinya.”
Accel
mengeluarkan pedangnya yang lagi satu dan tanpa membuang masa dia menerkam
perut Ayaka. “Arrgghh!” Life barnya terus turun ke oren dan secara perlaha ia
turun ke merah. “K-Kau…..”
Accel memaksa
pedang Ayaka keluar dari tubuhnya dan tumbang dalam dakapan Toshiro. “Usable
potion yang kau bagi tu aku jadikan posion…”
Ayaka tertawa
kecil. “That’s my girl…” dia terus lenyap dari perlihatan mereka dan mereka
yang mendapat tekanan gravity akhirnya dapat berdiri. Loky, Enddy, Luciey,
Nion, Hades, Medeis dan Scy serta Akira berlari mendekati Accel yang cedera.
“Accel, kau akan
okay.” Toshiro menggenggam erat tangan Accel yang mula menghilang.
Accel
menggeleng. “Sorry korang, nampaknya aku kena pergi lagi dan kali ni…” Dia
memandang tangannya yang lagi satu yang sudah lutsinar. “Aku pergi
selama-lamanya.”
Mereka semua
menggelinangkan air mata memandang Accel yang makin Lutsinar. Accel memandang
Enddy dan Nion yang bercahaya. “Selamat tinggal.”
Enddy dan Nion
memandang diri mereka yang bercahaya dan Poof! Lenyap dari penglihatan. Pemain
yang lain jug begitu.
“Mereka ke
mana?”
“Mereka dah
log-out dan begitu juga kamu nanti.” Kata Accel lemah dalam pangkuan Toshiro. “Sebelum
korang pergi…. aku nak cakap yang…” Accel tersenyum tawar dengan tangisan. “Aku
gembira berkawan dengan korang semua.”
Loky memeluk
bahu adiknya apabila mereka bercahaya. “Ya, kami pun. Medeis, aku akan cari kau
di dunia reality nanti.” Poof! Mereka hilang.
Akira menyentuh
bahu Accel. “Girl, kalau kau hidup dah tentu aku takle kau di dunia manusia.”
Accel tertawa kecil tapi Toshiro tak. Akira mula bercahaya. “Aku gembira pernah
jatuh cinta dengan kau. Sayonara…” Poof! Akira turut hilang.
Hades, Medeis
dan Scy menggenggam tangan Accel lagi satu dan tersenyum gembira dan ada juga
sedikit kesedihan.
“So, nampaknya
Beater memang jadi Hero kan?” Soal Scy mencebik.
“Yup, dari
permulaan hingga penamatnya.” Kata hades pula membuat Accel tertawa kecil.
“Sekarang…”
Medeis menitiskan air mata. “Kau bodoh kan? Sentiasa jadi adik yang bodoh. Sangat bodoh!”
Accel mengangguk
lemah, dia melihat tiga rakannya bercahaya. “kalau aku tak bodoh… dah tentu
korang tak keluar kan?”
Mereka bertiga
mengangguk setuju. “Selamat tinggal Accel…”
“Oh aku lupa
sesuatu-”
Poof! Mereka
bertiga lenyap sebelum Hades menghabiskan ayatnya.
“Aku taknak
pergi.” kata Toshiro yang sudah sekian lama mendiamkan diri. Graphic di
sekeliling mereka mula menunjukkan malfunctioning.
Accel mendongak memandang
Toshiro. “Kau tak boleh ubah yang kau aka log-out”
“Aku taknak kau
pergi.” katanya dengan suara bergetar. Badannya mula bercahaya.
“Aku terpaksa. Toshiro….”
Toshiro
memandang wajah Accel yang sentiasa tersenyum nipis.
“Kau Nampak
hodoh kalau kau menangis.”
Toshiro tertawa
kecil mendengar ayat Accel dan dia mula bercahaya “maafkan aku sebab tak dapat
selamatkan kau..”
Accel menggeleng
dan mencapai wajah Toshiro. “Hey, boleh tolong aku?” Toshiro mengangguk.
“Tolong jangan bencikan A-”
POOF!!
Accel tertawa
kecil, tidak sempat nak cakap. “Selamat tinggal semua.” Katanya dengan
tangisan. Graphic di sekelilingnya yang malfunctioning lenyap hanya
meninggalkan ruang putih untuk Accel.
Nampakny aku
memang mati bersendiria. Ayaka, patutkah aku salahkan kau? Sedangkan kau dah
berikan aku pengalaman yang lebih dari mengalami alam permainan? Ayaka, kau
memang suka main tipu dari dulu lagi.
Flashback…
“Ayaka!!” jerit seorang perempuan marah dengan Ayakan
yang berumur 16 tahun. “Kau guna Cheat kan? Kau takut aku kalahkan kau ke?”
Ayaka tertawa kecil melihat budak 9 tahun di
hadapannya mengembungkan pipinya. “Cheat? Mana ada.”
“Main tipu! Main tipu! Main tipu!” katanya
memukul-mukul Ayaka. “Kau memang suka jadi King dalam permainan kan?! Kau
selalu cam tu!”
Ayaka memegang kedua tangan perempuan itu dan
memeluknya dengan riang. “Kalau aku
King… kau jadilah Queen aku. Nak tak?”
Perempuan itu menolak Ayaka dan mata dia
bersinar-sinar. “Nak! Tapi Queen kena ada castle kan?”
Ayaka tertawa kecil. “kalau kau nak. Aku buatkan satu
termainan hanya untuk kita dan pemain gamer menjadi rakyat kita. Ama cam?”
Budak kecil itu mengangguk gembira. “Yes please!!”
Kembali
ke situasi Accel….
Dia
terdengar bunyi tapak kasut mendekati dirinya yang terlentar di lantai serbah
putih itu. Apabila langkah tersebut berhenti di tepinya, Accel memandang kearah
seorang lelaki berpakaian serba mewah seperti raja, baju bertemakan peach dan
reben beraja tergantung di bahunya.
Lelaki
itu berlutut dan menghulurkan tangan. “Accel, Istana kita sedang menunggu.”
Accel
tersenyum nipis. “Ayaka, kau main tipu.” Accel menyambut tangan Ayaka dan
bangun. Costume lawannya bertukar menjadi Gaun yang cantik yang sama dengan
tema warna baju Ayaka.
Ayaka
tertawa dan mencium belakang tangan Accel. “For my Queen, aku sanggup buat apa
sahaja.” Dia menyediakan lengannya kepada Accel dan Beater itu menyelitkan
tangannya di lengan Ayaka. “Lets go.”
Accel
mengangguk. “Kay.”
Mereka
berdua bergerak seiringan ke arah cahaya.
“Ayaka…??”
“Ya?”
Ayaka memandang wajah Accel yang murung seperti dia sedang memikir.
“Adakah
aku mati?”
Ayaka
menepuk tangan Accel dengan lembut. Dia faham maksud Accel. “Aku tahu perkara
ni akan terjadi.”
<><><><><><><><><>
Tuut*tuut*tuut*
Mata Toshiro
terbuka dengan perlahan dan mengetahui yang dia sekarang berada di dalam
hospital dengan segala hose keluar masuk dari badannya. Dia melihat kedua
tangannya. Kurus, kering, hanya kulit dan tulang sahaja yang tinggal.
Dia cuba
bangunkan dirinya dan membuka Head Gear yang sudah sekian lama melekat di
kepalanya. Rambut hitam jatuh turun ke bahu. Tak mustahillah rambutnya panjang
sebab hampir 2 tahun dia tidurkan diri di dunia realiti.
“Apa yang Accel
nak cakap? Bencikan siapa?” Ayat pertamanya setelah kembali ke dunia reality.
Air mata
bergelinang turun ke pipinya yang kurus. “Accel…. Maafkan aku. Kau menderita
dari dulu hingga ke akhirnya. Aku memang teruk.”
~THE END~
Haha…. Just kidding….. see you next time!!! ^_^
Angah...tergantung ni..tak cukup. ..nak lg...
ReplyDeleteAccel tak bg Toshiro benci ayaka...sambung lg...
Relaxz my friend... Angah onderwei nak buat bab seterusnya... haha.. pandai salmi teka ^_^
ReplyDelete