NCK: Bab 10 -End-
Toshiro bangun dari tidurnya dengan pertolongan jam penggera yang
dia takkan sangka dia akan beli hanya kerana dia kena ulang sekolah selama
setahun untuk graduate. Dia meraba nightstand tepi katilnya dan matikan jam
penggeranya dari menjerit.
Dia membuka mata dan berdengus. Ini hari ialah hari ke 32 dia ke
sekolah dan ada lagi 333 hari sebelum graduate. Ugghh…. Dia benci sekolah,
sebab tu dia main FDO, untuk lari dari sekolah tapi… seperti orang selalu kata,
kita tak boleh lari dari kenyataan.
I hate you reality…..
Dia melompat bangun dari katilnya dan bergerak masuk kedalam bilik
air.
Usai mengenakan uniform sekolah, dia menjejak keluar dari rumahnya,
melompat naik motorsikal kesyangannya dan tunggang ke Sekolah.
Satu lagi hari untuk dia menunggu Accel bangun dari tidurnya, kalau
dalam sebuah buku cerita dongeng, untuk bangunkan puteri yang tidur perlukan
satu kucupan di bibir oleh seorang putera tapi malangnya, Accel bukanlah
seorang puteri tapi permaisuri dan Toshiro bukannya Putera atau raja. Dia
seorang warrior, Pahlawan, satria seperti Akira, Cuma lebih handal dan kuat.
Dia seorang Hero.
Sebaik sahaja dia tiba di sekolah terdapat sekumpulan perempuan menjerit
nama dan mengelilinginya. Ini perkara kedua yang Toshiro tak suka pasal
sekolah. Dia di kenali sebagai Black Warrior, Hero FDO dan juga NCK. Dia
dihormati dan juga dijanjungi oleh semua pelajar dalam sekolah itu, termasuk
juga guru-guru.
Hari pertama dia masuk kesekolah, dia dapat tahu yang dia sudah ada
fan club sendiri yang di bina oleh pelajar sekolah itu. Dari sini Toshiro dah
tahu hari sekolahnya tidak seperti biasa seperti 2 tahun lalu. Sederhana dan
simple. Dia rasa dirinya seperti seorang artis, bintang J-pop tapi masalahnya
dia tak suka popularity ni!!
Toshiro menarik nafas dalam bersedia untuk menengking kepada para
peminatnya. “Tol—”
“BERSURAI SEMUA!!”
Mereka semua memandang kearah perempuan yang menjerit seperti satu
choir dan fan girl itu terus jauhkan diri dari Toshiro.
Hades, Medeis dan Scy berdiri sambil memeluk tubuh melihat perempuan-perempuan
yang tak tahu malu.
“Tolong jaga maruah perempuan sikit!” sahut Medeis melontarkan
renungan mautnya kearah pelajar perempuan.
Scy mengangguk. “Aku tahu yang Toshiro tu handsome, macho, hero
dan—aku ada cakap handsome kan?—okay, tapi dia juga perlu kan privasi. Korang
tak Nampak ke betapa tak selesanya Black Warrior bila korang kerumun dia cam
tu?”
Hades pula tidak banyak bersuara, hanya lontarkan renungan mautnya
kepada setiap satu pelajar perempuan. “Pergi” tanpa banyak songeh mereka terus
melarikan diri sebelum Hades mula berceramah. Dia tak berceramah guna mulut,
dia guna tangan, kaki dan kepala. Kepala bukan bermaksud gunakan otak tapi
tanduk guna kepala.
“Thanks korang.” Kata Toshiro lega. Nasib baik tiga perempuan ni ada
kalau tak, ada karang dia jadi ikan sardine dalam tin.
Mereka tersenyum bangga. “No Problem.”
“Big Problem.”
Hades merasakan sepasang tangan memeluknya dari belakang membuat dia
naik merah tahap gaban. “A-Akira?”
Akira mencium pipi Hades membuat yang lain tertawa. Akira murung.
“Sampai bila kau nak bela Toshiro huh? Boyfriend kau sendiri kau tak hiraukan?
Cam mana kalau aku di bawa lari oleh peminatku?”
Hades menutup mukanya dengan satu tangan cuba menyembunyikan
mukanya. Dia rasa malu sebab Akira buat public lovey-dovey depan kawannya,
tambahan pula dia juga rasa gembira secara senyap kerana Akira akhirnya jadi
miliknya.
Mereka couple setelah urusan mahkamah dan hukuman Izumi telah di
jatuhkan. Cara Akira ajak Hades keluar ialah perkara yang tidak boleh Hades
lupakan.
Dia berdiri di depan pintu dewan mahkamah bersama mereka berdepan
dengan para wartawan dan luahkan perasaannya kepada Hades. Dia masih ingat ayat
yang Akira katakana padanya.
“Aku tahu yang kau selalu
panggil aku pondan dan sangat… sangat
bencikan aku dan mungkin kau akan tumbuk aku hingga aku terlentar di atas katil
hospital selama sebulan lebih tapi…. Aku tak kisah kerana aku nak beritahu kau
sesuatu.” Katanya membuat Hades blur untuk sementara. “Aku panggil kau Unkown
spicies sebab kau lain dari perempuan lain. Kau saja yang buat aku naik gila
dan tak tenang sebab kau sentiasa ada dalam mindaku, tiada perempuan boleh buat
aku cam tu. kau ialah Unkown spicies yang sangat istimewa bagiku.” Ayat tu buat
Hades naik merah dan memandang wartawan yang mula mengambil gambar. Hades ada
suruh dia diam tapi Akira tetap teruskan.
“Aku kata kau macam wanita
zaman neolitik kerana..” Akira tertawa kecil. “Kau tahu kan wanita dulu-dulu
semuanya seksi?” Ini buat semua oran kata ‘Ooooooo….’ Dan buat Hades naik malu. “Aku pernah kata kau ni seperti binatan buas dalam hutan safari, itu kerana you
are one wild girl. Satu-satunya perempuan yang buat aku angau setiap malam, kau
selalu berlegar-legar dalam mindaku sehingga aku tak dapat tidur!” Akira
menarik nafas dalam sebelum menyambung, di sini Hades rasa dah nak pengsan.
“Aku juga kata kau ialah most wanted Criminal kerana kau telah mencuri hatiku.”
Hades berdehem teringatkan apa yang berlaku setelah ayat tu. Dia
rasa perkara tu tak perlu di ceritakan sebab ia memalukan. Biarlah ia jadi
rahsia(walaupun satu dunia dah tahu).
“a-Aku tahu yang peminat kau takkan dekati kau sebab mereka takutkan
aku.” Dia tersenyum bangga. “Dan aku tahu kau takkan curang dengan aku, kan?”
Akira tertawa kecil. “Yup, never.”
“Awww…. Sweetnya korang.” Sahut Scy cemburu. “Kalau Yuki di benarkan
sekolah dengan kita kan bagus, dah tentu aku berlovey-dovey cam korang.”
Toshiro menepuk bahu Scy. “Kita sama.”
Scy mendongak memandang Toshiro yang lebih tinggi darinya dan
berikan senyuman simpati. Dia faham perasaan Toshiro sekarang ni, tentu dia
rindukan Accel dan sabar menunggu Accel bangun dari tidurnya.
“Alright-alright…. Kita kena masuk kelas sebelum loceng berbunyi,
tak nak pelajar contoh cam kita ni lambat pula kan?” Medeis bergerak masuk
sambil menarik tangan Scy dan Toshiro, dia tak nak ber’emosi Jiwang karat
sekarang, dia tak nak fikirkan perkara sedih. Mereka mesti tersenyum setiap
masa untuk elakkan fikiran negative menguasai minda mereka.
><><><><><
Yuki melihat jam tangannya sambil menunggu di depan pintu rumah. Ini
hari dia mengambil cuti sekolah kerana ada urusan penting yang dia perlu
laksanakan. Masalahnya, orang yang berkaitan dengan urusan penting ini belum
turun-turun lagi.
“Uggh… baru aku tahu kenapa aku jauhkan dari dia.” Katanya berbisik.
“Tapi, sekarang dia kurang menyakitkan hati.” Dia tersenyum kecil, dulu orang
yang Yuki tunggu sekarang suka berceloteh tanpa henti dan selalu mengomel
tentang semua perkara yang dia buat, oh not to mention kuat mengarah. Tapi
sekarang, dia hanya ada buku kecil dengan marker pen dalam tangan untuk
bercakap. Happynya dia sebab tak dengar jeritan pagi dari orang tu.
Dia dengar seseorang berdehem dan segera berputar memandang
perempuan beruniform sekolah, dengan beg belakangnya. Dalam tangannya ada buku
kecil dengan marker pen. “Akhirnya….. Jom pergi.” Dia menganggam tangan
perempuan itu dan masuk kedalam kereta dengan berhati-hati.
Walaupun Yuki kekadang sakit hati dengan perempuan ni, dia tetap
kena jaga kesihatannya kerana dia masih dalam proses baik pulih.
Sebaik sahaja mereka masuk kedalam Limo, perempuan itu menulis
sesuatu dalam bukunya dan beri Yuki baca.
Yuki tersenyum. “Jangan risau, aku tolong nanti.”
Perempuan itu tersenyum dan memeluk Yuki.
><><><><><
Toshiro sedang perhatikan gurunya mengajar dengan kebosanan tahap
dewa. Dia sendiri tak tahu apa yang gurunya sendang sampaikan kepada mereka.
Dia rasa dia nak tertidur je mendengar gurunya mengajar, ia umpama sebuah lagu
lullaby baginya.
Gosh… bila loceng nak berdering ni?
Seperti ada orang sedang mendengar Doa Toshiro, jam loceng bordering
menandakan waktu rehat telah tiba. Dengan segera Toshiro melangkah keluar ke
kantin untuk membeli makanan dan seperti biasa terserempak dengan
rakan-rakannya.
“Makan dengan kami kali ni?”soal Akira bila Toshiro berhenti di
depan mereka.
Toshiro menggeleng. “Tak. Bukan hari ni. mungkin lain kali, jumpa
korang nanti balik okay. Bye.”
Mereka hanya melihat Toshiro bergerak pergi dengan sebotol jus oren
dan sebungkus sandwitch di tangan kirinya manakala di sebelah tangannya pula
buku nota yang mereka tak pernah tahu untuk subjek apa.
“Dia menyendiri selama 4 hari dah ni. kau rasa dia okay ke?” Soal
Loky risau.
Yang lain mengangkat bahu kecuali Hades. Walaupun dia paling lasak,
dia orang yang memahami perasaan kawan-kawannya. “Dia rindukan Accel.”
><><><><><
“Kakak tunggu di sini. Biar aku masuk dan bercakap dengan pengetua,
okay?”
Accel mengangguk tanpa bersuara.
Yuki tersenyum dan masuk kedalam bilik pengetua meninggalkan Accel
duduk depan bilik pengtua. Dia mengeluh kerana dia tak berupaya untuk bersuara.
Sekurang-kurangnya belum lagi.
Dia sedarkan diri dari tidurnya 2 minggu lalu dan dapat berita buruk
dari doctor yang keadaan badan Accel sangat lemah dan keupayaan untuk bergerak
dan bercakap telah hilang. Ini kerana badannya tidak berfungsi selama 2 tahun
lebih. Ototnya tidak dapat beroperasi seperti selalu menyebabkan dia tidak
boleh gerakkan tangan dan kakinya. Dia juga tidak boleh bercakap kerana otot
mulutnya yang lemah.
Doktor kata Accel mempunyai harapan untuk sembuh seperti sedia kala
kalau dia menjalani terapi gerakkan badan dan juga bercakap setiap hari. Tanpa
banyak Fikir, Accel bersetuju dan menjalani terapi pertamanya iaitu berjalan.
Yuki ingin beritahu yang lain tapi Accel menghalangnya. Dia tak nak
mereka Nampak dia seperti itu, lemah dan tak bermaya. Dia nak beri kejutan
kepada mereka bila dia masuk sekolah nanti. Orang pertama dia nak jumpa ialah…
tak lain dan tak bukan, Toshiro.
Walaupun dia dah boleh berjalan, dia tidak boleh berdiri lama sangat
dan masih perlukan banyak rehat. Doktor sendiri mengatakan yang Accel belum
bersedia untuk ke sekolah tapi siapa tak kenal Accel? Dia akan buat juga
walaupun dunia melarangnya.
Pintu bili pengetua terbuka dan Yuki memandang kakaknya dengan
senyuman. “Pengetua nak jumpa kakak.” Katanya dan membantu Accel bangun dengan
perlahan dan bukakan pintu untuknya.
><><><><><
Toshiro duduk di bawah sebuah pohon rendang di tepi padang sekolah.
Di situlah tempat yan dia suka, ia sunyi dan aman. Sejuk dan menenangkan. Semua
ini membuatkan dia teringatkan pada Accel. Senyuman Accel. Ia buat dia rasa
tenang dan aman melihat senyumannya dan sejuk hati memandang.
Dia tersenyum sendiri bila teringatkan pelbagai jenis riak wajah
Accel yang dia pernah lihat.. Dia pernah buat Accel marah, ketawa, merajuk,
murung, sakit hati, malu, blushing, terkejut, dan paling dia suka tidur. Wajahnya Nampak tenang dan suci bila dia tidur. Ia buat Toshiro gembira Nampak
Accel tidur dengan lena.
Dia membuka buku nota yang selalu dia bawa dan mula menulis
sesuatu..
29 May 2026….
Sehari lagi untuk merindui
si dia… seperti biasa aku berada di bawa pohon bersendirian terkenangkan si dia
yang masih lagi tidur dengan lena. Walaupun aku suka melihat wajah tidurnya,
aku juga terseksa menunggu. Aku cuba bersabar kerana aku yakin Accel akan
bangun dan kembali dalam dakapan ku…
Aku mungkin kedengaran
cliché tapi siapa boleh halang cinta? Aku rindukan pelukannya, rindukan
senyumannya, gelak tawanya, ciumannya, bau manis rambutnya.. aku rindukan
setiap satu tentang dirinya…..
Aku tak tahu mengapa
keluarga Accel melarang kami melawat Accel, dan ini buat aku risau, adakah
Accel akan okay? Adakah dia akan bangun? Aku tetap dapat tahu tentang keadaan
Accel dari Yuki, dia kata Accel baik seperti biasa, degupan jantungnya stabil
dari biasa dan jangkaan Doktor yang dia akan bangun tak lama lagi. Aku harap
dia akan bangun secepat yang mungkin dan meluangkan masa dengannya sekali lagi.
mengutip semula masa-masa yang telah tertinggal dulu…
Ini hari, aku berharap
sekali lagi Accel akan membuka mata dan kembali tersenyum….
Toshiro menutup notanya dan letakkan di sisi. Dia menyandar pada
pohon tersebut sambil merenung jauh dengan pemikirannya tetap melekat pada
Accel. Dia berharap Accel akan membuka mata dan tersenyum semula…
><><><><
“Baiklah Cik Minamoto, saya tak sangka yang Beater masih lagi
hidup.” Katanya dengan senyuman gembira. “Saya tak tahu apa saya nak katakan.
Seorang penyelamat yang telah di sangkakan sudah tiada berada di depan mata.
Apa pelajar lain akan fikir?”
Accel hanya tersenyum dan menulis sesuatu. Dia tunjukkan kepada
Pengetua.
Mungkin tak terkata bila
mereka tahu saya tak boleh bercakap… :9
Pengetua tertawa kecil. “Mungkin, tapi kawan-kawan kamu yang tolong
kamu ‘bercakap’ kan?”
Accel teringatkan Medeis dan yang lain dan mengangguk. Mereka mesti
akan menolong dia.
“Baiklah Encik Minamoto. Saya telah uruskan jadual Cik Minamoto
supaya dia tidak terlalu penat dan di kecualikan dalam subjek P.E dan juga
aktiviti luar, serta kokum. Kamu boleh ambil Jadual sekolah kamu dengan kerani
di luar dan Cik Minamoto boleh masuk ke dalam kelas.”
Mereka berdua mengangguk. Yuki berdiri dahulu untuk menolong Accel bangun
dan mereka berdua tunduk hormat.
“Terima kasih.” Kata Yuki dan dua beradik ini berjala keluar dari
bilik tersebut.
Pengetua sekolah melihat pintu biliknya tertutup dan tersenyum
gembira. Dia doakan Accel cepat sembuh dan bersemangat seperti di dalam
permainan FDO.
Accel teringat sesuatu tentang pengetua sekolah dan menulis sesuatu
pada notanya dan berikan kepada Yuki.
“Kau pernah Nampak dia?”
Accel mengangguk. Dia tulis sekali lagi.
Tak silap aku dalam
permainan FDO, tapi aku lupa siapa namanya.
Yuki menjungkit kening. “Percayalah kak, aku pasti semua orang dalam
sekolah ni kau pernah Nampak sebab sekolah ni di khaskan untuk Pemain FDO.”
Katanya dengan senyuman nakal.
Dia memukul bahu Yuki, menyatakan dia tak main-main.
“Okay-okay… aduh…” dia mengusap bahunya yang sakit. “Betul ke Doktor
kata Kakak belum sembuh sepenuhnya? Pukulan cam kena renjat elektrik.”
Accel mengangkat tangannya memberi amaran dan Yuki segera mengangkat
tangan menyerah kalah. “Sorry-sorry…”
Yuki tertawa kecil melihat kakaknya mengetap bibir kerana mulutnya
gatal nak menjerit. “Jangan nak paksa mulut tu.
nak parmenant silent ke?”Accel menggeleng. “Good, jom—”
Ayat Yuki terhenti bila loceng sekolah berdering seketika.
“—Oh, waktu rehat dah habis.” Dia bergerak ke meja kerani dan mengambil
jadual dan kunci locker kakaknya. Setelah itu, dia kembali ke sisi Accel. “ Ini
jadual kelas, dan kunci locker. Nombor 270. Kakak nak kita round-round sekolah
ke?”
Accel mengangguk dan menulis sesuatu. Yuki segera membacanya dan
tersenyum. “Ok. Tapi kakak kena tunggu di loby sementara aku cari mereka. Kakak
okay kan?”
Accel menjadi murun dan mengangguk perlahan. Kekadang dia tak suka
juga tak dapat bergerak kemana-mana kerana stamina yang lemah.
Yuki membawa Accel ke kerusi yang terdapat di lobi sekolah dan
bergerak pergi setelah memastikan yang kakaknya betul-betul okay dan tidak
bergerak. Dia kenal kakaknya ni, kalau dia bosan dah tentu dia mula
berkeliaran, seperti di hospital. dia buat jururawat cemas bila Accel tidak
balik-balik ke biliknya dan buat semua staff dalam hospital tu cari dia.
Rupa-rupanya dia berada di dalam tandas perempuan kerana dah tak larat nak
bangun. Di sebabkan dia tidak boleh bersuara, dia hanya tunggu hingga orang
datang mencarinya. Siapa tak risaukan kakak sendiri kan? Walaupun dia menyusahkan dan
menyakitkan hati. Tapi tetap di
sayang.
Accel menunggu adiknya dengan senyap sambil memandang laman sekolah
yang agak luas. Matanya mula berat kerana bosan tahap gaban. Dia berjanji yang
dia takkan bergerak dari tempat tu tapi dia nak juga bergerak ke tempat lain.
Kalau sekitar sini tak salah kan?
Accel tersenyum sendiri dan cuba bangun dengan sendirinya. Dia tahu
yang dia boleh bangun sendiri Cuma Yuki yang risaukan sangat pasal dia. Doktor
sendiri kata dia perlu kerap berjalan untuk kembalikan kekuatan ototnya. Tapi
taaaaaak… Yuki terlalu risaukan dia. Tadi pagi hampir Yuki suruh dia pakai
kerusi roda atau tongkat. Apa? Ingatkan dia ni nenek-nenek ke?
Dia mula berjalan ‘sekeliling’ kawasan yang dia patut berada.
Persoalannya sekarang, kenapa depan sekolah ada padang bola? Bukannya itu di
belakang sekolah ke?
Accel tak kisah sangat pasal semua tu dan terus memerhatikan
sekolahnya. Dia tak sangka yang dia akan kembali ke dunia reality dan akan
menjalani hari persekolahan dengan rakan-rakannya. Dulu semasa dia di junior
high school, dia selalunya budak pendiam dan tak banyak kawan, mungkin dia di
sekolah ni lain sikit. Sikit je lain sebab dia masih belum boleh bercakap.
Tetap di panggil pendiam kan? Tapi dia ada kawan, banyak kawan yang sentiasa
bersamanya melalui saat susah dan senang.
Accel mula rasa penat dan segera memandang sekeliling kalau ada
tempat dia boleh berehat sebentar. Dia ternampak pohon rendang di tepi padang
bola dan mengumpul tenaganya yang tinggal ke tempat itu.
Bila dia tiba di pohon itu, dia terus melabuhkan punggung dan
menyandar pada batang pohon itu. Dia menghirup nafas dalam menikmati suasana
tenang.
It’s Official! Dia akan lepak di tempat ni time rehat.
Dia mendongak memandang dahan-dahan pokok. Terdetik di hatinya nak
panjat pokok ni dan menjerit sekuat hatinya, memanggil nama Toshiro suruh dia
datang cari dia di tempat tu dan berikan kejutan besar.
Tapi….
Tak guna punya badan! Kenapa kau tak pandai bekerja sama hah! Aku
nak panjat tapi kalau aku jatuh cam mana? Tentu Yuki mengomel kat telingaku
tanpa henti sepanjang minggu! Selalunya aku buat cam tu kat dia tapi….
Uggghhh!!!!
Accel menumbuk tanah sekuat hatinya, matanya terbeliak bulat dan
matanya mula berkaca.
Ouch…. Ow-ow-ow…. Tanganku tak sekuat dulu…
Dia menggosok dan meniup penumbuknya berharap sakitnya akan hilang. Bila kesakitan itu mula redah, dia terus relakskan dirinya pada
pokok itu.
Dia pasti sekarang ni dah tentu Yuki mula cemas dan mencari dia satu
sekolah bersama yang lain. Dia minta Yuki untuk panggil yang lain supaya dia
boleh round-round sekolah dengan mereka. Dia rindukan kawan-kawannya.
Accel baru teringatkan sesuatu. Kalau dia tunggu di lobby, dah tentu
dia terus jumpa Toshiro kan? Tak perlu tunggu mereka cari dia kan?
Accel menghentak kepalanya pada pokok dengan perlahan. Bodohnya
dia…. Sekarang dia kena tunggu sehinga salah satu dari mereka jumpa dia, semasa
dia terperangkap dalam tandas perempuan, nak hampir sejam lebih baru mereka
jumpa dia.
So, dia kena tunggu lebih kurang sejam sebelum mereka jumpa dia? Oh
great… just great!
Accel terkejut bila dia dengar sesuatu dar sebalik pohon yang dia
sandar.
Bunyi apa tu? setahu dia semua pelajar dah masuk kelas beberapa
minit yang lalu. Sekali lagi dia terdengar bunyi yang sama.
Sekolah ni benarkan haiwan perliharaan masuk sekolah ke? Bunyi macam
haiwan menggeliat di tanah…
Dengan perasaan ingin tahu, Accel merangkak berputar ke bahagian sebelah
pohon itu dan tersenyum gembira.
“Toshiro…”
Mata Accel terbeliak bulat dan menutup mulutnya. Ayat pertamanya!
Dia dah boleh bersuara! Walaupun sepatah dan sedikit pelat tapi tetap boleh
kan? Yeay!!!
Accel memandang wajah tidur Toshiro dan tertawa kecil. Ini kali
pertama dia Nampak Toshiro tidur, dia cam bayi… senyap dan tenang.
Dia ingatkan lelaki selalunya tidur berdengkur, kenapa Toshiro
tidak? Mungkin teorinya salah. Yuki berdengkur ke?
Accel mengangkat bahu malas nak tahu dan tak nak tahu. Dia merangkak
dan duduk di sebelah badan kekasihnya yang tidur.
Accel memeluk lututnya dan memerhatikan setiap sudut wajah tidur
Toshiro.
Dia tak pernah tahu yang kening Toshiro lebat. Dia tak pernah
perasan yang Toshiro ada bulu mata. Bukan nya botak ke?
Accel menggeleng sendiri. Mungkin dia tak pernah nak ambil tahu,
sebab tu dia tak tahu.
Dia perasan ada buku nota di sebelah Toshiro dan mengambilnya. Dia
membuka buku nota itu dan mula membaca muka surat pertama. Matanya terbeliak
bulat membaca ayat yang Toshiro tulis.
Hari pertama setelah Izumi
di hukum atas kesalahannya dan juga hari pertama aku berjanji pada Accel yang
aku akan tunggu dia untuk kembali…
Aku akan tunggu dia
walaupun ia mengambil masa bertahun sekali pun. Aku akan tunggu dia tanpa rasa
jemuh kerana aku percaya, Accel mempunyai kekuatan yang sangat kuat untuk
bangun.
Mata Accel mula berkaca bila dia baca muka surat seterusnya dan
seterusnya semuanya tentang menunggu dia dengan penuh sabar dan betapa Toshiro
rindukan dia setiap saat dia bersendirian, dan dia sentiasa bersendirian supaya
dia akan sentiasa mengingati Accel.
Mukanya naik merah bila dia membaca ayat yang memalukan. Aku rindukan ciumannya… tapi dia tertawa
kecil selepas itu. Dia tak tahu yang Toshiro ni pandai berjiwang karat dan dia
mengaku yang ayatnya Cliché.
Accel mengelap air matanya dan tunduk memberi sebuah kucupan manis
di bibir Toshiro dan berbisik, “I love you…”
><><><><
Toshiro bermimpi yang dia berjumpa dengan Accel semula. Mereka
berdua saling berdepan antara satu sama lain.
Toshiro tersenyum gembira bila Nampak Accel tersenyum kearahnya.
“Toshiro…”
Toshiro rasa jantungnya nak melompat keluar dari dadanya bila dengar
namanya keluar dari bibir Accel. Betapa indahnya dunia bila dia dengar suara
itu lagi.
Toshiro melihat Accel mula mengalirkan air mata dan bergerak dengan
perlahan kearahnya kelihatan seprtinya berjalan sangat susah bagi Accel.
Toshiro terus melangkah kehadapan menyenangkan kerja Accel.
Mereka hanya beberapa sentimeter jauh dan kedua insan yang sedang
bercinta ini tenggelam dengan pandangan masing-masing.
Toshiro tidak dapat bergerak, Accel yang menjungkit kaki dan memberi
satu kucupan manis kepada Toshiro.
Dia rasa seperti satu kucupan itu sangat benar baginya. Dia harap
ini bukan mimpi. Kalau ini satu mimpi, dia tak nak bangun dari mimpi ni tapi
matanya terbuka dengan perlahan dan terkejut bila dia betul-betul di cium!
Bila perempuan yang cium dia mengangkat kepalanya, Toshiro terus
menutup matanya berpura-pura tidur.
“I love you…”
Toshiro kenal suara tu… walaupun kedengaran lemah dan tak bermaya,
dia kenal milik siapa suara itu. Dia tersenyum gembira. “I love you too…”
Mata Accel terbeliak besar bila Toshiro membalas luahannya sambil
tersenyum. Dia bangun? J-Jadi.. d-dia… Haaaa….. malunya….
Toshiro membuka mata dan segera duduk. Dia murung bila perempuan
yang dia pasti perempuan yang dia cintai menutup mukanya. Sekarang dia
ragu-ragu… Dia pakai baju sekolah mereka, mustahil ini Accel kerana ia mustahil
untuk seorang yang terlentar tidak bermaya di hospital boleh ke sini siap
dengan baju sekolah lagi.
Itu bermaksud…. Dia cium perempuan lain?!!
Toshiro berdehem cuba menarik perhatian perempuan di depannya tapi
dia tidak memberi respon. “H-Hey…”
Accel pula tak tahu nak buat apa. Dia tak sangka yang Toshiro sebenarnya
sedar dan tahu yang dia… isssh…. Tentu Toshiro akan ketawakan dia tapi… tidak,
dia menunggu Toshiro untuk gelakkan dia tapi tiada.
Accel mendongak memandang Toshiro dengan riak wajah terkejut
terpapar jelas di mukanya. “A-Accel?”
Accel tersenyum kecil, masih lagi malu. Dia mengangkat tangan tanda
‘Hi’
Toshiro tersenyum gembira dan juga lega. “Aku ingatkan aku cium
perempuan lain tadi.”
Accel tambah merah bila dia dah pastikan yang Toshiro tahu yang
Accel yang cium dia dan kembali menutup mukanya. Sekarang Toshiro ketawa besar.
Toshiro dekatkan dirinya dengan Accel dan memeluknya dengan erat.
“Welcome back… I miss you.”
Accel membuka matanya dan tersenyum gembira. Dia membalas pelukan
Toshiro dan mengangguk.
I miss you too…
Toshiro merenggangkan pelukan mereka dan mengucup dahi Accel. “Kau
patut balas apa?” Soalnya dengan nada sedih, dia sempat buat muka mencebik
tanda tak puas hati.
Accel mengerdip mata beberapa kali tidak faham maksud Toshiro. Ah!
Oh ya…
Dia tunjukkan jari telunjuknya memberi signal, ‘one moment’ dan
mencapai buku kecilnya dan menulis.
Aku tak boleh bercakap…
Mata Toshiro terbeliak. “Kenapa? Tapi tadi tu…. nanti-nanti… lupakan
semua tu. cam mana kau ada di sini? Bukannya kau sepatutnya ada di hospital ke?
Dan kenapa pakai baju sekolah kami? Bila kau bangun? Kenapa tak beritahu aku
kau bangun?” soalnya dengan nada tak puas hati. Yang buat dia tambah tak puas
hati ialah Accel kena tulis semua di atas kertas putih.
1. Tak boleh bercakap kerana otot
badan yang lemah dan juga tak boleh banyak bergerak.
2. Aku di sini sebab aku
sekolah di sini.
3. Aku sepatutnya berada di
hospital jalankan terapi tapi aku tak nak stuck 24/7 dalam hospital. cukup untuk
2 tahun.
4. Aku start sekolah ni hari
5. Aku bangun dua minggu lalu
6. Sebab aku nak bagi
surprise…
Accel membuka lembaran baru dan menulis sesuatu dengan senyuman
gembira. Dia tunjukkan kepada Toshiro.
SURPRISE!!!!
Toshiro tertawa membaca ‘surprise’ Accel. “jadi kau tak boleh
bercakap?”
Hidung Accel berkerut dan dia tunjukkan signal ‘sikit-sikit’
menggunakan jarinya.
Toshiro tersenyum nakal. “Apa ayat pertama kau?”
Dia miming ‘To-Shi-Ro’ pada mulutnya membuat senyuman Toshiro tambah
lebar.
“Ayat kedua kau?”
Accel menjungkit kening. Kenapa dia nak tahu. Tanpa banyak fikir dia
miming ‘I-Love-U’ pada Toshiro.
Toshiro dah agak dah… mimpinya mendengar Accel sebut namanya bukan
permainan minda tapi satu kenyataan.
“I love you too.” Katanya membuat Accel terkejut.
Dia baru faham! Patut lah dia suruh Accel sebut balik Ayat keduanya…
Dia terus memukul dada Toshiro dan menuding jari kearah Toshiro, maksud ‘jahat’
Toshiro menggigit Jari Accel membuat dia menarik balik jarinya.
Accel mencebik, kalau dia boleh bercakap, dah tentu dia menjerit di telinga Toshiro.
Ini buat dia sakit hati.
Accel menjelir lidah. Toshiro hanya tertawa melihat gelagat Accel
cam budak-budak.
Sementara Toshiro seronok kenakan Accel, seseorang lelaki rasa nak
migraine mencari kakaknya satu sekolah dengan rakannya yang lain.
“Kau pasti ke Accel ada di sini! Mana dia?” Soal Medeis marah.
Yuki mengusap mukanya menahan marah yang amat. Dia dah agak yang
kakaknya akan berkeliaran! Dia patut ikat perempuan tu!!
“Cari Kak Kumiko, dia tak boleh berjalan lama sangat sebab masih
dalam proses baik pulih, dia takkan jauh dari sini.” Kata Yuki. Mereka semua
terus berpecah mencari Accel yang entah ke mana mereka tak tahu.
Toshiro ni pun satu, di mana
dia agaknya? Dia tak masuk kelas membuat Akira takut yang Toshiro takkan tahu
yang Accel hilang di sekolah.
Hades yang sememangnya berpecah dari mereka semua sudah pun jumpa
Accel bersama Toshiro dan tersenyum gembira melihat mereka dari jauh. “Patut
kah aku kacau dorang?—Taaakk…. Aku nak perhatikan dan sakat dia sampai dia
terlentar balik di hospital untuk 2 bulan lagi.” Katanya dengan senyuman jahat.
Mhwahwahwahwahwahwa~~~~
~The End~
(A/N: Alright!!! Siap, tamat, Fine, fin, Finalle!! Sekarang kita the
Tree of Life pula! See you 400 tahun akan datang!!! ^_^)
Comments
Post a Comment