Unexception: Two


Graduation ceremony di adahkan dalam Heaven untuk para Angel yang telah menghabiskan pelajaran mereka dan terus memulakan kerjaya mereka pada hari tersebut jua. Ramai Angel yang teruja untuk turun ke dunia manusia dan ada separuhnya tidak kerana mereka lebih prefer di dalam heaven dari dunia manusia.

Lima Elder berdiri di hadapan para pemuda Angel yang dibahagikan kepada empat. Colum pertama mengambil jurusan Whisier iaitu bertanggungjawab dalam hajat manusia. Wishier terbahagi kepada  3 iaitu, Charm Angel; memakbulkan hajat manusia. Prex Angel; memetik hajat manusia. Dan Tteus Angel; klasifikasikan hajat manusia dari yang senang ke tahap yang paling susah.

Colum kedua pula mengambil jurusan Noxa iaitu bertanggungjawab 100% di dunia manusia. Noxa pula terbahagi kepada pelbagai cabang seperti, Guardian Angel, Cupid, Worrior Angel, Hazel Angel dan banyak lagi yang bertanggungjawab dalam takdir manusia.

Colum seterusnya ialah Angel yang mengambil jurusan Gwanli iaitu bertanggungjawab sepnuhnya didalam Heaven dan tidak akan ke dunia manusia. Gwanli pula terbahagi kepada beberapa bahagian; The Keeper; menjaga rahsia Heaven. The Watchman; menjaga roh-roh manusia yang telah mati. The Protector; menjaga keselamatan Pillar Heaven. Dan akhir sekali The Sentinal; menjaga keselamatan Elder.

Colum terakhir ialah jurusan Fortuitae. Jurusan ini hanya untuk Angel yang terpilih sahaja iaitu Penjaga dan Penyelamat kepada tiga colum sebelumnya. Mereka ditugaskan untuk membantu Angel yang mengalami masalah dengan kerjaya mereka dan mengambil alih kerjaya yang terlalu extreme kepada Angel. Angel Fortuitae sangat penting dalam pentadbiran Heaven ini dan adalah harapan oleh para Elder untuk mereka mengekalkan kestabilan antara baik dan jahat.

Lima Elders berdiri di hadapan mereka dengan bangga melihat pemuda Angel akan memulakan tugas mereka pada hari ini.

Elders tertua, Zeus tampil kehadapan dengan bebola sakti di tangannya. “Ini hari kita mengadahkan Graduation Ceremony yang ke 675 setiap 1000 tahun dan saya gembira kita masih dapat mengimbangkan Ying-Yang di dunia manusia. Saya harap kamu, pemuda Angel akan memberi kerjasama untuk sentiasa mengimbangkan tardir manusia di bumi dan sentiasa menghentikan Devil dari menghancurkan keseimbangan ini. Tak banyak saya nak cakap tapi satu yang pasti, Dunia manusia akan mengalami Dooms day jika kita gagal mengekalkan keseimbangan Ying-Yang. Jika itu terjadi, Heavens akan hancur dan Devil naik ke permukaan dan bermaharaja lela di muka bumi. Itu perkara terakhir yang kita tidak mahu ia berlaku. Seterusnya, saya…..”

Terdapat Angel terpilih menghadiri majlis itu. Setiap Collum ada dua Angel berpengalaman memantau mereka dari belakang, mereka adalah, Breeze, Light, Sky, Blossom, Lay, Cyrus dan yang lain juga
Blossom mula naik bosan dengan ketua Heavens berucap di hadapan dan mula mengukir kukunya untuk menghilangkan bosan. Lay ternampak perbuat Blossom dan mengambil pengukirnya. “Tolong respect Elder tu.”

Blossom mencebik. “baiklah, Mr. Strict.”

Breeze tertawa kecil mendengar blossom menyumpah serana Lay dalam hatinya. Breeze mempunyai kelebihan dalam mendengar isi hati orang lain. Takk kisahlah makhluk apa, semua dia boleh dengar. “Sky, lepas Lady Rya, Lord Firold berucap. Tentu kau di puji kan?” bisik Breeze kepada Sky yang berdiri tegak dengan penuh disiplin.

Sky menggeleng. “Papa takkan buat cam tu. Aku rasa lebih baik dia tak sebut nama aku.”

“kenapa?” Breeze tak faham. Orang sepatutnya gembira di sebut namanya oleh Elder, dan Elder tu papa sendiri.

“Sebab aku tak nak berdiri dengan pertolongan papa. Aku nak berdiri dengan kaki sendiri. Kau faham kan?”

Breeze mengangguk. “tentu ramai *Angelica nak kahwin dengan kau 200 tahun akan datang kan?”

Sky tertawa kecil. “Mungkin, terpaksa aku tempah awal-awal sebelum overload kan?”

“Tempah?” Breeze mengangkat kenign double jerk. “Siapakah gerangan si Angelica itu?”

“Hmmm…. Belum jumpa lagi.”

Breeze menjelirkan lidah tidak percaya. Dia memandang kearah Blossom dan terkejut. Dia dapat baca hati Blossom. ‘dia belum jumpa? Apa maksud dia?’

Breeze menginjak kaki Sky. “Aduh! What was that for?” bisik Sky marah.

“Tak yah nak berhela okay! Aku tahu siapa Angelica tu…!” jerit Breeze berbisik. Abang tak guna, Cakap jelah blossom pilihan kau!! semua orang tahu yang korang pernah be’kiss, Lay sebagai saksi lagi!

Sky dan breeze saling berpandangan. Masing-masing memberi renungan  maut tidak puas hati sesama sendiri.

Adik tak guna!

Abang buta hati!

Adik tak kenal di untung!

Abang hypocrite!

Kamu berdua tolong diam!

Breeze dan Sky memandang kearah Papa mereka yang sedang berucap dihadapan merenung tajam kearah mereka. Okay, seluruh keluarga ada kuasa istimewa, membaca hati dan telepati. Dari tadi Lord Firold mendengar pertelingkahan dua anak kembarnya tapi dia endahkan kerana dia percaya Sky boleh mengawal keadaan tapi…. Lain pula jadinya.

Dua kembar ini kembali berdiam diri dan Lord Firold kembali berucap dengan tenang.
Setelah kelima-lima Elders berucap. Perasmian kerjaya mereka dimulakan dengan kelima-lima Elders menggunakan Kuasa mereka untuk merestukan mereka semua.

Lord Phill mendepakan tangannya keudara. “May All of you blessed with Respect!” kilauan hijau muncul dari udara dan jatuh diatas mereka semua menandakan Lord Phill membuat mereka di hormati oleh makhluk lain kecuali Devil.

Para Pemuda Angel kagum melihat kilauan tersebut dan menyentuhnya. Sangat lembut dan halus.

Lady Venus juga mendepakan tangannya. “May All of you Blessed with Love!”  kilauan Pink pula jatuh keatas mereka menandakan Miss Venus membuat mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta terhadap makhluk lain.

Lord Firold pula mendepakan tangannya membuat pelajar lain gerun. Sebab Lord Firold sangat tegas. “Semoga kamu semua dipenuhi dengan Good Faith and you all better make sure that Faith stay loyal.” Katanya tegas dan kilauan biru muncul menandakan Takdir sentiasa di sisi mereka tetapi tertakhluk pada hati mereka. Sebab itu Firold beri amaran.

Lady Rya tampil kehadapan dan mereka semua terpukau melihat kecantikan Elders ini. “My Children, May All of you always being protected and moves to a happy life.” Katanya dengan lembut dan mendepakan tangannya keudara. Kilauan Ungu turun keatas mereka dengan banyak, sangat banyak seperti Lady Rya memang hendakkan mereka sentiasa di lindungi dan gembira sepanjang masa.

Akhir sekali, Zeus tampil kehadapan. “Ingat semua, masa depan Dunia manusia dan Heaven sekarang menjadi tanggungjawab kamu. May All of you blessed with strong will and determination.” Kilauan emas  turun keatas mereka semua.

Dengan itu, graduation ceremony mereka tamat dan bermulalah kerjaya mereka sebagai Angel yang sebenar.

^*^*^*^*^*^

Raven berada di veranda  makan Chocolate Pocky sambil memandang dada langit. “Cuaca cerah ni hari. Tentu Devil yang lain berkurung di underworld sebab cuaca ni.” Mata Raven bercahaya dan dia dapat melihat jauh nun di sana hingga ke Heaven Gate. Dia melihat pintu tersebut terbuka luas dan banyak Noob Angel keluar turun ke bumi. Raven tersenyum sinis. “Welcome too human world dear fellow Angel.”

*Ting!

“Rav-Rav~~~~! Sarapan dah masak!” jerit Miey yang duduk di depan mickrowave menunggu makanan tuannya masak.

“Okay!” Raven masuk kedalam rumah dan mengusap kepala Miey sebelum mengambil sarapannya. Makanan semalam. Apa? tak baik membazir.

Miey melompat dari counter dapur ke meja makan dan melihat Tuannya makan makanan semalam. “Rav-Rav, Kau ada kerja ke ni hari?”

Raven mengangguk sambil mengunyah makannya. “Napa? Nak ikut?”

Miey menggeleng. “Rav-Rav kejam. Miey tak nak nampak kerja Raven lagi.”

Raven tertawa kecil. Dia memetik jarinya dan keluar kertas berwarna hitam yang menyenaraikan kerja-kerjanya dengan dakwat putih. Matanya berteliak. “Kenapa bertambah pula ni? Setahu aku kelmarin tinggal dua?”

Miey mengangkat bahu. “Mungkin Tuan Claw tambah tadi pagi kot.”

Raven mengeluh. “Orang tua gila tu memang pemalas! Takkan semua kerja susah dia bagi kat aku? Dia goyang kaki buat kerja senang.”

Sementara di bahagian Clow…..

“Yeah Babe! Ini Hari kita Party sampai esok pagi!!’ jeritnya mabuk dengan sebotol minuman keras di tangannya di sebelah lagi seorang gadis yang… Mak engkau seksinya!

Dia sekarang sedang menikmati masa muda(?) dengan berfoya-foya sementara kerjanya diberi kepada Raven. Makan gaju buta tapi ada dia kisah?

^*^*^*^*^*^*^

Seorang ketua mafia cedera akibat di tembak di dada oleh musuhnya dan dia sekarang sendiri di sebuah kilang kosong meluangkan saat-saat terakhirnya bersendirian.

Tetiba datang seseorang bersayap putih turun di depannya dengan senyuman manis. “Aku datang menjemputmu.”

Lelaki itu tertawa kecil dan terbatuk, batukkan darah. “Aku ingat Reaper akan datang….”

Angel itu menggeleng. “Tak, Zehel Angel sentiasa datang untuk ambil kamu ke Heaven.” Dia menghulurkan tangannya ke bibir lelaki itu dan menarik rohnya keluar dari jasad.

“Eherm…. Maaf tapi dia makanan aku.”

Angel itu memandang kearah suara tersebut dan terlihat seorang perempuan serba hitam dengan scepter maut di tangan. “Baik kau blah sebelum dengan kau-kau aku makan.”

Angel itu berdiri dengan nyawa lelaki mafia di tangannya. “Aku tidak akan biarkan kau ambil nyawa lelaki ini.”

Raven berlari kearah Angel itu dan menendang tangannya membuat Si Angel terlepaskan roh tersebut. Raven mencapainya dan menghalakan senjatanya di leher Si Angel dengan senyuman sinis. “Any last word?”

Tangan si Angel itu bergerak laju ke perut Raven tapi Raven segera mengelaknya membuat dia terlepas roh tersebut dan lari kebelakang sedikit.

“Sora.” Katanya sambil mencapai roh yang terapung di depannya dengan lembut.

“Huh?” Raven blur buat sementara waktu dan akhirnya tertawa kecil. “Hi Sora. Sekarang, Bersedia!” Raven berlari kearahnya untuk mendapatkan roh itu semula dari tangan Sora.

Bermula pertempuran antara Zehel dan Reaper berebut roh manusia untuk kepentingan masing-masing.

“Aku akan lepaskan kau kalau kau bagi roh tu kat aku!” Kata Raven melontar scepternya seperti boomerang.

Sora mengelaknya dengan terbang keudara. “maaf tapi aku rela mati dari memberi roh ini kepada devil. Mereka cukup terseksa di dunia, kami takkan benarkan mereka terseksa lagi di underworld.”

Raven tertawa kecil. “Itu bukan masalah aku. Kerja aku ialah selesaikan misi aku dan teruskan misi yang lain. Cepatlah, banyak lagi kerja aku ni.”

Sora menggenggam erat sehingga tulang penumbuknya jadi pucat. “You monster…”

Raven tersenyum sinis. “I’m worse than that.”

Mereka berlawan sekali lagi dan kali ini Raven menjadi lebih kuat sebelumnya membuat Sora mula risau.
Dia tiada kepak kelawar, tapi dia kuat seperti seekor Devil! Atau dia ada kepak Cuma sembunyikannya. Sekuat mana perempuan ni? Desis hati Sora mula risau.

“Ini tak boleh jadi….” Kata Sora dia mendepakan tangannya keudara dan cahaya merah di tembak ke udara.

Raven berhenti menyerang. “Hey, kau buta ke? target mu aku. Kenapa shot kat atas?”

Sora tersenyum tapi wajahnya tunjuk riak risau “itu signal bantuan.”

Raven terbeliak tapi di gantikan dengan senyuman sinis. “Seriously? Takkan Angel berusia 400 tahun tak boleh kalahkan budak 16 tahun?”

Apa? 16?

“Well, play times over. Selamat tinggal.”

Sky yang terbang bersendirian memantau Bandar itu terlihat cahaya merah dilancarkan. “Signal tu?!” Dia segera terbang ke tempat dimana cahaya itu datang.

Sebaik sahaja dia tiba di kilang kosong itu, dia lihat asap tebal di bawah dan segera mendarat. “Sunyi… sangat sunyi.” Katanya melihat sekeliling yang di penuhi asap putih. “Ventus” asap putih di sekelilingnya hilang dengan serta merta.

Dia terkejut apabila melihat seorang perempuan bermain dengan dua roh; putih dan biru dengan jari jemarinya. “Hmmm…. Bonus.” Dia memandang kearah sky dan tersenyum sinis. Dua roh itu di genggam erat.

“Adakah ini Angel Fortuitae?” Raven memandangnya dari atas ke bawah.  “Tinggi 172cm, tegap, sayap putih kebiruan….  Oh! Kau anak lelaki Elder Angel ketiga!” kata Raven baru habis menganalisis Sky. Dia menyentuh bibirnya sambil memandang Sky dari atas ke bawah. “Just my taste.”

Sky terus membuat langkah berjaga-jaga. Dia ni devil gila!! Dari pertama kali aku jumpa dia di Holy ground hingga sekarang, dia memang gila! “berikan aku ke dua roh tu.”

“Yang ni?” Dia tunjukkan roh tersebut di celah jarinya. “Sorry, tapi aku perlukan dua roh ni.”

Sky terus meluncur kearahnya untuk mengambil roh tersebut tapi Raven lebih cepat dari dia dan mengelaknya. “Oh dear… Angel contoh kita teruja sangat dengan misi penyelamatnya.”

Sky terus menyerang Raven tapi Raven hanya mengelak serangan Sky, kacang putih. Setiap tendangan, dia loop. Setiap tumbukan, dia elak. Setiap magic, dia tepis!

“Dear pretty boy…  kau masih lagi lemah. Aku boleh patahkan leher kau dalam sekelip mata je.” Kata Raven Taunting.

“Diam!” Dia melontarkan satu tumbukan ke muka Raven tapi Raven mengelaknya dengan memegang lengan Sky menggunakan tangan kanannya, naikkan kaki kanannya ke muka Sky.

PACK!!!

Sky terlempar ketanah. Mulutnya yang berdarah di ludahkan. Dia segera bangun belum menyerah kalah lagi.
Raven memeluk tubuh. “I love strong will *Angelic. Soooo bold…” dia mengambil selangkah kehadapan dengan setiap ayat keluar dari mulutnya. “Magestic… Passionate… Lux…” Mata Raven bercahaya membuat Sky terpukau dan tidak dapat bergerak. Dia telah di kawal.

“Sooo hot.”  Dia menyentuh bahu Sky yang tidak dapat bergerak. “Sexy…” Dia menyentuh bibir Sky. “And… so unlucky.” Dia memberi satu kucupan di bibir Sky. “Poor Angelic. Kalau yang lain tahu kau mengucup seekor devil, ia dah menconteng arang di muka Daddy kau. Well, aku tak bertanggungjawab atas tu. Bye Lover boy.”

Raven memetik jarinya dan hilang di tempat itu secara ghaib meninggalkan Sky yang masih kaku di situ.
Setelah beberapa minit berlalu, Sky akhirnya dapat bergerak dan perkara pertama dia buat ialah mengelap mulutnya dengan rasa marah yang amat. “Such a filty creature….”

<><><><><><><><><><><> 

Raven tiba di rumahnya dan duduk di sofa sambil bermain dua roh tu di jari jemarinya. “Mission Acomplish.”

Patung putih yang berada di hujung sofa Raven duduk bertukar menjadi mini manusia. Miey. “Dah selesai? Dua roh! Roh Angel! Hebat!!”

Raven membuka headbane hitamnya dan terkejut seperti mengalami suatu mimpi ngeri. Dia melihat roh di tangannya dan di lemparkan  jauh dari tangannya. Dua roh itu terapung di hadapannya.

Raven memeluk lutut, nafasnya menjadi berat dan terasa sangat takut sekarang ni. “Aku bunuh seorang Angel lagi…. Miey, aku dah bunuh Angel sekali lagi….”

Miey mendekati Raven dan menyentuh tangannya dengan lembut. “Rav-Rav tak sengaja. Devil dalam diri kau yang menguasai kau. Kau tahu kau terpaksa buat ni kan?”

Raven mengangguk. Air mata bergelinang turun ke pipi,  dia rasa sangat bersalah kerana membunuh Angel. Ianya tulah! Kalau dia manusia biasa, dah tentu dia di telan bumi sekarang ni. “Tapi aku boleh halang diri aku dari bunuh dia…. Aku tahu aku boleh sebab aku tahu apa yang berlaku. Aku… aku takut untuk bertindak… aku takut aku akan hilang kawalan dan bunuh lebih dari seorang Angel….” Katanya menangis teresak-esak. Dia memang tak boleh diharap. Dia lemah, 10 tahun kotak dimensi berlatih dalam tidak pernah berbaloi….

“Janganlah cakap cam tu…. Kau terpaksa buat semua ni, kau tahu kau terpaksa. Semua ini akan berakhir aku janji itu tapi buat masa ni kau kena bertahan Rav-Rav.”

Raven mengelap air matanya dan mengangguk. “Ya, ini sahaja caranya.” 

Miey mengangguk dan melompat mengambil roh biru itu dan mendarat di coffee table. Dia menjilatnya. “manisnya!!! Lebih manis dari roh manusia!!”

Raven tertawa tapi tetap bersedih. “Satu roh Angel sama dengan 10 roh manusia. Jadi berapa lagi aku perlukan?”

Miey menelan Roh biru itu dan sendawa. “425 roh. 75 lagi sebelum genap 500. We’re almost there Rav-Rav.”

Ya dan needs more killing to do.” Katanya mengeluh. Raven memetik jari dan balang hitam terapung di udara. Dia mengambil Roh manusia itu dan masukkan kedalam balang tersebut dan memetik jari sekali lagi membuat balang itu hilang dan list scrollnya muncul. “satu tamat, lima lagi misi.”

Miey mengambil Headbane Raven di lantai dan hulurkan kepada Raven. “Kau nak buat misi seterusnya?”

Raven mengambil headbane tersebut dari tangan Miey. “Last one for today.”

Miey mengangguk. “Um…. Rav-rav, Miey nak ikut boleh? Kali ini aku akan tolong kau. aku cuba kuatkan semangat dan jerit sekuat yang mungkin kalau kau over-reacted!”

Raven tersenyum nipis dan mengangguk. “Thanks Miey…”

Miey tersenyum gembira dan bertukar menjadi Keychain bear yang boleh di gantungkan pada seluar Raven.
Raven meletakkan Miey di pinggulnya dan memakai cekak hitam itu. Mata birunya berubah menjadi merah. “maybe two mission.” Katanya tersenyum sinis.

^*^*^*^*^*^*^

*Angelica = Angel perempuan

*Angelic = Angel lelaki


*Headbane hitam =  mengeluarkan devil yang ada dalam diri raven. Raven akan jadi Devil sebenar jika dia pakai cekak itu.

Comments

Popular Posts