Unexeption: Four
Blossom sedang memerhatikan sekeliling Bandar tersebut
dengan panah cintanya mana tahu dia terjumpa sepasang kekasih yang serasi. Cara
Blossom jumpa pasangan kekasih ialah melihat warna hati mereka. Setiap manusia
mempunyai warna hati yang berbeza beza dan setiap warna itu ada pasangannya.
Tetapi tidak semua dapat di lihat kerana ia belum hadir dalam jiwa dan belum
sampai masanya.
Blossom terjumpa dua pasangan yang mempunyai warna hati yang
sama menuju antara satu sama lain. Si lelaki bertelefon seperti dia sibuk di
talian manakala Si perempuan pula bergegas sepertinya telah lambat untuk
sesuatu perkara.
“Oh! Cinta pandang pertama!” jeritnya sambil mengeluarkan
panah cintanya. Dia menunggu dua pasangan itu berlanggar
“Sikiiit lagi…. Sikiit lagi….”
Pack! Si lelaki dan si perempuan berlanggar satu sama lain
dan pada masa yang sama Blossom melepaskan panah cintanya kepada mereka berdua.
Si lelaki mendongak melihat siapa dia langgar dan terus
jatuh hati pada perempuan itu dan begitu juga Si perempuan.
“Awwww….. comelnya.” Puji Blossom terharu melihat penemuan
mereka. Dia melihat matahari yang hendak terbenam. “Baiklah! Kerja aku dah
selesai dan esok sambung lagi.” Katanya dan terbang semula ke Heaven.
Setiba sahaja dia di Heaven, dia menyapa semua orang dengan
senyuman ayunya yang boleh memikat hati Angelic yang lain. Dia menuju ke rumah
tetapi terserempak dengan Breeze yang mengangkat helaian kertas yang banyak
hingga ke dagu.
“Blossom!! Cam mana kerja kau ni hari?” Soalnya. Kertasnya
hamper terjatuh dan segera Blossom mengambilnya separuh.
“Aku okay je. Kau pula, cam mana kerja di whishier office?”
Breeze mengeluh panjang rasa dah nak putus dah tangannya
untuk sehari ni. “Permintaan manusia berlambak dan terpaksa di bahagikan ke
beberapa bahagian yang ada lebih 20 cabang dari yang senang hingga yang paling
sukar da nada juga hajat manusia terpaksa di hapuskan kerana ia tidak dapat di
makbulkan oleh Angel mahupun Pentadbiran. Plus, Aku kena kemas kini senarai
Whisier baru sebab Senior kami ada emergency call dari Elder. Dah nak putus
tangan aku ni ulang alik dari office ke rumah tanpa henti dari pagi hingga
sekarang.” Katanya panjang lebar.
Blossomg kagum mendengar kesungguhan breeze berkerja. “Wow,
kerja Senior pun awak buat Breeze, awak patut dapat anugerah untuk tu.”
Breeze tersenyum gembira. “Tentulah! Tapi aku tak nak pialah
penghargaan. Aku nak Sky bawa aku ke Dunia manusia… ala, sekadar putar-putar.”
Blossom mengangguk, ya tak ya, dua kembar ni saling saying
menyayangi dan selalu buat semuanya bersama waktu kecil tapi disebabkan kerjaya
mereka Lof Firold yang tentukan, mereka terpisah di sini. Tapi, semangat
kekeluargaan mereka tak pernah luntur. “Oh ya, cakap pasal Sky. Mana dia? Dah
seminggu lebih aku tak nampak muka dia.”
“Sky? Dia di arahkan untuk mengikuti Worrior Angel untuk
memburuh seekor Devil yang sangat merbahaya.”
Langkah Blossom terhenti. “Maksud kau… Claw?”
Breeze berputar memandang Blossom yang di belakangnya dan
mengangguk. “Ya, nampaknya dalam masa seminggu ni tidak membuahkan sebarang
hasil, aku dengar yang Claw membuat misi sepantas cahaya sehingga Worrior Angel
tak dapat tangkap dia.” Kata Breeze. “Oh! Hampir terlupa, Ini special mission
untuk kau Blossom.” Breeze mengeluarkan sehelai sampul surat dari celah-celah
helaian kertasnya dan memberikan kepada Blossom.
“Special mission?”
“Yup, nampaknya lady venus dah nampak bakat kau dan
percayakan kau untuk menjalankan misi tu.”
Blossom tersenyum lebar dan masukkan kedalam poketnya. “Jom
hantar kertas-kertas kau ni cepat.”
<><><><><><><><><>
Seekor Devil sedang memerhatikan seorang manusia yang
berjalan di dalam orang ramai. Dia perhatikan dari atas bangunan.
Perempuan itu berjalan dengan buku di tangannya, nampaknya
dia akan menjalani Exam di sekolahnya. Dia kelihatan begitu khusyuk dengan
bacaannya hingga terlanggar orang sekelilingnya buat beberapa kali.
Perempuan itu berjalan hingga ke crossing road di mana Devil
itu hanya perhatikan dia berjalan tanpa melihat kekiri dan kekanan. Dia terus
berjalan dan….
HONK! HONK!! SCREEEEECCCCHHHHHH BOOOM!!
satu kemalangan berlaku membuat semua orang berkumpul
mengelilingi tempat kemalangan itu. Perempuan yang menjadi mangsa itu membuka
matanya secara perlahan dan terlihat seorang perempuan berpakaian hitam sedang
memandangnya dengan wajah yang serius.
“Ada- adakah aku dah mati?” Soal perempuan itu dengan darah
keluar dari mulutnya.
Devil itu mengangguk dan menghulurkan tangan. “Jom pergi….”
Mangsa itu takut untuk menyambut tangannya kerana
pemakaiannya yang berbeza. Dia takut kalau dia menyambut tangan itu dia akan
menyesal.
Devil tersebut tersenyum manis. “Aku berjanji akan
meletakkan kau di tempat yang selamat. Aku janji itu.”
Perempuan itu mengangguk lemah dan menyambut tangan Devil
itu. Roh dan jasad di pisahkan dan bebola cahaya putih berada di tangan Devil
itu sekarang. Dengan serta merta dia menghilangkan diri dari tempat itu.
Setelah beberapa minit berlalu, Tiga Worrior Angel bersama
Sky sampai di tempat kejadian dan mendapati bahawa roh mangsa telah di bawa
lari. “Tak Guna! Kita dah terlepas! Claw memang laju.” Kata salah seorang
Worrior Angel itu.
Sky memandang matahari yang hendak terbenam dan berpaling
kearah comradenya. “Cukup untuk ini hari, kita sambung misi kita esok pagi.
Pastikan kamu ada senarai up to date tentang misi Claw yang seterusnya faham?”
Mereka bertiga mengangkat tabik hormat dan Sky terbang pergi
ke Heaven semula. Akhirnya seminggu lebih di dunia manusia tanpa rehat dapat
juga balik ke Heavens.
Dia kembali ke rumah tanpa singgah ke mana-mana lagi dan
terjumpa dengan Blossom di ruang tamu bersama Breeze. Dia mengeluh, hajatnya
nak bermanja dengan katilnya terbatal
Breeze dapat baca kehadiran Sky dan berputar kebelakang.
“Sky! Cam mana kerja kau?” soal Breeze sambil minum petang dengan Blossom.
“Okay, kamu ladies? Cam mana kerja?”
Blossom mengangguk slamber. “Okay je.”
Breeze pula menggeleng. “Berlambak.”
Sky tertawa kecil “Kasihan. Oh Blossom aku dengar kau ada
special mission betul ke?”
Blossom mengangguk. “Love mission, kena satukan pasangan
kekasih ni. Aku tak tahu kalau aku boleh buat sendiri.”
“Sebab tu aku ada.” Sky tunjukkan sampul surat yang sama
bentuk dengan sampul surat Blossom. “Lady Venus nak aku perhatikan keselamatan
kau sebab salah satu pasangan ni ada Destructive Angel.”
Blossom terkejut. “Apa? Kalau dia tahu yang Cupid datang
tentu dia nak rosakkan hubungan dorang nanti! Kena buat senyap-senyap ni.”
Blossom tersenyum lebar gembira memandang kearah Sky. “untung aku ada Anak Lord
Firold jaga aku.”
Breeze buat muka meluat dan bangun dari tempatnya. “Aku
biarkan korang berdua buat plan yang korang nak. Aku nak sambung kerja aku.”
Katanya dengan slamber masuk kedalam bilik. Time for your date my brother….
Sky mendengar mesej telepati Breeze dan memandang kearahnya.
Breeze buat muka tak bersalah. Shut up Breeze….
Breeze tertawa kecil sebelum menutup pintu biliknya.
“So, apa plan Angelic Fortuitea kebanggaan Elders kita ni?”
Soal Blossom dengan senyuman.
Sky melabuhkan punggungnya di hadapan Blossom. “Kita akan
bergerak esok pagi. Awal pagi time matahari nak naik, time tu Devil masih buat
peta dunia… kita ambil kesempatan ni untuk melihat siapa couple-to-be kita.”
Blossom mengangguk. “lepas tu?”
“Aku fikirkan plan seterusnya time kita buat misi esok”
<><><><><><><>
RRRRRRRIIIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!
Satu tangan bergerak meraba night stand sebelah kiri
katilnya untuk mencari jam penggeranya. *Click* bunyi jam tersebut dimatikan.
Lelaki itu mendongakkan kepalanya dan memandang sekeliling
bilik yang sudah di sinari matahari pagi. Dia bangkit dari katilnya dan
Stretching.
“Alright!” katanya sambil menghembus nafas. “Time untuk
jenguk minah satu ni.” Katanya mencapai towel dan bergerak masuk kedalam bilik Air.
Sebaik sahaja dia masuk, muncul dua makhluk bersayap putih
dari magic halimunan mereka. “Woah…. Hensemnya dia! Tentu Gf-to-be dia cute
juga kan?” Blossom memandang kearah Sky yang kaku. “Hello… Heavens to Sky? Kau
okay tak?”
Sky tersentak dari memandang pintu bilik air dan menggeleng.
“Nothing. Just shock, siapa agaknya perempuan yang akan jadi pasangan
hidupnya?”
Beberapa minit kemudian, si jejaka keluar dari bilik air dan
mengenakan baju casual. Sweater biru laut dan jeans biru. Serta sneakers tema
white blue jenama Nike.
Usai sahaja bersiap, dengan penuh semangatnya sambil
bersiul, dia keluar dari apartmentnya dan ke destinasi yang dia hendak pergi.
“She’s going to be surprise!”
Sementara itu…..
“Terima kasih, sila datang lagi…” kata seorang perempuan
berbaju-t biru muda dan jeans paras lutut dengan eccesories pating beruang pada
apronnya, tunduk hormat kepada pelanggan yang baru sahaja beli sejambak bunga
Tulip.
Si wanita itu menutup
mesin duit dan bergerak menyambung kerjanya yang tertangguh; menyiram bunga
dalam mini Green house itu. Ini hari dia sendiri kerana pekerjanya cuti ini
hari, dia hanya bekerja pada hujung minggu sahaja dan dia tak suka bekerja
bersama pekerjanya. Ini sebab dia perlukan ketenangan setelah menjalani hari
yang stress. Hanya bunga-bunga ini sajalah ubat untuk dia menenangkan hati
sedihnya. Dia rasa seperti rumah apabila di kelilingi bunga yang segar lagi
indah, sepertinya dia tak rasa terasing dari orang lain. Entahlah, hatinya yang
berbunga-bunga seperti ada dalam Green Housenya itu tidak dapat di jelaskan. (Atau Angah tak pandai huraikan?)
Bunyi loceng pintu berbunyi menandakan orang datang dan Si
wanita ini berpaling kebelakang untuk menjemputnya dengan senyuman tapi tiada
pelanggan di hadapan pintu. Dia pelik dan sambung kerjanya. “Setahu aku…. Ah,
mungkin imiginasi aku je tu.” Katanya seorang diri.
Dia ber’humming menyiram pokok bunganya seperti biasa dan
tetiba je, dia rasa ada seseorang mendekatinya dari belakang. Dia terdengar
kaki yang menginjak rumputnya dengan perlahan dan semakin dekat.
Apabila si misteri itu dah dekat pada si wanita….. Dia terus
berputar dan menyemburkan air kearah muka lelaki itu. “Ho-Oi! Ini aku lah!”
Si wanita baru tahu apabila terdengar suara lelaki itu dan
berhenti menyembur. “Ean! Kau buat aku kecut perut kau tahu!”
Ean mengusap rambutnya yang basah kebelakang supaya dia
dapat melihat wajah si wanita. “Kalau ya pun Rav, janganlah siram orang! Nampak
ni?” Katanya menarik kain sweaternya. “Dah basah! Siapa nak tanggung?”
Raven bercekak pinggang. “jadi, Aku yang kena tanggung?”
Ean memeluk tubuh dan mengangguk. Dia menggoyangkan
kepalanya kekiri dan kekanan. “Ya’a you do.”
Raven tertawa kecil. DIa mengangkat hosenya kemuka Ean dan
menyemburnya semula. “Ambik Engkau!”
Ean menutup mukanya. “He-Hoi! Dah lah!” Dia mengambil Hose
tersebut dari tangan Raven dan Raven segera melarikan diri masuk kedalam bilik
kecil yang di panggil ‘my property’
“Tunggu, aku ambil tuala and spare cloth!”
Ean mengelap mukanya dan meletak hos durjana itu ke rumput
palsu itu. “Seriously, Aku tak leh Act macho depan budak ni.” Katanya mengeluh
tapi senyuman terukir di wajahnya.
Sementara bahagian dua makhluk serbah putih pula, Blossom
sedang menikmati bunga-bunga yang segar di green house mini itu. “Hebatnya!
Perfect couple betullah! Ean seorang macho man dan Raven pula Florist Girl. Cam
citer dongeng pula kan?”
Sky mengangguk tapi meragukan. Tak, ia nighmare desis
hatinya risau. Lelaki ini akan jatuh cinta dengan seorang perempuan Half Devil!
Sky tidak percayakan perempuan ini bukan sebab dia bencikan perempuan ni tapi
Dia takut Ean akan menyesal bila dia tahu siapa sebenarnya perampuan yang dia
akan jatuh cinta nanti. Patutka dia menghalangnya atau biarkan ia berlaku
mengikut ‘Circle of Life’?
“Bloss, bila kau nak panah mereka?” soal Sky dengan riak
wajah risau.
Blossom yang menghidu bunga Rose merah memandang kearah Sky.
“hmm? Oh, bila tiba masanya. Aku akan panah jika salah satu hati mereka
bernyala, tapi ia lebih senang kalau kedua hati mereka menyalah sebab panah
sekali je. Aku takut kalau hanya hati lelaki ni je yang menyala dan bukan
perempuan florist ni.” Blossom mengeluh. “Takut Hati Ean akan terluka sebab One
sided love.”
Raven keluar dari bilik ‘my property’ nya dengan sehelai
tuala dan baju-t warna kelabu asap dan hulurkan kepada Ean. “Baju pakcik aku.
Nasib baik ada klau tak tak berbaju lah kau nanti.”
Ean mengambilnya dan tersenyum nakal. “Kau yang untung.”
Raven menjungkit kening dan sambung siram bunganya. “Sebab?”
Ean menggosok rambutnya yang basah. “Kau nampak aku half
naked.”
Raven memandang Ean buat seketika dan tangannya bergerak
sendiri menyiram pokok bunga. Setelah berfikir sedikit, dia baru faham. “Aku
tak miang lah!!” Dia menyembur Ean sekali lagi.
“ah! Sejuk.” Katanya menolak tangan Raven kebawah. “Okay!
Aku minta maaf. Kalau ya pun janganlah sembur aku.”
Raven menjelir lidah. “Kau yang minta, aku bagilah. So, apa
tujuan kau yang SEBENAR datang sini hah?”
“Apa? tak boleh ke aku jumpa My Girl-friend time cuti ni?” Kata Ean bermanja. Membuat Sky yang
sedang memerhatikan mereka meluat. Manakala Blossom suka melihat kemesraan
mereka.
“Aaaaawwww…..My Boy-Friend miss me?” Kata Raven buat muka
terharu. “Blah lah Ean!”
Mereka berdua tergelak sesama sendiri ketawakan karenah
mereka sendiri. Blossom tersenyum manis melihat kemesraan couple-to-be ini dan
memandang Sky. Sky buat muka tegang. “kenapa kau ni Sky?”
Sky menggeleng tanpa mengalihkan pandangannya kearah dua
manusia di depannya. “nothing, hanya langkah berjaga-jaga.”
Blossom menjungkit kening hairan untuk apa dia buat cam tu
tapi persoalan mindanya terhapus apabila dia terasa sepasang hati terbentuk dan
segara memandang dua Coupl-to-be itu dan tersenyum gembira. “Dah mula!”
Sky tersentak dan melihat Blossom menarik panahnya
mengarahkan pada hati mereka berdua. Dia akan panahkan nya? Desis hati Sky mula
risau. Dia memandang sekeliling jikalau ada sesuatu atau apa sahaja yang boleh
hentikan Blossom tapi malangnya tiada.
“Target lock; Mission….” Dia melepaskan panahannya dan
terkena pada hati yang terbentuk di dada mereka. “Accomplish!!”
Sky hanya memandang wajah dua couple-to-be itu bertukar
malu-malu kucing dan berpandangan lain arah selain wajah pasangan mereka. Sky
buat bunyi click menggunakan lidahnya. Dah terlambat desis hatinya kecewa.
“So, Jom balik ke Heavens dan beritahu Lady Venus, tentu dia
happy tahu kita dapat jayakannya dengan mudah!”
Sky hanya mengangguk dan mereka berdua pergi meninggalkan
dua new couple itu ber main mata antara satu sama lain.
Beberapa situasi kemudian….
“Congrats!! Saya tahu kamu dua tentu dapat buatnya dengan
mudah!” puji Lady Venus dengan senyuman gembira.
Blossom mengangguk turut gembira. “mereka memang pasangan
sesuai! Sangat sesuai cam cerita dongeng!”
Sky pula hanya berdiam diri memikirkan Raven. Dia seekor
Devil! Half blood, dia tak patut jatuh inta dengan manusia, dia akan hancurkan
hatinya! Dia ialah Fortuitea Devil yang akan menghancurkan hati Ean, ia dah
jadi lumrah! Dah mengalir dalam darahnya! Jerit hati marahnya.
><><><><><><><><><
Matahari dah nak turun dan ini masanya untuk Raven tutup
kedai. Dia menukar sign kecil di pintu kacanya dari ‘open’ ke ‘close’ dan pergi
ke bilik ‘my property’nya. Dia menutup pintu dan menguncinya.
Bilik yang kecil, terdapat satu katil bujang kecil, almari
drawer yang kecil paras pinggang dan di penuhi dengan anak patung teddy bear
yang kecil dan bersaiz medium dengan perlagai warna. Raven bergerak ke katil
kecil itu dan merebahkan dirinya. Sekarang dia rasa lemas, tersangat lemas
sehingga semangatnya pada waktu pagi bersama Ean dia rasakan satu kesalahan
besar. Sepertinya dia tidak layak semua kegembiraan itu. Dia rasa nak menangis.
“Miey…. Adakah aku orang yang kejam?” Soal Raven lemah
memandang siling pucat dengan suara bergetar.
Miey bertukar dari Eccesories patung di apron Raven dan
duduk di dadanya memandang tuannya yang kelihatan tak bermaya. Dia menggeleng
keras. “Tak! Rav-Rav tak kejam! Kau baik, penyayang dan…”
“Aku menolak takdir. Aku gunakan kau untuk halang panah
cinta Cupid sampai di hati ku.” Dia menutup mukanya dengan kedua tapak
tangannya.
Miey menarik tangan Raven suruh dia tak payah rasa bersalah.
“Rav-rav, buka! Kau… kau buat itu semua sebab Rav taknak lukakan hati Ean!
Kalau bukan di sebabkan misi 500 nyawa tu, tentu Rav akan bersama dengan Ean.
Bahagia, selamanya! Rav, masih belum terlambat untuk Rav pat-”
“Tak!” jerit Raven bangun, duduk memandang Miey. “Tidak
Miey, No turning back. Dah lebih 300 nyawa aku bunuh, Aku tak boleh patah balik
selepas semua ni berlaku.. kita kena teruskannya. Sehingga ke akhir.”
Miey menjadi murung dan mengangguk akur. “Baik. Tapi Rav,
aku lebih suka kau teruskan hidup kau seperti manusia yang lain dari menjadi
sesuatu yang kau bukan. Kau baik, baik seperti Angel!”
Raven mengeluh panjang. Dia menarik kakinya keatas katil,
memeluknya dan menutup mukanya di lutut. “Aku bukan Angel! Aku takkan jadi Angel,
aku taknak jadi Devil dan aku sedikitpun tak sama dengan manusia. I’m Nothing,
Aku hanya benda hidup yang tiada tujuan hidup kea rah kebahagiaan. Tiada masa depan untuk half blood sejijik aku ni.” Katanya sambil menahan tangisannya.
Dia dah penat menangis, dia dah penat menangis untuk entah berapa tahun dia dah
tak dapat kira. “Aku penat, aku nak semua ini berakhir cepat.”
Miey dengar tangisan Raven walaupun dia sembunyikannya. Miey
memeluk lengan Raven turut rasa sedih. Rav, kenapa kau terlalu degil? Desis
hatinya.
Best giler...Angah nak lagi...
ReplyDelete