Unexception: Seven
Papanya memandang kearah Vyle dengan riak wajah yang sedih. Dia mengangkat anak
tunggalnya di pangkuannya. “Mama?” soalnya dengan sisa air mata yang tinggal.
“Mama kamu dah pergi.”
“pergi? Ke mana papa?”
“Ke Heaven. Dia takkan kembali lagi. Mereka dah jumpa dia
dan bawa dia pergi dari kita.” Kata papanya mula mengalirkan air mata. “Kita
takkan jumpa Rosella lagi.”
“Papa! Siapa bawa mama? Angel ke? kenapa mereka bawa Mama
pergi? Apa salah mama?” Soalnya bertubi-tubi dengan tangisan yang sudah
bermula. Dia taknak mamanya pergi. Dia tak mahu mamanya pergi.
“Ya sayang. Mama dan Papa dah buat salah besar. Sangat
besar…” katanya memeluk anaknya tidak sanggup ceritakan kepada Vyle yang baru
berumur 7 tahun.
Tetiba, Papanya menjadi cemas dan membawa anaknya ke satu
Almari antic yang besar di ruang tamu itu. Dia meletakkan Vyle di dalam almari
bawah yang kosong. “Vyle, apapun yang terjadi jangan pernah keluar dari tempat
ni. Jangan menjerit, jangan buat apa-apa.
Faham?”
“Kenapa Papa?” Dia mahu keluar tapi di halang oleh papanya.
“Papa cakap Jangan keluar!” Dia menolak anaknya kedalam dan
menutup almari itu.
Vyle agak terkejut mendengar Papanya menjerit dan membuka
pintu Almari itu sedikit supaya dia nampak apa yang sedang terjadi di luar.
Papanya berdiri tegak dengan muka yang tegang dan tetiba
datang dua makhluk bersayap putih di hadapan papanya. Mereka sedang bercakap
tentang sesuatu tapi Vyle tidak dapat mendengarnya kerana jantungnya yang
berdegup terlalu kuat. Dia terkejut apabila melihat dua makhluk bersayap hitam
itu mula menyerang papanya dan membunuh di depan matanya. Vyle segera
menutup pintu itu dengan rapat dan menutup telinganya. Apa akan terjadi padanya
selepas ini? Apa akan berlaku jika dua makhluk kejam itu jumpa dia dalam almari
itu? Adakah dia akan kena bunuh?
Dia tak tahu… dia terlalu takut untuk mengetahuinya..
Mama…. Mama…. Papa kena bunuh… apa patut Vyle buat? Mama
mana? Kenapa mama pergi? Kenapa Mama? Kenapa! Mama sepatutnya ada di sini
dengan Vyle, dan papa… Mama, mama di mana! Jerit hatinya menyalahkan kehilangan
Mamanya.
Dia berada dalam Almari itu trauma takut keluar dari tempat
tersebut. Dia tak tahu berapa lama dia dalam tempat tu, dia tak dapat kira
kerana memori melihat Papanya di bunuh depan matanya sering berulang di
mindanya tanpa henti.
Tetiba almari itu terbuka membuat Vyle ketakutan apabila
melihat seseorang bersayap kelawar di depannya. “Kau Vyle ke?”
Rose mengangguk ketakutan. “K-Kau nak bunuh aku ke?”
Lelaki itu menggeleng. “Tak, aku datang sini sebab papa kau
suruh. Nama aku Claw, Adik Papa kau." Katanya sambil menghulurkan tangan. “Jom,
kalau kau disini, dah tentu kau akan mati. Taknak ke kau balas dendam atas
kematian Papa kau?”
Vyle melihat tangan lelaki yang mengaku dirinya pakciknya. Patutkah dia percayakan lelaki yang kelihatan kejam ini? dia bersayap kelawar, dah tentu kejam kan? tapi....dia teringat semula dua makhluk bersayap putih telah membunuh papanya tanpa belas kasihan. Perasaan marah mula menggeledak dalam diri.
Vyle mendongak memandang Claw dengan pandangan gelap; keinginan membalas dendam. "Aku boleh balas dendam kat mereka yang bunuh Papa aku?"
Claw tersenyum sinis. "Ya."
Vyle terus menyambut tangan Claw tapi hatinya mula berasa lemas seperti di tarik kedalam lubang hitam membuat dia memegang dadanya. Belakangnya mula rasa sakit, seperti ada sesuatu benda di belakangnya sedang bergerak-gerak ingin keluar mengoyakkan kulitnya.
"Arrgghh!!" jerit si kecil kesakitan yang amat tidak dapat dia tanggung. "A-Apa kau dah... buat kat aku, NI!!" Nada terakhir Vyle kedengaran garau dan dalam dari suaranya yang tinggi dan riang.
Claw memegang kedua bahu Vyle, biarkan kepala anak buahnya menyandar pada dadanya. Dia hanya melihat sesuatu bergerak disebalik kulit belakang Vyle. Tak mungkin....
"Aaahhhh!!!" Mata Claw terbeliak bulat bila kulit belakang Vyle koyak dan sepasang sayap hitam yang kecil keluar dari belakangnya berlumuran dengan darah.
Rin, kau dah besarkan Lucifer dalam dunia ini.....
….
Sepasang mata Trauma terbuka luas dan Raven bangun dari sofa bernafas dengan berat akibat mimpikan memori lama itu. Dia menarik nafas dalam dan meramas mukanya ketika menghembus. Di situlah dunianya yang cerah di selaputi dengan kegelapan buat selamanya....
Raven bangun dan bergerak ke peti sejuk
mencari minuman untuk menghilangkan dahaganya. dia pandang gelasnya dengan lama sebelum bersuara; “Nak balas dendam? Aku dah penat
nak teruskan misi tu.” Katanya sebelum meneguk air kosong.
Miey terbangun apabila dia tak rasakan Raven di sisinya.
“Rav-Rav…. Kenapa ni?” soalnya sambil menguap. Ini baru pukul 3 pagi. “Mimpi tu
ke lagi?”
Raven mengangguk. “Aku tak tahu nak buat apa… salah kan
Mama? Tapi pada waktu yang sama aku rindukan dia. Apa Papa akan kata kalau dia
nampak aku cam ni?”
Miey mengeluh. “Tentu dia suruh Kau pergi jumpa Mama kau
tapi itu…”
“Sangat merumitkan.” Sambung Raven mengeluh panjang. “Aku
nak lawat rumah lama tu, nak join sekali?”
Miey mengangguk gembira. “Yes Please!!
<><><><><><><><>
Sky tidak boleh tidur, dah nak dekat jam empat pagi tapi
matanya tidak boleh terlelap. Kenapa dengan dia ni? Selepas berjumpa dengan
Sulfur, mindanya dah bercelaru!
“Oh… kau dah jatuh cinta dengan manusia tu?”
Aku jatuh cinta dengan Hal Blood tu? Eh bukan… dia
Contractor. Eh? Entahlah, aku sendiri tak tahu apa dia sebenarnya. Siapa
sebenarnya dia?
Sky bangun dari katilnya dan bergerak keluar bilik dan
terjumpa dengan Breeze yang sedang duduk di meja makan minum teh. “Breeze?
Kenapa tak tidur lagi?”
Breeze memandang abangnya dan menggeleng. “Aku tak leh tidur
dengan satu hajat ni. Aku tak tahu kepada siapa aku nak bagi.” Breeze hulurkan
sebuah sampul surat kepada Sky.
Sky membuka dan membacanya
Dear Heaven,
Vyle nak Tanya
sesuatu, kenapa Angel Ambil Mama dari Vyle? Apa salah mama hingga dia di ambil
dari Vyle dan Papa? Setelah mama pergi ke sana, Papa dibunuh oleh Angel.. Apa
salah papa sampai di bunuh? Vyle nak mama kembali pada Vyle, Vyle tak marah
sebab Vyle tahu Angel takkan membunuh sesuka hati. Vyle hanya nak satu, Mama Vyle.
Hanya mama je yang Vyle ada. Tolong kembalikan Mama Vyle?
Sky menutup sampul surat itu. “Bila benda ni sampai?”
“Kelmarin. Dia muncul secara tetiba tanpa ada Prex Angel
memetiknya. Kami semua hairan, dia tak sebut pun siapa nama parentnya.” Kata
Breeze. “Nak buang tak boleh sebab ia permintaan yang kuat. Hatinya sangat kuat
sehingga ia terhantar ke sini dengan sendirinya. Kalau nak tunaikan…” Breeze
mengangkat bahu. “how?”
“Dah Jumpa Elder? Mungkin mereka tahu tentang benda ni.”
Breeze menggeleng dan menghirup tehnya. “Nak jumpa siapa
soalannya? Papa? Tentu dia koyakkan hajat ni. Lady Venus? Dia akan tolak
bulat-bulat sebab ia suatu perkara yang mustahil. Mungkin Lady Rya tapi dia
sibuk sejak kebelakangan ni. Dua Elder lagi tentu koyakkannya seperti papa.”
Sky melabuhkan punggung di kerusi meja makan. “Vyle …. Cam pernah dengar nama ni.
Kenapa Angel nak bunuh papa dia? Ini memang merumitkan. Patut ke kita ke Bilik
simpanan?”
“No! aku dah fed up pergi ke sana!” kata Breeze membantah.
“Tak boleh ke cari cara lain selain bilik simpanan?”
Sky mengangkat bahu. “Aku rasa kau kena fikir sendiri
tentang benda ni. Aku tak dapat menolong.”
Breeze mengambil sampul surat itu dan mengeluh sekali lagi.
“Kau pula cam mana?”
Sky menjungkit kening. “Maksud kau?”
Breeze memandang Abangnya dengan serius. “Aku dapat rasakan
yang kau mengalami sedikit masalah dengan Blossom. Betul kan?”
“Tak juga. Kami okay je.” Kata Sky.
“Tak, Blossom ada cerita tentang perasaannya setiap kali
kamu berdua turun ke Dunia manusia bersama-sama. Dia rasa yang kau berubah, kau
hanya tumpukan pada benda lain dan Blossom kau singkirkan. Adakah ia pasal
budak Half Blood tu?”
“Tak… Aku dah kata, aku nak jalankan misi aku dengan
sempurna.”
“SAmpai mengabaikan Blossom? Itu bukan Sky yang aku kenal.
Abang, kita saling terjalin sebab kita Twin Angel. Kita ada keistimewaannya.
Aku dapat rasa yang kau sedang bercelaru sekarang.” Dia memegang tangan
abangnya. Dia sangat risau dengan abangnya sekarang ni, dia takut sejarah
berulang sekali lagi. “Sky, jawab soalan aku dengan jujur. Kau dah jatuh cinta
dengan Half Blood tu kan?”
Sky hanya berdiam diri. Apa patut dia katakan?
Silent is the only thing that Breeze want to know. “Sky! Kau
cintakan Half Blood tu? Kau tahu apa akan jadi kalau kamu berdua-”
“Dia cintakan orang lain.” Potong Sky. “Dia cintakan seorang
manusia. Aku tak boleh buat apa-apa selain melupakan dia tapi setiap kali abang
cuba lupakan dia. Half Blood tu muncul dalam minda ku membuat aku tambah
rumit!”
“Sebab tu kau ambil Blossom? Kau guna dia sebagai alat
melupakan Half Blood tu? Sky, dia bukannya alat yang kau boleh bawa main!!”
“Aku tahu… Aku tahu…” Kata Sky menunduk ke lantai. “Aku dah tak tahu apa aku nak buat sekarang.
Kalau Elder yang lain tahu tentang ni, balah jadinya. Apa patut aku buat?”
“Lepaskan Blossom. Lepaskan Half Blood tu. Abang kena
hilangkan perasaan tu dan jangan seksa Blossom. Kasihan dia. Berdepan dengan
Lady Rya, dia orang yang paling memahami kesulitan abang sekarang atau tidak
pun, jumpa Half Blood tu dan beritahu dia yang kau nak lupakan dia. Ia mungkin
membantu.”
Sky mengeluh panjang. “Breeze…. Aku akan buat sesuatu
tentang tu tapi bukan sekarang. Aku nak selesaikan dulu masalah Claw ni.”
“Masih lagi? Bila korang nak gerak?”
“Tunggu penyiasatan tentang tempat persembunyian Claw di
temui. Setelah itu, kami akan menyerang.”
<><><><><><><><>
Claw berada di sebuah kelab malam sedang berfoya-foya dengan
perempuan seksi seperti rutin hariannya. “Alright babe! Tonight, is my treat!”
Para perempuan itu menepuk tangan dan menuang wine kedalam
setiap gelas mereka. “To Master Claw!”
Claw mengangkat gelasnya dan minum. Ahhh…. Nikmatnya hidup
begini, orang lain membuat kerjanya dan dia dapat nama plus dapat berfoya-foya.
Now this is Life!!
Dia duduk di kerusi yang sudah di tempah untuknya dan
memandang wine itu dengan lama.
Rin, Kau tahu tak apa anak kau buat sekarang ni? Dia ingat
aku tak tahu kea pa dia sedang buat? Kumpul Roh? Untuk apa? Rin, kau je yang
tahu anak kau. Kalau Rosella tahu pasal ni, tentu dia sembelih Raven sekarang
ni desis hatinya.
Dia nak juga Tanya tapi dia takut. Kenapa? Kerana Claw tahu kuasa
Raven lebih hebat dari dia. Dia sendiri tak boleh lakukan misi lebih dari empat
dalam masa sehari. Kalau Raven ada plan tersendiri, tentu sesuatu yang sangat
besar tapi apakah dia? Ini buat Claw risau. Harap dia tak babitkan sesuatu
berkenaan dengan kemusnahan dunia sebab, dunia manusia musnah, mereka juga
musnah.
Rosella, kalau kau berlawan dengan mereka time tu… dah tentu
kau hidup bahagia dengan anak dan Suami kau. Kenapa kau terlalu percayakan
Mereka? Desis hatinya lagi. Wine di tangannya pecah disebabkan rasa marahnya
terhadap Mama Raven A.K.A Rosella.
<><><><><><><>
Raven tiba di rumah yang sudah di tinggalkan. Ia sangat
usang tapi nampak seperti apa yang dia tinggalkan rumah itu hanya ada sedikit
decoration iaitu di liputi dengan tumbuhan liar. “Walaupun dah seribu tahun aku
tak datang sini, tempat ni tetap ada walaupun dah nampak cam Ruins.” Raven
tertawa kecil tapi matanya menunjukkan kesedihan. Selama seribu tahun?
Miey keluar dari beg samping Raven dan memandang rumah
tersebut. “Antic! Rav-Rav, Jom kita masuk dalam!”
Raven masuk kedalam rumah itu, pintunya susah juga nak buka
kerana dah berkarat. Bila dia masuk kedalam, ia kelihatan seperti apa yang di
tinggalkan. Tiada perubahan. Tiada habuk, tiada sesawang dan tiada kesan kerak
pada dinding. Raven tertawa kecil. “Kuasa Papa masih kuat hingga ke hari ini
walaupun dia dah takda.”
“Vyle, Rumah ni khas untuk kamu. Walaupun Papa dan Mama takda, Rumah ni
akan bertahan dan sentiasa melindungi kamu dari bahaya.”
Raven pergi ke ruang tamu dan melihat beberapa frame gambar
yang terhias di atas tempat api. Dia mengambil salah satu darinya. “Papa…
Mama….”
“Vyle! Hadap camera ni dan say cheese!”
Dia tersenyum sendiri. Dia berputar ke almari Antic di mana
kenangan terindahnya berubah menjadi mimpi ngeri. “Itu dia, Miey. Di situlah
tempat aku bersembunyi semasa Papa di bunuh.”
Miey mendekati Almari Antic itu dan melihat setiap satu
barang tersebut. “Wow, Parents Raven
suka kumpul barang dari seluruh negara ke?”
Raven mengangguk. “Jom ke laman belakang?”
Miey mengangguk. “Di sana ada apa?”
Raven bergerak ke dapur dan membuka pintu belakang. Sebuah
taman kecil yang agak luas untuk seorang budak bermain di tempat itu. “Duniaku.
Di sinilah tempat aku bermain dengan Papa dan Mama.”
“Mama, kenapa Vyle tak boleh keluar?”
“Sebab kamu belum bersedia lagi. Apabila masanya sudah tiba, Mama dan
Papa akan bawa kamu ke mana kamu mahu.”
“Dah akhirnya, bila aku dapat keluar… aku menjadi tahanan
Claw selama 992 tahun.”
“kau bercakap dengan siapa Rav?”
Raven menggeleng. “Nothing. Jom naik tingkat atas pula.”
“Yeah! Aku nak nampak cam mana bilik kau!”
Kenapa aku nak kembali ke rumah ni? Kenapa dengan aku ni?
Aku kena bersabar. 54 roh lagi dan aku bebas dari semua ni. Tapi, adakah aku
akan…. Bahagia?
haaaaaa new entry plsss.....u knoq wat...cik writer.....sy dh khatam hdo 3x.... n now....plsss update nee enrry asap..!!!!! pls pls...ari2 dh bukak blog ni dgn hrapan..ting!!!!!!! new entry coming!!!!!! huhuhu really loves ur story babe...^_^
ReplyDelete