Unexception: six

Bab 6

Pintu depan di ketuk beberapa kali kerana tiada yang menyambut. Ean mengeluh panjang, dia mengetuk pintu rumah Raven sekali lagi dan AKHIRnya dia membuka pintu.

“kering aku tunggu kau tahu?”

“Sorry-sorry. Aku tak jumpa jaket aku tadi. So, jom pergi!” Katanya dengan senyuman. Raven menutup pintu rumahnya dan mereka bergerak pergi.

Ini hari mereka nak ke mana? Siap dengan baju cantik-cantik, hensem macho man ni semua kenapa? Hehehe…. Ini hari Ean nak bawa Girl-friend dia ke suatu tempat special.

“Kau tahu aku ada kedai nak jaga kan?”

Ean mengangguk sambil Drive ke suatu destinasi misteri. “jangan risau. Aku dah call staff kau untuk jaga kedai ni hari. Kau pula kena tenangkan diri dari stress kau tu.”

“Stress? Bila aku ada stress?” Raven memeluk tubuh.

Ean menjentik dahi Raven. “Kening kau selalu bertembung setiap kali kau termenung dan nampak gred akademik kau tu. Drop!”

Raven menjelir lidah. “Biarlah!”

Dan begitulah mereka bertekak hingga sampai ke destinasi mereka. Di mana? Ta-daaa!!! Amusment park!!

“Beritahu aku kenapa kita ke sini lagi sekali?” soal Raven di tarik ke dalam oleh Ean.

“Untuk berseronoklah. So, kau nak naik yang mana dulu? Rollercoaster? Ferrieswheel? Hauntedhouse? Atau Dream Tunnel?”

“Haunted house…..”

Remang bulu romah Raven apabila ada orang berbisik di telinganya. Matanya terbeliak besa melihat siapa yang berana buat cam tu.

“Yo! Aku datang nak tunai kan janji aku malam semalam.” Kata Sulfur menjungkit kening double jerk.

Sulfur melihat mulut Raven bergerak menyebut sesuatu. ‘pergi’. “Apa? nak aku temankan? Boleh, no problem!”

“PERGI!!”

EAn terkejut dengar Raven menjerit. “kenapa Raven?”

“Ah? Tak lah, aku- aku cakap pergi.. errr… pergi naik roller coaster! JOM!” Raven terus menarik Ean ke permainan pertama mereka meninggalkan Sulfur yang tertawa pecah perut.

Sulfur mengejar Raven dan terbang bersebelahan dengannya. “Kau tahu kan lelaki tu suka dengan kau?” Raven mengangguk kecil supaya Ean tak perasan. “Heh, kita akan berseronok ni hari Contractor. Be ready Miss Pawn!”

Dengan itu self-mission si Destructive Devil bermula dengan permainan Roller coaster.

Ean dan Raven masuk kedalam mesin tersebut dan memakai tali pinggang keselamatan (itu ke namanya yang penahan dada tu?)

“Kalau kau takut pegang tangan aku okay?” Kata Ean menepuk bahunya.

Raven mengangguk. “Jangan muntah kat baju aku.”

Sulfur tertawa mendengar ayat mereka. “Kalau kau takut pegang tangan aku okay? Weck! Nak jadi gentlemen konon, kita nampak siapa yang takut nanti.” Ketawa jahat keluar dari mulut Sulfur.

Rollercoaster itu mula bergerak  dan AAAAAAHHHHHH!!!! Dari semua penumpang yang naik permainan itu termasuk Raven yang sudah biasa dengan kelajuan mesin itu bergerak. Kenapa? Dia selalu ikut Claw terbang bak cahaya, tentu benda ni sesuatu benda yang kecil.

“Kyaaaaa!!!!! Hahahahaha!!” jerit Raven teruja jatuh ke bawah dengan laju.

Sementara Ean pula mengalami benda lebih teruk dari jatuh ke bawah, badannya tergoncang-goncang dengan laju membuat dia pening, mual dan nak muntah. Kenapa? Hahahaha, ini semua kerja Sulfur yang menggoncang badan Ean kekiri dan kekanan. Di sebabkan Raven terlampau seronok hingga lupa tentang orang di sekelilingnya.

Tamat sahaja permainan mereka, Ean dah terhuyung hayang keluar dari Roller coaster itu membuat Raven risau. “Kau serius kau okay?”

Ean mengangguk tapi isi perutnya dah nak keluar. “Aku datang balik!” Zuuppp! Terus dia ke tandas berdekatan untuk buang apa yang nak keluar.

Sulfur pula tertawa pecah perut melihat hasil ‘karyanya’ berlari ke tandas. Hilang gentlemenya. “lajunya dia lari! Sama laju cahaya!”

PACK!! Satu pukulan melayang ke kepala Sulfur. “Kalau kau ganggu lagi, aku siang-siang satu badan kau tu!”

Sulfur mengusap kepalanya tapi tersenyum sinis. Dia kebelakang Raven dan memeluknya. “Well, kalau kau nak siang aku, pastikan kau ikat aku di katil rumah kau, dan siang aku di bahagian  perut dulu. Kau tahu, semua perempuan suka nampak six packs aku. Kau pun ada peluang nampak tapi lebih seksi dan menggoda.”

Raven menolak pelukan Sulfur. “Di rumah aku takda katil. So, aku siang kau cam siang ikan jelah.”
Ean keluar dari tandas dan mendekati Raven. “So? Ke mana lagi?”

“Dah okay?” Ean mengangguk. “Kita ke Haunted House pula!”

Dan self-mission Sulfur berjalan lagi iaitu menakutkan Ean sepanjang keberadaan mereka di dalam Haunted House itu. Dengan meremangkan bulu romah Ean sepanjang jalan. Berbisik di telinganya untuk buat dia tambah takut, buat ilusi di matanya membuat hantu dalam Haunted house tu tambah menyeramkan dan mempercepatkan jantungnya bergerak. Eh? Itu tak payah buat, tiga langkah sebelumnya dah buat jangtungnya berdegup cam racing car.

Endingnya, Ean dah tak bermaya di kerusi taman tersebut. Rohnya dah nak tercabut dari jasadnya dah ni…. Satu lagi kejutan dah tentu dia mati.

“Nah! Ice cream!”

“Oh mak engkau meletup!” Tak kau melatah si Ean di buatnya. “Nak aku mati awal ke!!”

Raven tertawa kecil. “Sorry-sorry. Alah, baru haunted house dah nak takut? Ini ke lelaki sejati?”

Sulfur tertawa. “lelaki sejati, kau tahu apa jadi kat dia nak berlakon lagi?”

Raven menjeling kearah Sulfur dan kembali tersenyam kearah Ean.

Ean mengambil Ice creamnya dari tangan Raven dan ingin menjilatnya tapi kejahatan Sulfur sangat tinggi dan dia menolak ice cream itu jatuh dari conenya. Sulfur tertawa melihat muka Ean yang kasihan.

Raven memberi renungan maut kepada Sulfur suruh dia berhenti kenakan Ean. Apa? Sulfur the Devil memang dilahirkan untuk merosakkan kehidupan manusia.

Raven duduk di sebelah Ean. “Kita boleh kongsi.”

“APA?!” sekali lagi… APA??!!! tak bukan itu, kenapa kedua lelaki menjerit? Sulfur dan Ean serantak.

Aduh sakit telinga aku desis hati Raven mendapat jeritan dari kedua telinganya.

Ean menggeleng. “Tak-tak-tak… tak perlu susah payah.”

Raven mencebik. “Okay, dari kau je lah.” Raven menjilat ice creamnya dan kedua lelaki melihat dia buat sedemikian.

*Gulp* Ean nak rasa Ice Cream tu.....

*Gulp* Untungnya kau Ice cream.... desis hati Sulfur pula sambil menjilat bibirnya.

Raven mengangguk menanyakan kenapa mereka berdua memandangnya seperti itu. “Apa? Ada sesuatu kat muka aku ke?”

Ean segera berdiri manakalah Sulfur memandang kearah lain. Aik? Kenapa dorang dua ni? Desis hati Raven.

“Eherm…. Kau nak ke mana lepas ni?”

Raven menghabiskan ice creamnya dan melompat bangun. “Ke Underground tunnel! Aku dengar dari yang lain tempat tu best. So, jom pergi!”

Underground tunnel? Soal hati Ean tetiba rasa segan. Dia tak tahu ke apa tu Underground Tunnel?

Ean memandang Raven yang keseronokan dan mengeluh. Dia tak pernah datang ke sini rupanya, sampai Underground Tunnel pun dia tak tahu.

“Yo Contractor, kau nak masuk permainan tu? Seriously?” Raven mengangguk kecil. “WHY!! Kau tahu tak tempat tu-”

“Selamat datang ke UT.  Anda perlu naik ke dalam boat ni dan menikmati saat-saat terindah bersama pasangan anda selama 30 minit.” Kata pekerja yang menjaga permainan itu.

Raven dan Ean naik kedalam boat berbentuk Angsa putih itu dan masuk kedalam terowong gelap. Sulfur mengikuti mereka.

Raven kagum melihat perhiasan dalam terowong itu, dindingnya di penuhi dengan ribuan bintang. Ada meteor shower, Milky way, Red Rose dan banyak lagi nama galaxy terpapar pada dinding terowong itu. Ia juga memancarkan cahaya berkelipan yang membuat tempat itu lebih hebat.

“Cantiknya…..” Kata Raven kegum.

“ya memang cantik…” kata Ean bukan tujukan kearah bintang tapi perempuan di depannya.

“lepas ni apa pula? Takkan bintang je sepanjang jalan?”

Sulfur menarik sengih. “Lepas ni bahagian yang aku tak suka.”

Raven menjungkit kening mendengar ayat Sulfur dan memandang Ean minta penjelasan. “Apa seterusnya Ean?”

Ean tersenyum manis. “Kau akan nampak tak lama lagi..”

Boat itu mengikut arus air bergerak kehadapan dan akhirnya tiba di satu bahagian terowong yang membuat Mata Raven terbeliak besar. Entah apa dia nak cakap, gembira? Terharu? Atau….

“Tunnel of Angels. Bahagian ni ada lebih 50 lukisan Angel terlukis. Dari Cupid ke Elders tapi yang paling banyak Cupid.”

Raven memerhatikan Angel itu satu persatu. Dia seperti budak kecil yang tak boleh duduk diam! Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia nak lihat setiap satu! Sehingga perahu kecil itu bergoyang.

Sulfur pula mencebik. Apa istimewanya Angel tu hingga semuanya kau nak nampak? Mereka tak lah hebat sangat pun desis hatinya marah.

Ean hanya tersenyum melihat Raven menikmati saatnya. Dia rasa seperti seorang abang yang bawa adiknya ke sini. Haaaiiiikkk…. Lain dari planning.

Raven akhirnya duduk diam apabila Tunnel of Angels itu berakhir dan dan masuk ke Forest Night. “Wah…. Cam real lah tempat ni.” Sekali lagi Raven kagum.

“Nak tahu tak apa tujuan Tunnel ni dibuat?”

Sulfur dan Raven memandang kearah Ean. Takkan dia nak beritahu? Atau dia.. Oh Sh*t desis hati Sulfur mula risau.

“Untuk apa?” Sulfur menutup telinga Raven tapi Raven menepisnnya. “Bukan untuk melihat karya yang cantik ke?”

“Tak, untuk pasangan kekasih.”

Raven sedikit terkejut. “Tempat orang Dating?”

Ean mengangguk. “Dan… errmmm….” Inilah masa yang sesuai Ean, kau mesti lakukannya! Kau kena buat! “Aku…. Raven, Aku sebenarnya.. S.. um.. Sukakan- AH!!”  Ean terjatuh kedalam Air secara misteri(?)

Raven mula cemas melihat Ean yang jatuh kedalam air dan menjeling kearah si Devil. “Sulfur! Apa kau buat ni?”

Sulfur mengangkat bahu buat muka innocent. “Apa? Aku ‘ter’tolak dia. Tak di sengajakan.”

Ean muncul dari Air dan berpaut pada Boat itu. Habis Ean basah kuyup, rambut spikynya dah rosak akibat air. Raven menahan ketawanya melihat muka Ean yang shock.

“Ka-kau okay ke?” Soalnya masih dapat tahan gelaknya.

Ean menggoyangkan kepalanya cam anjing keringkan bulu, hasilnya? Rambut kusut masai. Raven akhirnya melepaskan ketawanya melihat keadaan Ean sekarang. “Kau- kau patut… haha nampak muka.. hahaha kau sekarang!” ketawanya pecah perut. Dia berputar membelakangnya Ean kerana tawanya tak pandai redah. 

“Sul, kau na-nampak mukanya tu…. Hahah…” katanya berbisik.

Sulfur turut ketawa melihat keadaan Ean sekarang. “Kesihannya!”

“Oh… kau ketawa ya…” Ean masukkan tangan kanannya kedalam air dan percikkan Air ke muka Raven. “Ambik kau!”

“Ah! Ean. Stop!” Raven menutup mukanya. “Stop!!”

Ean terus percikkan air ke muka Raven. No mercy my friend, aku basah, kau pun kena basah!

Sulfur hanya ketawa pecah perut melihat Muka Raven yang basah kuyup. “Jangan Risau Contractor! Kau tetap cute! Hahahahah!”

Raven mencebik. Kau tak membantu betullah! marah Raven, tapi Akhirnya dia tertawa juga. Inilah hari yang paling Best dalam hidupnya.

<><><><><><><> 

Sky sedang melakukan rutin hariannya iaitu memantau Bandar tersebut. Tugas seorang Angel Fortuitea tidak akan pernah berhenti.  Sebenarnya, dia ada misi sampingan; iaitu mencari di mana  Half Blood itu berada.

“Sky, kau serius sangat kenapa?” Soal Blossom melihat muka Sky yang tegang setiap kali turun ke dunia manusia.

Sky menggeleng. “Nothing. Takut terlimpas pandang.” Katanya dengan senyuman manis dan mengeratkan peganggannya pada tangan Blossom.

Haaa… semenjak mereka dua ni dah official lovers… mereka selalu turun bersama-sama. Jika Blossom ada tugas, Sky akan temankan dia dan akan hantar dia semula ke Heaven setelah kerja Blossom dah tamat. Selepas itu, Sky sambung kerjanya  di Dunia manusia. Walaupun memenatkan, dia tak pernah mengeluh.

Blossom terhenti dan Sky tertarik apabila dia terlihat sesuatu yang sangat mengujakan! “Couple Dongeng tu!!” Jeritnya happy. “Sky, Jom nampak apa mereka tengah buat. Mungkin dating tak?”

Sky mengangguk dan mereka turun ke bawah mengintip Raven dan Ean sedang berjalan di tengah Bandar.

Tapi langkah mereka terhenti apabila melihat seekor Devil mengekori mereka berdua. “itu… Sky, itu Sulfur!”

“ya, aku tahu tu tapi apa dia buat dengan mereka berdua?”

“Buat apa lagi? Tengah kacau daun lah! Dia nak rosakkan dating mereka!”   Rungut Blossom minta Sky berbuat sesuatu.

Namun, Sky hanya kaku melihat kejadian di hadapan matanya. Apa patut dia buat? Lawan Sulfur sedangkan Raven adalah Hal Blood devil? Tak halang nanti Blossom syak pula. Kalau dia syak siapa Raven sebenarnya tentu dia beritahu pada Elders dan berlaku lagi perbalahan tentang Half Blood.

“Tapi…” Sky akhirnya bersuara. “kau tunggu di sini.” Sky akhirnya buat keputusan untuk berhadapan dengan Sulfur. Dia perlukan kepastian yang jelas.

Dia terbang laju mendekati Devil itu tapi berjaga-jaga supaya Raven atau Sulfur perasan. Apabila dah dekat, Dia menarik Sulfur kebelakang meninggalkan Raven dan Ean bergerak pergi.

“What the Hell! Apa kau tengah buat ni!” jerit Sulfur marah.

Sky menutup Mulut Sulfur dan memetik jari, mereka berdua lenyap di depan mata.

Blossom mencari sekeliling di mana keberadaan mereka berdua tapi tidak di temui. “Sky, kau kenapa?” Dia risau tentang Sky. Dari mula hingga sekarang dia risau. Entah kenapa perasaannya tak enak setiap kali dia bersama Sky di dunia manusia.

Sementara di suatu laluan sempit antara dua bangunan, Sulfur di lontar ke dinding oleh Sky sebaik sahaja mereka sampai di tempat itu. Sky mencengkam collornya. “Apa hubungan kau dengan Raven?”

Sulfur rasa kepalanya sangat sakit tapi dia sembunyikannya dengan senyuman sinis. “heh? Contractor tu? 
Nothing Special, dia kenalan aku je.”

Sky menghentak Sulfur di dinding sekali lagi. “Kenapa kau panggil dia Contractor?”

That’s it! Kau ingat aku ni mainan ke di hempap ke dinding sesuka hati kau?

Sulfur mencengkam Collor Sky. “Dengar sini White Rooster. Takkan kau tak tahu tentang perjanjian antara manusia dan Devil? Itu namanya Contractor!”

“Jadi dia bukan half blood?” sulfur menarik sengih. “Dengan siapa dia buat perjanjian? Dengan kau ke?”

“Mungkin… Mungkin tidak. Kenapa kau nak tahu sangat tentang dia?” Sulfur melepaskan cengkamannya begitu juga Sky. “Oh… kau dah jatuh cinta dengan manusia tu?”

“Aku? Tak, aku ada hal mustahak dengan budak tu.” Kata Sky meluat dengar ayat Sulfur. “Kalau kau bukan si pengikat janji, jadi siapa?”

“Aku takkan beritahu. Aku baru kenal dia dua hari yang lalu dan aku tahu tu dari ternampak dia dengan seorang Devil. Mereka buat misi bersama, dari situ aku tahu.”  Sulfur mengembangkan kepaknya. “Aku dah berjanji dengan  dia aku takkan bersuara apa-apa tentang dia tapi nampaknya kau tahu serba sikit tentang dia. Tentu kau kenal dia juga kan? Dengan cara apa?”

Sky menggeleng tidak akan meludahkan perkara itu dan terbang pergi.


Sulfur tertawa kecil. “Kau boleh sembunyikannya tapi aku boleh nampak. Kau ada hati dengan Contractor tu. Boleh tahan si Raven ni. She’s making me want her even more than before…”

Comments

Popular Posts