Unexeption: Ten
Claw berada di suatu bilik gelap, bergari
di tangan atas kepalanya. Entah dah berapa hari dia berada di sini, seminggu
atau lebih? Entahlah. Dia hanya di gantung di tempat itu, dia rasa cam nak
mati. Begitu lemahkah Devil termahsyur ini desis hati Claw tertawa kecil.
Dia gila, memang dah gila. Tetiba cahaya
putih memancar kearahnya membuat dia berteriak kesakitan dan mak oi silaunya!
“Hoi! Turn of the D*mn light!” jerit Claw
marah. Dia dah cukup terseksa di tempat tu, sekarang Holy light pula? Nak bunuh
dia ke? eh? Kemungkinan besar itu yang mereka nakkan.
“Diam Devil! Kau sepatutnya dah mati tapi
kenapa kau masih bertahan? Tiada devil yang akan selamat sampai ke hari ini
kalau mereka di Heaven.” kata Firold marah.
“Well, aku kan Devil yang baik.” Katanya
berjenaka membuat hati Firold tambah panas. “Apa tujuan kau datang sini. Kau
tahu aku takkan jawab soalan kau tu kan?”
“Kau ada tetamu.”
Claw tertawa kecil. “Siapa nak lawat Devil
in Heaven?” Mata Claw terbeliak melihat siapa yang masuk kedalam bilik hukuman
itu.
“Claw…” kata Lady Rya dengan riak wajah
sedih. “Firold, tolong tinggalkan kami sebentar?”
Firold mengangguk. “Aku tunggu di luar.”
Setelah Firold keluar dari bilik kecil itu
Lady Rya berlutut depan Claw yang berlutut dengan tangan di gari atas kepala.
“Claw, kau tahu kenapa aku di sini kan?” Soalnya berbisik supaya Firold tak
mendengarnya dari luar.
Claw menggeleng lemah, dia sebenarnya dah
tak boleh tahan di dalam penjara keramat tu tapi dia kena bertahan. Siapa nak
jaga Raven giler tu kat dunia manusia?
“Claw!” jeritnya berbisik. “Kau tahu di
mana Vyle kan?”
“kenapa kau cari dia?” soal Claw menjadi
serius, sepatutnya dia nak tanya Lady Rya, ‘bagaimana kau tahu pasal Raven’
tapi rasa marahnya membuat dia soal lain.
Lady Rya terkejut. “Dia masih hidup? Dia
dengan kau ke?”
Claw menarik sengih, pernafasannya semakin berat.
Aku tak boleh mati di sini… desis hatinya. “Mungkin ya, mungkin tidak. Kalau
kau jumpa dia sekali pun, apa kau akan buat kat dia?”
“Claw, Dia anak aku! Vyle di mana?”
Claw tertawa besar mendengar ayat Lady Rya.
“Mama Vyle rupanya…. Aku hairan kenapa kau biarkan Rin mati di tangan spisis
kau sendiri dan tinggalkan anak kau yang tak bersalah tu di dunia manusia
dengan Devil yang terkejam dalam underworld?” Claw menarik nafas dalam, matanya
bercahaya merah menunjukkan rasa marahnya. “Kau tinggalkan dia selama 1000
tahun dengan rasa ketakutan dan persoalan yang tidak pernah terjawab, biarkan
dia mengalami mimpi buruk tentang kematian Rin. Dia terseksa dengan dirinya
yang sebenar. Dia soal aku benda yang sama setiap hari berulang-ulang kali
tanpa henti. Kenapa kau tinggalkan dia? Kenapa dia lain dari yang lain? Adakah
kau tinggalkan dia sebab dia half blood devil yang lebih jijik dari half blood
lain dalam dunia ni? Atau kerana dia memang tidak layak hidup dalam dunia?
Dia menjadi lebih mengerikan setiap saat
dia cuba mencari jawapan tu, dia makan hatinya sendiri hingga dia tidak tahu
apa nak buat dengan hidup dia. Kau tahu tak betapa susahnya nak kawal dia bila
dia bertukar menjadi seekor raksasa?!” katanya panjang lebar. “KAU ANGEL YANG
TERHODOH YANG PERNAH AKU JUMPA!!!”
Firold terus masuk kedalam bilik itu dan
menendang muka Claw. “Jaga mulut kau! Kau nak dihapuskan ke!”
Claw meludah darah dari mulutnya. “bunuhlah
aku kalau kau nak nampak dia bertukar menjadi seekor raksasa sekali lagi. Dia
sangat rapuh, budak 6 tahun yang bersemangat tinggi dah rapuh dan bila-bila
masa sahaja boleh pecah berkecai.” Claw tertawa besar. “kalau itu berlaku, dia
akan bunuh apa sahaja di depan matanya. Devil, Angel, Manusia dan makhluk lain
takkan boleh hentikan dia….” Claw memandang Lady Rya. “Rosella, kau telah
melahirkan seekor Luciefer…”
<><><><><><><>
Cyrus mendarat di tempat bekas letupan itu
dan melihat sekeliling. Ramai manusia mati di tempat kejadian dan ambulance,
polis dan bomba datang untuk menyelamatkan tempat itu. “Ambil roh yang
beterbangan.” Katanya memberi arahan dan tiga dari sedozen Angel bergerak
memetik roh-roh itu. Cyrus memandang kearah Raven, bukan dengan wajah cool and
slamber tapi menggerunkan dan menakutkan.
“Listen, aku tak tahu siapa kau tapi kau
kena di bawa ke heavens untuk di hapuskan. Kau tahu yang kita perlukan
keseimbangan dunia untuk teruskan hidup?”
Raven mengangkat bahu tidak seberapa kisah.
“Sorry tapi aku tak kisah pasal semua tu. Aku ada goal untuk di capai dan tiada
sesiapa boleh halang aku untuk buat ia menjadi kenyataan.”
Cyrus berdecit. “Kau gila Devil…”
Raven menjungkit kening. “Devil? Haaa… ha-ha-hahaHAHAHAHAH!!!!”
Dia melontarkan kepalanya keudara dan ketawa sekuat hatinya. Raven senyuman sinis. “Aku lebih hebat dari Devil.” Dia memandang Cyrus
dan mata mereka bertentangan.
Raven rasa sesuatu tentang Cyrus. Dia tidak
tahu apa tapi sepertinya ada ikatan…. Oh my…
Tanpa di sedari air mata raven jatuh ke
pipi dan rasa marah bergeledak dalam hatinya. “Aku tak faham…. Kenapa?”
Cyrus rasa hairan, kenapa devil di depan
matanya ni yang ketawa bangga tetiba menangis?
Raven bergerak di hadapan Cyrus sepantas
kilat dan mencengkamnya di leher. “Kau.... kenapa? Dia…” Air mata bergelinang
turun dengan deras ke pipi. Rasa marah yang amat menggeledak dalam hatinya.
Komrad Cyrus segera memisahkan Raven dari
membunuh Cyrus dengan menendang Raven di muka dan dia terheret di tanah.
Cyrus terbatuk buat beberapa kali sebelum
berdepan dengan Raven semula. Dia hairan, kenapa Raven tidak melawan selepas di
tendang?
Kenapa? Dia… mama… dia ada keluarga di
heavens? Tentu dia gembira di atas sana dengan keluarga barunya. Adakah dia
tinggalkan aku dengan papa sebab dia ada lelaki lain? Dia tinggalkan kami? Dia
tinggalkan aku? Dia….. dia……. Dia bukan mama aku!! Jerit hatinya marah.
Jantunnya berdegup kencang, darahnya mengalir ke seluruh badan dengan deras,
dia marah, sangat marah hingga hilang kewarasannya.
“benci…. Aku benci Angel!!!” Katanya
separuh sedar dan bangun dari tanah yang kotor itu. Sayap hitamnya keluar dari
belakangnya, matanya bertukar merah dan giginya tumbuh taring, di tambah dengan
muka yang mengeluarkan urat-urat hitam. ini membuat Miey bertukar menjadi Chibi
bear. Dia berada di bahu Raven.
“Rav! Snap out of it!!” jerit Miey di
telinganya.
Raven tidak memberi sebarang respon dengan
jeritan Miey, dia hanya memandang Angel yang dalam ketakutan di hadapannya
saja.
Miey memandang kearah Angels itu. “Lari
bodoh!!!”
Cyrus tersentak dan terbang keudara.
“Berundur sekarang!!” dengan arahan
pegawai atasan, komrad yang lain terbang pergi menyelamatkan diri namun Cyrus
tidak. Dia tak tahu kenapa tapi dia tidak boleh lari dari Raven. Kenapa? Apa
yang buat dia cam ni?
“mama ada dia…. Mesti dia tak pernah
fikirkan aku…. Dia dah bahagia bersama dia…” katanya tertawa kecil tapi
menangis. Dia menuding jari kearah Cyrus. “Mama…. Dia okay tak?”
“Huh?” Cyrus buntu, kenapa dengan perempuan
ni?!
Mata Miey terbeliak besar mendengar ayat
Raven dan kaki Devil kurang waras itu bergerak perlahan mendekati Cyrus.
“He-Hey!” jerit Miey kepada Cyrus. “Terbang
ke Heaven sekarang!”
“Apa? kenapa aku har-”
“BUAT JE LAH!!” Jerit Miey dan Raven
terbang mengejar Cyrus yang berada tinggi di udara.
Tanpa membuang masa, Cyrus terbang sahaja
mengikut kemahuan Miey. Dia terbang tinggi sepantas kilat menuju ke heaven
melimpasi langit ke tujuh.
Tiada devil di benarkan naik ke langit ke
tujuh dan pelbagai halangan yang Raven terima. Petir ingin menyambarnya, rebut
taufan menghalangnya tapi semua itu seperti satu perkara yang sangat mudah
untuknya untuk mengelak.
“Terbang! Jangan sampai dia dapat kau!”
jerit Miey yang turut risau. Apa rancangan Miey?
“Tsk! She’s crazy!” Rungut Cyrus teruskan
perjalanannya ke heaven walaupun sedikit sukar dengan ada devil mengejar dari
belakang dan patung pelik menjerit seperti orang gila.
Miey memandang kearah wajah Raven yang
kelihatan seperti orang hilang waras. “Harap ini akan menjadi. Tolong buat ini
menjadi….”
Sementara di Heaven, para Angel menjalankan
rutin biasa mereka seperti hari-hari biasa dalam Heavens. Di Paradise park,
Blossom, Breeze, Lay, dan Sky sedang menikmati hari cuti mereka dengan aman
malangnya Light tidak boleh join mereka sebab dia kena berhadapan dengan Zeus
kerana Guardian Kidnya dah mati disebabkan kelalaiannya. Tetiba, heaven gate terbuka
dengan kasar oleh Cyrus. Lelaki 800 tahun itu berguling di lantai heavens. Dia
kepenatan, bajunya koyak rabak dan berlumuran dengan darah.
Semua orang hairan melihat keadaan Cyrus.
Dia mengembangkan sayapnya dan berdiri di hadapan Heavens Gate. Dia tak tahu
apa makhluk kecil itu rancangkan tapi mahu tak mahu dia mengikut rancangannya
untuk menyelamatkan dunia manusia.
Sky dan yang lain mendekati Cyrus. “Tuan?
Apa dah jadi?” Soal Lay cemas.
Cyrus menggeleng. “be careful, luciefer
datang nak ke sini.”
“Apa?”
Mereka memandang kearah heaven gate itu dan
kelihatan bayangan seseorang bersayap hitam dengan senyuman menggerunkan. Dia
kelihatan seperti seekor raksasa.
Mata Sky terbeliak bulat melihat sayap
hitam itu. “Raven….”
……
Claw tetiba merasakan sesuatu yang
berdekatan. Dia tahu apa itu, perasaan apabila devil berdekatan dan hanya satu
devil sahaja yang boleh sampai ke sini. “Dia….” Claw memandang kearah Lady Rya
dan Lord Firold. “bawa aku ke heaven Gate….” Katanya dengan nafas berat.
“UNtuk apa?” soal Lord Firold tidak yakin.
“Apa muslihat kau?”
“TIADA MUSLIHAT! Kau nak teruskan
keseimbangan dunia atau tidak!!”
“Baiklah.” Lady Rya membuka besi gari Claw
dan menarik gari Claw keluar dari penjara maut itu bersama dengan Claw.
“Rya, kau dah-” Ayat Firold tergantung
apabila melihat wajah risau Lady Rya. Itu riak wajah yang paling di takuti oleh
para Angel yang lain. Lady Rya tidak pernah menunjukkan wajah risau atau
takutnya kepada sesiapa sahaja. Kalau itu di tunjukkan, ada sesuatu yang tak
kena.
Mereka tiga tiba di hadapan Heaven Gate dan
terlihat Cyrus cedera, bersama dengan Angel muda. Mereka bertiga melihat siapa
berada di depan pintu heaven itu.
Claw terkejut habis melihat sejarah
berulang lagi. “Apa…. Siapa yang bangkitkan Luciefer?” nada Claw bergetar habis
melihat Raven.
“Itu… Vyle?”
Claw mengangguk ketakutan. “Dia perlu
dihentikan… sebelum terlambat.”
Sementara Miey ternampak Claw di dalam
Heaven bergari dengan dua Elder Angel. “Rav! Rav! Mereka dapat Claw!”
Raven yang hilang kewarasan tersentak. “Ap-Apa
dah jadi?” Dia perasan yang dia keluarkan sayap hitamnya dan juga berada di
hadapan heaven gate. “Miey….” Matanya jatuh kearah pak ciknya. “Claw….” Dia
menggenggam erat penumbuknya. Bagaimana
mereka boleh dapat Claw? Apa dah jadi di sini? Mereka akan hapuskan Claw ke?
tidak… tidak! Jerit hatinya.
Firold bergerak kehadapan mereka semua
sambil menarik Claw. “Kau akan jadi tebusan. Kau tahu pasal budak ni kan?”
Claw tersenyum sinis. “Kau memang licik.”
Sky dan Breeze melihat papa mereka bergerak
ke depan mereka dengan seekor Devil. Mengapa? Apa papanya nak buat?
“Luciefer!” jerit Firold kearah Raven.
Lu…. Luciefer? “Miey, dia maksudkan aku
ke?” soalnya berbisik.
Miey mengangguk takut. Dia memeluk Raven
dengan erat. Tolong janganpanggil Raven cam tu… dia dah tak boleh terima
sebarang seksaan. Dia tak boleh… desis hatinya risau Raven tambah terluka.
Jangan bangkitka Devil sebenar Raven.
“Menyerah kalah dan kami akan lepaskan
devil ni.” Dia menarik Claw ke depan. “Speak up Devil.”
Claw menjeling kearah Firold dan memandang
Raven dengan senyuman tawar. “Hey girl, kau nampak hodoh.” Katanya tidak
bermaya. Heaven menyeksanya. “bukan kau cakap kau tak nak… *Cough* …. Jadi
Devil ke?”
Raven terkejut mendengar Claw terbatuk. Ia
buat dia cemas. Tapi kalau dia bergerak melulu,
tentu Claw akan marah dia. Dia rasa nak menangis sekarang. “Claw….
Kenapa kau tak cakap kau….”
“Kid, aku masih boleh hidup tanpa kau. kau
je tu tak boleh hidup tanpa aku. Sekarang…” Claw menarik nafas berat. “lari.”
“apa?” Firold menarik Claw membuat Claw
terjatuh di lantai. “Jangan dengar cakap dia Luciefer. Kau nak dia selamat atau
tidak?”
Raven membuat penumbuk marah kepada Elder
di hadapannya. Dia tambah benci Angel. “Apa kau nak?”
“Menyerah kalah, turun ke sini dan berlutut
depanku.” Kata Firold dengan tegas.
Sky tidak percaya apa yang dia dengar.
“papa… dia tak-”
“DIam Sky. Ini urusan aku dengan dia.”
Breeze perasan dan memandang kearah Raven.
Dia perempuan yang Sky suka, dia luciefer!
Lady Rya pula tak sanggup melihat semua
ini. Anaknya yang periang dah berubah menjadi Devil, ibu seperti apa dia ni? “Vyle
….” Bisiknya menangis.
Raven akhirnya akur. Dia turun masuk
kedalam heaven. Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di tempat itu, mata merahnya
bertukar kembali, mukanya yang berurat hilang dan gigi taringnya turut lenyap.
Hanya seorang half blood yang bersayap hitam berlutut di hadapan semua para
Angel dan Claw. “Tolong lepaskan Claw….” Katanya dengan nada bergetar. Dia
takut… dia takut kalau-kalau Claw akan terbunuh seperti papa dan Ean.
“Stupid Squirt. Aku cakap lari-uwwwfft!”
Firold menyiku perut Claw membuat Raven mengangkat sebelah kaki.
“Jangan bergerak kalau tak dia mati.” Kata
Firold mengancam.
“Jangan sakiti dia!” urat di mukanya
kembali lagi. Dia cuba bersabar, dia cuba untuk tidak buat benda bodoh.
“Lady Rya, tidurkan dia.” Kata Firold
membuat Lady Rya terkejut.
Aku? Desis hatinya risau. Dia tak sanggup
berdepan dengan Raven, dia takut. Walauapapun, dia tetap berjalan melimpasi
Firold untuk menyelasaikan arahannya.
Raven perasan siapa perempuan yang
mendekatinya dan terduduk terkejut. Dia tak tahu apa yang dia patut rasa,
marah? Sedih? Kecewa? Terharu? Atau…. Menangis?
Akhirnya setelah sekian lama merindui
mamanya, dia dapat berjumpa dengannya. Tapi apabila terkenangkan Cyrus, dia
kembali marah. Kenapa mamanya tinggalkan dia? Hanya sebab ada lelaki lain!!
Lady Rya ingin menyentuh wajah Raven tapi
Raven segera meronta dan menolak Lady Rya darinya. “Pergi! Aku tak nak di
sentuh oleh kau!!” katanya menolak Lady Rya. “Kau menjijikkan!”
Lady Rya ingin menangis mendengar anaknya
membencinya. “Sayang….”
Dia ingin memegang tangan Raven tapi half
blood itu menepisnya dan segera bergerak sepantas kilat menangkap Claw, Dia terbang
turun keluar Heaven.
“Vyle! Vyle!” Lady Rya bangun dan terbang
ke Heaven gate tapi dia tidak boleh melimpasi pintu itu kerana ada pelindung
halimunan. Dia mengetuk-ngetuk dinding itu sambil menangis teresak-esak. “Vyle!!
Jangan pergi VYLE!!!” jeritnya sekuat hati.
“Dia melarikan diri!” Firold ingin
mengejarnya tapi di halang oleh breeze. “Breeze! Lepaska-”
Breeze menggeleng. “Lady Rya…. Panggil dia Vyle...”
Katanya melihat Lady Rya menututp muka dan menangis teresak-esak. Kenapa Raven di panggil Vyle? Oh tidak…. Dia
ke perempuan yang menghantar surat tu kepada kami?
Cyrus yang tercedera segera mendekati
mamanya dan menyentuh bahunya. “Mama, jangan risau… Cyrus akan tangkap dia dan
hapus-”
“Tak!” kata Lady rya segera. “Jangan, kau
tak boleh hapuskan Vyle! Cyrus, kau kena janji dengan mama, bawa Vyle kembali
ke sini. Walauapapun berlaku, bawa dia ke sini!”
“Kenapa? Mama kenal ke dengan perempuan
tu?” soal Cyrus hairan.
Sky pula terkejut habis. Kenapa Lady Rya
nak Raven selamat? Kenapa dia di panggil Vyle … adakah…. Adakah dia Mama Vyle?
Kalau itu betul, Raven adalah Half Angel, Half Devil… Raven ialah Fallen Angel.
<><><><><><><><><
Raven dan Claw jatuh laju dari heaven ke
bumi. Raven memeluk Claw dengan erat dan menangis secara senyap. Dia tidak
dapat terima apa yang dia nampak ini hari. Mamanya ada anak? Lelaki itu adik
dia? Kenapa Mamanya sanggup buat cam tu?
Claw yang sakit mengeluh. “Rav, kau okay?”
Raven menggeleng dan memeluk Claw lebih
erat dari sebelumnya. “Claw….. aku benci hidup aku…”
Claw memandang kearah Miey yang berpaut
pada baju Raven. “Miey, kenapa dengan Raven? Dia teruk.”
Miey menunjukkan wajah murung. “Ean,
manusia yang Raven suka dah mati depan matanya seminggu yang lepas. Dia dah nak
hancur.”
Apa? EAn? Bagaimana? Desis hatinya
terkejut. Dua orang yang paling dia sayangi mati didepan mata. Nasib baik Claw di
selamatkan kalau tidak tentu dia mati di depan mata Raven juga. Kalau itu
terjadi, dia tak tahu apa yang akan berlaku pada Raven. Mungkin devil
sebenarnya akan menguasai diri dan Luciefer akan menghancurkan segalanya. Tentu
dia rasa terseksa setelah mengetahui mamanya ada anak lelaki. Tentu dia sedih,
Rosellah…. Kau nak rosakkan anak kau sendiri ke? desis hati Claw membalas
pelukan Raven.
“Dah-dah…. Semuanya akan okay Rav. Kau akan
tempuhinya dengan selamat, aku tahu kau boleh. Papa kau tahu kau boleh.”
Notification!!
Para
Angel memanggil akhluk half Angel dan Half Devil ialah Fallen Angel, makhluk
yang tidak patut wujud dan mempunyai kuasa istimewa iaitu memikat lelaki di
sekelilingnya dan sangat merbahaya.
Manakala
Para Devil pula memanggil Half Angel dan Hald Devil pula Luciefer, seperti yang
di katakan boleh memikat hati yang memandang tapi sangat berbaloi untuk mereka
kerana Luciefer adalah raksasa yang terkuat dan boleh memusnahkan alam untuk
mereka.
Best sesangat...
ReplyDelete