Unexeption: Twelve

Blossom berada di Central park di Bandar manusia. Dia dalam bentuk manusianya dan merenung jauh tenggelam dalam lamunannya sendiri. “Kenapa aku bodoh sangat?” katanya pada diri sendiri. Sudah 600 tahun dia hidup dengan Sky, kenapa dia tak nak terima kenyataan yang Sky tidak cintakan dia dan tidak akan pernah?

Apa yang buat dia kejar-kejarkan sangat Sky tu? Mungkin kerana Sky telah selamatkan nyawanya dari Luciefer tu? Apa namanya? Oh ya, Vyle… desis hatinya.  “Apa adanya luciefer tu yang aku takda?” dia menghembus nafas. Sekarang, Vyle dah menjadi popular di merata tempat dan menjadi buruan para Angel serta, tak di sangka-sangka, Devil juga sedang menjejak Raven. Untuk apa? mungkin nak kuasa devilnya. Mitos mengatakan kuasa Fallen Angel is more powerful than the Angel or the Devil.  Sky jatuh cinta dengan perempuan luciefer ni sejak bila? Desis hatiya risau.

“Bloss, kenapa murung ni?”

Blossom tersentak dari lamunannya dan memandang tepi. Dia lontarkan sebuah senyuman manis. “Sky, ready for out date?”

Sky mengangguk. “Well, yeah…. Kau nak kemana dulu?”

Nampak? Dia tak nampak teruja walau sekali pun. Aku memberi senyuman biasaku. “Apa kata kita ke…. Mall?”

Dia mengangguk dan menghulurkan tangan kepadaku. Dia nak pegang tangan ku seperti mana couple lain. Aku menyambut tangannya dan kami berjalan seiringan ke Center Shopping Mall.

“Woah….. Sky, jom ke kedai baju tingkat 3! Aku dengar design kat kedai tu semua fresh!”

“Okay.” Dia tersenyum manis tapi mindanya jauh ke tempat lain, apa yang Sky fikirkan sekarang? 

“Jom lah Blossom, apa kau tunggu lagi.” Sky menarik tanganku dengan senyuman manis. Aku balas senyumannya dan kami pergi ke tingkat tiga di mana kedai itu terletak.

Kami masuk ke dalam dan well, well, well…. Memang cantik designnya tapi harganya pun cantik juga. Cekik darah! But, aku tak kisah sangat. Aku mula memilih baju yang aku nak pilih. Setiap helai kain ku selak untuk mencari baju mana testku. Susah juga sebab kebanyakannya terlalu moden dan mature. Aku tak suka nampak tua… sebab umur aku 600 tahun. Aduh… dah kira tua di dunia manusia.

“Sky! Cute tak aku dalam baju ni….” Aku terhenti apabila melihat Sky menyentuh sehelai kain baju yang berbaris di rak baju.  Dia kelihatan sedih dan terfikirkan sesuatu. Adakah baju tu ada kaitan dengan apa ada dalam fikirannya?

“Sky…. Heaven to Sky, can you call?” 

Sky tersentak dan memandang kearahku. “Aku kata… okay tak aku dengan baju ni?” kata ku mencebik buat-buat teruja. Sebenarnya aku sedih tapi kalau aku tunjukkan perangai, adakah Sky akan kejar aku atau biarkan aku menghentak kaki pergi?

“Ya, boleh pakai baju tu untuk aku?” katanya sambil mengankat kening double jerk. Dia buat jantungku berdegup laju lagi..

“A- Ok! Tunggu di sini!” Aku terus masuk kedalam  fitting room try baju ni.

Sky memandang Blossom masuk kedalam fitting room dan mengeluh. Dia tak boleh berhenti fikirkan tentang Raven. Setiap sudut dia lihat sekitar Mall tu, tentu bayangan Raven bersamanya sedang Shopping bersama dengan Sulfur sekali. Ruin the mood tapi ia kenangan manis antara mereka bertiga …

“Aku SUKA Raven”

Sky mengeluh. bayangan Sulfur yang turut cintakan Raven, tidak mustahil kerana Fallen Angel memang makhluk yang boleh memikat hati lelaki di sekelilingnya. Apa khabar Raven sekarang? Dah setengah tahun lebih dia tak nampak Raven. Sulfur? Ya, dia ada jumpa Devil tu tapi hanya sesaat dua, terserempak beberapa kali time buat misi.

“So how do I look?”

Sky tersentak dari lamunannya dan tersenyum nipis. “You look cute. So, lepas ni nak ke mana?”

Blossom rasa seperti Sky tak mahu keluar dengan dia sekarang ni. Sky, kenapa dengan kau? kenapa kau tak boleh lupakan perempuan tu?

Blossom menggeleng kuat kepalanya tidak mahu dirinya sedih. Dia tahu dia boleh kembalikan hati Sky kepadanya semula. “S-Sky! Apa kata kita nonton wayang? Nak tak?”

Sky yang di kaunter bayaran, membayar baju Blossom mengangguk. “Okay. Movie apa kau nak nonton?”

Blossom rasa hatinya tambah sakit. Sky, kau terlalu baik tapi kebaikan kau sakitkan hati aku!

Sky menghulurkan tangannya. “jom lah, takut barisan kat counter tiket panjang pula.”

Blossom memandang tangan Sky dan dengan ragu-garu dia mengambil tangan itu. Akhirnya, dia menarik balik tangannya. “Tak…. Sky, ini dah cukup.”

“Hmm?” Sky tidak faham. “Kenapa ni Blossom?”

Blossom memandang kearah Sky dengan mata yang berkaca. “Kenapa? Walaupun kita dah berpisah, kenapa kau masih baik kat aku? Apa yang kau cuba buat ni Sky?”

Senyuman Sky bertukar menjadi serba-salah. “Aku…. Tak tahu, aku Cuma tak nak lihat kau bersedih, itu je.”

“Tak Sky, apa kau buat ni semua hanya buat aku tambah sedih!!”

Sky terkejut dan tambah rasa bersalah. “M-maafkan aku Blossom aku….” Sky mengeluh panjang. Otaknya sekarang bercelaru, entah apa dia nak buat sekarang. Dia nak lupakan Raven tapi setengah dari dirinya tak nak. Dia nak cari Raven tapi keadaan tidak membenarkan kerana dia sekarang di bawah pantauan kerana takut Sky bersubahat dengan Fallen Angel.

Blossom mencapai tangan Sky dan mencium pipinya. “Aku faham. Kau cintakan ‘dia’ kan? Aku yang sepatutnya minta maaf sebab paksa kau untuk cuba cintakan aku selama ni.” Katanya berbisik.

Sky sedikit terkejut. “Selama ni? Maksud kau…. berapa lama kau tahu aku suka ‘dia’?” mereka tak boleh sebut nama Raven sebab takut kalau-kalau ada Angel dalam penyamaran untuk intip mereka.

“seminggu selepas aku jadi Gf kau.” kata Blossom dengan senyuman tapi hatinya sangat sedih. Dia buat wajah ceria itu untuk membuat si pengintip ingatkan mereka masih berhubungan. So lovey-dovey gitu.

Sky tertawa kecil. “jadi selama 3 bulan kita bersama, kau masih nak jadi Gf aku walaupun setiap saat aku dah lukakan hati kau?”

Blossom mengangguk dia rasa nak menangis tapi dia cuba tahan. “Aku faham yang kau nak lupakan dia dengan cara keluar dengan aku. Aku faham dan cuba buat kau jatuh cinta kat aku tapi…” Blossom tertawa kecil, suaranya menggeletar. “Kau…. cinta kau kat perempuan tu… susah nak di hapuskan. Forbidden Love akan berlaku lagi.”

Sky tertawa kecil dan memeluk Blossom. “Thanks Blossom. Kau patut bahagia dengan lelaki yang lebih baik dari aku dan…” Sky tertawa. “Rasanya Forbidden love tak sesuai. Cinta tiga segi mungkin lebih baik.”

Sky merenggangkan pelukannya dan melihat Blossom tertawa kecil. “kenapa kau ketawa?”

Blossom menggeleng dan mengelap air matanya. “Nothing, laughing box ku hidup sendiri.” Dia menangis dalam pelukan Sky tapi bila dengar cinta tiga segi, dia tetiba ketawa. “Aku sokong kau dari belakang Sky. Aku harap kau akan dapat perempuan tu.”

Sky tersenyum gembira dan memeluk Blossom semula. “Aku tak tahu cam mana nak balas jasa kau. Thanks a million Blossom.”

Blossom membalas pelukan Sky. “You welcome. Yang penting bila aku nakkan sesuatu kau kena tunaikan.”

“Tertakhluk pada terma dan syarat.” Kata Sky dan mereka erdua tertawa.

<><><><><><><><><> 

Cam mana aku boleh sampai ke sini? Bagaimana aku boleh terjebak dengan semua ni?  Oh ya…. Ini semua sebab rahsia dah terbongkar, makhluk heaven dan underworld berlegar-legar di dunia manusia untuk mencari Fallen Angel atau… Luciefer?

Aku mendongak memandang The Ruler of Underworld. “Jadi Sulfur, adakah kau tahu di manakah keberadaan Luciefer?”

Luciefer? Heh.. aku tahu aku mungkin dapat tulah tapi Raven bukan Luciefer. “Maaaaaybe.” Kataku seperti watak bad boy yang aku selalu tunjukkan.

Hades, the ruler of Underworld menunjukkan muka ngerinya… well, bagi kami taklah mengerikan sangat, kalau manusia nampak dah tentu terkencing dalam seluar 3 kali sebelum pengsan. “Kau dah terbukti yang kau pernah ada hubungan dengan Luciefer ini, kau tahu tak jika kau beritahu aku di mana dia sembunyi sekarang, kita dapat menguasai dunia manusia dan jadikan mereka hamba abdi kita kan?”

“Hmmm… ya, kami ‘pernah’ ada hubungan 7 bulan lalu tapi sekarang tak lagi. Dia pergi tanpa beritahu aku apa-apa. kalau kau nak korek kepala hotak aku ni pun takda gunanya sebab aku memang tak tahu di mana dia sekarang ni.” Kalau aku tahu pun aku takkan beritahu kat kau. nak gunakan Raven untuk kepentingan kau? Puik! Aku rela belot dari nampak dia dipergunakan.

Hades berdengus. “Aku harap kau tak tipu aku Sulfur. Kau anak muridku yang paling di kagumi dan jika aku tahu kau menipu, aku takkan teragak-agak untuk hapuskan kau, faham?”

Aku mengangguk. “So, can I go now?”

“Get out.”

Tanpa banyak songeh aku keluar dari bilik gelap yang di penuhi dengan cahaya merah itu.

“Sulfur!” tetiba ada suara menggoda memeluk leherku dari belakang. “Don’t you miss me?”

“Miss you?”

Sulfur berputar dan memeluk pinggang perempuan itu. “I’m longing for you.” Katanya dengan nada menggoda.

“Good.” Dia terus menolak Sulfur dan bercekak pinggang. “Sul, kami ingat kau kena penalty oleh Lord Hades tadi. Kenapa kau di panggil?”

Sulfur tersenyum nakal. Mereka berjalan seiringan pulang ke rumah.“Pasal anak Tuan Rin lah apa lagi? Hey, kau ke beritahu kat Hades yang aku ada kaitan dengan dia?”

Sly tersenyum sinis. “Nope, Med yang buka mulut. Dia dah di hapuskan oleh geng kita sebab mulut celupar dia tu.” Sly mengenyit mata. “Did I do a good job?”

Sulfur mengusap kepala Sly dengan kuat. “Yup! Kau memang boleh di harap!”

Sly menolak tangan Sulfur. “See, I told you that you can trust me. So, Abang tiriku yang terbodoh dan terhodoh dalam dunia…. Apa plan kau seterusnya?”

PACK! Satu pukulan kena di kepala. “Diam kau! Aku akan join survey Trup untuk cari dia. Mungkin aku akan lakukan secara solo jadi…” Sulfur mengangkat kening double jerk. “Kau coverkan lagi untuk aku?”

Sly memeluk tubuh, menyentuh dagunya sambil memandang keatas melihat kerak bumi. akhirnya dia memandang kearah Sulfur dengan senyuman nakal. “Apa habuannya?”

“Apa kau nak?”

“Hmmm… tough decision.” Katanya buat-buat muka berkerut. “Apa kata…… nampak cam mana rupa Luciefer tu.”

“Hmmm…” sekarang Sulfur mengusap dagu. “Susahlah… aku nak simpan dia untuk diri aku sendiri je.”

“SULFUR!!”

Sulfur tertawa. “Okay-okay. Aku akan kenalkan kau dengan dia, So… help me?”

“Of Course lah! Aku nak nampak kalau si Luciefer ni ada kuasa menggoda cam mana Mitos mengatakan tentang dia. Kalau ya…. Hehehe” terukir senyuman berniat Sly seperti mana namanya dan tangannya di gosok-gosok.

“Apa kau nak buat?” Sulfur menjungkit kening dapat rasakan Sly ada rancangan tersendiri.

“ambil sehelai dari rambut, sebotol nafasdan setitis dari darahnya.” Katanya dah plan semua dalam minda jahatnya. “Making a perfect love potion.”

Sulfur menggeleng. Tak sudah-sudah dengan Experiment budak satu ni. “Kau nak semburkanya kepada siapa?”

“Hmm? Tak…” kata Sly slamber. “Aku nak jual. Kau tahu tak betapa untungnya kau kalau kau jual dalam pasar gelap di dunia manusia? Kau boleh jadi Billionier!”

Uish…. Lebih gila dari aku sangkakan desis hati Sulfur terkejut.

<><><><><><><><><> 

Lord Hades berada di dalam biliknya sedang menunggu kedatangan seseorang dan akhirnya penungguannya berbaloi juga apabila melihat seekor devil muncul duduk berlutut di depannya. “Lord Hades panggil?”

“Gin, adakah semua dah siap mengikut perancangan kita?” soalnya memandang penolong setianya.

Gin tersenyum memandang tanah. “Hanya menunggu inner planet berbaris dan Luciefer sahaja m’Lord.”

“Bagus… kamu boleh pergi sekarang.” Katanya dengan senyuman puas.


“Yes M’lord.” Dia pun lenyap dari pandangan Hades. 

Comments

Popular Posts