Unexception: Fourteen
Vyle sedang meletakkan beberapa kotak
buah-buahan kedalam lorry kecil. “Epal dua kotak, limau 3 kotak dan….” Vyle
tersenyum manis. “selesai! Linda, aku nak ke pekan!”
Linda keluarkan kepalanya dari pintu rumah
dan mengangguk. “Kirim salam dengan Nenek Mary untuk aku okay! Oh, dan cakap
sorry aku tak dapat datang.”
Vyle memberi signal tangan OK dan masuk
kedalam lori putihnya. Dia mengambil topi putih yang tersedia dalam lori itu
dan memakainya. Vyle pandu pergi dari rumah agam itu dan ke pekan kecil, di
mana letaknya rumah penginapan kecil yang agak popular di tempat itu.
Dia parking kenderaannya di belakang
bangunan rumah penginapan itu dan mengetuk pintu dapur dengan sekotak epal di
tangan. “Nenek Mary… Pesanan buah-buahan dah sampai!”
Pintu terbuka membuat Vyle tersenyum manis
tapi senyumannya pudar apabila melihat lelaki tidak di kenali membuka pintu.
“Kau penghantar tu ke?” Soal seorang lelaki yang menyandar di pintu.
“Kau….” Vyle sedikit terkejut melihat
lelaki di depanya.. dia nampak sangat familiar tapi… “Maaf tapi kita pernah
jumpa ke?”
Lelaki itu menarik sengih. Soalan ni lagi…
desis hatinya. “Sorry, aku tahu kau comel tapi ayat tu tak menjadi sayang.”
Katanya dengan nada mengusik membuat Vyle rasa malu dan marah.
“Ish, Aku serius lah! Ke tepi.” Vyle
menolak lelaki itu ketepi, masuk kedalam dapur itu dan meletakkan kotak
buah-buahan itu di tepi peti sejuk. “Aku cakap betul-betul dia main-main pula.”
Katanya membebel sambil masukkan apple-apple itu kedalam peti sejuk.
“Ye ke?” soal lelaki itu, dia bergerak ke
kaunter sebelah peti sejuk dan menyandar padanya sambil memeluk tubuh. “Oh, kau
kan budak Amnesia tu kan? Tak silap aku nama kau Vyle.”
Vyle menjeling kearah lelaki di tepinya dan
berdengus. “Tahu nama orang. Kau tu? Siapa?”
“Aku? Ean.”
Eh? Cam pernah dengar nama ni desis
hatinya.
Ean menjungkit kening melihat muka Vyle
yang buntu. “Nama aku Ean. E.A-”
“Tak perlu Eja lah!” marah Vyle. “Kau ingat
aku ni apa? Alien dari planet marikh?”
Ean tertawa melihat muka marah Vyle. “Oh,
pandai rupanya. Aku ingatkan kau lupa nak mengeja. Ye lah kan, amnesia….”
Pack! Satu tendangan sampai di kaki Ean.
“Nak aku cabut gigi kau tu ke?!”
“Adduuuuuhh…..” katanya mengerang kesakitan
dan Ean merenung muka Vyle dengan rasa marah.
“Sekarang kau tak Cute langsung.
Kau Monster!”
Vyle membalas renungan Ean sambil memeluk
tubuh. “Kau pula Mr. Pain-in-the-neck!”
“P-Pain???” Soal Ean tahan marah. “Kau tahu
ke aku ni siapa hah budak?”
“B-budak?????” Ini dah melampau ni…. Desis
hatinya marah. “Kau…. Kau… SIA-”
“Vyle!! Cucu kesayangan nenek, bila
sampai?” muncul seorang wanita tua akhir 50-an masuk ke dapur dengan wajahnya
yang sentiasa ceria dan memeluk Vyle. “Oh my, kau dah besar rupanya, apa Linda
bagi kau makan sampai besar panjang cam ni? Kamu tengah diet ke sekarang? Kurus
sangat sayang. Ooooo…. Harap dia jaga kau sebab nenek tak nak nampak kamu kurus
kering…..”
Dan begitulah Nenek Mary berceloteh tanpa
henti sambil memeluk erat Vyle. “Nek, Vyle ok. Tak, Vyle tak diet sekarang ni
dan…” Vyle melepaskan pelukan Nenek Mary secara paksa. Dia rimas di peluk lama
sangat. “Baru seminggu lalu Vyle singgah kat sini.”
“Oh ye ke?” Nenek Mary sendiri tersipu
malu. “Oh! Vyle, dah jumpa dengan Ean?” Nenek Mary menuding jari kearah lelaki
di sebelah Vyle. “Dia pekerja baru kat sini. Dia baru datang 3 hari lepas untuk
summer job.”
Ean dan Vyle berpandangan dan merenung
sesama sendiri. “Nice to meet you….”
Kata Vyle tahan marah, masih lagi berdendam dengan lelaki menjengkelkan depan
matanya.
Ean memutarkan bebola matanya dan tersenyum
sengih. “Heh, Nice lah sangat.”
What the Helll……
Vyle dah mengangkat tangan nak lempang
kepala hotak lelaki di hadapannya ni tapi terbatal apabila ada incoming call.
Dia segera mengangkatnya. “Hello? Encik Welldrick. Sorry lambat, saya datang ke
sana sebentar lagi…. Ye, saya di tempat Nenek Mary. Ya..” Vyle tertawa kecil.
“Baik lah… ok, Bye….” Dan dia mematikan taliannya.
“Nek, Vyle kena hantar kotak yang lain.
Encik Welldrick dah menunggu dah tu.”
Nenek Mary mengangguk. “Baiklah sayang.
Kalau ada masa lapang petang ni tolong ke sini ye? Nenek nak minta tolong sikit
dengan rumah ni.”
Vyle salute slamber kearah nenek mary dan
memandang Ean dengan muka acuh tak acuh sebelum keluar dari rumah percutian
itu.
Setelah Vyle keluar dari rumah itu, nenek
mary akhirnya bersuara. “Kau suka dengan Vyle ke?”
Ean terkejut beruk. “Apa? No!”
Nenek Mary menjungkit kening. “betul ke?
setahu aku, kau tak layan perempuan ni semua. Banyak pelanggan wanita datang
vacation kat sini dan satu pun kau tak berminat. Ada yang nak tackle kau, kau
tolak bulat-bulat. Kenapa time bercakap dengan Vyle kau tak….”
“Aku nak sambung kerja.” Kata Ean mengambil
kapak di tepi pintu dan bergegas keluar dari tempat itu.
Nenek Mary tertawa kecil. “Aku dah agak
dah….”
Ean keluar dari rumah percutian itu dan
memulakan kerja memotong kayu api di belakang rumah.
Sementara dia sedang memotong kayu, hatinya
menyumpah seranah perempuan yang datang dan menendang kakinya tadi.
“Tak guna, bukan main awal-awal dah cakap
ayat mengayat Tanya aku, kami pernah jumpa ke tak. Bila aku bagi muka kat dia..
dia tendang aku pula? Selalunya perempuan tergedik-gedik bila aku buat cam tu. Kenapa dia pula yang marah?” dia mengomel tanpa henti sambil memotong kayu api.
Tak GUNA!!!!
Dia mengangkat kapak tersebut ke atas
kepalanya dan *CHOP*
Budak tu saja buat aku naik darah desis
hatinya dan dia mengelap keringatnya yang jatuh. Matahari ni pun satu! Tak
boleh ke kau redup sikit? Panas TAU!!!
“kyaaa!!! Machonya Ean bila dia buat cam
tu!!” jerit salah seorang tetamu perempuan di dalam rumah itu, memerhatinya Ean
dari tingkat kaca tingkat bawah sambil menikmati sarapan paginya bersama
rakannya lagi seorang.
Ean tersenyum bangga mendengar pujian itu.
Nampak, perempuan lain suka tapi kenapa dia tak? Desis hatinya. Dia menjeling
kearah para perempuan dalam rumah itu dan tersenyum meleret.
Dia mengangkat hujung bajunya dan mengelap
mukanya berkeringat sengaja menayangkan Six packnya kepada perempuan yang
merenung kearahnya.
“Ahhhh!!!”
Ean tersenyum bangga dalam diam. Heh, kalau
perempuan tu nampak aku cam ni tentu dia terpikat kat aku desis hati Ean.
“Hoi-hoi, aku lambat sikit dah nak mengada
ke?”
Ean terus mendongak melihat keatas. Kelihat
seorang lelaki bersayap putih dengan baju serbah putihnya mendarat di
hadapannya, Angel datang. “Kau di hantar ke sini untuk latihan, bukan pikat
perempuan.”
Ean berdengus dan mengangkat kayu api yang
sudah di potong dan bergerak kotak kayu api berdekatan dengan pintu belakang.
“Kenapa kau lambat?” Ean meletakkan kayu apinya kedalam kotak tersebut.
Angel itu menggaru kepalanya yang tidak
gatal. “Kena ceramah oleh Cyrus sebelum turun ke sini. Dia asyik membebel
tentang pencarian Fallen Angel dan suruh aku Join Group sekali tapi aku tolak
sebab kena jaga NB Angel yang menjengkelkan.”
Ean memandang Angel itu. Rasanya cam ayat
Angel di depannya tu menyindir. “Light, aku tahu kau tua 600 tahun tapi…”
PACK!
“Nak aku cabut bulu sayap kau tu ke buat
bantal tidur aku?!”
Light tertawa sambil mengusap kepalanya
yang sakit di luku oleh NB Angelnya. “Betullah. New Born (NB) Angel cam kau
patut di pantau.”
Ean mengeluh dan duduk di rumput. “NB Angel
huh?”
<><><><><><><>
Sulfur berada di pekan di mana Vyle berada.
DIa sedang memantau seorang diri dan tak nak sesiapa mengekorinya. Ini kerana
dia tahu jika Devil yang lain tahu keberadaan Luciefer dah tentu Dia di ambil
secara paksa. Itu perkara terakhir Sulfur nakkan ia berlaku.
Sebenarnya dia tak seberapa pasti juga jika
Luciefer ada di tempat tu kerana mustahillah orang yang di kehendaki masih lagi
nak kekal di negara tu. Dah tentu Raven keluar negara dan bersembunyi tapi itu
tak membuatkan dia berhenti mencari di negara tu. Setiap penjuru kena di cari,
biar ke lubang cacing pun tak boleh tak nampak. Raven dalam bahaya. Dia tak boleh
jatuh di tangan Angel ataupun Devil.
“Raven…. Kau di mana?” katanya berbisik
pada diri sendiri sambil matanya liar memantau sekeliling jalan pekan kecil
itu. Pada hari ahad memang banyak orang turun membeli belah jadi susah sikit
nak cari.
Dia terbang masuk dari kedai ke kedai.
Matanya tak jemuh mencari wanita yang dia cintai. Dia takkan berhenti
mencarinya sehingga dia selamat di tangannya.
Dia masuk kedalam kedai sayur-sayuran di
mana terdapat banyak wanita pelbagai umur membeli barang dapur sambil berborak-borak.
Dia melihat semua wanita yang berambut hitam dan memastikan dia tak terlepas
pandang.
“Satu pun bukan Raven.” Katanya mengeluh
dan terbang keluar.
Pemilik kedai, Encik Welldrick sedang
melayan pelanggannya. Tetiba dia mendengar bunyi pintu belakang kedainya
terbuka dan kelihatan Vyle sedang mengangkat kotak kosong di tangannya. “Dah
selesai!”
“Oh terima kasihlah nak. Jangan lupa esok
tau.”
Vyle mengangguk dengan senyuman manis dan
bergerak keluar dari kedai tersebut. “Tempat seterusnya….” Vyle rasa ini kali
pertama dia malas nak sebut tempat yang dia akan pergi ni hari. “Rumah
percutian Nenek Mary.” Dia mengeluh dan naik ke lori putihnya.
<><><><><><>
Nenek Mary memandang jam dinding yang
tergantung di atas pintu kacanya. 2.32 tengahari.
“Ini kali pertama nenek rasa dia lambat.”
Ean yang baru keluar dari pintu dapur
terdengar apa yang Nenek mary katakan. “Siapa nek?”
“Hmm?” Nenek Mary memutar kepalanya ke tepi
melihat Ean yang turut menyandar di kaunter registration sambil mengunyah sebiji epal. “Oh, Vyle.
Selalunya sebelum jam dua dia dah ada di sini tolong nenek melayan pelanggan
tapi….”
*Cling*Cling*
Mereka berdua berpaling ke pintu utama dan
melihat Vyle masuk kedalam rumah percutian itu sambil menyapa beberapa
pelanggan yang sememangnya rapat dengan Vyle.
Perempuan itu bergerak ke kaunter dan
meneka-nekan loceng. “nak register bilik….” Vyle tertawa kecil melihat Nenek
Mary bercekak pinggang. “Sorry lambat. Encik Welldrick minta tolong kemas
stornya. So, ini Hari Vyle kerja apa Nek?”
“Ini hari? Kamu pergi jemur cadar tilam kat
luar. Nenek dah cuci tinggal jemur je.”
Vyle mengangguk dan bergerak ke dapur. Dia
melimpasi Ean dan ingin menyapanya tetapi apabila mata mereka bertemu Vyle rasa
nak mengelak dari Ean. Entah kenapa.
Ean pula yang mengunyah epalnya memandang
Vyle bergegas masuk dapur rasa sedikit sakit hati. Kenapa dengan budak tu? Tadi
bukan main tendang aku, sekarang nak hindari aku pula? Apa kess? Desis hatinya
marah.
“hoi Ean, tolong nenek jaga rumah boleh?”
Ean memandang Nenek Mary di sebelahnya yang
bersiap sedia dengan bakul di tangan dan mengambil scarf. “Nenek nak beli apa
di pekan?”
“Persediaan untuk Gathering Night hujung
minggu ni. Kena cepat sebelum stok habis.” Katanya dan keluar dari rumah itu.
Sebaik sahaja nenek Mary keluar, dua orang
perempuan yang asyik duduk di meja makan bangun dan mendekati Ean dengan
senyuman tersipu malu.
“Kau Ean kan?”
Ean mengangguk dan menarik sengih. Kerja
menguratnya dah bermula. “Ya… apa yang saya boleh bantu untuk gadis sejelita
kamu?” soalnya menggoda sambil mengenyit mata.
Sementara di belakang rumah, Vyle sedang
menjemur cadar tilam sambil mengelamun. Sekarang dia sedang mencuba mengingati
memorinya. Sekarang apa yang dia ingat ialah dia tinggal di sebuah condominium
yang agak sunyi dan kosong. Hanya dua buah sofa dan coffee table yang kosong
menghiasi ruang itu. Kenapa hanya ruang tamu? Bilik tidur kan tempat orang
selalu berkurung di rumah. Kenapa Bilik tidur dia tak ingat cam mana rupanya?
“Mana budak tu….”
Vyle tersentak dari lamunannya dan melihat
bayangan orang bersayap landing di sebalik cadar yang dia jemur. Apa??
Dia terus menolak cadar itu ketepi untuk
melihat dengan matanya sendiri. “Tiada….” Katanya apabila mengetahui tiada
sesiapa di hadapannya. “Hayalan kot….” Dia mengangkat bahu sambil mencebik dan
menyambung kerjanya yang tertangguh. Dia tetiba terdengar suara nyaringmenjerit
dengan riangnya. Bukan seorang tapi lebih. 3 atau 4 orang mungkin.
Dia berputar berputar kearah pintu kaca
rumah dan ternampak Ean sedang melayan empat orang pelanggan Nenek Mary di
kaunter.
Vyle mencebik dan berpaling, menyambung
kerjanya semula. Tak guna flirter tu. Harap hensem tapi player desis hatinya
marah sambil mengibas-kibar cadar putih itu dengan sekuat hatinya marah.
Setelah dia menyidai kain, dia rasa lemas
tetiba sepertinya semangatnya hilang melihat Ean bersama perempuan lain. Kenapa
dia rasa cam ni yea? Semua semangat kerjanya hilang dengan sekelip mata.
Vyle menggeleng. “Tak… itu tak mungkin
berlaku.” Katanya sendiri dan menyambung kerjanya.
Sementara di bahagian Ean, dia rasa dirinya
menang apabila melihat Vyle mencebik sambil menyidai cadar tilam. Nampaknya
hela nak cemburukan Vyle menjadi.
Aku dah agak dia ada perasaan kat aku desis
hati Ean berbunga-bunga.
“Ean, kenapa kau happy ni?” Soal salah
seorang perempuan yang ada bersama Ean.
Ean tersenyum macho. “Sebab kau ada di
sisiku.” Katanya tapi matanya jatuh ke figura perempuan menyidai kain.
“Ean, jangan cakap kau dah jatuh cinta kat
manusia pula..” tegur Light yang duduk di meja makan, hanya memandang Ean
mengurat. Kerjanya ialah memantau dan menasihat. Dia tak boleh bantu Ean dalam
kerjanya.
Ean tertawa sengih memberi jawapan. Aku
jatuh cinta kat manusia? Sorry sikit desis hatinya.
Light memandang kearah figura perempuan
yang Ean asyik tenungnya. Dia membelakangnya mereka jadi susah nak nampak
mukanya. “Siapa agaknya perempuan tu ye?”
Comments
Post a Comment