Unexeption: eighteen
“Beruang rempuh
masuk Ladang aku?” soal Linda memeluk tubuh sambil menjungkit kening memandang
pekerja terbaiknya. “Dan kamu berdua wrestling dengan dengan beruang tu sampai
luka, calar-balar cam ni?” Soalnya lagi sukar nak percayai apa yang mereka
katakan.
Vyle mengangkat
bahu. “That’s what happen. Aku sendiri terkejut bila beruang besar tu serang
aku time aku nak balik dari hantar kau pergi date. Nasib baik Ean datang tepat
pada masanya kalau tak dah tentu aku kena NGAP oleh beruang tu.” Katanya
Innocently. “Nampak kepala aku yang berbalut ni? Dia dah dapat kepala aku tau
tak.”
Ean hanya menahan
ketawa dengar alasan tak munasabah Vyle. Beruang? Seriously? Dia takda alasan
lain ke?
“Jadi…. Mana
beruang tu?”
“Mati…
“Melarikan diri..”
Linda memandang
kedua partner in crime ini. “Mati ke melarikan diri?”
Vyle menjeling
kearah Ean suruh dia jangan masuk campur dalam penjelasannya. “Beruang tu
melarikan diri dan lepas tu mati. Ean dah uruskan bangkai beruang tu. Jangan risau.”
Linda hanya
mengangguk sukar nak percaya cerita tall tale Vyle ni. “Okaaayy… lepas tu
korang berdua bersendirian di rumah ni semalaman?” Ini buat Linda tersenyum
lebar. “Korang ada buat apa-apa tak semalam?”
Muka mereka berdua
terus naik merah teringatkan kejadian di bilik air di mana Vyle mengucup pipi
Ean. Mereka berdua terus menggeleng laju.
Ini buat Linda
tersenyum lebih lebar dari sebelumnya. Oh my Little Vyle dah membesar!!”
jeritnya dengan gembira.
“No! For Heaven
sake Linda takda apa-apa lah!”
>X<X>X<X>X<
“Ean?” Soal Bloom
menjungkit kening hairan dengan Sky tetiba menyebut nama seorang lelaki.
Sky mengangguk.
“Kau ingat tak lelaki yang kau nak panahkan hati seorang lelaki dengan Raven?”
Mata Bloom
terbeliak bulat. “Lelaki yang mati dan di satukan dengan bintang tu ke?”
Soalnya. “kenapa dengan dia?”
“Dia lah New Born
Angel yang di tugaskan untuk buru Raven.” Sky tertawa kecil melihat muka
terkejut Bloom. “Kejam kan? Dunia memang mempermainkan mereka.”
“Nanti-Nanti…. Ean
tahu ke yang Raven tuu…. Perempuan yang dia cintai?”
Sky menggeleng. “Manusia
yang di hidupkan semula akan kehilangan ingatan kehidupan mereka yang lalu.
Apatah lagi menjadi Angel, semuanya akan di padam.” Sky mengeluh panjang.
“Bayangkan kalau Raven dapat tahu yang EAn telah di hidupkan semula dan
ditugaskan untuk buru dia. Lelaki yang dia cintai nakkan dia mati. It’s hard to
imagine.”
Bloom cuba
bayangkan jika dia berada di tempat Raven dan berdepan dengan lelaki yang dia
cintai yang memandang dia hanya seorang raksasa. Tidak kah pedih rasanya?
“Kasihan Raven…. Kenapa dia kena hidup seperti ini?”
Sebuah Portal
terbuka di hadapan mereka menarik perhatian kedua bekas kekasih ini dan melihat
Breeze keluar dari Portal tersebut bersama beberapa gulung skrol. “Abang!”
“Breeze? Kau dari
mana—Ini Skroll dari bilik Rekod ke?”
Breeze mengangguk.
“Ada sesuatu yang tak kena tentang ni semua. Sejak kebelakangan ni kami terima
banyak hajat misteri yang entah dari mana datangnya. Seperti mana surat Vyle
pernah muncul tiga tahun lalu. Semuanya berkaitan dengan Masa depan Bumi.”
Katanya dengan risau. Breeze meletakkan semua scroll itu di atas meja kopi dan
duduk di sebelah Bloom, bertentangan dengan abangnya.
“Lebih 200
penghajat meminta Heaven untuk lindungi Vyle, berhenti sakiti Fallen Angel kalau
tidak bumi akan hancur. Hajat dan juga ancaman di terima sepanjang dua tahun
ni.” Breeze mengambil salah satu scroll tersebut dan terangkan lebih lanjut.
“Jadi, aku sneak in jauh di dalam bilik rekod di mana tersimpannya rahsia masa
hadapan Bumi. Tiada siapa boleh jumpa Rekod ni kecuali si dia boleh jangka apa
akan jadi pada masa depan dan seperti yang Breeze jangkakan.” Dia tunjukan satu
ayat panjang kepada Sky.
Mata Sky lancar
membaca ayat tersebut dan memandang kedua perempuan di depannya dengan cemas.
“Kenapa ni Sky?
Ada apa?” Soal Bloom risau melihat riak wajah Sky.
“Bumi akan musnah.
Fallen Angel berhasrat untuk tidak di ganggu oleh mana-mana pihak tapi di
sebabkan Heaven dan Hell tidak ingin mengalah untuk mendapat kan Fallen Angel,
dia hilang kawalan dan membunuh apa sahaja dia lihat.”
Breeze mengangguk
setuju. “Raven berada di Bumi. Kalau dia hilang kawalan di bumi… It’s The END.”
Ketiga Angel ini saling
memandang satu sama lain dengan minda yang sama.
“Aku pergi jumpa
Cyrus sekarang juga.” Katanya dan terbang keluar dari rumah sepantas cahaya
menuju ke pejabat Cyrus.
Pada masa begini,
tentu Cyrus berada di bilik mesyuarat sedang berbincang tentang who knows what
they discuss about. Dia terus merempuh masuk kedalam bilik mesyuarat itu tanpa
berfikir panjang.
“Lokasi tersebut
berlaku di sekitar sini, kami telah hantar-”
“Cyrus! Stop the
plan now!” sahut Sky sebaik sahaja dia buka pintu bilik tersebut.
Kelima-lima Elder
dan begitu juga Cyrus memandang Sky, hairan. “Apa kau buat dekat sini Sky?”
Soal Cyrus dengan tegas.
“Sky, kamu tiada
hak untuk masuk campur dalam meeting ni!” marah Lord Firold pula tapi Lord Zeus
menyuruh Firold untuk tenangkan diri.
“Sabar Firold.
Saya pasti anak kamu ada penjelasan yang baik kenapa dia buat seperti ini. Sky,
silakan.”
Sky mengangguk dan
memandang papanya untuk seketika. Dia tahu dia dah buat kesalahan yang besar
dengan masuk campur perkara yang dia tak patut kacau. “Kita hentikan pencarian
Fallen Angel.”
Kelima-lima Lord
ini mengeluh termasuk Cyrus. “Sky, kita dah bincang tentang ni. Kalau kita tak
cari Raven… dunia akan—”
“Dunia akan hancur
kalau kita ganggu dia!” Sky segera memotong ayat Lady Venus. “Kita dah salah
anggap di sini. Bukan Fallen Angel tu yang bersalah di sini. Dia tak bersalah,
dia hanya nak hidup seperti biasa seperti kita semua. Kita tak boleh anggap dia
merbahaya hanya kerana dia tu Fallen Angel.”
Lord Phill
menggeleng. “macam mana dengan kerjanya sebelum ni? Dia membunuh manusia yang
tidak bersalah! Dia membawa malapetaka kepada manusia. Bukti apa lagi yang
perlu untuk buat kau lihat bahawa Fallen Angel adalah satu ancaman untuk kita
semua?”
Ini buat Sky
terdia. Itu betul, kesalahan Raven yang sebelumnya memang tak boleh di maafkan
tapi dia ada sebab tersendiri untuk buat semua tu. Masalahnya, Sky tidak tahu
apa sebabnya. Sky hanya berdiam diri sambil menggenggam penumbuknya dengan
erat.
Lord Firold
menggeleng kecewa. “Sky, berhenti dengan ayat mengarut kamu.”
“Tapi Lord Fi-”
“That’s enough!
Kalau kamu sebut lagi sekali pasal menghentikan misi pemburuan Fallen Angel,
tidak teragak-agak aku buang kau dari Heaven ni!”
Ini membuat Sky
terpaku. Papanya sendiri telah memberi amaran kepadanya. Amaran keras. “Tak,
Aku yang meninggalkan Heaven dan Papa akan menyesal.” katanya mengetap gigi dan
terbang keluar dari bilik meeting.
“Sky!” Cyrus
memanggilnya tapi Sky endahkan dia. Cyrus kembali memandang Lord Firold yang
juga terkejut tapi kembali kepada komposisinya.
“Anak derhaka.
Cyrus, apa jua halangan yang kita terima. Jangan pernah hentikan misi ini. Fallen
Angel kena di hapuskan walau bagaimana pun cara untuk di laksanakan.”
Sky terbang
kembali ke rumahnya untuk berjumpa dengan Breeze dan Bloom yang sememangnya
menunggu dia dari tadi.
“So? Bagaimana?”
Sola Breeze risau.
Aku keluar dari Heaven ni…
Mata Breeze
terbeliak bulat. “What? Why???”
“Kenapa ni?” Soal
Bloom tidak faham melihat riaksi Breeze asalkan Sky belum bersuara lagi.
“Aku akan hentikan
perang tak guna ni meskipun dengan nyawaku sendiri.” Kata Sky kepada mereka
berdua. “the Five Elders tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Jadi aku
kena hentikannya sendiri.”
Bloom menggeleng
laju. “T-Tak… Kau tak boleh buat cam tu Sky. Breeze apa kata tunjukkan skrol tu
pada Elders tentu mereka akan faham.”
“Aku harap ia
boleh jadi cam tu tapi hanya yang percaya yang Fallen Angel tu baik sahaja
boleh baca kesudahan pemburuan Fallen Angel. Mereka hanya lihat kertas putih.”
Sky mengusap
kepala Adiknya suruh dia tidak perlu risau. “korang berdua kekal dalam Heaven
okay—”
“Tak! Aku nak ikut
abang.”
Sky menggeleng.
“Tak boleh. Aku perlukan kamu berdua di sini. Cari cara bagaimana nak hentikan Perang
ni dari dalam.”
Breeze mengangguk,
menahan tangisannya dari mengalir. “Abang pula nak ke mana?”
“Jumpa musuh
lama.”
>X<X>X<X>X<
Vyle mengetuk
pintu menggunakan kakinya kerana tangannya penuh mengangkat dua kotak
buah-buahan dan sayur-sayuran. Dia kembali membuat rutin biasanya setelah
kepalanya sembuh dan Linda benarkan dia keluar dari rumah. Namun, masa cuti
yang dia ambil telah membebankan dia kerana kena bawa semua stock itu dua kali
ganda lebih banyak dari sebelumnya.
“Haaaiih…. Dah
nasib. Nak buat apa?”
“Dan kau
sememangnya dah gila sebab cakap seorang diri.” Ean bersuara sebaik sahaja dia
membuka pintu dapur. Senyumannya pudar bila melihat Vyle membawa dua kotak berat
dalam tangannya. Dia segera mengambil kedua kotak itu dari tangan Vyle.
“H-Hey!”
“Kau dah start
kerja balik?” Soal EAn masuk ke dalam mengendahkan rungutan Vyle.
Vyle mengekori Ean
dari belakang sambil memeluk tubuh. Aku tak minta pun kau tolong aku ambil
barang tu… aku boleh angkat sendiri lah! “Haah… takkanlah aku nak goyang kaki
kat rumah asalkan aku cukup sihat untuk buat kerja aku.” Katanya ingin membuka
kotak buah-buahan itu untuk masukkan kedalam peti tapi Ean menolak Vyle ke
tepi.
“Don’t even think
about it.” Ean beri amaran dan dia yang membuat kerja Vyle.
Vyle memeluk tubuh
sambil mencebik. “Aku tak apa-apa lah. Kau risau sangat ni kenapa?”
Ean mengendahkan
soalan Vyle, hanya melontarkan renungan mautnya kearah Vyle sebelum menyambung
kerjanya. “Kau busy tak lepas ni?”
Dia ubah tajuk ke?
“Tak. Ini last delivery aku.”
“Good.” Ean
tersenyum meletakkan bahan yang terakhir kedalam peti dan mengambil beg
belakangnya yang berada di atas kaunter dapur. “Jom pergi.”
“Huh? Nak kemana?”
Ean melihat jam
pada dinding dapur itu dan mencapai tangan Vyle. “A date.”
Muka Vyle naik
merah mendengar Ean cakap perkataan itu dengan mudah. “A-a date?”
Ean mengangguk dan
menarik Vyle keluar dari rumah penginapan itu bergerak ke pekan.
Sepanjang
perjalanan mereka ke pekan, Vyle hanya berdiam diri dan mengekori Ean ke mana
sahaja lelaki pelik ni membawanya. Apa ke Jaddah lelaki ni nak ajak dia date?
Ean demam ke? Yang buat Vyle tak selesa ialah ramai penduduk kampung memandang
kearah mereka dan saling berbisik satu sama lain. Satu lagi, Ean tak rasa malu
ke semua orang pasang mata kat mereka?
“Kau tak malu ke
Ean?” Soal Vyle tunduk memandang tanah.
Ean berhenti dari
berjalan dan memandang muka merah Vyle. “Buat apa nak malu? Aku nak semua orang
tahu bahawa kau milik aku. Tak perlu nak sembunyikannya!”
Vyle menutup mulut
EAn dengan segera. Mukanya merah, semerah buah cherry. “Jangan menjerit laaa!
Malu kat orang.”
Ean tertawa besar.
Hatinya berbunga-bunga pada hari ini, dia tak sangka yang perempuan yang sangat
menyakitkan hati dan sentiasa buat dia keliru akhirnya menjadi orang terpenting
dalam hidupnya.
Ean memandang ke
kiri dan ke kanan melihat orang sekeliling berbisik melihat mereka berdua. “Nak
keluar dari pandangan orang ramai ke?”
Vyle menjungkit
kening mendengar soalan Ean. “Huh?”
Ean mencapai
tangan Vyle dan menarik perempuan itu keluar dari pekan tersebut melalui lorong
kecil di antara dua bangunan dan terus masuk kedalam hutan.
“Hutan? Kita nak
ke mana ni Ean?” Soal Vyle cuba untuk mengejar Ean yang berjalan lebih laju
darinya dengan senyuman lebar bak mentari. Apa yang Ean gembirakan sangat ni
hari??
Vyle melihat beg
yang berada di belakang Ean dan mula memikir apa yang ada dalam beg tersebut.
“Ean! Berapa jauh lagi kita nak pergi ni?”
Ean berhenti dari
berjalan dan berputar memandang Vyle yang kelihatan penat mengekori nya dari
tadi.
“Sorry.”
Vyle bercekak
pinggang sambil menarik nafas dalam cuba mengembalikan nafasnya yang telah
hilang. “Now will you tell me kita nak ke mana?”
Ean memandang
kearah tempat yang dia ingini dan tersenyum kepada Vyle. “Aku nak tunjukkan
sesuatu kat kau. Jom, Tak jauh lagi.”
Vyle melihat Ean
menghulurkan tangannya dengan senyuman yang tidak ternilainya, membuat hati
wanita cair bila melihat senyuman tersebut; termasuk Vyle.
“Come
on. Kita jalan bersama-sama.” Vyle memandang tangan Ean buat sementara waktu
memikirkan ayat Ean. Kenapa hatinya rasa gelisa? Dia rasa sangat tidak selesa
sekarang ni tapi…. Memandang wajah Ean yang tersenyum membuat segala
kegelisahan dan keraguan dalam hatinya hilang. Dia percayakan Ean.. dia
percayakan bahawa lelaki di depannya ini akan melindungi dia. Walaupun dia ni
Angel…
Vyle
akhirnya tersenyum dan menyambut tangan EAn. “Okay.”
>X<
Cyrus
melihat kelima-lima Elders bergerak keluar dari bilik mesyuarat tanda meeting
mereka telah selesai dan akan di jalankan tidak lama lagi.
“Sediakan bala tentera
untuk menangkap Fallen Angel. Bukan sahaja kita yang tahu kedudukan dia malah
Devil juga. Aku pasti Devil yang New Born Angel lawan tu beritahu kedudukan
Fallen Angel sekarang ni. Kita takkan tahu bila Devil-Devil itu akan
menyerang.”
Lady
Rya sempat berpaling memandang anaknya dengan mata yang penuh harapan untuk
Cyrus buat sesuatu untuk selamatkan Kakaknya.
Cyrus
mengangguk tanda faham membuat Lady Rya tersenyum lega dan keluar dari bilik
itu.
Ketua
keselamatan Heaven ini terus memandang peta keberadaan Fallen Angel dan dengan
segera dia terbang keluar dari bilik tersebut sepantas kilat.
Dia
kena cari Vyle dahulu sebelum Lord Firold yang temui dia. Dia kena berjaga-jaga
juga, kalau Elders tahu dia keluar dari Heaven untuk selamatkan Vyle tentu bala
jadinya. Dengan itu, Dia keluar dari Heaven dengan alasan buat rondaan
hariannya.
“Lay!”
Lay
yang baru sampai di depan Heaven Gate terhenti mendengar Cyrus memanggilnya.
“Tuan? Kenapa ni?”
“Aku
nak buat rondaan. Kau nak join in ke?”
Lay
mengangguk. “Boleh juga. Bukan selalu dapat keluar meronda dengan Ketua
Keselamatan Heaven kan?”
Cyrus
tertawa dan menarik lengan Lay supaya dekatkan diri dengan dia. “Rondaan kali
ni antara hidup dan mati. Jom Pergi.”
Mereka
berdua terus terjun ke bumi sepantas yang mungkin sambil Cyrus menerangkan
segala rancangannya untuk selamatkan Vyle.
>X<
“Cantiknya!!”
Vyle mendepakan tangannya merasakan angin senja di tepi jurang. Dia tidak
pernah rasa angin setenang ini. Di tambah pula dengan pemandangan bukit bukau
di hadapan matanya dan mentari senja mewarnai dada langit warna jingga
kemerah-merahan.
Vyle
berputar memandang Ean dengan senyuman manis. Dia menahan rambutnya di belakang
telinganya kerana angin tersebut meniup di belakangnya.
“Cam
mana kau tahu tempat ni?”
“Ini
tempat rahsia aku. Aku jumpa tempat ni semasa aku cari kayu api untuk Nenek
Mary. Cam mana? Berbaloi tak ikut aku sejauh ni?” Ean turut tersenyum melihat
Vyle menikmati tempat rahsianya seperti mana Ean menikmati tempat itu.
Hatinya
cair melihat wajah Vyle yang bersinar terpancar seperti Mentari senja dengan
cahaya matahari di belakangnya membuat dia lebih menyerlah dari sebelumnya. Dia
ingin kekalkan senyuman itu pada wajah Vyle.
Vyle
mengangguk setuju. “Rasanya seperti kau boleh terbang kalau berdiri di tepi
Jurang ni!” SAhutnya dengan gembira. “It’s like we’re on the top of the world!”
Ean
tertawa melihat kegairahan Vyle. “Hati-hati nanti jatuh pula.”
Vyle
hanya tertawa. Dia memejam matanya dan angina tersebut seperti dia boleh
terbang pada bila-bila masa. Vyle dapat bayangan yang dia terbang di udara
bersama sepasang sayap yang sangat besar.. sayap hitam.
Dia
segera membuka matanya dengan bayangan itu. Sayap hitam? Dia terus memegang
bahunya seperti dapat merasakan sepasang sayap itu di belakangnya. Sayap tu
Nampak mengerikan tapi pada masa yang sama ia juga kelihatan sangat megah
terbang di udara bersama Vyle.
Perempuan
Amnesia ini berputar memandang Vyle. Kedua pasangan ini tidak lagi senyum
kerana kedua-dua tenggelam dengan pemikiran sendiri.
Vyle
mendekati Ean dengan satu perkara dalam mindanya. “Ean… keluarkan sayap kau.”
Ini
buat Ean terkejut. Tapi dia hanya akur dan keluarkan sayap putihnya yang besar.
Vyle terus menyentuh sayap Ean.
Besarnya….
Dan lembut.. Vyle tertawa menyembunyikan rasa sedihnya.
Ean
memeluk pinggang Vyle takut kalau Vyle jarakkan diri dari dia. “Kenapa ni
Vyle?”
Vyle
mendongak melihat wajah Ean. Ean kelihatan seperti Angel yang sebenar bila Ean
keluarkan sayapnya. Ini buat Vyle sedih. “Nothing.. aku cuba berfikir..” Dia
menyentuh sayap EAn kekali lagi. Dia perasan yang kedua sayap Ean mengepung dia
tapi dia endahkan. “Adakah…. Aku seperti kau?”
Ean
tersenyum tawar. “Kenapa dengan soalan tu?”
Vyle
menggeleng lemah. “Just a feeling. Kenapa Devil inginkan aku? Kenapa Heaven
inginkan aku? Tentu aku sesuatu kan? Lebih dari seorang manusia?” Dia rasa
sebak di dada bila memikirkannya. Ia buat dia bercelaru. “Ean… what am I?”
Ean
menyentuh dagu Vyle menyuruh dia pandang tepat pada mata Ean. “Like I said…
sesiapa pun kau.. aku akan lindungi kau dari sesiapa sahaja yang nak sakiti
kau. Don’t Worry.”
Vyle
tersenyum lega dengan mata yang berkaca. Dia lega mendengar ada seseorang
sanggup lindungi dia walaupun Vyle sendiri tidak yakin dengan diri dia sendiri.
Melihat
senyuman Vyle membuat Ean rasa bersalah. Hatinya berbelah bahagi samada
meneruskan misinya atau mengabaikannya untuk selamatkan Vyle. Jika Vyle tahu
tujuannya adalah untuk buru dia tentu Vyle takkan maafkan Ean. Apatah lagi
kalau dia tahu yang Ean sembunyikan diri Vyle yang sebenarnya ialah Fallen
Angel yang di buruh oleh Heaven dan Hell.
Tapi
itu tidak bermaksud apa yang keluar dari mulut Ean untuk melindungi Vyle hanya
kata-kata khiasan. Dia betul-betul ingin melindungi perempuan yang dia cintai
ini, walau dunia menghalang mereka.
“Ean.”
Sayap
Ean yang melindungi Vyle terbuka melihat siapa yang memanggilnya dan mimpi
indahnya kini berubah menjadi mimpi ngeri bila dia lihat Ketua keselamatan
Heaven bersama Lay berada di depan mereka sekarang.
“Tuan
Cyrus….”
Cyrus
melihat perempuan yang dia kenali bersama Ean dengan wajah yang sangat serius,
membuat Lay dan juga Ean ketakutan. Vyle yang tidak mengetahui apa-apa memahami
keadaan yang sangat genting sekarang ni. Melihat dari wajah lelaki yang
bersayap putih keemasan itu dan wajah Ean, Vyle dapat tahu sesuatu akan
berlaku.
Akhirnya
Cyrus tersenyum. Tersenyum bangga. “Ean! Aku tak sangka kau akan selesaikan
misi kau secepat ni!” sahutnya dengan gembira.
Ini
buat Ean kecut perut. Itu yang dia takutkan bila Cyrus bersuara.
“E-Ean…
siapa mereka d-dan… misi?” Vyle memandang Ean meminta penjelasan. “Misi apa?”
“I-It’s
nothing.” Ean cuba yakinkan Vyle. “Jangan dengar apa yang mereka katakan.”
Cyrus
tertawa kecil. “That’s enough Ean. Kau dah buat kerja yang menakjubkan, aku tak
sangka New Born Angel macam kau boleh tangkap Fallen Angel dengan masa yang
singkat.” Cyrus melihat Vyle yang ketakutan dan tersenyum sinis. “Kau boleh
bagi dia kepada ku dan biar aku urus dia dari sini. Lay, tangkap Fallen Angel
tu.”
Vyle
Melepaskan dirinya dari dakapan Ean dan memandang lelaki itu dengan riak wajah
terkejut. “Misi kau i-ialah tangkap aku?” Soal Vyle minta kepastian. Dia tahu
dia dengar dengan jelas tapi dia nak dengar dari mulut Ean sendiri. Adakah Ean
bawa dia ke sini untuk temukan dia dengan lelaki yang bergelar Tuan Cyrus ini?
“Vyle…
dengar cakap aku..” Ean mendekati Vyle. “Aku boleh jelaskan.”
“Jadi
betul lah? Kau di tugaskan untuk tangkap aku?” Vyle mengambil langkah
kebelakang menjauhkan diri dari Ean. “Sebab tu kau bawa aku ke sini? Sebab nak
bagi aku dekat mereka?”
“No!
Please Vyle dengar apa aku nak cakap.”
Vyle
Menggeleng. “Tak…. Kau PENIPU!! A LIAR! Aku tak patut percayakan kau!” Dia
menutup telinganya tidak ingin dengar Ean bersuara. “Kau mempergunakan amnesia
aku supaya aku percayakan kau dan mempermainkan kepercayaan aku terhadap kau!”
“This
is bad.” Lay memandang wajah Cyrus yang kelihatan risau. Apa yang Cyrus harus
risaukan? Bila Lay berpaling balik kearah Vyle dia melihat Vyle mula berubah.
Vyle
memandang kearah Ean dengan penuh kebencian. Matanya berubah menjadi jingga
menyalah, tajam seperti mata kucing. Gigi taringnya mula keluar dan kukunya
memanjang berubah menjadi Devil dalam dirinya.
“Aku
percayakan kau.. Tapi kau permainkan aku! Kau ambil kesempatan atas kelemahan
aku!” Jerit Vyle dengan nada ratusan suara. “I hate you! I HATE YOU!! I’M GOING
TO KILL YOU!!” Dia menjerit sekuat hatinya ke udara dan sepasang sayap hitam
keluar dari belakangnya. Tanpa amaran, dia terus menyerang Ean.
“Hati-Hati!”
Sahut Cyrus mengeluarkan pedangnya menghalang serangan kuku tajam Vyle dari
mencederakan orang bawahannya. “Lay! Sedia untuk menyerang.”
Lay
mengangguk, mengeluarkan dua pucuk pistolnya dan acuhkan kepada Vyle. Dia
sedikit gementar melihat wajah Devil Vyle, dia seperti predator yang ingin
memakan mangsanya pada bila-bila masa sahaja.
Vyle
tersenyum sinis melihat wajah berani Cyrus. “Kaaauu…. Setelah kau ambil
segalanya dari aku, sekarang kau nak ambil Ean lagi?? EAN MILIK AKU DAN TIADA
SIAPA BOLEH RAMPAS DIA DARI AKU!!” Jeritnya dengan suara yang menggerunkan.
“AKU AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG BERANI PISAHKAN AKU DARI EAN LAGI. BUKAN
MANUSIA, BUKAN ANGEL, BUKAN DE-cough! Cough!” Vyle jatuh berlutut sambil
terbatuk kuat.
“Vyle!”
EAn ingin mendekati perempuan itu tapi di halang oleh Cyrus. “Lepaskan aku!
Vyle dalam bahaya!”
“Kau
dalam bahaya kalau kau dekati dia!” marah Cyrus. “Aku lebih kenal dia. Aku
pernah berdepan dengan Kakak aku sebelum ni.”
INi
buat Ean terdiam. “K-Kakak kau?”
“Long
story.. sekarang, kita kena fikir bagaimana nak hentikan dia dari meroyan tanpa
bawa dia ke Heaven.”
Ayat
Cyrus buat Ean tambah buntu. Bukan kah dia nak bawa Vyle ke Heaven? Kenapa pula
nak hentikan Devil Vyle dengan tangan sendiri? Apa rancangan Cyrus sebenarnya?
Vyle
rasa seperti ada sesuatu di lehernya yang menghalang dia untuk bernafas, dia
rasa tercekik. “Arrrggh!! Cough! Cough!” Dia terbatuk dengan kuat hingga
terlentar di atas tanah. Ia menyakitkan, panas dan rasa sangat terseksa!
Dia
menggaru dadanya yang rasa panas. “Hentikannya! Hentikannya!!” Jeritnya sekuat
hati, merayu sesiapa sahaja menghentikan seksaannya itu.
“Aku
tak boleh Nampak dia macam ni.” Kata Ean tidak sanggup melihat Vyle terseksa
lagi, ia seperti hatinya di robek secara perlahan melihat Vyle meminta tolong
tapi tiada yang ingin menolongnya.
Dia
berlari mendekati Vyle tapi Vyle segera mencakar Ean di pipi sambil merenung
tajam kearahnya. “Get away from me!! Arrrggghhh!”
Ean
menyentuh pipinya yang cedera tapi mengendahkannya kerana Vyle lebih penting
sekarang. “Vyle! Biar aku tolong… Please..”
“No!”
Dia mengerang kesakitan pada dadanya. “Kau buat aku sakit. Just go away!”
sahutnya dengan nada sedih dan marah bercampur aduk. “Miey!! Hentikannya!!”
Beberapa
cahaya Biru keluar dari rantai pada leher Vyle mengelilingi Luciefer itu. Cyrus
segera menarik Ean pergi dari Vyle takut cahaya itu boleh membahayakan Ean.
“Lepaskan
aku! Kau nak hantar Vyle ke Heaven, aku takkan benarkan kau sesekali--”
“Aku
rancang nak sembunyikan dia!” sahut Cyrus meletup. “Dia kakak aku, walauapapun
dia, aku takkan benarkan sesiapa cederakan dia.”
Mereka
memandang kearah Vyle bila mendengar Vyle terbatuk besar memuntahkan darah
hitam. Kukunya kembali seperti biasa, taringnya menghilang dan mata tajamnya
kembali berwarna biru langit. Dia menarik nafas tajam menghirup udara
membersihkan dadanya yang panas.
Cyrus
terus menangkap Vyle dalam dakapannya bila melihat dia ingin rebah ke tanah.
Dia memeriksa wajah Vyle dan perasan air mata di hujung matanya. “Dia dah
kembali… apapun cahaya tu buat.. dia dah okay.”
“Cyrus
jauhkan diri kamu dari Fallen Angel itu.”
Ketiga-tiga
Angel itu memandang kearah suara baru yang mereka sangat kenali. Mereka
mendongak ke udara melihat lebih sedozen askar Angel berada di atas mereka
bersama dengan Lord Firold sebagai ketua mereka.
Cyrus
terpaku dalam kedudukannya. Apa Lord Firold buat di tempat tu pada waktu
sekarang? Dan bagaimana dia tahu dia berada di situ? Yang penting, apa akan
jadi pada mereka?
>X<
Sky
terbang ke satu laluan sunyi di mana dia pernah pergi suatu ketika dahulu, dan
menunggu musuh ketatnya untuk muncul. Dia tak yakin yang Sulfur akan muncul
untuk jumpa dia, tapi dia kena letak sedikit harapan dekat Devil satu tu.
Walaupun betapa dia benci makhluk jijik itu tapi hanya Sulfur sahaja jalan dia
untuk menghentikan Hell dari memburuh Raven.
“Well,
Well, Well… Nampak siapa yang minta tolong dari makhluk menjijikkan atas
permukaan muka bumi ini. Tak lain dan tak bukan, anak Elder ke empat, The
Amazing Sky!”
Sky
mendongak melihat Sulfur akhirnya muncul dan mendarat di hadapannya. “Aku pasti
kau akan muncul.” Katanya sambil tersenyum sinis.
Sulfur
tertawa besar mendengar ayat Sky. Dia tak jangka yang musuhnya ini akan
berjumpa dengan dia. “Kau tahu tak apa maksudnya bila seorang Angel minta
bantuan dari Devil? Di buang dari Heaven.”
Sky
tersenyum sinis. “Jangan risau. Aku sendiri yang keluar dari Heaven.”
“Apa?!”
SUlfur tersenyum lebar dan akhirnya ketawa pecah perut. “Woah!! Anak kebanggaan
Lord Firold akhirnya mengambil langkah untuk membelot kaumnya sendiri! Apa yang
buat kau jadi Stray Angel hah?”
Senyuman
Sky pudar dan wajahnya kembali serius. “Raven. Kita kena hentikan kedua pihak
dari kejar Raven.”.
Devil
ini pun turut menjadi serius bila Raven terlibat dalam perjumpaan mereka. “I’m
listening.”
Comments
Post a Comment