Unexeption: Fifteen


Vyle mengeluh panjang dan rebahkan dirinya di kerusi meja makan yang ada di tingkat bawah rumah penginapan itu. “Kenapa?? Kenapa??” soalnya berulang-ulang kali berharap apa yang telah berlaku hari ini adalah satu mimpi.

“Apa yang kenapa? Kau tak suka duduk serumah dengan aku ke?” Soal Ean buat muka sedih dengan kedua tangannya di meja dan sebagai bantal dagunya.

Vyle menjeling kearah Ean dan mencebik. “Aku tak tahu demam apa Linda dan Nenek Mary tapi aku 100% tak suka plan ni!”

Ean tertawa melihat muka sedih Vyle. “Alolololo…. Tak kasihankan Nenek Mary ke? dia percayakan kau dan kau tak boleh hampakan dia. Jaga rumah ni bukannya susah pun kalau tiada sesiapa ada kat sini. Semua orang pergi melancong ke ladang linda dan Nenek Mary ikut sekali.” Kata Ean. “So, kau perlu siapkan makan malam untuk 20 orang termasuk aku, Kau, Linda dan Nenek Mary. Jangan risau aku tolong.”

Vyle memandang kearah Ean dengan mata bersinar-sinar. “Ye ke?”

“Yup. Aku tolong.” Ean tersenyum nakal. “Tolong tengok.”

PACK!!!

“Tak guna!! Kau memang nak kena kan-” ayat Vyle terpotong bila rasa kehadiran seseorang dan memandang ke tangga rumah. Tiada.

Dahi Vyle berkerut kerana dia pasti dia nampak seseorang di tangga rumah itu tadi. Ia memerhatikan mereka, setiap saat.

Ean menggosok kepalanya yang sakit dan memandang Vyle yang tetiba kaku. “Kenapa kau ni?”

Vyle tersentak dari lamunannya dan menjelir lidah kearah Ean. “Aku nak check stock dinner.” Katanya dan berlalu pergi meninggalkan Ean bersendirian.

Sebaik sahaja figura budak amnesia itu pergi ke dapur, Light muncul dari sebalik tangga ke tepi Ean. “Budak tu boleh nampak aku ke?”

Ean menjungkit kening, dia mula tak sedap hati. “Kau nak cakap dia ‘Special’ ke?”

Light mengangkat bahu. “Mungkin, tapi kalau dia boleh lihat makhluk seperti kita… kenapa dia tak sapa je? selalunya manusia yang ada kebolehan cam ni akan sapa Angel.” Katanya sambil mengusap dagu cuba fikirkan puncanya.

Ean memandang ke pintu dapur semula, jantungnya berdegup dengan cepat dan dadanya rasa tersangatlah berat, tapi dia tak tahu kenapa. Sesuatu buruk akan berlaku…. Sesuatu perkara yang akan berlaku kepada Vyle…

“Ean… Ean! Bangun!  Tolong bangun! EAN!!”

Ean menyentuh dahinya yang sakit dan gambaran seorang perempuan sedang memeluknya dengan erat sedang menangis teresak-esak menjerit namanya tanpa henti.

“Urrggghh….”

Light memandang kearah Ean dan mula cemas melihat angel jagaannya berdesir menahan sakit kepalanya. “Ean, kau okay? kau paksa diri kau dari ingat masa silam kau lagi?”

Ean menggeleng tidak dan juga cuba kembalikan penglihatannya yang kabur. “T-tak… ia datang sendiri.”
Light menarik nafas risau. “Pasal apa pula kali ni?”

“Time aku mati kemalangan, seorang perempuan memeluk ku dengan erat sambil menangis. Light..” Dia melihat tepat pada mata Light. “Kau kata New Born akan melupakan kehidupan silam mereka tapi kenapa aku tak?”

“Aku tak tahu..” katanya sambil memandang kearah lain. Dalam fikirannya ada dua, mengapa Ean boleh dapat bayangan kehidupan silamnya dan juga apa akan jadi kalau Ean ingat tentang Fallen Angel itu. Kalau dia ingat tentang Raven dah tentu Ean akan cari dia.

“Ean!!!”

Ean terus berdiri tegak bila dengar jeritan Vyle dan melihat wanita amnesia itu berlari keluar dari dapur.

“Kita kekurangan bahan nak masak ni malam. Kau boleh jaga tempat ni tak sementara aku beli barang?” Soal Vyle dengan senyuman merayu. “Ya?”

Ean menarik nafas dalam, hatinya tambah berat melihat senyuman Vyle. “Oka—”

“Kau ikut dia.”

Mata Ean terbeliak besar memandang Light. “Kenapa?”

Light hanya mengangguk tanpa melepaskan pandangannya dari Vyle. “Ia arahan.”

Vyle pula menjungkit kening. “Kenapa? Siapa nak jaga tempat ni kalau bukan kau?”

“H-Hah?” EAn mula buntu. Kekadang bercakap dengan orang halimunan dan manusia pada masa yang sama memang menyusahkan dan memeningkan.

“O-Okay… Aku ikut.” Katanya di tujukan pada Light. “Kunci je, bukan ada orang pun datang ke sini tengahari buta kan?” sambungnya lagi untuk membalas soalan Vyle.

Kening Vyle makin kening dari sebelumnya kerana hairan tapi perasaan itu di buang dengan mengangkat bahu. “Lantak kau lah.”

>X<

“…. Tapi Sul, kalau kau cari seorang memang tak jumpa punya!” rungut Sly terbang mengekori abang tirinya turun ke bumi.

Sulfur memutarkan bola matanya mendengar adiknya dah mengada. “Bukan aku tak tahu niat kau, kalau kau jumpa Raven dulu dah tentu kau akan tangkap dia untuk kebaikan kau sendiri kan?”

Sly membuat muka innocent. “Apa? Nooo, aku buat ni sebab nak tolong kau.. ikhlas!”

Sulfur menarik sengih. “Sejak bila kau belajar nak berikhlas ni?”

Kedua adik beradik devil ini mendarat di tengah pekan kecil di mana manusia lalu-lalang membuat rutin harian mereka. Dua Devil ini memandang sesama sendiri.

“Issh… Ala, kau nak aku tolong kau ke tak? aku janji sebaik je aku jumpa dia, aku beritahu kau. Okay?”

Sulfur mengeluh panjang sambil meramas rambutnya. Dia dah penat nak cari Raven namun tak pernah mengalah, sedikit bantuan takkan sakit kan?

“Baiklah, tapi kau janji yang kau takkan sakiti dia.”

“Yes boss!” sahut Sly dengan senyuman gembira menayangkan dua gigi taring atasnya.

“Tidak dekati dia…”

Sly mengangguk. “Of course, Dia hanya untuk kau sorang~~” Sly mengenyit mata.

Sulfur terus memandang kearah lain kerana malu. “Shutup! Dan jangan sesekali sentuh dia okay??”

Adik tirinya mengeluh panjang. lelaki angau ni memang dah fall hard kat Lucifer ni. “Sure-sure, boleh aku bantu sekarang?”

Sulfur mengangguk setelah dapat kepastian dari devil terlicik dalam neraka itu. “Ya, kita berpecah. Kau cari di sini, aku pula di perumahan orang kampung.”

Sly mengangguk dan terbang meninggalkan Sulfur, memulakan pencariannya untuk mencari harta berharga dan juga merbahaya kepada para Devil.

Sulfur hanya menggeleng melihat keterujaan adiknya menolong dia mencari Lucifer. Ini first time dalam masa 3 tahun Sly wakilkan diri untuk tolong. Apa-Apa lah! Yang penting Sulfur dapat jumpa dengan Raven sebelum para Angel. Sulfur mengembangkan kepaknya dan mula terbang ke kawasan perumahan memulakan pencariannya di tempat itu untuk kesekian kalinya.

Tapi tanpa Sulfur sedari…. Wanita yang dia cari selama ini berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi bersama dengan New Born Angel sedang membeli barang dapur di sebuah kedai sayur.

Vyle sedang rancak bercakap tentang senarai pemberian barang dapur dengan Ean tapi New Born Angel ini hanya diamkan diri dengan menumpukan sepenuh perhatiannya pada wajah Vyle.

“….Mungkin kita boleh masak ikan masak tiga rasa pun boleh sebab Nenek Mary suka makan ikan masak tiga rasa. Oh! Apa kata kita panggang ayam bakar….”

Suara Vyle hanyut dalam lautan minda Ean kerana new born angel ini sedang memikirkan siapa wanita ini sebenarnya.

Kenapa Vyle ada dalam kehidupan lamanya? Menangis untuk Ean merayu untuk tidak tinggalkan dia. Adakah Vyle perempuan itu? Kalau ya kenapa dia tak kenal Ean? Adakah perasaan yang berat ini datangnya kerana wajah Vyle sama dengan perempuan ini? Dia tahu perasaan yang dia rasa itu, ia perasaan sedih dan rindu yang amat kepada orang yang tersayang. Dia sayangkan perempuan dalam kehidupan lepasnya; Tapi takkan aku sayangkan nenek kebayan ni?

“Dan—Ean? Kau dengar ke?”

Ean tersentak dari lamunannya dan mengangguk. “Ya….”

Vyle tersenyum manis dan sambung ayatnya yang tergantung tadi. “Lepas ni kita ke pasar ikan. Kau nak singgah makan ke sebelum ke sana?”

“Makan? Sure, aku tengah lapas sekarang ni.” jawabnya dengan anggukan. Aku tak mungkin jatuh cinta dengan Vyle..

“Okay! kita ke kedai tu nak?” Vyle tuding jari kea rah sebuah gerai berdekatan yang menjual makanan segera.

“Sure.” Jawab Ean dengan senyuman dan mereka berdua memulakan langkah mereka ke gerai tersebut dan membeli beberapa sneak panas.

“Satu Cake Fish dan Black Hot Bun.” Pesan Ean kepada penjual makanan segera itu.

“Eh? cam mana kau tahu aku nak makan Cake Fish?” Soal Vyle hairan. Dia baru je nak sebut apa dia nak, dah Ean pesankan untuknya? Setahunya, dia tak pernah beritahu Ean makanan apa dia suka.

Ean menjungkit kening. “Bukan kau suka makan Cake Fish ke?—Eh?” New Born ini sendiri terkejut bila dia fikirkannya balik, perempuan di kehidupannya yang lalu sukakan Cake Fish, takkan perempuan ni pun suka?

Ean menggeleng secara mental. Itu Cuma kebetulan sahaja desis hatinya menafikan kebenaran.

“Aku teka je sebab mulut kau beliur bila kau nampak Cake Fish tu.” katanya dengan senyuman nakal membuatkan Vyle naik merah menahan geram.

“aku tak beliur lah!” Vyle menjelir lidah. “Kau pesankan untuk aku, kau yang bayar. Hmmp!” Vyle berputar meninggalkan Ean terpinga-pinga di depan kedai tersebut dan pergi duduk di tempat duduk yang telah tersedia di lorong pekan itu.

Tidak lama kemudian, Ean datang mendekati Vyle dengan dua bungkus makanan ringan di tangannya dan duduk di sebelah Vyle. Sebungkus makanan di tangannya di hulurkan kepada Vyle.

“Kenapa buat muka cam tu? kau merajuk ke?”

Vyle mencebik. “Tak aku mengetap bibir—Nak buat apa aku merajuk? Aku Cuma hairan kenapa kau tiba-tiba nak temankan aku beli barang. Kau demam ke?” Vyle mendepakan tangannya ke dahi Ean, cuba periksa kalau-kalau lelaki miang tu dah kena penyakit labi-labi ke hapa ke..?

Ean merasakan tangan hangat Vyle menyentuh dahinya membuat dia naik merah dan juga rasa gembira pada masa yang sama tapi perasaan riang itu di buang jauh-jauh dengan menepis tangan Vyle. Dia rasa menyesal akan tindakannya itu kerana dia sudahpun merindui kehangatan tangan wanita amnesia itu.

“A-Aku tak apa-apa… Nah makan Cake Fish kau ni sebelum sejuk.”

Vyle mengambil sneaknya dari tangan Ean dan makan makanan kegemarannya dengan hati yang riang. “Hmm~~ sedapnya… Oh ya Ean, lepas ni nak ke mana? Dinner lama lagi, kita boleh round-round tempat ni untuk buang masa sebelum balik ke rumah penginapan Nenek Mary. Amacam?”

Ean menelan makanannya sebelum bersuara; “Atau kita boleh ke river boat ride kat hujung pekan. Lagi best dari penatkan kaki berjalan tanpa tujuan kan?”

Vyle tersenyum nakal mendengar cadangan Ean dan bercekak pinggang. “Are you asking me out?”

Mata Ean terbeliak bulat. “W-What? No! A-apa yang aku…err… aku maksudkan ialah—Well, kita kan selalu bergaduh s-so aku rasa ia m-mungkin—Err—bagus untuk perbetulkan hubungan… kita??”

Vyle tertawa mendengar Ean tergagap-gagap cari ayat. “Aku acha je lah! Okay, aku rasa pergi naik bot dengan kau takkan buat aku gatal satu badan kan?”

Ean menarik sengih,terasa dengan ayat Vyle. “Apa? Kau ingat aku ni penyakit ke sampai kau gatal-gatal ha?”

“Tak, aku fikir kau ni virus perosak kulit aku.” jawab vyle dengan senyuman nakal terpapar di wajahnya.
Tidak jauh dari tempat dua bittersweet friend ini, Light berdiri di atas kedai cendera hati dengan mata tertumpu pada telatah Ean bersama Vyle.

“Di sini rupanya dia…” katanya pada diri sendiri dan mengeluarkan sekeping gambar penjenaya merbahaya di seluruh alam. “Fallen Angel bersembunyi di pekan kecil ni. tiada siapa akan jangka Ean akan jumpa dia dulu.”

Light membakar gambar Fallen Angel menggunakan api putihnya dan kembali menumpukan perhatian pada Ean. “Misi pertama Ean akan bermula tak lama lagi…”

Remang bulu roma Vyle di bahagian leher dan hatinya mula tak sedap hati. Dia terdengar bisikan halus, tapi soalannya milik siapa? Vyle berputar melihat di atas sebuah bumbung kedai namun, tiada apa yang berada di atas bumbung itu.

Mungkin perasaannya tak? tangan Vyle bergerak ke memegang batu Kristal yang bergantung di lehernya sepertinya minta dia di lindungi.

“Vyle? Kenapa ni? muka kau pucat..”

Vyle mendongak melihat wajah risau Ean dan menggeleng. Senyuman paksa dilontarkan kepadanya. “Aku okay, Cuma penat sikit je.”

“Kalau cam tu, baik kita balik.”

Vyle menggeleng. “Tak-tak. aku penat sikit je. masih boleh berjalan lagi, So? Tunggu apa lagi? Jum lah!!” Vyle bangun dari tempat duduknya dan terus menarik Ean bangun. “selalunya boat ride penuh sekitar jam 3 kan?” Vyle sempat memandang menara jam pekan dan tersenyum. “ada sejam sebelum sesak, kalau kita cepat tak perlu kita nak beratur lama.”

Ean hanya mengangguk tidak dapat berkata-kata bila dia lihat Vyle menggenggam erat pergelangan tangannya dan tarik dia ke destinasi mereka ingin tujui. Kenapa hatinya rasa berbunga-bunga bila budak amnesia ni memegang tangannya? Issh.. bukan hati jak, jantungnya pun berdegup tak tentu arah… Nanti? Boleh ke jadi cam tu? Oh-Ouw…. Mungkin Vyle betul, dia ni mungkin ada penyakit….

Hayalan Ean tamat di tengah jalan bila Vyle memetik jari di depan mukanya. “Ean! Kau menghayal lagi, sampai bila kau nak mengelamun ni hah?”

 “H-huh? Oh sorry, aku memikir tadi..” Ean mengurut dadanya cuba tenangkan jantung yang berdegup lebih laju bila lihat wajah suci Vyle. Damn she’s too cute—Eh? lupakan apa yang aku fikirkan tadi!

“Fikir apa?”

“Fikir cam mana kau sedap di masak apa? Samada di goreng atau panggang.” Ean tersenyum nakal melihat Vyle naik merah. “Kenapa dengan muka kau? Oh! Kau fikir benda tu ke?? Such a perverted girl~”

PACK!

“Mana ada! Sembarangan je kau ni.”

Ean mengusap kepalanya yang dia pasti dah tumbuh benjol akibat kena luku tadi. “Hehe, okay jom naik bot sebelum line beratur mula panjang.” belum sempat Vyle nak merungut, Ean dah pun menarik Vyle masuk kedalam sampan kayu yang mempunyai ukiran tangan yang bertulis ‘Love in Sunset View’.

“Oh wow, sweetnya ayat…” kata Vyle secara sarkastik.

Ean yang mendayung sampan tersebut tertawa. “Aku dah agak dah kau akan cakap cam tu. Kau pernah ke sini ke?”

Vyle menggeleng. “Tak, aku terlalu sibuk dengan ladang Linda sampai takda masa nak naik bot ni.”

Ean tersenyum tapi senyumannya pudar bila dia rasa ayat tu seperti dia pernah dengar sebelum ni. Adakah perempuan dalam kehidupan sebelumnya pernah cakap begitu? EAn menggeleng. Berhenti fikirkan perempuan tu!

“Ya ke? kalau cam tu kau akan suka matahari terbenam nanti.”

Vyle tersenyum dan kembali memandang ukiran nama sampan itu. “sebab tu ke motto river boat ni Love in sunset view?”

Ean mengangguk dengan senyuman lebar. “Yup! Lagenda menyatakan siapa yang luahkan hatinya pada orang yang dia sayangi di tengah tasik time matahari terakhir terbenam, cinta mereka akan berkekalan selama-lamanya.”

Vyle tersenyum kecil. “Selamanya? As in for internity? Sehingga kehidupan lain juga ke?”

“Hmm… lain macam je bunyinya tu. kenapa? Dah ada berkenan dalam hati ke?”

“Kalau ada pun…” Vyle menghembus nafas panjang. dia merenung jauh kea rah matahari yang dah nak terbenam di tasik tersebut. “Dia dah tiada dalam dunia ni…”

Ean terdiam menerima ayat vyle masuk kedalam mindanya. Dia menyentuh dadanya yang terasa sebak. Wahai hati, kenapa kau begini? Kenapa kau terasa sakit secara tiba-tiba?

“Dia… Cam mana?” Soalnya berbisik sepertinya nafasnya telah di ambil dari paru-parunya.

“Hmm…? Oh, aku tak seberapa ingat tapi aku pasti dia mati kerana selamatkan aku.”

Jantung Ean berdegup lebih laju dari biasa mendengar ayat Vyle. Mengapa kejadian itu sama seperti memori terakhirnya sebelum dia mati? Adakah dia perempuan yang sedang memeluknya semasa dia hendak menghembus nafas terakhir? Harap bukan dia… desis hatinya tapi dalam aspek yang berbeza dia juga berharap itu ialah Vyle.

Ean mengeleng kecil cuba melupakan hal tersebut dari kotak mindanya. Dia kembali memandang wajah Vyle yang termenung jauh memandang matahari yang sedang tenggelem di horizon dunia. Wajahnya yang putih bersinar di bawah matahari senja dan bibir merahnya kelihatan sangat menggoda.. sangat-sangat menggoda. Ean menggeleng sekali lagi,dia kena berhenti fikir benda cam tu kat perempuan ni. Dia kena hormat Vyle walaupun dia ni kekadang jadi musuh Ean.

“Cantiknya….” Bisik Vyle melihat matahari yang nak terbenam membuat Ean berputar memandang matahari tersebut.

Ya memang cantik….

“Kalau bawa couple ke sini tentu best kan?”

Ean kembali memandang perempuan Amnesia itu dan keningnya terjungkit. “Takkan kau tak tahu yang ini untuk lovey-dovey couple?”

Vyle menggeleng. “Untuk orang Dati—” ayat Vyle tertangguh dan cebisan memori lama kembali ke minda Vyle.

“Nak tahu tak apa tujuan Tunnel ni dibuat?”

 “Untuk apa? Bukan untuk melihat karya yang cantik ke?”

Ean menggeleng dengan senyuman “Tak, untuk pasangan kekasih.”

Raven sedikit terkejut. “Tempat orang Dating?”

Vyle berpaut pada sampan bila penglihatannya mula kabur dan kepalanya sakit akibat memori itu. “Urrggh…”

Ean terus melepaskan pendayung dan bergerak mendekati Vyle, dia memegang kedua bahu Vyle memastikan yang perempuan itu tidak jatuh kedalam tasik. “Vyle…! Kenapa ni?”

“It’s a secret. Kalau kita sampai di sana 30 minit awal dari biasanya… aku beritahu kau satu rahsia.”

“Rahsia? Rahsia apa?”

Raven menggeleng tidak mahu beritahu kepada Ean. “Aku kata kat sekolah bermaksud kat sekolah!”

“Clue? Bagi aku satu clue baru aku semangat nak ke sana.” Ean berjalan kebelakang di hadapan Raven.

Raven tersenyum dan memandang kearah lain. “satu clue kecil.” Raven menyentuh dadanya.

Ean melihat clue Raven dan tersenyum gembira. “Okay! Apa tunggu lagi? Jom pergi!” Ean menggenggam tangan Raven dan menariknya pergi. Mereka berlari sekuat yang mungkin menuju kesekolah sambil tertawa.

Situasi seindah mahligai itu berubah hanya dalam sekelip mata bila sebuah lori bergerak laju kearah mereka dan melanggar Ean di depan mata Raven.

“Ean!!”

Vyle jatuh ke dalam dakapan Ean kerana kepalanya sangat sakit mengingatkan memori hitam itu, air matanya bergelinang turun kerana rasa sakit di dalamdadanya tidak dapat di tahan. Kenapa ia rasa sangat sakit? Mengapa dia rasa kehilangan seperti ini?

Ean hanya kaku dan merasakan bajunya basah dengan tangisan air mata Vyle. Dia tak kisah… tapi yang dia kisahkan ialah mengapa dia rasa sakit melihat wanita itu menangis? Sebenarnya… kenapa dia rasa seperti ini? Selalunya kalau perempuan lain menangis dia buat tak endah je tapi kali ini lain, dia nak sangat buat Vyle kembali gembira dan hilangkan rasa sedihnya itu. Mengapa? Mengapa?

Dia rasa jantungnya berdegup kuat seperti memberi tanda kepadanya dan ini buat dia mengeluh lebih panjang dari sebelumnya. Dia memerangkap badan Vyle di dalam pelukannya dengan erat dan mula bersuara kata menenangkan di telinga wanita itu.

Tanpa dia sedari hatinya sudah lama untuk Vyle dan hingga sekarang masih bertahta di dalam hati walaupun Ean tidak mengetahuinya….

Di jambatan tasik tersebut, kelihatan satu figura bersayap putih berdiri di kaki jambatan tersebut sambil memeluk tubuh, dahinya berkerut melihat Vyle dan Ean di dalam sampan cinta itu sedang berpelukan.

Light Menarik nafas dalam. Dia tak sangka ini akan berlaku kepada mereka berdua lagi.. Dia memandang mereka berdua dengan lama memikirkan nasib yang akan mereka tempuhi tidak lama lagi.


“Ean… kau melanggar peraturan Heaven..”

Comments

Popular Posts