Unexeption: sixteen
“Ean…”
“Vyle…” Bisik Ean
membuat bulu roma Vyle remang.
“Ean…” Dia
menyebut nama Ean sedikit keras dari sebelumnya tanda amaran. “Berhenti.”
Ean mencebik.
“Kenapa? Tiada siapa yang Nampak.”
PACK!
“Aku dah kata
jangan kacau aku! Tak nak aku jadi mangsa Para peminat kau.” Vyle bercekak
pinggang dengan senduk di tangan kirinya, bekas memukul kepala Ean.
Ean menggosok
kepalanya yang dia pasti ada benjol tak lama lagi. “Issh minah ni, aku bukan
datang untuk kacau kau lah! Nenek Mary suruh aku tolong kau.”
Vyle menjungkit kening
tanda tidak percaya. “Really? Kau tolong apa? Tolong kacau adalah!”
Ean tertawa. “Itu
sahaja perkara aku boleh buat dalam dapur ni. Kalau aku masak confirm tebakar
satu rumah ni.”
Vyle menggeleng.
“Kalau cam tu keluar dari dapur. Beritahu nenek Mary aku boleh buat Lunch
sendiri.” Vyle kembali kepada kerjanya memeriksa Sup seaweed untuk grand lunch
mereka nanti.
“Tak Nak.”
Vyle kembali
memandang Ean. Wajahnya sangat serius membuat Vyle kebelakang sikit, entah
kenapa wajah itu buat jantungnya berdegup cepat. “K-kenapa?”
Sebab aku taknak
tinggalkan kau bersendirian desis hatinya. Sejak peristiwa di Love Boat
tersebut, dia dapat rasakan yang Vyle dalam bahaya.
Ean tersenyum
nakal. “Aku nak kau sentiasa di sisi aku.” Katanya dengan ayat menggoda sambil
mengenyit mata.
Muka Vyle terus
naik merah, dia segera mengalihkan pandanganya dari Ean. “M-mengada je kau ni.
Kalau kau nak tolong ambil sayur kubis di sana tu dan potong.”
Ean tertawa kecil dan
bergerak mengikut arahan. Dia mengambil sebiji kubis bunga dari kotak sayuran
dan memotong sayur tersebut. “Kau tahu tak dapur ni boleh terbakar hanya dengan
aku potong sayur ni?”
“Ha-Ha Very Funny.
Kau tahu tak kau boleh mati awal kalau kau becakap lagi?” katanya memberi
amaran tapi senyuman kecil tetap terbentuk pada hujung bibirnya.
Ean menarik
sengih. “Kau boleh buat apa dekat aku?”
“Masak kau
hidup-hidup dan bagi makan kat peminat kau.” Jawabnya slamber sambil tangannya
bergerak sekeliling dapur.
Ean hanya
memandang Vyle ke sana dan ke mari segera menyiapkan makanan tengahari sebelum
tiba masanya. Dia memandang wanita amnesia itu dari atas hingga bawah. Susuk
tubuh badan yang cantik, dia tak boleh tak perasan tentang benda tu. Selain
dari tu, dia pasti Vyle ialah perempuan dalam kehidupan sebelumnya. Perempuan
ni sangat penting bagi Ean, dia pasti sebab kalau tidak dia takkan dapat rasa
Vyle dalam bahaya sekarang ni.
“Kau…. Tak minat
aku ke?”
Langkah Vyle
terhenti untuk seketika. Dia teringatkan Love boat semalam di mana dia dah syak
yang Ean adalah teman lelakinya yang telah mati. Tak… yang mati takkan hidup lagi dia menafikan segalanya.
Vyle berputar
memandang Ean dan membuat muka supaya Ean tak Nampak perasaannya yang sebenar.
“Dan biarkan diri aku kena pijak peminat kau? Not even in the other life.” Dia
kembali pada kerjanya
“Cam mana kalau
aku pastikan mereka tak kejar kau?” soal Ean membuat Vyle terkejut.
Kenapa cara dia
bersuara kedengaran serius? Dia sedang bergurau ke? Vyle menelan air liurnya
takut untuk memandang wajah Ean tapi perasaan ingin tahunya lebih kuat dan
dengan perlahan matanya mengerling ke wajah Ean.
Jantung Vyle
berdegup sekali lagi. Wajah serius itu yang membuat Vyle takut. Mengapa dia
takut? Dia sendiri tak tahu.
Vyle segera mengalihkan
perhatiannya dan bergerak pergi. “Jangan nak merapik lah Ean—”
“Aku tak
main-main.” Ean menarik lengan Vyle sebelum dia sempat berjalan pergi dan putar
perempuan itu menghadapnya. Dia nak lihat mata Vyle, dia nak lihat kebenaran
jika perempuan ini masih ada perasaan terhadap Ean dari kehidupan sebelumnya.
It’s there…
Ean melepaskan
genggamannya pada lengan Vyle bila dia lihat mata Vyle yang sedang menahan
segala perasaan yang ada dalam tubuh kecilnya itu. Ean hendak tersenyum tapi
juga bersedih pada masa yang sama. Walaupun gadis dalam kehidupan lalunya ini
masih cintakan dia, mereka tidak boleh bersama. Dia angel dan Vyle adalah
manusia.. Dua makhluk yang tidak akan boleh bersama walaupun di kehidupan
seterusnya.
Rambut depan Ean
menutup matanya yang sedih dan segera berpaling. “A-Aku nak keluar kejap, ada
sesuatu aku lupa buat.”
Vyle hanya melihat
Ean bergerak keluar. Dia menyentuh dadanya yang terasa sebak. Please don’t give
me that look… it’s hurt just to see that face desis hatinya menahan tangisan
dari mengalir.
Dup*Dap*
Jantungnya tetiba
berdegup kuat mambuat Vyle susah untuk bernafas.
Dup*Dap*
Sekali lagi,
denyutan kuat membuat kepalanya sakit dan mendapat bayangan seorang perempuan
bersayap hitam menjerit kesakitan yang amat.
“Apa ni???” dia
rasa belakangnya mula rasa panas. “Aaaa…” dia menutup mulutnya supaya tiada
siapa kedengaran.
Adakah itu sebuah
mimpi? Kenapa kepalanya sakit? Badannya sakit? Satu badan panas!!
“Itu pun kau.”
Ean tersentak dari
lamunannya bila dengar Light bersuara dan mendarat di depannya. “Kau kenapa?”
Soal supervisor Ean.
Ean menggeleng.
“Nothing. Kenapa?”
Light menarik
sengih. “Jangan cakap kau dah jatuh cinta kat manusia sudah. Ada tak
pasal-pasal kau kena hukuman.”
Ean terus merenung
tajam kat Light. “Not funny.”
Light mengangkat
tangan mengalah. “Okay, shish… sejak kebelakangan ni susah sangat nak bergurau
dengan kau.” Light berdehem cuba tenangkan ketegangan suasana dan keluarkan sepucuk
surat kepada Ean. “Congratulation, kau telah berjaya menarik perhatian The Five
Elder dan mendapat misi pertama kau.” Katanya dengan senyuman manis.
“Really?? Secepat
ni? Wow!” Ean mengambil surat tersebut dengan gembira. Dia ingin membukanya
tapi di larang oleh Light.
“kau tak boleh
buka sekarang. Selepas kau ke heaven dan jumpa ketua keselamatan untuk dapat
badge rasmi nanti petang. Okay?”
Ean mengangguk dan
menyimpan sampul surat itu di poket belakangnya. “Thanks Light.”
Light tersenyum
tawar. “I don’t deserve your thanks. Just… listen to your heart bila kau berada
di jalan buntu dan buat yang terbaik untuk orang yang kau sayangi dan di
sekilingmu. Oh and Good luck.” Dengan itu Light terbang pergi meninggalkan Ean
yang kebuntuan dengan ayatnya tadi.
Hah? Apa yang dia
merapukan ni? Ean mengangkat bahu tidak kisah dan ingin memulakan kerja luar
rumahnya tapi terhenti bila dia dengar sesuatu barang pecah dari dapur.
Vyle!
Dia segera membuka
pintu dapur dalam keadaan cemas tapi yang hairannya tiada apa pun yang pecah
dalam dapur tersebut dan Vyle kelihatan biasa sahaja. Tumpukan perhatian dalam
masakannya.
“Ean? Kau dah
siapkan kerja kau ke?”
Ean terkaku. Jadi
apa yang dia dengar tadi tu?
“Vyle, kau okay
ke?”
Vyle tertawa
kecil. “Of course I’m okay. What with the question?”
Ean menggeleng
tersenyum lega mendengarnya. Mungkin imaginasi aku desis hatinya. Dia bergerak
mendekati Vyle dan menyambung kerja potong sayur. “Aku tolong kau. Lebih cepat
lebih bagus kan?”
Vyle menjungkit
kening hairan dengan perangai baik Ean tapi dia tak merungut dan menyambung
kerjanya.
Kedua pasangan ini
tidak perasan bahawa rantai Vyle sedang bercahaya biru dan semakin malap.
Sesuatu yang
terjadi, tapi tiada siapa yang tahu apa….
>X<
Lord Hades berada
di throne chairnya sedang menunggu berita dari trusted right hand man nya, Gyn.
Bebola api muncul
di depan mata Lord Hades membuat ruler of the underworld ini tersenyum sinis.
“Good news?”
Gyn tunduk
berlutut pada pemerintahnya dan mengangguk. Dia tidak mendongak memandang Lord
Hades, dia hanya tunduk kerana gerun dengan makhluk di depannya ini. “Seperti
yang Lord Hades katakan. Everything falls right into place. Tuan jangan risau.”
Senyuman Lord
hades semakin lebar dari sebelumnya. “Perfect. Adakah mereka sedang
memerhatikan dia?”
Gyn mengangguk.
“Every second.”
Sulfur berada
dalam biliknya bermain dengan bebola lava. Lava tersebut tidak sakiti dia walau
sedikit pun. Dia Devil, hidup di bawah tanah tak hairan baginya. Apa yang buat
dia hairan ialah kenapa Lord Hades hantar hamba abdinya mengekori dia ke mana
sahaja dia pergi. Ini sangat pelik. Adakah Tuan Underworld ini tidak percayakan
dia?
Sulfur menarik
sengih. “Heh, siapa pernah percayakan aku?” Soalnya sedikit kecewa. Raven juga
tidak percayakan dia. Dia menggenggam erat bebola lava di tangannya, membuat
bola tersebut retak dan air lava panas mengalir keluar dari bola tersebut.
Sulfur terus melontar bola tersebut ke dinding membuat bola tersebut meletup
dan air lava tepercik merata tempat.
Dia tak boleh
keluar dari underworld untuk cari Raven kalau ada mata-mata sedang
memerhatikannya. Dia tak boleh bahayakan nyawa raven, dia tahu Lord Hades nak
ambil kesempatan keatas Raven dan dia takkan bekerjasama untuk bagi Raven
kepada Lord Hades. Even his life Is on the line.
Buat sementara ni,
dia kena duduk diam sehingga keadaan menjadi redah.
>X<
“Ke mana pulak
mamat miang ni pergi?” Soal Vyle rasa sangat menjengkelkan terhadap lelaki yang
bernama Ean itu. Vyle meletakkan mangkuk salad di atas meja picnic dan melihat
sekeliling laman rumah penginapan nenek mary.
Dia dah selesai
hias laman tapi mana pulak lelaki ni? Takkan dia menghilang selepas hias semua
ni? Desis hatinya memandang sekeliling kalau-kalau dia lihat kelibat Ean tapi
bukan Ean yang dia lihat tapi Nenek Mary dan Linda datang ke laman belakang
dengan wajah kagum tertulis di wajah mereka.
“Korang dua buat semua
ni?” Soal Nenek Marymelihat dekorasi lantern night dan makanan untuk Dinner
bersama pelanggan. Ini dah kali ke dua mereka adahkan makan dengan pelanggan,
Nenek Mary baik sangat.
Vyle mengangguk.
“Yup. Tapi entah pergi mana Ean menghilang. Dari tadi petang aku tak Nampak
dia.”
Linda menarik
sengih dan menyiku perut Vyle. “Risau ke? Takut dia keluar dengan perempuan
lain ke?” soalnya mengusik.
Muka Vyle naik
merah, dia segera menggeleng. “What? No! Aku terfikir je kalau-kalau dia tak
sempat nak join dinner dengan kita.”
“Jadi kau risau la
aku skip dinner?” Ean muncul dari pintu sliding dan menyentuh dadanya. “Awww…
aku tak tahu kau sayangkan aku sampai cam tu sekali.”
Nenek Mary dan
Linda tertawa kecil membuatkan Vyle tambah merah dari sebelumnya. “Takda lah!”
Dia memandang dua wanita terpenting dalam hidupnya. “Linda! Nenek mary it’s not
funny.”
Nenek mary
mengelap air matanya dan menepuk tangan Vyle dengan lembut. “Youth life. Sangat
seronok. Jangan ambil hati sayang. Kamu tahu kami hanya mengusik kamu.”
“Vyle tahu tu
tapi…” Vyle menjeling kearah Ean. “Tapi kalau berkaitan dengan Ean aku tak nak.
Alergic.”
Ean pula ketawa
besar. “Patut lah kau ‘gatal’ dengan aku!”
“Aku tak maksudkan
cam tu lah!” Vyle dah naik tangan nak pukul Ean kerana menuang minyak atas api
tapi terbatal bila pelanggan nenek mary akhirnya turun dan orang pertama mereka
sapa ialah EAn dan yang kedua ialah Nenek Mary.
“Haaa, semua dah
ada. Baguslah, jom makan semua, cucu nenek dah sediakan makanan special untuk
kamu semua!”
Semua mengambil
tempat duduk masing-masing. Terdapat dua meja picnic di laman tersebut dan Vyle
berharap untuk duduk berasingan dengan Ean tapi Linda dah ada plan tersendiri
dengan menarik Ean duduk dahulu dan memaksa Vyle duduk berdepan dengan Ean.
Linda yang duduk di sebelah Vyle mendapat renungan maut dari pekerja setianya
tapi Linda buat tak tahu.
Sepanjang makan
malam Vyle hanya berdiam diri dan cuba tumpukan sepenuh perhatiannya dengan
makanan dan Linda berceloteh tanpa memandang kearah Ean. Dia tak nak sakit lagi,
setiap kali dia memandang kearah mata Ean, dia melihat sesuatu yang dia tidak
sepatutnya tahu, dan perkara itu membuat satu badannya sakit. Dia perlu jauhkan
diri dari Ean, Dia tidak boleh rapat dengan lelaki ini kalau tidak entah apa
akan jadi nanti.
“Vyle…”
Vyle tertawa kecil
mendengar cerita Linda. “So, Lelaki tu sejutu dengan kau lah?”
“Vyle…”
Vyle mengalihkan
pandangannya pada Ean. Mata mereka bertemu dan jantungnya berdegup kuat. Dia
segera alihkan pandangannya. “Apa?”
Ean diam seketika
memerhatikan gerak-geri Vyle dan menggeleng. “Nothing. Forget it.” Dia kembali
menjamah makanannya.
Vyle hanya diamkan
diri. Apa dia nak cakapkan? Ah, malas nak tahu dan jangan ambil tahu. It’s only
do you worst.
Setelah dinner
date mereka bersama pelanggan selesai, Mereka semua kembali ke bilik
masing-masing untuk berehat. Tapi salah seorang dari mereka pula pergi
menyelinap keluar ke laman rumah.
Ean membuka pintu
biliknya dengan perlahan dan memandang kekiri dan kekanan untuk memastikan
semua orang telah tidur dan tiada siapa pun berkeliaran di laluan tingkat dua pada
waktu malam. Dia berjungkit turun ke bawah dan berhenti seketika di depan bilik
Vyle. Dia tersenyum sendiri. ‘dia selamat ni malam.’ Desis hatinya dan turun ke
bawah.
Dia melihat ruang
menunggu Rumah penginapan itu. Kosong. Line clear! Dia dengan senang hatinya
ingin bergerak pergi tapi langkahnya terhenti bila dia dengar sesuatu seperti
benda jatuh dari tingkat atas dan memandang ke tangga.
Apa tadi tu? Ean
mengangkat bahu. Tikus kot.
Dia terus bergerak
keluar ke laman rumah dan seperti dia dah agak, Light berada di atas meja
picnic menunggu Ean untuk keluar.
“You are late.
Super late.” Katanya dengan menjengkelkan. “Kan dah kata datang heaven petang.
Asal sekarang kau nak pergi? Kau ingat Cyrus akan tunggu kau ke?”
Ean mengusap
lehernya rasa bersalah. “Sorry tapi aku sibuk seharian ni, aku rasa Tuan Cyrus
akan faham.”
Light memutarkan
bola matanya sambil menggeleng. Budak ni memang berani mati untuk kedua kali.
“Kita tunggu dan lihat. Dah Jom gerak.” Light kembangkan kepaknya dan terus
terbang ke langit malam.
Ean mendongak
melihat Light terus terbang pergi tanpa tunggu dia. “Cheh… tak guna.” Dia juga
keluarkan sayapnya dan kembangkannya untuk beberapa kali. Dah berapa minggu dia
sembunyikan kepaknya, rasa kebas sikit bila keluarkan. Setelah tamat sesi
panaskan kepak, dia terus terbang sepantas cahaya naik ke langit menuju ke
Heaven.
Ean tidak sedar
bahawa terdapat sepasang mata melihat dia sedang bercakap dengan seorang Angel
dari dalam ruang menunggu rumah penginapan.
Vyle menutup
mulutnya bila mengetahui perkara yang dia sendiri tidak akan jangka ia berlaku.
Ean ialah Angel??
>X<
Cyrus sedang
sibukkan diri seperti biasa dengan laporan yang berlambak, datang setiap hari.
Kenapa dia buang masa sibukkan diri sedangkan dia boleh balik dan rehatkan
diri? Oh ya, dia kena tunggu budak New Born tu.
Kalau dia lambat
seminit dua Cyrus tak kisah tapi ini 5 Jam Lambat!! Memang nak kena budak tu!
Kau tunggu bila kau sampai ke sini, aku cabut kepak baru dia biar dia tahu yang
keselamatan Dunia tidak boleh di bawa main.
“Errr… Cy, aku
rasa kertas tu dah koyak kau kerjakan.”
Cyrus tersentak
dari lamunannya dan mendongak melihat Sky tersenyum sambil membawa sebuah fail
di tangannya. Dia tunduk memandang kertas yang dia telah ronyokkan dan segera
letakkan ke tepi. “Sorry, aku terfikirkan sesuatu tadi. Fail tu laporan tentang
Raven ke?”
Sky mengangguk dan
hulurkannya kepada Cyrus untuk di periksa. “Tiada perkembangan sangat. Sama
seperti biasa dan ada beberapa manusia mengaku yang mereka pernah terserempak
dengan perempuan ni. Angel yang dalam penyamaran kata dia berada di area sini.”
Sky tundukkan peta yang ada tanda bulatan merah di atasnya. “Kemungkinan dia
berada di sini tapi ada juga mengatakan yang Raven berada di beberapa tempat
lagi.”
Cyrus melihat Rare
Area yang di bulatkan. Bulatan Besar. “Cam mana nak cari dia di sekitar ni?
Kalau ini sebuah Bandar atau kampung kecil, kita boleh cari tapi ini lebih dari
lima kampung dan satu Bandar kecil.”
Sky mengangkat
bahu. “Lebih baik dari cari seluruh pelusuk dunia kan? Listen Cy, kita dah
dapat petunjuk dan aku yakin yang kita akan jumpa dia tak lama lagi. Don’t
worry.”
Cyrus menghembus
nafas lelah. Mungkin kali ni Sky betul, mereka perlu cari Raven sebelum Devil
yang jumpa dia dulu. Mereka tidak tahu apa yang Devil-Devil tu akan buat kat
Kakaknya.
Pintu pejabat
Cyrus di ketuk dari luar dan Cyrus memberi dia untuk masuk kedalam. Kedua Angel
berpangkat tinggi ini terkejut melihat siapa yang masuk ke dalam pejabat Cyrus
bersama Light.
“Sorry guys aku
lambat. Ada masalah along the way.” Light memandang kearah Ean memberi signal
kepadanya untuk minta maaf.
Ean tunduk sedikit
dan meminta maaf secara berbisik. Bukan dia segan dengan dua Angel ternama ni
tapi dia rasa janggal di bawah renungan mereka. Apa ada di muka dia sampai dua
Angel tu Nampak dia seperti makhluk yang datang dari marikh?
Cyrus menarik
nafas dalam cuba tenangkan riak wajahnya semula. “Kamu Ean bukan?”
EAn mengangguk.
Dia ingatkan Tuan Cyrus akan terus pandang dia dengan lama.
Sky hanya
memandang wajah Ean masih lagi kaku di posisinya. Ini ialah lelaki yang Raven
cintai yang telah mati tiga tahun lalu. Dia dihidupkan sebagai New Born Angel.
Dia tahu semua ni tapi dia tetap terkejut melihat Ean. Adakah dia mempunyai
Guardian Angel kerana dia di takdirkan menjadi New Born Angel bila dia hidup
dan memburu perempuan yang dia cintai? Raven?
“What a twisted
plot.”
“Apa?”
“Sky?”
“Excuse me?”
Ketiga-tiga angel
memandang kearah Sky yang bersuara tanpa sebab. Sky baru perasan yang dia
tersasul segera menggeleng sambil tertawa. “Nothing. Forget what I just said.”
Cyrus menjungkit
kening hairan tapi dia endahkan. “anyways, kamu lambat untuk misi pertama kamu.
Kamu tahu tak disiplin dan ketepatan masa sangat penting untuk menjalankan
misi?”
Ean mengusap
lehernya rasa bersalah. Yup, dia dah agak dah yang dia akan kena marah.
“Errr….”
“Saya maafkan kamu
kali ni. Tapi lain kali saya tak teragak agak…” Dia mematahkan jarinya dan
lontarkan renungan tajamnya. “Patahkan sayap kau dan lontar kau keluar dari
Heaven gate.”
Ean menelan air
liur tiga kali dan mengangguk faham. Tuan Cyrus lebih menggerunkan dari apa
yang dia bayangkan!!
Cyrus mengambil
salah satu fail yang tersimpan rapi di tepi mejanya dan membuka Fail yang baru
di berikan kepada Sky. Dia mengambil peta dalam fail tersebut untuk di
pindahkan ke fail yang lagi satu. “Ini Misi pertama kau.”
Ean tampil ke hadapan
dan mengambil fail tersebut. Dia rasa teruja dan takut pada yang sama, ini
ialah misi pertamanya, dia takkan sangka yang dia akan menerima misi dari Ketua
keselamatan sendiri. Ini memang satu penghormatan yang sangat besar untuk
seorang New Born Angel.
Ean membuka fail
tersebut hanya mendapati sekeping gambar perempuan yang dia kenal, malah,
cintai.
Vyle??
(A/N: Fewwww! Alright, time to get the show started~~ bergelut dengan plot cerita ni. Cam mana endingnya nanti eh? hehehe)
(A/N: Fewwww! Alright, time to get the show started~~ bergelut dengan plot cerita ni. Cam mana endingnya nanti eh? hehehe)
Finally..de n3 bru..
ReplyDeleteRaven jdi mnuasia ke?
Hahaha... maaf nurha lambat post baru sebab busy awal tahun ni hehe.. and nope. Dia hanya hilang ingatan. Still half blood
ReplyDelete