Unexeption: Nineteen
Ean
memandang Cyrus dengan wajah yang sangat serius. “Jadi kau cakap cam tu kat aku
sebab kau ingat aku akan hantar Vyle ke Heaven untuk di hapuskan?”
Cyrus
mengangguk. “Kalau aku tahu kau juga ada motif yang sama dengan aku, tak lah
aku berlakon sehaluan dengan kau.”
“Kenapa
kau tak tanya? Atau cakap je kau nak sembunyikan Vyle?” soal Ean tidak puas
hati. “Aku berterus terang dengan kau. Aku cintakan Vyle, mustahil aku nak
hantar dia ke sini untuk di hapuskan.”
Cyrus
tertawa paksa. “Hey, Ingatan kau telah di padamkan selepas kau di hidupkan
semula. Manalah aku tahu perasaan kau terhadap Kakak aku masih ada.” Cyrus
mengeluh panjang. “Aku patut siasat pasal sejarah kau lebih mendalam. Mungkin
aku boleh faham keadaan time tu dan terus cakap tujuan aku.”
Ean
menghembus nafas panjang. “Dah terlambat nak buat kajian kau. Sekarang kita
kena fikir cam mana nak lepaskan diri dari penjara ni.” Ean memandang penjara
yang mereka dah tinggal selama tiga hari selepas di tangkap oleh Lord Firold.
“Aku
tak sangka Lay beritahu Lorf Firold tentang rancangan aku!” sahut Cyrus marah.
“Aku tak patut bawa dia sekali.”
Ean
tertawa melihat gelagat Cyrus. “Itu dah ke sepuluh kali kau cakap tu sejak kita
masuk dalam penjara ni.” Semenjak sepenjara dengan Cyrus dua tiga hari ini, dia
dapat tahu perangai sebenar Cyrus. Dia tak lah menakutkan sangat seperti orang
lain katakan. Dan bila tahu yang Cyrus ni ialah adik Vyle, dia rasa dia tak
perlu takutkan Cyrus langsung. Hey, kalau semua jadi baik, Dia dan Vyle
bersama, tentu Cyrus jadi adik ipar dia kan? Harap impian Ean tercapai.
Senyuma
Ean pudar. Dia harap semua ini akan berakhir dengan baik. Dia memandang ke luar
kaca penjara itu dan terus ke pintu keluar tempat itu. Dia lebih risaukan
keadaan Vyle dari keadaan mereka sekarang ni.
“Vyle
ialah Devil. Aku risau dia takkan bertahan di Heaven dengan begitu lama.” Ean
bersuara.
Cyrus
memandang kearah mana Ean pandang dan mengangguk. “Aku rasa dia dapat bertahan.
Dia Half Angel remember? Tapi aku tak yakin dia boleh bertahan lama sangat.”
Sementara
jauh di dalam penjara heaven, bilik khas untuk Devil yang paling merbahaya.
Bilik seksaan dan penghapusan yang menggerunkan untuk semua Devil.
Perempuan
yang mereka risaukan berada di dalam bilik itu kedua tangan dan kakinya bergari
dengan holy chain, begitu juga dengan lehernya. Dia berlutut di lantai penuh
dengan darah hitam itu dengan tangan di atas kepala. Sudah tiga hari dia berada
di dalam bilik itu, dia mula rasa effect seorang devil bila tinggal di dalam
Heaven dengan lama.
Udara
dalam bilik itu seperti racun, membakar dadanya secara perlahan. Mungkin sebab
dia half Angel, dia boleh bertahan lebih lama dalam bilik tu dari Devil biasa.
Dia harap dia akan bertahan sehingga dia dapat fikir cara untuk melepaskan diri
dari tempat keramat itu.
Cahaya
suci di pancarkan pada wajah Vyle membuat dia memejam matanya kerana silau yang
amat. Dah tiga hari dia tidak dapat cahaya, dia rasa seperti dia kena laser
pada mata bila cahaya itu hidup secara tiba-tiba.
Dia
terdengar tapak kaki masuk kedalam bilik itu dan berdiri di depan Vyle.
Perempuan ini membuka mata secara perlahan dan matanya cuba menyesuaikan diri
dengan kecerahan bilik tersebut dan akhirnya dapat mengecam siapa yang datang
melawatnya.
Vyle
terduduk dan membelakangkan diri dari Angel tersebut jauhkan diri sejauh yang
mungkin sambil tangannya bergelut melepaskan diri dari gari suci itu. Dia
memandang kekiri dan kekanan mencari sesuatu dan kembali memandang Angel di
hadapannya.
“K-Kau
siapa? Mana L-Lord Phill? Adakah dia hantar kau u-untuk seksa aku juga?”
Soalnya dengan penuh ketakutan. Dia telah di seksa tanpa belas kasihan oleh
Lord Phill, dia tidak mahu seorang lagi Angel datang untuk tambah seksaannya.
Tapi
ketakutan Vyle terus cair bila lihat Angel itu berlutut di depan Vyle sambil
meminta maaf. “Maafkan Mama Vyle… Ini semua salah mama… kalau Mama tidak
tinggalkan kamu dengan Papa kamu.. tentu kamu tidak lalui semua ini..”
Vyle
memandang perempuan ini dengan penuh tanda tanya. Mama? Dia ni mama aku ke?
Vyle
terus menggeleng. “Tak… Tak kau dah salah.. aku bukan anak kau. Kau bukan mama
aku.” Katanya menafikan. Dia tidak ingat dia mempunyai ibu seorang Angel.
Mustahil.
Lady
Rya mendongak mendengar penafian anaknya. “Sayang…Ini mama kamu. Tolong jangan
buat mama macam ni..”
“Mustahil.”
Jawab Vyle menggeleng laju. “Look at me.” Dia kembangkan sayap hitamnya yang
berlumuran dengan darahnya sendiri. “I’m a monster. Mustahil kau mama aku.”
“Tak
sayang..” Dia ingin menyentuh wajah Vyle tapi Vyle mengelaknya. “Sayang.. kamu
bukan seekor raksasa. Maafkan mama sebab buat kehidupan kamu serumit ini. Ini semua
salah mama… maafkan mama-”
“berhenti!”
Vyle memotong ayat Lady Rya. “Maaf.. maaf… walaupun kau meminta maaf sampai kau
menangiskan air mata darah sekali pun, tiada akan berubah. Ia tetap sama.”
Marah Vyle. “Aku tak tahu siapa kau, tapi kalau betul apa yang kau katakan yang
kau ni mama aku… Aku tetap takkan mengaku kau ni ialah ibu kandung aku.”
Lady
Rya memandang Vyle dengan wajah terkejut. Itu perkara terakhir dia nak dengar
dari anaknya sendiri. “Sayang… tolong jangan cakap cam tu. Mama aku buat
sesuatu untuk hentikan semua ini. Mama Janji kau takkan hidup seperti ini
selepas ini. Tolong—”
“Tak.”
Vyle kata sekali lagi. Kali ini dia sangat marah mendengar kata-kata Lady Rya.
“Kalau kau nak buat sesuatu.. kenapa tak buat 1000 tahun lalu semasa kita masih
ada papa?” Mata Vyle mula berubah menjadi mata Devilnya. “Mempertahankan
keluarga kita dari menyerahkan diri kepada Heaven?” Kukunya menjadi tajam dan
asap keluar dari gari di tangannya meninggalkan kesan melecur pada pergelangan
tangannya. “Setelah Papa mati, kenapa kau tak berusaha cari aku? Kenapa bina
keluarga baru dengan Cyrus??” Gigi taringnya kembali tumbuh.”Kalau kau nak buat
sesuatu untuk aku…. Kenapa Kau tak lawan heaven untuk aku?!!” Jeritnya dengan
nada beribu suara.
“Aku
tak percayakan kau!” Dia merangkak menyerang Lady Rya membuat Elders ini juga
merangkak kebelakang. Vyle hampir dapat menerkam Mamanya sendiri tapi gari suci
pada leher dan tangannya tidak sampai untuk mencekik perempuan di depannya ini.
Hanya beberapa inci sahaja untuk membunuh perempuan itu.
“Jangan
berjanji pada aku kalau kau tak boleh tunaikan! Jangan bagi aku harapan palsu
setiap hari berharap kau akan selamatkan aku!” jeritnya dengan tangisan. “Aku
dah penat menunggu kau untuk ambil aku dari Claw dan tinggal dengan kau dengan
gembira sekali lagi. Tapi tak, kau tak pernah muncul, kau penipu! Aku benci
kau!” Dia mula menangis dan tangisannya jatuh di paha Lady Rya.
“Kau
bukan mama aku. Kau bukan seorang Angel membawa kebahagiaan, kau Angel membawa
malang!” jeritnya dengan marah. Vyle teru terbatuk kuat dan mengerang kesakitan
dari holy chain yang mula memberi effet kepada dirinya. Kulit pada kaki dan
pergelangan tangannya melecur teruk. Lehernya rasa tercekik kerana gari pada
lehernya.
Dia
membiarkan dirinya di Tarik oleh gari itu ke dinding semula dan biarkan cahaya
biru mengelilinginya sekali lagi mengembalikan dirinya seperti biasa.
Vyle
mula menangis teresak-esak. “Cyrus berada dalam penjara di sebabkan aku…. Dia
adik aku… dia berusaha untuk tolong aku… Di sebabkan aku dia masuk penjara… Ean
mati di sebabkan aku dan akan di hapuskan semula di sebabkan aku… kenapa semua
orang yang aku sayang mesti terseksa di sebabkan aku??” Dia menangis lebih kuat
dari sebelumnya. “Kenapa kau lahirkan aku! Kenapa? Kenapa?! Aku benci hidup
aku! Aku-Aku……” Dia sudah tidak dapat berkata-kata lagi, semua tersekat di
kerongkongnya, apa yang keluar hanya tangisan yang telah lama dia pendam dari
dia kecil lagi.”
Lady
Rya mendekati Vyle secara perlahan dan membelai rambutnya dengan perlahan. Vyle
tidak mengelak. Dia terus memeluk anaknya dengan erat memberi pelukan yang Vyle
perlukan dan rindukan selama 1000 tahun.
Vyle
membiarkan Lady Rya memeluknya kali ini. Dia sebenarnya rindukan Mamanya,
sangat rindukan tapi perasaan marah dan sedih menguasainya dan menolak
perempuan itu sejauh yang mungkin. Dia dah tak tahu apa dia nak buat sekarang
ni. Mindanya bercelaru. Dia nak semua itu tamat dengan serta merta.
>X<
Lord
Firold dan Lord Phill bertengkar tentang penghapusan Fallen Angel di bilik
meeting bersama dengan dua lagi Elders. Mereka berdua sedang memutuskan bila nak
menghapuskan Fallen Angel itu termasuk Cyrus dan juga Ean.
“Aku
kata secepat yang mungkin! Bawa pengikutnya sekali, minda mereka telah di
cemari dengan kuasa charm Fallen Angel itu. Lebih cepat mereka di hapuskan
lebih bagus!!” sahut Lord Firold menengking.
“Calm
down Firold! Ini anak Lady Rya kita cakapkan ni! Fallen-Vyle dan Cyrus adalah
anak Rya. Kita tak boleh bunuh je mereka depan ibunya sendiri.” Bantah Lady
Venus pula.
“Dia
tak patut panggil mereka tu anak dia. Kedua anak dia memang tak berguna. Anak
pertamanya ingin memusnahkan dunia dan anak keduanya pula menyokong kakaknya
dan dia 100% Angel! Kalau mereka anak aku, dah lama aku hapuskan mereka.”
Lord
Phill menggeleng. Dia tak pernah Nampak Lord Firold meletup seperti ini.
“Adakah ini sebab Sky?”
Lord
Firold merenung tajam kearah Lord Phill. “Jangan pernah sebut nama anak durhaka
itu.”
Lord
Zeus tertawa kecil menarik perhatian mereka bertiga.
“Kenapa
Tuan ketawa? Tuan ingatkan perkara ni benda lucu ke?” Soal Lord Firold sakit
hati.
“Kita
kena cari Sky.” Katanya dengan slamber membuat yang lain blur. “Ye lah. Dia
menyokong Fallen Angel. Dia kena di hapuskan sama seperti Cyrus dan budak baru
tu Ean.”
Ayat
tersebut buat Lord Firold terpaku. Dia tidak terfikir ingin hapuskan anaknya,
Sky. Dia berharap dengan menghapuskan Fallen Angel, Sky kembali normal dan
kembali ke Heaven seperti sedia kala. Dia tak terlintas pun dalam mindanya
untuk menghapuskan Sky.
“Ada
masalah ke Lod Firold?” Soal Lord Zeus melihat Lord Firold tidak bersuara.
“Kita akan arahkan askar-askar kita untuk menangkap Sky. Sebaik sahaja dia di
tangkap, kita terus mengadakan penghapusan besar-besaran. Kita akan suruh Sky
bersuara siapa lagi yang bersubahat dengan Fallen Angel. Mereka juga akan di
hapuskan.” Lord Zeus mengusap janggutnya seperti dia sedang memikir. “Sky dan
Breeze sentiasa bersama bila merancang sesuatu, tentu Breeze juga terjebak
dalam hal ni. Bloom? Dia kekasih Sky. Dah tentu dia tahu. Oh ya, Light. Dia
Guardian Angel New Born Angel tu. Dia sudah tentu terjebak dalam hal ni. Apa
kata kita tangkap mereka dahulu untuk mengugut Sky kembali pada Heaven. Dengan
itu penghapusan boleh di jalankan lebih cepat dari kita rancangkan. Kan?”
Lord
Firold kaku pada posisinya. Menggunakan anak perempuannya sebagai umpan membawa
anak lelakinya kembali ke Heaven untuk kedua anaknya di hapuskan? Tidak… dia
tak nak itu berlaku.
“Kita
tunggu keputusan dan Lady Rya.” Akhirnya dia bersuara. Dia takkan biarkan
anaknya di hapuskan.
Lord
Zeus kembali tersenyum. “Kamu faham perasaan Lady Rya kan? Dia juga tak nak
anaknya di hapuskan. Sama seperti kamu tak nak Sky dan Breeze di hapuskan.”
>X<
Kembali
kepada bilik penjara Ean dan Cyrus…
Lay
turun ke Penjara Heaven dan di sapa oleh Penjaga Penjara itu kerana telah
Berjaya menangkap Fallen Angel dan juga pembelot Heaven.
Lay
terbang sehingga dia sampai ke bilik penjara dua rakan nya dan tertawa kecil
mendengar kedua banduan itu bercerita tentangnya.
“Seriously,
kalau aku jumpa lelaki tu, aku cekik-cekik dia sampai aku puas hati.”
Ean
tertawa besar. “Relaks la Cy. Aku pasti kau akan ada peluang untuk buat benda
tu kalau kita dapat keluar dari tempat ni. Apa kata kita fikir cara nak
lepaskan diri dari kaca elektrik ni dari fikir cara macam mana nak bunuh Lay
secara perlahan dan menyeksakan.”
“Apa
kata aku bantu korang melepaskan diri dari tempat ni dan kamu boleh berterima
kasih kat aku kerana master plan aku yang hebat ini?”
Mereka
berdua terus berdiri dari lantai bila Lay muncul di depan mereka dengan baju
barunya yang sepatutnya menjadi baju Cyrus.
“Kau
dah di naikkan pangkat menjadi Ketua keselamatan Heaven? Tahniah la.” Kata
Cyrus menyampah. “Kalau kau nak berbangga kan diri dengan pangkat kau baik kau
blah dari sini. Sebelum kau menyesal.”
Lay
terus tunduk kepada Cyrus membuat bekat ketua keselamatan Heaven ini terkejut.
“Maafkan saya Tuan Cyrus tapi saya buat cam ni untuk kebaikan Tuan Juga.”
Katanya dengan penuh hormat dan kesalan. Dia mendongak dengan senyuman. “Apa
kata saya tebus kesalahan saya dengan melepaskan kamu.” Dia tunjukkan kunci
kepada penjara mereka.
“Apa
rancangan kau?” Soal Ean tidak yakin dengan Lay.
“Cara
untuk menghentikan Vyle dari meroyan ialah bawah dia ke Heaven tapi ia mustahil
bila Firold dah syak Cyrus sememangnya nak bebaskan Vyle. Saya telah di
tugaskan secara rahsia oleh Lord Firold untuk mengintip Tuan Cyrus tapi bila
tuan beritahu saya rancangan Tuan, secara langsung, Lord Firold tahu rancangan
tuan sebab Elders telah memasang device pada saya untuk mendengar setiap
pembicaraan kita. Jadi saya buat rancangan sendiri dengan membiarkan Fallen
Angel dan kamu berdua kena tangkap untuk mendapat jawatan Tuan. Selepas itu
mendapat kuasa penuh pada kunci penjara daaaan, bebaskan tuan. Kita akan
teruskan misi kita untuk bebaskan Vyle. Saya akan sentiasa berada di sisi tuan
walau apa pun yang terjadi.”
Setelah
panjang lebar terangkan segalanya pada Cyrus, dia terus membuka pintu penjara
itu membenarkan mereka berdua keluar. “Kerja saya hanya sampai sini. Laluan ke
Bilik seksaan Vyle telah saya uruskan, kamu takkan ada masalah untuk bebaskan
dia.”
“Kau
tak tolong kami?” Soal Ean hairan kenapa Lay berhenti menghulurkan bantuan.
“Kalau
ada masalah akan datang, saya ada untuk membantu…”
Cyrus
mengangguk. “Dia mendapat kepercayaan Lorf Firold jadi dia takkan di syak. Kita
kena Pergi Ean, Lay akan urus tentera Angel di sini dan kita pergi—”
Siren
kecemasan berbunyi membuat mereka bertiga terkejut. Siren tersebut sangat kuat
membuatkan penghuni Heaven rasa cemas, termasuk Elders.
“Warning, Fallen Angel
berjaya melepaskan diri… Warning, Fallen Angel Berjaya melepaskan diri….”
Mereka
bertiga memandang sesame sendiri dan nak ketawa. Vyle ada sahaja cara untuk
melepaskan diri.
“Jom
Ean, kita kena keluar dari Heaven ni dan kejar Vyle.”
“Korang
kena cepat sebab Hell juga dah tahu Fallen Angel dah jadi milik Heaven. Mereka
mungkin menunggu di luar sana sekarang ni. Menunggu kemungkinan Heaven lepaskan
Vyle.” Lay beri amaran dan kedua lelaki ini terbang keluar dari penjara
tersebut dan terus terbang keluar dari Heaven Gate.
>X<
Sementara
di dunia manusia….
Sky
dan Sulfur saling membelakangkan satu sama lain bersama dengan Sly sambil di
kelilingi oleh lebih sedozen Devil yang sedang menunggu Vyle keluar dari
Heaven.
“Wow….
Aku tak sangka ketua Hell ada harapan tinggi yang Raven akan jatuh dari Heaven.”
Kata Sky sambil tertawa kecil.
Sulfur
turut tertawa. “Well, Ada sebab tu Luciefer di panggil Fallen Angel. Dia memang
di takdirkan jatuh dari Heaven.”
Sly
memutarkan bola matanya penat mendengar mereka bercakap pasal Fallen Angel atau
Luciefer atau Raven atau Dunia nak tamat.
“Boleh
tak korang diam dan Lawan Mereka ni!!” marahnya dan jeritan itu memulakan
pertarungan antara 3 lawan 14 Devil.
Pertarungan
ini boleh menyebabkan pertarungan berat sebelah tapi bukan kepada mereka
bertiga tapi 14 Devil itu. Mereka berlawan dengan Angel Fortuitae yang
sememangnya Angel yang terkuat tambahan pula dia anak Elder Heaven, Lord
Firold. Bukan itu sahaja, Sulfur juga terkenal sebagai Devil terkejam di
Underworld. Tiada siapa berani berdepan dengan Devil ini. Sly pula lain cerita.
Dia tidak sekuat abang tirinya atau Angel Fortuitae, dia hebat dari segi Hela
dan kelicikannya.
“A’Haah!!
Dunia ni memang nak tamat!” Jerit Sly sambil tertawa besar mengalahkan dua
Devil dengan mudah. “Angel dan Devil bekerjasama untuk menghapuskan kaum mereka
sendiri!” DIa menendang dagu mangsanya membuat dia terlempar jauh ke udara dan
terbakar kerana matahari di atas awan. Sly berputar memandang kedua lelaki itu
dengan posing yang menggoda. “It’s all been written down,babe.” Katanya dan sambung
menyerang mangsa barunya.
Sulfur
menarik sengih. “Sejak bila kau belajar sejarah ni hah?” Dia menggunakan kuasa
darknessnya menghancurkan tiga mangsa dengan satu serangan. “Kalau kau tahu
semuanya, kau rasa lepas ni apa akan jadi?”
Sly
tersenyum sinis. “Luciefer menghancurkan dunia dengan bantuan Lord Hades.”
Sky
melontar bebola cahayanya kearah Sly, segera devil kecil itu mengelak serangan
tersebut dan terkena musuh mereka. “Woi! Kau nak bunuh aku ke??”
“Mungkin
kalau kau tak cakap pasal benda tu. Tapi kau dapat elak jadi kau bernasib
baik.” Katanya mengangkat bahu dengan senyuman nakal.
Sly
terngangah dengar ayat Sky. Tak pernah dia dengar Angel bercakap seperti ini
apatah lagi perangai slamber itu. “He’s Interesting…”
Mereka
bertiga teruskan berlawan tanpa henti, atau memberi belas kasihan kepada
Devil-Devil itu sehingga mereka tidak perasan yang Vyle sememangnya telah jatuh
dari langit. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sangat lemah dari
segala seksaan dari Heaven. Dia jatuh, dengan kelajuan Roket.
Seorang
lelaki muncul dari bayangan hitam dan menangkap Vyle ke dalam tangannya. Dia
memandang wajah tidak sedarkan diri Vyle dan tersenyum sinis sebelum
menghilangkan diri sekali lagi bersama dengan Vyle.
Tidak
lama kemudian, Cyrus dan Ean tiba dan melihat Sky berlawan dengan sekumpulan
Devil, tanpa banyak fikir, mereka terus memberikan bantuan.
“Ean?
Cyrus??!” Sky agak terkejut melihat mereka berdua datang menolong. “Raven
mana?”
“Aku
baru je nak soal benda yang sama kat kau!” Kata Cyrus sambil berlawan dengan
musuh. “Kau tak Nampak dia jatuh ke tadi??”
Sky
menghapuskan Devil yang terakhir dan memandang Cyrus dengan wajah terkejut
sambil termengah-mengah. “She already Fall?! When??? Aku tak Nampak dia jatuh
pun!”
Ean
ingin menumbuk muka Sulfur tapi segera di halang oleh Sky dengan menarik tangan
Ean. “Jangan! Dia kawan.”
Ean
melepaskan collar baju Sulfur dengan muka hairan. “Kau berkawan dengan Devil
selepas keluar dari Heaven? Wow… kau dah gila.”
“Well…
it’s a long story.” Katanya sambil mengangkat bahu. “Bukan itu yang penting.
Aku tak Nampak Raven jatuh dari langit dari tadi…”
Sulfur
pun rasa janggal. Kalau Vyle jatuh dah tentu mereka dah Nampak dia.. tapi
kenapa mereka tak perasan pula?
“Dammit!”
keempat-empat lelaki ini memandang kearah Sly yang tetiba menjerit. Sly
memandang mereka dengn Horror. “Kita kena cari Luciefer tu! Dia tak boleh
melarikan diri lagi! Kalau tak The End akan bermula!” sahutnya membuat lelaki
Angel dan Devil itu tambah blur. “Urrrggghh… did anyone of you read history? Kau
Angel, kau tak pernah baca pasal ni ke??” Soalnya sakit hati.
“Ia
dah tertulis dalam tanda-tanda hari terakhir dunia… setelah Luciefer, Fallen
Angel jatuh dari Heaven, pembantu setia Ketua Undeworld, who is Lord Hades
jumpa Luciefer untuk memujuknya bekerja sama dengan Lord Hades untuk hancurkan
dunia!!”
“Gyn
akan cari Vyle… Dan aku takut Vyle akan terima hasutan Gyn untuk ke Hell
berjumpa dengan Lord Hades!”
Kelima-lima
wira ini memandang ke atas bila merasakan kehadiran yang sangat banyak.
Sekumpulan Tentera Angel datang menyerang mereka..
“Sulfur!
Sly! Lari sekarang!” Jerit Sky kepada mereka.
Comments
Post a Comment