Axerialeth: SOD -welcoming intruderst-

Bab 1
“You have to help me!” Rayunya berlutut di depan ku dengan wajah desperate seperti nyawanya berada di tali gantung. Maybe?

                “Dude, kau tak kasihankan ke perempuan ni? dia dah berlutut dan kau masih lagi berkeras? Have a heart man.” Sahut lelaki di sebelahku, Ben; pengemudi kapal udara kargo ini.

                Aku kembali memandang perempuan yang entah cam mana dia boleh sneak in dalam bilik stok kami tanpa kantoi oleh Pole; bertanggungjawab atas stor kapal. 

                Aku jumpa perempuan ni sejam yang lalu semasa aku nak Nampak senjata api baru yang Nuez bawa dari Darat. Baru je kami memuji kecantikan bentuk senjata Neo N7 dan kuasanya, kami terdengar bunyi pelik berdekatan dari tempat kami dan terus mencari dari mana suara itu.

                Aku hampir tembak kepala perempuan ni sebab dia pukul kepala Nuez guna kayu. Nasib baik dia terus mengangkat tangan dan tunduk ke lantai dan Nuez tak apa-apa, kecuali Benjol besar kat kepala dia. Kalau taka da dead corps kat stor kapal kesayangan aku ni.

                Sampai sekarang, aku tak tahu siapa nama perempuan ni sebab kami terus je heret dia naik ke second Base untuk di soal siasat. Ikut kan hati aku nak lempar ke bilik kurungan je tapi…. Uggh, nenek sihir ni pula larang kerana mukanya yang comel. Seriously, aku tak Nampak pun di mana comel perempuan ni.

                “Tak payah nak berhati perut! Kepala aku dah nak tercabut dari badan aku ni tau” amarah Nuez yang duduk di kerusi Pub dengan sebungkus ais batu di letak atas kepala. “Apa? Ingat kepala aku ni bola baseball ke dia boleh pukul sesuka hati?”

                Nenek sihir gila; Manda tertawa. “Relax lah Nu, bukan selalu perempuan crash in kat kargo buruk ni.”

                “Hoi! Jaga sikit mulut tu. Kargo buruk ni satu-satunya tempat yang selamat untuk kita.” Sampuk ku cepat. “Dan aku boleh lempar kau keluar bila-bila je aku nak.”

                Manda menyandar di sofa bulat mengelilingi holo-monitor dan berdengus. Mulutnya berkumat-kamit cakap sesuatu yang aku tak dengar tapi aku tahu dia sedang mengutuk aku. “Fine-fine, boss…” Yup, dia tak puas hati dengan aku.

                Aku menarik nafas dalam cuba tenangkan fikiranku yang dah berserabut kerana perempuan misteri ini. “So, kau nak cakap yang kau minta bantuan dari kami setelah kau hampir buat kepala Nuez melencong ke luar kapal?”

                Perempuan ini tertunduk malu. “A-Aku buat sebab aku takut.” katanya dengan perlahan.

                Ben tunduk berlutut di depan perempuan ni dan menghulurkan tangannya. “Apa kata kau bangun dulu? Aku pasti dah banyak benda kau lalui ini hari kan?”

                Perempuan itu mendongak melihat Ben dan Blushing. Aaaah…. Ben dan wajah sweetnya. Tiada perempuan tak jatuh hati dengan mamat ni. si Minah ini menyambut tangan Ben dan di bawa duduk di sofa bulat. Aku mengekori dari belakang dan duduk bertentangan dengan Minah ni. Ben di sebelahku. Tak lama kemudian, Nuez bergerak menyandar pada sofa di belakang kami.

                Nenek sihir pula ni duduk di antara kami dan si Penceroboh ini. “Okay, let’s begin from the start. Siapa nama kamu?”

                Minah yang di katakan comel oleh Ben ini bermain dengan jari-jemarinya takut. Apa? Kami Tanya nama bukan nak makan dia. “M-mereka panggil saya Off-Spring..”

                Off-spring? Apa ke mendanya nama Off-Spring? Mak bapak dia tak da nama lain ke?—eh? Dia cakap mereka. Mereka?

“Siapa Mereka tu?” Nuez bersuara untuk ku. Wajah menjengkelkannya berubah menjadi serius.

Perempuan ini menarik nafas dalam sepertinya nak bersuara satu dosa. “Mereka ialah sebuah organisasi gelap yang buat eksperimen ke atas manusia. Aku ialah salah satu mangsa eksperimen selama mana aku boleh ingat dan aku larikan diri dari tempat itu sebab aku…. a-aku..”

Manda segera bergerak ke sebelah perempuan ini memeluk perempuan itu cuba tenangkan dia.

Seorang lagi menjadi bahan eksperimen…..

“Rick, seorang lagi..” Nuez berbisik kepadaku. Ya, seorang lagi…. Satu lagi mimpi ngeri.

“Kita tak boleh buang dia keluar, pasti mereka sedang mengejar perempuan ni. kau tahu tak apa kan jadi kat dia kalau dia kena tangkap? Rick, kita ke—”

“Aku tak kisah apa akan berlaku pada dia. aku dah buat keputusan. Iaitu keluarkan benda tu dari kapal aku!” aku potong ayat Ben dan bergerak keluar dari second base. Malas nak Nampak muka mereka. Aku tahu mereka akan merayu kat aku untuk selamatkan perempuan tu. Aku pasti mereka nak buat cam tu tapi aku tak nak.

Cukup sekali.

Tangisan perempuan itu tidak lagi kedengaran sebaik sahaja pintu lift tertutup dan aku naik ke First Base kapal dimana terletaknya bilik persendirianku. Sebaik sahaja keluar dari lift, aku bergerak melalui laluan serbah merah mewah dan berhenti di depan sebuah pintu kayu bercat perang.

Membuka pintu tersebut sepertinya aku kembali ke masa silam melihat apa yang telah berlaku dalam hidup ku. Mataku melekat pada sebuah potret keluarga yang bersar, tergantung di depan mataku. Sebuah keluarga yang tersenyum gembira memandang camera, seorang suami berdiri di belakang isterinya yang duduk di atas sofa merah bersama dengan seorang budak perempuan berumur 8 tahun. Di sebelah si suami yang berdiri megah ialah…. Aku; berumur 16 tahun. Ini ialah gambar terakhir kami sekeluarga sebelum sejarah gelap kami sekeluarga bermula.

Melihat wajah Ibu, Ayah dan adikku, Lizzy membuat aku teringatkan kesilapanku lapan tahun yang lalu. Kesilapan yang buat seluruh keluargaku terbunuh dalam satu malam. Ini semua kerana sikap ku yang ingin tahu, dah tentu kami sempat melarikan diri dan mereka selamat hingga ke hari ini.

Susah untuk maafkan diriku tentang ni sehingga ‘dia’ datang…

Mataku beralih ke satu bingkai gambar yang terletak di penjuru bilik bersama sejambak bunga tulip putih. Gambar seorang perempuan sebaya dengan ku, berambut hitam lurus bagaikan air terjum, anak mata putih perak penuh dengan keajaipan di sebaliknya. Senyuman yang bersinar bak mentari pagi, menyinari semua perasaan suram sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia satu keajaipan. She’s Miracle. My Miracle.

Aku menarik nafas dalam dan mengelap air mata yang aku tak perasan telah jatuh bila aku dengar pintu bilik di ketuk dari luar. “Masuk.”

Ben menolak pintu biarkan ia terbuka luas dan menyandar pada pintu tersebut. “Bro, kami semua dah buat keputusan untuk tolong Spring, with or without you.”

Aku dah agak dah keputusan mereka. Walaupun aku ketua, mereka akan buat apa sahaja selagi mereka satu suara, dan aku di abaikan dalam misi mereka.

Memandang mata Ben membuat aku rasa resah, mengusap leherku sambil mengeluh. “Damn Ben, stop staring at me like that.”

“you know why I’m staring at you.” Ben bergerak ke penjuru bilik dan mengangkat gambar Miracle. “kau kena lepaskan dia. Kematian Mira bukan di sebabkan kau, tapi dia yang pilih. Time to move on.”

Aku meramas rambutku hingga ke muka. “I know but still, aku dah janji kat dia yang aku buat apa sahaja untuk lindungi dia, tapi aku gagal.”

“Kau tak gagal.” Bangkang Ben. “Rick, ingat Holo-Video yang Mira tinggalkan kepada kita semua, ‘Kita semua boleh selamatkan dia tapi risikonya terlalu tinggi. Dia tak nak kita mati di sebabkan dia’.”

Hai korang, maaf kerana sia-siakan segala usaha keras kamu untuk selamatkan aku tapi aku tak boleh duduk diam dalam kapal ni tanpa buat apa-apa asalkan aku boleh buat sesuatu. Selamat tinggal semua, Kamu semua boleh bebaskan aku tapi aku tak boleh benarkan kamu mati. It’s to risky. Ricky, kau tak gagal, kau berjaya buka mataku; untuk selamatkan orang tersayang dan.. kau lah orangnya. I love you and I’m sorry.

Aku terduduk di kerusi tersedia dan menutup mukaku. “Do whatever you want.”

“That’s my Boss.” Katanya dengan nada riang dan aku mendengar tapak kakinya keluar dari bilik ini dengan rentak irama gembira.

Damn that man. Kenapa aku lantik di jadi my trusted right hand man?

>X<

“Off-Spring terlepas lagi?!” Zeloid menghentak penumbuknya di atas meja kerja melepaskan geram. Orang bawahannya tersentap sedikit bila lelaki itu menjerit.

“Dia dah di letakkan di bekas bilik kurungan M27, bagaimana dia boleh terlepas pula?” Ly; P.A Zeloid minta jawapan. “Eksperimen M27 sendiri mati melepaskan diri dari tempat tu dan bagaimana, eksperiment yang di 4 tangga di bawah M27 boleh lepaskan diri tanpa terbunuh?”

Lelaki yang berdiri di depan dua orag penting ini hanya tunduk ketakutan. “T-Tiada siapa tahu tuan. Semasa kami hantar makanan tengaharinya, dia dah tiada dalam bilik tu. Tiada kesan pecah keluar, disfunction lock, no nothing. Tapi, ada CCTV di bangunan luar menunjukkan Off-Spring melarikan diri dari bangunan ni dengan baju biasa. Kami dapat kesan dia selepas 2 jam pencarian di setiap CCTV dalam dan luar bangunan.”

Zeloid jatuhkan badannya di atas kerusi kerja sambil mengurut-ngurut dahinya yang mula kena migraine. “Setelah kehilangan M27, sekarang Off-Spring is on the loose?” Dia memandang pengewal di depannya dengan renungan yang paling tajam yang pernah dia bagi. “Get out.”

Pengawal itu segera keluar tanpa banyak soal. Tiada siapa boleh membantah Lelaki itu, dia ialah Ketua pada Organisasi ini. Organisasi yang membuat eksperimen ke atas manusia, cuba untuk membongkar rahsia dunia yang di temui 20 tahun lalu. Kuasa Clow Reign. Sebiji batu yang di temui jauh di dalam kerak bumi, mempunyai istimewa dengan memberikan kuasa luar biasa kepada manusia yang memegangnya dengan tangan. Namun, pemberian kuasa itu adalah secara rawak dan tidak semua berjaya menguasainya.

Eksperimen yang paling lama memegang kuasa merbahaya ini ialah M27. Dia seorang yang unik. Dia tidak sengaja terpegang batu tersebut semasa bayi dan boleh menampungnya seperti biasa. Dia mempunyai kuasa yang sangat luar biasa, lain dari yang lain. Eksperiment sebelumnya hanya dapat satu dari 1000 kuasa misteri dalam batu Clow Reign namun M27, mungkin lebih dari apa yang mereka berjaya temui dalam badan M27.

Kejayaan besar mereka berakhir semasa ekperimen M27 mula memberontak pada umur 14 tahun dan terpaksa di kurung di dalam bilik kurungan yang mempunyai kawalan keselamatan terkuat dalam bangunan itu. Terletak di bawah tanah bangunan tersebut, dia mula hilang kawalan semasa mereka buat uji kaji terhadapnya dan cuba melepaskan diri dari kurungannya namun, tidak berjaya dan mati semasa dia cuba melarikan diri.

Sekarang, Off-Spring berjaya melarikan diri tanpa ada masalah dari bekas kurungan M27. Adakah Eksperimen Off-Spring lebih kuat dari M27?

“Ly, any clue?”

Ly tersentak dari lamunannya dan mengangguk. “Ya Tuan, Terdapat sehelai kertas dari bilik kurungan Off-Spring. Ia dari M27, sepertinya ia sebuah wasiat.”

Zeloid terus duduk tegak. “Apa dia kata?”

“Dia tulis, ‘Keluar dan Bebaskan yang lain’.”

Terukir sebuah senyuman di wajah Zeloid dan dia ketawa berdekah-dekah membuat Ly risau. Boss nya dah gila ke?

“Good. Aku rasa aku tahu di mana dia sekarang ni. sediakan kapal udara Delux, dan Huntsman. Kita akan buru Lab Rats kita.”

>X<

“Kau serius ke ni?” Soal Nuez melihat wajah Spring seperti dia baru datang dari planet marikh.

Spring mengangguk kecil. “Y-ya, batu Clow Reign menjadi punca eksperimen manusia berlaku. Mereka ingin kuasai batu tu untuk tujuan tertentu. Aku tak tahu apa objektif mereka.”

Manda menggeleng, tidak percaya apa yang dia dengar. “kalau aku jadi lelaki tu, dah tentu lah nak takhluk dunia. Apa lagi? Dah banyak organisasi gelap buat eksperimen keatas manusia.” Katanya sambil mengingatkan Miracle yang juga menjadi mangsa eksperimen.

“Selepas revolosi penakhlukan secara berleluasa 10 tahun lalu, macam-macam dah berlaku dan salah satunya eksperimen manusia. Siapa nak halang? Kerajaan?” Manda berdengus. “Apa mereka boleh buat ialah siasat sikit dan buktikan ia palsu asalkan mulut mereka dah ditutup dengan jaminan sepanjang hayat.”

Pole mengeluh. “pertama, eksperimen Humanoid dan sekarang Eksperimen Clow Reign pula? Lepas ni apa? Eksperimen Reborn Mythical?”

Semua orang memandang kearah Pole dengan pandangan kau-tak-membantu.

Pole tersengih-sengih sambil menggigit kuku. “Oops… Tapi betul lah apa yang aku cakap kan?”

“Betul tapi Eksperimen Clow Reign ni lebih teruk dari Humanoid. Jangan risau Spring, kami akan bantu kau.” Manda memegang tangan Spring dengan erat seumpama menyuruh Spring percayakan mereka.

Spring tersenyum nipis. “Thank you tapi cam mana dengan Captain kapal ni? Dia—”

“Dia beri pembantu Captain incharge dan itu aku.” Ben potong sebaik sahaja menjejak kaki masuk ke dalam second base itu. “Dan aku kata kami akan bantu kau selamatkan kawan-kawan kau dari organisasi tu.”

Terukir senyuman gembira pada bibir Spring. “Thank you! Oh Thank you very much!”

Pole tersenyum manis. “No Problem. So, ‘Captain’ apa patut kita buat? Bangunan tu bukan cam bangunan yang lain. Ia ada kuasa Clow Reign untuk lindungi tempat tu.”

“First, kita kena bersembunyi untuk beberapa hari, jauh dari tempat organisasi itu supaya kita boleh rancang strategy untuk serbuh bangunan tu. Kita akan menuju ke Utara untuk berjumpa dengan kawan lama ku yang boleh bantu kita dalam misi ni.” katanya dengan senyuman nakal, terfikirkan tempat yang mereka akan pergi.

Mereka semua terkejut bila terdengar siren kecemasan mula berbunyi memberi amaran bahawa kapal mereka sedang di serang musuh dan di susuli dengan gegaran kuat membuat semua orang menjadi cemas.

Manda segera memeluk Spring yang ketakutan dengan erat cuba tenangkan dia.

“Mereka datang cari aku… tolong jangan biarkan mereka bawa aku kembali di sana… t-tolong..” Rayu Spring dalam dakapan Manda.

“Jangan risau, kami takkan biarkan itu berlaku.” Bisik Manda di telinganya.

“Ben, Naik ke sini sekarang!!”

Ben terus mengatur langkah menuju ke tangga naik ke First base di mana bilik pengemudi kapal berada sebaik sahaja mendapat panggilan dari Captain melalui main Speaker. Dia tidak mengikut lift kerana takut kalau-kalau punca kuasa kapal mati dan dia stuck dalam lift, so dia guna tangga untuk ke atas.

Ben membuka pintu bilik pengemudi dan melihat Rick sedang memandu kapal tersebut, cuba mengelak dari serangan yang datang dari belakang.

“Apa dah berlaku ni?!” Soal Ben, dia hampir terjatuh akibat gegaran dari serangan musuh.

“Mereka cari Spring and You’re Late!! Ambil alih tempat aku ni!” Rick melepaskan steering kapal dan bergerak ke monitor yang mengawal Kapal kargo itu. Dia menekan butang ‘ON’ pada mickrofon yang ada di tepi monitor itu.

“Attention all crews, In your position! Pole, Nuez ke belakang dan guna Neo N7 untuk serang musuh! Manda….” Rick menarik nafas dalam. “Letak budak tu di tempat selamat dan pasang pelindung sekeliling kapal ni! Move! Move!” Dia matikan mickrofon tersebut dan tekan semua butang yang mempunyai fungsi mengawal auto weapon kapal tersebut. Semua senjata kapal keluar dari tempat mereka dan menembak musuh yang telah ditetapkan oleh Rick.

“I’m off.”

Ben yang memutar 30 darjah kapal dengan laju untuk mengelak serangan musuh menjeling seketika kepada Rick. “Supernova?”

Rick mengangguk. “Ya, make sure the air pressure is stable, the speed is in 450km/h and five minutes without being hit.”

Mata Ben terbeliak bulat. “L-lima minit—Wait Rick!!” dia tak sempat nak memprotes sebab Rick dah pun keluar dari bilik tu.

“Damn it!” Dia kembali tumpukan perhatian pada tugasnya sambil menyumpah serana Captain mereka. Lima minit? Cam mana dia nak elak serangan bertubi-tubi tanpa henti dalam masa lima minit? Dan kenapa nak ambil masa lama sangat untuk hidupkan Supernova??

Mata Ben terbeliak bulat melihat screen pandang belakang kapal, sebuah missile terbang laju kearah mereka dalam jarak kurang 200 meter.

Mana Shield ni? Manda mana Shield!!!

Dia mula risau melihat missile yang setiap saat makin dekat dengan kapal mereka. Dia tak boleh pergi lebih laju kerana dia kena tetapkan kelajuan dalam 450km/h. dia tak boleh mengelak sebab Missile tu kejar dia ke mana sahaja dia pergi, dan cam mana dia nak elak missile durjana tu dalam masa lima minit??!!

150m

100m

Mati lah kita….

50m

Muncul cahaya kuning dari depan kapal dan mengelilingi kapal tersebut dan missile itu meletup di luar dinding magic manda.

“Yeah!!! Go manda, That’s our girl!!” Ben melontar penumbuknya di udara dan kembali memandu dengan perasaan lebih tenang dari sebelumnya. Dia melihat cahaya merah berkelip di tepi steering kapal dan menekannya.

“Good work Manda! Aku ingat kali ni kapal buruk Rick dah nak masuk kubur dah tadi.”

Kedengaran Manda tertawa dari dalam speaker kecil dekat dengan Ben. “Nasib baik aku sempat. Berapa lama aku kena buat ni?”

“kurang dari 3 minit. Kuatkan pelindung di bahagian kipas. Aku rasa Rick dah sampai di bilik injin dah tu.”

“Roger that.”

Rick berpaut pada tangan tanggab kerana hampir jatuh dari tangga bila satu lagi serangan di terima dari musuh. Dia lajukan langkahnya mendaki tangga berputar itu dan tiba di bilik injin di mana mesin hidupkan Supernova berada di tempat itu.

Dia melihat jam tangannya. “2 minit lagi.”

Rick segera mengeluarkan sebiji batu biru keluar dari dalam bajudan menarik rantai itu dari lehernya. Dia berlari menuju ke mesin supernova tapi terjatuh bila satu lagi serangan datang membuat rantai tersebut terlepas dari genggaman. “Damn! Apa Pole dan Nuez buat ni?!”

Ricky sempat menyumpah kawannya dan memungut rantai tersebut. Dia kembali berlari ke mesin Supernova dan masukkan batu biru tersebut kedalam satu lubang khas, ia menjadi kunci. Rick terus menghidupkan speaker kapal. “Attention everyone! Masuk ke dalam kapal kerana kita akan bergerak dalam kiraan…. 10…”

Ben menghembus nafas lega mendengar Rick dah sampai di Bilik injin dengan selamat. “Manda, kau dengar tu? Masuk dan temankan Spring.”

“Roger that Mr. Pilot.”

Ben membuka jam randik di holo-monitor di depannya dan start mengira.

...7…

Nuez dan Pole ber’high five dan berlari naik, kembali ke second base.

…6…

Spring yang berada di dalam biliknya berpegang kuat pada kepala katil kerana takut apa yang akan jadi dalam masa beberapa saat lagi.

…5…

Ben melihat pendinding kapal kian menipis kerana Manda sudah berhenti membuat pelindung. “sikit lagi….”

…4…

Tangan Rick yang memegang batu biru tersebut bersedia untuk berputar untuk menghidupkan supernova. “3… 2… 1!” Rick memutar kunci tersebut dan kipas kapal mula bercahaya biru dan kelajuan ia berputar tambah 10x lebih laju.

Rick terus menahan nafas bila kapal itu mula bergegar dan bunyi desiran injin semakin kuat bergema dalam bilik itu.

Musuh yang menyerang Kapal tersebut terkejut melihat kapal itu bercahaya biru dan radar kapal mereka sendiri mula tunjukkan mal-functioning.

“Captain! Unknown energy datang dari kapal Axerialeth menganggu injin kita!”

Captain musuh berdengus. “Then, Retreat! Siapa tahu apa yang kapal tu bo—” Ayat Captain tersebut terhenti bila dia lihat Kapal bernama Axerialeth itu lenyap begitu sahaja di depan matanya.

“A-Apa dah jadi?” Soal salah seorang anak kapal itu.

Captain tersebut menarik nafas dalam masih terkejut. “Jadi khabar angina tu betul… kapal tu kapal Ajaib…”

>X<

“Ladies, Half-Ladies and Gentlemen, kita sekarang berada di bahagian selatan tanah Grundella 100km dari Capital city dan 12865km jauh dari kapal durjana yang menyerang kita tadi. So, masa ini ialah masa yang paling sesuai untuk kita bersuai mesra dengan tetamu baru kita dan—”

“Just shut up Ben, hidupkan auto pilot dan turun ke second base sekarang.”

Mereka yang berada di Second base, berkumpul di sofa bulat tertawa mendengar Ben kena marah oleh Rick melalui Speaker Utama.

Spring turut tertawa. “Mereka berdua selalu cam ni ke?”

Pole mengangguk sambil menolak rambutnya kebelakang. “dorang tu dah cam adik beradik, 18 jam bergaduh tanpa henti, tiada siapa boleh hentikan mereka bila mereka dah mula chop muka mereka sendiri.”

Spring mengerdip mata beberapa kali. “Chop muka?”

Nuez tersenyum. “maksudnya bertumbuk tapi jangan risau, walaupun sentiasa bergaduh, mereka tetap menyayangi sesame sendiri.”

“Dan kau ada hak ke nak bocorkan rahsia kami?” Ben bersuara sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik itu dengan Rick mengekorinya dari belakang. “kau cakap cam tu buat kami ni lelaki gay. Cam mana perempuan nak dekat dengan aku kalau mereka salah anggap hanya kerana mulut kau tu?”

Nuez menarik sengih. “Perempuan mana nak terpikat dengan kau hah?”

Ben mencapai tangan Spring dan mengucup belakang tangannya dengan manis. “Siapa lagi kalau bukan cik adik manis kita ni kan?” Dia sempat mengenyit mata kepada Spring.

Pole memutarkan bola matanya, meluat melihat gaya manis Ben. “Aku kasihankan bakal isteri kau.”

Pandangan Ben bertukar pada Musuh ke-2 nya. “kenapa pula?”

Pole tersenyum nakal. “Nothing…. Oh! Daripada kita sibuk cari pasal antara satu sama lain, apa kata kita perkenalkan diri kita masing-masing? Kita tak sempat nak exchange name tadi kan?”

“Oh ya lah!” Manda mengangguk setuju. “Aku mula dulu. Hai, Aku Manda. Doktor peribadi kapal ini.”

“Cheh, nak tukar topic lah tu.” Bisik Ben tak puas hati. “Aku Ben. Penolong captain dalam kapal ni dan pengemudi kapal. Nice to meet you.”

“Nuez. Incharge dalam menyediakan stok senjata api dan Engineer kapal.” Nuez dan Spring saling bersalaman.

Spring melontarkan senyuman manisnya. “Maaf sebab pukul kepala kau tadi…”

“Naaaaa! It’s okay. aku dah lama maafkan kau.”

Pole menolak rambutnya kebelakang telinga dengan cara menggoda dan hulurkan tangannya kepada Spring. “panggil aku Pole. Aku bertanggungjawab atas Third Base, semua stok kapal dari bahan mentah ke makanan.”

Spring terkejut mengetahui betapa lembutnya tangan Pole. Perempuan secantik ini bertanggungjawab atas benda berat cam tu? Dia sendiri?

“Jangan teperdaya dengan kecantikan ma-nah satu ni.” tegur Ben tahu apa yang Spring sedang fikirkan. “Dia ni sebenarnya transsexual.”

Mata Spring terbeliak bulat. D-D-Dia lelaki?????!!!!

Pole terus meluku kepala Ben. “Aku 100% perempuan lah! Kalau tak percaya aku boleh buktikan!”

Ben terus menggeleng laju dengan wajah meluat terpapar di setiap sudut mukanya. “No Thank you! Semuanya plastic!”

Pole naik berang dan menarik telinga Ben. “Excuse me!”

Spring hanya terdiam melihat dua rakan itu bertekak tentang jantina Pole. Sebenarnya dia sendiri tak tahu samada Pole tu lelaki ke atau perempuan. Sebab, wajahnya sangat cantik dan ayu, pemakaiannya juga sangat anggun dan susuk tubuh badannya seperti jam pasir! Sangat ramping.

Spring mendekati Manda yang mentertawakan kawannya. “Hmm… Manda, Pole lelaki ke perempuan?”

“Lelaki.” Jawabnya sepatah dah cukup buat Spring terkejut tahap gaban.

Dia kembali memandang Pole, setiap sudut badan dan wajah Pole di lihat dengan teliti. Gosh… mother nature has fooled us all!

Rick yang duduk di hujung sofa bulat itu menggeleng, dah fed up dengan perangai comradenya. “Pole, tangkap ni.”

Pole yang menjerit hampir buat jantungnya keluar dari mulut terhenti dan menangkap barang yang di lontarkan oleh Captain mereka.

Pole tunjuk muka tak puas hati. “Kau rosakkan kunci rantai ni lagi?? Rick, ini dah ke-3 kali rantai ni terputus. Nak aku buatkan jadi gelang ke batu ni?”

Rick menggeleng. “Tak nak aku jadi kau, pakai gelang hingga ke siku. Ala…. Cari lah jenis rantai yang senang di buka dan tak mudah putus. Kau kan my trusted stock keeper.”

Lelaki Transsexual ini bercekak pinggang. “Oooo…. Kalau ada mahu mu baru kau puji-puji aku yea? Nanti kau, aku pastikan rantai ni takkan lari dari leher kau.” Katanya dengan nada mengancam. Dia bergerak pergi dari kumpulannya ke third base untuk mencari bahan apa yang boleh buat Rick menyesal kerana tak sayang barang.

“Spring, lelaki yang sentiasa Swing mood ni pula, Rick. Captain pada kapal ni.”

Rick sempat menjeling kearah Manda. Swing mood? Apa? Dia ingat aku ni mengandung ke? Desis hatinya tak puas hati.

Pandangannya berputar kearah Spring dan mengeluh bila lihat tetamu mereka tunduk takut memandang tepat ke wajah Rick. “Jangan risau, aku tak makan orang.” Katanya dengan lembut.

Spring mendongak kepalanya dengan perlahan dan tersenyum kecil bila Rick melontarkan senyuman nipis kepadanya.

“Anyways, selamat datang ke Axerialeth, Off-Spring. Aku harap kau akan selesa di sini sementara kami fikirkan cara nak selamatkan kawan-kawan kamu nanti.”

“Kami?” Ben, Nuez dan Manda memandang tepat kearah Rick. Dia dah setuju nak bantu mereka sekali ke?

Rick menarik sengih melihat mata kawan-kawannya bersinar. “Ya, tapi aku tak cakap aku akan join in. aku hanya benarkan dia tinggal di sini sehingga misi korang selesai. Jangan nak mengharap aku akan bantu. Understand?”

Harapan tiga rakan ini terus jatuh. Ish, bukan main semangat lagi mereka nak captain mereka bantu. Mereka boleh buat sendiri tapi kalau ada Captain mereka lebih senang sebab mereka hanya perlu bertindak dan tak payah nak buat rancangan yang strategic.


Spring tersenyum gembira dan tunduk 90 darjah kepada Rick. “Thank you! Aku berjanji yang aku takkan hampakan kamu semua. Terima kasih!”

Comments

  1. Best...teruja dah ni...sambung lg...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.... lama tak balas commet salmi... thank you and sorry sebab buat korang menunggu 😁😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts