Axerialeth:SOD -When the mask finally revealed-

Bab 11
                
Spring duduk di kaunter Pub melihat rakan eksperimennya sedang termenung jauh di depan dinding kaca. Setelah kejadian semalam, M27 semakin diam dari sebelumnya. Dia menjauhkan diri dari semua orang. Adakah kematian K012 memberi impact kepada M27?

                Dah tentu… desis hati Spring. K012 sangat penting bagi M27, mengetahui K012 dah mati dah tentu buat M27 bersedih.

                Hubungan mereka semua semakin renggang. Terutamanya dia dengan Rick. Sebenarnya, Spring cemburu juga lihat Rick dan NightBlue selalu bergaduh setiap kali mereka berjumpa. Bila Rick mula bergaduh dengan NightBlue, dah tentu orang lain tak di layan. Termasuk Spring.

Mungkin minta kawan Eksperimen M27 nya ni tinggal di kapal bukan idea yang baik kot? Cam mana kalau Rick hanya tumpukan perhatiannya pada NightBlue je? cam mana kalau Rick taknak layan dia lagi? Cam mana kalau…. Kalau Rick jatuh cinta kat NightBlue? Eh!! Itu tak mungkin! Mereka tu musuh ketat merancang untuk bunuh sesame sendiri mana boleh mereka bersama! Mustahil! Mustahil!

Spring bangun dari kaunter pub dan bergerak ke sisi NIghtBlue yang masih lagi mengelamun. Dia tahu ‘kes jatuh cinta antara Rick dan NightBlue’ adalah mustahil tapi dia kena pastikan sesuatu tentang NightBlue.

“Night—”

“jangan panggil aku dengan nama tu.” Potong si Eksperimen M27.

Spring terlupa, NightBlue juga tak nak orang panggil dia NightBlue setelah kejadian K012 berlaki. tapi dia rasa nama tu sesuai dengan M27. “S-Sorry, M27, kau pernah beritahu aku tentang ‘cinta’ kan?”

NightBlue alihkan matanya ke Spring. “Ya.”

Spring menarik nafas dalam. Dia teruskan memandang ke depan, takut dengan pandangan M27 itu. “Lelaki yang kau pernah ceritakan kat aku. lelaki yang kau cintai…” dia berhenti seketika untuk melihat M27. “Kau ada jumpa dia?”

M27 kembali memandang depan. “Ya. Aku jumpa dia.” Tak tahu kenapa, hati Spring rasa gembira mendengarnya. “Tapi, dia tak jumpa aku.”

“Maksudnya?”

M27 mengeluh. “It’s complicated Spring, walaupun aku dah jumpa dia, aku tak boleh berdepan dengannya. Selepas apa aku buat….” Ayatnya mati di situ sahaja di ganti dengan keluhan yang telah sekelian kali. “Lagipun dia dah lupakan aku dan jumpa perempuan lain. Aku dah tak boleh berdepan dengan dia lagi.”

Spring menjadi murung. Dia tak tahu orang sedang bercinta akan jadi serumit seperti ini. Dia tak tahu apa yang M27 sedang rasakan sebab dia tak pernah alaminya. “Do you love him?”

M27 mengangguk tanpa teragak-agak. “Always.”

Spring mengangguk. Kenapa dia rasa tak selesa sekarang ni? adakah sebab dia takut nak minta sesuatu kat M27 atau sebab dia tak tahu apa nak buat dengan wanita yang masih terperangkap dengan dunia cintanya.

“Umm… M27..”

“Ya?”

“Please stay away from Rick.”

Ini buat M27 memutar kepalanya seperti drill memandang Spring. “And that’s beacause….”

“Because I like him.”

Ini buat M27 terdiam. Lama. Setelah beberapa detik menelan apa yang Spring katakana dengan yakin tadi, dia kembali memandang ke depan. Melihat awan berarak melimpasi mereka. Darat di bawah mereka yang kelihatan sangat kecil seperti semut namun sangat cantik.

M27 depakan tangannya ke depan sepertinya dia cuba mencapai langit di hadapan mereka. “Apa yang kita cari dalam hidup kita ialah kebebasan dari Organisasi CR, kapal dan orang dalamnya ni membantu kita untuk mencapai kebebasan itu tapi….” M27 jatuhkan tangannya. “kenapa arah kapal ini membawa kita balik ke penjara kita semula?”

“Sebab melarikan diri bukan satu cara untuk bebaskan diri. Cara untuk terbang bebas ialah hapuskan sangkar yang memerangkap kau.”

Mereka berdua berputar ke belakang melihat siapa yang bersuara dan dapati orang itu ialah Rick. Wajah M27 menjadi gelap.

“Di sini pun korang. Satu kapal aku cari.” Rick memandang M27 dan menarik sengih. “Kenapa, baru makan cuka satu botol ke?”

Ikut kan hati M27 nak tendang je Rick keluar kapal tapi masalahnya kapal ni milik Rick. Damn him and his tittle desis hatinya menyumpah serana Rick.

“Spring, permintaan kau tu tadi. Aku akan buat.” Dengan itu M27 bergerak pergi tidak menghiraukan Rick yang kebuntuan.

Bila M27 hilang dari bilik itu, barulah Rick bersuara. “kenapa dengan dia tu?”

Spring mengangkat bahu buat-buat tak tahu. “Entah. Dia memang cam tu.” Jawabnya dengan senyuman manis.

M27 bergerak naik ke biliknya dan mengunci pintu. Langkahnya di teruskan hingga di berdiri di depan cermin make up, membuka hoodie dan topengnya. Dia tenung wajahnya dengan lama sebelum mengeluh.

“Aku di lahirkan sebagai eksperimen Clow Reign. Nombor kod; M27. Di gelar sebagai Assassin tak berhati perut; NightBlue. Tapi….” Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi meja make up, menyembunyikan mukanya kerana matanya dah berair. “Aku bukan M27 ataupun NightBlue. itu bukan nama aku…” katanya berbisik dengan nada menggeletar menahan tangisannya.

Dia tak pernah suka kedua nama itu. M27 mengingatkan dia yang dia hanya satu benda yang di jadikan bahan uji kaji. Ia menakutkan, dia tak nak di panggil itu.

NightBlue pula mengingatkan dia yang dia tu seorang manusia yang kejam. Membunuh untuk hidup. Dia tidak ingin membunuh kecuali terpaksa. Ia buat dia jijik pada dirinya sendiri, dia taknak berfikiran bergitu. Ia lebih teruk dari M27.

Dia ada nama. Satu nama yang di berikan oleh orang yang dia sayangi. Namanya telah buat hidupnya bahagia, satu nama yang membuka matanya apa maksud kehidupan dan kebebasan yang dia inginkan. Dia nak mereka panggil dia dengan nama tu tapi pada masa yang sama dia tak nak sebab takut. dia sangat takut.

Siapa namanya?

Dia mendongak melihat dirinya di cermin. “Nama aku Miracle.”

>X<

Ly melajukan langkahnya dari bilik data sebaik sahaja mendapat berita dari orang dalam. Dia kena beritahu Tuan Zeloid tentang berita gembira ini. Dia tentu Tuannya akan gembira.

“Tuan, satu bacaan kuat tengah lautan Grundella dan ia menuju ke sini!” dia bersuara sebaik sahaja dia masuk kedalam pejabat tersebut.

Zeloid yang sibuk dengan kertas kerjanya mendongak dengan senyuman. “Berapa bacaannya?”

“dua hari lalu. 1400cr ke 2100cr.” katanya sambil termengah-mengah mengambil nafasnya semula. “bacaan tersebut lebih tinggi dari eksperimen Off-Spring.”

Senyuman Zeloid lebih lebar dari sebelumnya. Dia dah agak ini akan berlaku. Semuanya jatuh ke tempat yang betul! Sekarang untuk langkah seterusnya. “Time to Fly.”

>X<

Ia sakit. Sakit melihat Rick bersama Spring. Ia bagaikan hatiku di robek-robek hingga menjadi serpihan kecil dan di tiup oleh angin kesakitan. 

Jadi betullah apa yang aku takutkan selama ni, Rick akan lupakan aku dan jumpa perempuan baru. Aku nak Rick lupakan aku tapi pada masa yang sama… tak, sebab aku nak Rick balik. Namun, melihat dia gembira dengan Spring, aku tak sampai hati nak melangkah ke sana dan bersuara. ‘Rick, aku dah balik.’

Aku tak nak jadi orang yang rosakkan hidup mereka, hubungan mereka. Spring sendiri boleh lihat dalam diri aku yang aku nak Rick. Sebab tu dia suruh aku jauhkan diri dari Rick.

Cemburu…. Aku faham tu sebab sekarang ni… aku pun cemburu.

Selama tiga tahun aku berfikir yang Rick sudah pun lupakan aku dan aku sendiri cuba untuk lupakan dia tapi hati ni enggan melepaskan Rick. Dia tetap dalam mindaku dan membawa ku maju ke hadapan sehingga sekarang.

Mempunyai harapan kosong yang aku akan kembali di kapal ni untuk Rick asalkan aku sudah tahu yang dia dah lupakan aku. I’m an idiot right? But everyone’s an idiot if they’re in love.

“NightBlue, apa kau buat di sini tengah malam cam ni?”

Miracle berputar melihat siapa menegurnya. Satu hembusan nafas lega keluar dari mulutnya. Kalau Rick, dah tentu dia akan berlakon meluat di depannya dan terpaksa tumbuk mukanya.

“Oh Nuez. Kau masih belum tidur lagi?” soalnya tersenyum di sebalik topeng.

Nuez menggeleng dengan senyuman. “tiga hari ni kau bersama kami, aku perasan yang kau suka termenung jauh di sini. Tak kisah siang atau malam.” DIa menghirup hot chocolatenya. “Nak?”

Miracle menggeleng. “No thank you. Aku suka nampak pemandangan ni, Ia seperti menggalak aku untuk maju kehadapan. Walaupun malam atau siang.”

Nuez menjungkit kening hairan. “Really? That’s weird.”

“Kenapa pula?”

“Sebab kau ingatkan aku terhadap seseorang.” Nuez tersenyum kecil kepada Miracle. “Looks like everyone love this scenery right?”

Miracle tertawa paksa. Dia ingatkan Nuez dah syak siapa dia. “Yeah… It’s beautiful just to look at it.”

Nuez sekali lagi menjungkit kening. Dia hairan. Kenapa? Pada waktu pagi, dia kelihatan ganas dingin dan menghindari semua orang yang menghampirinya tapi kenapa tidak sekarang? Time Nuez menyapanya tadi dia pasti yang NightBlue akan tumbuk dia di muka dan bergerak pergi.

“You know, you are not that bad as it seems.” Kata Nuez cuba mencari sesuatu dari perempuan di sebelahnya ini. “Aku rasa kau cuba menyembunyikan sesuatu dari kami semua.”

“Sembunyikan sesuatu?” Jantung Miracle mula berdegup kencang. Dia kenal Nuez, dia nampak naïf dan skema tapi sebenarnya pemikirannya sangat tajam dari sesiapa sahaja dalam kapal ni.

Nuez mengangguk dan menyentuh hidungnya. “Topeng tu. Aku takkan tanya kenapa kau nak sembunyikan Identiti kau tapi aku tahu ia ada kena mengena mengapa kau hindari kami semua. Mungkin kau takut? atau kau masih tak percayakan kami?”

Miracle memandang wajah Nuez. Lama. Lelaki ni memang teliti desis hatinya kagum, Miracle hanya berdiam diri sebab dia tak nak tercakap sesuatu yang tak diingini pula. Dia hanya kembali memandang pemandangan di depan sambil memeluk tubuh, rasa suasana malam yang sejuk dah sampai ke tulang hitamnya.

Nuez melihat dari telatah NightBlue, dia tahu perempuan itu takkan bersuara. “I believe you walaupun yang lain tak. sebab aku tahu kau bukan sekejam mana.” Dia menuding pada mata Miracle. “Mata umpama cermin pada hati kita. Aku boleh nampak kesedihan dalam mata tu—Ah..” Dia terus mengangkat tangan bila Miracle ingin menggertak. “Aku takkan tanya kenapa sebab aku tahu aku tiada hak untuk tahu tapi as return tak tanya kenapa, please trust me?”

Miracle menarik nafas dalam dan menghembusnya. Nuez pun pernah cakap cam ni kat dia semasa dia menjejak kapal tu untuk kali pertama.

“Boleh aku dapat satu?”

“Huh? Dapat apa?” Nuez melihat  air di tangannya. “Nak satu?”

Miracle mengangguk. “Boleh kan?”

Senyuman Nuez semakin lebar. Itu bermaksud NightBlue beri peluang untuk percayakan Nuez? Great! “Okay, tunggu sini!” Dia bergerak ke dapur sepantas yang mungkin meninggalkan Miracle.

Rasanya seperti masa dah berputar kembali. Orang pertama dia percayai ialah Engineer kapal ni, Nuez. Setelah ni siapa? Pole atau Ben? Dia mengangkat bahunya malas nak tahu. Selepas misi ni, dia akan kembali ke Sylvianne. Mungkin dia akan terima tawaran tu dan lupakan Rick di sana.

Nuez akhirnya kembali dan beri hot choco kepada NightBlue. “Nah. Warm and cozy. Try it.”

Miracle mencapai hujung topengnya dan nak membuka tapi terbatal bila dia perasan Nuez sedang memerhatikannya. “Excuse me?”

Nuez tersentak dari lamunannya. “Huh? Oh! Maaf.. identity rahsia. Got it, belum bersedia lagi.” Dengan itu dia berputar membelakangkan Miracle.

Wanita dalam penyamaran ini hanya menggeleng dengan senyuman. Setajam mana pun minda lelaki ni, dia tetap cam budak-budak. Miracle membuka topengnya dan menghirup hot chocolate tersedap dalam kapal itu. Kenapa tersedap? Sebab itu minuman pertama Miracle rasa dalam hidupnya.

Yup, sedap seperti dulu desis hatinya dan menghabiskan hot choco itu.

DAlam Miracle menikmati Choconya, dia tak perasan yang Nuez sedang melihat pantulan Miracle di cermin, di sebabkan hari malam yang gelap, Nuez tak dapat lihat wajah Miracle dengan jelas.


Kenapa wajah NightBlue kelihatan seperti Miracle? Desis hatinya dan segera menggeleng. Tak, mustahil sebab Miracle tak pandai berlawan.


Comments

Popular Posts