Axerialeth: SOD -Helper asking for help?-
Bab 15
Rick bergegas
turun dari bilik injin, menuju ke bilik Pengemudi tapi perjalanannya terhenti
di tengah jalan bila dia terserempak dengan orang yang dia ingin jumpa.
“Ben, apa dah
jadi?” Soalnya termengah-mengah, cuba mencari nafasnya yang telah di bawa lari
oleh perasaan cemasnya.
Ben menggeleng
laju, tertera di wajahnya yang dia sendiri terkejut dengan keadaan kapal itu
masih lagi utuh. “Nuez datang kat aku dan tukar koordinat destinasi kita dan
cakap ini rancangan NightBlue.”
Mereka memandang
kearah Nuez yang baru je dapat tangkap Ben, termengah-mengah dengan tangan di
lutut; cuba mengambalikan nafasnya yang hilang kerana penat dan terkejut pada
masa yang sama. “Ben…. Lajunya.. kau lari….” Katanya antara nafas.
“Kau yang
mengelamun di dalam tu. Apa yang kau fikirkan hah?”
Nuez menarik nafas
yang terakhir dan nak bersuara tapi terbatal. Dia menggeleng. “Nothing.
Nampaknya NightBlue boleh tahan kuatnya kan?”
“NightBlue?”
Nuez mengangguk.
“Ya, kenapa?”
“Korang!”
Tiga lelaki ini
memandang kearah Manda yang berlari kearah mereka dan tersandung hampir mencium
tanah tapi Ben segera menangkapnya. “Woa…. Manda, kau okay ke?”
Manda mengangguk
lemah. “Kau tak tahu cam mana rasanya tenaga kau di serap untuk buat pelindung
tu…”
Mereka tertawa
kecil tapi hanya Ben yang dapat tumbukan di bahu oleh Manda. “Shut up! Beritahu
aku siapa buat back up pelindung kapal.”
Tawa mereka mati,
terkejut. “Bukan kau ke?”
Manda menggeleng.
“Pole beritahu aku yang kita dah ada back up jadi aku berhenti buat pelindung.”
Pole? Ben
memandang kearah Rick, wajahnnya sama buntu dengan mukanya sendiri. “Jangan
cakap ini juga kerja NightBlue?”
Rick mengangkat
bahu, perasaan risau mula menyeliputi hatinya. “Lets go.”
Mereka bertiga
turun ke bawah mencari Pole dan NightBlue dengan Manda yang blur hanya
mengekori dari belakang. Persoalan dalam minda mereka sama; adakah NightBlue
yang selamatkan mereka? Adakah dia yang kekalkan Kapal dari berkecai? Kenapa
dia buat ni semua sendiri?
Langkah Rick
terhenti di pintu masuk Second Base bila dia lihat kelibat Pole berlari masuk
kedalam bilik rawatan Manda. Dia terus menukar arah ke tempat itu dengan
kawan-kawannya mengekorinya di belakang.
BAM!!
“Pole!!”
Pole dan Pring
berputar memandang Rick menyerbuh masuk dan segera menutup tirai katil menyembunyikan
si penyelamat mereka bersama dengan Spring.
“Apa dah jadi?”
Soal Rick dengan cemas bila dia lihat Miracle terlentar di atas katil tak
bermaya walau untuk sekilas pandang.
Pole menarik nafas
dalam cuba tenangkan jantungnya yang dari tadi berdegup jantung kerana tindakan
risiko Miracle tadi. “Mi—NightBlue gunakan kuasanya untuk selamatkan kita.
Sekarang Spring sedang rawat dia, jadi aku cadangkan kita semua keluar dan
tunggu sehingga NightBlue dah sedarkan diri.” Katanya dengan nada tenang cuba
tidak buat yang lain risau.
Pole berjalan
mendekati mereka dan menarik Rick keluar sebab dia dapat rasakan yang Rick
tidak akan berganjak dari bilik itu selagi dia tak nampak keadaan NightBlue
dengan matanya sendiri.
Sementara di
sebalik tirai, Spring sedang menahan tangisannya dari mengalir melhat keadaan
Miracle sekarang sambil merawat badan Miracle yang terlalu lemah.
Dia merenung lama
wajah pucat Miracle yang bernafas dengan berat, dia nak menarik nafas baru pun
susah. You drain yourself to death…
Spring
tak mempunyai banyak kuasa CR dalam badannya tapi kuasanya cukup untuk membantu
Miracle untuk bernafas secara perlahan. Ini buat Spring rasa dirinya tak
berguna. Dari dulu hingga sekarang, M27 sentiasa tolong dia dalam apa jua
keadaan. Teruskan hidup, melarikan diri, kemana dia harus pergi, dan berjuang
untuk dia bebas dari CR. M27 sanggup korbankan nyawanya sendiri untuk kebebasan
Spring. Tapi dia? Spring hanya melihat M27 membanting tulang tanpa buat
apa-apa.
“Maafkan
aku M27..” bisiknya sambil menahan tangisan tapi air matanya tetap jatuh
membasahi pipi.
“S-Stop
crying…”
Spring mendongak
melihat M27 dah membuka mata dan melihat tepat kearahnya dengan senyuman kecil
di hujung bibirnya. Dia nak tersenyum pun susah…
“T-Tapi.. kau jadi
begini disebabkan aku—” Spring agak terkejut melihat M27 tertawa kecil.
“K-kenapa kau ketawa?”
Miracle menggeleng
kecil sambil menutup mata. Dia rasa kepalanya dah nak meletup selepas memeras
keluar semua tenaganya dalam masa yang singkat. “Aku jadi begini… sebab aku
yang nak….” Dia membuka matanya dengan perlahan, melihat dinding siling bilik
rawatan Manda. Dia masih ingat kali pertama dia datang di kapal tersebut.
Siling bilik itulah yang dia lihat sebelum mengenali orang-orang kapal
exarialeth. “Jangan risau Spring, aku buat ini untuk diriku sendiri.”
Walaupun M27
berkata sedemikian, hati Spring tetap tidak tenang malah makin rasa bersalah
dari sebelumnya. Dia menutup mulutnya cuba menahan dirinya dari menyuarakan
tangisannya dan hanya mengangguk.
Miracle kembali
menutup matanya bila Spring tidak membantah. “Spring, bagi aku rehat sebentar…
Jangan suruh sesiapa masuk time aku tidur okay?”
Spring mengangguk
sekali lagi dan ingin bergerak keluar tapi tindakannya terhenti bila dia dengar
tapak kaki masuk kedalam bilik rawatan. Spring terus bersuara; “Pole—”
Tirai Katil
terbuka dan kelihatan Pole dengan wajah yang penat masuk bersertakan dengan
keluhan kecil. “Mereka semua tertanya-tanya tentang NIghtBlue sekarang ni.”
“Mereka kena
tunggu sebab NightBlue dah tidur…”
Pole memandang
wajah tidur Miracle dan tersenyum kecil. “Dia dah okay? baguslah. Jom Spring,
kita keluar.”
Spring hanya
mengangguk dan mengekori Pole keluar meninggalkan Miracle berehat.
“Care to explain
what happen?” Soal Rick sebaik sahaja Pole dan Spring duduk bersama mereka di
sofa bulat itu.
Pole menarik nafas
dalam cuba tenangkan jantungnya yang masih berdegup kencang kerana tindakan
Miracle. “Aku rasa korang tahu siapa dalang semua ni.”
Manda mengangguk.
“Yup. Tak di syak lagi siapa tapi persoalannya ialah kenapa?”
“Betul tu, Like
Hell kalau NightBlue nak bantu kita semua.
It takes Miracle for her to help us.” Kata Ben masih tak percaya.
“And Miracle is
here!” kata Pole dengan senyuman. Dia maksudkan Miracle di sini tapi biarlah
mereka fikirkan keajaiban menolong mereka. “Look, Mi—NightBlue, dah setuju nak
bantu kita, lepaskan diri dari Organisasi CRtu dari menyerah diri kan?”
Rick berdiam diri
untuk seketika sebelum bersetuju. “Ya, mungkin lepas ni rancangan kita nak
tumpaskan Organisasi CR lebih senang. So, kita kena tunggu dia sembuh dan Tanya
di mana kita berada sekarang ni. Dia perlukan banyak rehat selepas semua tu.”
Dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke lift. “Aku rasa kita semua
perlukan rehat untuk ni hari. Ben, hentikan kapal ni dari bergerak. Okay?”
Ben beri signal
okay dan mereka semua melihat Rick hilang di sebalik pintu lift kapal.
Dalam kalangan
mereka semua, Nuez hanya berdiam diri tenggelam dalam pemikirannya sendiri.
Spring perasan
kesenyapan Nuez dan bersuara; “Nu, kau okay ke?”
Nuez mendongak
memandang Spring dan mengangguk. “Ya, don’t worry.” Katanya dengan senyuman.
“Now will you excuse me. Aku nak masuk tidur. Goodnight you All.” Dia bangun
darit sofa bulat itu dan bergerak ke biliknya dengan pemikiran yang sama
bermain dalam mindanya.
Suara…
Mata…
Kuasa CR…
Warna pelindung
kapal…
Pantulan wajah
pada malam tu…
Tak di syak lagi.
>X<
Miracle membuka
mata dan perasan yang hari dah bertukar ke malam. Dia bangun dari katil pesakit
itu dan memegang kepalanya yang pening. “Urrgggh…. Berjam kot aku tidur..”
Dia bangun dari
katil itu dan keluar ke tempat kegemarannya; berdiri di depan dinding kaca
menikmati pemandangan malam yang sunyi.
Miracle memandang
tanah tersebut dan tersenyum. “Tak sangka aku akan kembali ke tanah ni secepat
ini. Cam mana yang lain?”
“Seems like you
know this place.”
Miracle berputar
terkejut mendengar seseorang menegurnya. Dia tersenyum di sebalik topeng bila
dia tahu siapa si penyapa. “Nuez. Kau buat aku terkejut.”
Nuez tertawa kecil
dan berdiri di sebelah Miracle. “Apa yang kau buat ni hari sangat menakjubkan
and not to mention unexpected.”
Miracle tertawa
kecil. “Thanks. Hey, minuman tu untuk aku ke?”
Nuez memandang
kedua tangannya yang membawa dua mug hot choco dan mengangguk. Dia menghulurkan
satu untuk Miracle. “One Hot choco with 4 marshmellow for the special one.
Coming up!”
Miracle
mengambilnya sambil menggeleng. Senyuman tersembunyi di sebalik topeng.
“thanks. Kau memang terbaik, Nu.”
“Of course. As
always.” Katanya dengan senyuman bangga tapi ia pudar bila Nuez lihat topeng
Miracle. Dia sembunyikannya… tapi kenapa?
“Putar?” Pinta
Miracle dengan lembut dan Nuez akur.
Mata Nuez
berpaling pada dinding kaca yang memantulkan Miracle yang membuka topengnya
untuk minum Hot Choconya. “Aku dah berjanji dengan kau untuk menutup segala
rahsia antara kita dan sekarang….” Nuez berputar memandang Miracle yang nak
minum. “Aku akan simpan rahsia kau, Miracle. Sehingga kau bersedia.
>X<
“Kita nak ke
mana?!” soal Ben untuk kesekian kalinya, tidak pernah dengar nama tempat itu
dalam seumur hidupnya.
Miracle mengeluh
kecil. “Sylvianne. Kota kecil tempat aku berlindung selepas melarikan diri dari
Organisasi CR. Aku dah anggap tempat tu sebagai rumah kedua aku.”
“Dan kita ke sana
sebab?” Soal Ben pula melihat Miracle bercekak pinggang dengan semangat.
Nampaknya seseorang dah buat dia gembira atau berlawan dengan CR semalam boleh
jadikan happy.
“Kapal kita dah
rosak teruk dan satu-satunya tempat yang selamat untuk kita mendarat dan minta
pertolongan ialah Sylvianne.”
Ben memutar
kemudinya ke kiri mengikut arah yang dia lihat dalam peta holo di tepinya. “Kau
pasti ke? Mereka tahu yang kita nak datang?”
Miracle tertawa
melihat kerisauan Ben dan memandang Rick. “Can you believe him?”
Rick turut
tertawa. “That’s Ben for you. Sentiasa risau kalau nak ke tempat baru.”
“Aku tahu. Ben,
percayalah. Sylvianne tempat paling selamat untuk kita sekarang ni.”
Rick memandang
keceriaan NightBlue dan tersenyum kecil. Nampaknya NightBlue kelihatan gembira.
Ini lebih baik dari NightBlue yang dingin dan menyepi.
Wish to see her
smile, tentu cantik. Tanpa di sedari Rick tersenyum lebih lebar dari sebelumnya.
Ben mengecilkan
matanya melihat satu Bandar kecil di hujung tanah besar itu. “Kita akan sampai
dalam masa 30 minit.”Ben memandang Miracle sekali lagi. “Kau pasti dia tahu
tentang kapal ni?”
Miracle menarik
nafas dalam dan mengangguk untuk kesekian kalinya. “Call them and say M27 is in
the ship. Confirm mereka terima kapal ni.”
Akhirnya Ben
mengalah dan percayakan Miracle. Untuk kali ni.
Miracle menyandar
pada mesin dalam kapal itu sambil memandang kota kecil yang semakin lama,
semakin dekat pada pandangannya.
Rick perasan
pandangan itu, ia pandangan yang pernah dia lihat, Miracle mempunyai mata
seperti itu semasa dia melihat sesuatu yang menggembirakan dia. Rick menggeleng
perlahan. Dia kena berhenti samakan Miracle dengan perempuan di hadapannya ini.
“Macam mana kau
jumpa tempat ni? Kau jumpa someone resourceful ke yang datang dari Kota…”
“Sylvianne.”
Sambung Miracle dengan nada tenang dan riang.
“Ah—Kota Sylvianne
ni?”
Miracle memandang
kearah Rick dan Rick dapat lihat senyuman M27 ini dari matanya. “Actually, Dia
yang jumpa aku. Kalau dia takda time tu, dah tentu aku mati.”
Miracle termenung
jauh mengingatkan hari terteruk dan bertuah itu. “time tu, aku cedera teruk
dari melarikan diri dari hunter yang di upah oleh Organisasi CR. Aku
bersembunyi di lorong sunyi, sendiri pada waktu malam yang sunyi dan dingin.
Menahan sakit di setiap sudut badan ni..” Miracle mengusap lengannya masih lagi
rasa kesakitan itu dalam mindanya. Miracle tertawa tawar. “Aku dah tak bermaya,
lapar, takda tenaga untuk melarikan diri lagi. Aku terlentar di lorong sunyi tu
dalam kesejukan, basah kuyup. Masa tu aku terfikir untuk give up hidup sebab
aku dah penat untuk lari. Aku takde wang, muka aku di merata tempat, minta
makanan pun tak guna sebab…” Miracle terdiam seketika. “Siapa nak bagi makanan
kat perempuan yang jijik, bau dan berlumuran darah?” soalnya dengan nada lawak
tapi terdapat kepahitan dalam nada tersebut.
“Semasa aku nak
pitam, seseorang datang dengan payung dan menolong aku.”
Miracle terlihat bayangan hitam di hadapannya, dengan payung. Lelaki
itu berlutut di hadapannya sambil teduhkan dia dari hujan. “Cik?! Jangan risau,
saya akan tolong kamu!”
Miracle menarik
nafas dalam dan gunakan nada normalnya semula, menelan kepahitan itu jauh
kedalam dirinya. “Dia bawa aku ke kota ni dan kehidupan aku bertambah baik dari
sebelumnya.”Miracle tertawa kecil. “I owe him my life.”
Ben dan Rick hanya
mendengar cerita Miracle secara diam. Simpati atas nasib Nightblue. Mereka
tidak tahu yang Nightblue ni hanya assassin yang tidak berhati perut tapi
rupanya seorang perempuan yang sangat malang, hanya ingin teruskan hidupnya di
dunia yang fana ini.
Rick memandang
Nightblue seperti dia ingin memeluk perempuan itu dan beritahu dia yang dia
boleh menangis kalau dia nak. Dia boleh lihat yang Nightblue menahan air
matanya dari mengalir.
Ketiga-tiga senyap
dalam bilik tersebut, tengelam dalam dunia mereka sendiri. Namun kesunyian
bilik itu pecah bila panggilan radio berbunyi membuat Ben mengangkatnya dengan
segera.
“Attention to Captain Ship from 256 degree clockwise, Is this the
captain to big white whale ship?”
Ben memandang Rick
memberi signal untuk Rick bersuara. Rick berdiri di hadapan Ben dan menjawab
persoalan tersebut. “Yes, this is the Captain. We need an emergency landing,
our ship injured badly and need help. Do you Copy?”
“Copy that. Do you have permission to land?
This place is restricted area for foreign Cargo Ship. Unless you get permission
from the upper—”
Miracle mendekati
mereka dan bersuara sebelum narrator itu menghabiskan ayatnya. “Aiya, Ini aku.”
Narrator itu tidak
membalas untuk sementara waktu dan seorang perempuan lain mengganti narrator
tersebut. “Puteri! Oh gosh Girl!! Where
have you been.”
Miracle tertawa
kecil. “Glad to hear you too Glend. Kitorang perlu landing Honey, ada tempat
kosong tak?”
“Oh right. Ke bengkel Stinky. Tempat dia kosong tu.”
“Copy that. See
you on land Glend.” Katanya dan matikan talian radio.
Rick dan Ben
memandang Nightblue dengan muka terkejut.
“Apa?” Soalnya
blur.
“Puteri??!!”
[Previous] | [MiT] | [Next]
Cool...new entry, please...
ReplyDeleteHehehe Thanks Salmi <3 <3 On the Way making it now ^_^
ReplyDelete