Axerialeth: SOD -Under my skin-

Bab 14

“Baiklah.”

Miracle kembali memandang Rick. “Apa?”

“Aku setuju. Kita berpura-pura berbaik dan hate each other to death.” Katanya mendatar dan hulurkan tangannya. “Deal?”

Ia sakit untuk setuju dengan perjanjian ni tapi kalau ini sahaja caranya untuk NightBlue bekerjasama dia setuju. Mungkin, masalahnya salahfaham antara NightBlue dan Miracle akan hilang kalau dia buat seperti ini. Biarlah NightBlue benci dia asalkan Rick tidak. Dia tak boleh benci perempuan ni walau seteruk mana dia belasah Rick berulang kali.

Dengan teragak-agak, Miracle mencapai tangan Rick dan mereka berjabat tangan mengikat tali perjanjian antara mereka berdua. “Deal—Woah!” Miracle jatuh kedepan kedalam dakapan Rick bila kapal tersebut mengiring dengan laju.

Rick juga hampir jatuh terbaring tapi tindakan refleksnya lebih pantas dari Miracle dan memeluk pinggang Miracle dengan erat. “W-Wha—” ayatnya terhenti bila dia lihat mata Miracle yang juga terkejut.

Muka mereka terus naik merah tahap gaban, kalah warna epal masak atas pokok. Mereka tenung wajah antara satu sama lain dengan lama, tenggelam dengan pandangan masing-masing yang memukaukan.

Rick yang pertama sedar akan kedudukan mereka bila dia fikir yang NightBlue bukan Miracle. Dia tolong perempuan itu bangun seperti biasa. “Kau okay? Apa dah jadi ni?”

Sementara di bilik pengemudi…

“Woah!!! Kapal ni boleh putar 360 darjah ke Ben?” Soal Spring dengan riang memandu kapal itu untuk pertama kali.

Yang lain hanya tertawa dengan tangan kuat memegang barang yang melekat di bilik itu. Nuez dan Pole ber’high five. Orang yang sesuai untuk buat langkah ke-3 ialah Spring. Dia paling hyper dalam babak-babak cam ni.

Ben hanya menggeleng dengan senyuman. “Boleh kalau kau nak semua barang dalam kapal ni berantakan. Oh, kau tahu tak yang putaran kapal ni sangat tajam?” Mata Spring bersinar-sinar. “Cubalah kalau nak.”

“Yeah!!”

“Ahh!” Miracle hampir jatuh terbaring tapi Rick segera memeluk pinggang Miracle dan berpegang pada meja supaya mereka berdua tak jatuh bersama.

Sekali lagi mereka stuck dalam posisi pelik tapi selesa. Muka merah sama merah dengan posisi mereka yang sangat dekat itu dan wajah mereka juga dekat. Nafas Rick di bawa lari angina bila dia lihat sepasang mata perak itu yang bersinar oleh pantulan cahaya matahari.

“A-apa dah berlaku ni?” Rick akhirnya bersuara setelah dia jumpa suaranya balik. Lord, dia boleh rasa nafas Miracle di hembus ke mukanya.

Miracle menggeleng kecil malu tahap gaban. Tangannya melekat pada dada Rick membuat mukanya lebih merah dari sebelumnya. Gosh, dadanya keras, berotot…. Eh? Apa dia fikir ni? Stop Miracle, jangan nak mengada sana!! You’ve becoming a perverted girl!

“Woa!!!!”

“Aah!!”

Kedua pasangan ini jatuh ke tepi bila Kapal itu mengiring sekali lagi, Sekarang posisi mereka lebih teruk dari sebelumnya. Rick berada di atas Miracle yang baring di bawahnya. Wajah mereka semakin dekat dari sebelumnya hingga mereka boleh rasa nafas masing-masing.

Kenapa mereka berdua asyik jatuh ke posisi pelik ni? Bukan mereka tak suka, malah mereka nak ia terus menerus cam ni tapi mereka dalam situasi yang janggal. Dekat seperti ini buat mereka nakkan sesame sendiri lebih dalam dari sebelumnya. It’s hard!!

“I-I’m sorry, Ex-c-cuse me… I-I don’t… Err—umm.. I-I—” Rick segera bangun dari Miracle dan tolong Miracle bangun dengan wajah merah tahap gaban. “I-I-I mean…. Uggghh… this is embaressing…” Rick menutup mukanya yang merah.

Miracle tertawa kecil melihat Rick tergagap-gagap seperti itu. Cute sangat! Dia menarik tangan Rick dari mukanya dan tersenyum di sebalik topengnya. “Hey, It’s okay. I’m fine.”

Rick menghembus nafas lega dan menggenggam erat tangan Miracle. “Thank goodness.”

Mereka berdua hanya tersenyum sesama sendiri  memandang tepat pada mata betapa selesanya mereka dengan pandangan masing-masing yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Pandangan mereka menghangatkan hati mereka untuk berdiri sebegitu tanpa rasa takut atau janggal hanya keselesaan dan gembira dalam diri mereka.

Tapi semua itu terhenti dalam sekelip mata bila siren kecemasan berbunyi dan kapal mereka bergegar dengan kuat. Rick segera menarik Miracle dalam pelukan melindunginya dari barang yang nak jatuh.

“Serangan?” Soal Miracle takut. Siapa menyerang mereka?

Rick mengangguk. “Samada Lanun, kapal upahan atau CR dah dapat jejak kita.”

Dia mendongak memandang Rick. “CR? Oh no….”

Rick tersenyum nipis, cuba tenangkan Miracle. “Don’t’ worry, everthing going to be alright—”

BAMM!!

Sambungannya~

 “Rick, Kapa-Aiyaiyaii… aku ganggu korang ke?” Soal Nuez dengan senyuman nakal tapi hilang bila siren kecemasan berbunyi sekali lagi. “Anyways, cut this lovey-dovey thing. CR serang kita!!”

Zeloid tersenyum sinis melihat kapala Axerialeth berada di depan mata. Akhirnya hari yang dia tunggu-tunggu untuk mengambil haknya semula dah tiba.

“Pasangkan radio, aku nak bercakap dengan ketua mereka.” Arahnya kepada captain kapal tersebut.

Rick bergegas masuk ke dalam bilik pengemudi sebaik sahaja dengar berita tersebut dengan Nuez dan Miracle mengekorinya.

“Ben, Report!!” sahut Rick sebaik sahaja masuk kedalam bilik itu.

Spring berputar memandang Rick dan memeluknya dengan erat. “Rick! Mereka dah datang nak ambil kami, Jangan biarkan mereka ambil aku lagi… please..” katannya ketakutan.

“Don’t worry. Kami takkan benarkan.” Katanya tapi matanya tertumpu pada Ben minta laporan.

Miracle yang melihat mereka terdetik rasa cemburu. Kenapa? Dia tak perlu rasa cemburu, dia dah takda makna kat Rick lagi.

Ben mengangguk dan kembali pada Monitor kapal pengemudi. “Tiga kapal keluaran terbaru milik CR. Kita ada kerosakan di bahagian kiri kapal, kita tak boleh terbang laju sekarang. Cam mana ni Rick? Kita tiada perancangan nak serang mereka di udara.”

Rick berdecit. “bagaimana mereka boleh jejak kita? Aku pasti mereka takkan serang kita di udara dan tunggu di sana.” Dia melihat tiga kapal tersebut di monitor besar. Mereka berada di belakang kapal mereka mengejar kapal itu dengan dekat.

“Damn!! Dahlah Supernova tak boleh digunakan…. Kita kena lawan.” Katanya menahan marah. “Semua—”

Ayat Rick terhenti bila dengar deringan panggilan dari kapal tersebut. Ben memandang Rick penuh horror. “mereka nak bercakap, Rick.”

Rick mengangguk dan menekan butang terima. Dia sengaja memasang speaker radio supaya semua mendengar pembicaraan mereka.

“Ah… akhirnya saya dapat berbual dengan Ketua kapal bergerak ini. Apa khabar Rick?”

“Apa kau nak?” Soal Rick dengan serius, dia tiada masa nak ‘berbual’ dengan lelaki tak berhatiperut ini.

Zeloid di sebalik talian tertawa. “Jangan tegang sangat wahai kawanku. Kau tahu apa yang aku nak dan aku perlukan mereka.” Katanya dari nada riang ke serius. “Kembalikan mereka berdua kat aku dan kamu selamat.”

Miracle memeluk tubuhnya rasa bersalah. Kalau dia tak guna CR liquid tu untuk kejar kapal ni, dah tentu mereka takkan jejak kapal Exarialeth. Sekarang mereka semua dalam bahaya.

Rick menahan marahnya yang amat dan cuba kawal dirinya dari meletup. “Over my dead body.”

Zeloid berdiam diri untuk sementara waktu sebelum bersuara. “Kami beri kamu lima minit untuk memikir. Aku harap kau pasang speaker sebab aku nak dia dengar ini, ‘terima kasih sebab bagi kami koordinasi Kapal Axerialeth. Kami berhutang dengan kau.’” Dengan itu, talian di matikan.

Semua orang memandang kearah perempuan yang mempunyai kemungkinan besar beritahu di mana kapal mereka berada. Miracle.

“Mi—NightBlue, betul ke tu?” Soal Pole kecewa.

Miracle berdiam diri seketika cuba tenangkan hatinya yang membara, seperti Rick. “Aku dah kata aku tak nak ambil risiko. Aku ada guna kuasa CR untuk cari Spring tapi kamu enggan lepaskan dia. Kalau kamu biarkan kami pergi, ini semua takkan berlaku.”

“Kalau kau tahu mereka akan jejak kau, kenapa kau tak beritahu kami?!” Soal Ben marah.

Miracle hanya berdiam diri. Dia memang bodoh, kenapa perkara penting seperti ini dia tak terlintas dalam mindanya? Uggh.. dia terlalu fikirkan tentang Spring dan Rick hingga dia lupa perkara penting seperti ini!

“S-Sorry, beritahu mereka aku akan menyerah diri. Spring tak penting sangat bagi mereka tapi aku. kalau mereka dapat aku, Korang takkan jadi burua—”

“Aku Bantah.” Kata Rick dan Pole serentak.

“T-Tapi—”

“Misi kami bebaskan setiap mangsa yang ada di dalam bangunan tu dan kami takkan berikan apa-apa kat mereka, tak kau dan tak Spring. Apa yang mereka akan dapat ialah peluru dan habuk kita.” Kata Rick serius. Dia takkan beri Miracle kepada sesiapa. Dia takkan benarkan. Walaupun nyawanya jadi taruhan.

“Nuez, Pole, ke bilik serangan. Manda, shield sekeliling kapal ni. sekarang!”

Mereka terus mengatur langkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan mereka berempat.

Miracle mengetap bibir. “Why?”

Rick mulakan kerjanya menghidupkan semua auto-gun di dalam kapal itu dan tentukan target untuk di serang. “Sebab aku tak suka orang menyerah kalah sebelum berlawan.” Katanya sambil buat kerja. “Sekarang, aku nak korang berdua kembali ke bilik masing-masing sehingga aku beri arahan untuk korang. Faham?”

Miracle menggeleng. “Tak. Biar aku menyerah diri—”

“Shut up, Mira!”

Miracle terdiam. Kecut perut di buatnya melihat wajah Rick yang menggerunkan. Dia hanya tertunduk menahan air mata dari mengalir keluar.

“Jom gerak keluar.” Pujuk Spring dan menarik Miracle turun ke Second base.

Setelah mereka turun, Rick kembali menumpukan perhatian pada kerjanya. Dia menekan butang Speaker kapal. “Crews, Bersedia untuk berperang.”

Spring menutup pintu biliknya dan berputar memandang Miracle. Susah juga nak tarik perempuan tu ke Second Base bila dia meronta-ronta nak keluar menyerah diri. Spring akhirnya berjaya buat perempuan itu berhenti menggila bila dia sebut; mereka semua tetap akan mati kalau dia menyerah diri.

Dia melihat Miracle duduk di kaki katil dengan tanggan di genggam erat menjadi penumbuk. Dia melepaskan genggamannya sebelum dia eratkan semula. Ia seperti dia cuba tahan kemarahan yang beruap-ruap dalam hatinya.

“M27…”

Miracle mendongak merenung tajam kearah Spring. “Apa?”

“Please M27, tolong jangan cam ni. kau kena yakin yang mereka boleh selamatkan kita—Ahh!” Spring jatuh berlutu bila serangan pertama di terima dari pihak musuh.

“Spring!”

“Aku okay!” sahutnya segera dan kembali berdiri. “Aku okay, jangan risau.”

“See, baru serangan pertama dah jadi cam ni. kita tak tahu apa kapal tu boleh lakukan pada kapal buruk ni Spring. Kita takda peluang!”

“Kita ada!!” balas Spring marah. Kenapa M27 taknak percayakan kebolehan kawan-kawannya? Jangan ingat dia eksperimen terkuat dalam organisasi CR, dia boleh buat apa sahaja dia nak!

Kapal itu bergegar sekali lagi membuat kedua eksperimen yang di ingini ini jatuh ke lantai. “Please trust them.”

I do trust them tapi aku tak nak mereka korbankan nyawa untuk aku desis hatinya menahan rasa marah dan sedih.

Zeloid menarik sengih melihat kapal kargo buruk tu enggan menyerahkan dua eksperimen nya. Senyuman Zeloid tambah lebar bila dia lihat pelindung kapal tersebut. Mereka gunakan serpihan batu CR, nampaknya M27 dah pandai guna batu tu tapi pelindung itu senang di tembusi dengan tembakan mereka, malah, roket kapal Axerialeth dah pun rosak teruk dengan serangan sebelumnya.

“Kapten, Teruskan menyerang. Kita perlukan semua orang dalam kapal itu”

“Baik Tuan.” Kapten kapal utama itu mula memberi arahan kepada anak kapal yang berada di dalam bilik itu. “Semua, bersedia untuk menyerang, target 12 o’clock, Kapal Axrialeth. Tahap menyerang sederhana; Jangan letupkan kapal tersebut, biarkan ia turun sendiri ke tanah. Understand?”

“Yes Captain.”

Dan serangan seterusnya di lancarkan sekali lagi berjaya menembusi pelindung Kapal Axerialeth.

“Ahh!!” Manda terduduk di lantai bila peluru musuh berjaya limpas pelindungnya dan terkena pada kapal.

Dia segera berdiri dan meletakkan tangannya yang sudah bergeletar semula di atas sebuah bola Kristal yang berisikan kapal mini Axerialeth untuk membuat pelindung. Di jari hantunya ada sebentuk cincin batu Clow Reign yang mengeluarkan kuasa pelindung di sekeliling kapal kargo lama itu.

“R-Rick, aku tak rasa aku boleh bertahan dengan serangan ni..” Dahi Manda dah pun di bahasi dengan keringat. Dia hidupkan batu Clow Reign tersebut menggunakan tenaganya dan bila pelindung itu di serang, ia juga ter’effect keatas Manda.

Mata Manda terbeliak melihat kapal utama Organisasi CR mula menjana senjata kapal mereka. Ia seperti bebola api yang besar… dan ia makin membesar setiap saat! Boleh ke dia melindungi kapal ini dengan serangan sekuat itu?

“Ben… B-Ben! Mereka nak—Ahh!!” Dia terlempar dari posisinya bila tembakan itu pecahkan pelindung kapal dan terkena Roket, memberi impak yang kuat pada mereka semua hingga satu kapal itu bergegar seperti gempa bumi.

Spring memeluk Miracle dengan erat bila merasakan gegaran itu. “M27! Jangan keluar!”

Miracle cuba melepaskan diri dari genggaman Spring. “T-tapi mereka takkan berjaya kalahkan Zeloid! Spring lepaskan aku!”

“Rick! Kerosakan pada ekzos kiri kapal! Kita akan terhempas kalau cam ni!” Jerit Ben di antara bunyi siren amaran bahawa kapal dalam kondisi merbahaya, dia memutar Helm kappal untuk mengelak serangan musuh. “Damn they strong!”

“I know!” balas Rick marah. Dia bergerak ke kiri bilik pengemudi dan menekan communicator button. “Nuez, Pole bagi aku berita baik.”

“… mereka nak—Ahhh!!”

Mata Rick terbeliak bulat mendengar jeritan Manda di speaker lagi satu. “Manda? Manda kau okay!!”

Manda memaksa dirinya untuk bangun ke sekian kali dan kembali ke posisinya. “Y-Ya aku okay…” Dia meludah darah dari mulutnya. “Aku masih boleh bertahan.”

Dengar dari suara Manda, Rick tak percaya dia boleh bertahan lama sangat. “Nuez, tell me.”

“Sorry Rick tapi senjata kita tak kuat sangat nak lawan mereka—Arrrgghh! Pole, Apa jadi kat Neo N7 03??”

“Kau tanya aku? mereka dah dapat pecahkan Shield kapal ni! sekarang semua senjata kita dah ter’Expose kat mereka!” balas Pole dengna suara lelakinya. Geram tahap gaban. “Rick! Kita tak boleh lawan mereka!”

“Cam mana dengan Hilex? Korang tak cuba guna senjata tu ke?”

“Tak cukup kuasa, mereka dah tembak bekalan kuasa senjata kita. Tak lama lagi kita dah takda benda nak serang mereka Rick. Kita kena juga gunakan Supernova.”

Rick menghentak penumbuknya dengan kuat. Benda tu rosak! Kalau guna lagi sekali takut kapal mereka pula yang meletup kerana over heat.

“Rick, nak tak nak kita kena—” Ben memutar steering kapal mengelak serangan musuh. “—Shit! Kena!”

Satu lagi gegaran kuat membuat Miracle bangun untuk keluar dari bilik itu tapi terhalang untuk ke sekian kali orang orang yang sama. “Spring, please.. pleassse lepaskan aku.”

Spring menggeleng. “T-Tapi Rick kata—”

“Aku tahu! Aku tahu apa dia cakap…” Miracle cuba menarik tangannya dari genggaman Spring. “Aku nak tolong mereka Spring, tolong lepaskan aku.”

Spring diamkan diri untuk seketika. “Kau janji kau takkan menyerah diri?”

Miracle mengangguk. “I promise.”

akhirnya berjaya jua setelah sekian lama dia cuba pujuk Spring dan tanpa buang masa dia terus lari keluar dari bilik tersebut dan bergerak naik tangga ke first base. Hampir dia jatuh berguling bila satu lagi tembakan dari pihak musuh terkena pada pelindung kapal.

“Damn! Ben bagi aku 10 minit untuk hidupkan Supernova!... Attention, semua crew! Kita terpaksa hidupkan supernova, Semua masuk kedalam sekarang!”

Langkah Miracle berhenti di tengah jalan dengan senyuman. Bagus…. Miracle berputar arah turun ke Third Base untuk berjumpa dengan Pole dan Nuez.

“NUez!” Miracle berlari menarik Nuez berdiri dari tempat duduknya.

“Oi!—NightBlue? Apa kau buat di sini? Kita kena naik dan—”

“No time! Naik ke First Base dan—”

CRASH!!

Tingkap kaca bilik senjata pecah membuat mereka bertiga berlindung di bawa mesin pengawal senjata kapal itu.

“Great! Kita 100% terdedah!” marah Pole sambil tendang kerusi di bawah mesin itu.

Miracle mengetap bibir, kembali memandang Nuez. “tukar arah tuju kita ke…” Dia mengeluarkan sehelai kertas kecil yang dah kusut kat Nuez. “Sini. Pergi cepat!”

Nuez memandang tempat mereka nak pergi dan matanya terbeliak bulat. “Jauh ni! kita takkan sampai dengan kapal rosak teruk cam ni!”

“Just trust me!” jeritnya membuat Nuez lari lintang pukang keluar dari tempat persembunyian mereka.

Pole hanya melihat Nuez pergi dan kembali memandang Miracle. “Apa kau rancangkan ni?”

“Selamatkan kita semua. Tinggal di sini dengan aku.” Pinta Miracle sambil buka topengnya  dan keluar dari bawah mesin itu. Dia sekarang memandang kapal Organisasi melalui tingkap pecah bilik itu.

Pole hanya melihat dari bawa mesin kerana takut dia terlempar keluar kapal tapi Miracle hanya berdiri seperti biasa. Cam mana? Bila Pole melihat kaki Miracle, terdapat piring putih bercahaya di tapak kasutnya yang menyebabkan Miracle melekat pada lantai.

Mata Miracle membara, marah kepada Zeloid. Dia tak nak di ambil oleh Zeloid sekali lagi, dan dia taknak orang yang dia sayangi mati di depan matanya. Dia dah tekad, dia akan lawan bersama mereka hingga organisasi jahanam tu lenyap dari muka bumi ni!!

No more running away… You’ll pay Zeloid

“Nuez? Apa kau buat di sini?!” Ben terkejut melihat Nuez serbu masuk bilik pengemudi dan menekan butang-butang keyboard di tepinya. “K-Kau tukar koordinasi lokasi kita? Kenapa??”

Nuez mengangkat bahu. “NigthBlue suruh. Dia suruh kita percayakan dia.” Katanya dan tekan ‘ENTER’.

Crew, kita akan berlepas dalam kiraan 10…”

Mata Ben terbeliak bulat, Rick dah sampai ke bilik injiin; tak sempat dia nak kembalikan lokasi mereka. Terpaksa percayakan assassin tu desis hati Ben sambil menelan air liur.

“Pole suruh Manda berhenti buat pelindung.” Pinta Miracle lagi dengan mata tertumpu pada kapal utama CR sepertinya dia boleh lihat Zeloid yang ada di dalam kapal tu.

9….

Pole mengangguk dan beri arahan pada Manda. “Girl, berhenti buat shield. Kita ada back up….”

Manda yang dah nak pengsan buat shield terus turunkan tangannya dan jatuh berlutut bila dengar seseorang suruh dia berhenti. Nampaknya doanya dah termakbul. “Thank goodness….”

8…

Miracle menepuk tangan di depannya menghasilkan satu tenaga di belakang kapal Axerialeth dan terbentuk satu dinding bila Miracle mula depakan tangannya ke sisi membuat satu lagi pelindung kapal yang lebih kuat.
Matanya bersinar-sinar sepeti cahaya pantulan bulan dalam air sama seperti corak pelindung kapal itu.
Kuasanya bukan sahaja melindungi kapal malah, mengekalkan bahagian-bahagian kapal yang telah di serang di posisinya supaya ia tidak rosak bila Supernova di lancarkan. Ini menggunakan kuasa yang banyak untuk menyelubungi satu kapal besar itu tapi Miracle takkan jadi orang bodoh lagi. Dia akan lawan, seperti kata Rick; dia sanggup terbunuh untuk melindungi orang yang dia sayang.

Mata Pole terbeliak bulat mendengar Miracle mengerang kuat memaksa kuasa dalam badannya keluar dan badannya mula terangkat naik ke udara.

“Oh no…”

7…

Mata Zeloid terbeliak melihat pelindung baru kapal tersebut. “M27 gunakan kuasa tu…” Dia segera mengambil pembaca Kuasa Clow Reign di tangan Ly dan tersenyum melihat beberapa digit nombor meningkat naik dengan mendadak. “13000cr ke atas???” ini rekod baru!

“tuan? Tuan apa dah jadi ni?”

Zeloid mendongak memandang Ly dengan senyuman sinisnya. “Sesuatu menakjubkan.”

6…

Pole keluar dari tempat persembunyiannya bila dia lihat melihat mesin mengawal senjata Kapal hidup sendiri, semua senjata kapal termasuk senjata terkuat kapal itu, Hilex yang tak dapat di hidupkan telah keluar dari tempat persembunyiannya dan terus menyerang kapal Organisasi CR.

Pihak musuh mula cemas melaporkan kerosakan bahagian kapal mereka dan juga status keadaan kapal kepada Kapten. Kapten kapal juga menjerit memberi arahan untuk mengelak, menyerang balas dan juga tukar kedudukan kapal. Namun, ketua Organisasi CR itu tersenyum lebar melihat bacaan kuasa M27, tidak menghiraukan keadaan sekeliling “Lebih 30000cr!!”

“Everyone Retreat!!!” Jerit Kapten kapal CR bila harapan mereka nak serang balas tak berkesan dan dua kapal Delux N-03 dah pun gagal membuat misi mereka.  

5…

Rick membelakangkan mesin Supernova bila meter kuasanya naik mendadak dari 4 hingga 10. What the... Apa dah jadi ni?

Dia melihat kipas injin kapal mula bercahaya  dan putarannya mula meningkat laju menandakan Mesin Supernova boleh di gunakan, bukan itu sahaja Injin utama kapal juga berbunyi lebih kuat sepertinya ia mendapat lebih banyak tenaga untuk berfungsi lebih laju dari biasa.

Dia teringatkan satu kejadian yang sama seperti ini dahulu. Semasa mereka di kejar kapal udara yang tidak di kenali kerana seorang perempuan menceroboh masuk kapal mereka. Perempuan itu menggunakan kuasanya untuk tingkatkan kelajuan kapal menggunakan kuasa misteri yang sangat kuat hingga mereka dapat melarikan diri dari kapal musuh dalam sekelip mata.

Miracle….

4…

Spring melihat keluar tingkap bila dia dapat rasakan kuasa CR yang tinggi datang dari dalam kapal itu.

“M27…” dia tak pernah nampak kuasa CR secantik dan sekuat itu dalam seumur hidupnya dan dia tak sangka yang M27 mempunyai kekuatan yang sangat kuat untuk menghasilkan kuasa kuat seperti itu.

3…

Pole mula risau melihat keadaan Miracle. Keringatnya dah mula membasahi dahi dan tangannya menggeletar habis seperti orang parkinsen!

“Miracle! Berhenti!” dia nak mendekati Miracle tapi ada satu daya di sekeliling Miracle menghalang Pole mendekati perempuan itu.

2..

Pole semakin cemas mendengar Miracle mula menjerit memaksa dirinya untuk keluarkan lebih banyak tenaga hingga hidungnya berdarah.

“Miracle berhenti!! You’re killing yourselves!!”

1..

Kapal Axerialeth itu bercahaya, makin terang setiap saat sambil menghasilkan satu bunyi bising seperti siulan bernada tinggi yang menyakitkan telinga sesiapa yang dekat dengannya. DAlam sekelip mata, Kapal itu terbang laju mengalahkan kelajuan cahaya hilang di depan mata Zeloid.

Semua orang dalam kapal Delux itu terkejut melihat kehebatan kapal itu melarikan diri dalam kelajuan supersonic. Semua orang tertanya-tanya jika itu kuasa sebenar Clow Reign kalau ya, ia perkara paling menakjubkan pernah mereka lihat dan pada masa yang sama juga menggerunkan.

Kapten kapal dan Ly memandang kearah Ketua mereka, tahu yang dia akan marah kerana eksperimennya lari sekali lagi tapi jangkaan mereka salah.

Zeloid tersenyum, dia tersenyum seperti orang yang dah jumpa harta karun yang tak ternilai dalam dunia ini!

Matanya tertumpu pada skin pembaca kuasa itu. 120000cr. Ini memang membangga kan. Eksperimen M27 bukan sahaja pecah rekod malah mencapai bacaan yang mustahil boleh di capai oleh manusia biasa!!


“This is Perfect!!!”

Comments

Popular Posts