Ninth L.O.V.E

Six little Devil and a soulless child

Zoom in View~~

pandangan keseluruhan Perpustakaan Academy.

Di dalam sebuah Library Academy, seorang pelajar yang telah menjalani hukumannya selama tiga hari berturut-turut sedang menyusun buku-buku yang telah dipulangkan ke dalam raknya semula. Pelajar perempuan ini telah sedaya upaya cari cara untuk skip hukumannya ni. Percayalah. Dia dah cuba macam-macam. Berpura-pura sakit, nak ke tandas, invisibility potion pun tak jadi! Kenapa?

Pixie… oh that damnation little winged elf… Ivy tak salahkan Pixie book sebab mereka sememangnya menjaga buku-buku dalam library ini, Pixie yang Ivy bencikan ialah Pixie yang takda kena mengena dengan buku. Pixie haiwan, Pixie angin, Pixie cahaya, Pixie air, Pixie kebun dan yang paling menjengkelkan Pixie tukang. Tinkerbell….

Mereka berenam telah dipertanggungjawabkan oleh The Great Wizard Merlin untuk menjaga, memerhatikan Ivy sepanjang hari dia di dalam Library. Di mana sahaja Ivy pergi pasti salah satu dari mereka ada bersembunyi di celah-celah buku memerhatikan Ivy dalam diam.

Pada hari pertama Ivy diperkenalkan dengan Puan Camelia, penjaga Library academy ini semenjak Academy ini dibuka. Dia mengetahui semua buku yang anda perlukan, inginkan dan cari untuk membuat kajian. Dia tahu buku mana yang dipinjam, siap si peminjam. Dia tahu di mana buku-buku itu diletakkan walaupun buku tersebut tiada siapa pernah gunakan dan berhabuk di rak buku.

Dia habiskan masanya hanya dengan buku-buku dalam library ni! Heck I don’t think she have a life outside this building!

Puan Camelia sangat tegas tentang Librarynya. Tak boleh bising, kena pulangkan buku tepat pada waktunya dan jaga buku yang diguna seperti menjaga nyawa kamu sendiri. Yup, dia taknak bukunya ada sedikit remuk walaupun di bucu buku tersebut. Kalau boleh tiada cap jari langsung. Perkara yang buat Puan Camelia geram ialah bila pelajar menggunakan bukunya dan tidak meletakkannya semula di tempat yang asal. Of course kalau dia guna lebih dari satu buku dia tak kisah sebab tiada siapa boleh ingat di mana nak letak buku-buku itu di tempat yang betul. Tapi kalau guna satu, kena letakkannya semula. Wajib.

And…. Since Ivy began to work there….

Ivy kena susun semua buku-buku yang ditinggalkan di atas meja dan section pemulangan buku. Setiap buku kena diletakkan di tempat yang betul dan di susun dengan rapi mengikut abjad.

Tak sampai sejam Ivy di dalam perpusatakaan itu, dia dah nak mati kebosanan. Susun berdozen buku, naik turun tangga hanya untuk meletakkan semula buku-buku yang akan di ambil semula untuk pelajar membacanya? Ia menyakitkan hati Ivy. penyeksaan ini umpama memakan Ivy dari dalam secara perlahan! Dia tidak pernah rasa sebosan itu seumur hidupnya! Plus, dia tak sangka betapa lambatnya jam bergerak semasa dia di dalam perpustakaan itu!

Dia hampir menjerit dan menarik rambut kerana nak naik gila kebosanan.

So, she hitch a plan!

Rancangannya untuk melarikan diri dari tanggungjawabnya dengan memberi alasan dia nak ke tandas kerana sakit perut. Dia berterima kasih sangat-sangat kerana Puan Camelia ni tak ambil berat sangat tentang kehilangan Ivy sebab dia berada di dalam tandas agak lama.

Dia hampir melepaskan diri dari hukumannya. Betul, hanya memanjat keluar dari tingkap tandas dan dia bebas! Namun, semasa dia nak panjat kerusi jamban, dia ternampak tiga ekor pixie sedang menunggunya di luat tingkap tandas itu, Vidia; pixie angin, Rosetta; Pixie Kebun dan Iridessa; Pixie cahaya.
Irridessa: Light Pixie

Rosetta: Garden Pixie

Vidia: Wind Pixie

“Oh no…” Ivy mengeluh bila salah satu dari pixie itu mengalihkan cahaya matahari ke muka Ivy, menyilaukan mata ahli sihir jahat ini membuat dia terjatuh dari kerusi jamban tapi sebelum dia jatuh terhempap, Pixie Kebun pula bertindak dengan memelilit badan Ivy dengan akar pokok.

“What—Hey!” Ivy bergelut cuba melepaskan diri dari ikatan tersebut dan mencapai kayu saktinya tapi malangnya belum sempat dia nak keluarkan kayunya, Pixie Angin; Vidia bertindak dengan mengangkat Ivy ke udara. “What the—Let me down you elf!!”

Nampaknya tiga pixie itu tidak suka di panggil elf kerana Rosetta dan Iridessa memandang kearah Vidia seperti memberi tahu Vidia sesuatu. Ivy perasan pandangan sinis Vidia kearahnya dan menggeleng laju. “oh tak-tak-tak-tak.. Jangan—Aaaaaaahhhh!!!!” Rosetta menarik akar pokok membuat Ivy berputar seperti gasing dan Vidia menolak Ivy dengan anginnya kembali masuk ke dalam Permustakaan.

Sebaik sahaja Ivy tiba di depan kaunter di mana Puan Camelia sibuk cop buku-buku yang telah dipulangkan, Ivy jatuh tercium lantai kerana Vidia menghentikan anginnya dengan serta merta.

“Ouuch…”

“Cik Ivy? apa kamu buat di lantai perpustakaan?” Soal Puan Camelia membuka spect matanya yang tebal bila dia perasan Ivy berada di depannya.

“Saya tersandung Puan Camelia.” Katanya sambil menggosok dahinya yang merah sambil menjeling kearah tiga Pixie yang berada di pintu masuk perpustakaan; berhigh five sesama sendiri atas kejayaan mereka.

“Well, memandangkan kamu di sini, tolong bawa buku-buku ini dan susun ke rak yang sepatutnya.” Puan Camelia bangun dari tempatnya dan sorongkan troli penuh dengan buku pemulangan kepada Ivy.

Ivy rasa nak menangis tengok longgokan buku yang lebih tinggi darinya berada di dalam troli tersebut. Dengan berat hati dia bersuara; “baiklah Puan Camelia.”

Dia sempat menjeling kearah Tiga Pixie yang mentertawakan dia. ketawa seperti bunyi loceng kecil yang membingitkan telinga. Bagi orang lain suara loceng mereka merdu tapi bagi Ivy ia umpama siren membawa maut!

Hari kedua Ivy tetap tidak mengalah dengan plannya untuk melepaskan diri dari hukuman itu dan fikir Pixie-pixie itu tiada di perpustakaan pada hari itu kerana dia tak nampak pun lalat-lalat pengacau itu di mana-mana. Pada hari itu Ivy mengambil keputusan untuk berpura-pura sakit selepas kelas potion dan minta Apple Red temankan dia ke bilik kesihatan. Sekali lagi dia terlepas dan fikir dia akan lepak di bilik kesihatan sehingga malam tapi…. Sebaik sahaja dia buka mata dari tidur tengaharinya, dia dapati dia berada di atas rak buku perpustakaan yang 20 kaki tinggi!! Kerja siapakah ini? Pixie tak guna itu. Kali ini Vidia dan rakan barunya, Pixie air; Silvermist (yang simbah air ke muka Ivy untuk bangunkan dia) dan Fawn; pixie haiwan. Menyuruh rakan tikusnya naik ke badan Ivy. tak kau Ivy menjerit dan kena marah oleh Puan Camelia. Dia juga hampir terjatuh dari rak buku setinggi 20 kaki.
Silvermist: Water pixie

Fawn: Animal Pixie

Hari ketiga Ivy cuba invisibility potion, dia minum air muntah troll itu di section buku yang jarang pelajar pergi supaya pixie-pixie itu tidak menjumpainya dan berjalan keluar dari Perpustakaan itu sesenyap yang mungkin. Walaupun mereka tak nampak Ivy, dia tetap berjaga-jaga kerana kelima-lima pixie itu ada dalam perpustakaan, mencari Ivy merata tempat.

Seperti biasa, Ivy hampir Berjaya keluar dari perpustakaan itu tapi… seperti biasa gagal. Ini kerana semasa dia mengambil langkah keluar dari pintu perpustakaan itu, kaki Ivy telah melanggar tali yang dipasang di pintu keluar itu dan jatuh tersandung tercium lantai… lagi. Pixie-pixie itu datang kepadanya dan taburkan serbuk pixie keatah Ivy untuk menghilangkan kesan potion pada Ivy. Guess what? Bukan lima Pixie tapi enam dan ketua kepada kumpulan ‘merosakkan rancangan melarikan diri Ivy’ ialah Tinkerbell.
Tinkerbell

So, Ivy terpaksa give up dengan rancangannya dan mereput di dalam perpustakaan itu dengan melihat muka Puan Camelia setiap masa. Tapi cuba tengok kearah positive; Dia masih hidup! nampak tak, dia Berjaya hidup di dalam perputakaan itu selama 2 minggu lebih! Tanpa bunuh enam pixie itu dengan magicnya. Dia bersabar dengan mereka. Yup, Ivy Berjaya menangani perasaan bencinya terhadap ‘lalat power rangers’ itu. Melainkan sumpah serana dalam hati, dia tetap tersenyum kepada mereka.

Bukan itu sahaya, Ivy juga cuba refleksikan diri dengan perkara buruk yang telah dia buat. Maksud perkara buruk itu ialah kelakuannya di dalam bilik persidangan. Maksud kelakuannya di dalam bilik persidangan dia sebenarnya maksudkan kelakuan the Great Wizard Merlin dan Pari-pari di raja itu. Sikap buruk yang dia cuba rifleksikan dalam dirinya ialah mengajuk kelakuan Wizard Merlin dan Royal Fairy tu!

Ivy menghentam buku perpustakaan ke rak yang sepatutnya sambil mengajuk kata Pengetua Academy; “Cik Ivy saya tanya sebab sana nak pastikan kamu jujur dengan cerita kamu… Bla bla-bla-bla-bla…. Cik Ivy, kamu boleh bergembira tapi tak terlampau gembira sebab kamu masih di hukum… Blah-blah blah-blah-bleeuughh!!” Ivy mengambil beberapa buku dari dalam troli dan panjat tangga rak buku untuk meletakkan buku-buku tersebut. “Oh Cik Ivy jangan risau, mereka semua akan jadi saksi yang kamu tak bersalah, bukan untuk bisingkan bilik persidangan dan tuduh kamu bukan-bukan. Blah-blah blah-blah-blah!” Dia turun dari tangga tersebut dan mencapai satu lagi buku dari trolinya. “Oh Cik Ivy jangan risau pengajar di dalam bilik ini sahaja yang akan pantau kamu. Saya takkan arahkan seluruh pixie hollow untuk jaga kamu—Aaahh!!!Ivy menjerit unlady-like bila seorang budak kecil, memakai mantel merah sedang berdiri di sisinya memerhatikan Ivy, semasa Ivy ingin menyusun buku dan buku tersebut terlempar dari tangannya.

(Perempuan sebelah kanan memakai baju seperti sebelah kiri. In a 8 year old body)

“Shhhhhhhhsshhhhhhhh”

“Sorry…!” Bisik Ivy sekuat yang mungkin kepada pelajar yang sibuk dengan kerja mereka. Ivy kembali memandang budak kecil lingkungan 8 tahun di depannya. Ivy hampir terpukau dengan mata biru besar budak perempuan itu. Matanya terlalu biru, sangat jernih seperti air sungai yang bersih.  Ivy segera menggeleng dan bercekak pinggang, menunjukkan muka tak puas hati. “What are you—I-I mean who are you?”

“You talk funny.” Kata budak perempuan itu dengan suara selembut sutera, tiada nada naik turun langsung. Dia menuding jari kearah Ivy. “You are a comedian.”

Ivy menjungkit kening hairan, pelik dengan budak kecil yang tiba-tiba menuding jari. “Tak, aku ‘kerja’ di perpustakaan ni. Kau nak apa? Buku? Or you lost kid?”

Budak perempuan itu menggeleng tapi mata tetap tertumpu pada Ivy. “I’m not lost, you are. You lost something precious to you.”

Ivy tertawa sedekah. Dah kenapa budak ni? “Tak budak. Maksud aku sesat. Kalau kau tak sesat baik kau pergi.” Katanya. “now Shoo. Aku ada kerja nak buat ni.” Ivy mengabaikan budak perempuan itu dan kembali pada troli buku. Semasa Ivy berputar, budak perempuan itu rupanya berada di hadapannya, duduk di atas longgokan buku dalam troli sambil menghulur sebuah buku dalam tangannya. “M-macam mana kau—tadi kau di belakang aku—” Ivy berputar melihat belakangnya di mana budak perempuan itu sepatutnya berdiri tapi sekarang dia berada di atas troli. (Not to mention tinggi. Macam mana dia naik dengan begitu cepat?)

“The book you threw.” Katanya ringkas memberikan buku tersebut kepada Ivy.

Ivy memandang muka budak itu dengan musykil dan mengambil buku tersebut dengan kasar. “Aku dah kata aku busy. Pergi dan jangan kacau aku.” Marah Ivy tanpa tinggikan suara dan meletak buku tersebut di dalam raknya tapi seseorang menarik buku itu dari tangannya.

Ivy segera berpaling kebelakang dan melihat budak kecil yang sama sedang memanjat tangga dan meletakkan buku yang dia rampas di rak bahagian atas. “It’s suppose to be here.”

Mata Ivy terbeliak bulat melihat budak perempuan itu berada di atas dan kembali melihat trolinya. Budak tu dah hilang. “How—You—Here—Up there?—” Ivy menggeleng laju, mula rasa sakit kepala. “Aku berhalusinasi. That’s it. Aku dah gila.” Bisiknya sambil tertawa kecil, cuak sebenarnya. “Aku berada di perpustakaan ni lama sangat. Stress dengan kebosanan dan enam pixie tu. Mesti ini salah satu permainan mereka. Dorang nak balas dendam dekat aku. Satu permainan minda. Heh…. Ingatkan aku boleh tertipu dengan mainan dorang ni? Bukan mudah nak memperdayakan—”

“You talk to yourselves again.”

Ivy mendongak melihat budak perempuan itu tapi dia sudah tiada di tangga tapi kembali duduk di atas troli buku. Ivy berdesir, dia ingatkan budak tu dah hilang.

“Turun. Aku ada kerja.” Marahnya dengan nada berbisik.

Budak kecil itu mendepakan kedua tangannya kearah Ivy membuat Ivy mengeluh. “Fine. Lepas ni main jauh-jauh.” Dia mengangkat budak itu dan turunkan dia ke bawah. “Go. Away.”

Ivy menolak troli buku itu ke section lain pula dan sambung membuat kerjanya yang membosankan sambil merungut dalam hati tentang nasibnya yang terperangkap di antara buku-buku usang dan mati mereput kebosanan seperti hidup Puan Camelia.

Ivy mengeluh kecil. Dia mengambil keputusan untuk membuka buku dalam tangannya dan menyelak beberapa muka surat tanpa membacanya langsung. Mindanya beralih ke tempat lain, mungkin dia buat macam ni untuk menghilangkan bosan.

“But you need me.”

Ahh!—” Sekali lagi perempuan itu muncul di atas troli bukunya, membuat Ivy melompat dan terlontar buku itu ke udara.

Budak perempuan itu menyambut buku itu dengan mudah sebelum berikannya kepada Ivy.

Muka Ivy merah menahan marah kearah budak kecil yang suka muncul macam biskut dan taknak lenyap-lenyap dari pandangan matanya. Dia merampas buku itu dari tangan budak tersebut. “Berapa banyak kali aku cakap untuk KAU pergi? Jangan kacau aku? Berambus?” Soal Ivy tapi budak itu tidak memberi sebarang respon langsung, hanya memandang Ivy dengan mata biru jernih yang besar itu. Ivy mula rasa tak selesa dengan pandangan tersebut. “SCRAM!!”

“Shhhhhhssshhhhh”

“Oh you shush!” Marah Ivy kepada pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran. Pelajar itu kecut perut dan sembunyikan wajahnya di sebalik buku.

“Cik Ivy….. saya perlukan ketenangan dalam Perpustakaan saya.” Suara Puan Camelia bergema dalam perpustakaan itu membuat Ivy cuak. “Saya rasa saya perlukan pertolongan pada malam ni kerana seseorang telah mengganggu pengiraan buku saya. sekarang saya kena mula dari satu….” Puan Camelia muncul di depan Ivy dengan fail dalam tangannya. “Jadi kamu kena kira semua buku-buku ini untuk saya kerana ni malam saya dah tempah untuk memulihkan buku-buku yang telah rosak. Tambahan kerja kamu, cari buku-buku yang telah rosak untuk saya pulihkan.” Dia hulurkan fail tersebut kepada Ivy dengan kasar. “Buat sekarang.”

“T-Tapi Puan Camelia! Budak ni yang—!!!” Ivy terkejut mendapati budak perempuan itu dah hilang di atas troli buku. “This is Impossible!!”

Puan Camelia memandang troli buku yang masih penuh dan kembali merenung Ivy. “Kamu kira semua buku-buku sambil simpan buku-buku dalam troli ni semula dalam tempatnya. Sementara tu, kamu boleh periksa buku yang rosak. Masukkannya ke dalam troli ni juga.” Arahnya dengan renungan tajam sebelum bergerak pergi meninggalkan Ivy yang tergamam.

Kira semua buku dalam perpustakaan tiga tingkat ini? yang besar gila nak mampus? Kena selak setiap buku untuk cari yang dah rosak? Dan menyusun balik pemulangan buku yang tidak pernah berhenti di pulangkan setiap hari????

Ivy jatuh terduduk di atas lantai, Kakinya dan mengalah dengan Ivy, begitu juga dengan seluruh badannya.

That’s it…. Aku akan mereput di dalam perpustakaan ni sepanjang hujung minggu aku. Seperti Puan Camelia…..

“Why not use your magic to make your work easier?”

Ivy mendongak melihat budak perempuan itu berada di depannya sekali lagi, berlutut depannya dengan mata biru yang memukau itu tapi tiada expressi muka di tunjukkan.

Ivy segera bangun dan menolak troli buku itu, meninggalkan budak kecil yang menjengkelkan itu. “kerja aku senang bila kau tiada.” Jawabnya dan menyambung buat kerja. Mengira, menyusun dan memeriksa. Urrghhhhh… so much work.

Baru je Ivy nak mula mengira, loceng academy berbunyi tanda waktu kelas telah bertukar ke subjek lain untuk plejar yang mempunyai kelas pada waktu itu dan Ivy mempunyai Kelas Potion.

“Perfect!” bisiknya dengan girang, tinggalkan fail di atas troli tersebut bersama budak perempuan itu dan bergegas ke kaunter peminjaman buku di mana beg sandangnya di simpan.

“Puan Camelia, saya ke kelas dulu.” Ivy tunduk sedikit dan berjalan keluar. “Saya akan sambung kerja saya sebaik sahaja kelas saya habis!” sahutnya sekuat mungkin di depan pintu Perpustakaan, saja buat bising hanya untuk menyakitkan hati Puan Camelia.

Dia perg ke Lockernya dahulu, mengambil buku teks dan baju sejuknya. Pada masa itu, dia perasan Gretel sedang memerhatikannya dari jauh.

Ini membuat Ivy tersenyum nakal kearah perempuan itu. Mencabar Gretel untuk berdepan dengannya. Nampaknya cabaran Ivy ditolak kerana Gretel beredar dengan muka masam pada wajahnya.

Oh well, yang penting Gretel terasa tercabar.

Setelah mengambil barang yang dia perlukan dari lockernya, dia terus ke kelas Prof. Sugar Plum dan dapati semua rakan kelasnya telah sampai.

 “Ivy!”

Ivy tersenyum melihat Apple Red melambai kearahnya dari meja mereka. “Hey.” Dia salute dan bersihkan tempat duduknya dari salji sebelum melabuhkan punggung. “Oooo… sejuk.”

Apple Red tertawa kecil. “So, how’s work?”

Fun.” Jawabnya dengan sarkastik membuat Apple Red tertawa. “Seminggu lagi aku akan masuk hospital mental.”

“Come on, perpustakaan Academy taklah membosankan sangat. Kau mungkin jumpa benda menarik di tempat tu.”

“Menyeronokkan? Like what? Enam pixie pantau kau macam banduan yang sedang membuat kerja yang dipaksa?—Oh kejap… aku memang banduan mereka.” 

Apple Red menggeleng dengan senyuman melihat perangai Ivy. “Look at the bright side. Kau loner, kau dapat ruang menyendiri sepanjang hari tanpa dapat renungan dari pelajar lain. Selepas tragedy kat museum dua minggu lalu, mereka semua mula rasa musykil dengan ‘kebaikan’ kau.”

“Yeah I know.” Katanya sambil mengeluarkan utility dari dalam begnya. “Kau pun macam mereka, hindari aku di luar kelas.”

Senyuman Apple Red terus hilang mendengar ayat Ivy dan menggeleng. Dia ingin bersuara tapi Prof. Sugar Plum telah tiba di dalam kelas dengan senyuman lebar. “Baiklah semua, buka buku teks kamu pada tajuk last kita belajar minggu lepas. Saya akan ringkaskan apa yang kita telah pelajari mingg lalu dan terus sambung ke babak seterusnya….”

“Pixie-Pixie tu masih pantau aku sampai sekarang.”

Apple Red mendongak melihat Ivy yang khusyuk memandang buku teksnya. Apple Red tersenyum kecil. “Yeah?”

Ivy mengangguk tanpa pandang Apple Red. “Aku tak faham macam mana mereka boleh bertahan memantau aku sepanjang masa dalam library tu. Aku sendiri nak naik gila, kenapa mereka tak?”

“Mungkin sebab kau menyeronokkan.”

Ivy berpaling memandang Apple dengan senyuman nakal. Keningnya terjungkit. “Aku? Menyeronokkan? How?”

Apple turut tersenyum. “They all are pixies, mereka suka buat hal. Menghalang kau melarikan diri dari perpustakaan satu keseronokan bagi mereka. Bila lagi mereka nak gunakan kebolehan mereka tanpa berkaitan dengan kerja?”

“Oh, aku ni bahan permainan mereka? Terima kasih sebab sedapkan hati aku.” Kata Ivy dengan senyuman. “Aku dah cukup gila sampai bercakap sendiri di dalam perpustakaan tu tahu tak, aku rasa Pixie-pixie tu stay jaga aku sebab seronok tengok aku cakap seorang diri. Heck, budak kecil pun suka tengok aku macam tu…!” bisiknya membuat Apple tertawa.

“CIk Apple, memandangkan perbualan kamu lebih menyeronokkan dari pembelajaran ini, kamu tak kesah kan berkongsi cerita dengan kami semua?” Prof. Sugar Plum menyampuk perbualan mereka membuat dua kawan ini terdiam.

Apple Red dan Ivy saling berpandangan, panic tidak tahu apa nak bagitahu kepada Prof. mereka.

“Err—Apple red sedang menerangkan kepada saya perbezaan antara Melancos Mushroom dan Nightdotes Fungus.” Ivy segera memberi alasan yang keluar dari kepalanya. “Yeah… saya tak belajar benda ni di Tanah Vicious dan saya kata ‘I’ll be dead before I can shape shift sebab tersalah ingredient’.”

Prof. Sugar Plum mengecilkan matanya kepada mereka berdua sebelum mengangguk. “Very well, tapi tolong perlahan suara kamu. Rakan kamu yang lain ingin belajar dengan tenang.”

“Baiklah Prof. Sugar Plum.” Kata mereka berdua serentak dan Prof. mereka kembali mengajar.

“Thanks Ai.” Bisik Apple Red. “Siapa budak kecil tu?”

Ivy tersenyum nakal kearah Apple Red, mereka dah kena tegur dan dia masih nak berbual? Uuuu someone is on a rebel! Pengaruh Ivy dah tak tersengaja terkena Apple Red.

Ivy ingin bersuara tapi terbatal. “You know what…. I don’t know. Dia pelik sangat dengan mata biru dia yang besar tu dan something familiar with that red cape.” bisiknya dengan nada paling rendah. “Apapun, Any Idea macam mana aku nak halau budak tu? For good.”

“Be nice to..”

“Her.” Ivy beritahu Apple jantina budak kecil itu. “Dan kenapa aku kena berbuat baik kat budak pelik tu?”

“Sebab kau patut bersyukur ada lagi pelajar Gracious yang nak rapat dengan kau selepas letupan di Museum tu.” kata Apple secara fakta. “kalau budak ni curious dengan kau, bukankah kau patut jawab soalan dia dengan baik? Kau nak kami semua tengok yang kau sebenarnya baik kan?”

Ivy menghembus nafas panjang. dia pernah beritahu Apple Red yang dia ingin ubah pandangan orang Enchanted terhadapnya (bukan secara detail yang dia sebenarnya buat untuk manipulasikan mereka) dan memulakan langkah pertama pada budak menjengkelkan yang telah buat dia kena hukum buat kerja tambahan ialah perkara terakhir Ivy akan fikir.

“Fine.” Rungutnya dengan hidung yang berkerut.

Apple Red hanya tersenyum melihat Ivy berkumat-kamit, cakap tentang sesuatu dia tak dapat tangkap. Betul lah tekaannya, Ivy tak sejahat namanya ‘the Devil’. Apple Red tak tahu macam mana dia dapat gelaran tu tapi dari apa yang Apple Red lihat, Ivy sebenarnya seorang wanita yang baik. Jauh di dalam dirinya. Jauh… Jauuuhhhhh di dalam, sebenarnya Ivy mempunyai hati nurani.

“Cik Apple, tolong berikan ramuan terakhir untuk buat potion shape shifter selain dari ramuan yang saya tulis ni. Kita dah bincang pasal benda ni pada awal kelas tadi.”

Apple Red mendongak memandang Prof. Sugar Plum dengan terkejut. Dia tak dengar apa-apa pun Prof. mereka ajar dari tadi!!

Ivy tiba-tiba terbatuk dan sebut ‘Kcliptenix’ antara batuknya. “Maaf, sakit tekak.”

Apple tersenyum kecil melihat Ivy mengenyitkan mata kearahnya dan memandang Profnya semula dengan yakin. “Kcliptenix.”

“Very Good Cik Apple Red.”

See? Ivy tak sejahat mana pun…

.


.

Sementara itu di Pixie Hollow; tempat tinggal kepada Semua pixie, Tinkerbell baru sahaja balik dari kelas bersama Peter Pan dan sekarang dia mempunyai tugas untuk menjaga Pelajar Villain di dalam Academy mereka.

Tinkerbell tak sangka Merlin jumpa dia personally hanya untuk meminta tolong dari Tinkerbell. Dah tentu dia gembira bantu The Great Wizard Merlin! Bukan selalu ahli sihir terhebat ni minta pertolongan dari makhluk kecil seperti mereka.

Tinkerbell teruja untuk menolong The Great Wizard Merlin! Sehingga lah dia tahu apa tugasnya.

Memantau Ivy the Devil. Tinkerbell rasa dia nak je bantah depan-depan The Great Wizard Merlin tapi siapa boleh tolak permintaan the Great Wizard Merlin? Tinkerbell tak boleh jaga Ivy tu seorang diri. tentu young villain tu potong sayap Tinkerbell sebaik sahaja Ivy tahu Tinkerbell menjaganya di library.

So, Tinkerbell hitch a plan!

Meminta bantuan dari rakan-rakannya untuk memantau penjahat muda itu, dan nampaknya dengan kerjasama bersama rakan-rakannya taklah susah sangat nak jaga Ivy. menghalang dia dari melarikan diri sangat piece-of-cake!

Dua minggu kerja sebagai penjaga Ivy memang menyeronokkan sebab boleh tengok dia gagal dalam rancangan jahatnya dan bercakap sendirian seperti orang gila. Hah! itu babak paling menyeronokkan.

Sekarang Tinkerbell ingin ke perpustakaan tapi dia kena cari Fawn—pixie haiwan kerana mereka berdua kena pergi bersama.

Tinkerbell jumpa Fawn di tepi sungai Academy, sedang memandikan sekumpulan burung merpati dan seekor burung gagak?!!

“Err—uhm Fawn?”

Fawn yang sedang memandikan burung gagak itu berpaling kearah Tinkerbell. “Oh Tink! Kau dah habis kelas ke?” Soalnya dengan riang. Dia perasan Tinkerbell pucat sambil menuding jari kearah burung gagak di sebelahnya dan tersenyum. “Oh lupa nak kenalkan korang, Tink, ini Diaval-I know dia ada nama sendiri, bukan selalu ada burung gagak di Enchanted apatah lagi jadi haiwan perliharaan—” Gagak itu menyahut, memarahi Fawn. “Oh maaf, guardian. Apapun, Diaval bersama Ivy… selalunya dia yang pantau Ivy tapi di sebabkan Ivy kena hukum di perpustakaan, dia rehatkan diri dan percayakan kita untuk jaga Ivy.” katanya dan berhigh five dengan diaval.

Tinkerbell tertawa janggal. “O-Okay, Fawn…. Jom pergi.”

“Okay!” Dia menyentuh kepak Diaval. “Jangan risau, Ivy selamat bersama kami.” Mereka berdua mengangguk serentak sebelum Fawn dan Tinkerbell terbang semula ke Academy dan berjumpa dengan yang lain di perpustakaan.

“Vidia! Irisseda! Silvermist! Rosetta!” Tinkerbell melambai kearah rakan-rakannya yang berada di atas rak buku sedang memerhatikan sesuatu.

“Shhhhhhsshhh!!!” Rosetta suruh mereka senyap dan panggil mereka duduk.

“Kenapa ni?” Bisik Fawn sebaik sahaja dia duduk bersama mereka.

“young Villain bercakap dengan diri sendiri lagi.” Vidia tersenyum nakal sambil tuding jari kearah Ivy yang sedang bercakap dengan dinding.

Tinkerbell menahan dirinya dari tertawa dengan menutup mulut. “Dah berapa lama?”

“Sebaik sahaja dia datang sini. Dia terus bercakap dengan angin.” Jawab Silvermist. “Villain are so weird.”

“Yeah. I know…” bisik Iridessa dan memandang yang lain. “Jom makan. Dia dalam mode gila dia, apa lagi dia nak buat?”

Mereka semua mengangguk setuju dan terbang keluar dari perpustakaan. Lagipun, hari dah malam, tak lama lagi Ivy akan bali biliknya. So, tak salah mereka pergi lepak di cafeteria.

Kembali ke kehidupan Ivy, Dia benci hidupnya.

Sebaik sahaja tamat kelas Potion, Ivy pergi makan tengahari di cafeteria seorang diri sebab Apple Red tak dapat join satu meja dengan Ivy kerana Gweneth dan Hanna. Ivy tak salahkan Apple Red. Siapa nak duduk dengan budak bermasalah? Dah tentu bukan budak baik. Sekurang-kurangnya Apple Red masih nak bercakap dengan Ivy, itu cukup untuknya sebab dengan siapa lagi dia nak nasihat tentang orang Enchanted kalau bukan Apple Red?

Okay, selepas makan dengan tidak selesa kerana mata-mata dan bisikan tentang dirinya—of course, sekali lagi Ivy tak kesah sangat. Dia dah biasa dengan semua pandangan dan gossip tentang kesilapan dan kejahatan Ivy di sekolah itu.

Selepas itu dia ke kelas Astronomy. Dia benci kelas tu sebab guru mereka anggap Ivy tak wujud langsung dalam kelas tu. dia tak kesah tu yang dia kesahkan ialah bila guru mereka asyik tanya soalan hanya kepada Ivy. hanya Ivy dia soal. Dah tentu Ivy menjawab semua soalan itu tapi itu tak pernah memuaskan hati guru astronomynya, malah ia buat gurunya tambah berang.

Apapun, setelah dia menghabiskan dua kelas pada hari itu, Ivy kembali ke Perpustakaan untuk menyambung kerjanya yang telah tertangguh tadi pagi. Bila dia tiba di perpustakaan academy, dengan penuh berhati-hati dia melangkah ke troli buku yang dia tinggalkan tanpa membuat sebarang bunyi sebab dia taknak pixie-pixie itu tahu dia ada di perpustakaan. Malangnya tak Berjaya kerana mereka muncul depanmuka Ivy dengan senyuman sinis mereka.

Dengan perasaan yang menjengkelkan, Ivy kembali membuat kerjanya, mengira, menyusun dan memeriksa buku-buku dari section ke section. Pada jam pertama kerjanya, Ivy membuat kerja dengan tenang, tiada budak muncul macam biskut di depannya, pixie-pixie tu pun tidak berdering di sekelilingnya. Dengar loceng mereka pun dah buat Ivy stress.

Dia meneruskan kerjanya sehingga dia berada di section lain jauh ke bahagian belakang perpustakaan, Jauh dari pelajar lain yang sedang mencari buku walaupun hari dah malam. Dia perlukan kesunyian, dia perlu bersendirian untuk kosongkan mindanya. Dia terlalu banyak memikir semenjak dia berada di Tanah Enchanted ini dan sekarang mungkin satu-satunya peluang untuk Ivy menyendiri dan tidak mengunci perasaanya yang sebenar.

Dan dengan itu…. Dia menyanyi.

*With you I fall.
It's like I'm leaving all my past in silhouettes up on the wall.
With you I'm a beautiful mess.
It's like we're standing hand in hand with all our fears up on the edge.

Ivy tersenyum sendiri bersama buku di dalam tangannya, teringatkan kenangan terindah di dalam hidupnya. Sesuatu dalam dirinya mekar mengingatkan kisah kanak-kanaknya yang penuh dengan rahsia.

So stop time right here in the moonlight,
Cause I don't ever wanna close my eyes.

            Dia memeluk buku itu, cuba menahan dirinya dari tersenyum lebih girang. Teringatkan mereka berdua bersembunyi dari pixie yang meronda di dalam Hutan Mahligai dan menikmati ribuan bintang di dada langit malam. Pantulan bulan penuh di tengah-tengah tasik dan kelip-kelip menjadi peneman bintang atas permukaan air, bersama alunan music dari pari-pari music. Bersama pada malam hari sangat berisiko tinggi kerana boleh terkantoi oleh pixie yang meronda tapi ia berbaloi. Sangat berbaloi.

Without you, I feel broke.
Like I'm half of a whole.
Without you, I've got no hand to hold.
Without you, I feel torn.
Like a sail in a storm.
Without you, I'm just a sad song—

“You’re missing someone.”

Ivy tersentak dari lamunannya dan berpaling kebelakang, mencari siapa yang menegurnya. Namun tiada sesiapa yang berdiri di laluan section itu. Ivy memeluk buku didalam tangannya sepertinya dia sedang menjaga sesuatu penting. Matanya meliar mencari pemilik suara itu.

“Why do you hide your feeling towards Louis?”

Ivy terlihat budak perempuan yang memakai mantel merah pada pagi tadi, mata biru jernih yang besar itu merenung Ivy terus ke dalam jiwanya. Memukau Ivy untuk seketika sebelum Ivy sedarkan diri kerana terlanggar troli buku di belakangnya.

Budak tu tahu tentang Louis??

Ivy memeluk buku dalam tangannya dengan lebih erat sehingga kukunya tertanam pada kulit buku itu. Menyembunyikan tangannya yang menggeletar, sejuk. Dia tak pernah rasa setakut ini; hanya kerana budak kecil itu tahu tentang Louis?

“Don’t you miss Louis?” Soalnya sambil sengetkan kepala sedikit. “Your heart screaming for him.”

Ivy laju menggeleng. “T-Tak… Tak kau salah—” suaranya tersekat di kerongkongnya kerana Jantungnya berdegup dengan begitu kuat hanya mendengar suara budak perempuan itu. Suara lembut tapi menghantui minda Ivy. setiap ayat keluar dari mulut budak perempuan itu berulang kali bermain dalam kepalanya.

Ivy tundukkan diri, mengelak dari merenung ke mata biru yang memukau itu.

“Dan Louis juga merinduimu. Setiap hari.”

Ivy kembali mendongak untuk melihat budak perempuan itu tapi dia sudah tiada di tempatnya.

“Setiap saat…” suara budak itu bergema di laluan section itu, membut Ivy memandang ke atas, mencari dari mana datangnya suara itu.

Tanpa dia sedari, kaki Ivy melangkah pergi untuk mencari suara misteri itu. “Macam mana kau tahu pasal aku dan Louis?” Soalnya ke udara, berharap perempuan misteri itu menjawab.

“I saw it in his eyes.”

Langkah Ivy terhenti bila mendengar jawapan perempuan misteri itu. Suaranya begitu dekat. Ivy berputar kebelakangnya dan perempuan memakai mantel merah itu berdiri sedepah jauh darinya. Kali ini perempuan itu kelihatan matang, lebih kurang lingkungan umur Ivy. pada mulanya Ivy ingat dia orang lain tapi setelah melihat mata biru memukaukan itu, Ivy tahu budak kecil dan perempuan di depannya ni adalah orang yang sama.

(Hood dalam bentuk remaja dan masih pakai mantel merah)

“Kau siapa—” Sekali lagi perempuan itu hilang dari pandangan mata.

“Hood.” Suara perempuan itu bergema pada dinding-dinding perpustakaan itu. “I’m here to guide you back.”

Sekali lagi Ivy mengejar suara yang menghantui itu. Dia inginkan keterangan dari perempuan bernama Hood ini. “Tell me, why?”

“You lost so much my child…” kali ini suara yang bergema itu kedengaran lebih halus dan matang. lebih bersopan santun dari suara yang dia dengar tadi. “you lost Your Life, Your pride, your friends, your mother, your trust, your Magic… Your Louis.”

Setiap ayat yang perempuan itu sebut melajukan lagi langkah Ivy seperti mana jantungnya berdegup dengan laju. Mencari perempuan itu dengan cemas. Kenapa? kerana setiap ayat yang dia sebut umpama meruntuhkan tembok di sekelilingnya, membuat dia rasa terdedah. Menunjukkan betapa hancurnya Ivy sebenarnya, menangis dalam diam atas semua kehilangan dalam hidupnya. Hanya satu tembok sahaja yang tinggal untuk melindunginya iaitu Rahsia yang dia ada; rahsia kepada segala perkara yang dia hilang. Tapi tembok itu juga di robohkan oleh perempuan itu dengan mudah.

“You even lost your heart but never gain anything in the end.”

Ivy rasakan satu angin kuat meniup kearahnya dan segera melindungi mukanya dari angin tersebut. Setelah angin itu berhenti, Ivy membuka matanya dengan perlahan, hairan apakah yang menyebabkan angin kuat di dalam perpustakaan itu.

“And I’m here to guide you back, my child.”

Hood berada di belakangnya dan sekarang dalam bentuk yang lain, bukan seorang budak lapan tahun atau seorang remaja; tapi seorang wanita dewasa yang teramat cantik.

(Hood dalam bentuk Dewasa dan masih memakai mantel merah)

Mata Ivy membesar melihat apa yang di pegang oleh Hood. Dia terus menyentuh lehernya mencari rantainya tapi sudah tiada. “Bila kau ambil—” Angin tadi….

Hood tersenyum manis kepada Ivy. “Kalau saya salah, kenapa kamu masih memakai rantai ni?”

“Bagi balik rantai aku.” Bisik Ivy menahan marahnya. “Ya, aku kehilangan segalanya, aku tak guna magic aku untuk susun buku-buku tu sebab magic aku makin lemah kerana kayu sakti Fairy Fauna. Ya, aku dah kehilangan Louis lagi tapi aku masih ada kenangan kami. Kenangan tu yang buat aku masih berdiri di sini dan dalam tangan kau tu ialah satu-satunya benda untuk aku ingatkan Louis, ingatkan….”

“Ingatkan perasaan kamu terhadap Louis?” Soal Hood dapat lihat kesedihan dalam mata Ivy. “Kenapa tidak kembali padanya?”

“Aku tak boleh.” Ivy cuba mengawal suaranya dari pecah. “Kau tahu aku tak boleh.”

Hood hanya diamkan diri, tertulis pada wajahnya yang Hood bersimpati kepada Ivy. “Then, I’ll lead you back where you lost it.”

“Apa yang aku maksudkan—hey, Tunggu!” Ivy terus mengejar Hood bila perempuan itu bergerak masuk di antara section buku. “Bagi balik rantai aku.” Sahutnya dan berdengus mendengar Hood tertawa kecil.

Aku tiada masa untuk ni! Desis hatinya, dia nak keterangan dari perempuan itu. Seperti siapa dia sebenarnya? Macam mana dia tahu? Dia pernah jumpa Louis? Apa yang dia tahu tentang Louis? Ada orang lain tahu tentang mereka berdua selain Hood?

Langkah Ivy terhenti bila hood tidak lagi melarikan diri, berdiri sedepah jauh dari Ivy. Hood memberikan senyuman manisnya kepada Ivy membuat ahli sihir jahat ini tak sedap hati. Apatah lagi bila Hood beri signal tentang rantainya.

Mata Ivy terbeliak bulat melihat Hood tiba-tiba sahaja melontar rantainya ke laluan section buku di sebelahnya sambil berkata ‘Oops, terlepas.’

Hood!” Marah Ivy dan pergi ke tepi Hood untuk ke laluan section yang Hood lontarkan rantainya. Semasa dia di laluan tersebut, langkah Ivy terhenti kerana ada satu figura di laluan tersebut, memungut rantai Ivy dari tepi kakinya.

“I lead you to your Louis, you lost him completely but atleast you have half of what you have lost.” Bisik Hood di telinga Ivy seperti hembusan angin lembut mengusik hati Ivy.

Nafas Ivy tersekat di kerongkongnya mendengar ayat Hood dan kaku melihat lelaki dihadapannya sedang memerhatikan rantai Ivy sebelum mendongak melihat Ivy.

Pada saat itu, Dunia umpama berhenti untuk seketika bila Sepasang mata Almerald bertemu dengan sepasang mata Sapphire.

Ivy….

Putera George…

~To be continued~


(A/N: benarkan angah Berhuhuhuhu sebentar kat sini… siapa dapat teka Putera George ialah Louis angkat tangan!!! Hahaha, tunggu sambungan kat Chapter seterusnya!!)

*Sad Song- We the kings

Comments

  1. oh nooooooo adakah....adakahhh...adakah george tu louis...huhuhu xmaoooo....hikhik bole gitu...kalo george tu louis nape dia xkenal ivy dri awal ..huhuhuhuhuh nak lagi nak lahi....to much questions ni angah......aaaaaaa

    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  2. Huhuhuhuhu...semuanya akan terjawab pada chapter seterusnya!!! Kita tunggu dan baca apa akan jadi pada Ivy dan Putera George ^_~

    ReplyDelete
  3. Angahhhhhh! Sambungannya please...

    ReplyDelete
  4. Angah on the way karang Chapter seterusnya... I have a mild headache sebab semalam tak tido... hahahah Anyhow, sabar eh Fizryn! Angah sendiri tak sabar nak post ni!!

    ReplyDelete
  5. Angah. Cita ni panjang lagi eh?? Huhu. X sabaq nak tau ending. X boleh fokus benda lain. Haha. Best. Muahaha. -epi-

    ReplyDelete
  6. Hai Epi!! Uuuuu new comment-er! Me likey-likey <3 <3 <3 hahahaha, angah jangka lebih 20 chapter... maybe more Hehehehehe Oh don't worry, angah tak boleh fokus benda lain selain novel ni!! Angah sendiri tak tahu macam mana ending citer ni sebenarnya! so mari kita surprise'kan sesama sendiri bila ending citer ni dah sampai *Cry while laughing*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts