Seventeenth L.O.V.E
My Princess Enchanted
“Jauhkan diri kau dari kuda itu Ivy.” dia
beri amaran.
“Why? Bukannya aktiviti ni kena pilih kuda
untuk belajar menunggang ke? the horse pick me. This horse pick me.” Ivy
menuding kearah kuda hitam di sebelahnya.
“Tapi kuda ni kuda liar!” Marah Louis
membuat Ivy berdengus.
“Would you stop that! Nama dia Knight. Dia
ada nama!” marah Ivy balik membuat Louis naik berang.
“He doesn’t have a name—” Dia dapat pukulan
di bahu oleh Ivy. “Okay! Dia Knight tapi dia tetap liar dan tak boleh masuk
dalam aktiviti ini!”
“Kau siapa memberi arahan kat aku?” Soal
Ivy menuding jari kearah putera Raja itu. “Kau hanya pemantau. Bukan kau ketuai
Program ini, Puteri Julliana yang
membuat keputusan di sini.”
“Aku Putera Raja Camelot dan aku boleh buat
apa yang aku—” Ayat Louis terhenti bila dia lihat mata hijau Ivy bercahaya,
tanda jangan cabar Ivy sekarang ni.
“Julliana!”
“Puteri
Julliana!”
Kedua-dua ‘musuh ketat’ ini menjerit nama
Julliana membuat puteri mangsa ini terkejut.
“Make Decision!” arah mereka berdua dengan
serentak, lagilah buat Julianna pucat, ketakutan.
Dia memandang kearah Shui Ling yang telah
berikan fail dalam tangannya kembali kepada Jullianna dan pandang senarai nama
dalam tangannya itu. Dia dah memangkah nama kuda yang telah di pilih oleh
pelajar lain dan hanya satu sahaja kuda yang tidak terpangkah. Kuda tersebut
ialah kuda pilihan Putera George.
Oh
no… desis hati Julliana. Dia kembali memandang dua musuh ketat itu.
Kedua-dua menggerunkan bagi Julliana, jelingan membunuh Ivy dan renungan maut
Louis.
Dia menarik nafas dalam dan bersuara, memberi
keputuan untuk kebaikan semua orang. “S-saya… saya rasa itu tak salah
menyertakan kuda hitam—I mean, Knight sekali.”
Ini buat Louis menjeling kearah tunangnya,
Julliana terus cuak, mengalihkan pandangannya dari renungan menakutkan itu.
“Tapi masalahnya tiada siapa pernah latih kuda itu. Plus, Ivy tiada pengajar
untuk mengajar dia tunggang kuda tu—”
“Saya wakil diri.” semua pandangan jatuh ke
satu Putera yang mengangkat tangan dengan senyuman menawan. “Saya pernah hadapi
kuda tu sekali, saya tahu gerak geri dia. Lagipun, saya sepatutnya menjaga
kuda-kuda ni je tapi tak salah ada kerja sampingan.”
Ivy menarik sengih. “Putera Edward dah
setuju untuk menjadi pengajar saya, so Knight kuda aku.” Ivy kembali menjeling
kearah Louis. “Any more rejection Your Highness?”
“Kau boleh jinakkan kuda ni tapi partner
kau macam mana? Kuda ni takkan benarkan sesiapa pegang dia langsung. Kecuali
sekarang. Kau.” Suara Louis sangat rendah dan merbahaya, kalau putera raja ini
mempunyai magic seperti ivy, dah tentu atmosfera di sekeliling mereka menjadi
berat dan mencekik mereka semua kerana kekurangan udara.
“Saya boleh guna kuda lagi satu.” Kali ini
Gretel bersuara. Masuk kedalam gelanggang tersebut dan berdiri di sebelah
Ivy—jauh sedikit kerana kuda hitam itu menjeling kearahnya, memberi amaran.
“Kuda yang sepatutnya milik saya dan Ivy masih ada lagi. Saya boleh guna kuda
tu dan pengajar kuda itu juga perlu ada tanggungjawab untuk mengajar sebab ia
peraturan program. So, saya guna kuda kami.”
“Well, it’s settled then!” Edward menepuk
tangan, memecahkan ketegangan suasana di sekeliling mereka dan tampil kedalam
gelanggang. “Cik Gretel bersama kuda yang telah di sediakan, Ivy bersama kuda
hi—I mean Knight dan saya akan menjadi pengajar Ivy. Ada sebarang masalah
Putera George?” Soal Edward dengan senyuman sambil menepuk belakang Louis.
Yes,
masalah besar. Aku tak nak Ivy bersama kuda gila tu, dia akan tercedera sebaik
sahaja dia naik kuda tersebut. Aku tak suka bila sesuatu terjadi dekat dia,
walaupun dia sememangnya suka buat kerja gila. Next, kau nak jadi pengajar Ivy.
Itu buat aku musykil.
Nak je Louis cakap semua tu dekat muka
Edward tapi dia menahannya dengan menggenggam kedua penumbuknya disisi dan
menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin. “Tiada masalah. Pastikan ahli sihir gila
ni tak tercedera dengan tidakannya sendiri.” Katanya dengan senyuman paksa dan
menepuk bahu Edward. “Goodluck Ed.” Louis bergerak pergi dengan perasaan marah
menggeledak di dalam dirinya dan bersiul, memanggil Majestic ke sisinya.
Ivy
juga menahan marah kerana Louis panggil dia ‘ahli sihir gila’ tapi dia lepaskan
Louis dan tersenyum nakal kearah perempuan di sebelahnya. “Thanks Gretel. I owe
you one.” Bisiknya sambil mendepakan tangannya di bawah.
Gretel ‘high-low’ tangan Ivy dan mengenyit
mata. “I love it when you owing me something.”
~sambungan~
“You got to be
kidding me.” Gretel bersuara dengan nada mendatar, melihat pasangan rakyat dan
putera di dalam gelanggang latihan kuda, sedang bermesra-mesraan sesama
sendiri. Bersenda ketawa dengan kesilapan si rakyat memakaikan saddle kepada
kudanya yang liar dan dibantu dengan baik—terlalu baik oleh putera raja.
“Is this some kind of fairy tale all of the
sudden??” Soal Gretel sekali lagi melihat young Villain itu tertawa dan
tersenyum riang tanpa menunjukkan tanda-tanda tidak selesa di bawah matahari
dan penemannya itu. “Dan korang bertiga chill je pasal benda ni?” Dia tunduk
memandang tiga puteri yang menyandar di pagar gelanggang itu dengan senyuman
dreamy tertanpal pada wajah mereka.
“Oh come on Gret.”
Gweneth bersuara mengalihkan kepalanya kepada kawannya yang berada di atas kuda
pilihan Putera George. “Bukannya kau sepatutnya lega ke yang Ivy akhirnya
bekerjasama untuk mengikut peraturan dan berbaik dengan sekurang-kurangnya
seorang kerabat diraja.”
“Dan putera tu pun
nampaknya dah selesa dengan Ivy.” tambah Apple Red pula tanpa alihkan
pandangannya dari pasangan itu. Dia menghembus nafas gembira. “I like this
scenery… it’s like it came out straight from fairy tale book.” Katanya dan
sekali lagi menghembus nafas dreamy bersama dua lagi kawan puterinya.
Gretel hanya buat
muka pelik sambil menjungkit kening melihat mereka bertiga termenung-menungkan
Ivy seperti itu. Kalau Gretel, dia rasa geli geleman, bulu romanya meremang
satu badan melihat Ivy gembira seperti itu. Looks
too innocent, Ivy the Devil takkan buat muka macam tu depan kerabat diraja. She hates Royalties.
“Cik Gretel…”
Gretel memalingkan
kepalanya kearah Putera George yang baru sahaja tiba bersama Majestic dan
berhenti disebelahnya. “Oh Tuanku. Nampaknya gelanggang dah penuh.”
Louis berpaling
kearah gelanggang latihan yang telah dipenuhi dengan beberapa pelajar yang
berlatih dengan kerabat diraja dan matanya jatuh keatas seorang makhluk asing
yang berikan ekspresi wajah yang sangat pelik. “She’s smiling.”
Gretel menjungkit
kening tidak faham dan memandang kearah mana Putera raja Camelot itu pandang. Ivy. “I know.”
“Without a
cringe.”
Gretel menutup
mulutnya cuba tidak ketawa tapi tidak berhasil dan ketawa pecah perut membuat
semua orang disekeliling memandang kearahnya. Gretel mengendahkan pandangan
mereka dan kembali memandang Putera George. “Tuanku perasan juga? Ingatkan
tuanku akan jadi macam dorang tiga ni. Dreamy like Stare.” Gretel tujukan ibu
jarinya kearah tiga puteri di sebelahnya. Langsung tidak memberi sebarang kesan
bila Gretel ketawa berdekah-dekah tadi.
Putera George
tersenyum kecil dan turun dari Majestic, untuk menyandar di pagar tersebut.
“Saya takkan terjebak dengan Ivy the Devil dengan mudah. She may be pretty
but..” dia menggeleng. “That’s not enough.”
Gretel menarik
sengih kearah Putera George sebelum alihkan perhatiannya kepada Ivy dan Putera
Edward semula. “Saya tak pernah lihat Tuanku bencikan seseorang seperti ini
sebelum ni.”
Terukir senyuman
halus di hujung bibir Louis dengan matanya melekat melihat kawan rahsianya itu
berseronok dan disentuh oleh Edward.
“Trust me, this is more than hate I feel right now.” Katanya dengan nada rendah
tapi mengancam.
Sementara itu,
Majestic; kuda Louis yang menahan geram melihat kuda hitam itu sedang menikmati
menyeksa kuda putih itu dengan perasaan cemburu. Knight sengaja meronta bila
Ivy ingin letakkan saddle di atasnya supaya Putera Edward menolongnya dan juga
saja buat Ivy jatuh supaya dia ditangkap oleh pengajarnya. Ini kerana dia nak kenakan
kuda putih itu, menunjuk kepadanya yang Ivy tetap akan sayangkan Knight, bela
Knight dan manjakan kuda hitam itu walaupun sebanyak mana Knight melawan.
Majestic
menghembus nafas dari hidungnya dan meringkik kecil. Dia merenung tajam kearah
kuda hitam yang—kalau boleh tersenyum sinis kearahnya. Oh that peasent horse memang cari nahas dengan Majestic.
“That’s it… nice
and slow…” Edward menelan air liur kelat dengan dahi yang berpeluh melihat
perempuan di atas kuda hitam yang liar itu dan sedang mengelilinginya secara
perlahan. Tangannya di depakan kearahnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Ivy memegang erat
tali kuda Knight dengan senyuman lega. “Aku rasa aku dah boleh buat… good job
boy.” Katanya membuat Knight meringkik kecil. “Yeah, aku tahu kau boleh buat.
Just a little practice that’s all. Kan Edward? Tak perlu nak risau lagi.”
“Even so, dia
masih tiada pengalaman dalam hal ni dan hampir cederakan kamu. Twice.” Jawab Edward dan buat posisi
bersedia untuk menangkap Ivy bila Knight melompat dua kaki naik sambil
meringkik.
“Woaa Boy!!” Ivy berpaut
pada tali Knight, bertahan dari jatuh lagi. “It’s okay Knight… Ini first time
kau ada orang nak tunggang kau. Dah tentu kau tak selesa nak pakai Saddle dan
berjalan dengan aku diatas kau. No worries, you will do good.” Bisiknya
mengusap leher kuda itu dengan lembut. Memanjakan kuda tersebut. “I believe in
you.”
“Tak sangka kau
boleh jinakkan kuda ni—I mean, Knight.” Edward segera menukar ayatnya bila kuda
dan Ivy menjeling kearahnya. “Sepanjang Knight berada di padang ni, dia tak
pernah benarkan sesiapa pegang dia langsung. Termasuk orang yang selamatkan dia
dari mati.”
Ivy menarik
sengih. “Aku rasa itu sebab Knight tak tahan berdepan dengan Putera Bratsy tu.
Dia terlalu spoiled dan perfectionist.” kutuknya membuat Knight meringkik kuat
seperti dia sedang ketawa. “I know right boy?” dia menepuk badan Knight dan
menjeling kearah satu arah dengan senyuman sinis.
Louis berdecis,
perasan pandangan sinis yang dilontarkan dari ahli sihir muda itu. Dia sengaja…. Louis tahu perempuan tu saja
buat dia marah.
Putera Raja
Camelot ini menggenggam erat pagar gelanggang itu, menahan rasa marahnya yang
menggelegak didalam hati. Menahan dirinya dari bertindak meluluh; dari melompat
masuk kedalam gelanggang itu dan tari Ivy jauh-jauh dari Edward dan kuda hitam
itu.
Perempuan tu sememangnya nak balas dendam
sebab kejadian tadi pagi ke??
God
dammit Ivy….
Gretel yang asyik
ulang-alik perhatikan Ivy dan Putera George dengan kening terjungkit tinggi
hairan. Dia menemui beberapa aspek penting tentang dua musuh ini. pertama;
Putera George kelihatan sangat menakutkan sekarang ni, sepertinya dia akan
berubah menjadi raksasa dan bunuh sesiapa sahaja dia nak. Kedua; pandangan
sejenak Ivy kearah Putera George. Dia
tahu pandangan tersebut adalah tulen. Pandangan mencabar kesabaran Putera
George. Ketiga; Putera George ingin berubah menjadi raksasa kerana Ivy
target utama untuk dia ingin bunuh.
Ivy saja nak buat
Putera George tambah bencikan dia ke? desis hati Gretel, entah kenapa dia pula
yang sakit hati. Dalam mana-mana kerabat diraja di dalam Enchanted itu, kenapa
Putera yang berpengaruh besar dia jadikan target? Dia suka je buat masalah dan
buat dirinya dalam bahaya. Ivy tak tahu ke kalau dia mencabar limit Putera
George, dia akan kena buang dengan serta-merta? Dia memang nak kena buang ke???
Ini tak boleh jadi
ni… mereka berdua tak boleh bermusuhan… Misi
Gretel akan gagal nanti! Nak taknak mereka berdua kena berbaik, terpaksa
berbaik untuk keselamatan mereka berdua juga.
“Woaa There Knight!!!”
Lamunan Gretel
terganggu bila dia dengar jeritan Ivy dan kudanya meringkik dengan kuat membuat
berpaling semula kearah ahli sihir muda itu. Matanya terbeliak bulat. “Ivy!!”
Nyawa Ivy sekarang
berpaut pada tali kuda Knight kerana kuda tersebut tiba-tiba meroyan,
mengangkat dirinya dengan liar dan menggoncangkan Ivy turun dari badannya.
“Knight, calm
down!” Edward berada di hadapan kuda hitam itu, cuba menenangkan dia tapi kuda
itu tidak ingin putera tersebut mendekatinya langsung, ini buat dia meronta
dengan lebih kuat.
“Knight kenapa
ni—Ahh!” tangan ahli sihir muda itu terlepaskan tali Knight membuat dia hilang
keseimbangan di atas kuda tersebut dan jatuh. Dia segera memejam matanya
menunggu impak yang kuat pada badannya tapi… impak tersebut tidak sesakit mana
yang dia bayangkan kerana sepasang tangan menyambutnya dari jatuh keatas tanah.
“Are you okay?”
Ivy mendongak melihat wajah Putera Edward dan mengangguk lega.
Okay
that’s it. Kesabarannya dah hilang. seperti
ada tali halimunan telah putus membuat dia melompat masuk dan berlari kearah
mereka berdua
“Majestic!!”
Ivy dan Edward
berpaling melihat kuda putih itu berlari kearah mereka, kelihatan marah dan
ingin merempuh Knight.
“Wait-wait
Majestic!” Ivy segera bangun dan berdiri di antara Knight dan Majestic,
mengetahui kuda putih itu ingin belasah kudanya.
“Majestic!” Louis pula melompat masuk
kedalam gelanggang, berlari kearah mereka sebaik sahaja kuda itu bertindak.
Yang buat Louis tambah cuak ialah Ivy berlari ke tengah-tengah dua kuda
tersebut. Dia berlari sepantas mungkin untuk menangkap tali kuda Majestic untuk
menarik dirinya naik keatas kuda itu dan menghentikan Majestic secepat yang
mungkin sebelum dia merempuh Ivy.
Ivy yang memeluk
Knight dengan erat, melindungi kuda tersebut dengan mata terpejam erat
mendengar Majestic meringkik kuat dan derapan kaki kuda terhenti dekat
dibelakangnya. Dia berputar kebelakang dan Majestic berada hanya beberapa inchi
jauh dari wajahnya.
Kuda putih itu
termengah-mengah dengan wajah berang merenung kearah kawan lamanya itu sebelum
menjeling kearah knight yang—kalau boleh tersenyum nakal kearah Majestic.
Senyuman tanda kemenangan.
“Majestic—Apa kau
tengah buat ni??” Marah Ivy sambil menghentak kaki. “Kenapa dengan kau ni? Kau
nak cederakan kami ke??”
“Hey! Hey!” Putera
George turun dari kudanya dan menuding jari kearah Ivy. “Dia cuba lindungi kau!
That horse obviously trying to injured you!”
“That horse ada nama dan nama dia adalah
Knight! Dan dia tak cuba cederakan aku. Majestic is!” tengking Ivy balik sambil
menuding jari kearah Majestic.
Kuda putih itu
macam tak percaya dengar apa yang Ivy katakan. Kalau Majestic boleh membela
dirinya dia tentu akan kata; ‘Dia saja
jatuhkan kau!! Dia segaja menguji kami!’. Tapi malangnya dia hanya kuda dan
tiada manusia faham bahasa kuda.
“For a ‘great
prince’ like you, kau tak boleh langsung kawal kuda kau! Nak lindungi aku konon
huh!” Ivy tertawa sarkastik. “I have Putera Edward as my instructure dah cukup.
Jangan nak jadi heroic sangat lah!”
“Don’t point that
finger on me, Ivy!” Tengkingnya balik
membuat darah Ivy naik.
“I point my finger
to anyone. I. Like.” Dia menolak bahu Louis menggunakan jari telunjunya dengan
setiap patah perkataan.
“IVY!” Mulut Ivy tertutup rapat dan
menarik balik jarinya bila Louis bersuara dengan nada mengancam. Renungannya
juga tak calang-calang menakutkan.
“Err—guys, saya tak rasa menengking antara
satu sama lain akan membantu—”
“Shut
up!!”
“Silence!”
Jerit mereka
berdua serentak sebelum kembali berperang lidah. Edward yang menjadi orang
tengah hanya boleh bertahan dari pitam sahaja kerana melihat muka Putera Edward
yang menggerunkan dan letupan api kemarahan Ivy, juga matanya yang menyalah.
Gabungan kemarahan yang dasyat antara mereka berdua seperti mimpi ngeri
terteruk Edward pernah lihat dalam hidupnya.
Sumpah Edward
menipu kalau dia kata dia tak mengigil melihat mereka meletup serentak sebentar
tadi.
Tapi dia kena
hentikan mereka juga kalau tak padah jadinya nanti. Oh God help me break this two…. Desis hatinya meminta pertolongan ke langit biru.
“Dear Royalties!!
Kita akan adahkan urgent meeting dalam masa lima minit! Please datang ke Dewan
makan sekarang!”
Thank God!! Edward lega habis bila dia
dengar Puteri Shui Ling bersuara dari luar gelanggang kuda, mengumumkan berita
kepada semua kerabat diraja.
“Baiklah!!” sahut
Edward sekuat yang mungkin dan berpaling kearah dua musuh ketat ini. “Dah-dah
Tuanku, Kita kena pergi.” Edward menepuk bahu Louis, menarik perhatiannya
dahulu. Takut putera raja ini tidak mendengarnya langsung.
“Coming.” Louis
berdesir sambil mengetap gigi. Renungannya tidak lepas dari wajah Ivy.
Edward hanya
mengeluh dan menarik tali kudanya dan tali kuda Majestic. “Jom Tuanku.”
Sahutnya memandang Putera itu untuk seketika sebelum bergerak pergi.
Louis akhirnya
berjalan bila Edward telah bergerak pergi. Dia sempat berikan renungan terakhir
pada Ivy.
Ivy pula menelan
air liur kelat. Tak pernah-pernah dia rasa takut mendengar Louis menengkingnya
seperti itu.
Bila melihat Louis
berjalan pergi, dia berputar untuk menyentuh Knight tapi tangannya ditangkap dan
memutarnya dengan kasar.
Sekali lagi mata
Almerald yang cuak bertemu dengan sepasang mata sapphire yang membara.
Louis memegang
erat kedua lengan Ivy. “Jangan menguji kesabaranku, Ivy… I hate what’s mine being touch by others.” Bisiknya dengan nada tersangat
merbahaya sebelum dia melepaskan Ivy dengan kasar dan bergerak pergi.
Meninggalkan ahli sihir muda itu dalam keadaan ketakutan.
Ivy memegang
lengannya yang sakit, mungkin akan meninggalkan kesan dan hanya perhatikan
belakang Louis dengan senyap. tidak dapat nak kata apa-apa.
His eyes looks really terrifying…
Ivy merasakan
Knight mengusap wajahnya di pipi Ivy dengan lembut dan menyentuh muka knight
tanpa alihkan pandangannya dari belakang Louis.
“I’m okay boy.”
Bisiknya membuat Knight meringkik perlahan, tidak percaya. “Jangan risau. We
push him too hard. Siapa sangka dia boleh jadi possessive bila dia cemburu.”
Ivy mengigit bawah bibirnya menahan diri dari mengukirkan sebuah senyuman
gembira tapi pada masa yang sama dia juga rasa takut dengan bahagian Louis yang
ini pula.
Dia berpaling
memandang Knight dan rehatkan dahinya pada bahagian atas hidung Knight. Dahi
Ivy kembali berkerut dan mengeluh. “Noted; never make him jealous again. It’s
terrifying but still handsome.” Komennya membuat Knight membelakangkan dirinya
dan menggeleng. “What? I can’t help it. He look dashingly handsome.” Bisiknya sambil tersengih-sengih macam
kerang busuk.
“Ivy!” Dia
memandang Gretel dan yang lain berlari anak kearahnya dengan riak wajah risau.
“Babe! Kau okay
ke?” Soal Gweneth sebaik sahaja mereka tiba di depan Ivy.
“Yeah… yeah… aku
okay.” jawab Ivy dengan senyuman kecil. Jangan
nak tunjuk muka gambira sangat Ivy, kang kantoi nanti.
“Kau dah gila
ke??” Hanna memukul bahu Ivy membuat perempuan itu jerit. ‘ouch!’. “You can’t
do that to him!”
“Hey, dia yang
mula dulu.” Ini buat Ivy tak suka, pasti mereka akan bela Louis dari dia. of
course sebab Putera George te supreme prince dan mereka semua terlalu baik
untuk menghormati putera itu.
“Even so, do you
have a death wish?? Kau nak kena buang dari Academy ke? sebab itu caranya untuk
kena buang.” Kata Gretel pula dan pukul bahu Ivy yang sebelah lagi membuat ahli
sihir itu memeluk tubuh dan kata ‘ow!
Stop that’. “Kau tak boleh jadikan dia musuh kau!”
“That’s right.
Kita di sini untuk Good Deed, saling bermaafan. Bukan tambahkan rasa dendam kat
kerabat diraja lagi Ivy!” marah Apple Red pula dengan suaranya yang sememangnya
lembut dan sopan santun.
“I am doing good
deed.” Balas Ivy sambil mencebik. “dengan Edward. Prince bratsy tu yang mula
dulu! Aku taknak mengalah dengan putera sombong macam dia tu. it hurts my
pride.”
Empat kawannya ini
mengeluh dan menepuk dahi, fed up dengan kawannya seorang ni. Pride?? Maruah kau lebih penting dari Good
Deed kau ke???
Ini tak boleh jadi
ni… mereka kena cari cara untuk selamatkan kepala Ivy dari kena gantung oleh
Orang Enchanted kerana buat hal dengan Putera Raja Enchanted.
But how???
.
.
Keesokan
harinya…..
Tiga puteri sedang
merehatkan diri di bawah pokok rendang sambil menikmati pemandangan ladang kuda
yang sangat menakjubkan pada pagi hari itu. Mereka tidak menjangka, program
mereka akan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah langsung (kecuali sketsa
semalam tentang pergaduhan itu). Terutamanya dari seorang wanita yang mereka
takuti. Ivy the Devil. (Setelah pergaduhan tersebut, tiada lagi masalah dari
dia!)
Sekarang tiga
Freshmen puteri ini memerhatikan dua insan lelaki dan perempuan sedang
menunggang kuda masing-masing merentasi padang rumput yang hijau itu. Ketawa
dengan pasangan sendiri, dengan angin menjadi kawan mereka, membelai rambut
mereka dengan begitu indah seperti ia menari dalam keriangan seperti mana
penunggang kuda itu. Senyuman lebar tertampal pada wajah masing-masing
menunjukkan betapa gembiranya mereka tanpa menghiraukan dunia sekeliling
mereka.
“Sekilas pandang,
aku akan fikir Ivy tu seorang puteri.” Gweneth akhirnya bersuara dengan suara
mendatar, sepertinya terpukau dengan pemandangan indah yang dia tengok
sekarang. Seperti ia keluar dari sebuah mimpi indah.
“kaaan…?.” Apple
Red, rehatkan tangannya di kepala kudanya sebagai tongkat pada dagunya. “Isn’t
she beautiful….”
“Dan dia sepadan
dengan Putera Edward!” sahut Hanna teruja. “I’m shipping them! Ship Edvy all
the way!”
“Ed-what?”
Mereka bertiga
berpaling kebelakang, melihat Gretel datang bersama kudanya dengan senyuman.
“Kenapa korang tak mengajar sekarang ni? Dan kenapa korang tenung minah tu
berlatih hah?” senyuman Gretel hilang bila dia lihat Ivy dengan Edward di
padang tersebut, tersenyum dan ketawa. “Oh wow…”
“I know right!”
sahut Hanna, menahan diri dari menjerit. “Siapa sangka mereka pasangan yang
sepadan.”
“Sepadan? Hah!”
Gretel ketawa mengutuk membuat tiga puteri itu memandangnya dengan hairan. “Aku
wow kan Ivy boleh jinakkan kuda liar tu. korang sendiri tahu betapa gilanya
kuda tu dan sekarang Ivy buat macam kuda tu dah di latih dari kecil lagi. Tapi
aku tak terkejut sangat sebab tuan dengan kuda sama je.”
“How so?” Soal
Gweneth menjungkit kening.
“Dua-dua gila.”
Jawab Apple Red membuat mereka berempat tertawa.
Tawa mereka
terhenti bila Putera Raja Camelot datang bersama kudanya majestic, mendekati
mereka dan keempat-empat wanita ini tunduk hormat kepada Putera tersebut. “Good
Morning your majesty.” Sahut mereka serentak.
Louis mengangguk
dengan senyuman. “Selamat pagi semua. Kamu berempat nampak ceria pagi ni? Ada
apa-apa yang mengujakan berlaku ke di ladang kuda pada pagi ni?” Soalnya penuh
dengan pertuturan dan senyuman menawan tertampal pada wajahnya.
“Oh nothing happen
tuanku, kami hanya memuja keceriaan kawan kami.” Sahut Apple Red dengan
senyuman manis, bercakap dengan lemah lembut. “Bukan selalu melihat Ivy gembira
seperti sekarang.” Dia berpaling kearah rakan mereka yang sedang berlatih
bersama Putera Edward.
Hanna mengangguk.
“They look good together aren’t they Your highness? Kami baru je nak ship
mereka sebagai Edvy.”
“Hey, korang tak
bagitau aku maksud ‘Edvy’ tu lagi.” Gretel bercekak pinggang dengan senyuman.
Gweneth tertawa
kecil. “Edvy tu gabungan Edward dan Ivy. Edvy. Biasalah, siapa tak kena Hanna dengan
perangai hyper excitednya.”
Mereka berempat
kembali memandang Putera Raja Camelot itu dan senyuman mereka terus hilang.
Wajah putera George terlalu tegang memerhatikan Edward dan Ivy sedang berlatih
menunggang kuda. Itu tak kelihatan
seperti mereka berlatih bagi Louis.
“Hmm.” Louis
membalas. “Dia Berjaya menjinakkan kuda tu.” katanya dengan suara mendatar,
tidak menunjukkan sebarang perasaan langsung.
Empat sekawan ini
saling berpandangan, mereka lupa yang hubungan antara Ivy dan Putera George
bertambah teruk semenjak semalam. Kadang-kadang mereka tidak faham hubungan
antara Putera raja itu dengan kawan mereka sebenarnya. apa yang mereka bencikan
sangat dengan sesama sendiri? Mereka sentiasa tertanya macam mana mereka boleh
jadi musuh tapi tiada siapa yang berani menyoal. Kedua-dua musuh ini sangat
menakutkan. Walaupun Ivy tu kawan mereka.
“Putera George!”
Mereka berlima
berpaling kearah Putera Edward yang menunggang kudanya kearah mereka bersama
Ivy mengekori dari belakang.
“Good Morning Your
Highness!” sahut Putera Edward dengan senyuman ceria. Sedikit hilang nafas dari
latihan paginya dengan Ivy. “Tuanku akan mulakan latihan bersama Cik Gretel
ke?”
Putera George
mengangguk dengan senyumannya. “Kami akan mulakannya sebentar lagi selepas—”
“Well… well… look
who we have here.” Ivy menyampuk dengan senyuman nakal di atas kuda barunya,
Knight. “The Royal Highness Bratsy.”
Louis tidak
memberikan sebarang ekspresi wajah langsung. “Kamu agak jauh dari kami semua.
Afraid?”
Ivy kerutkan
hidung, tahu sangat Louis masih marah tapi tetap tersenyum. “Knight masih cuba
menyesuaikan diri dengan orang sekelilingnya. Kan knight?” Ivy menepuk leher
kuda itu dengan lembut membuat ia mengangguk sambil meringkik. “Well, dia jenis
denial sikit. Takkan mengaku kelemahan—Woah!” Knight tiba-tiba berdiri dua
kaki, memberi amaran kepada penunggangnya untuk tutup mulut dan ini buat Ivy
tertawa. “Okay! okay, sorry.” Katanya sambil mengusap leher kuda itu.
“Mereka berdua
selalu begaduh macam ni.” Komen Edward juga tertawa melihat telatah mereka.
“Tapi surprisingly mereka boleh jadi kawan.”
“Knight
mengingatkan aku dengan seseorang.” Ivy bersuara dan menjeling kearah Gretel.
“Cuma dia lebih senyap dan dengar cakap dari seseorang tu.”
Mata Gretel
membesar melihat ayat Ivy menujukan pada dirinya. “Oh you sly—”
“Anyways….” Ivy
segera bersuara dengan senyuman manis memandang kearah Edward—mengendahkan
kewujudan Louis di sebelah Prince Charming itu. “Lets continue our lesson.
Knight tak sabar nak test power sekarang ni. Dia bersemangat dari tadi pagi—”
“Eherm-eherm.”
Ayat Ivy terhenti
mendengar sekumpulan wanita berdehem dan renungan tajam kearahnya membuat bulu
roma Ivy remang satu badan. Dia memutar kepalanya melihat empat wanita yang
merupakan kawannya dan menelan air liur kelat.
“W—what?” soalnya
buat muka innocent.
Gretel mengecilkan
mata kearah Ivy, memberi amaran kepada ahli sihir muda itu untuk tidak buat hal
sebelum kembali memandang pengajarnya dengan senyuman manis. “Tuanku, Saya dan
Ivy terfikir kalau-kalau kami boleh menunggang bersama sepanjang hari ni?”
“Saya tak rasa
kamu dibenarkan menunggang tanpa pantauan pengajar Cik Gretel.” Edward bersuara
dengan senyuman. “lagipun, Putera George mempunyai jadual yang sibuk dan saya
tak rasa dia ada masa untuk menemani kamu—”
“Betul!” Ivy
menjawab cepat mengangguk laju seperti nyawanya berada di hujung tanduk
sekarang ni. “I mean—” Ivy tertawa janggal cuba cover balik jawapan cemasnya.
“Putera George takkan buang masa dia dengan saya.”
Edward juga
mengangguk setuju. “Betul kata Ivy, saya sendiri takkan bahayakan nyawa Tuanku
bersama dengan Ivy sepanjang hari—No offence Ai.”
“Non taken.” jawab
Ivy, lega Edward juga tak setuju Louis bersama dengan Ivy.
Gretel pula lain
cerita. Dia menyumpah serana Putera Edward sekarang ni. DIa perasan macam mana
Putera Charming ni pandang ivy, dia tahu apa yang Putera ni sedang fikirkan. Dia
taknak kongsi IVY!! Dia nak luangkan masa dengan Ivy sepanjang hari ni!
Apa? Dia tu suka Ivy ke??
Gretel menarik
nafas tajam, horror. Putera George ada
perasaan kat Ivy. Oh no….. Ini
boleh menghalang rancangan mereka untuk biarkan ahli sihir gila ni bersendirian
dengan Putera Raja Camelot!!
“Tapi Putera Edward….” Gretel menahan rasa meluatnya
kearah Putera di sebelah Ivy itu. “Bila lagi saya dan Ivy nak tunggang bersama?
Bukan selalu kita akan ke ladang kuda seperti ini—”
“Saya setuju.”
Louis bersuara membuat mereka semua memandang kearah Putera Raja yang memberi
wajah yang tak dapat di baca. Putera ini mengangguk sekali. “Saya faham maksud
kamu Cik Gretel dan saya tak kisah jika saya temankan kamu meluangkan masa
menunggang bersama-sama. Saya pun tak selalu menunggang kuda di ladang ni.
Apakata kita nikmatinya sebaik yang mungkin?”
Ini buat Gretel
dan rakan-rakannya yang lain tersenyum lebar. “Thank you Your Highness!” sahut
mereka kecuali Ivy dan Edward.
“This is perfect!”
Hanna mengangguk dengan senyuman riangnya. “Semalam Ivy dan Gretel dah rancang terokai
hutan ladang kuda ni. Dengan adanya Putera George, tentu Korang takkan sesat
punya!”
“Siapa lagi yang
kenal hutan dalam ladang ni kalau bukan Tuanku sendiri.” Apple Red juga
menambah hasutannya kearah Putera George dengna muka Innocent. “Ivy is very
fond of green forest.”
Louis menjungkit
kening dengan senyuman seribu makna dan menjeling kearah Ivy yang merah. “Is
that so?”
“Well, korang semua
patut pergi sekarang, time-time macam ni cahaya di dalam hutan ladang sangat
cantik.” Gweneth cuba menyembunyikan senyuman nakalnya. “Jom korang, kita ada
pelajar nak ajar menunggang.”
Dengan itu tiga
puteri ini membawa kuda mereka sekali, beredar dari mereka berempat dan setelah
jauh dari pandangan mereka, mereka bertiga berhigh Five dan tertawa besar.
“Oh goodness me,
Aku sanggup buat apa saja untuk tengok muka annoyed Ivy.” sahut Gweneth sambil
ketawa terbahak-bahak, memeluk perutnya dengan erat.
Apple Red yang
tertawa tutup mulut, mengangguk. “Berharap je Ivy tak bunuh Putera George dan
yang lain dalam hutan tu.”
“She’ll never do
that.” Hanna mengipas-ngipas tangannya sambil menggeleng. “Dia takkan buat
apa-apa di depan Gretel because she’s already wrap up in Gretel’s little
finger.”
Sementara itu di
dalam hutan Ladang, kembali kepada empat penunggang kuda ini; dua pelatih dan
dua pelajar dalam situasi yang agak janggal dan juga pada masa yang sama
atmosfera di sekeliling mereka sangat tegang. Terutamanya di bahagian depan
penunggang kuda. Sepertinya kedua-dua penunggang itu menahan diri sendiri dari
membaham penunggang kuda di sebelah mereka.
Gretel mengeluh
nafas panjang. fed up dengan perangai Ivy yang kepala batu ini.
Semalam setelah sketsa
pertengkaran mereka dan latihan pada hari itu telah selesai. Apple Red, Hanna
dan Gweneth telah berkumpul di dewan makan, tiga puteri ini skip kerja mereka
hanya untuk berjumpa dengan Gretel dan Ivy, merancang langkah seterusnya untuk
Ivy buat Kebaikan di Ladang kuda itu. Mereka hanya ada dua hari di Ladang kuda
tersebut dan mustahil untuk Ivy bermaafan dengan semua putera-puteri dalam masa
yang sangat singkat. Apatah lagi dengan aksi mengejutkan yang Ivy dan Putera
George. Putera-puteri Enchanted takkan nak dekat dengan Ivy lagi.
Ini menyusahkan
lagi misi Ivy untuk buat kebaikan.
Jadi, mereka
target Putera atau Puteri yang Ivy paling benci. Dan Nama Putera George keluar dari mulut Gretel. Ye lah,
memandangkan hubungan mereka dah di hujung tanduk dan juga Putera Raja itu
menjadi pelatih Gretel, ini menyenangkan mereka untuk buat Ivy dan Putera itu
berbaik.
Dah tentu Ivy
membantahnya tapi di sebabkan Ivy berhutang dengan Gretel tentang kuda hitam
itu, nak-tak-nak Ivy kena juga berbaik dengan Putera Raja Camelot itu.
Sebab tu mereka
dalam situasi sekarang. Ivy dan Putera George jalan bersama-sama di hadapan
manakala Gretel dan Putera Edward berada di belakang.
Masalah yang tidak di jangka muncul pula!
Gretel menjeling
kearah Putera Charming di sebelahnya dan ketahui yang Putera ini asyik
perhatian belakang Ivy. Damn that witch…
sejak bila dia goda Putera Edward pulak?? Dia ada je cari cara nak rosakkan
plan kitorang…
Nak taknak Gretel
kena buat emergency plan untuk bawa putera Edward jauh dari dua musuh ketat ni.
“Putera Edward...”
Gretel berbisik cuba mengambil perhatian Putera di sebelahnya tapi bukan di
hadapannya. “Tuanku tahu hubungan antara Ivy dan Putera George kan?”
Edward berpaling
memandang Gretel dan mengangguk. “Ya. dan kamu dah tentu tahu sebab kamu dan
Ivy kawan rapat tapi kenapa kamu nak menunggang kuda bersama-sama? Ini boleh
menyebabkan dua musuh ketat ni bergaduh. It’s dangerous.”
Oh… peka jugak Putera ni. Desis hati
Gretel dengan senyuman seribu makna. “Sebab saya rancang menunggang bersama ini
untuk buat mereka berdua berbaik semula.” Jawabnya membuat Edward terkejut.
“Saya tahu ia kedengaran mustahil but believe me, Ivy akan buat bila dia
terpaksa.” Gretel perlahankan kudanya secara senyap tanpa Edward perasan.
Edward juga
perlahankan kudanya, supaya berjalan seiringan dengan Gretel. “Terpaksa?”
Edward menjungkit kening. “Terpaksa apa? Bunuh Putera George?”
“Tak!” sahutnya
tidak tinggi dari nada bisikan, dia sempat pandang Putera George kalau-kalau
dia pandang belakang. “Tuanku saya nak tahu tuanku tidak ingin mereka
menunggang bersama kerana Tuanku takut Ivy akan cederakan Putera George atau
Tuanku cemburu, taknak orang lain meluangkan masa dengan Ivy.”
Muka Edward terus
naik merah. “Of course Risaukan Putera George!” marahnya dengan nada berbisik.
“T-Tapi…. Urrgh, perempuan macam Ivy senang menggoda lelaki. Macam mana kalau
cara mereka ‘berbaik’ kearah yang lain. Kearah yang lebih intimate?—kenapa kamu
pandang saya macam tu?”
Gretel yang asyik
mendengar penjelasan Edward, tersenyum nakal mendapat tahu sesuatu yang
tersirat dalam penerangan tersebut. “Saya dah agak dah Tuanku tergoda dengan
Ivy. Haiiih, saya sendiri takut itu akan terjadi juga.”
“Jadi kenapa kamu
tetap teruskan rancangan ni? It’s risky. Plus, kamu tak fikir ke Ivy
sememangnya benci Putera George dan kalau dah terpaksa macam ni dia akan buat
Putera George tunduk kat dia kalau hubungan mereka kearah intimate.”
“I know.” Jawab
Gretel slamber. “Dia Evil dan akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia
nak—”
“Tapi kamu tetap
buat benda ni—”
“Tapi dia
mempunyai fikiran. Dia lebih pentingkan magicnya dari Putera George tunduk kat
dia. She’s a menace, a very dangerous one but not Pandora. Dia tak perlukan
lelaki untuk buat orang tunduk dia. She uses her magic to do so.” Jawab Gretel
dengan yakin. “Jangan risau tuanku. Semuanya mengikut plan kami.”
“kami?” Soal
Edward kening terjungkit lebih tinggi dari sebelumnya. “Kamu nak kata puteri
tiga tu merancangnya juga—okay apa rancangan korang sebenarnya ni?”
Gretel menarik
sengih. “Tiga puteri tu hanya menolong, mereka tak bersalah Tuanku. Ini juga
salah satu rancangan untuk tukar Ivy jadi baik sepenuhnya. Yelah, dia kan dah
jadi Penduduk Enchanted sekarang. Only a few more steps before she becoming
Good.”
Edward masih tidak
faham apa yang Gretel maksudkan. “Kamu nak kata kamu ada rancangan lain selain
rancangan kamu dengan Tiga Puteri tu?” Gretel mengangguk. “Untuk apa semua ni.”
“That’s a secret
Tuanku.” Jawabnya membuat Endward mengecilkan matanya. “Tuanku, listen to me,saya tahu betapa pentingkan
Putera George kepada Tuanku. Kamu berdua membesar bersama-sama dan harungi
banyak benda bersama, Putera George penting dalam Tanah Enchanted ni dan Tuanku
nak lindungi Putera George tapi… think, kalau Ivy dan Putera George berbaik,
Ivy mungkin boleh lindungi Putera George dari musuh-musuhnya.”
Mata Edward
terbeliak. “macam mana—” Dia sempat memandang kearah dua musuh yang agak jauh
dari mereka dan kembali memandang Gretel yang tersenyum nakal. “Macam mana kamu
tahu Putera George dalam bahaya?”
“Tuanku, saya
minta maaf kalau saya cakap sesuatu yang salah tapi saya bukan macam orang
Enchanted yang lain. Mereka pure dari orang Vicious tapi tidak saya. saya
sendiri ada sejarah gelap dan saya tahu ni dari seorang kawan.”
“What friends? Kamu
boleh percayakan ke kawan kamu tu?” Soal Edward dengan suara serious tanda dia
fikir Gretel ini seseorang yang mencurigakan.
“Tuanku kenal
Guidance Enchanted kan?” Soal Gretel tak gentar dengan nada Edward. “Dia jumpa
saya untuk bantu Ivy.”
“Guidance—kau
maksudkan hantu gila tu?” soal Edward dan menggeleng. “Itu mitos. Mustahil.”
“Pengetua Merlin
percayakan kewujudannya.—Oh kita dah off topic, apapun ini untuk kebaikan
mereka berdua juga. Ivy menjadi baik sepenuhnya dan Putera George akan selamat
di dalam tangan Ivy.”
“Kenapa kamu
percayakan sangat ahli sihir tu? dia bekas orang vicious.” Edward kecilkan
matanya kearah Gretel. “Is it worth believing her?”
“Saya percayakan
dia dengan nyawa saya sendiri. Kalau tuanku susah nak percayakan Ivy,
percayakan saya.” katanya dengan yakin.
Edward diam
seketika dan kembali memandang dua musuh ketat itu di hadapan tapi mereka sudah
tiada dalam pandangannya. “Kita dah kehilangan mereka—”
“Trust me Tuanku.”
Edward kembali
pandang Gretel dan melihat kedua anak mata Gretel yang menunjukkan kepercayaan
yang tiada keraguan pada ahli sihir muda itu. Gretel seorang yang tidak mudah
percayakan orang dan melihat perempuan ini mempercayakan seseorang Villain
adalah sesuatu yang agak mengejutkan. Bermaksud young villain itu boleh di
percayai.
Edward menenangkan
genggamannya pada tali kuda itu dan mengangguk. “Tapi kamu kena beritahu saya
sesuatu. Adakah kamu tergolong dalam The Believer?”
Gretel tersenyum
kecil dan mengangguk. “I am. Saya tahu semuanya Tuanku dan saya tahu Tuanku
juga orang The Believer.”
Ini buat Edward
menghembus nafas lega, akhirnya sebuah senyuman terukir di bibirnya, dia
kembali memandang kearah mana dua musuh itu menghilang. “Asal kamu tak cakap
awal-awal?”
“Sebab saya budak
baru, Tuanku takkan percaya saya macam tu je kalau saya terus terang. Takut
tuanku fikir saya ni Fakers.” Jawabnya juga memandang ke udara.
Edward mengangguk
setuju. “You right… Harap mereka balik dengan cepat. Kalau mereka tak datang
dalam masa sejam, kita akan berdepan dengan Raja Camelot.”
“Off with the
head.” Gretel mengangguk, faham sangat betapa pentingnya peranan Putera George
dalam Tanah Enchanted itu.
Tak lama kemudian,
mereka dengar derapan kaki kuda datang mendekati mereka dan juga gelak ketawa
seorang perempuan.
Ini buat Gretel
tersenyum. Ivy akhirnya berbaik dengna
Putera George?? Dia akhirnya bersetuju dan turunkan Egonya untuk meminta maaf
kat Putera raja ke???
Tapi senyuman
Gretel terus hilang, malah rahangnya hampir tercabut dari kepalanya bila dia
lihat Putera George, berlari kearah mereka dengan jeritan dan basah kuyup di atas Majestic.
What the hell happen??
Lepas itu, Ivy
muncul dalam penglihatan mereka, ketawa terbahak-bahak kearah Putera George
yang menyumpah seranah dalam nada berbisik.
“IVY! Kau dah buat
apa kat Putera George!” marah Gretel hampir melompat turun dari kudanya dan
bagi tendangan maut kearah perempuan itu.
“REVENGE!!!” Katanya dengan senyuman
terkejam dia ada dan tertawa keudara seperti villain sebenar.
Edward menjeling
kearah Gretel. “Percayakan Ivy?? Look what she has done to the prince!”
“Jangan marah kat
Gretel, Ed….” Louis bersuara bila dia berada di depan mereka, dia sempat
mengelap mukanya dan menggeleng, cuba kurangkan basah rambutnya. “Aku yang
salah.”
“Macam mana Tuanku
boleh salah pula?” Soal Edward, cuba kawal suaranya dari menjerit dan
mengeluarkan tuala kecil dari dalam begnya, berikan kepada Putera Raja itu.
“That witch soak you!”
“Hey! Siapa suruh
Putera bratzy ni berlagak sangat. aku try berbaik dengan dia tapi apa dia
buat?? Dia kutuk aku.” Marah Ivy,
menegakkan diri sendiri. “So, tolak dia kedalam sungai sesuatu yang wajar dari
sumpah dia jadi batu!” katanya dan kedua ‘musuh’ ini saling jeling menjeling
sebelum Ivy menjelir lidah.
Louis rasa macam
nak cabut je lidah Ivy tu supaya dia tak bercakap buat selama-lamanya tapi dia
boleh kawal perasaannya dan tenangkan diri. “Apapun, kami civil.”
“hanya Civil?”
soal Edward sambil menjungkit kening.
“Takkan kami nak
terus jadi kawan selepas saling membenci?” Soal Ivy memeluk tubuh. “No. I’d
rather die than be friend with him dan kalau kitorang civil, aku takda masalah
nak berdepan dengan dia tanpa rasa meluat—sangat.”
“Dan aku dah tak
perlu fikir pasal nenek sihir ni lagi.” Louis kata dengan tenang, mengelap
rambutnya dan berikan tuala tersebut kepada Ivy tanpa berfikir.
“Thanks.” Ivy juga
menerimanya tanpa fikir panjang dan mengelap lengan bajunya yang basah hingga
ke siku.
“Apapun, Kita
perlu balik hotel. Saya taknak kena demam esok pagi, I have tons of work to
finish tomorrow.” Arahnya dan bergerak dahulu dengan Edward dan Gretel
tundukkan kepala akur.
Ivy juga menyuruh
Knight mengekori Louis dan berjalan disisi Putera Raja itu dengan dua lagi
kawan mereka berada di belakang.
“Nah. Kau masih
basah.” Kata Ivy dengan nada rendah memberikan tuala itu kembali pada Louis.
“You need more than me.”
“Thanks.” Louis
memberikan senyuman halus dan mengambil tuala tersebut dari tangan Ivy.
Gretel dan Edward
pula hanya memandang dua ‘ex-musuh’ ini berganti tuala.
“itu bukan civil.”
Bisik Edward, mata terbeliak melihat betapa casualnya mereka. sebelum ni nak
bersentuh pun macam dunia nak hancur tapi sekarang kongsi barang pun tak kisah.
Apatah lagi Putera George!!
“I know.” Sahut
Gretel tapi dengan senyuman Lebar. Boleh
tahan Ivy ni…. Cam mana dia boleh buat Putera George percayakan dia sehingga
putera perfection itu berkongsi barang dengannya? Dia guna sihir ke??
Little did they
know…. Sebenarnya mereka berdua sememangnya berkawan dan dorongan Gretel dan
tiga puteri itu memberi peluang untuk Ivy dan Louis untuk publickan hubungan
rahsia mereka tapi…. Tidak kesemua
rahsia persahabatan mereka terbongkar lagi..
.
.
Keesokan
harinya…..
Di asrama Gracious
Academy, pada bangunan Spring tingkat pertama;Winter, terdapat satu bilik khas
untuk seorang puteri yang bernama Puteri Charlotte, puteri pertama dan tunggal
kepada kerajaan tersebut dan juga merupakan adik kepada Putera George.
Puteri kecil ini
berusia 12 tahun dan bilik tersebut sama seperti bilik abangnya, hanya untuk
dia seorang dan kucing kesayangannya, Whiskers. Puteri kecil ini juga disayangi
oleh semua orang yang mengenalinya kerana sifatnya yang penyayang dan lemah
lembut.
Di sebabkan
abangnya pergi program yang di anjurkan oleh tunangnya Puteri Julliana,
Charlotte kelihatan agak sedih. Dia sedih kerana abangnya menikmati program
tersebut tanpanya, Charlotte tahu dia tidak patut ikut kerana itu hanya untuk
pelajar collage sahaja, jadi dia terpaksa duduk di dalam biliknya pada hujung
minggu, tidak balik ke istana kerana dia lebih suka Academy itu dari rumah
besarnya itu. Sebab di Academy dia ada kawan.
Charlotte berada
di meja belajarnya sedang mengulangkaji pelajaran Math kerana esok dia ada pop
Quiz dari gurunya. So dia kena prepare tapi dengan mood sekarang, dia tak rasa
dia dapat belajar dengan tenang.
“I Give up!” Rungutnya melontar buku
tersebut keudara dan mendarat di atas katilnya. “Nak ikut abang pegi ladang
kuda!! Tak adil, tak adil, tak adil!!” marahnya sambil menghentak kaki. “Dan
Abang pegi dengan Julliana!” nama bakal kakak iparnya umpama sebuah racun didalam
mulut charlotte. Ini kerana dia tak sukakan tunang abangnya itu.
“Kenapa lah Abang
sanggup bertunang dengan Julliana? Sebab dia adik Putera Edward? Sebab Putera
Edward tu Childhood friendnya?” Charlotte bangun dari meja belajarnya dan
menghempap badannya ke atas katil queen sizenya yang lembut lagi empuk. Memeluk
tubuh sambil merenung kearah kanopi katilnya yang berwarna pink rosey. “Kak
Jill lagi best.”
Charlotte bangun
dan melihat kucingnya yang tidur di tepi meja belajarnya. “Mr. Whiskers, kau
rasa Abang dah hilang akal ke? lepaskan Kak Jill untuk bertunang dengan Puteri
Julliana?”
Satu ketukan pintu
menarik perhatian puteri kecil ini dan melompat turun dari katil besarnya itu
ke pintu biliknya. Dia menarik kerusi pendek yang terletak di tepi almari
bajunya ke tengah pintu untuk di panjat dan melihat siapa pelawat yang mengetuk
pintunya melalui lubang intip.
Charlotte
tersenyum lebar mengetahui siapa yang melawatnya pada awal pagi itu. “Masuk!”
sahutnya menendang kerusi pendek itu ke tempatnya semula dan membuka pintu
biliknya.
“Cherry!”
“Kak Jill!”
Charlotte terus memeluk perempuan yang 8 tahun lebih tua darinya dengan erat
dan membawa perempuan itu masuk ke dalam.
Jill
“Oh dear honey, How
I miss you so!” Jill duduk di hujung katil Charlotte dengan keluhan panjang.
“Mari duduk sebelah kakak.” Katanya dengan lembut, menepuk tempat kosong di
sebelahnya.
Dengan senang hati
Charlotte duduk di sebalh Jill dan memegang kedua-dua tangan perempuan itu.
“Dah lama kak Jill tak lawat bilik Charlotte. Akak ke mana? Keluar date dengan
Jack ke?”
Jill tersenyum
kecil melihat Charlotte mencebikkan bibirnya dengan comel. Jill rasa macam nak
ikat je bibir tu biar ia melekat macam tu buat selamanya. “Kamu tahu betapa
Possesivenya Jack tu kat akak.” Dia mencuit pipi gebu budak 12 tahun itu. “Jack
sekarang ada kelas so akak ada peluang nak snuck in dan jumpa kamu.”
Ini buat Charlotte
lebih bersedih. “Kenapa akak tak break je dengan Jack? Akak dulu happy je
dengan Abang George, kenapa akak sanggup tinggalkan abang George untuk Jack?”
soalnya melihat senyuman Jill hilang. “Jack tu jahat kak. You know he’s evil
tapi kenapa akak nak dengannya.”
Jill mengusap
lembut rambut Charlotte dan mengeluh. “Cherry pie, kau masih kecil untuk
memahami semua ni. But I can tell you one thing… akak tinggalkan Putera George
untuk keselamatannya jugak.” Katanya menyentuh kedua-dua pipi Charlotte,
membelainya dengan lembut. “Jack akan bunuh abang kamu kalau akak teruskan
hubungan akak dengan dia. You know how Jack is.” Bisiknya menahan nadanya dari
pecah. “Akak kena ada di sisi Jack untuk menghalang dia dari buat sesuaut teruk
kat George. Abang kamu terlalu penting di dalam tanah Enchanted ini. Ini sahaja
akak boleh buat untuk menyelamatkan George. Kau tahu betapa akak sayangkan
abang kamu kan?”
Charlotte
mengangguk, juga bersedih. Sedih dengan nasib perempuan di depannya. “Tapi dia
dah bertunang dengan Puteri Julliana… sepatutnya akak yang patut bersama dengan
Abang George.” Katanya dengan suara menggeletar.
Jill tertawa pahit
dan menggeleng. “Listen love, abang kamu dan akak takkan boleh bersama tapi
akak takkan menyerah kalah untuk selamatkan abang kamu. So, sekarang akak
perlukan pertolongan kamu.”
Mata Charlote
membesar. “Abang dalam bahaya ke?”
Jill mengangguk
kecil. “Perhatikan abang kamu okay? jaga abang kamu baik-baik terutamanya bila
dia dan Ivy the Devil telah berbaik.”
“A-Apa?” Charlotte
tak salah dengar ke? dia menolak kedua tangan Jill, memandang perempuan yang
lebih tua itu dengan wajah horror. “Apa akak cakap? Abang dan villain tu—Mereka
dah berkawan?” Jill mengangguk tapi Charlotte menggeleng. “Tak mungkin, mereka
musuh.”
“Malangnya ya.
mereka berbaik di ladang kuda semalam. Akak dapat tahu dari Jack tadi pagi,
sebab tu akak jumpa kau sebaik sahaja akak dapat tahu.” Katanya melihat
Charlotte ketakutan. “Akak tahu tentang purification Ivy, dia mungkin telah di
sucikan tapi kita tak boleh percayakan dia.” bisiknya menarik perhatian
Charlotte semula. “Kita tak tahu kalau dia betul-betul dah jadi baik atau tak,
takut dia akan sakiti abang kamu. So, Charlotte… akak harap akak boleh pantau
Villain tu tapi akak dah sibuk dengan Jack, nanti Jack musykil dengan akak.”
Jill berhenti seketika cuba menyusun ayatnya—rasa ragu-ragu meminta bantuan
dari budak kecil itu.
“Charlotte akan
pantau dia.” Puteri kecil ini pula bersuara membuat Jill agak terkejut. “Akak
dah banyak membantu selama ni. Akak lindungi Abang dari Jack. Sekarang peranan
Charlotte pula melindungi Abang. Charlotte akan perhatikan Ivy.”
“TApi bagaimana?”
Soalnya risau budak kecil ini sanggup merbahayakan dirinya. Dia terlalu muda
untuk semua ini.
“Charlotte kenal
abang.” Jawabnya pendek dengan senyuman. “Kalau sesuatu yang tak kenadengan
dia, Charlotte akan tahu serta merta. Lagipun, Charlotte ada kawan pixie untuk
bantu Charlotte. Akak jangan risau, kita akan lindungi abang dari Villain tu
bersama-sama.”
Ini buat Jill
tersenyum lega. “Thank you My Cherry… thank you.”
>X<
(A/N: Hmm… Hmm…. Hmm…. So many mystery!! See you in ze necz Chapitar!! hahaha *Kisses*)
ohhh mizzz gila....best chapter ni.Angah chapter 18 nanti cepat2 sikit boleh tak...excited sangat ni.
ReplyDeleteHahahaha angah akan usahakan secepat y mungkin!! But no promises! Hehehe ^_~
ReplyDeletehoooooooo ......puasssssss.......tapi kenapa rasa tamak meluap luap...nakkkkk lagiiiii plissssssss....... ohhhhhh i'm totally crazy with dis story...... always waiting babak ivy with louis.... huhuhu lovely couple.......
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Haha..just nk ckp...let me guess... jack is..robert pattinson or taylor lautner???hehe btw...best like ussual...love it..<3<3 chapter 18 jgn lmbt sgt tau..terseksa...
ReplyDeleteCik cekelat! Hahahahahahaha yes! Please obses dgn novel ni MWAHAHAHAHAHAHA btw thanks for loving LOVE darling~~~~ ^_~
ReplyDeleteWe'll wait and see kembar maleficent~~ we'll wait and see bila masanya dah tiba and Jack muncul samada dia Robert or taylor... Huhuhuhuhu \(°A°)/
Angah. Wow. Banyak rahsia x terungkap. Hem. Good luck angah untuk idea seterusnya. Hehe. -epi-
ReplyDeletexsuke dengan Jill . huhuhu . nak lagi chapter pasai louis and ivy
ReplyDelete