Nineteenth F.A.T.E
My Beloved
Hari ke lapan: Hansel dan Louis ketakutan. Rahsia mereka terbongkar
menjadi punca Ivy berkurung didalam biliknya selama seminggu.
Hari ke Sembilan: Ivy kembali bercakap, hanya pada Charlotte dan
meminta puteri kecil itu untuk sampaikan penanan kepada rakannya. Charlotte
dapat rasakan kesedihan Ivy dari rantai disekeliling lehernya.
Hari ke sepuluh: Ivy hampir mengalah. Dia tidak ingin hidup lagi.
Dia ingin berjumpa dengan Ayahnya. Dia tidak boleh buat pilihan.Tapi…..
~Sambungan~
Diaval
dah tak tahan. Burung gagak itu dah tidak boleh duduk diam lagi!!
Semasa
Diaval sedang mendengar Hansel mengulang ketakutannya pada Diaval di bawah
jambatan Academy—di tempat itu mereka dapat privasi kata Hansel, kesabaran
burung gagak hitam itu telah habis dan dia menyahut dengan nyaring pada Hansel,
sambil kembangkan sayapnya. Lantaklah Hansel fikir Diaval marahkan dia. Diaval
tak kisah, dia dah tak tahan kerana dia risaukan anak jagaannya dan dia tak
boleh buat apa-apa langsung untuk Ivy! Selama 10 hari! Sepuluh. Hari.
Rekod Diaval tidak belasah
anak jagaannya dari hari-hari Breakdown Ivy! Woohooo! Call the party master
sebab kita akan buat party untuk Diaval dapat menahan kesabarannya!!!
Itu
yang bermain dalam minda burung gagak itu, ayat itu yang Diaval katakan tapi
jeritan nyaring yang keluar dari mulutnya dan bunyi seperti Diaval memarahi
Hansel.
Diaval
dah Fed up!! Anak jagaannya mungkin dah mati mereput didalam bilik tu dan semua
orang fikir perkara ini normal bagi mereka melihat Ivy berkurung seminggu
lebih.
Orang
Enchanted ni semua terlalu positive dan ia merosakkan pemikiran Vicious Diaval!
Burung
gagak itu terbang pergi dari Hansel, meluncur jauh dari academy itu sebelum
patah balik ke jambatan academy, terbang lebih tinggi dari sebelumnya, separas
dengan menara tinggi The Great Wizard Merlin dan ingin pecah masuk tingkap
menara itu tapi sebelum dia dapat merempuh, badannya lenyap untuk seketika
sebelum muncul di bahagian dalam tingkap itu dengan tahap kelajuan sama.
Diaval
tidak boleh break mati sebab anginnya auto jadi dia berputar di sekeliling
menara itu untuk beberapa pusingan sehingga kelajuannya menurun dan dia
akhirnya mendarat di atas salah satu memory globe yang ada di tepi rak buku
dalam menara itu.
Diaval
menyahut dengan kuat, suara nyaringnya itu bergema didalam menara tersebut
memanggil penghuni menara itu untuk muncul didepannya sekarang sebab Diaval ada perhitungan dengan orang tua
kerepot itu!!
Jeritan
Diaval berbaloi sebab rak buku di sebelah fire-place terbuka dan figura
berjubah kelabu keluar dari pintu rahsia itu. Wajah Pengetua Merlin seperti
budak-budak, tersenyum riang sambil makan biskut coklat dalam tangannya.
Ini
buat Diaval tambah berang. Berani dia
makan enak-enak di menaranya sedangkan Menteenya berada di asrama ingin membunuh
diri! Is this old geezer even has rational thought in that farting brain of
his??
Diaval
terbang ke depan muka Merlin, menyahut dengan kuat hampir buat Pengetua Academy
itu lemah jantung. Melompat seperti beruk sehingga semua biskut coklatnya jatuh
diatas lantai.
“Oh
boo-hoo, D, kau membasirkan biskut coklat yang sedap!” rungut orang tua itu dan
menghentak kaki kearah meja kerjanya.
Diaval
kaku untuk sementara waktu, hampir jatuh kerana terlupa untuk kepakkan
sayapnya. Dia segera terbang ke meja kerja Merlin dan menyahut dengna kuat,
memarahi Ahli sihir tua gila itu sekali lagi.
Pengetua
Merlin memutar bola matanya dan bersuara. “Kau tak pernah berubah dari dahulu
lagi D. tetap bising dari sebelum kau jadi Companion Maleficent then kau khianati
saya dengan menjadi pengintip orang-orang saya.” Katanya menjentik paruh Diaval
suruh dia senyap. “Oh shut it, kamu bernasib baik saya tak panggang kamu
hidup-hidup selepas apa kamu buat semasa perang dua bilah tu.”
Pengetua
Merlin menghayunkan jarinya kearah Diaval. “Into a human.” Katanya dan burung
itu berubah menjadi manusia hadapan meja kerja Pengetua Merlin.
Diaval
melihat tangannya dengan riak wajah terkejut dan perasan pemakaiannya yang
berwarna kelabu gelap, berlainan dari seruan Ivy dan Maleficent yang menukar
dia menjadi manusia dengan pemakaian serba hitam. Ini mungkin sebab magic baik
Pengetua Merlin.
“How
are you Diaval?” Soal Pengetua Merlin sambil mengusap dagunya, melihat lelaki
gagak itu dari atas hingga bawah. “Kamu tak berubah langsung.”
Diaval
merenung tajam kearah Merlin dengan senyuman pahit. “Well, tuan banyak berubah.
Kedut dimuka tu tambah banyak. Not to mention janggut putih tu. Aging?” Soalnya
dengan senyuman sarkastik, saja nak sakitkan hati Wizard Merlin tapi Diaval
tidak mendapat apa yang dia jangkakan dari riaksi pengetua Merlin. Orang tua
itu hanya ketawa sepenuh hati dari komen tersebut.
“Maleficent
menjaga kamu dengan baik.” Katanya menepuk bahu Diaval membuat burung gagak itu
rasa janggal. “Jangan risau, saya dah maafkan kamu berdekad lalu. Saya gembira
mengetahui kamu jaga Maleficent dengan baik sedangkan dia suka jadikan kamu
babysitter pada Ivy.”
“Well
that’s my fucking job tapi Tuan—”
“Now-now…
have a seat Diaval, have tea with me sementara kamu terjah saya dengan segala
carutan kamu.” Katanya, melihat Diaval duduk dengan perlahan, mata tidak
berhenti melontarkan renungan maut pada Merlin. Orang tua ini membuka topinya
dan korek keluar kayu saktinya. “Hmm… this always coming handy!” sahutnya
dengan riang dan menghayunkan kayu sakti itu untuk keluarkan seset tekoh dan
makanan manis diatas meja kerjanya selepas semua kerja-kerja diatas mejanya di
kemas dengan magic sekali sementara dia kembali duduk di kerusi kerjanya.
Diaval
diamkan diri dengan kedua tangan digenggam diatas paha. Matanya mengekori gerak
geri penghuni menara itu menyediakan teh untuk mereka, siap menuangkannya lagi
ke dalam cawan secara magic.
Burung
gagak itu mengangkat cawannya dan menghidu bau aroma teh tersebut. “Teh
dandelion?” soalnya dengan kening terjungkit.
Pengetua
Merlin mengangguk sebelum menghirup tehnya sendiri. “ia bagus untuk orang tua
seperti saya.”
Diaval
hanya menggangguk sebelum minum teh tersebut.
“I
presume…. Maleficent sihat di Vicious memandangkan kamu kelihatan baik-baik
sahaja.” Pengetua Merlin bersuara dahulu setelah dia meletak cawannya dengan
perlahan kembali diatas meja kerjanya. “Apa riaksi Mal bila dia tahu anaknya
Masuk Gracious Academy?”
“kenapa
kita nak bercakap tentang Mistress saya? How about my Little Mistress??”
Merlin
mengangkat tangannya, menahan Diaval dari meninggikan suara padanya. “Relax
Diaval, we’ll get there. First thing first, saya dah agak kamu akan datang
untuk Cik Ivy, saya tahu tentang keadaannya dan saya rasa bersalah padanya—
“You
should be—
“But
this is best for her. Kau patut tahu pasal ni Diaval.” Sambung Merlin dengan
tenang. “Now, di mana kita? Oh yes, riaksi Mal.”
“Furious.”
Jawab Diaval sepatah dan letakkan cawannya kebawah juga. “Dia hampir bakar satu
rumah dan 10 meter radius di sekeliling rumah juga.”
Pengetua
Merlin ketawa kecil. “Dia tetap panas baran seperti dulu. Dan…. Wajahnya?”
“Kenapa
dengan wajahnya?” Soal Diaval dengan kening terjungkit sebelum dia faham maksud Merlin dan menarik bibirnya ke senyuman nakal. “Still deadly beautiful.”
Pengetua
Merlin terngangah sedikit. “Aku kena tanya apa rahsia awet mudanya nanti.”
Katanya mengetuk permukaan mejanya dengan lembut. “Uhm.. kamu rasa dia masih
simpan dendam dekat saya ke?”
Diaval
menahan dirinya dari ketawa pecah perut. Dia menggeleng fed up dengan perangai
orang tua itu yang tidak pernah berubah dari dahulu lagi. sentiasa carefree and
goofy. “Tuan rasa selepas jadikan Ivy pelajar Gracious, rasa dendam Mistress
Maleficent pada tuan akan redah ke?” Diaval menggeleng. “perasaan dendam yang
dah lama tertanam dengan sejarah perang itu bangkit semula.”
“Even
after she married to Robin?” Soal Pengetua Merlin dan mengeluh. “That stubborn
Witch. Dia kena terima kenyataan yang Ivy ada darah Enchanted dalam badannya.
Budak tu bukan 100% jahat.”
Burung
gagak itu menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Tangannya bermain-main
dengan hujung pinggan cawan, cuba menahan kesabarannya kali ini lagi. berharap tidak lama sangat. “That what
Mistress want Ivy to be. Setelah mengetahui Ayah dia Belot ibunya, Maleficent
menjadi tegas dan inginkan Ivy menjadi jahat. Taknak dia ada kena mengena
Enchanted langsung atau mempunyai sifat seperti Ayahnya.” Diaval alihkan
pandangan pada kaki meja kerja itu. “Sebab tu dia berang giler bila dapat tahu
Ivy diterima ke sini. Dia jangka anaknya sendiri akan belot dia seperti mana
Suaminya sendiri pernah buat.”
Pengetua
Merlin mengangguk kecil, minum tehnya dengan senyap sebelum bersuara.
“Bagaimana informasi tentang Robin menjadi messenger antara saya dan Jack
Skellington boleh terbongkar? Kamu tahu tentang tu?”
Diaval
menggeleng. “Maleficent tak pernah beritahu saya dari mana dia tahu. One day,
she just burst into flame dan kata suaminya tipu dia selama ini. Kemarahannya
menguasai mindanya sehingga dia….” Diaval tidak sanggup meneruskan ayatnya,
memejamkan mata teringatkan kejadian yang tidak dijangka satu dekad lebih yang
lalu. “Setelah itu, tiada siapa berani bangkitkan kejadian tu lagi. kami semua
menganggap perkara tu tak pernah terjadi didalam rumah tu.”
“Dan
Ivy?” Soalnya melihat Ivy yang berada di meja kopi, dah mula baring di sofa
itu, seperti dia berad di rumahnya sendiri sambil membaca buku. “Dia
bagaimana?”
“Scared
for life.” jawab Daival. “Dia takutkan ibunya sehingga dia umur 12 tahun. Takut
untuk bercakap dengan ibunya sendiri tapi dia Berjaya mengatasi takutan itu.
selagi dia turuti arahan Maleficent dan buat ibunya bangga, dia rasa dia
selamat. Sehingga sekarang.”
“Patutlah
dia sentiasa mengikut arahan ibunya tanpa bantahan.” Pengetua Merlin bersimpati
atas anak muridnya sendiri.
“Tuan,
saya nak tanya sesuatu.” Diaval menarik perhatian Pengetua Merlin semula.
“mengapa Tuan bawa Ivy ke sini? Saya tahu tentang sumpahan Morgana dan Sumpahan
Losing heart tu. Saya juga tahu dua sumpahan ni ada kena mengena dengan hati
rapuh yang terkandung dalam dada Ivy juga. Mengapa libatkan dia dengan masalah
kamu?”
Pengetua
Merlin menarik nafas dalam, tegakkan tulang belakangnya sebelum menyandar pada
meja kerja dengan siku di atas meja dan jari jemari disimpul dihadapan
bibirnya. Dia menghembus nafas panjang. “It’s rather a complicated story. Susah
saya nak terangkan pada kamu.”
“Then
tell me kenapa Tuan berikan hati rapuh itu kepada Ivy untuk dia menjaganya?”
Soal Diaval juga kedepankan badannya, jari telunjuk menyentuh permukaan meja,
meminta keterangan dari ahli sihir tua itu.
“Bukan
saya yang berikannya.” Jawab Pengetua merlin dengan nada perlahan. “Hati itu
sebenarnya sihat dan kuat semasa ia diberikan kepada Ivy semasa dia kecil, Ivy
sendiri yang buat hati itu rapuh dengan perbuatannya sendiri. Berbuat jahat
untuk ibunya mengendahkan nasihat Jack Skellington dan Sally, dia tetap
merosakkan hati itu.”
“Apa?
Kenapa? Siapa sanggup berikan hatinya kepada Ivy untuk dirosakkan? Siapa
berikan hati dia? Putera George?”
Pengetua
Merlin memandang Diaval dengan riak wajah terkejut. “Kamu tahu tentang hubungan
mereka berdua?”
“saya
syak mereka berdua ada hubungan. Jadi tekaan saya betul, mereka ada hubungan.
Jawab soalan saya tuan, mengapa budak tu buat macam tu?”
Pengetua
Merlin diam untuk seketika, kalau Diaval lihat bibir orang tua itu betul-betul,
orang tua itu sedang mengetap bibir disebalik jambangnya. Sedang memikirkan
sesuatu. “Maaf Diaval tapi saya dah berjanji untuk tidak bercakap pasal benda
ni. Less people know the better.”
“Then
tell me why? Apa tujuannya berikan hati tu kepada Ivy dan serabutkan minda dan
emosi anak jagaan saya?”
“Dia
berikan hatinya untuk Ivy gunakan. Supaya Ivy tidak merosakkan hatinya
sendiri.” Jawab Pengetua Merlin membuat Diaval terdiam. “Setiap perbuatan baik,
jahat yang Ivy lakukan akan memberi kesan pada hati itu dan hati sebenar Ivy
tidak akan terganggu, sentiasa suci seperti hati bayi baru lahir. Hati kedua
itu untuk memastikan hati Ivy bersih dari sebarang kejahatan. Sebab itu dia
berikan hatinya pada Ivy. Memastikan Ivy sentiasa baik. Memandangkan Ivy
membuang hatinya sendiri, hati Ivy sentiasa bersih dan hati kedua itu yang
mengambil kesemua baik buruk yang Ivy buat.”
“That
sound like a sacrifes.” Ayat tersebut terselit dari bibir Diaval tanpa sengaja.
“sebab
itu semamangnya satu pengorbanan.”
“Mengapa?”
Diaval masih tidak faham mengapa budak itu sanggup berikan hatinya dan apa kena
mengena dengan semua sumpahan Enchanted dan losing heart itu. dia tak faham
langsung apa yang sebenarnya berlaku sekarang ni.
Pengetua
Merlin faham riak wajah Diaval dan menarik nafas dalam. “Dalam sumpahan Lady
Morgana, dia ada mengatakan Enchanted akan musnah disebabkan orang Vicious.
Satu lagi peperangan akan berlaku. Maleficent dapat membalas dendam pada saya
sekali lagi.” katanya membuat penjaga Ivy ini terkejut. “Ya. Saya tahu apa yang
kamu fikirkan, kami mengambil Ivy ke sini untuk memanipulasikan dia untuk
berlawan dipihak kami. Saya tak nafikan ayat tu tapi tujuan sebenarnya bukan
seperti itu.” orang tua itu berhenti seketika. “Tapi kamu lupa satu butiran
kecil antara Ivy dan Putera George. You see… mereka dah lama kenal antara satu
sama lain dari mereka kecil lagi. dari umur 8 tahun.”
“How—”
Ayat Diaval mati bila dia teringatkan semasa Ivy kecil dia suka pergi ke hutan
berdekatan dengan tembok berduri itu. Diaval tidak pernah mempersoalkan kerana
berfikir Ivy cuba berlatih magicnya dengan membuat lubang di tembok tersebut
kerana pada masa itu Ivy dasperate untuk banggakan ibunya dan Diaval tidak
pernah melihat Ivy berlatih kerana dia menghormati privasi anak jagaannya itu.
“Dia boleh buat lubang di tembok tu?”
Pengetua
Merlin menggeleng. “Lubang itu sentiasa ada di situ untuk Ivy.” Katanya membuat
Diaval buntu. “Hati Ivy suci Diaval, tembok itu akan membuka pintu untuk mereka
yang berhati mulia dari tanah Vicous. Terima kasih kepada hati kedua tu. Dia
masuk hutan mahligai dan berjumpa dengan Putera George. Semenjak dari hari itu
mereka sentiasa berjumpa sehingga perasaan suka diantara mereka berdua muncul.
Bila mereka dah besar, mengetahui betapa bahayanya hubungan mereka, Ivy
berhenti berjumpa dengan Putera George. Setelah itu dia mengeluarkan hatinya
sendiri kerana dia tidak boleh menghenti perasaannya sendiri.”
“Disebabkan
dia keluarkan hatinya, perasaan itu tidak akan pernah move on. Hati itu tetap
dalam keadaan seperti itu walaupun dia mengambil hatinya balik….” Bisik Diaval
lebih pada diri sendiri, membuat konklusi sendiri sebelum melihat pengetua
merlin mengangguk tanda meng’yakan teori Diaval.
“Rantai
tu….” Mata Diaval membesar bila dia teringatkan rantai yang mengandungi hati
Ivy. Dia memakai rantai tersebut semasa mereka berada di sini. Diaval tidak
pernah persoalkan rantai tersebut dan bila dia terfikir balik tentang perasaan
Ivy terhadap Putera George… Dia memakai rantai tersebut untuk merasakan
perasaan itu terhadap putera itu semula. Perasaan yang dia rindui dan ingin
merasakannya semula. Selama mereka di tanah itu, tanpa Diaval sedari mereka
berdua kembali menjalinkan hubungan di belakang Diaval dan perasaan itu menjadi
lebih dalam dari sebelumnya—
“Damn it!!” Diaval menghentak penumbuknya
diatas meja kerja, melepaskan geram pada dirinya sendiri kerana leka terhadap
anak jagaannya sendiri. Tidak perasan tentang perkara kecil seperti itu. “Dia
akan disakiti. Putera tu dah bertunang, Ivy akan disakiti sama seperti
Maleficent!! I can’t see her broken!!”
Pengetua
merlin melihat air dalam cawan mereka beralun dari kesan hentakan melepaskan
marah Diaval. “Ia keputusan Ivy sendiri—
“Tapi
aku boleh menghalangnya!” marahnya sekuat hati.
“you
can’t always protect her. Kau tahu tu—
“Tapi
aku dah berjanji dengna Robin aku akan melindungi Ivy—
“Robin
juga tahu perkara ini akan berlaku.” Ayat Pengetua Merlin menarik perhatian
Diaval. Nadanya kedengaran tegas dan serious pada kali ini. “Duduk Diaval, jangan
buat hal ini tambah rumit. Budak yang miliki hati kedua itu datang berjumpa
dengan Robin sendiri, beritahu dia segalanya seorang ayah patut tahu tentang
masa depan Ivy. Robin bersetuju untuk melindungi Ivy. Dia tahu Ivy akan menghadapi
saat sukar seperti ini tapi Robin percayakan Ivy yang anaknya boleh hadapi
semua ni dengan baik. Boleh buat pilihan yang terbaik untuk masa depannya.”
Pengetua Merlin berhenti seketika, melihat Diaval kembali duduk untuk
mendengarnya semula. “Setelah kematian Ayahnya, Ivy tidak pernah buat sebarang
pilihan dalam hidupnya, semuanya mengikut kemahuan dan arahan Maleficent. Dia
kena buat pilihan macam mana dia nak jalankan hidupnya sendiri. Bukan diarah
seperti robot. Kau pun nak Ivy menjalankan hidupnya dengan gembira kan?”
Diaval
diamkan diri, bermain dengan kedua tangannya di atas meja dengan kening
berkerut memikirkan informasi baru tentang Robin. Selama ini Robin tahu….
Lelaki tu tahu tentang nasib Ivy dan percayakan anaknya boleh buat pilihan yang
tepat? Macam mana Ivy nak tahu pilihan mana yang terbaik? Macam mana kalau dia
tersalah pilih? Robin tidak fikirkan semuanya tu ke? Kalau robin masih hidup
dah lama Diaval belasah lelaki itu. sanggup dia buat anaknya hadapi semua
seksaan ini. Diaval rasa macam nak gali kubur lelaki tu dan belasah dia sampai
dia mati untuk kedua kali. Kalau boleh.
“Ivy
patut berada di Vicious. Dia tak perlu berada di sini. That’s better for her.”
Katanya dengan nada mengalah, kemarahannya telah lenyap dan segala tenaganya
hilang dari kemarahannya sebentar tadi.
Pengetua
Merlin mengangguk faham. “Saya pun berfikiran seperti itu tapi kami memikirkan
yang terbaik untuk tanah Enchanted dan juga Vicious. Jika Ivy berada di Viciou
menunggu peperangan berlaku di Enchanted, didalam diri Ivy dia akan cuba
mencari Putera George dan dengan hati suci tu dia akan teragak-agak untuk
membunuh Putera George. Dia mungkin akan khianati ibunya. You know what happen
then…”
Diaval
mengangguk dan menjilat giginya, rasa pahit dalam dadanya memikirkan apa yang
Maleficent akan buat pada anaknya sendiri.
“Sekurang-kurangnya
bila dia di sini dia dapat membuat pilihan macam mana dia nak jalankan hidupnya
sendiri, buat kesilapan dan belajar dari kesilapan itu. mematangkan diri dan
fikir baik buruk atas tindakannya sendiri. Bila masanya telah tiba, dia
bersedia untuk membuat keputusan.”
Diaval
mengangkat pandangannya pada Wizard Merlin dengna perlahan, jantungnya berdegup
dengan kencang, gelisah, risau akan nasib anak jagaannya. “Macam mana kalau Ivy
pilih untuk memihak ibunya? Apa kamu akan buat?”
Pengetua
Merlin diamkan diri untuk seketika. Sebelum menghembus nafas berat. “Then we
have to fight again. Saya akan berlawan Maleficent sekali lagi menghalang dia
dari musnahkan tanah ini. Manakala Ivy….” Pengetua merlin mengalihkan
pandangannya, berat untuk menyambung ayat yang seterusnya. “Dia akan melawan
Putera George. Kerana hanya Ivy yang berupayah tumpaskan Pemerintah Enchanted.”
Diaval
memejam matanya dengan erat, nafasnya singkat dan dia rasa bola matanya melantun
didalam tengkorak kepalanya membuat ia rasa sakit yang amat. Dia mengerang
kecil tidak dapat nak terima kenyataan, tidak ingin menerima penerangan
Pengetua Merlin. memikirkan kemungkinan Ivy melawan Putera Goerge, bukan itu
sahaja dia akan melawan hatinya sendiri; hancurkan hati sendiri.
Diaval
tak dapat nak bayangkan apa akan jadi pada anak jagaannya jika itu berlaku.
“Tapi dia takkan berlawan dipihak Enchanted juga. Hanya Ivy yang boleh
mengalahkan Maleficent.”
Pengetua
Merlin diamkan diri sekali lagi. “Sebab tu dia kena buat pilihan. Saya tidak
boleh bunuh sesiapa dengan magic saya. That’s my vow dan saya rasa peperangan
kali ini akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.”
Diaval
segera berdiri dari tempat duduknya, membuat bunyi bising menarik perhatian
Pengetua Merlin semula. Wajahnya tegang dengan kening bertembung menjadi satu.
Kedua tangannya digenggam dengan erat disisinya sehingga menjadi pucat, menahan
segala kemarahan yang meluap-luap didalam dadanya.
“Kenapa
kau beritahu aku semua ni?” Soalnya dengan suara garau.
Pengetua
Merlin mengeluh kecil. “Sebab saya ingin kamu tolong Ivy buat pilihannya. Bukan
beri arahan, bantu dia. Diantara saya dan kamu, Ivy lebih percayakan kamu. You
are her guardian.” Katanya dan lihat Diaval masih diamkan diri. “Robin kata kau
boleh bantu Ivy dalam hidupnya, Dia percayakan kamu Diaval.”
Diaval
merenggangkan penumbuknya, bukan rasa lega mendengar Masternya percayakan dia
tapi tambah berang sebab lelaki yang dah mati itu percayakan burung tak berguna
sepertinya. “Tapi saya tak—”
“I
give you until sunset.” Pengetua Merlin bersuara dan Diaval terus melihat
matahari yang dekat dengan horizon dunia dari tingkap menara itu. “It’s like
Cinderella thing. Kamu boleh jadi manusia sehingga matahari terbenam dan bantu
anak jagaan kamu. Right now, dia berkurung bukan sebab dia ingin bersendirian,
tapi dia perlukan kamu. Namun… disebabkan kau dalam bentuk gagak Ivy tidak
dapat nak buat apa-apa dan terpaksa bersendirian.” Katanya buat Diaval
tergamam.
Ivy
perlukan dia?
Pengetua
Merlin tersenyum melihat ekspresi wajah Diaval. “Go and comfort her Diaval. She
needs a guardian. Not a fairy godmother.”
Diaval
tak dapat tahan dirinya dari tergelak pada ayat itu, mungkin kerana dia rasa
dalam dadanya rasa lega dan berbunga mendengar dia mempunyai peranan penting
dalam hidup Ivy bukan sahaja sebagai burung penghibur hati anak jagaannya. A bird clown.
Diaval
mengangguk, dia segera pergi ke tepi tingkap menara itu, mengambil seketul batu
tersebut dan tanpa toleh kebelakang, dia lenyap dari pandangan mata. Sekali
lagi meninggalkan Merlin seorang diri.
Tapi
kali ini Merlin tersenyum.
“See? I told you, kali ini
berlainan dari dahulu.” Bisik suara lembut dekat
pada telinga Merlin.
Orang
tua itu tersenyum kecil dan mengangguk. “Sekarang
pilihan Ivy berada di tangan Diaval.”
“How come?”
“Ivy baru mula berdiri. Masih perlukan sokongan untuk berjalan dan
akhirnya boleh berlari sendiri.” Katanya dan berpaling ke bahunya, melihat
wanita bermantel merah tersenyum manis kepadanya. “And it’s your job too.”
“Aku ada persoalan Merlin
sebelum aku pergi.” Kata Hood, berhenti seketika
untuk memastikan Merlin mendengarnya. “Kau
rasa bersalah atas nasib Ivy?”
“Dia
tidak bersalah Hood. Kenapa dia kena terlibat?”
“Dia juga terlibat Merlin, dia korbankan segalanya dan dia juga tak
bersalah.” Merlin rasa sentuhan sejuk pada bahunya.
“Semua orang ada peranan masing-masing
dalam masalah ini. Cuma mereka yang menanggung peranan yang paling berat.
Seperti apa yang kau katakan pada Penjaga Ivy, kita tidak boleh melindungi
mereka selalu. Mereka kena buat pilihan sendiri.”
Pengetua
Merlin tidak memberi sebarang respon, hanya diamkan diri memikir cara bagaimana
dia ingin atasi masalah seterusnya. Kalau boleh, dia mengganti tempat mereka
semua dari melihat anak-anak muda itu terseksa.
The world has a cruel way
to give a lesson learn sometimes…
“Then, I better get going.”
Kata Hood dan menghilangkan diri dari hujung
penglihatan Merlin.
“Goodluck
Diaval.” Kata Merlin kepada angin. Lepas itu Merlin tersedar sesuatu. “Did I say
sunset??”
.
.
Diaval
terus pecut sebaik sahaja kakinya memijak jambatan academy itu, lari sepantas
yang mungkin kearah asrama, cuba mengelak pelajar-pelajar sekolah itu tanpa
melanggar mereka.
Dia kena cepat… Diaval kena
pantas.. kerana penjaga ini rasa tidak sedap hati
tentang anak jagaannya.
Bila
dia tiba di lobi asrama, dia tidak singgah di kaunter warden langsung membuat
penjaga asrama itu terkejut melihat Diaval—dia ingatkan pelajar berlari di lobi
asrama. “Don’t run in the loby!” jerit penjaga tua itu tapi diendahkan oleh
Diaval.
Semasa
Diaval merentasi lantai lobi asrama, burung gagak itu break mati—thank you
friction, bila dia perasan Louis baru sahaja keluar dari laluan biliknya.
Putera itu juga terkejut melihat Diaval.
“You?!” Jerit mereka berdua. Diaval ingin
berputar untuk belasah budak itu—sebab dia berani pikat anak jagaannya tapi
terbatal kerana dia ada perkara yang lebih penting dia patut buat. Pastikan Ivy The Devil bernyawa.
Dia
mengipas lelaki muda itu, melepaskan dia kali ini dan bergegas naik ke tingkat
empat dimana Ivy berada.
“Hey!!” Louis ingin mengejar lelaki itu
tapi terbatal bila Putera Philipe mencapai lengannya.
“Dude,
kita ada kelas.” Kata putera sado itu, juga hairan melihat pelajar yang dia
tidak kenal bergegas naik. “Kau kenal mamat tu?”
“Yeah.
Lebih kurang macam tu.” Kata Louis juga melihat kearah mana Diaval pergi dan
dia pula pergi bertentangan arah. Berharap apa sahaja burung gagak itu buat dan
punca dia jadi manusia ialah untuk kebaikan Ivy.
Sementara
itu, Diaval macam ikan kurang air bila dia tiba di pengakhiran tangga tingkat
empat, kakinya hampir tercabut! Dia tak pernah rasa sepenat itu dalam bentuk
manusianya selama ini! Its better to be a bird than a weak human! Patutlah Ivy
bencikan biliknya tingkat empat ini!
Noted; jangan perli Ivy bila dia naik ke biliknya lagi.
Setelah
menarik dua, tiga nafas dalam, dia terus berlari ke pintu pertama di laluan
tingkat empat itu. Dia ingin merempuh pintu itu, tapi bila dia pegang tombol
pintu bilik tersebut dan memutarnya. Diaval terkejut ia tidak terkunci.
Mengendahkan
persoalan mengapa, Diaval terus buka pintu tersebut tapi sesuatu yang
menghalang pintu itu terbuka sepenuhnya. Burung gagak itu terkejut bila dia
dengar sesuatu jatuh dari sebalik pintu tersebut seperti dia melanggar barang,
dan ingin melihat barang apa yang jatuh.
Mata
Diaval terbeliak bulat. Bukan barang, tapi
manusia!
“Vivian!”
sahutnya cemas, ingin menutup pintu bilik itu tapi terbatal dan berlari keluar
dari bilik itu untuk mengambil sebakul buah tangan dan melontarkannya diatas
katil Ezra sebelum tutup pintu itu dan berlutut di hadapan anak jagaannya; yang
kelihatan sangat teruk dan tidak bermaya.
Diaval
segera mengumpul perempuan muda itu didalam tangannya dan bawa Ivy ke atas
katil, dengan anak buahnya itu didalam pangkuannya. “Oh Lord… Oh dear… Oh heaven! Nasib baik aku sampai tepat pada
waktunya.” katanya dan segera mengambil botol minuman didalam bakul buah tangan
itu untuk berikan pada Ivy. “Honey, drink this.”
Ivy
menolak minuman itu dengan gelengan membuat Diaval cemas. Ahli sihir itu
menatap wajah Diaval dengan lama sebelum mengangkat tangannya yang menggeletar
itu untuk menyentuh pipi Diaval. Ingin memastikan jika dia tidak bermimpi,
burung gagak itu dah bertukar menjadi manusia dan dia berada dalam pangkuan
Diaval sekarang.
“Diaval?” dia inginkan kepastian dengan nada lemah itu.
Diaval
meletakkan tangannya diatas tangan Ivy yang memegang pipinya. “Yes Little
Mistress?”
Mata
merah Ivy yang sembab, kering dari air mata itu kembali basah dan bergelinang
air mata baru Cuma kali ini bukan kesedihan. Ahli sihir itu terus memeluk
Diaval dengan erat. Seperti nyawanya bergantung pada burung gagak itu.
Diaval
juga memeluk anak jagaannya dengan erat, memerangkap Ivy dalam tangannya
seperti Ivy seekor pari-pari yang berharga dan dia sangkar yang mengurung Ivy
dari dilihat oleh orang luar.
“I-I-I…
I miss you…” bisiknya hampir tiada suara yang keluar dari kerongkongnya yang
bengkak.
Diaval
ketawa dalam tangisannya. Menghayun badannya kedepan dan belakang seperti
mendodoikan Ivy. Diaval mengucup dahi anak jagaannya itu. “Me too Lit’miss. Me
too.”
Mereka
dalam posisi itu agak lama, mungkin sejam lebih sambil Ivy membebel tentang
breakdownnya selama sepuluh hari itu, Diaval, setia mendengar Ivy bercakap dan
juga menyuap Ivy seperti bayi dalam pangkuannya bila anak jagaannya sibuk
bercakap.
Ivy
akan pukul bahu Diaval, marah sebab sumbat biskut dalam mulutnya semasa dia
tengah bercakap.
“Eat.
Kau macam mayat hidup aku tengok.” Tegur Diaval tapi tetap tersenyum. Terlalu
gembira untuk marah Ivy.
Setelah
sejam lebih mendengar Ivy membebel, Diaval beri dia makan—paksa jugak. Ivy
akhirnya duduk bersebelahan dengan Diaval diatas katil Ezra itu. sudah mendapat
kekuatannya semula dan kembali degil. rasa duduk diatas pangkuan Diaval
memalukan. Kali ini Diaval tidak berikan sebarang komen. Hanya mengusap rambut
Ivy dengan kasar dan mendapat jeritan dari ahli sihir itu.
“Cantik
renovation bilik.” Usik Diaval dan dengar Ivy berdengus. “kau tahu apa
maksudnya ni?”
Ivy
memandang kearah Diaval dengna tangan bersilang dan bibir dicebik. “Apa?”
“kau
kena bermalam di bilik orang lain sementara bilik ni direnovate semula.” Jawab
Diaval dengan senyuman nakal, terlalu suka melihat wajah pucat Ivy boleh
menjadi lebih pucat dari sebelumnya.
“Damn…
Kau betul..”
Diaval
tergelak besar keudara. “Oh man, setiap semester kau pasti hancurkan bilik
sendiri! Sem lalu kau bakar sekarang kau hancurkan. I wonder macam mana sem
depan pulak!”
Ivy
naik merah dan memukul kaki Diaval. “It’s not funny!”
Dan
untuk beberapa minit mereka kembali usik mengusik, kutuk mengutuk dan maki
memaki seperti mana mereka selalu buat setiap kali Ivy menukar Diaval menjadi
manusia.
Setelah
terkenang nostalgia itu, mereka kembali senyap. Tenggelam dalam dunia sendiri.
Ivy teringatkan ‘pilihan’ yang menghantuinya sementara Diaval sengetkan kepala
hairan melihat matahari sudah terbenam beberapa minit yang lalu tapi dia masih
dalam bentuk manusia.
Merlin salah cakap atau aku
tersalah dengar?
“Hey
D?”
“Hm?”
Diaval kembali memandang anak jagaannya. keningnya berkerut bila dia lihat Ivy
menggigit kukunya, tahu itu bermaksud Ivy cemas.
“Apa
patut aku buat?” Soalnya dan mengangkat pandangannya pada Diaval.
Diaval
bunyikan lidahnya. That question again…..
Diaval ingatkan dia rindukan persoalan itu tapi bila dia dengar balik, rasa
meluat tu masih ada lagi. “Well…” burung gagak itu mengeluh. Dia tak tahu bila
Diaval akan menjadi manusia balik dan tak tahu berapa lama lagi dia tinggal
sebelum dia berubah menjadi burung. Jadi dia kena gunakan masanya dengan
cermat.
Diaval
turun dari katil dan pergi ke tepi katil Ivy, mengeluarkan bagasi ahli sihir
itu untuk mengeluarkan seikat sampul surat didalam beg. Dia mengambil salah
satu dari sampul surat tersebut dan berikan kepada Ivy.
“Apa
ni?”
“Surat
Ayah kau.” Katanya membuat mata Ivy membesar dan dia segera membuka sampul
surat tersebut untuk membaca kandungannya.
Dear my beloved daughter
Vivian,
Jika kamu dapat surat ini,
itu bermaksud Ayah telah tiada di dunia ini—atau kamu terlalu bebal kerana
takutkan ibu kamu dari mengikut kata hati kamu sendiri.
Ivy
ketawa kecil, mengelap air matanya yang mengalir. Perasaannya melimpah keluar
seperti air terjun bila dia baca surat tersebut.
Ayah minta maaf sebab
terpaksa tinggalkan kamu bersendirian. Ayah ingin kamu tahu, walaupun Ayah
seorang Enchanted.. or orang dahulu kata berhati Mulia, Ayah tidak pernah
meragui perasaan ayah pada ibu kamu dan juga anak ayah sendiri atau ingin
membelot kamu berdua.
Ayah pasti Diaval beritahu
kamu tentang sejarah Ayah dan Ayah tidak akan minta maaf atas tindakan ayah
sebagai double assassin. Malah Ayah bersyukur kerana dengan berbuat seperti
itu, Ayah dapat seorang anak secantik kamu dan kamu membesar tanpa peperangan.
That’s all a father wants.
For you to grow up beautifully.
Read this carefully. Ini
bahagian serious. Ayah tahu kamu dalam kesulitan dalam memilih antara ibu kamu
dan soulmate kamu—
Ivy
memandang Diaval dengan pipi merah. “Ayah tahu pasal Louis—” Ivy segera menutup
mulutnya.
Diaval
faham mengapa Ivy tutup mulut dan bersuara; “Aku pun tahu jangan risau. Baca
jelah surat tu.”
Ivy
hanya mengangguk.
… Memilih antara ibu kamu
dan soulmate kamu. Trust me, ayah pun seperti itu dahulu, memilih pihak antara
Enchanted dan Vicious. Ibu kamu atau tanah kelahiran ayah.
Dan nak tahu apa ayah
pilih? Kedua-duanya.—Ini buat Ivy menjungkit kening
hairan—Just one step at the time. Ayah
tahu ini kedengaran mengelirukan tapi percaya cakap Ayah.
Just follow your heart dan
buat apa kamu rasa betul. Percaya pada diri kamu sendiri bila kamu buat
keputusan. Kamu yang tentukan bagaimana kamu nak menjalani hidup kamu.
Jangan dengar kata ibu kamu
selalu! That Witch Is a control freak sometime!—tapi, Jangan lupa, apapun kamu
pilih, Ibu kamu akan tetap sayang kamu, walaupun ia agak susah nak yakinkan
kepala batu ibu kamu tu.
Kalau Ayah boleh lembutkan
hati ibu kamu, sudah tentu kamu pun boleh juga. Besides, you are my daughter.
Bapak borek anak rintik kata Pengetua Jack Skellington.
That’s all I have to tell
you loveness. Believe in yourselve and trust your heart.
With
love,
Your father, Robin Hood
Ivy
menutup surat itu dengan perlahan,senyuman manis terukir pada bibirnya dan dia
mengelap sisa air mata di pipi sebelum memandang pada Diaval. “Hey D?”
“Hm?”
Diaval hanya tenung wajah gembira Ivy. Dia lega melihat Ivy seperti ini.
“Apa
patut aku buat?”
Daaaan
senyuman Diaval hilang. “Arrggh! Seriously? Selepas apa ayah kau curahkan
sepenuh jiwa dan perasaannya dalam surat tu supaya kau yakin pada diri kau
sendiri tapi kau tetap tanya aku? Really?
Aku tahu kau tiada hati tapi apa guna hati
budak bebal tu?!”
Ivy
ketawa pecah perut mendengar Diaval meletup dan terus memeluk penjaganya itu
dengan erat. “I still need you. Walaupun aku dah tahu apa nak buat D, aku tetap
perlukan kau.”
Ini
buat Diaval cair. Aduh….. sejak bila
pulak Ivy pandai bercakap manis macam ni? Diaval salahkan hati budak bebal
itu.
“Hm,
sure whatever.” Katanya melepaskan pelukan Ivy, cuba menyembunyikan rasa
terharunya dengan awkward. “Putera raja kau ada di Perpustakaan.” kata Diaval
membuat Ivy terkejut.
“Ya,
aku tahu sebab ini hari giliran dia ambil tugas kau susun buku di
perpustakaan.” Diaval melihat langit malam dari tingkap bilik itu. “Aku tak
tahu bila aku akan bertukar. Baik kau cakap apa kau nak aku cakap sebelum aku
jadi the annoying bird you love so much.” Katanya dengan nada sarkastik.
Ivy
ketawa kecil. “Say you love me.”
Diaval
buat muka janggal. “Excuse me?”
“Say
it…” Ivy buat muka serious tapi gagal kerana senyuman nakal pada wajahnya.
Diaval
memutar bola matanya dan picit dahinya dengan keluhan. “Menyesal aku tanya.”
Katanya sebelum tersenyum nakal. “Fine… Kau manusia terpenting dalam hidup
aku.”
“Hey!
That’s cheating!”
“Villain
don’t say that word.” Kata diaval dengan nada mengusik.
Ivy
pula bercekak pinggang. “Fine. Jadi, kau pun penjaga terpenting dalam hidup aku
jugak!” katanya tidak mahu kalah sebelum memberi kucupan di pipi Diaval membuat
burung itu kaku untuk sementara waktu.
Ivy
melompat turun dari katilnya dan mencapai salah satu kasut terdekat—iaitu
ballad shoe Ezra untuk dipakai dan bergegas keluar dari Bilik itu meninggalkan
Diaval keseorangan.
Mendengar
jeritan gembira Ivy jauh di hujung koridor, burung gagak ini mengeluh dan
rebahkan badannya diatas katil.
Sakit
melihat anak jagaannya akhirnya membesar dan berlari pergi kearah lelaki yang
dia suka.
Diaval
pusing kepalanya untuk melihat kasut boot usang yang terletak diatas katil
sebelah. Merenung tajam kearah kasut yang tidak bersalah itu.
Damn you robin… kau
sepatutnya rasa sedih, bukan aku! Desis hatinya
geram pada orang yang dah mati itu tapi sebenarnya… jauh didalam lubuk hatinya.
Diaval berterima kasih kepada Ayah Ivy.
Dan
setelah itu Diaval berubah menjadi burung semula.
.
.
Ivy
hampir tersadung kerana kakinya yang masih lemah tambahan pula tapak kakinya
yang menyengit kerana luka dari terpijak kaca.
Ivy
tidak kesah, dia terlalu gembira, terlalu bebas
untuk memikirkan kakinya itu dan teruskan berlari lalu jambatan academy yang kosong itu dan masuk kedalam bangunan
academic. Turun ke tingkat bawah Wing C, lalu taman mini Academy dan tiba di
Lobi sekolah yang kosong itu. Dia segera naik ke perpustakaan mengendahkan rasa
penat.
Dia
tidak rasa apa-apa sekarang selain rasa seperti dirinya ingin terbang keudara.
Dia tidak perasan yang academy itu kosong, Puan Camelia menjerit pada Ivy
kerana berlari di dalam perpustakaan, atau mencari Louis didalam perpustakaan
besar bapak nak mampus itu.
Hatinya
yang membawa dia ke mana Louis berada dan hatinya mengatakan Louis berada di
atas bumbung Perpustakaan
Sebaik
sahaja dia membuka pintu perpustakaan itu, Ivy bertemu dengan sepasang mata
biru yang besar, terkejut memandang tepat ke matanya juga. Ivy berhenti
dihadapan pintu keluar itu. termengah-mengah dari berlari dari hujung asrama ke
hujung academy.
Mata
hijau dan mata biru itu hanya perhatikan satu sama lain. Si mata biru tidak
dapat bernafas kerana terkejut melihat wanita yang dia fikirkan berada didepan
matanya sementara si mata hijau termengah-mengah, hanya nafas dan degupan
jantungnya sahaja dia dapat dengar.
Mereka
berdua tidak bergerak.
Seperti
masa juga berhenti untuk seketika untuk mereka perhatikan pasangan mereka
masing masing. Memerhati dengan teliti pada setiap sudut badan mereka, sudut
wajah dan memastikan jika ada perubahan selama 10 hari tidak berjumpa.
Ada
perubahan?
Banyak.
Entah
siapa yang bergerak dahulu, entah Ivy, entah Louis. Yang pasti, dalam sekelip
mata mereka dah berlari kearah satu sama lain. Ivy tersandung di tengah jalan
tapi Louis dapat menangkapnya dan mengangkat perempuan itu keudara. Mereka
berdua ketawa dengan girang sama seperti hati mereka berbunga dengan mekar pada
malam musim bunga itu.
Louis
turunkan Ivy, hanya untuk mengucup bibir perempuan itu seperti mereka tidak
pernah bercium selama ini dan memeluk pinggang wanita itu, tidak membenarkan
kakinya mencecah lantai.
“I’m
sorry… I’m so sorry for everything.” Bisik Ivy diatas bibir Louis sebelum
mencuri satu lagi kucupan.
Louis
ketawa sedikit hilang nafas kerana terlalu teruja dan menggeleng. “It’s okay…”
Dia mencium dagu Ivy. “it’s okay.” Dan juga hidungnya. “I promise you, apapun
terjadi aku takkan lepaskan kau. I vow to you that. With my heart and soul, Aku
berjanji tidak akan lepaskan kau dari pandangan aku lagi.” Dia membawa Ivy
berputar membuat Ivy menjerit riang. “Promise me will you be mine?… and I’ll be
yours.” Bisiknya dekat pada bibir Ivy.
Ivy
kebelakangkan wajahnya untuk menatap wajah Louis. Ketepikan rambut depannya,
ingin melihat wajah Louis dengan jelas, membelai dahinya, tulang pipinya dan
turun ke rahang dengan lembut. Mata terlekap pada sepasang mata biru yang
bersinar dibawah rembulan malam. Memerhatikan mata itu untuk mencari kepastian,
mengukir memori, menanam kenangan pada saat itu sebelum bibirnya pecah kepada
senyuman paling Indah Louis pernah lihat sebelum dia mengangguk. “I promise.”
“I
promise.” Ulang Louis dengan senyuman yang menyakitkan pipi sebelum mengambil
haknya pada bibir manis Ivy sekali lagi.
Sementara
itu di dalam bilik seorang puteri kecil, Charlotte memegang erat rantai yang
berada di atas jantungnya, dapat rasakan kehangatan lembut dari rantai tersebut
dan juga tersenyum lebar.
“She’s
happy..” bisiknya pada Mr. whiskers dalam pangkuannya. “Ivy’s Happy again..”
“Ouch—ou-ou-ou-ou-ou-owwwwww….”
Ivy berdesir
kesakitan bila dia rasa kakinya mula menyengit dan dia menggenggam erat bahu
Louis sehingga kukunya tertanam.
Louis
mula risau. “Kau okay? Kenapa ni?”
“—Jangan
turunkan aku!” arahnya cepat bila dia rasa Louis nak lepaskan dia. “Kaki aku
tercedera kena kaca dan—”
“Apa??”
Louis kebelakangkan kepalanya dari Ivy dan perasan pergelangan Ivy yang luka
sehingga paras siku dan juga perasan betapa ringannya ahli sihirnya itu. “Oh
aku takkan turunkan kau.” Katanya dengan nada amaran.
Ivy
pula menelan air liur kelat takut. “Apa—Hey!” tanpa amaran, Louis tukar posisi
Ivy dalam tangannya, mengangkat Ivy bridal style dan bawa dia turun dari
bumbung itu.
“Kita
nak ke mana?”
“Bilik
rawatan.” katanya dengan tegas tapi terdapat sedikit nada risau terselit
didalam ayatnya itu membuat Ivy tersenyum.
Semasa
mereka berjalan menuju ke bilik rawatan—dapat melepaskan diri dari terkantoi
oleh Puan Camelia—sebab Louis enggan turunkan dia, Louis bersuara; “Ai.”
“Hm?”
Ivy berpaling memandang Louis.
Dan
Louis mengucup bibirnya dengan senyuman nakal. “I love you.”
Dan
wajah pucat itu bertukar ke pelbagai jenis warna merah sehingga dia terkelu
tidak dapat berkata apa-apa
Sementara itu…
Jack.
Dia mengukirkan senyuman janggal yang menggerunkan pada bibirnya bila dia lihat
dua pasangan itu dari jauh. Melihat mereka dari bilik kosong di Wing B,
terhibur kerana dua kekasih itu akhirnya bersama.
Tapi tidak lama…
Jack
rasa seseorang menyentuh bahunya. “So, that’s your plan?”
“Nope,
ini baru sahaja permulaan. The fun part comes now.” Katanya dan mendapat tawa
sinis dari orang di sisinya.
“I
hope it’s miserably exciting.”
Jack
juga ketawa sinister dengan rendah, bagai alunan ombak malam dan denturan petir
di tengah laut. sangat misteri tapi mengujakan pada masa yang sama. “Oh it
will.” Dia berputar melihat partner in crimenya dan keluarkan sebiji batu
transportation, menggenggam batu tersebut untuk transportkan dirinya ke menara
Merlin seorang diri.
Setiba
sahaja dia di menara Merlin, dia melihat orang tua itu berada di atas meja
kerjanya; kelihatan serius, merenung tajam bebola kaca yang bercahaya di atas
meja, menunjukkan satu gambaran yang kabur dipenglihatan Jack.
Tapi
Jack tidak perlu tahu apa yang Pengetua Merlin sedang tonton.
“It’s
a beautiful Fairy tale love story isn’t it?” Soal Jack dengan senyuman sinis,
mengambil langkah mendekati meja kerja Merlin.
Merlin
hanya berdengung, mata tidak lepas dari gambaran dalam bebola kaca itu.
Jack
tidak mempersoalkan respon Merlin. Dia menghayun tangannya keudara, mewujudkan
sebuah buku kedalam tangannya dan lontarkannya ke atas meja Merlin. “Masa untuk
lepaskan Ivy the Devil dari garinya.”
Merlin
melihat buku fairy tale yang berjudul ‘Robin Hood’ diatas mejanya sebelum
mengangkat mata melihat Jack.
“Jangan
bagi aku riak wajah tu Emrys. Buat
kerja kau dan aku buat kerja aku.” Katanya dengan senyuman pahit. “Kau nak
Bakal putera Enchanted ni selamat bukan?”
Merlin
menghembuskan satu nafas berat, berpaling muka dari lelaki muda itu. “As you
wish.”
Ini
buat senyuman Jack makin lebar. “Perfect.” Now,
let the show begins…..
>X<
Bunyi loceng berdering
diseluruh ruang tamu menarik perhatian seorang wanita yang berumur ratusan
tahun, sedang tenung mangkuk cauldronnya yang telah dipindahkan dari bilik
tidur ke ruang tamu atas kekosongan dan kesunyian rumah itu.
Ahli sihir kejam ini
mengangkat pandangannya dari gambaran masa silam didalam cecair hijau yang
berasap itu dan alihkannya pada pintu depan rumahnya.
Aku pasti aku telah beri amaran kepada seluruh tanah Vicious untuk
tinggalkan aku bersendirian jika mereka terlalu sayangkan nyawa mereka….
Ahli sihir itu
menghayunkan tanganya diatas mangkuk tersebut, menghentikan sebarang memori
yang sedang dimainkan dan merentasi lantai ruang tamunya dengan penuh
keanggunan dan kemegahan.
Dia berdiri beberapa meter
jauh dari pintu dan menyeru tongkat saktinya didalam tangan. Mengetuk kaki
tongkatnya untuk membuka pintu dua itu secara magic, memperkenalkan siapa
tetamunya yang berani mati. Seorang lelaki pendek paras pinggangnya, berambut
merah dan senyuman menjengkelkan yang menayangkan giginya yang tidak sekata.
“Rumples… Apa kau buat kat sini?”
“Nice to be seeing you
again too, Mistress Maleficent.” Sapa Rumpletiltskin dengan dengan topi didada
dan tunduk hormat.
Riak wajah Maleficent
menggelap. You have got to be kidding
me….
“Saya pasti Lady sedang tertanya mengapa
saya berada di depan pintu The almighty Maleficent…” Rumpletiltskin memakai
topinya semula dengan nada manis.
Bila Rumples ingin
menjejak masuk rumah itu, lingkaran elektrik merenjat hujung kasut lelaki
pendek itu memberi amaran untuk tidak mengambil sebarang langkah kedalam rumah
tersebut.
“Saya jangka amaran saya
tidak sampai ke telinga kamu atau kamu dah lama hidup didunia ni dan bersedia
untuk mati.” Maleficent menyalakan batu yang menghiasi tongkat saktinya,
seperti bersedia untuk bertindak. “Saya pilih jangkaan kedua.” Sebelum dia
sempat nak hapuskan lelaki pendek itu, Rumpletiltskin mengeluarkan segulung
kertas usang namun kelihatan baru didalam tangannya.
Sumpahan membunuh
Maleficent terhenti. “Kenapa ada kontrak menyedihkan itu didalam tangan kamu?”
soalnya dengan nada mengancam.
Rumpletiltskin cuba
menyembunyikan rasa takut pada ahli sihir terkejam yang telah membunuh satu
perkampungan dalam satu sumpahan itu. tapi titisan peluh tetap pecah di
dahinya, mengalir turun membasahi kening. “Saya tahu Lady sekarang bersedih,
patah hati yang Anak kesayangan Lady telah membelot—”
“Go straight to the point.” Menyebut tentang anak perempuannya
membuat kesabaran Maleficent menjadi senipis kain siffon.
Rumpletiltskin menelan air
liur kelat. Ketakutan teserlah pada wajahnya. “Uhm… Err—This Contract…” lelaki
pendek ini terdiam untuk seketika, cuba kembalikan keyakinannya kerana dia tahu
perkara yang akan buat Maleficent meletup ialah bila orang sedang membuat
penjelasan kepadanya memakan masa yang terlalu lama.
“Kontrak ini boleh
mengembalikan Anak perempuan Mistress, Ivy the Devil kembali memihak pada
Kegelapan.” Dia berterus terang.
“Dan kamu nak saya tanda
tangan kontrak itu?” Maleficent menarik sengih. “You can’t fool me Rumples. I
know your little twisted contract.”
Kali ini Rumpletiltskin
tersenyum. Kelihatan yakin. “Tapi Mistress Maleficent… Mistress tidak perlu
untuk tandatangan kontrak ni, sebab orang lain dah tanda tangankan kontrak ini
untuk Mistress.” ayatnya menarik perhatian ahli sihir kejam itu. “Apa Mistress
Maleficent perlu buat ialah teruskan perancangan membalas dendam Mistress dan
tunggu sehingga peperangan antara Vicious dan Enchanted terjadi. And…. Saya
pasti Mistress Maleficent ingin tahu mengapa kontrak ini istimewa sangat sehingga
boleh membawa Ivy kesisi Mistress Maleficent kan?”
Maleficent mengecilkan
pandangannya pada Rumpletiltskin, memberi amaran pada dirinya sendiri secara
mental untuk berjaga-jaga dengan lelaki yang penuh hela itu.
Jangan sampai kejadian 15 tahun lalu terjadi lagi…
“Baiklah. Sila masuk.”
Kata Ahli sihir itu, mematikan pelindung pada pintu rumahnya dan berpaling
kebelakang, bergerak menuju ke dapur rumahnya. “Follow me.”
Rumplestiltskin pula
akhirnya tersenyum. Senyuman kemenangan kerana semua telah mengikut rancangannya.
Dia masuk kedalam rumah itu dengan kontrak misteri itu digenggam erat dalam
tangan.
Let’s the curtain open and the play has begun…
~The
End For F.A.T.E~
MUST
READ!!!!
(A/N: Mesti korang
tertanya… PANJANG LAGI KE CITER NI?!!! Yes… yes it is. Ia akan diteruskan
dengan judul terbaru. L.O.S.T. aka Love
on someone’s tears dan korang pasti terfikir, bila lah angah nak sambung
The Chosen one dan NCK??? Jawapannya ialah selagi angah tak dapat ending
sebenar untuk citer ni, selagi tu angah tak boleh move on dengan citer lain.
Angah rasa macam nak minta
maaf kat korang tapi… hey, takkan angah nak minta maaf hanya sebab otak angah
enggan nak lepaskan citer ni dan enggan nak move on citer lain kan? Besides,
siapa suka citer tergantung sedangkan banyak lagi rahsia belum dibongkarkan?
That is sooooo unprofessional!
Hahahaha, Next, Thank you
sebab setia dengan citer angah! All your comment in every chapter really
inspire me to write more!! Walaupun masa nak menaip dah singkat kerana kerja
berlambak dan post chapter lebih slow dari sebelumnya! I want to cry because
you all are so lovely to me!! (T____T)
Anyhow, harap sambungan
cerita ini; L.O.S.T, korang akan support angah jugak seperti dua previous citer
ni!! Maybe lambat post chapter tapi semangat nak menaip itu tetap ada hanya
kerana korang komen in every chapter!!
Let me cry in the corner
for a moment! Hahahaha, apapun…. See you in the next series of this e-novel!!
L.O.S.T. = Love on Someone’s Tears.
With
eternal Love,
D.U.K
P/S: If Maleficent know
about Louis and Ivy…. Those couple need more than Robin Hood’s will to help
them from the wrath of an angry mother. When that mother is the evilest
sorcerer in the centuries.\
[Previous] | [MiT] | [L.O.S.T]
huhuhuhuhuu angahhhh...muahahahah puasss... entry yang panjang....finally....hohoho bila tengok end of F.a.t.e ....ingatkan angah nk stop n ending dis story mcm ni je...hohoho nasib baik xmeroyan duluannnn....ha ha ha love u angah.....cecepatlaaaaaaa angah.... nak L.O.S.t...... terlalu bnyk misteri lagi la angah.... jack...?????? jahat ke baik sebenarnyeee...hu hu hu ..... n robin hood??? ohhh nooo di luar jangkaan...tahu x...da first ingat merlin bapaknye ivy...hahaha crazy rite.... :p :p :p keep it up angah... alway waitinggggg........
ReplyDelete~ccc(,)(<)
*menggelabah bagi awak ubat* take a chill pill babe! Angah ter-excited jugak ni!! Hahahaha and no, NO WAY angah akan biarkan citer ni tamat cam tu je. So many question unanswered!!
DeleteYasssssss good luck for me on Writing L.O.S.T! HWITING! \(^^)/
Angah. ^_^
ReplyDeleteYe, angah d sini *wink wink*
DeleteOwhhh. Gitu ceritanya. Betulla tu angah. Kene ada sambungan cerita ni. Sapa Dark Lord yang mak Ivy perhambakan diri tu pun kami belum tahu lagi.
ReplyDeleteTapikan, kenapa Hood blh menjelma kat dunia tapi ayah Ivy tak boleh? dua2 dah meninggal kan?makin menarik.
- minah-
Actually there's no Dark Lord... Maleficent tu la the Dark Lord dlm tanah Vicious tu selain Jack Skellington.
DeleteMaleficent and other villain hanya hamba pada kegelapan & kejahatan
While Merlin and other berkhidmat utk cahaya & kebaikan.
Understood honey?
robin hood bapa viv..
ReplyDeletedan kenapa pengetua jack skellilngton dan merlin mengutus surat lalu hood?
dan kenapa merlin kena ikut kata JACK
HAHAHAHAHAHA persoalan tu angah xleh jawab, kena tunggu the future chapter!!! Heeeee *smile smile*
DeleteSemuanya akam terjawab juga! Don't worry love and sentiasa setia dgn L.O.S.T pula (≧∇≦)
Ada kah hood dengan robin hood ni ade pertalian antara satu sama lain ? Sebab hood tahu macam2 tentang ivy . And again . Another sequel yeah . Harap2 mystery sume dekat fate cepat2 terbongkar .
ReplyDeleteAnd DIA yang hood maksudkan tuh lady morgana kah ? Aduhh banyak nau persoalan nya . Harap2 angah sambung dengan cepat sebab nak taw sangat2 dalang dalam cite nihh . And please kalo bole banyakkan lagi scene ivy and louis . Hehehe .
Apa2 pong terbaik ar cite angah nih .
Yes, mereka adik beradik. Go back to chapter 22th L.O.V.E and Ivy ada sebut pasal ayahnya and red Riding Hood... But how RRH mati belum diterangkan lagi. U'll know in the future chapter!
DeleteAnd of course babak Ivy n louis akan ada! Huhuhuhu and jack juga *smirk*
angah.....
ReplyDeleteorg dh baca bekali2 ni..tpi xde pn citer about robin hood dgn res riding hood... at 22 L.O.V.E pn just ckp the famous story about robin hood dgn kakaknye red riding hood.... n then..... tgantung penuh misteri.... Angahhh...banyk sgt misteri smpai jadi fenin utk cantumkan smuanya....hope angah akan bagi entry yg cleat up all the misteri.....huhuhuhu some part stop just like to be cntinue n cntinue with misteri yg lain n yg lain....mcm mn dgn alice yg hilang tnpa khabar berita...oh no.... im totally out.... pls... help me with the clearance....hehhehe dh mcm clearance sale nak raya kan angah....hikhikhik...
Hahahahaaha yes, belum ada citer tentang adik beradik hood and dlm chapter 22th LOVE tu hanya sedikit hint tntang hubungan dorang.. Huhuhuhu
DeleteBut in the near future chapter akan angah ceritakan kisah dua beradik ni okay?? How he died and how she died too HAHAHAHAHAHA
Terlalu bnyak persoalan y akan dijawab dlm chapter y sesuai. No worries, no worries! Angah akan clear kan segala persoalan awak!
Huhuhu, just need time to write it *wink wink*
haaaa angah.,sbelum tlupa...ada lagi nie angah...it is jack sklengton & sally a good person.... huhuhu dorang pakat ngn merlin ke? aaaaaaa....org jdi cnfius ni angah. yang mana baik yg mana jahat...adoishhhhh gedebuk gedebak....i cant stop thinking all of dis....pls help me... teruk sgt dh nie....im sorry if i burden u with all my thinking.......
ReplyDeleteAaaand about jack skellington and Sally pulaaak.... I dont want to spoil anything, like angah said, tunggu di future chapter And masa utk menaip chapter tu *wink*
DeleteHarap awak bersabar dgn angah! And u don't burden me at all! Angah suka bila korang komen cam ni, ia tolong angah utk taip apa y korang persoalkan dlm citer ni. Makes thr story more interesting (≧∇≦)