Seventeenth L.O.S.T
November 14th, Great China.
Sudah 6 minggu misi mencari The
Apprientice’s wand berlalu dan setakat ini hanya cebisan-cebisan petunjuk yang
ditemui. Kali ini kami berada di dalam The Great wall dibawah jagaan anak-anak
Permaisuri Wu Zetian; Puteri Shui Ling dan Putera Xiao Ai dalam berlatih
menjadi ahli sihir yang layak memegang kayu sakti Wizard Merlin.
Selama enam minggu ini, aku masih meragui
kebolehanku dalam menyeru kayu sakti tersebut walaupun mereka; orang-orang
Enchanted berharap untuk aku kembalikannya semula. Aku tahu mereka juga meragui
diriku. Siapa tidak?
Apapun, musim luruh kian berakhir dan di
sini tanda-tanda datangnya musim sejuk makin ketara. alam menjadi putih, tumbuhan
kembali tidur dan nafas umpama awan. Salji putih menebal dan pemandangan umpama
mahligai di pagi hari dan umpama alam maya pada waktu malam.
The Great China, seperti apa yang
diperkatakan oleh orang ramai. Sebuah negara yang sangat indah, sangat maju dan
sangat mengujakan.
Terdapat banyak dugaan dalam mencari kayu
sakti ni, dan dalam menempuhinya, aku dapat belajar benda baru, perkara yang
aku selama ini tidak terfikir untuk membuatnya. Perkara yang aku sendiri tidak
tahu kewujudannya.
Dan, tanpa aku sedari… aku menyukainya lebih
dari apa yang aku bayangkan. Aku tidak patut meragui The Great Wizard Merlin.
WAlaupun dia kelihatan tua dan mungkin sedikit lembab, gelaran ‘the Great
wizard’ bukan hanya perhiasan di depan namanya.
Dia mempercayai aku boleh lakukannya,
walaupun misi ini agak pelik bila dijalankan oleh The Great Wizard Merlin, tapi
hasilnya sangat berbaloi, lebih berbaloi dari apa yang aku jangka.
Dan… terima kasih pada Wizard Merlin, secara
perlahan… orang Enchanted mula memandangku dari sudut yang berbeza.
Dan ia buat aku gembira. Sangat gembira.
“Yo snow witch, penghantar surat dah
sampai!”
“Okay!” sahut Ivy,
mengakhirkan ayatnya dengan tiga perkataan terakhir di bawah kertas itu dan
selitkannya kedalam sampul surat. Mengikatnya dan bergegas keluar dari bilik
betemakan kerabat china, meninggalkan DIaval yang tidur di palang rehatnya.
Sebaik sahaja dia
keluar dari bilik itu, makhluk merah seumpama ular kecil datang melingkar naik
ke bahunya dan berkata; “Tulis surat lagi?
Girl, sekarang aku mula syak kau ada boyfriend.”
Ivy hanya berikan
senyuman termanisnya pada Mushu membuat naga itu terngangah.
Belum sempat Mushu
ingin bersuara, mereka telah tiba di bilik menunggu dimana si kembar dan
Penghantar surat sedang berbual tentang surat-surat yang berada di dalam tangan
putera China itu.
“Oh Ivy!” Puteri
Shui Ling mengambil beberapa pucuk surat dari tangan Putera Xiao Ai dan berikan
pada Ivy. “Ni surat untuk kamu dan—Is that another letter?”
“Yup!” Jawab Ivy
mengangkat dua pucuk surat didalam tangannya dan berikan pada Penghantar surat.
“Uuuu…. Tak pernah
tak hantar surat. Kamu buat saya fikir kamu ada boyfriend.”
“That what I
said!” Mushu bersuara hampir memekak telinga Ivy. “Maaf sayang—dan dia ada
boyfriend! Kau boleh percaya tak?!”
“Cik Ivy
sememangnya perempuan yang menawan.” Putera Xiao Ai bersuara tanpa memandang
wajah terkejut dari adik dan ahli sihir—termasuk penjaga (Mushu) mereka. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Penghantar surat untuk surat-surat untuknya dan
bergerak pergi.
“Jangan lupa Cik
Devil, ni malam ada dinner dengan Permaisuri.” Dia sempat bersuara sebelum
menghilang disebalik pintu masuk bilik itu.
Puteri Shui Ling
menarik sengih. “Kadang-kala kakanda saya agak mengejutkan. Tak sangka dia
boleh kata kamu menawan—ma-maksud saya—
“jangan risau Tuan
Puteri, saya juga terkejut.” Ivy berikan senyuman menenangkan sebelum bertukar
pada Penghantar surat. “Tolong hantar pada mereka berdua secepatnya. Okay?”
“B-Baiklah
Cik—Devil—maksud saya, CIk Ivy.” Dia melatah bukan kerana takut tapi tersipu
malu kerana ahli sihir Vicious itu kelihatan cantik seperti apa yang mereka
katakan. Apatah lagi berpakaian seperti orang-orang China. Dia
kelihatan sangat exotic.
Puteri Shui Ling
memetic jari, perasan bagaimana Penghantar surat itu memandang tetamunya dan
beritahu penghantar surat itu yang dia boleh beredar dengan nada yang penuh
sopan santun.
“Seriously.”
Puteri Shui Ling menggeleng dengan tawa kecil. “Saya minta maaf atas kelakuan
kakanda saya dan… penghantar surat tu.”
“Tak perlu minta
maaf Tuan Puteri. Saya dah biasa dengan perangai Putera Xiao Ai dari Academy
lagi.”
“Dan saya….”
Puteri Shui Ling mencapai kedua tangan Ivy. “Tak biasa lagi dengan kamu! I
mean, all this time saya ingatkan kamu seorang yang… you know, keji, kejam,
gelap dan menakutkan tapi…” Puteri Shui Ling mencapai rambut Ivy yang kian
memanjang, jatuh cantik dibahu kanannya. Melihat wajah putih Ivy seumpama salji
putih, pipi dan hidung kemerah-merahan kerana cuaca sejuk dan bibir nipis yang
merah seumpama buah ceri. “Kamu kelihatan seperti seorang wanita yang saya tidak
kenali. SAngat berbeza.”
“Uh-huh, dia belakon saja di depan kau.”
Mushu bersuara bertukar bahu dari Ivy ke Anak jagaannya sendiri dan bercekak
pinggang. “Kau patut tengok perangai dia yang sebenar bila korang berdua takde.
Dia merupakan apa yang kita semua fikirkan! Keji.
Kejam. Gelap. Dan menggerunkan!”
“Oh hush Mushu.
Kamu ni paranoid sangat.” Puteri Shui Ling menyentuh hidung naga itu membuat
dia terkejut.
“Dan jangan sentuh
aku macam aku ni haiwan perliharaan kau Shui Ling. Aku penjaga kau. Seekor naga.
Naga yang menggerunkan. Faham?”
“Tu yang aku cakap
kat Diaval!” Ivy tertawa kecil. “Dia paranoid kalau aku cuai dalam misi ni.
kena letak sedikit keseronokan, aku taknak jadi serious dan bosan sepanjang
masa.”
“Definisikan keseronokan kau tu.” Mushu mengecilkan
matanya pada Ivy.
“Mushu!”
“Apa? Itu hanya
satu soalan.”
“Tapi kurang
sopan. Ingat, Ivy tetamu kita dan kita kena layan dia dengan penuh hormat.”
“Tapi dia anak
Maleficent!”
“Latar belakangnya
tidak menentukan siapa dirinya yang sebenar!” sahut Puteri Shui Ling kali ini
dia kelihatan agak marah.
“Oh sekarang kau
bela ahli sihir licik ni—You know what? APa-apa je lah. Aku tak kisah.” Mushu
melompat turun dari bahu Puteri Shui Ling dan bergerak keluar dari bilik itu.
“Kamu nak pergi ke
mana tu?”
“Pergi ke pada
sesiapa yang tak bela Ahli sihir Licik tu!” sahut Mushu dengan penuh dramatic.
“And that’s Your Brother!”
BAM!
Pintu ditutup
dengan kasar membuat dua wanita dalam bilik tersebut melompat sedikit,
memandang sesame sendiri sebelum tertawa kerana perangai dramatic Mushu bermula
lagi.
Sepanjang 10 hari
Ivy berada di Great China, Mushu dan Ivy tidak bersefahaman langsung. Mushu
kata Ivy sedang memakai topeng baiknya
pada semua orang hanya untuk buktikan yang dia boleh dapatkan Apprientice wand.
Mushu tahu yang Ivy sedang meranjang sesuatu yang jahat dibelakang mereka semua
dan Wizard Merlin terlalu baik untuk berfikiran buruk tentang anak
muridnya—atau telah mindanya telah di santau oleh ahli sihir jahat tu sendiri!
Ivy telah
diramalkan menjadi ahli sihir terkuat di tanah ini, tentu dia boleh santau
Wizard Merlin pada bila-bila masa. Tapi mereka tidak percayakan Mushu kerana
jika Ivy boleh santau Wizard Merlin, itu bermaksud dia takkan dapat kayu sakti
tu. Dia kena menjadi ikhlas dengan apa yang dia buat. Itu syarat untuk seru
kayu sakti tersebut. Jika dia berbuat jahat, kerjanya akan menjadi sia-sia.
Namun Mushu tetap
tegakkan pengadilannya. Mengatakan sebaik sahaja Ivy datang ke Great China,
Mushu dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Sisiknya meremang bila dia dekat
dengan Ahli sihir tu! Dan sehingga sekarang Mushu masih musykil dengan Ivy
walaupun selama 10 hari ini Ivy tidak melakukan apa-apa dibelakang mereka.
“So, kamu bila nak
balik Academy?” Puteri Shui Ling membuka tajuk baru untuk dibualkan, sekali
membawa Ivy duduk di kerusi yang tersedia didalam bilik itu. Membunyikan
loceng, memanggil dayang-dayang istana. “Its been months Academy… senyap tanpa
berita hangat dari Ahli sihir muda vdari Vicious.”
“Oh, tak sangka
saya sebegitu popular di academy.” Ivy berdramatic seperti mushu membuat kedua
wanita ini ketawa. Ivy menggeleng dalam tawanya. “Aku tak pasti, mungkin aku
kembali pada minggu Final Exam? Dan jika pada masa tu kami tak dapat kayu sakti
apprientice, kami akan kembali mengembara.”
Dayang-dayang
istana datang membawa seset teh dan manisan untuk dihidangkan mereka berdua,
meletak diatas meja coffee berukiran tersangat cantik dan tuangkan dua cawan
untuk mereka berdua sebelum beredar dengan senyap.
Puteri Shui Ling
mengambil tehnya untuk dihirup. Menikmati bau wangi teh itu dengan senyuman
manis. “Berapa lama lagi kamu di sini?” Soalnya dengan lembut. “Saya dan
kakanda saya akan kembali ke Academy dalam dua hari. Adakah latihan kamu juga
berakhir bila kami kembali nanti?”
Ivy diamkan diri
untuk seketika, kedua tangan di paha tidak menyentuh langsung minuman atau
manisan diatas meja. Dia menggeleng dengan senyuman. “Terpulang pada Wizard
Merlin. Dia akan beritahu bila masa kami pergi dan memandangkan dia sibuk
menghadiri meeting formal diantara para pemerintah diraja, aku hanya boleh
tunggu dan lakukan tugas saya di sini seperti biasa.”
Puteri Shui Ling
mengangguk faham, mengambil sehirup lagi dari minumannya. “Apapun, saya gembira
kamu datang ke Great China dan menolong kami menghadapi musim sejuk nanti.
Pertolongan kamu sangat dihargai.”
“Gembira membantu
Tuan Puteri.” Jawab Ivy dengan senyuman manis.
.
“Aku cakap dia ada rancangan jahat untuk
tumpaskan Great China!” Sahut Mushu di tepi telinga Putera Xiao Ai, membuat
putera china ini tersentak dari membaca bukunya.
“Mushu…” Putera
Xiao Ai mengeluh, menutup buku bacaannya dan berikan renungan tajam pada
makhluk merah itu. “kalau kau musykil sangat, kenapa kau tak pergi ekori gerak
geri dia je?”
“Dan kau tak syak perbuatan baik ahli sihir
licik tu?” SOal Mushu dengan nada dramatiknya.
“IN the matter of
fact, I do.” Balas Putera China itu, bangun dari kerusi meja belajar dan keluar
ke perpustakaan peribadinya. “Tapi setakat ni tiada tanda-tanda yang dia buat
sesuatu dibelakang kita.”
“Atau…. Kau sebenarnya
simpan perasaan pada ahli sihir tu. Memandangkan
kau puji dia menawan.”
“Even if
aku ada perasaan pada ahli sihir tu, bukannya aku boleh buat apa.”
“Sebab dia dah ada
kekasih?”
“Sebab dia dah ada
kekasih.” Putera Xiao Ai mengangguk. Tiba di perpustakaan, berjalan ke belakang
bilik tersebut dimana rak buku antique berdiri cantik pada dinding. Dia sempat
memandang ke kiri dan kekanan sebelum menarik empat buku dari tempat tersebut
mengikut urutan seperti ia satu kod rahsia. Membuka pintu rahsia kepadanya dan
masuk ke dalam. “Yang mengejutkan ialah, disebabkan kekasihnya, aku tahu dia
takkan buat apa-apa buruk.”
Mushu berpaling
kebelakang, melihat rak tersebut kembali menutup pintu rahsia tersebut dan juga
memastikan tiada apa-apa yang mengekori mereka dari belakang. “Dan kau tahu
siapa kekasihnya?”
“Ayat aku kurang
jelas ke?”
“Well… itu sebab kau tak cakap ‘aku kenal
kekasih dia siapa’—Of course kurang
jelas!” sahut naga itu dengan nada rendah, memandangkan mereka berjalan
didalam laluan rahsia terdapat di bawah istana, dan bertemu dengan satu lagi
perpustakaan yang mempunyai buku sacred milik Great China.. “Kau pasti yang
budak ni takkan buat ultimate-evil-plan-ruining-great-china-by-decieving-every-single-one-of-them-with-fake-kindness?”
“Tak.” Putera Xiao
Ai mencari buku yang dia inginkan untuk
beberapa minit, membiarkan Mushu menunggu ayatnya yang tergantung dan bila dia
temui buku yang dia cari, dia terus keluar dari tempat tersebut. “aku tak
percayakan dia langsung. Tapi aku percayakan kekasih dia.”
Mushu diamkan diri
untuk seketika. Memproses apa yang anak jagaannya katakan dengan jari telunjuk
terangkat di udara.
Anak jagaannya jenis tak percayakan orang.
Dia tak pernah percayakan sesiapa, termasuk Permaisuri Wu Zetian, ibundanya
sendiri. Jadi…. Siapa….
Mata Mushu
membesar, memandang wajah Anak jagaannya dengan horror. “Adakah… kekasih nenek
sihir tu… Putera George—Pfft, who am I kidding! Lupakan—
“Yup.”
Mulut Mushu
terngangah, hampir buat rahangnya tercabut dari kepalanya. “YOU HAVE GOT—
.
.
“—got to be kidding me.” Ivy memandang
tehnya berubah menjadi hitam dan separuh dari manisan diatas meja juga terbakar
menjadi hitam dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Sebaik sahaja
Puteri Shui Ling beredar untuk latihan Tai Chinya, Ivy terus membaca mantera
‘Reveal’ pada minuman dan manisan yang dihidangkan untuk mereka. Dan seperti
yang Ivy jangka, cawannya telah diletakkan racun dan manisan yang Puteri Shui
Ling juga telah dibubuhkan racun.
Dan ia bukan
sebarang racun. Ia satu sumpahan, sesiapa makan racun sumpahan ini akan mati
secara perlahan dan bila di siasat, racun tersebut tidak akan dikesan didalam
badan.
He got his turn… memandangkan hanya
cawan Ivy yang di sumpah dan manisan yang Puteri Shui Ling tidak gemar sahaja.
Ivy mengeluarkan sapu
tangannya, mengambil tiga keping dari biskut yang telah diracun itu sebelum
menghayun kayu saktinya pada manisan yang lain, membakarnya menjadi abu,
menghilangkan segala petanda tentang perkara tersebut dan beredar secepat yang
mungkin, kembali ke biliknya.
“Diaval!” sahutnya
sebaik sahaja tiba dan menghayun tangan ‘into a human’ pada burung yang
terbangun secara mengejut.
Diaval jatuh
terduduk diatas lantai bila dia berubah dan merenung anak jagaannya. “Can’t you
wake me up a little gentler?”
“Oh Hush. Masa
untuk buat kerja.” Katanya mengeluarkan buku black magicnya yang terdapat
sehelai surat terselit diantara muka surat dan bentangkannya diatas meja.
Kertas yang dibentang itu merupakan sebuah circle rune yang berbahasa China
Kuno.
“Apa kau buat ni?”
“Dia dah bertindak,
kini giliran aku pula.” Ivy berikan senyuman wickednya. “10 hari kita
terperangkap di tempat ni dan aku akhirnya dapat ‘perhatian’ yang aku nakkan.”
Dia menghulur biskut sumpahan yang berbalut pada DIaval. “Tolong hancurkan
biskut-biskut tu jadi habuk—jangan sentuh, ia dah terdedah dengan dari sumpahan
tu dan tulis mantera yang ada didalam buku aku.” Katanya tunjuk muka surat yang
dia minta Diaval tulis dan bergerak ke Almari bajunya. “And Don’t peep.”
Diaval memutar
bola matanya. “Tak bernafsu.” Jawabnya slamber dan buat apa yang Ivy minta dia
lakukan. Menumbuk biskut itu didalam sapu tangan dan letakkannya di
tengah-tengah bulatan Rune itu. Menulis mantera kuno di sekeliling bulatan
tersebut. “Done.”
“Good.” Ivy
kembali dengan baju serba gelap. Seluar jeans hitam, dan jaket sejuk berhoodie
berwarna hijau. “Now step back.”
“Kau pasti ke ini
akan berhasil?”
“Mesti.” Jawab Ivy
menggulung lengan bajunya. “Remember that time in high school yang aku kena
seru Devil’s Minion guna Old Latin Circle Rune?”
“Di mana Minion tu
terus menyembah kau dalam ketakutan sebaik sahaja mereka diseru?”
“Yup.” Ivy tertawa
mengingatkan memory lama itu. “Aku berhasil dalam sekali cuba. Takda perbezaan
dengan Chinese Rune.”
Diaval menarik
sengih. “Dan macam tu kau dapat gelaran Ivy the Devil. Pengetua Dracula sendiri
kata You might be the Devil herself.”
“Oh, stop
flattering me.” Ivy mengenyit mata pada Diaval. “dan aku kata kebelakang sikit.
Sebagai langkah berjaga-jaga.”
Diaval mengangguk
faham dan membelakangkan dirinya dari Ivy bila anak jagaannya mula membaca satu
mantera dalam Bahasa China dengan tangan didepakan diatas bulatan Ruin itu.
Graviti mula
bermain didalam bilik tersebut dan cahaya hijau datang dari serbuk biskut
menandakan mantera Ivy berhasil.
Diaval mengambil
selangkah kebelakang lagi bila keadaan kelihatan tidak terkawal dan mata Ivy
bercahaya sama dengan serbuk biskut itu. Tambahan suara Ivy menjadi tambah
kuat.
“向我揭示他們的錯誤,
向我展示你的主人!
向我展示你的主人!”
Dan,
biskut itu terbakar dengan api hitam, membakar sekali bulatan Ruin tersebut.
Api hitam itu melingkar naik dalam bentuk bulatan sehingga ia separas dengan
wajah Ivy. Marak seperti ia sedang mencabar ahli sihir muda itu, mengeluarkan
bunyi percikan yang kuat dan Ivy menarik sengih sebelum menyambung mantera
Chinanya.
Api
hitam itu mula merecik kuat dan kelihatan seperti ia ingin meletup, kelihatan
tidak terkawal. Seperti dia kena seksa.
Sebelum satu bunyi nyaring dari api hitam itu, seperti satu jeritan yang
membuatkan barang-barang yang terapung didalam bilik itu jatuh ke lantai dan
Api hitam itu terbang keluar jendela, melarikan diri.
Ivy
jatuhkan kedua tangannya kesisi. Matanya yang bercahaya kembali biasa dan
menarik nafas panjang.
“Berjaya
ke?”
Secara
perlahan, senyuman wicked Ivy meleret ke pipi dan berputar memandang Diaval. “Sekrang,
hanya tunggu ia bertindak.”
“Kau
bermain dengan anchient Demon, Ivy.”
“Hm.”
Itu sahaja Ivy jawab, bergerak ke tepi katil dan duduk dengan perasaan riang. “I
like playing with fire.”
“Dan
kau akan merbahayakan nyawa orang-orang Great China.”
“Isn’t that my forte?”
Ini
buat Diaval tergelak, menggeleng dengan tangan di dahi. “Ini akan terjadi jika
ahli sihir Vicious diletakkan disekeliling orang baik—
“dan
orang yang meraguinya—
“—dan
dia akan buktikan pada mereka yang dia bukan orang yang patut diragui. Kau
tahu tak kau macam Ibu kau semasa dia muda?” Soal Diaval dengan senyuman nakal
yang sama dengan Ivy.
“Mak
borek anak rintik?”
“Kemana
tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi?”
Senyuman
wicked ahili sihir muda ini membesar. “Sekarang, hanya tunggu bila masa api
hitam tu buat apa yang aku nak. Then, kita akhirnya
tangkap that darn asshole!” senyuman Ivy berubah menjadi jijik, sakit hati.
“bermain sumpahan dengan aku hanya kerana aku lambat jejak dia? Sebagai tanda kemana aku perlu cari dia? Huh!” Ivy melontar tangannya keudara fed up. “Dia
sebenarnya sedang berseronok aku main permainan kecilnya ni! macam budak-budak,
saling kenakan satu sama lain dan tunggu giliran siapa kenakan siapa.”
“Dan
kau sebenarnya sedang berseronok dengan
permainan membunuh ni.” Diaval memeluk tubuh dengan renungan mencabar. Kalau
ivy berani menafikan ayatnya.
Ivy
hanya berikan senyuman nakal. “aku kena mengaku, dia tahu macam mana nak
hiburkan aku.”
“He
did say he is in love with you—well, nama kau je. Dan apa rancangan kau untuk tangkap
dia kali ni?” Soal Diaval. “Might I remind you, kau dah gagal tangkap dia tiga kali. Ulang suara, tiga kali kau gagal—
“Oh
hush, jangan nak ingatkan aku.” Ivy menepis ayat Diaval seperti lalat dihadapan
mukanya. “Kali ini pasti Berjaya. Aku dah tak tahan dengan perangai orang-orang
di sini, berkelakuan baik depan aku tapi mencaci maki aku dibelakang. And that worm… ulat beluncas merah tu tak
membantu langsung! Kalau boleh aku nak je—Urrgghttt! Potong-potong dia dan
jadikan shushi untuk dihidangkan pada Permaisuri Wu Zetian pada makan malam ni
nanti!” Ivy melihat Diaval mengemas meja yang Ivy selerakkan dan mengeluh.
“Macam mana kau boleh tahan dengan mereka semua ni? hipokrit?”
“Sebab
bukan aku yang mereka kutuk—
“Tapi
anak jagaan kesayangan kau kena—
“Dan
aku mengambil keputusan untuk mengendahkannya. Aku tahu apa yang mereka tak
tahu tentang kau Ivy dan itu cukup bagi aku. Ya, mereka menyakitkan hati tapi
kalau aku juga memberontak seperti kau. Kerja kita takkan ke mana.”
Ivy
memandang Diaval berikan senyuman nakalnya pada Ivy membuat ahli sihir muda ini
menarik sengih. “Berlakon menjadi orang berfikiran rasional huh?”
“Tak.
Aku berkelakuan orang yang matang. Seseorang kena jaga kau bila kau macam ni.”
Diaval ketawa kecil bila Ivy melontar bantal di belakangnya.
“Just
wait, aku akan buat mereka menyesal nak mati kerana pandang aku macam aku ni….
sangat jijik. They’ll see, bila aku tangkap Ja—
Pintu
bilik mereka diketuk membuat kedua orang Vicious ini saling berpandangan dan
Ivy segera mengubah DIaval menjadi burung semula sebelum bersuara “Masuk.”
Pintu
biliknya terbuka menunjukkan seorang dayang duduk dengan kepala tertunduk pada
Ivy. “Cik Devil, Pekerja di pelabuhan sedang menunggu kedatangan Cik sekarang.”
“Oh…”
Ivy bangun dari katil dan mencapai buku jampinya untuk dimasukkan dalam beg
sandang. “Alright. Aku pergi sekarang.” Katanya menghayun beg sandang
kebelakangnya dan beredar dari bilik itu bila dayang itu bergerak ke tepi untuk
berikan laluan pada Ivy.
Diaval
terbang keluar dari bilik itu dan mendarat di bahu Ivy. Menyahut dengan
perlahan dan mendapat usapan lembut dari ahli sihir muda itu.
“I
know…. Kita kena lebih berhati-hati kali ni.”
.
.
“Oh
Good Morning Cik Ivy! Kamu datang tepat pada masanya.” Seorang lelaki berumur
sekitar 50-an namun kelihatan segak dengan pemakaiannya sebagai seorang Kapten
kapal dagang menyapa Ivy dengan senyuman lebar. “How was your morning?”
“Cheerful.”
Jawab Ivy dengan senyuman nipis, berdiri di sisi Captain itu untuk melihat
kapal yang cantik berlabuh dengan barang-barang dagang sedang dinaikkan oleh
anak-anak kapal. “So Captain Crook, di mana saya diperlukan hari ni?”
“Kamu
telah banyak membantu kami semalam betulkan Si Jelita ni. mengangkatnya ke
udara untuk kami tutup lubang di bahagian belakang kapal. Mesti kamu penat
memandangkan kamu menangkatnya sepanjang hari.” Captain Crook berpaling pada
Ivy semula. “Mereka tak tipu bila mereka kata Wizard Merlin ada anak murid yang
menakjubkan.”
Ivy
tertawa keci dengan gelengan. “saya takkan cakap saya anak Murid yang
menakjubkan tapi… saya rasa saya layak mendapat sedikit pujian.” Ivy melihat
kapal bernama Si Jelita itu dengan hembusan nafas gembira. “Tak sangka kapal ni
berumur hampir sama dengan sejarah Zaman Gelap tanah ni. hanya beza dua tahun.” Kata Ivy dengan kagum.
“She must see many things all those years.”
“Melihat
Enchanted bangkit dan menolong menghantar barang-barang penting dari kerajaan
ke kerajaan lain. Membawa para pemerintah merantau dan terselamat berpuluh kali
dari lanun-lanun laut. She’s one sturdy girl.”
“Ya…
betul tu,” Ivy mengangguk setuju. “Dalam beberapa tahun lagi, kapal ni akan
sambut umurnya yang ke 100! Pastikan jemput saya okay? I’m her doctor.”
Captain
Crook tertawa besar dengan lawak Ivy. “Will do Love, will do. Apapun, kami
hanya nak minta tolong mengangkat barang dari pelabuhan naik ke kapal saja.
Barang-barang ni agak istimewa dari biasa dan juga agak besar. SAya takut kami
tiada banyak masa untuk mengangkat semuanya dan hantar ke Kota Baru.”
“Istimewa?”
“Ia
perintah dari Permaisuri Wu Zetian. Ia kena dihantar dalam masa dua hari ni.”
Jawab Captain Crook, memberitahu yang barang-barang itu adalah sulit dan tidak
semua orang boleh mengetahuinya.
Ivy
mengangguk faham. “Then, saya pergi dulu. The faster the better right?”
“Oh
dan jumpa Mad Eye kat dalam. Dia akan beritahu kamu barang mana yang kamu patut
dipertanggungjawabkan.”
“Ay-yay
Captain!” Ivy salut pada Captain Crook membuat lelaki tua itu ketawa sambil
menghalau Ivy. Ivy turut tertawa dan pergi ke pejabat pelabuhan dimana Mad-Eye
diperkatakan berada dan sedang menunggunya.
Selain
dari berlatih bersama dua adik beradik kembar Cina, Ivy juga menolong orang-orang
di pelabuhan bila dia ada masa kosong. Yang lawaknya, Ivy yang menawarkan
pertolongan pada Captain Crook untuk menolongnya jika dia perlukannya.
Ia
bermula seminggu yang lalu semasa Ivy bergaduh besar dengan Mushu tentang
perkara biasa; Mushu masih syak Ivy ialah Ahli sihir Jahat. Ivy cuba bersabar
dengan tuduhan dan sindiran Mushu sehingga pada hari tu, kesabaran Ivy sudah
habis dan membalas sindiran naga tersebut. Kemarahan Ivy hampir menghancurkan
taman Bonzai kegemaran Permaisuri Wu Zetian dan disebabkan itu Ivy dihukum
untuk memulih taman Bonzai itu tanpa menggunakan sebarang magic.
Ivy
tidak puas hati kerana Mushu yang mulakan dahulu tapi dia yang kena. Ivy terus
beredar dari istana dan turun ke Kota untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.
Merungut dan melepaskan geram dengan Diaval dibahunya setia mendengar.
Mengetahui Ivy hanya perlu meluah dan tidak lebih.
Sehinggalah
Ivy tiba di pelabuhan tanpa dia mengetahui apa punca dia kesana sebenarnya dan
pada waktu itu, perasaannya sudah tenang dan dia hanya menikmati pelabuhan
terbesar di tanah Enchanted itu.
Ivy
agak kagum melihat orang-orang yang bekerja di tempat tersebut. Mereka
kelihatan sangat sibuk dari siang ke petang dengan barang dagang perlu di jual,
di hantar dan di alihkan dari tempat ke tempat. Walaupun mereka kelihatan
sibuk, terdapat satu aura yang menyegarkan membuatkan Ivy ingin menerokai
tempat itu lebih lama. Mungkin kerana bau lautan? Atau burung pantai yang
beterbangan bebas di langit biru? Kapal-kapal yang pelbagai bentuk, datang dari
kerajaan lain berlabuh di pelabuhan? Ataupun pekerja-pekerja di tempat tu
kelihatan seperti mereka sukakan kerja mereka?
Apapun,
Ivy tertarik dengan satu kapal besar yang dia pernah baca didalam buku sejarah.
Kapal Si Jelita yang berumur lebih 80
tahun dan benda-benda menakjubkan kapal itu telah buat untuk seluruh orang
Enchanted. Dia tidak menyangka dia akan lihat kapal itu dengan matanya sendiri
dan ia kelihatan lebih menakjubkan dari apa dia lihat didalam lukisan!
Semasa
Ivy mengagumi bentuk struktur Kapal tersebut, tanpa dia sedari, satu tali crate
yang mengangkat kotak besar yang ingin diturunkan dari kapal putus diatas Ivy
dan ahli sihir ini tidak sempat membaca manteranya bila dia keluarkan kayu
saktinya di celah lengan.
Ivy
ingatkan dia akan mati di hempap kotak pada masa tu tapi seseorang datang
menyelamatnya, seorang lelaki berkulit gelap memeluk pinggangnya dan selamatkan
Ivy dengan menolak Ivy bersamanya dari terhempap.
Ivy
jatuh terbaring diatas tanah kerana itu tapi kepalanya tidak terkena tanah
terima kasih pada lelaki yang melindungi kepalanya menggunakan lengannya.
“Kamu okay?” Soal lelaki itu, menolong Ivy untuk
bangun sebaik sahaja dia kembali berdiri. “Apa wanita muda seperti kamu berada
dipelabuhan sekotor ini?” katanya dengan lawak tapi berganti dengan horror bila
dia lihat Ivy sedang mengutip kayu saktinya. “Ahli sihir?”
“Umm… Yeah?” Ivy mengangguk. “Dan terima kasih
kerana selamatkan saya—
“Jangan cakap khabar angin tu betul.” Lelaki itu
bersuara memotong ayt Ivy. “Kamu anak murid The Great Wizard Merlin? Betul
kan?”
“U-umm… macam mana—
“Mad-eye! Budak tu okay ke?!” satu suara baru
kedengaran membuat mereka berdua beralih melihat lelaki berjanggut putih
berlari anak mendekati mereka berdua. “Nasib baik kamu pantas Mad, kalau tak
tentu parah.”
Mad-eye hanya mengangguk sebelum tuding jari pada
ahli sihir yang dua kali ganda kecil dari badannya. “Apprientice Wizard Merlin,
khabar angin tu betul.”
Lelaki tua itu kelihatan terkejut juga teruja
pada yang sama, dia tundukkan dirinya separas dengan Ivy sambil mengusap
janggut. Sedang meneliti wajah ahli sihir itu. “Jolly Jenkins’! muka kamu
seiras! Biar saya teka, kamu Ivy the Devil? Anak Maleficent?”
“Ya……?” Ivy agak keliru dengan situasi yang dia
hadapi. “Apapun, terima kasih kerana selamatkan saya. Saya pun takkan jangka
apa akan jadi kalau saya kena hempap kotak besar tu tadi—
“Kamu jadi pancake.” Lelaki tua itu berlawak dan
hanya dia yang ketawa. “Kamu apprientice Wizard Merlin dan anak Maleficent takkan kamu tak boleh jampi diri kamu dari
terhempap je?”
“Saya nak tapi saya terlambat.”
“And why is that?” Soal Mad-eye dengan kening
terjungkit.
“Distracted dengan kapal Si Jelita. Saya baca
banyak cerita tentang kapal ni dan melihatnya dengan mata sendiri….. wow.” Katanya seperti nafasnya dicuri
angin.
“Nama sepadan dengan kapal ni dan saya tak
salahkan kamu kalau kamu tertanggu dengan kejelitaannya. Apapun, saya James
Crook, Captain Si Jelita dan ini—
“Mad-eye.” Jawab lelaki di sebelahnya dengan nada
menggerunkan
Dari
situ, Ivy berkenalan dengan dua orang nakoda kapal Si Jelita. Disebabkan Ivy
ingin tahu bentuk struktur dalaman kapal itu, Ivy mengambil kesempatan ini
untuk menghulurkan bantuan pada mereka untuk mengangkat kotak-kotak berat ke
pelabuhan sebagai tanda terima kasih pada Mad-eye. Dia dapat tuor satu kapal tu
bila kapal itu ingin bergerak ke laut semula.
Dan
setelah seminggu, mereka kembali ke Great China dengan dua niat. Satu, mengikut
perintah dari Permaisuri Wu Zetian dan yang kedua ialah meminta pertolongan
dari Ivy untuk membetulkan kapal tersebut. Dengan senang hati Ivy menghulurkan
bantuan pada mereka.
Pada
mulanya Mad-eye tidak sukakan Ivy sangat tapi setelah melihat kesungguhan Ivy
mengangkat kapal besar itu sepanjang hari tanpa henti, dia mula berbaik pada
Ivy dengan mengajaknya untuk sertai mereka makan malam di atas kapal nanti.
Dan
persahabatan mereka menjadi rapat dengan serta merta memandangkan mereka
mempunyai banyak persamaan.
“Mad-eye!”
“Finally!
Aku ingatkan kau takkan datang.” Mad-eye melompat turun dari salah satu kotak
dan membuang batang rokoknya ke tanah sebelum memijaknya. “Aku harap hari kau
tak sibuk sangat?”
“Nope,
The Great Wizard Merlin menghilang untuk sementara waktu and ni hari, hari
rehat aku.”
“Good..
good! Kau boleh bantu aku bawa tiga kotak ni masuk ke bilik privasi kapten di
kapal tanpa sesiapa melihatnya.” Mad-Eye membawa Ivy ke hujung gudang tersebut
dimana sehelai kain menyembunyikan tiga kotak berlainan saiz. Cuma kotak ini
tidak seperti kotak-kotak kayu yang berlonggok didalam gudang itu.
Tidak.
Ia kotak kerabat diraja, kotak kayu yang dicat dengan warna diraja dan mempunyai
ukiran bunga yang halus dan di warna dengan penuh teliti.
“Ini
ke barang yang Permaisuri Wu Zetian arahkan?”
“Ya.
Dan juga barang-barang lain yang sedang dialihkan sekarang ni, Cuma ini lebih
berharga dan lebih penting.” Kata Mad-eye, menyentuh permukaan kotak itu dengan
lembut. “Aku nak kau tahu yang aku percayakan kau untuk alihkannya tanpa
sebarang masalah. Ok?”
“Boleh
aku tanya apa ada dalam kotak tu?”
“Ivy.”
Ivy
terus mengangkat tangannya sambil tersengih-sengih. “Aku main-main je lah
Mad-eye.”
“Good,
kalau tak saya terpaksa bunuh kamu.”
“Oh
gosh… penting sampai macam tu sekali?” Soal Ivy tidak rasa terancam langsung
dengan amaran Mad-eye. “Then…. Boleh aku tahu untuk siapa kotak-kotak ni?”
Mad-eye
mengeluh berat, dia tahu Ivy ni mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi
dan dia takkan berhenti sehingga dia dapat jawapannya. Dia belajar sifat Ivy ni
dengan cara yang sangat menjengkelkan.
“Untuk
pemerintah pertama Enchanted—Itu sahaja kau boleh tahu. Soal lagi, You are
out.”
Untuk Louis?
Ivy
mengangguk dengan senyuman lebar. “No more question asked.”
“So,
macam mana kau nak bawa kotak ni naik ke kapal tanpa ada sesiapa melihatnya?”
“Easy.”
Ivy mencapai tangan separas dengan bahunya untuk Diaval beralih ke tangannya.
“Into a Human.”
Diaval
berubah menjadi manusia dengan satu hayunan dan kali ini dia kelihatan agak
berlainan. Pemakaiannya agak selekeh seperti dia salah satu pekerja di
pelabuhan itu.
Diaval
ingin menyoalnya tapi Ivy bersuara dahulu pada Mad-eye. “Jangan risau, walaupun
dia berubah menjadi manusia, dia masih berfikiran seperti seekor burung. Dia tak banyak cakap dan dengar apa sahaja
yang aku cakapkan.” Ivy besarkan matanya pada Diaval untuk faham signal
yang dia cuba berikan sebelum kembali tersenyum pada Mad-eye.
“Dan
dia kena buat apa?” Soal Mad-eye, mempunyai pemikiran yagn sama dengan Diaval.
Ivy
mengeluarkan kayu saktinya dan membaca satu mantera pendek sambil mengetuk kayu
saktinya pada tiga kotak tersebut. Wajah kotak itu berubah menjadi seperti mana
kotak-kotak biasa yang ada didalam Gudang pelabuhan itu. “There. Kotak ni akan
kekal bentuk wajah macam ni sehingga dia sampai ke tangan orang yang patut
menerimanya. Jadi dia akan selamat semasa bawa naik, dalam perjalanan dan bila
tiba ke tangan penerima!”
“Dan
burung kamu ni pula?” Mad-eye menuding jari pada Diaval, rasa janggal melihat
mata lifeless Diaval (yang hanya berlakon)
“Oh
dia akan tolong bawa ketiga-tiga kotak ni sekali ke kapal. Kau boleh bawa yang
paling besar, Diaval bawa yang ni dan paling kecil aku boleh bawak.” Ivy menepuk
kotak yang paling kecil diatas kotak bersaiz sederhana.
Ivy
membeku bila tangannya menyentuh kotak kecil tersebut seperti matanya dikaburi
dengan sesuatu dan satu gambaran atau lebih tepat satu visi kelihatan.
Gambaran
the Great Wizard Merlin mengeluarkan sejenis batu berwarna emas dari satu bilik
rahsia dan masukkan didalam kotak tersebut bersama Maharani Wu Zetian yang
memegang suatu kunci.
“This is a pretty big thing to make as a mere
crown.” Kata Wizard Merlin, kelihatan sedikit kecewa.
“its not just a mere crown Emrys. It’s King George’s Crown. He need this for his
life protection.”
Ivy
menarik nafas dalam seperti dia tidak bernafas sepanjang visi itu bermain
disebalik penglihatannya. Dia kembali melihat kotak tersebut dengan mata
terbeliak luas.
Ini bendasing yang akan dijadikan sebagai mahkota
Louis pada hari pertakhtahannya…
“Ivy?”
“Hmm—Oh
yeah?” Ivy kembali pada dua lelaki yang memandangnya dengan risau.
“kau
okay?”
“Hm-hmm.
Aku okay—apa aku cakapkan tadi?”
“kita
bahagikan siapa bawak kotak-kotak ni.” kata Mad-eye dengan perlahan, memastikan
Ivy kembali pada mereka 100% dari entah kemana mindanya menghilang.
“Oh
yes dan Sekali jalan mengurangkan risiko orang lain syak tentang kotak ni.” Ivy
menyambung ayatnya dan berpaling kearah Diaval. “Plus, Diaval takkan buka mulut
kat sesiapa memandangkan dia seekor burung.”
Mad-eye
mengangguk agak kagum dengan perancangan Ivy. “Okay. Aku angkat ni dulu dan
korang ikut aku.”
Ivy
hanya berikan anggukan dengan senyuman manisnya, melihat Mad-eye bergerak
dahulu dan sebaik sahaja lelaki sasa itu membelakangkan mereka, Diaval terus
menarik siku anak jagaannya. “Kau buat aku kedengaran hina sangat.” Bisiknya
seperlahan yang mungkin.
Ivy
tidak mengalihkan pandangannya dari Mad-eye dan tertawa kecil. “Come on D, kau
faham maksud aku kan?”
Diaval
melepaskan Ivy dengan decitan sakit hati, namun dia memahami. “Jom siapkan
benda ni cepat. Aku pasti benda tu akan bertindak bila-bila masa sahaja.”
Diaval terus mengangkat kotak sederhana besar itu didalam tangannya.
“Oh
yeah.” Ahli sihir muda ini terus mencapai kotak yang ada di atas kotak dalam
pegangan Diaval tapi burung gagak itu menghalang Ivy untuk mengambil kotak
tersebut dengan memutar badannya sedikit. “What the… D!”
“Aku boleh
angkat kotak-kotak ni. Just show this Bird Brain the way.”
Ivy
bercekak pinggang. “Kau tahu aku tak maksudkan tu kan?”
“Aku
tahu tapi aku tetap nak cakap.” Balas Diaval dengan senyuman nakal, nak je
kacau rambut tight bun Ivy tapi malangnya tangannya penuh. “Jom.” Dia berikan
sikunya pada Ivy untuk ‘memimpin’ lelaki berfikiran seperti burung gagak.
Ivy
menyelit tangannya dalam lengan Diaval dan mulalah lakonan mereka dengan
mengikut Mad-eye dari belakang, membawa tiga kotak berharga itu naik ke kapal Si Jelita.
“Apa
kau rasa ada didalam kotak ni?” dia saja menyoal atas sebab suka mengusik
Diaval.
“Mahkota
budak tu?” Bisik Diaval balik membuat Ivy menarik nafas kecil. “It’s not really
shocking memandangkan Great China mempunyai citarasa perhiasan yang sangat
cantik.”
“Yang
besar tu pulak?” Soalnya lagi bertambah tertanya-tanya.
“Aku
takda mata x-ray Vee.”
“Just
guess.”
Ini
buat Diaval menghembus nafas mengalah. “mungkin hadiah sebagai ucapan tahniah
sebagai pemerintah besar yang pertama Enchanted. Stop questioning, kang orang
dengar.”
“Ivy
menutup mulutnya dengan senyuman sengih. “can’t help it?”
“Kau
akan tahu bila kau jumpa mamat durjana tu lagi.”
Ivy
hanya tertawa dengan nada menjengkelkan Diaval. Sehingga sekarang, Diaval masih
tidak sukakan fakta yang Ivy dan Louis ialah satu pasangan. It’s been what? A
Year? Bila Diaval nak terima dan move on?
Sebaik
sahaja mereka tiba di Deck kapal, Mad-eye beritahu mereka untuk berjalan dekat
dengannya hanya untuk langkah berjaga-jaga. Pastikan ia tidak lari dari
pandangan mata Mad-eye.
Ivy
pula, hanya memandang struktur kapal di sekelilingnya. Ini kedua kali dia naik
kapal itu dan dia masih kagum dengannya. Setiap sudut kapal itu mempunyai
ukiran yang tersangat halus, membuatkan Ivy ingin melihatnya sepanjang masa,
setiap lengkungan dan figura yang terukir atas permukaan kapal itu.
Sehinggala
dia terlihat kelibat figura yang dikenali membuat dia memandang untuk kedua
kali. “What the….” Dan figura itu hilang di hujung laluan kapal tersebut. “D,
aku…. Gerak kejap.”
“Kau
nak ke mana—oi!” tak sempat DIaval
nak protest, anak jagaannya itu dah pun berlari pergi dan Diaval tidak dapat
nak buat apa-apa. BUdak ni!
Mengapa dia keluar ke sini?
Ivy
mengejar figura tersebut secepat yang mungkin, masuk ke laluan kiri dimana figura
itu ambil dan seperti yang Ivy agak, belakang figura itu tersangat dikenal.
Dia
lajukan langkahnya.
“Jack!”
Bila
lelaki itu berpaling sejenak, anggapan Ivy menjadi pasti dan sesi kejar
mengejar antara mereka bermula. Langkah Jack makin laju dan Ivy mula berlari.
Jack
mengambil selekoh ke kanan, menghilang dari pandangan Ivy membuat Ivy berdecit.
Dia takkan hilang dari pandangan aku
lagi! Dan Ivy mengeluarkan kayu saktinya.
Sebaik
sahaja dia tiba di laluan tersebut. Langkahnya terhenti mendadak kerana apa
yang dia temui ialah Jack dan jalan mati.
Dia
hanya berdiri didepan dinding itu tanpa buat apa-apa. Ivy menarik sengih.
“Chakmate.”
Jack
berputar dengan perlahan menunjukkan wajahnya membuat ekspressi wajah yakin Ivy
berubah menjadi tergamam. “Aku pasti kau akan sentiasa tercari-carikan aku.”
Jack mengangkat tangannya dengan senyuman nakal yang sentiasa menawan cuma…..
“Jack….
Kau kelihatan…”
“pucat?
Nazak? Atau menua?” Soal Jack dengan ketawa sinisnya. “Jangan risau sayang, ia
hanya side effect. Aku tak boleh berjauhan dari kau, aku boleh mati kalau aku
tak Nampak muka kau.”
Ivy menarik
sengih. “Let me guess, kau datang bukan untuk menyerah?”
“Isn’t
that too easy? Lagipun, kalau aku menyerah sekarang pasti kau akan kebosanan
nanti, kau takda illegal side job kena buat dibelakang Wizard Merlin.” Katanya
sedikit berlawak. “Come on love, aku pasti kali ni kau dapat tangkap aku—well,
let just hope.” melihat wajah Ivy menegang membuat senyuman Jack makin lebar. “Don’t
pout baby, maybe kali ni kau Berjaya. You know I’ll let you win eventually.”
“Can’t
you make it sooner?” Soal Ivy dengan nada tegas. “AKu boleh lihat segala hela
sumpahan dan magic ni memakan diri kau. Sampai bila kau nak aku main kejar
mengejar dengan kau?”
“See?
That’s shows you care about me. Aku dah agak kau tak pernah bencikan aku, Cuma
menafikannya sahaja.” Jack menggigit bawah bibirnya, terlalu teruja melihat
ekspressi wajah Ivy. “Soon my sweet, You have me soon enough.”
Ivy
menarik sengih, dah mula fed up dengan kata-kata manis Jack. Dia menurunkan
kayu saktinya dan ingin beredar. Dan dia sempat berkata; Oh dan Jack, kau
betul. Aku tak bencikan kau, aku kesiankan
kau tapi itu tak bermaksud aku takkan bunuh kau.”
Jack
menghembus nafas, seumpama mengeluh tapi tetap tersenyum. “Love, you will see
me die one day dan kau akan menyesal.”
Kali
ini Ivy memandang dari bahunya. “Oh tak, aku akan menikmati kematian kau.
Malah, aku akan merayakan kematian kau.”
“Ah….
Such a bliss mengetahui kau juga bergembira untuk aku. It warms my heart.”
Ivy
menggeleng. “Kau gila Jack.”
“Betul.
Gilakan kau.” Dalam sekelip mata,
seperti bayangan, dia berada di belakang Ivy, sentuhan halus menyentuh sisinya,
jari jemari Jack yang beku membawa arus elektrik turun ke tulang belakangnya
dan deruan nafas membelai telinganya.
“I would love to kiss you darling…. Tapi,
kalau aku buat macam tu, kau akan berhenti mengejarku.”
Ivy berpaling
kebelakang dan bertemu dengan senyuman sinis Jack. “I would love to kill you
when I get my hands on you.”
“Salah. When you get your hand on me, you’ll
never let me go.” Jack membelakangkan kepalanya sedikit untuk melihat
wajah Ivy dengan lebih jelas. “Kita dah lalui permainan tarik tali ni dulu
sayang. Tapi…. Aku tak kesah mengulangnya sekali lagi.”
Ivy
tertawa pahit sebelum berubah menjadi renungan membunuh dengan kayu saktinya di
arahkan pada muka Jack. “pergi mampus, bajingan.”
Ivy
menghayunkan kayu saktinya dan malangnya lelaki itu bergerak lebih pantas,
membelakangkan dirinya dari Ivy dan memetic jari, memanipulasikan
bayang-bayangnya seperti tornado hitam dari kaki dan seumpama bayang-bayang itu
memakannya kedalam lantai.
“Remember
Honeycomb, Kau tak akan lepaskan aku.”
Ivy
berdecit, suaranya bergema di laluan itu seperti dia cuba menghantui minda Ivy.
“That
Crazy bastard really lost it.” Sekali lagi dia berdecit. “Membunuh lelaki tu
pasti satu keseronokan bagi aku.”
Ivy
tersenyum dengan Wicked, dapat membayangkan dia sedang menyeksa Jack dengan
perlahan, memberikan dia sumpahan yang tersangat parah namun tidak membenarkan
dia mati.
Membiarkan
nyawanya tergantung diantara kematian dan duniawi. Membuat dia merayu untuk
hentikan hayatnya, namun Ivy tidak akan biarkan dia bebas. Dia tidak akan
biarkan lelaki itu hidup dengan bebas. Termasuk rohnya. Dia akan terperangkap
didalam tangan Ivy buat selama-lamanya.
Dan
kita tengok siapa yang menyesal nanti.
>X<
Sementara
itu, di dalam istana….
Putera
Xiao Ai telah kembali ke kamarnya, menutup pintu biliknya dengan keluhan berat.
Rasa lega kerana dia akhirnya terlepas dari mulut machine gun Mushu.
Dia
mengangkat kakinya yang berat ke katil, melontar buku tersebut diatas katil dan
melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di kaki katilnya, dia mengeluh sekali
lagi dan mengurut dahinya yang mula sakit.
Sejak
kebelakangan ni Dia rasa tersangat penat. Mungkin kerana dia tidak cukup tidur
selama dua tiga hari ini; kerana dia juga mempunyai side mission sendiri.
Tak.
Dia bukan pergi mengekori gerak geri ahli sihir itu. Berjaga malam untuk
mengetahui apa yang dia buat sementara mereka sedang tidur.
Dia
ada hal yang lebih penting dari itu.
Dan
hal tersebut ialah…
Bebola
api berwarna hitam datang masuk dari tingkap bilik Putera Xiao Ai dan ia
terapung di hadapan putera itu untuk seketika sebelum ia membentukkan dirinya
menjadi seorang wanita.
“Good evening my Prince.”
Putera
Xiao Ai mengangkat kepalanya dan berikan satu senyuman yang tersangat jarang
terukir pada wajahnya. Tangannya mencapai untuk memeluk pinggang perempuan itu.
“I’ve
miss you.”
“Na’ah-ah….
First the book.”
Putera
Xiao Ai mengambil buku yang berada di belakangnya dan berikan pada perempuan
itu.
Dia
membuka helaian buku tersebut dan jumpa apa yang dia nakkan. Perempuan itu
ketawa dengan penuh wicked. “Now you can
get your kiss.” Perempuan itu tundukkan badannya pada Putera Xiao Ai. “a
deadly, kiss.”
*Crash*
Puteri
Shui Ling sedang menggubah bunga di bilik peribadinya dan dia merasa sesuatu
dalam dirinya sedang menghilang, seperti racun yang memenuhi dadanya membuat
dia rasa tak sedap hati dan perkara pertama yang muncul dalam kepalanya ialah;
“Xiao!”
gunting bunga jatuh keatas pasu ceramic pokok bonzainya.
.
.
Ivy
pula bercerita dengan Captain Crook dan Mad-eye setelah meletak barang-barang
berharga itu di bilik captain, tetiba kaku. Seluruh badannya kejang bila dia
dapat rasakan satu kehadiran buruk di atmosfera dan sesuatu menggerunkan
merangkak turun di tulang belakangnya.
Dengan
segera tumpuannya beralih ke istana dimana aura hitam berkumpul di tempat
tersebut. Sebuah senyuman yang terlalu wicked terukir pada wajah Ivy membuatkan
kedua nakoda kapal cuak melihatnya.
“Cik
Ivy, kamu—
“She’s
desperate!” Ivy ketawa berdekah keudara seumpama satu kutukan, memotong ayat
Captain Crook. “Diaval—Into a horse!” sahutnya
dengan satu petikan jari dan DIaval berubah menjadi seekor kuda hitam.
Tanpa
mata berganjak dari istana Great China, Ivy menaiki belakang Diaval dan beredar
pergi tanpa memberikan ucapan selamat tinggal kepada crew kapal itu.
senyuman
wicked yang terukir pada bibirnya tidak pernah punah sepanjang perjalanannya
kembali ke istana. Senyuman yang serupa
seperti mana pernah terukir semasa dia berada di Vicious, berhati gelap dan
mempunyai magic hitam dalam dirinya. Sama
seperti sebelumnya. “Faster D! I wouldn’t miss this for the world…”
To be
continued…..
>X<
(A/N: Hmmmmm.... hmmm..... u know what. I got nothing to say kecuali I'm planning to murder someone and I don't know who. lol. LOL.)
Owhh tidakkk. Habis laa habis laa. Harap2 Ivy sempat sampai. Huhuhu. Pandai Jack alihkan perhatisn Ivy. Urghh
ReplyDeleteI know!! harap Ivy sempat selamatkan dorang semua!! huhuhuhuhuhuhu Lets see what happen in the next chappy *wink wink*
Delete