Twentieth L.O.S.T
Her’s? His.
(A/N: Alright, lets see what happen last chaper.)
“Dear
Emrys…. Mana Bakal pemerintah Enchanted?” Bisik Maharani Wu Zetian dengan nada
tersangat rendah. Mata tidak lari dari melihat penjenayah mereka telah keluar
bersama beberapa orang pengawal menuju ke si Penghukum.
“sesiapa
ada terserempak dengan Apprientice Wizard Merlin?”
“Anyone see her nor the black
bird?!”
“Oh dia akan datang. Dia terlajak bangun; agak
penat kerana memaksa dirinya dua tiga hari ni. tapi dia akan datang.” Balas
Wizard merlin, mata juga tidak lepas dari dua pengawal di bawah, berjalan masuk
kedalam istana semula untuk mengambil banduan mereka.
Putera
Xiao Ai berdengus dengan senyuman nakal, mendapat pukulan lembut dari adiknya.
“Yeah right.”
“kakanda...!”
Maharani
Wu Zetian berikan renungan pada dua anaknya sebelum mengeluh kecil. “Tuanku
kena cepat, upacara ni takkan berlangsung jika dia tiada. The faster the lower
the risk lelaki gila ni terlepas.”
Wizard
Merlin tidak menjawab, hanya diamkan diri dengan ekspressi wajah yang sukar
dibaca.
“Maaf
Beta lambat.” Dan mengikut jadual, Putera George akhirnya menyertai mereka
dengan pemakaian diraja yang serba lengkap dengan makhkota.
“Akhirnya…”
bisik Putera Xiao Ai dan mendapat tendangan senyap dari kedua adik dan rakan
rapatnya. Berbaloi.
Tidak
lama kemudian, dua pengawal itu kembali tanpa banduan, dan langkah mereka laju
mendekati si pemancung. Seperti mana derapan kasut laju dari dalam istana
belakang Wizard Merlin dan tanpa dia berpaling kebelakang untuk melihat siapa
yang datang ke bahagian veranda itu; Hansel bersuara dengan nafas berat. “Ivy the Devil telah hilang.”
Si
Penghukum menghentam kapaknya diatas batu membelah ia kepada dua—mengejutkan
seluruh rakyat Great China sebelum menjerit. “JACK HAS ASCAPED!!”
dan
sekumpulan burung hitam beterbangan di sekeliling istana itu dan menyerang
rakyat dan mereka yang berada di Veranda istana. Jeritan horror dan sahutan
burung gagak bergema diudara seumpama ia satu mimpi ngeri pada mereka dengan
rakyat Great China lari lintang pukang melarikan diri dari serangan
burung-burung itu dan the Believers bertindak dari sisi mereka untuk
menyelamatkan rakyat.
Sementara
di Veranda di mana Wizard Merlin dan Maharani Wu Zetian, mereka tidak diserang
langsung, terkesima melihat rakyat mereka di serang secara mistery oleh
sekumpulan gagak hitam, mencederakan rakyatnya, memercik darah ke salji putih.
“What—takkan
Villain tu dah menyerang?! Encik Hansel, kamu kata dia takkan buat sebarang
tindakan untuk beberapa hari!” Marah Wu Zetian, nadanya naik okta 5. “Explain
this, now?!”
Hansel
menggeleng, hilang kata-kata kerana dia juga tidak menjangka akan ada serangan
secepat itu. Adakah tafsirannya salah? Adakah dia memandang rendah terhadap
musuhnya? Jack sendiri kata Mary takkan lakukan apa-apa dalam masa terdekat ini.
Adakah Jack menipu? Dia tak patut dengar
cakap lelaki tu!
“T-Tuanku, Patik—
“Bukan
Bloody Mary yang menyerang.” Mereka semua beralih pada lelaki berjubah kelabu,
berjanggut putih, berdiri di hujung beranda bersama seekor burung didalam
tangannya. Dahinya berkerut teruk memerhatikan burung tersebut sebelum matanya
beralih pada mereka semua.
“Diaval?”
Hansel buntu seketika sebelum reality menghempap kepalanya. “Ivy did this?”
“Tak….
tak…” Putera George menggeleng, langkahnya kebelakang beberapa langkah dari
mereka semua. Jantungnya jatuh keperut melihat wajah serious Wizard merlin, dia
makin memucat. “tak mungkin….. Ivy?”
Hansel
menggenggam kedua penumbuknya di sisi sehingga menggeletar teruk, dia rapat
rasakan darahnya menggeledak naik mendadak, seperti sesuatu didalam badannya
ingin meletup. Dia pernah rasa seperti ini dahulu, semasa dia di Vicious,
wajahnya berubah warna, bibirnya naik menayangkan barisan gigi yang diketap
erat. Perasaan yang menggeledak naik dari lubuk hatinya terlepas ke udara,
didengar oleh semua penghuni istana itu dan menakutkan mereka di Veranda.
Dan lelaki bekas Vicious ini
meletup.
.
(A/N:
Lets rewind from here and return to last night event…. In other POV. Okay?
Okay.)
.
“See you tomorrow, My prince.” Bisik Ivy
dengan lembut.
Membelai rambut Ivy, menolaknya
kebelakang telinga; Louis tunduk memberi kucupan manis dan mereka berdua
tersenyum seperti orang angau. “Sleep well my love.”
Ivy mengangguk kecil, melambai pada
Louis sebelum kembali masuk kedalam bilik tidur dengan senyuman terindah pada
wajahnya.
Nada riang terlepas dari bibir yang
di gigit untuk menahan rasa girang didalam hati, memeluk tubuh masih dapat
merasakan pelukan puteranya. Dia rasa seperti dia berada diawangan, terbang
dengan tinggi mencecah langit biru bersama mentari yang menghangatkan.
Tapi dirinya ditarik semula ke alam
reality bila wajah Jack terlintas didalam mindanya, senyuman girang itu
terbakar kerana terlalu dekat dengan matahari. Hangus meninggalkan kemurungan.
“Are
we ready love?”
Ivy memejam matanya dengan kening
berkerut teruk. DIa tidak akan pernah
bersedia tapi dia mengangguk, dapat merasakan kedua bahunya disentuh dengan
tangan yang dingin. Dan bisikan lembut yang meremang bulu roma kedengaran pada
telinganya. “I know this is hard for
you.”
“It’s for the best...” Katanya, cuba yakinkan dirinya sendiri tapi
tangan tetap mencapai untuk meramas rambutnya. “Aku kena lakukannya juga.”
Katanya lagi, membuka mata dan berpaling melihat hantu bermantel merah versi
dewasa, tersenyum sedih padanya. “Aku kena tahu—hapuskan sumpahan Lady
Morgana.”
“walaupun nyawa kamu mungkin akan terkorban? Sayang, It’s too risky.”
“Dan biarkan Louis terseksa? Hood,
aku bersedia dan aku terima padahnya.” Suara Ivy tegas dan yakin. Hood hanya
memerhatikan mata hijau itu menyerlah dengan keazamannya dan pedih hati Hood
untuk memadamnya.
Hood mengeluh kecil dengan satu
senyuman. “DIa betul tentang kamu….
Sentiasa betul.”
Ivy tersenyum kecil. “Thank you.”
ucapnya sebelum menjauhkan diri dari Hood, berdiri di tengah-tengah bilik tersebut
dan memetic jari; menghasilkan percikan hitam dan ia mengubah penampilan Ivy.
Jubah formalnya menjadi hitam dan kelihatan menggerunkan, rambutnya diikat
ketat diatas kepalanya dengan perhiasan kepala diperbuat dari duri pokok ivy.
Wajahnya kelihatan pucat seperti biasa tapi dihiasi dengan bibir merah darah
dan kelopak mata gelap.
“Are we ready?” Soal Hood dengan senyuman simpati. Menghulurkan
tangan pada ahli sihir muda dihadapannya.
Ivy mengangguk, mencapai tangan
tersebut tapi berhenti. “Aunt Red…” Dia merenung tepat pada mata Red Hood.
“Thanks for everything.”
Dan air mata terlepas dari celah
mata Hood. Perasaan sedih yang dia tanggung selama ni akhirnya keluar. Hood
mengangguk dengan senyuman, cuba kuatkan diri untuk mereka berdua. “I’m willing for the both of you.” dan
tangan mereka bersentuhan dan Hood membawa Ivy pergi, lenyap dari penglihatan,
hilang dari pandangan.
.
.
“I’ve get it under control. Aku tak
perlukan pertolongan korang.” Suara Jack tegas, tiada nada bermain atau
sarkastik padanya. Merenung kedua lelaki disebalik palang penjara. “Just leave
me be.”
“Kalau semuanya dalam kawalan kenapa
rancangan kau memerangkap Mary gagal? Dan kau pula berada didalam penjara ni
dan akan dihukum pancung dalam masa kurang 24 jam?” Soal Diaval dengan pahit,
tidak menyembunyikan perasaannya terhadap Jack walaupun Wizard Merlin berada
bersama mereka.
Wizard Merlin menghembus nafas
kecil. “Saya dengar dari Hood. Kamu Tarik Cik Ivy kedalam mimpi kamu lebih dari
sekali, kamu tahu kesan dari bermain dengan mimpi. Tuan Jack Skellington dah
beritahu—
“I got carried away okay.” Jack kepala
jatuh, wajahnya tidak kelihatan oleh dua lelaki disebalik palang besi. Nada
suaranya kedengaran sangat penat. “aku tahu… aku tahu kesannya pada aku tapi…. I’m
a selfish person and it’s my fault. aku sedang memperbetulkannya sekarang.
Jadi, kamu tak perlu masuk campur—
“Dan biarkan kau cuba bunuh anak
jagaan aku lagi?!” Nada Diaval naik
okta 3. “She just woke up from a coma, after
you play with her dreams! Nasib baik dia tak kena Brain Damage you idiot!”
“Diaval.”
Burung gagak itu mengangkat tangan
dramatic bila wizard Merlin menegurnya.
“Jack, benarkan kami tolong kamu
kali ni. Mary dah tahu kamu telah mengkhianati dia dan mungkin sedang mencari
cara untuk bunuh kamu sekarang. You don’t have the strength to fight back, you
don’t have the time to strike back. Jadi, benarkan kami membantu kamu.”
Jack diamkan diri. Tidak menjawab
tawaran Wizard Merlin dan mereka menunggu jika Jack akan bersuara.
Banduan itu mengangkat kepalanya
untuk melihat mereka berdua. “Aku tak perlukan sebarang pertolongan.”
“That’s
it!” Belum sempat Wizard Merlin ingin menghalangnya, Diaval telah masuk
kedalam penjara dan ingin melontarkan satu penumbuk sulung ke rahang Jack
sekali lagi—tapi langkahnya terhenti diudara bila Red Hood muncul diantara
mereka dan penumbuk DIaval hanya beberapa inci jauh dari hidung wanita
bermantel merah itu.
“Enough is enough!” Marah hantu tersebut, menghasilkan satu tolakan
kuat membuat Diaval jatuh terduduk. Red Hood menyala, terapung diudara dengan
tangan didepa melindungi Jack, rambut emasnya beralun walaupun tiada angina
dibawah bilik bawah tanah itu.
Wizard Merlin mencapai siku Diaval,
menolong dia bangun dan menahan lelaki itu dari bertindak meluluh lagi.
“Kau kakak Robin.” Itu yang keluar
dari mulut Diaval. Mengenali perempuan itu walaupun mereka tidak pernah
bertemu. Mata Red Hood yang membuatkan
Diaval mengetahui siapa perempuan itu.
Dengan perlahan Hood turun semula
ke lantai, tiada lagi cahaya datang dari badannya dan tangan bersimpul sopan di
hadapannya. “Diaval, saya faham perasaan
kamu tapi melepaskan geram pada Jack hanya memburukkan situasi. Kamu kena
ingat, Dia telah selamatkan nyawa Ivy.”
“Tapi itu tak bermaksud dia kena
bongkak tentangnya!”
“Aku tak pernah minta pertolongan
dari kamu semua! Korang yang nak masuk campur!” marah Jack, ingin bangun kalau
bukan disebabkan tangannya melekat di dinding.
“I said enough! Both of you!” Hood mendepakan kedua tangannya pada
Jack dan Diaval. Dia kembali bercahaya tanda amaran. “Sekarang Ivy sedang bergelut untuk jayakan rancangan ini dan korang
bergaduh macam budak sekolah. Jack, kamu perlukan kami semua. Ini peluang
terakhir yang kamu ada dan jika ia gagal, it’s not just you but Ivy’s life is
in danger.”
“Seluruh Enchanted dalam bahaya.”
Wizard Merlin bersuara, menarik perhatian mereka bertiga. Nadanya tegas dan
serious, membuat Jack tertunduk mengalah. “Kau telah berjanji pada Vivian dan
Raja George yang kamu akan buat apa sahaja untuk selamatkan rakyat Enchanted
Jack. Kamu dah tak banyak pilihan, dah kesuntukan masa dan benarkan kami tolong
untuk jayakan rancangan terakhir kamu ni.”
Wizard Merlin menghayunkan
tangannya, membuka gari tangan Jack.
Jack turunkan tangannya dengan
perlahan, terasa berat dan memandang kedua tangan yang menggeletar, bukan
kerana takut tapi kerana dia sakit. Kesan sampingan dalam memaksa dirinya
menggunakan magic, menggunakan kebolehan Jack Skellington dalam memanipulasikan
mimpi dan terseksa menjadi Henchmen Villain Mary.
Jack sememangnya tiada pilihan
lagi.
Dia sedang nazak. Dia kemungkinan
akan mati.
Dia tidak dapat dipulihkan lagi.
He’s broken beyond repair.
Mata dipejam dan kedua tangan
digenggam. Dan dengan keluhan berat, Jack bersetuju. “Apa rancangan korang?”
Hood tersenyum lega dan jatuh
berlutut dihadapan Jack. Menyentuh salah satu tangan Jack, bangga. “Semuanya akan ok Jack, aku akan lakukan apa
sahaja untuk korang berdua.”
Jack mendongak melihat Hood,
ekspressi wajahnya yang sayu namun tenang membuat mata Jack membulat. “Kau
jangan cakap kau….” Hood mengangguk. Dan Jack sekali lagi tertunduk, kali ini
air matanya mengugut untuk jatuh. “maafkan aku…. Hood.”
Hood menggeleng. “Tak, terima kasih Jack.”
Wizard Merlin juga lega, Jack
akhirnya bersetuju meminta pertolongan dari mereka tapi itu tidak bermaksud
yang lelaki muda itu akan bekerjasama dengan mereka. Wizard Merlin ingin
meletakkan tangan Jack pada gari di dinding penjara tapi niatnya terbatal.
Tidak sampai hati untuk melihat lelaki yang tidak bermaya ini diperbuat
sedemikian. Walaupun dia seseorang penjenayah dihadapan orang ramai, tapi
mereka…. Mengetahui Jack melakukannya bersebab dan ia tersangatlah besar.
Dia menghayunkan tongkat saktinya
pada pergelengan Jack, Genie’s cuff bergari pada kedua pergelangan tangannya
dengan tali besi magic yang menghubungkan dua gari itu. “It’s the least I could
do for you. Rest well Jack, ni malam… kau boleh tidur dengan lena.”
“Boleh ke aku tidur dengan lena?”
Persoalan itu bukanlah disebut dengan nada sarkastik atau nada yang kurang
sopan. Tidak, ia persoalan yang membuat hati orang tua ini sayu. Persoalan
seorang lelaki yang ketakutan, sedih dan berfikir tiada lagi harapan untuknya.
“I’ll make sure of it.” Janji
Wizard Merlin namun itu tidak beberikan sebarang ketenangan pada Jack. Wizard
Merlin tahu ia takkan menolong situasi Jack kerana ia lebih besar sehingga ia
diluar kawalan The Great Wizard Merlin sendiri.
.
.
Dan perkara ini menghantui Malam
Ahli sihir tua ini. Mindanya tidak dapat berhenti berfikir akan takdir lelaki
muda itu, bagaimana dia menjalankan kehidupannya setiap hari dengan penuh
harapan kosong, beban yang berat dipikul seorang dan menjadi orang yang
satu-satunya tahu segalanya.
Mengetahui kebenaran. Dan menanggung segalanya seorang diri.
Tidak pernah meminta sebarang
pertolongan dari Wizard Merlin.
Sehingga lah suatu hari, Jack tiba
di menara Wizard Merlin dan meminta satu permintaan yang sangat mengejutkan.
Beberapa bulan yang lalu, Jack
muncul di menaranya dengan permintaan untuk membawa dia berjumpa Tuan Jack
Skellington di alam tersendiri Wizard Merlin. Dimana Jack skellington dan
Wizard Merlni bertemu sekali sekala.
Bagaimana Jack tahu? Itu satu
rahsia besar pada Jack dan juga Wizard Merlin.
Ikutkan hati Wizard Merlin ingin
menolak rancangan Jack untuk meminta tolong dari The king of Nightmare. Ia
bukan kerana dia tidak sukakan anak muda itu, tapi orang tua ini risaukannya.
Jack telah menyeksa dirinya terlalu lama, bertahun—mungkin seumur hidupnya untuk
menyelamatkan ‘tunangnya’. Wizard Merlin berkali-kali memujuk Jack untuk
benarkan dia membantu anak muda itu namun, sentiasa ditepis, mengata apa yang
dia buat adalah yang terbaik untuk semua orang.
Wizard Merlin cuba mengorek apa
yang Jack katakan sebenarnya. Semua orang? Siapa semua orang tu? Sehingga Wizard Merlin terpaksa meminta tolong dari
Red Hood untuk memantau lelaki itu. Mungkin tidak membantu sangat kerana Jack
boleh menghalau Red Hood menggunakan magicnya, tapi dengan sedikit informasi
Red Hood dapat dari Jack. Merlin dapat menafsir apa yang lelaki muda ini sedang
fikirkan.
Dan apa yang dia tafsir adalah
lebih teruk dari apa yang dia jangka.
Lebih dalam dari lubang hitam.
Lebih teruk dari mimpi ngeri.
The Great Wizard Merlin tidak
pernah rasa goyah seperti mana pada hari dia dapat meneka apa tujuan Jack
berbuat sedemikian.
Ahli sihir unggul ini menggeletar.
Dan dia tetap menggeletar setiap
kali berhadapan dengan situasi itu.
Ia melibatkan masa hadapan seluruh
rakyat Enchanted.
Melibatkan nyawa Apprienticenya.
Ivy the Devil.
Melibatkan nyawa Bakal pemerintah
Enchanted. George Alexander Louis
Melibatkan nyawa mereka yang tak
bersalah.
Jack…. Desis hati Wizard
Merlin, melihat gambar lukisan penjenayah yang mereka sedang bincangkan di
bilik perbincangan Permaisuri Wu Zetian. Hansel dengan membentangkan jenayah
yang telah dibuat oleh Jack dan mengutarakan hukuman yang patut dijatuhkan
padanya.
Mata Wizard Merlin meliar ke
seluruh bilik tersebut, melihat mereka yang hadir untuk perbincangan tersebut sebelum
ia diutarakan pada kerabat diraja untuk persetujuan.
Mereka tidak tahu apa sedang
berlaku disebalik bayangan Enchanted, apa yang tersembunyi disebalik semua
kejadian ini. Masih lagi suci dari kebenaran yang buruk hanya Wizard Merlin
sahaja yang mengetahuinya.
Ahli sihir tua ini menghembus nafas
berat. Agak gerun kerana ramalannya tentang sumpahan Lady Morgana, kegilaan
Jack, Villain Mary dan kedatangan Apprienticenya saling berhubung kait.
The
world has a way to entertain itself desis hatinya dengan sarkastik.
Pandangan Wizard Merlin jatuh pada
lelaki yang mengetuai kes tersebut, kening berkerut, berfikir apa akan jadi
jika dia tahu tentang ni. Adakah dia akan menyokong bekerjasama? Ataupun
membantahnya?
Ivy rakan rapat Hansel dan lelaki
itu akan buat apa sahaja untuk rakan baiknya. Sama seperti Putera George dan
Jack.
Ivy adalah kekuatan mereka.
Tapi pada masa yang sama sangat
merbahaya pada mereka semua.
She
is the devil herself…. That heartless witch desis hati Wizard Merlin tapi
mengeluh kecil. Tapi ahli sihir tua ini mempercayai Ivy, dia tahu anak
Maleficent itu tidak seperti apa yang mereka semua jangka. Dia berharap, dia
percaya.
Ivy seorang wanita yang baik.
Walaupun ahli sihir itu sendiri meragui dirinya.
>X<
Ivy memerhatikan keadaan disekelilingnya,
mindanya bercelaru dan dadanya berat melihat laman yang dia jejak. Air mata
menggugat untuk turun melihat keadaan laman yang tugang langgang itu. Pokok
bunga dihancurkan, mati dipijak dan dihentam dengan buaian kayu. Tumbuhan yang
tertanam di laman itu semuanya dah mati. Bunga ros ungu yang sepatutnya mekar
menjadi hitam, tidak bernyawa.
Dengan salji menyeliputi tanah
tersebut, ia kelihatan seperti tempat yang ditinggalkan, sangat sedih dan
menghancurkan hati.
Ivy menyentuh dadanya yang sebak, menggeleng
kuat cuba menepis perasaannya dan mengelap air mata yang degil.
“Aku tiada masa untuk ni.” katanya
pada diri sendiri dan rasa hidung yang sejuk di pipinya dari Knight, kuda hitam
Ivy. “Don’t worry boy, I’m ok.” Katanya mengusap dagu Knight sebelum mengambil
barang yang ada dalam beg yang Knight bawa.
Mengeluarkan barang-barang yang dia
telah ambil dari Academy, dan meletakkannya di dalam bulatan ruin yang dia
telah buat di tengah-tengah laman tersebut.
Patung fairy crystal, kasut boot kesayangannya
dan rantai the believers. Diletakkan pada bucu setiap bintang ruins itu.
Ivy menggigit kuku kerana dia
kekurangan dua lagi barang untuk lengkapkan upacara tersebut. Dia mengeluarkan
buku black magic dan kayu saktinya. Tenung kedua barang didalam tangannya itu
dengan hati yang berat.
Tak
boleh. Dia tak boleh lepaskannya! Ivy memeluknya dengan erat, ia pemberian
dari ibunya dan itu sahaja yang tinggal untuk dia mengingatkan ibunya. Jika dia
korbankan…. Dia tiada apa lagi…
“Sayang…”
Ivy berpaling pada Hood sebelum
perempuan itu sempat menyentuh bahunya, tidak ingin Hood melihat apa yang ada
didalam mindanya. “H-Hood…?”
Hood melihat cara Ivy memeluk kayu
sakti dan buku magic pada dadanya membuat Hood tersenyum lembut. “I know it’s hard but we don’t have a
choice.”
“AKu tahu.” Ivy balas dengan nada
berat. “Aku… Aku akan meletaknya bila kita nak mulakannya—kenapa… kenapa kita
kena buat kat belakang rumah Jack?”
Hood murung. “Sayang…. Kita perlukan perasaan kuat untuk lakukan upacara ni dan orang
yang mempunyai perasaan itu hanya lah Jack.
Tempat ni yang menunjukkan perasaan terkuat Jack terhadap
kam—tunangnya.” Hood berhenti seketika, perasan perasaan tidak selesa Ivy.
“Adakah dia akan bersetuju? I mean,
aku tahu dia obsess dengan ak—tunang dia, tapi korbankan perasaannya untuk ni?”
Ivy menggeleng. “Agak mustahil.”
Roh bermantel merah ini berikan
senyuman sedih, ingin beritahu betapa Jack cintakan dia dan telah lakukan
perkara yang paling bodoh untuk ahli sihir ini, lebih dari sekali tapi dia
tidak boleh buka mulut. Dia telah
berjanji pada Jack untuk tidak buka mulut.
“Just believe in me love, he will.” Katanya membelai hujung rambut
Ivy dengan lembut. “Now, it’s time to get back.”
Ivy mengangguk kecil. “Benarkan aku
hantar Knight kembali ke Academy. Then, We’ll go.”
Hood mengangguk. “I’ll accompany you.”
“Baiklah.”
>X<
“Villain sebenar berada di luar
sana masih lagi bebas dan kita tak tahu bila dia akan datang menyerang lagi!”
amarah Maharani Wu Zetian, suaranya bergema didalam bilik perbincangan itu,
tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh The believers. Dia berpaling
pada lelaki yang bertanggungjawab. “Kamu pernah tinggal di Vicious, kamu tahu
bagaimana mereka berfikir. Kamu pasti tahu yang villain tu akan buat sesuatu
untuk dapatkan henchmennya semula! Dia akan kembali dan balas dendam!”
“Bertenang Tuanku Permaisuri.”
Wizard Merlin bersuara, membuat Maharani Wu Zetian ingin berdiri dari kerusinya
tapi kedua putera puterinya menyentih bahunya. Maharani Wu Zetian mengalah.
“Saya faham Tuanku, tapi kita kena
fikirkan perasaan rakyat juga.” Hansel mengangguk terima kasih kepada kembar
diraja dan Wizard merlin sebelum menyambungnya. “Ahli keluarga dan rakan mereka
dibunuh dengan Losing Heart yang mereka berdua letak. They want to see justice;
they deserve to see Jack dihukum depan mata mereka sendiri. Dan kita sebagai
yang bertanggungjawab akan berikan apa yang mereka perlukan.”
Kening Putera Xiao Ai tidak pernah
terangkat tinggi melihat cara keberanian dan sikap professional Jack. Dia masih
ingat budak hingusan di tepi jalan yang mereka selalu buli, berbaju kotor dan
menangis ketakutan dihadapan mereka tapi sekarang. Dia seperti menjadi orang
lain, seorang yang matang, berani dan tegas.
Dia masih tidak menyangka yang
budak hingusan ini boleh menjadi ketua kes Losing Heart ni—ahli the believers
pula tu dan Berjaya menjalankan tanggungjawabnya.
Huh….
Never judge a book by it’s cover desis hati Putera Xiao Ai kagum, dan
matanya beralih kepada kembarnya. Makin terkejut melihat ekspressi si adik
sebelum beralih pada Hansel, memberi renungan tajam. But still an *ss.
“Beta bersetuju dengan Encik
Hansel, rakyat perlukan keadilan, mereka ingin keselamatan mereka dijamin.
Sekurang-kurangnya, kita tak perlu nak tunggu seminggu lebih untuk menjatuhkan
hukuman pada Jack. Kita semua tahu yang Villain itu masih bebas diluar sana
mungkin sedang mencari cara untuk membalas dendam atau untuk bebaskan
Henchmennya, tapi kita kena tahu yang villain itu perlukan masa untuk
kembalikan tenaganya. Mungkin makan beberapa hari memandangkan Apprientice
Wizard Merlin telah cederakan villain itu.” Louis menyandar pada kerusinya,
matanya memandang mereka semua satu persatu memastikan mereka semua tumpukan
perhatian padanya. “Mengikut laporan dari Juvairah—” Louis mengangguk pada
perempuan yang berambut perang gelap didalam kalangan the believers. “Counter
attack dari Cik Ivy telah memberi kesan yang teruk pada Villain Mary, cahaya
putih itu akan berpaut pada badannya untuk beberapa hari menghalangnya membuat
sebarang magic hitam. Ia memberi kita sedikit ketengan mengetahui dia takkan
menyerang pada masa terdekat ni dan masa yang secukupnya untuk bersiap sedia
untuk serangan yang seterusnya.”
“Apa yang Tuanku maksudkan ni?”
Soal Hansel dengan kening kiri terangkat.
“We are going to spread long and
wide Encik Hansel.” The Great Wizard Merlin bersuara, menggantikan tempat
Putera George. “Kita akan hantar the believers keluar dan memburu Villain ni.
Hentikan segala penyiasatan dan tumpukan perhatian dalam menangkap perempuan tu.
The sooner we get her, Enchanted be able to sleep in peace again.”
Hansel mengangguk faham. “Kami
mengikut perintah Tuanku. Bila kami akan mulakan pemburuan ni?”
Semua mata jatuh pada Louis,
menunggu arahan dari Ketua baru mereka. “sebaik sahaja kepala Jack terpisah
dari badannya, operasi pemburuan Bloody Mary bermula dengan segera. Hantar
berita ni kepada The Believers satu Enchanted, update pada Mind of The
Believers untuk stratergy operasi ini. Beta nak menjelang esok pagi, semua The
believers keluar dan tangkap penjahat tu. Are we understood?”
“As your command Your Highness.”
Hansel mengangkat tangan salut pada Putera Mereka dan semua ahli The Believers
mengikut salut.
Louis bangun dari tempat duduknya
dan turut salut pada mereka. Membuat para The believers agak terkejut. “Beta
ingin kamu semua berhati-hati dan tolong, tangkap dia dan selamatkan adik
beta.”
“With Honour, Sire!” Balas mereka semua membuat Louis tersenyum
sedikit lega.
“Berbubar semua.” The Believers
mengemas fail-fail mereka dan bergerak keluar dari bilik tersebut, didahulukan
dengan Maharani Wu Zetian dan Wizard Merlin; sementara Hansel datang mendekati
Louis. “Sarcastic comment?”
“No.” Hansel menahan diri dari
tergelak. “You did good. Tu je aku nak cakap.”
“Thanks?”
Hansel mengangkat bahu slamber,
dengan fail dalam tangan. “Aku ingatkan kau akan bantah apa sahaja aku akan
cakap tadi.”
Louis menarik sengih. “Ikutkan hati
aku nak tapi kita bukan lagi budak-budak Hans. Both of us has responsibility.”
“That’t true.” Hansel mengangguk
kecil dan ingin bersuara tapi ayatnya tergantung diudara bila dia terlihat
figura wanita berambut hitam tercegat di pintu masuk bilik tersebut, menyapa
beberapa orang. “And…. Your main responsibility is here.”
“Huh?” Louis berpaling kebelakang,
arah mana Hansel tuding dan di bingkar pintu Ivy menyandar, memeluk tubuh
dengan senyuman nakal bermain dihujung bibirnya. “Oh.”
“Oh it is.” Hansel menggeleng dengan keluhan. “Well, nampaknya aku
kena pergi.”
“Yes, kau kena.” Balas Ivy dan
mendapat renungan amaran tapi Ivy hanya tergelak.
Hansel tunduk sedikit pada Louis
dan beredar, dia sempat berhenti di sisi Ivy, menyentuh bahu kawan rapatnya dan
bisik “Behave.” Dengan nada amaran
sebelum bergerak keluar dari bilik itu. Berat
hati meninggalkan mereka berdua bersendirian. Di dalam bilik besar. Berdua.
Dengan meja besar ditengah-tengah bil—Hansel
kena percayakan Ivy. Good Lord,
siapa percayakan Ahli sihir tu?
Sebaik sahaja Hansel melangkah
keluar dari bilik dan agak jauh dari mereka. Ivy akhirnya menutup pintu—menguncinya dan menyandar pada pintu
bilik tersebut. Tangan masih bersimpul dengan senyuman nakal. Kali ini dia
menggigit bawah bibirnya dengan mata melihat Louis dari hujung kaki ke hujung
rambut.
“Why are you looking at me like
that?” soal Louis hairan.
“Hmm?” Ivy mengangkat dagunya pada
pemakaian Louis. “You look deliciously dashing.”
“D-Delicious—”
Louis tertawa dan depakan tangannya. Berputar untuk Ivy seperti memuaskan
pandangan ahli sihirnya. “I’m a walking candy cane.”
“Hmhmm…” Ivy menolak dirinya dari
pintu dan mengambil tiga langkah besar mendekati Louis, menarik tali pinggang
puteranya—membuat Louis terkejut dan sebelum dia sempat bersuara, Ivy dah
menangkap bibir Louis. Menelan apa sahaja ayat yang dia ingin katakan.
Louis tersenyum disebalik bibir Ivy
dan tangan menyentuh kedua pipi, membelai rambutnya ke belakang telinga dengan
lembut. “Aku ingatkan Hansel suruh kau behave?”
Ivy tergelak kecil sebelum berikan
kucupan halus di hujung bibir dan turun ke rahangnya. Tangan tidak lepas dari
belakang tali pinggang Louis. “Tapi aku lapar.”
Louis mendongak. “hmm, yeah? Kau
nak buat aku—senasib dengan Hansel ke?”
Ivy berhenti untuk seketika, berfikir
apa yang Louis maksudkan sebelum tersenyum. “I am a witch.”
“A good witch—hey.”
Ahli sihir yang sibuk ini tergelak.
“kau sukakannya.”
Nafas Louis tersekat, mengiggit
lidahnya dari menyuarakan sesuatu yang akan menggalakkan ahli sihir dalam
dakapannya. Apa yang Louis buat ialah dia mengambil alih dengan menangkap bibir
Ivy, membuat dia hilang nafas dan tolak dia ke meja besar. Mengangkat ahli
sihirnya untuk duduk diatas meja tersebut.
“Alright.. that’s enough.” Louis
mengucup hidung Ivy sebelum membelakangkan dirinya tapi tangan Ivy masih
melekat pada tali pinggangnya. “Ivy.”
Ivy mencebik dengan comel, cuba
memujuk Louis tapi Louis berikan jungkitan kening tanda amaran. “Fine…” dia
akhirnya akur. “You no fun.”
Louis tertawa sebelum tundukkan
diri. “Don’t tempt me—kenapa kau pakai kot sejuk dalam istana?” Louis menarik
kepalanya sedikit, perasan Ivy memakai kot tebal dan ada sedikit salji masih
melekat pada bahunya. “Kau keluar ke tadi? Sebab tu ke aku tak Nampak kau
sepanjang perbincangan tadi?”
Ivy menyumpah dirinya secara mental
kerana tak buka kot sebelum ke sini. Dia
patut tahu yang dia takkan sempat menyertai mereka. “Aku keluar ambil
angin.”
Louis berpaling keluar, melihat
salji turun dengan lebat. “Dalam ribut macam ni?”
“Aku hanya keluar sampai pintu
depan je Lou.” Ivy ketawa kecil, menyandar dengan tangan sebagai tongkat dibelakangnya.
“Apapun, apa korang bincangkan?” Ivy memberi signal untuk Louis mendekatinya.
Tanpa bantahan Louis akur, kedua
tangannya di sisi Ivy. Memerangkap ahli sihir itu. “Tentang hukuman Jack
dijalankan esok pagi—
“Spesifikkan esok pagi.” Ivy
meninggalkan butterfly kiss pada hidung Louis.
Putera ini tersenyum. “Sebaik
sahaja matahari naik.” Dan dia rasa bibir nipis di pipinya. “Dan selepas itu
The Believers akan keluar memburu Bloody Mary.”
Ivy terhenti dan memandang mata
Louis. “Bloody Mary?”
“Sounds catchy isn’t it?” Soal
Louis dengan senyuman nakal. “Puteri Ezra pernah tersasul panggil Villain tu
sekali dan bunyinya sepadan.”
Ivy terbayangkan mimpi—atau visi
yang dia bertemu dengan villain itu, dia berlumuran dengan darah. Memberi
amaran padanya tentang sumpahan Louis.
“Yeah… sangat sesuai.” Tangan dan
matanya terus jatuh pada dada Louis. Terbayangkan tattoo yang ada disebalik kot
formal Louis. “Hey Lou…”
“Hmm?”
“Do you love me?”
“Without a doubt.” Dia mengucup
dahi Ivy.
“Will you give you heart to me?”
“I already have love.” Balasnya
dengan bisikan pada telinga Ivy.
Ivy menggigit bawah bibirnya, cuba
menahan perasaannya dari melimpah. “Will you… exchange your heart with me?”
Dan Louis berhenti mendadak.
Kembali memandang wajah sedih Ivy dengan cuak. “A-apa?” dan dia perasan tangan Ivy berehat tepat diatas sumpahannya
berada.
*tick*
Bunyi detikan membuat Louis menjadi
pucat dan kembali memandang Ivy. Did she
just…. “Ivy… kau—
Ivy tertawa kecil, senyuman nakal
terukir pada bibirnya namun mata hijaunya memberi maksud yang berlainan. “Aku
tahu tentang exchange heart dari Tuan Jack Skellington. Dia beritahu aku one
day aku akan faham apa yang dia maksudkan. Memberikan hati—jiwa dan perasaan
kepada orang yang kau cintai. Aku faham sekarang dan aku nak lakukannya dengan
kau.”
Luntur hati Louis mendengar
pengakuan Ivy, mengetahui Ivy ingin berikan segalanya pada Louis membuktikan
padanya betapa pentingnya juga Louis pada Ivy tapi… “Ivy, aku juga faham tapi—
“Then, lets do it.” Wajah Ivy
kelihatan serious, tapi ia segera pudar. “Maksud aku bukan sekarang. Bila semua
ni dah selesai, tiada lagi Villain ingin di buru. Tiada lagi halangan antara
kita. I want to do it properly.”
Louis terdiam untuk seketika,
tangan mencapai pipinya dan dibelai lembut. Merenung mata hijau yang bersinar
kerana air mata berpaut pada bulu matanya.
Putera ini menahan dirinya dari
tunjukkan sebarang perasaan sedih dan berikan senyuman manis—namun tersangat
pahit pada Ivy. “Dah tentu, aku juga ingin melakukannya.” Katanya selembut
sutera. “Selepas semua ini selesai.”
Ivy mengangguk. “Kau sibuk ke
sekarang ni?”
“Hmm… tak. Kenapa?”
“Nak sibukkan diri?” bisiknya
dengan senyuman nakal.
Louis tak boleh menahan diri dari
tersenyum dengan soalan berani ahli sihirnya. “Behave Ivy.”
“Aku tak tahu apa yang kau
maksudkan….” Dan mereka hampir, dekat, hanya senafas jauh sahaja namun pintu
bilik itu terbuka luas membuat Louis melompat jauh dari Ahli sihirnya.
“Ah-hah!” Hansel menuding jari pada mereka berdua, ekspressi wajah
Hansel seperti dia hendak membunuh! Nak
bunuh putera bongkak yang berani sentuh kawan rapatnya.
“Aku dah agak korang guna mej—I
mean Ivy, aku kata behave!” Nadanya
serupa dengan orang Vicious yang sedang mengamuk, seperti haiwan buas yang
diganggu dari tidur hibernasinya dan bersedia untuk membaham sesiapa sahaja
yang dia lihat. “And You…..” dan
orang itu Putera George. “I’ve told you—
“Hans! Aku ingatkan siapa tadi?!”
“Tak kesah la siapa—Aku tahu aku
tak patut tinggalkan korang berdua bersendirian—I mean come on! Korang berdua
23 tahun not some horny teenagers—
“HANSEL!”
“—touching each other like leeches!” dia tetap menyambung ayatnya
mengendahkan muka merah kedua pasangan bermasalah ini.
“Urgghh, aku tak perlukan ni—
“Oh hell you do!” Hansel memotong
ayat Ivy. “You young Lady, Back to your room.”
“Aku bukan budak kecil Hans—
“Kau melawan ke?!” Yup, kali ini kemarahan Hansel tidak boleh
diredahkan. “Now.”
Argh!
You are such a pain in the as—
“I said now—
“I’m going!” balas Ivy nada sama
tinggi dengan Hansel, melompat turun dari meja besar dan menghentak kaki keluar
dari bilik perbincangan itu. Dia sempat menolak bahu kawannya dengan kuat—tapi
tidak sekuat untuk menjatuhkan Hansel dan kembali menghentak keluar dengan
mulut menyumpah seranah mamat durjana tu.
Dia
sayangkan Hansel tapi kekadang dia tu macam orang tua!
Kalaulah dia masih memakai Genie’s
cuff, tentu ia mengeluarkan arus elektrik ke seluruh badannya, merenjat dirinya sendiri. Plus, macam mana dia boleh buka pintu? Aku
sumpah aku kunci bilik tadi—
Persoalan Ivy terjawab sebaik
sahaja dia keluar dari bilik itu dan bertemu dengan putera cina yang menyandar
di tepi pintu. Bermain dengan sebatang kunci didalam tangannya.
Dia
yang berikan kunci tu pada Hansel—
“Oh F*ck you.” dan Ivy berputar membelakangkan Putera Xiao Ai, kaki
dihentak kuat, hampir meninggalkan kesan tumit kasut tinggi diatas lantai
laluan istana.
Putera Xiao Ai hanya tertawa dengan
gelengan, terhibur melihat muka marah ahli sihir muda itu dan masuk ke dalam
bilik perbincangan, menyertai mereka berdua—
*PACK!
“What the—Oi!” tak kau terkejut Putera Cina ni dibuatnya bila Hansel tetiba
menumbuk tepat ke muka Putera George. DIa memutar bahu Hansel dengan kasar dan
mencengkam colar uniformnya. “What do you
think you are doing?!”
“Kutip hutang aku.” Jawab Hansel
tidak gentar dengan Putera Xiao Ai.
“Why you—
“Tak Xiao, jangan.”
Penumbuk Putera Xiao Ai terhenti di
atas kepalanya dan berpaling memandang Louis, tidak percaya apa yang dia
dengar. “DIa tumbuk kau!”
“Dan aku layak mendapat tumbukan
tu.” Louis mengelap cecair merah di tepi bibirnya sebelum berdesir. Bibirnya
pecah terima kasih pada tumbukan padu Hansel. Atleast bukan hidungnya patah. “Let him go Xiao.”
Hansel yang menolak tangan Putera
itu dulu dan memperbetulkan Uniformnya semula, dan juga rambutnya yang kusut.
“You are as crazy as her. Apa yang kau fikirkan hah? Kau lupa ke kau ada sumpahan melekat kat dada kau?!”
“Aku tahu. Aku terbawa-bawa… but
thanks sebab merempuh masuk—” Ayat Louis tersangkut dan mencengkam dadanya yang
sakit. Dentuman jantungnya bergema di telinga serentak dengan bunyi detikan
jam. Kesakitan pada dadanya lagi memeritkan sehingga dia jatuh berlutut didepan
meja besar sambil berpaut padanya.
Mata Hansel menggelap sementara
Putera Xiao Ai membulat, berlari ke sisi kawannya untuk memeriksa keadaan
putera itu.
“Jangan cakap ia dah—
“Sejak bila ia berdetik?” kedua
penumbuk Hansel di sisinya menggeletar teruk, keningnya bertembung menjadi
satu, suaranya rendah sangat merbahaya. tiada siapa pernah lihat Hansel
sebegitu menggerunkan.
Putera Xiao Ai memucat cuak bukan
sahaja melihat wajah Hansel malah fakta yang dikatakan oleh Ketua Kes Losing
Heart itu. “G, tell me he’s joking.” Suaranya hampir merayu.
Putera George menarik nafas tajam,
seperti paru-parunya membeku dan menghalang untuk dia mengambil nafas baru,
membuatkan mukanya memucat dan bibirnya membiru.
Dia mencengkam lengan baju
kawannya, memandang Putera Xiao Ai meminta pertolongan bisu sebelum jatuh
terlantar di lantai. Dia kelihatan seperti seseorang yang tercekik, tidak boleh
bernafas langsung.
Dengan segera Hansel ke sisi Bakal
Raja itu, membuka kot dan kemeja bajunya dengan pertolongan Putera Xiao Ai. Dan
kedua lelaki ini—buat kali pertama melihat tattoo sumpahan Lady Morgana yang
terukir pada dada Louis, tepat diatas jantungnya berada.
“Dear Merciless Gods….”
.
.
Langkah Ivy terhenti bila dia
rasakan satu kehadiran magic yang mengejutkan. Seluruh darah didalam badannya
membeku cuak dan berpaling kebelakang dimana arah ke bilik perbincangan.
Dan dia dengar bunyi jam berdetik
dengan perlahan. Sangat perlahan.
“Tidak….. Louis—” Ivy ingin berlari menolong puteranya tapi dia berhenti
sebelum mengambil sebarang langkah. Dia menutup mulutnya dengan air mata mula
bertakung, rasa bersalah kerana dia tidak boleh benarkan mereka tahu yang Ivy
mengetahui sumpahan tersebut.
‘Kamu
tiada banyak masa sayang. We have to do this fast.’
DIa menggeleng kecil, rintihan
kecil terlepas dari bibirnya bila dia dengar jeritan perit Louis bergema
didalam mindanya, bersama dengan detikan membunuh itu.
“Maafkan
aku….” Bisiknya, walaupun Louis tidak
mendengarnya. “Maafkan aku…!” Dengan
langkah yang berat dia memutar tumitnya dan berlari sepantas yang mungkin,
bertentangan arah dari arah Puteranya berada.
.
.
Hansel mengeluarkan sejenis botol
kecil dari poket seluarnya dan segera menuang cecair merah yang terkandung dari
dalam botol tersebut kedalam mulut Putera Camelot itu. Meninggalkan sedikit,
membasahi dua jarinya untuk dia lukis satu tulisan ruin pada tattoo sumpahan
Lady Morgana.
“Come one… come one, come one, come on!” Hansel berharap bila lihat
cecair menyeliputi tattoo tersebut sebelum ia memenuhi latar tatu itu. Mengering
seumpama ia sebahagian dari tattoo tersebut.
Setelah itu, Bakal Raja yang tercekik
ini menarik nafas dalam yang tajam dan terbatukkan kahak ke sisi. Sementara
bekas Vicious ini pula berlari ke tingkap dan memuntahkan segala isi perutnya.
Si Putera Cina ini pula hanya
terduduk kaku, tertanya apa yang sedang berlaku dan hanya boleh melihat dua
lelaki itu muntah dan terbatuk seperti mereka telah makan makanan terburuk
dalam seumur hidup mereka.
Louis mengelap mulutnya dengan
belakang tangannya dan menelan air liur kesat sebelum kembali terlentang diatas
lantai, bernafas dengan berat. Dia memejam matanya dengan perlahan, cuba
stabilkan balik pernafasannya sebelum bersuara; “Thanks, Hans.”
Hansel jatuh terduduk di tepi
tingkap itu, juga mengelap mulutnya. Mukanya pucat kerana dia telah menggunakan
magic—sedangkan dia bukan seorang ahli sihir.
“Apa kau dah buat?” Soal Putera
Xiao Ai, akhirnya menjumpai suaranya semula.
“berikan ubat tahan sakit.” Balas
Hansel, melontar botol merah yang kosong pada Putera cina itu.
Putera Xiao Ai tunjukkan pada Louis
membuat dia tertanya; “Macam mana kau tahu tentang potion ni?
Hansel berikan tarikan sengih yang
paling pahit. “Bajingan tu yang berikan pada aku.”
.
.
“Hansel telah selamatkan Putera George.”
Jack menghembus nafas lega dan
bahunya yang tegang jatuh. “Dia sempat.”
Hood mengangguk, senyuman sedih terukir
pada bibirnya melihat wajah lega Jack dan ingin menyentuh bahu Jack tapi dia
menarik balik tangannya. Mengetahui lebih baik dia menghormati privasi minda
Jack.
“You did good.”
“Dan kita kena cepat.”
Jack dan Hood berpaling untuk
melihat Ivy melangkah masuk kedalam penjara dengan wajah ketat. Tanpa sebarang
sapaan atau teguran, dia menghayun kayu saktinya pada gari Jack, membebaskan
banduan yang berlutut dihadapannya.
Ivy membuka jubahnya sebelum
mencangkung untuk memakaikannya pada bahu Jack. “It’s going to be chilly.”
“How kind of you.” balas Jack tidak
menolak tindakan baik Ivy, hanya perhatikan wajah ahli sihir itu dengan
renungan tertanya-tanya.
Ivy tidak menjawab, hanya memandang
mata emas Jack dengan perasaan kurang senang. Tidak berapa suka bagaimana Jack
memandangnya. Apa dia nak dari Ivy? Dan
ia membuatkan ahli sihir ini tambah rasa bersalah.
“adakah kamu berdua bersedia?”
“Ya.” Ivy menjawab terlalu cepat,
membuat Jack sedikit murung dan menghembus nafas lelah.
“Like she said.”
Hood mengangguk dan menghulurkan
tangannya kepada mereka berdua. “masa
untuk pergi.”
Dan sebaik sahaja mereka mencapai
tangan Hood, mereka berdua hilang dari tempat tersebut, meninggalkan
tanda-tanda yang akan membuatkan seluruh penghuni didalam istana tersebut
meletup.
>X<
Hari pemancungan menjelang….
Seluruh rakyat Enchanted, jauh dan dekat
datang untuk melihat pengadilan bagi mereka….
The believers menjadi saksi pemancungan
Jack.
Kerabat diraja Great China dan Bakal raja
Enchanted menurut serta.
Hansel mencari Ivy.
Louis mencari Ivy.
Jack melepaskan diri.
Ivy menghilangkan diri.
Ivy menghianati.
Louis di khianati.
Mereka semua dikhianati
Dan Hansel meletup.
“That b*tch!” Hansel
meraung seumpama raksasa dan masuk kedalam istana, bertemu dengan The Mind of
the Believer bersama orang-orang bawahannya.
“Encik Hansel, what’s the meaning
of this?” Lord Elm bersuara dengan nada rendah yang merbahaya, terdapat element
cemas juga dalam nada dalam itu.
Hansel meramas rambutnya, bukan
sekarang masa yang sesuai untuk dia berdepan dengan orang-orang the believers
ni. Dia perlukan masa untuk bersendirian
dan tenangkan diri. Dia ingin berputar bertentangan arah tapi kerabat
diraja datang mendekati membuat dia meraung sekali lagi keudara, mereka semua
membelakangkan diri dari Bekas Vicious itu.
“Abang?” Gretel tak pernah lihat
Hansel sebegitu marah didalam seumur hidupnya dan melihat abangnya seperti itu
membuat dia kecut perut, takut akan abangnya sendiri.
“Nak
tahu apa yang sedang berlaku?” Hansel menyoal mereka semua dengan nada
sarkastik. “What do you think the f*ck
happen? Beribu burung gagak diluar sana serang rakyat Great China! Penjenayah
sialan tu terlepas dan Ivy the F*cking Devil menghilang! Apa lagi yang korang
nak aku cakap tentang benda ni?!”
“Encik Hansel….. tolong bertenang—
“Ivy the Devil has done high treason to The Kings and Queens of
Enchanted, Her Mentor and friends. Dia melanggar persetujuannya sebagai rakyat
Enchanted dan kembali ke jahatan!” Mereka semua tergamam melihat Hansel
meletup dihadapan Wizard Merlin dan dia berpaling pada mereka; The believers. “we will hunt her down.”
“Tunggu sebentar, Hansel—
“TUanku membantah ke?” renungan
tajam dilontarkan dari sebalik bahunya pada Putera George, matanya seumpama
mencabar Putera itu untuk membantahnya dan menjelaskan mengapa dia ingin membela ahli sihir muda itu. I dare you and your secret it out. Itu renungan Hansel sampaikan.
Putera George tiada pilihan untuk
kembali ke posisinya dan menggeleng. “Tak…”
“I thought so.” Hansel kembali
memandang The Believers. “Set out far and wide, catch that witch dead or alive—
“Dead or alive?” Gretel juga
terkejut seperti mana mereka yang rapat pada ahli sihir muda itu.
“Dead or alive.” Hansel menghapuskan segala persoalan mereka. “Aku
nak ahli sihir tu ditangkap secepat yang mungkin, sebarkan seluruh Enchanted.
Aku nak dia, lelaki bebal tu dan Bloody Mary. Faham?”
Mereka semua saling memandang
sesama sendiri, berpaling ke The Mind of The Believer yang memandang Lelaki
yang tubuhkan organisasi itu. Wizard Merlin tidak menunjukkan sebarang
ekspressi drastic dan hanya berpaling pada Kerabat diraja yang menyokong
organisasi tersebut.
Putera George menjadi pucat. Mereka
semua nunggu kata putus darinya dan ini membuat George dalam jalan buntu.
Dengan horror dia melihat setiap seorang wajah The Believers sebelum jatuh pada
Hansel.
Renungan Hansel tetap memberi
amaran kepada Putera itu. I dare you and
your secret is out.
Putera ini jatuhkan kepala, matanya
tersebunyi dari sebalik rambut depan dan bersuara; “Beta membenarkan operasi
ini dijalankan.”
“Is
it a command sire?” Hansel menekankan lagi.
Putera George membalas renungan
Hansel, kedua renungan mereka membuat mereka yang lain menggeletar lutut. “Beta, Putera George membenarkan operasi
menangkap Bloody Mary dan Jack, termasuk juga Ivy The Devil. Dead or Alive, dibawa kemuka pengadilan. And, it’s a
command.”
The Believers terus didalam posisi
mereka dan mengangkat tangan salut secara serentak tanda mereka mengikut
perintah.
“Move out!” Hansel bersuara dan mereka semua pergi menjalankan misi
mereka. Hansel berlegar beberapa saat salut pada Putera George, menunggu The
Believers pergi sebelum bersuara. “This
is messed up.” Dan beredar pergi, turut menjalankan tugasnya sebagai The
Believers.
“And your apprientice is a
disappointment.” Maharani Wu Zetian berdecit dengan kecewa. Merenung disebalik
bahunya pada Wizard Merlin. “kamu ada tanggungjawab untuk menjawab kegagalan
kamu terhadap ‘apprientice kebanggaan’ kamu.” Nadanya sedikit dingin dari
selalu dan berjalan pergi.
Puteri Shui Ling kelihatan buntu
untuk seketika, tidak dapat nak proses apa yang terjadi sebentar tadi. Dia
hanya tundukkan diri, minta maaf secara senyap sebelum mengejar Ibundanya
dihadapan.
Putera Xiao Ai mengusap belakang
lehernya dengan keluhan berat. “It suck to be you right now.” Dia menepuk bahu
rakan rapatnya dan berikan senyuman nipis bila mata mereka bertentangan. Putera
Xiao Ai memicit bahu Putera George, berikan sedikit goncangan memberitahu
kawannya untuk tabahkan diri sebelum beredar.
Melihat Kawannya menjauh, bahu
Putera George jatuh dengan keluhan berat. Berdiri dilaluan itu hanya bersama
Wizard Merlin yang tidak berkata apa-apa sepanjang kekecohan tadi. Putera ini
rasa hendak marah, ingin menjerit tapi apakan daya? Jika dia marah pun perkara
itu telah berlaku dan ia berlaku sekali lagi.
Dan Louis mula penat untuk marah.
Dia berpaling pada Ahli sihir
diraja Camelot yang juga termenungkan laluan kosong dihadapan mereka, jeritan
kekecohan yang halus bermain sebagai latar. Wajahnya masih lagi tidak
menunjukkan sebarang ekspressi tentang situasi ini.
“Tuan….”
“Hmm..” Wizard merlin hanya
menjungkit kening kirinya sedikit.
Putera George tidak tahu apa yang
Ahli sihir tua ini fikirkan. Adakah dia terkesima? Marah? Sedih? kecewa?
Mengapa Wizard Merlin tidak tunjukkan perasaannya seperti mana Putera George
yang dalam kekeliruan ini?
Putera George membasahkan bibirnya.
“Adakah tuan…. Mempercayai Ivy?”
Akhirnya ahli sihir tua itu
berpaling pada Putera George, ekspressi sedih tertulis pada wajahnya. “She’s
damage but not beyond repair.”
“Tuan?”
“Have faith on him My Prince.”
Dan Putera George menutup mulutnya.
Mengangguk dengan perlahan.
>X<
Dia sepatutnya bencikan aku.
Dia sepatutnya inginkan aku mati.
Dia sepatutnya tiada kena mengena dengan
aku.
Tapi mengapa dia berada di sini?
Mengapa dia tidur dimana dia selalu tidur bila aku balik lambat?
Mengapa dia tunjukkan kebaikan dan
kelembutan yang aku tidak layak menerimanya?
Dan mengapa…. Aku tidak membantah segala
kebaikan yang dia berikan?
Sepasang mata
hijau terbuka luas bila dia dengar percikan api dan segera bangun dari sofa,
selimut dibahunya jatuh ke pangkuan. Kelihatan sedikit buntu mengapa dia berada
di sofa sebelum dia kaku melihat lelaki yang penuh dengan balutan bercangkung
didepan pendiang, melontar kayu api kedalam sebelum berikan renungan dingin
padanya.
Ivy menelan air
liur kasar. “Jack.. mengapa kau—” Ayatnya terhenti bila lelaki itu bangun.
“Mereka pasti
dalam perjalanan ke sini.” Jack melabuhkan punggung di kerusi bujang berhadapan
dengan Ivy dengan satu keluhan berat, tenggelamkan badannya kedalam kusyen
empuk kerusi tersebut. “kau tak patut rawat aku semalam.”
Ivy berpaling pada
besen kecil di tepi pendiang, menakung air bercampurkan darah. Dia menggigit
bawah bibirnya dan mula mengira didalam hati untuk menahan perasaan marah
menguasai dirinya. Menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin sebelum bersuara.
Perlahan. “Kau pitam sebaik sahaja kita tiba di sini, luka kau makin parah dan
kalau tak dirawat kau mungkin akan mati—
“Aku dah lama mati—
“dan… kau perlukan rehat. Mengapa kau
gantikan tempat aku kat sini—
“Kau kena ingat.”
Jack memotong ayat Ivy dengan topik lain. “Kau hanya ada masa sehingga sumpahan
itu terjadi. Aku tak tahu berapa lama tapi gunakan sebaiknya untuk cari cara
membatalkan sumpahan tersebut. Faham?”
Ivy berdecit,
tidak suka dengan tabiat Jack yang suka menepis Ivy ketepi setiap kali dia
ambil berat tentangnya. Dia lagi tak suka bila mereka berbincang tentang
perkara ini sekali lagi. “Hood dah beritahu aku semunya. Apa yang aku perlu
buat ialah jumpa Wizard Merlin tanpa bongkarkan segalanya.”
“Ataupun kepada
sesiapa. Tiada siapapun kena tahu
tentang ni.”
Ahli sihir muda
ini hanya memutar bola mata. Jack tak kenal Ivy macam mana, dia ada 1001 rahsia dalam hidupnya dan
dia tak pernah buka mulut tentangnya kepada orang sembarangan. Apatah lagi
perkara sepenting ini, Mustahil.
Jack faham hanya
melihat dari gerak geri ahli sihir muda itu dan menarik sengih, tapi dia
biarkan. “Dan pastikan kau mengambil kayu apprientice itu secepat yang mungkin
sebelum ia lenyap selamanya.”
“Macam mana aku
tahu kalau kayu sakti tu terima aku?”
“trust me, it will.” Renungan Ivy dengan
jungkitan kening kearahnya membuat Jack mengeluh. “Then don’t, trust Wizard
Merlin dan Hood.”
Sekali lagi Ivy
tidak suka bila Jack bersedemikian kepadanya. Ivy tahu yang mereka berdua tidak
bersefahaman—atau lebih kepada Ivy tidak selesa duduk dengan lelaki yang obsess
kepada tunangnya dan menganggap ivy sebagai
tunangnya. Namun, semenjak kebelakangan ni… Ivy lihat Jack dari sudut yang
berbeza, dia tidak lagi lihat Jack sebagai lelaki yang gila, obsess dan tidak
berperikemanusiaan namun sebagai lelaki yang rosak, menjadi mangsa dan
dimanipulasi oleh Villain selama bertahun—siapa tahu berapa lama Jack
dipermainkan. Mindanya rosak disebabkan Bloody Mary dan sekarang… dia sanggup
korbankan memorinya untuk lakukan satu upacara terlarang.
Equavelant Exchange.
Menggantikan
sesuatu dengan sesuatu yang sama jisimnya. It’s like kontrak bersama
Rumplestiltskin Cuma ia hukum tetap dalam undang-undang magic. Tiada tawar
menawar atau manipulasi diantara dua pihak.
Ivy mendongak
memandang lelaki dihadapannya yang sedang termenung kearah pendiang api yang
marak dengan lembut. Dan lelaki ini
kelihatan tenang untuk bayar upacara yang aku
ingin lakukan desis hati Ivy mula rasa bersalah. Bukan Jack sahaja malah
Hood.
Adakah dia lakukan perkara yang betul?
Adakah apa yang dia buat ini berbaloi? Dan…. Dia tak tahu kalau apa yang dia
lakukan ini akan berhasil. Macam mana kalau tak? Pengorbanan mereka akan jadi
sia-sia dan Jack…. He will be an empty
shell, even worst… damage completely. Umpama mayat berjalan diatas tanah
Enchanted. Adakah Ivy sanggup risikokan nyawa orang lain untuk kepentingan diri
sendiri?
“Kalau kau Tarik
diri, aku akan humban kau kedalam bulatan tu samada kau rela atau tak.”
Ivy tersentak dari
lamunannya dan kembali memandang Jack, dia tetap merenung kearah api yang
menghangatkan rumah itu. “Tapi Jack—
“Mereka dalam perjalanan ke sini.”
Kedua penghuni
rumah ini berdiri dengan segera bila Roh bermantel merah muncul dihadapan
pendiang kelihatan cemas.
“Kita kena cepat.”
Jack berdesir menahan sakit semasa dia bangkit dari kerusi dan berjalan ke
dapur sambil memegang sisi abdomennya.
Ivy juga berdiri,
risau melihat keadaan Jack dan ingin menolong lelaki itu tapi Jack berikan
renungan disebalik bahu tanda amaran untuk tidak dekat dengannya.
Sekali lagi Ivy
terkilan dengan layanan dingin diberikan oleh Jack. Mengapa Jack tiba-tiba sebegini pahit terhadapnya?
“Mari Ivy.”
Ahli sihir muda
ini merasa sentuhan sejuk pada bahunya dan berpaling melihat Hood. Dia
mengangguk dan mengekori lelaki itu; sehingga dia terhenti dihadapan pintu
belakang dapur. Tercegat kerana melihat Jack juga berdiri dihadapan laman
belakangnya yang berantakan.
Ivy perasan, belakang
Jack kelihatan sedih, kesunyian memerhatikan keadaan laman belakangnya. Bahunya
yang dingin jatuh dan mata melankolinya tertera walaupun dia cuba menyembunyikannya.
Ivy ingin mencapai
bahu lelaki itu tapi langkahnya terhenti bila Jack bersuara; “Mengapa mula
sekarang?” Jack menarik sengih melihat muka buntu Ivy dan menghembus nafas
berat, menghasilkan awan putih dari bibirnya. “This must be the spot. Tempat dimana aku dapat tahu dia juga cintakan
aku, tempat kami berbual sepanjang malam tanpa henti. Tempat kami menanam bunga
mengingatkan tempat kelahiran yang dia takut. Tempat dimana aku lamar dia, dia lamar aku semula. Juga senyuman
terakhir yang aku lihat sebelum dia pergi buat perkara tergila yang dia pernah
buat.” Matanya jatuh pada cicle ruin yang dilukis, tidak tertimbus oleh rebut
salji semalam dan lilin dibelakang
barang-barang Ivy masih hidup kerana magic. “right on that spot.”
Ivy bermain dengan
jari jemarinya, kembali rasa bersalah pada lelaki dihadapannya. “Jack… Mungkin—”
“Kenapa mula
sekarang?” Jack mengulang, berpaling melihat ahli sihir berjubah hitam, hanya
selimut nipis memeluk bahunya untuk kekalkan dia hangat. “Kau tak patut
ragu-ragu menggunakan memori aku. Kau tak patut rasa sebarang kesalan malah
gembira. Kerana kau dapat balas dendam pada aku.” Jack berikan senyuman yang
menayang gigi tarinya yang menawan; kelihatan sangat perit. “taking the one thing left I have in this world and you’ll
win.”
“Tapi aku tak
pernah nak menang…” Suara Ivy gagal menyembunyikan perasaan sebenarnya. “Jack,
aku—
“Kenapa mula sekarang?” kali ini nadanya
tegas, umpama memberi amaran pada ahli sihir muda itu.
“Kerana manusia
berubah Jack.” Ivy balas, tegas namun lebih lembut dari Jack. “Everyone has the
chance to change, and so are you.”
“And I choose to
change this way.” Mata Jack jatuh
pada badan Ivy yang mula menggigil dan berdecit. “Kita takda banyak masa. ”
Katanya dengan dingin, mencapai siku ahli sihir itu dan menariknya ke bulatan
ruin di tengah-tengah laman. “Keluarkan kayu sakti dan buku kau.”
Ivy menarik
tangannya dari genggaman Jack, mengusapnya dengan perlahan. “Tapi kau masih ada
peluang untuk berubah lagi.”
“kau tak faham ke? Ini pilihan aku dan
bukan urusan kau untuk masuk campur.” Nada Jack Kasar dengan amaran. “Aku kata
keluarkan kayu sakti dan buku kau—
“Kau tak Nampak
ke? Aku cuba nak tolong kau—
“Tolong aku dengan keluarkan kayu sakti dan
buku kau!” Kali ini Jack tidak menahan nadanya dan menjerit naik okta lima
dan Ivy terasa. “Kalau kau nak tolong aku, masuk kedalam bulatan tu dan lenyap. Faham?”
“kamu berdua! Puteri Ezra dan the believers
akan tiba dalam masa beberapa minit lagi—stop fighting already!” Hood
muncul di sisi mereka, merenung dua anak muda itu dengan kedua penumbuk di
pinggang.
Jack
membelakangkan kepalanya dari Ivy tanpa memutuskan renungannya pada Ivy.
“Keluarkan buku dan kayu sakti kau.”
Ivy mengalah,
menghayun kedua tangannya dan kedua barang yang dia inginkan berada didalam
tangannya dan jatuhkannya di hujung bucu bintang yang kosong, serta merta
menyalakan lilin yang mati secara ghaib. “Happy?”
“Content.” Balas Jack sama berdesir seperti Ivy.
Hood nak je luku
kepala mereka berdua tapi dia tahan, mengetahui situasi sekarang sangat genting
dan tumpukan kepada yang lebih penting. Dia berpaling pada Ivy, menyentuh kedua
pipi anak buahnya dengan lembut. “remember
child, focus on finding the counter spell and only that. Okay? You have so
little time and only one chance to get this right.”
Ivy mengangguk.
“aku tahu dan…. Terima kasih kerana menolong aku…” Ivy menarik nafas berat.
“buat semua ni.”
Hood berikan
senyuman sedih sebelum mengucup dahi anak buahnya. “Your happiness is what we all want my berry; we wish you succed in your
journey.”
Terukir senyuman
pahit dihujung bibir Ivy dan dia mengangguk. “Without a doubt.”
Jack perasan salju
mula turun dari langit dan mendepakan tangannya keudara. Merasakan sekeping
salju diatas tapak tangan sebelum menggenggamnya dengan erat. “Puteri Ezra dah
dekat.”
Hood dan Ivy
berpaling melihat Jack dan mengangguk.
Roh bermantel
merah ini memberi kucupan terakhir di pipi Ivy sebelum memberi signal kepada
lelaki itu yang dia telah bersedia dan mengubah dirinya menjadi satu bebola
cahaya kecil berwarna emas dan terbang diatas bulatan tersebut.
“Any last word
sebelum aku mulakan upacara ni?”
“Yes.” Jawab Ivy
cepat, menyentuh dadanya bila dia rasa ia berdegup dengan tenang, tertanya
mengapa dia tidak rasa cemas atau takut tapi tenang.
Seperti lelaki dihadapannya.
“Adakah kau
pemilik hati ni?”
Persoalan Ivy
membuat Jack tergamam dan ini cukup meyakinkan keraguan Ivy. Kening Ivy lebih
berkerut dari sebelumnya bila Jack tidak menjawab persoalannya.
“Jack, Jawab
persoalan aku.”
Kalau Jack tidak
sememangnya pucat kerana dia sakit, pasti dia tertera pada wajahnya yang dia
ketakutan dengan persoalan Ivy seperti ia persoalan membunuh.
Dan dia tidak
boleh menyembunyikan ketakutannya kerana hati didalam dada Ivy tetiba cemas dan
takut. Bukan kerana upacara yang akan dijalankan itu.
“Answer me!”
*BAM!
Tumpuan mereka
beralih pada bunyi yang datang dari bahagian depan rumah dan bunyi jeritan
beberapa orang disusuli selepas itu.
“Ingat, apapun
caranya… Jangan teragak-agak untuk gunakan hati tu.” Jack mengangkat
kedua tapak tangannya keudara, tepat pada dimana Roh Red Hood terapung dan
membaca satu mantera kuno membuatkan dia boleh memanipulasikan roh tersebut. Ia
mula memancarkan beberapa cahaya terang dari setiap sudut sebelum ia jatuh
memancar lima barang disetiap bucu bintang circle ruin itu.
“Jack—Jack answer me?!” Ivy mula cemas,
inginkan kepastian dari lelaki dihadapannya dan ingin melangkah keluar tapi
terhenti bila dia lihat lima aura keluar dari badan Jack—membuat lelaki itu
mengerang kesakitan dan hampir jatuh tapi dia bertahan. Aura tersebut menjadi
satu figura—seumpama hantu namun tidak menunjukkan sebarang ekspressi dalam
matanya, dihadapan Ivy, ia berdiri tepat diatas setiap lilin.
Mata Ivy terbeliak
bulat melihat betapa seiras dirinya dengan figura itu. Dia berpaling melihat
figura yang lain dan mereka semua tetap mempunyai wajah yang sama dengan Ivy.
Cuma, perbezaannya ialah pemakaian dan umur mereka. Yang berdiri dihadapan Ivy
sebaya dengannya, berpakaian jubah apprientice versi baik. Seterusnya pula
berpakaian baju tidur dengan scarf wool memeluk bahunya. Lagi satu kelihatan
muda, berpakaian casual seperti dia didalam umur belasan tahun, dan satu lagi berpakaian
pengantin yang dia pernah pakai didalam mimpi Jack. Figura terakhir membuat Ivy
tercekikkan nafasnya sendiri, melihat figura yang seiras dengannya berlumuran
dengan darah, mata terpejam dan bunga spider-lily berada didalam tangan yang
disimpul cantik dihadapannya.
Dia kembali
melihat Jack dengan air mata yang mengugut untuk mengalir. Matanya meminta
penjelasan dan ingin menjeritkan ribuan persoalan namun Jack menewaskan dia
dahulu.
Here these words, hear the rhyme!
Heed the hope within my mind
Send her back to where I’ll find
What I wish in place and Time!!
Lima pancaran
cahaya itu mula berputar dan makin laju setiap saat dan api lilin mula marak
dan membakar barang dihadapannya; dan pancaran cahaya itu makin kuat
memerangkan ahli sihir muda itu dari dalam dan—POOF! Dia hilang dari
pandangan mata.
Untuk seketika,
semuanya senyap. Hanya bunyi angin bayu pada pagi sejuk itu, seorang lelaki
berdiri seumpama mayat hidup, senyuman kosong terukir pada bibirnya yang dihias
cecair merah. Merenung kearah mana ahli sihir muda itu hilang dari dunia.
I will always love you….
Dengan perlahan
dia memejam matanya dan benghembus nafas panjang.
Pintu belakang
dirempuh kuat dengan ribut salji.
>X<
-Continues in H.O.P.E-
(A/N: Few! Akhirnya habis juga L.O.S.T! dan
sekarang ke series yang terakhir! H.O.P.E which means Haven On the Palace of
Eidolon.
I know I know…. Bila citer ni nak habis? Angah, jangan seksa kitorang lagi! Kenapa
angah buat macam ni kat kitorang!
First, angah minta maaf sebab buat korang
tertunggu selama setahun lebih ni untuk siapkan cerita bersiri ni! but I really
want to make this series really works! And it means a lot to me kerana korang
setia bersama angah sepanjang perjalanan menulis setiap bab dan menempuhi
segala cabaran untuk teruskan plot cerita ni!
I love you guys sooo much!
And Of course, HOPE ialah siri terakhir
untuk novel ni. we will finally reach the end folks! Just a little bit more and
every question will be answered! Stay with me love through this again!
With love, and always will….
D.U.K (^3^)
aduh,... kena tunggu sambungan pula..
ReplyDeleteNo worry love, First chapter untuk H.O.P.E is on the way. esok atau lusa angah post *wink wink*
Deleteharap2 jangan lah lama sangat sambungannya ye ... hari2 tertunggu2
ReplyDeletecerita yang sangat menarik... terima kasih
Awwww you welcome! and the first chapter is on the way! *winkiessss*
DeleteTak sangka rupanya hati dalam badan Ivy hati Jack. Tapi macam mana Jack bole bagi hati dia dekat Ivy? Dan baru teringat yang hati tuh selalu berdebar2, takut apa sume. And Louis takboleh keluarkan hati dia sebab Sumpahan Morgana tu kan. Bila Angah bobgkar kan sume tuh baru terpike balik. Sebelum ni saya ingat hati dalam badan Ivy tuh hati dia sendiri rupanya tak.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu last series. Kipidap Angah.
Saya akan sentiasa menunggu kemunculan series yang terakhir ni walaulun busy. Hahaha
Mwahahahahahaha Angah akan buat korang terfikir and tertanya-tanya DAN Frust dengan angah sampai ke penghujungnya! ho-hoho-hohohohhohohohoho And thank you sebab setia dengan blog angah love! T__T means a lot to me *blowtearykisses*
Delete