Tenth H.O.P.E
Off the Record
“Nama
dia Viv, bekas rakyat kerajaan Oz berpindah ke Eidolon untuk buka kedai roti
dia sendiri di sana bersama keluarganya. Ayah dia seorang pemburu manakala mak
dia seorang healer. Apa lagi korang nak tahu? Tak boleh ke kita mulakan yang
paling penting? Menangkap Bloody Mary?”
“tak-tak-tak…
kau tak boleh mengelak Jack, sekarang paling penting ialah wanita nama Viv ni.
kami nak tahu macam mana perempuan ni boleh buat kau jatuh hati padanya dan
macam mana kisah korang berdua sampai berbulan kau tak balik Camelot. Jangan
cakap kau dan dia dah berkahwin.”
Mata
Hansel membesar. Tak mustahil jugak, tiga bulan tu macam-macam boleh berlaku. termasuk
kahwin senyap-senyap pun tak mustahil!
“Jangan
nak merapik lah!” Hansel dan Louis hanya mentertawakan Jack. Dia meramas
mukanya, fed up dengan dua budak durjana ni. “Tak boleh ke korang lepaskan hal
ni? Kisah percintaan korang pun aku tak pernah mempersoalkan.”
Hansel
menelan tawanya sambil menggeleng. “Tapi ini kau yang kita cakapkan. Kau tak
pernah terpikat dengan mana-mana perempuan—apatah lagi yang datang menggoda
dan terang-terang memberi pada kau! Dan kau menolaknya!”
“Pergi
gali kubur sendiri Hans.” Lontar Jack dengan pahit sebelum mengeluh. “Korang,
ia tak ke mana pun. sebaik je aku kembali ke sini semuanya dah berakhir.”
“Apa?
Kenapa?”
“Ah,
same old tragedy korang baca dalam mana-mana novel cinta.” Jack lontar
tangannya keudara, seperti dia mengalah. “Kami bertemu di pelabuhan Eidolon,
dia sedang mencatat laporan di pasar ikan dan aku tak sengaja terlanggar dia
dari mengelak pekerja pelabuhan yang mengangkat benda berat—apapun kamu
bberkenalan dari situ dan… macam tu lah, aku jatuh hati padanya dan fikir… ‘mungkin
dialah wanita yang aku tunggu selama ni’. Tapi…” Nada jack menjadi suram.
“Takdur tidak menyebelahi kami sebab bila aku melamarnya, dia beritahu aku yang
dia… keluarganya telah tunangkan dia dengan seorang bangsawan.”
“Dan
kau mengalah begitu sahaja?” Soal Hansel, bukan meragui Jack, dia kenal
kawannya seorang ni. Dia tidak akan mengalah selagi dia tidak usaha dan usaha
Jack tidak pernah diragui oleh sesiapa. itu yang membuktikan hormat orang
Camelot pada Sir Jack, termasuk bangsawan dan kerabat diraja Enchanted—Jack akan
melakukan segala kekuatannya—mungkin lebih untuk mencapai sesuatu dan dia
melakukannya dengan penuh moral dan kesabaran yang tinggi.
“Aku
cuba buktikan sebatang kera, satria yang tiada ada apa ini boleh buat anak
tunggal mereka bahagia.” Dia mengeluarkan uncang kecil dari poket seluar
belakang dan dilontar diatas meja kopi diantara mereka.
Louis
mengambil dan membuka, mengeluarkan isi kandungan uncang tersebut ke tapak
tangannya. Terpegun melihat betapa cantiknya ukiran pada cincin itu, ukiran
sehalus benang sutera bersimpul dengan harmony mengelilingi gelung cincin itu,
ukiran Bahasa Oznian tertulis ‘Forever more’.
Wow…
cliché desis hati Louis tapi siapa dia untuk komen didepan Jack, dia juga
akan buat seperti itu untuk Ivy. Dia terus meneliti cincin tersebut sehingga
bertemu dengan batu permata biru yang bersinar begitu unik bila dia letak
dibawah matahari.
“Ini
batu..”
“Gila!
Ini batu permata mystic tu kan?” Hansel menghulur tangan, ingin melihat cincin
itu sendiri. “Aku ingat benda ni cerita dongeng je, kenapa lagi batu ni
dipanggil mistik—Goodnees Gracious cantiknya..” Kata Hansel seperti
nafasnya dicuri angin. “Ketekunan kau ingin mengahwini wanita tu sememangnya
terbukti dengan batu ni benarkan kau ambil dari guanya—macam mana kau jumpa gua
tu?”
“Bukan
mudah, mengapa lagi ia makan berbulan untuk aku mencarinya—lagipun aku dapat
pertolongan dari seekor Duyung untuk mencarinya. Dia baik hati untuk menolong
dan meneroka laut dan sungai untuk mencari petunjuk.” Kata Jack. “Di lain masa
aku ceritakan.”
“Nanti-nanti,
bagi aku catat supaya aku ingat untuk ingatkan kau cerita kat aku.” Hansel
mengeluarkan buku nota hariannya, ia kelihatan usang dan penuh dengan helaian
kertas lebih terselit diantara muka surat bukunya. Jack tersenyum melihat
tabiat Hansel suka mencatat tidak pernah hilang.
“Apa terjadi?” Soal Louis.
“Aku
terlambat. Nampaknya keluarganya tidak sanggup menolak lamaran seorang satria
setia Putera George, tapi pada masa yang sama mereka tidak ingin membatalkan
pertunangan anak mereka dengan bangsawan tu. Ia salah aku, aku bertegas dan
berjanji untuk mendapat batu mystic syarat untuk berkahwin dengannya tapi
mereka tidak menunggu dan teruskan juga pertunangan mereka berfikir menemui
batu mystic ini adalah suatu perkara yang mustahil—apatah lagi dari satria yang
tidak punya apa-apa seperti aku.”
Hansel
berdengus geram. “Ternyata mereka tak tahu apa-apa pasal kau. Jack, kau
satria paling diingini oleh Raja dan Permaisuri Enchanted. Nama kau disanjung
lebih tinggi dari Sir Bors De Ganis dan Sir Brunor Le Noir! Dan dia pilih
bangsawan tu lebih dari kau? Kenapa?”
“Ekonomi
stabil yang boleh tanggung sampai generasi yang seterusnya. Nama dan maruah
tidak penting berbandingkan duit—maaf Jack.” Louis berikan senyuman simpati.
“Tiada ibubapa inginkan anak mereka kahwin dengan orang tidak berduit.”
“Tapi
bahagia ke anak dia?”
Louis
mengangkat bahu slamber. “Siapa kesah? Pangkat dan kekayaan adalah segalanya,
itu lah lumrah manusia.”
“Tuanku
tak macam tu.” Hansel balas lagi.
Louis
tergamam untuk seketika, sebelum berdehem. “Y-ya tapi bukan mudah. Perjalanan
untuk kami berdua masih jauh.”
“Mungkin
mustahil.” Hansel buat muka selamba. “Hey, tengok lah keadaan korang
berdua. Terlalu rumit, macam bebola benang yang tersimpul, teruk
dan hanya gunting yang boleh buka simpulan dia. Akhirnya, ia bercerai-berai.”
Louis
melontar renungan tajam pada Hansel, kekadang dia tertanya kalau-kalau Hansel
secara senyap sememangnya tidak suka hubungan Louis dengan Ivy. Ya dia kata dia
mulai menerimanya tapi tidak bermaksud fakta Hansel pernah membantah tidak
dilupakan.
“Sepanjang
hidup aku mengembara seluruh Enchanted, aku nampak banyak benda yang mustahil
berlaku, aku belajar ada sahaja cara untuk melakukan perkara yang mustahil.
Sebagai contoh…” Jack tuding jari pada Louis. “Dia dengan ahli sihir tu. Dunia
menjangka mereka berdua akan menjadi musuh ketat tapi takdir…” Jack menarik
nafas dalam. “Takdir ada rancangan lain untuk kamu berdua.” Jack meminta
cincinnya dari Louis, perhatikan batu mistik yang dahulunya memegang kata-kata
janji. “Mereka kata berserah kepada takdir tapi… kadang kala kita kena
melawannya juga untuk melindungi orang yang kita sayang. Walaupun kita kena
berkorban nyawa deminya.”
Hansel
dan Louis hanya perhatikan kawan satria mereka dalam diam, terdapat nada sedih
dengan cara dia berkata-kata seperti dia bercakap dari segi pengalaman dan
mereka pasti ia bukan pasal lamarannya pada gadis Eidolon bernama Viv.
“Apa
dah terjadi?”
Jack
mendongak melihat mereka, ekspressinya seumpama kembali dari apa sahaja dia
sedang fikirkan sebelum menjawab; “Oh, aku kembali ke Eidolon mengetahui dia
telah pun berkahwin dan aku mengucapkan selamat tinggal padanya dengan memberi
batu mistik yang selebihnya pada dia. Lagipun, niat aku sememangnya berikan
kepadanya, jadi sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan niat tu dan hanya simpan
cincin ni sahaja.”
“Kau
bagi batu yang tak ternilai harganya pada perempuan tu???” Mata
Hansel terbeliak bulat. “Jack! Kenapa?!”
Louis memukul
lutut Hansel, tidak perlu lah nak tanya soalan bodoh. “Aku tak maksudkan pasal
kau dan perempuan Eidolon tu. Aku juga faham kenapa kau bagi batu kat dia dan
aku tahu kami tidak berhak mempersoalkan keputusan kau—
“Tapi?”
Jack menarik naik keningnya.
“Tapi
bagi kitorang…. Dia tak berbaloi. Dia tinggalkan kau Jack, dia tak tunggu
kau… dia tidak berusaha untuk halang—atau tangguhkan perkahwinan tu untuk
tunggu kau kembali.”
Jack
tertawa kecil. Dia tiada kuasa untuk mengubah takdirnya, dia cuba tapi aku
takkan benarkannya. Dia ada keluarga, suami yang sangat menyayanginya.
Aku lihat bagaimana lelaki tu pandang dia, G dan..” Jack menggeleng dengan
senyuman pahit. “Aku tidak sanggup nak rampas semua tu dari hidupnya dan… aku
pasti dia boleh belajar mencintai suaminya. Dia wanita yang penyayang, hatinya penuh
dengan kelembutan dan cinta yang tiada bandingan.”
Louis
dan Hansel saling berpandangan, jelas melihat Jack berkata-kata seperti itu
lebih untuk meyakinkan hatinya yang terluka.
“Tuanku
rasa nak melawat Eidolon sebelum pertabalan Tuanku ke? Ada perkahwinan seorang
bangsawan Tuanku tidak dijemput dan itu boleh mencalar nama Tuanku. Apa kata
Tuanku pergi ke rumah mereka untuk merahmati perkahwinan mereka?”
“Itu
idea yang bernas Encik Hansel. Kita bergerak ini hari juga—
“Woa-woa-WOAH
takda siapa ke Eidolon atau merahmati apa-apa perkahwinan! Duduk!” arah Jack
membuat mereka berdua duduk perlahan-lahan, memandang Jack dengan renungan
merayu mereka. “Takkan ku termakan, hodoh giler muka korang.”
Hansel
berdecit. “Jadi apa kau nak buat dengan cincin tu? Lontar kedalam laut secara
dramatiknya?”
“Aku
simpan kalau-kalau korang berdua kahwin suatu hari nnti. Aku akan goda
bini-bini korang dengan batu permata ni dan tengok sejauh mana kesetiaan mereka
dengan kamu.” Jack tergelak besar bila Hansel menumbuk bahunya kuat.
“Tapi kalau
kau berjaya pikat Ivy the Devil, aku tabik kau bukan sahaja pemain pedang,
satria terbaik di atas permukaan bumi ni, Lelaki terhandal pernah wujud!” Kata
Hansel dan Louis terus berubah serious.
“Oi.”
Hansel
hanya ketawa manakala Jack menggeleng. “Aku takkan goda dia. Tapi aku pasti
akan hasut dia sebab aku dengar para Ahli sihir akan lakukan apa sahaja untuk
batu ni. Para ahli sihir disumpah untuk tidak akan jumpa batu ni.” Jack
menjungkit kening tiga kali pada Louis. “Ahli sihir gila macam tu pasti akan
tinggalkan kau kalau aku tunjukkan batu ni pada dia—
“Baiklah! Masa untuk laporkan
perkembangan Bloody Mary.” Louis menghentak tangannya diatas meja kopi, Jack
dan Hansel pula ketawa pecah perut melihat Louis tergugat dengan usikan
Jack. “Pergi mampus la korang berdua! Ada je cara korang nak kenakan aku balik,
tak pernah bosan ke korang hah??”
Persoalan
Louis dijawab dengan gelakan terbahak-bahak yang tidak redah dari dua kawannya
dan Louis mengurut batang hidungnya sambil berdecit geram. “Gelak sepuas hati
korang, teruskan…. Teruskan.” Katanya mengetap gigi. “Kalau korang dah
selesai, boleh tak kita sambung tujuan utama kita di bilik ni? Hans, macam mana
dengan perbincangan kau dengan Wizard Trude? Adakah dia masih dalam perjalanan
ke sini?”
Hansel
menelan tawanya dengan senyuman masih tertanpal pada wajahnya. Dia berdehem
sekali dua untuk pastikan suaranya tidak kedengaran pelik bila bercakap. “Wizard
Trude telah tiba tadi pagi di Camelot tapi dia mempunyai hal peribadi sendiri
dan ingin pergi ke Gracious dahulu. Mengikut laporan Gretel, dia ada sedikit
hal dengan Ivy tentang kayu sakti apprientice? Mereka bertempur sebelum saya
datang ke sini.”
“Bertempur?”
Soal Louis, tertanya kenapa dia tidak terkejut mendengarnya. “Macam mana dengan
keadaan Gracious?”
“Aku
pasti Wizard Trude dapat menandingi Ivy. Dia tidakkan bersetuju untuk lawan
kesaktian dengan Ivy kalau dia tidak dapat melawan.” Balas Hansel. “Gretel akan
menemani Wizard Trude kembali ke istana sebaik sahaja dia selesai bersama Ivy
dan menjelang esok pagi, kami akan hidangkan perbincangan dan dedahkan segala
yang Wizard Trude ingin tahu tentang kes Losing Heart dan jenayah Bloody Mary.”
.
“Kau akan tolong mereka tangkap Bloody Mary?”
pemegang cawan patah dan jatuh dari tangan Ivy. Dia endahkan cawannya pecah di
lantai dan basahkan kasutnya. “mengapa?”
Circe
melihat cawan tersebut, mengetahui betapa marahnya ahli sihir muda
dihadapannya. “Mengapa lagi? Hanya seorang ahli sihir sahaja yang boleh
menangkap seorang ahli sihir yang sebegitu berkuasa.”
“Tidak,
maksud aku kenapa kau bagitahu aku?”
Ini
buat kening Circe ternaik hairan. “Bukankah kau secara diam mengetahui
perkembangan kes ni?”
“Siapa
bagitau kau?” Soal Ivy, haba disekelilingnya makin ketara seperti dia boleh
serang Circe pada bila-bila masa.
“Wizard
Merlin dan Glinda mengatakan kau kemungkinan tahu perkembangan kes ini walaupun
kau tidak secara rasmi ahli—
“Itu
tidak bermaksud kau kena bagitau aku!” Ivy mengangkat tangan keudara. “kemungkinan itu keyword dia. Ya aku tahu
tapi tidak bermaksud kau kena bagitau aku. Aku tak boleh tahu sebab ia perkara
sulit. Ini keselamatan kerajaan—heck
seluruh Enchanted! Dan kau sewenang-wenangnya buka mulut dan bagitau aku?? Of all people yang kemungkinan
bersubahat dengan Bloody Mary?? Ini boleh dikatakan kau belot pada Putera
George, for Gracious sake! Kau tak tahu ke asas kes sulit hah??”
“Adakah
kau bersubahat dengannya?”
“Kau
rasa?” Soal Ivy balik dengan renungan tajam. “Kau rasa kenapa mereka tidak panggil kau sedangkan aku ada di sini untuk
tolong? Selain aku tidak dapat mengawal kayu sakti tak guna ni. kita berdua
tahu aku boleh tumpaskan Ahli sihir tu dengan…” Ivy memetik jarinya. “..
sekelip mata.”
Wizard
Trude berfikir untuk seketika matanya dialihkan kebawah sebelum kembali
memandang muka berang Ivy. “Kau tidak boleh dipercayai, walaupun kau
apprientice Wizard Merlin. Bloody mary mungkin sedang perhatikan kau,
memandangkan kau mungkin musuh dia.”
“And we have a winner.” Balas
Ivy dengan sarkastik. “Rakyat mungkin menerima aku sebagai ahli Enchanted dan
apprientice wizard Merlin tapi untuk menang kepercayaan mereka tidak semudah
itu. Mungkin menangkap Bloody Mary akan bantu untuk dapatkan kepercayaan mereka
tapi Para Raja dan Permaisuri Enchanted tidak ingin mengambil risiko itu. Aku sepatutnya
tidak tahu apa-apa tentang kes ni sama seperti rakyat Enchanted yang lain,
untuk memuaskan hati para Raja dan permaisuri. Itu sahaja.”
“Dan
dalam diam kau tahu… kenapa?”
“Jikalau
sesuatu terjadi, aku pilihan terakhir mereka untuk tangkap dia… mungkin. Aku
tak tahu, mereka tidak ingin beritahu aku lebih lanjut. Apa mereka katakan
ialah ‘mereka ingin elak sebarang risiko besar untuk tangkap Bloody Mary.’” Ivy
mengangkat bahu dengan keluhan.
Circe
mengangguk faham. “Kalau begitu, saya ingin minta maaf. Saya agak cuai dan
fikir beritahu kamu adalah perkara yang penting.”
“Just…don’t
do it again.” Kata Ivy sekali lagi mengeluh. “Kita tidak boleh cuai dalam hal
ni, siapa tahu kalau ada mata-mata atau sprites pasang telinga dalam perbualan
kita.” Dia mengurut dahinya cuba tenangkan mindanya yang bercelaru.
“Tiada
siapa mendengar kita Cik Ivy, saya pastikannya.”
“Aku
tahu. Tapi kita mesti sentiasa berjaga-jaga.” Ivy mencuri pandang pada Diaval
yang menyahut kecil.
“Jikalau
begitu… boleh saya tahu kamu dapat dari mana informasi tentang kes ini?”
“Hal
itu hanya aku dan tiada sesiapa boleh tahu. Maaf Encik Circe tapi aku tak boleh
cakap lebih dari aku tahu kewujudan kes ni.”
Circe
berdiam diri untuk seketika, memandang Ivy dengan begitu teliti. Penemannya, Hoot
menyahut kecil seperti menyoal sesuatu dan Circe mengangguk setuju. “Kamu tidak
boleh dipercayai Cik Ivy.”
“Itu
konklusi yang baik dan teruskan seperti itu.”
“Baiklah.
JIkalau begitu yang kamu inginkan, saya akan berkelakuan seperti itu mulai
sekarang.” Circe bangkit dari tempat duduknya dan disusuli oleh ivy. “Nampaknya
saya kena teruskan perjalanan saya ke istana. Tidak elok membuat Raja Arthur
menunggu kedatangan saya sepanjang hari, lagipun urusan saya dengan kamu telah
selesai.”
Ivy
mengangguk. “Gembira dapat bertemu dengan kau, Encik Circe.”
“Saya
tahu kamu tidak ikhlas dengan ayat tu tapi ya, gembira juga akhirnya bertemu
dengan Ahli sihir terkenal, Ivy the Devil.”
Ivy
menarik sengih. “Boleh aku kata aku berharap takkan jumpa kau lagi di lain masa?”
Circe
menggeleng. “Malangnya kerja saya dengan kamu tidak selesai lagi.”
“Dah
agak dah.” Ivy berdecit kecewa. “Baiklah, kalau ada apa-apa lagi. Tahu di mana
cari aku kan?”
Circe
mengangguk dan dengna itu dia melangkah keluar dari bilik itu, bertemu dengan
Gretel yang setia menunggu di tepi pintu. Menjaga dan mendengar perbualan
mereka dari awal lagi.
“Cik
Gretel.” Sapanya dengan tenang. “Apa pendapat kamu tentang Cik Ivy?”
“Pendapat
saya tentang dia tidak boleh mengubah pemikiran Tuan tentangnya.” Balas Gretel
serious tanpa memandang Circe. “Ia terpulang pada Tuan untuk percayakan dia
atau tidak. Tuan sepatutnya lebih tahu betapa pentingnya dia pada mangkat
Wizard Oz kalau dia berkesempatan untuk tahu tentang cucunya.”
Circe
menarik sengih, hampir serupa dengan Ivy. “Dia sangat menarik Cik Gretel. Itu
sahaja yang saya boleh katakan.”
Gretel
hanya mengangguk. “Tungu bila Tuan dapat kenal dia seperti saya. It’s Hell.”
“Oh..
saya berminat untuk kenali dia lebih dalam. Saya perlu. Itu kerja saya.”
Balasnya dengna sebuah senyuman dan kali ini Gretel memandang wajah Circe.
Dia
dapat rasa bulu romanya meremang naik dengan senyuman seribu makna Circe Trude.
Adakah semua Ahli sihir yang Gretel jumpa
serupa Ivy the Devil?? Penyakit ahli sihir gila tu boleh merebak ke apa????
Sementara
didalam bilik tetamu ditempat Ivy berada….
Ivy
jatuh rebah di sofa itu semula dan mula mengurut dahinya yang sakit. Ivy segera
memetic jari mengubah Diaval jadi manusia dan ekspressi DIaval sama pahit
seperti Ivy.
Diaval
hanya menyentuh dadanya yang sakit. “Lil’ Miss?”
“Teruskan
kerja kau dan selidik siapa Circe Trude sebenarnya.”
“Tapi—
“D,
just do you damn job” Gertaknya sebelum mengeluh melihat muka pahit Diaval.
“Maaf. Tolong?”
Nak
tak nak Diaval terpaksa akur. “Baiklah Lil’Miss.” Dengan itu Ivy memetik jari
mengubah Diaval menjadi seekor burung semula dan terbang keluar melalui tingkap
berdekatan.
Untuk
kesekian kalinya, Ivy menghembus nafas lelah sebelum gelakan kecil terlepas
dari bibirnya. Seperti dia tak percaya apa yang dia telah buat dan akan buat
selepas ini.
“Kalau
Vicious nampak aku macam ni tentu dorang ingat aku dah naik gila.” Bisiknya
pada diri sendiri dengan gelengan. “Apa-apa je lah.” Dia bangun dari sofa
tersebut dan berjalan keluar, menuju ke asrama.
.
Diaval
terbang turun ke kota Camelot, menuju ke laluan sempit lagi gelap diantara dua
bangunan dan mendarat di tepi tong sampah besar yang berbau tengik. Dia cuba
menahan nafasnya dari menghidu bau meluatkan itu dan dengan badan yang kecil
dia merangkak kebawah tong tersebut; terdapat sebuah lubang yang membawa dia ke
system perparitan dan hanya Diaval sahaja tahu betapa busuknya lorong itu
setiap kali dia datang ke situ.
Dia
kembali terbang untuk beberapa minit lagi, pergi lebih dalam di tempat yang
lebih memualkan sehinggalah dia dengar bunyi cakaran dan bisikan halus.
Diaval
tahu dia sudah dekat; dan tidak lama kemudian dia bertemu dengan orang yang dia
ingin jumpa.
“Diaval!”
Diaval
berhenti beberapa meter darinya kerana geli melihat keadaan Bloody Mary yang
sangat… menyedihkan. Dia bukan didalam bentuk manusia—langsung. Dia diselubungi
bayang hitam menyembunyikan wajahnya yang sebenar kerana tanpa hati manusia dia
kelihatan rupanya yang sebenar, rupa ahli sihir pemakan hati yang buruk. Hampir
dua bulan dia tidak memakan hati manusia dan dengan tenaganya yang tinggal, dia
sembunyikan dirinya didalam kegelapan tapi susuk badannya tidak boleh
disembunyikan, dia kelihatan kurus, boleh dikatakan hanya tinggal kulit dan
tulang sahaja, rambutnya kusut serabai dan berminyak. Bau badannya juga tidak
menyenangkan, mungkin kerana kesan memakan hati atau terlalu lama bersembunyi
di terowong perparitan Camelot.
“Diaval… kenapa kau jauh sangat? Mari sini
sayang…” Panggilnya dengan lembut, tangan didepa untuk diaval sambut.
Burung
itu tidak berganjak, hanya perhatikan dia tanpa sebarang perasaan.
Senyuman
Bloody Mary hilang dan digantikan dengan desiran pahit. “Mana anak jagaan kesayangan kau tu?! Kau kata dia akan lepaskan aku
dari sini! Sampai bila aku kena tunggu hah?!”
Diaval
menyahut perlahan seperti suruh Bloody Mary bersabar.
“Kau ingat aku tak tahu ke hela korang
berdua?? Biarkan aku membusuk di sini sehingga aku lemah lepas tu dia lapor
dekat Putera tercinta dia tu yang aku dekat sini!” DIa mula merapu. “Kau jangan lupa yang nyawa kau di tangan aku
burung tak guna!” dengan menggenggam tangannya, Diaval mula menjerit
dengan penuh kesatikan dengan munculnya cahaya kuning di dadanya. “Ya…! YA! Biar kau rasa betapa terseksanya
aku di sini!” Dan selepas itu Bloody Mary memetik jarinya mengubah Diaval
menjadi manusia.
Burung gagak
berubah manusia itu terlentar diatas lantai kotor, mencengkam dadanya dan cuba
menenangkan jantungnya yang berdegup kuat.
“Apa berita kau datang ke sini?” soalnya,
separuh dari wajahnya kelihatan kerana menggunakan magic mengubah Diaval.
Bloody Mary telah kehausan tenaga. Ini
tidak boleh jadi.
“Pertama; kau kena
ingat, menyeksa aku tak bawa sebarang faedah pada kau, tak guna.” Diaval
bangkit, tidak menghiraukan bajunya yang kotor—kerana dia benci baju yang menggambarkan
diri Bloody Mary (Dia taknak pembaca tahu
macam mana pemakaiannya. Ia menjijikkan). “Kedua; Bukan nyawa aku je di
tangan kau tapi nyawa kau juga di tangan Mistress Maleficent kalau kau gagal
bawa Ivy kembali Vicious.” DIa mematahkan penumbuknya dan beri renungan yang
menggerunkan pada wanita jijik dihadapannya. “Ketiga; kau cuba seksa aku lagi
tanpa sebab, Tak teragak-agak aku hancurkan muka hodoh kau tu. Sekarang dengar
sini, ada Ahli sihir baru datang untuk menangkap kau dan nama dia ialah Circe
Trude.”
“Ahli sihir Oz??? APa dia buat di sini?”
Diaval perasan
ketakutan dimata Bloody Mary membuat keningnya ternaik hairan. “kau takutkan
dia? Dengan Ivy kau berani nak melawan tapi dengan Wizard Trude kau mengecut?”
“Kau tak tahu siapa dia! Dia—anak jagaan
kesayangan kau tahu siapa dia ke?”
“Macam mana lagi
aku dapat informasi ni kalau bukan dari Ivy?”
“Shit….” Bloody Mary mula panic,
merangkak kearah Diaval (membuat burung tu cuak sesaat tapi tidak sempat nak
lari) dan mencengkam baju Diaval. Ingatkan tengok muka ahli sihir ini dari jauh
meluatkan? Bayangkan 5 inci jauh dari muka. “Jauhi ahli sihir Oz tu. Jangan benarkan The Devil mendekatinya!”
Diaval memegang
kedua tangan Bloody Mary dan memaksa perempuan itu untuk lepaskan dia dan
melontar dia ke tanah dimana dia layak berada. “Dan kenapa aku patut buat
seperti itu?”
“Kalau The Devil tahu siapa Wizard Oz tu
sebenarnya….” Bloody Mary menggeleng laju, memukul kepalanya beberapa kali
dengan penuh ketakutan. “Tak..
tak-tak-tak kali ini lain… The Devil berada di pihak kita… ya dia berada di
pihak Tuan Rumplestiltskin! Dia tidak akan belot—kita kena pastikan dia tidak
boleh belot—
Tangan Diaval
sampai ke wajah Bloody Mary membuat perempuan itu terbaring diatas lantai
dengan jeritan penuh kesakitan.
“Selamat kembali
ke dunia reality.” Diaval mengelap tangannya dengan penuh jijik dan penyesalan
tapi sekurang-kurangnya dia dapat buat apa yang dia nak buat dari mula jumpa
ahli sihir tu. “Berhenti buang masa aku. Apa sahaja yang kau merapikkan tu
bukan masalah aku dan kau jangan risau pasal Wizard Trude, Ivy akan cari cara
untuk keluarkan kau dari sini. Jadi, duduk diam sehingga aku datang lagi.”
Katanya dengan gigi diketap erat.
Bloody Mary hanya
beri jelingan tajam. “Kalau dia gagal aku
tak teragak bunuh kau, sedangkan nyawa kau tidak berguna bagi aku.”
“Tapi berguna
untuk buat perjanjian dengan Ivy.” Diaval menarik sengih sebelum wajahnya
kembali menggelap. “Sekarang, bagitau aku macam mana nak batalkan sumpahan
Putera bebal tu.”
Kali ini Bloody
Mary menarik sengih. “Aku dah kata,
Killing Curse tidak boleh dibatalkan—
“Cut the bullshit.
Samada kau bagitau atau Ivy cari sendiri, biar aku bagi amaran; dia semakin
dekat untuk cari cara bagaimana.”
Ahli sihir itu
berdecit. “Tak guna…. Tapi caranya tak
semudah batalkan mana-mana sumpahan.”
“Macam je nak
bebaskan kau dari sini sesenang sebut satu jampi.” Balas Diaval balik.
>X<
Ketukan lembut
kedengaran mengganggu konsentrasi Puteri Charlotte dari bacaannya di meja
belajar. “Siapa?” Soalnya, tangan mencapai batu permata biru bergantung di
lehernya.
“Cherr, Ivy ni.”
Tanpa berlengah
masa lagi, Charlotte membuka pintu dan bertemu dengan senyuman Ivy. Senyuman
yang tidak akan terukir pada wajah ahli sihir ini kecuali ada sesuatu bermain
didalam mindanya. “Ini pasal abang ke?”
Ivy mengangguk. “Boleh
aku masuk? Terlalu banyak yang mendengar.”
Charlotte melihat
dari hujung ke hujung laluan asrama namun tiada siapa selain mereka. Dia ingat
bersuara ‘siapa?’ tapi melihat Ivy mengeluarkan kayu saktinya dan masuk kedalam
bersama Charlotte. Dia segera membuat jampi pelindung dimana Sprites dan nymp
bersembunyi disebalik dinding dan tumbuhan dalam bilik Charlotte segera
melarikan diri.
Mata Charlotte
membesar, dia tidak tahu biliknya penuh dengan penjaga Academy! Kecuali Nymp bunga,
mereka sentiasa datang menemani Charlotte. Puteri kecil ini meminta maaf pada
mereka kerana terpaksa menyuruh mereka pergi.
“Jangan risau,
mereka semua tidak akan ingat yang mereka dihalau.” Kata Ivy, menarik Charlotte
duduk di tepi katil. “Aku taknak Louis tahu aku datang ke bilik kau ni malam.”
Charlotte
mengangguk faham. “Sesuatu terjadi pada abang? Adakah… Sumpahan semakin teruk?”
Ivy mengusap
rambut Charlotte dengan lembut, cuba menenangkan si puteri kecil dengan
senyuman dan menggeleng. “Tak Cherr, aku dah jumpa cara untuk selamatkan
Louis.”
Kening Charlotte
naik lega, senyuman penuh harapan terukir kembali pada wajahnya. “Betul ke??
Ivy dah jumpa? Jadi Ivy akan selamatkan abang! Oh ini berita sangat baik—tapi…
tapi kenapa Ivy taknak abang tahu?”
“Kerana risikonya terlalu
tinggi dan dia dah tentu tidak akan setuju.” Balas Ivy kali ini dia tidak
tersenyum. “Dan aku perlukan pertolongan kau, Cherr untuk jayakan plan ini.”
“Pertolongan
Cherr?” Soalnya memandang batu permata biru didalam genggamannya.
“Ya, sekali dengan
hati tu.”
Charlotte kembali
memandang Ivy, mula tidak enak perasaan melihat ekspressi wajah Ivy. “Baiklah…
apa yang rancangan Ivy?”
.
DIaval menggenggam
penumbuknya dengan erat, menggeletar dari menahan segala kudratnya untuk
melontar satu lari tamparan ke muka ahli sihir jijik didepannya yang tersenyum
terhibur melihat Diaval terkelu.
“Tukar aku balik.”
Arahnya dan Bloody Mary hanya tergelak. “AKU KATA TUKAR AKU BALIK!”
“Satu nasihat dari aku, jauhkan the devil
dari mereka semua sebelum terlambat.” Bloody Mary mengubah Diaval jadi
seekor burung semula.
Tanpa buang masa
Diaval terbang keluar dari tempat itu, menuju kembali ke Gracious secepat yang
mungkin. Dia kena pastikan apa yang Bloody Mary cakap tidak betul, dia kena
pastikan Ivy tidak buat sebarang rancangan tanpanya, dia kena pastikan yang Ivy
tidak tahu bagaimana untuk selamatkan putera bebal tu!
Ia tak berbaloi… ia tak berbaloi… Lil’miss
nyawa dia tak berbaloi untuk kau korbankan diri kau! Desis hatinya, jantung
berdegup laju dengan penuh ketakutan, kerisauan.
Bila dia tiba di
Gracious, dia dapat rasakan aura magic Ivy berada di ASrama dan terbang ke
situ. Jantungnya jatuh ke perut bila dia tahu aura magic itu ialah magic
pelindung di bilik Charlotte.
IVY!
Charlotte melompat
kecil bila bunyi hentakan kuat datang dari tingkap biliknya dan berpaling
melihat Diaval menyahut kuat disebalik tingkap. Mengembang sayapnya dan
menjerit tanpa henti.
“D dah sampai—
“Abaikan dia.”
Kata Ivy, memberi renungan tajam pada Diaval sebelum memutar Charlotte
kearahnya.
Diaval makin
cemas, mengetuk tingkap bilik Charlotte. Meminta, merayu untuk Ivy membuka
pelindungnya untuk Diaval. Merayu untuk Ivy berhenti apa sahaja dia cuba
beritahu Charlote. Merayu untuk tidak teruskan apa sahaja rancangannya untuk
selamatkan putera bebal tu!
Ia tak berbaloi lil Miss! Jerit hati
Diaval, mata menyengit dan jeritan rayuan tidak dihiraukan oleh anak jagaannya.
Lil’Miss!
>X<
Sementara itu,
Mareline; satria wanita pertama dan juga merupakan penjaga Jack dan adik beradik
Gingerman berada di rumah Jack, tuan rumah tiada seperti yang dia jangka. Pasti
berada di istana bersama Hansel dan Putera George.
Jack tidak kisah
Mareline datang ke rumahnya tanpa izin, lagipun ia juga boleh dikatakan rumah
Mareline kerana mereka tinggal bersama dahulu. Cuma, hanya bilik bawah tanah
sahaja tiada siapa boleh pergi kecuali Jack.
Ada rahsia di
bawah sana yang membuatkan Mareline musykil dengan Jack. Lelaki tu dari kecil
cuba merahsiakan sesuatu didalam bilik bawah tanah tu. Sesuatu yang membuatkan
Jack sebegitu arif tentang situasi mereka sekarang. Setiap perbincangan tentang
kes Losing Heart, tentang Bloody Mary. gerak geri setiap satria di dalam istana
dan segala yang berlaku di Enchanted dia mengetahuinya sebelum sesiapa. Wizard
Merlin juga tidak searif itu sehingga tahu apa yang berlaku disekeliling dan
orang tua tu ada magic!
Menendang pintu
bilik bawah tanah tu, Mareline terkejut ia tidak dikunci dengan elok sedangkan
dia tidak ingin sesiapa turun kebawah. Dengan perlahan dia turun bersama lilin
didalam tangan. Bilik tersebut berhabuk dengan perabot lama diseliputi kain
putih. Dia cuba cari apa-apa yang janggal didalam bilik tersebut, dia dapat
rasakan ada sesuatu di situ tersembunyi.
‘Mareline…’
Meremang bulu roma
satria ni mendengar namanya dibisik, dia segera berpaling kea rah suara suara
memanggil. “Siapa tu?”
‘Mareline…’
Sekali lagi!
Mareline melajukan langkahnya ke hujung bilik tersebut mengejar panggilkan
tersebut sehingga dia berhenti dihadapan perabot panjang yang bercahaya disebalik
selimut putih. Satu-satunya kain yang tidak sekotor yang lain.
Dia menarik kain
itu tanpa sebarang keraguan dan bertemu dengan refleksinya sendiri.
Sebuah cermin ajaib? Desis hati Mareline
hairan. dia perhatikan tulisan ruin mengelilingi cermin tersebut. Malangnya dia
tidak faham tapi melihat dari cahaya datang dari cermin tersebut, ia bukan
cermin biasa.
“Ini… ini cermin
apa?”
“Apa sahaja hati kamu ingin lihat.”
Mareline melompat kebelakang, tangan berada di hulu pedang berjaga-jaga. Cermin tu bercakap.
>X<
(A/N:
I have no words only sorry, a thousand times SORRY! I H.O.P.E YOU LOVELIES FORGIVE ME FOR BEING ABSENT FOR SO LONG! T_T)
Waa angahh. Dah lama tunggu next entry cite ni. And macam biasa still the best and mysterious. Rindu nya dengan Ivy and Louis also Angah. Hehehehe. Thanks angah sebab update
ReplyDeleteHi awak! damn reply button tak function lol apapun, angah pun rindu korang jugaaakkk!! especially tulis about Ivy and Louis, been a pain dah lama tak menulis. now the stress and pressure dah kurang, angah boleh duduk and read the story back and pick up where i left off!
ReplyDeleterindu nak menulis, especially for you guys T_T sobs sobs
Anyways, the next chapter will be out in a few days! this time i promise sebab am writing the chapter right now lol