Twelfth H.O.P.E


The Hand of the Sorcerer

“Asal aku rasa aku pernah lihat muka dia?” Bisik Hansel pada Jack sesenyap yang mungkin dengan mata tidak lepas dari Wizard Trude yang khusyuk berbincang dengan Putera George.

Mereka berdua duduk beberapa kerusi jauh dari dua orang penting itu, memberi ruang pada Putera George untuk berbincang dengan Wizard Trude lebih terperinci selepas mereka berbincang tentang progress kes Losing Heart pada Wizard Trude. Mereka kagum dengan kemampuan Wizard Trude, kmungkinan mereka dapat menangkap Bloody Mary dengan pertolongannya. tak terkejut mengapa Madam Glinda cadangkan dia untuk membantu.

“Seseorang serupa dari Vicious?” Soal Jack, juga perhatikan Wizard tersebut, dia pula teringatkan ekspressi muka wizard Trude sepanjang perbincangan mereka, dia seperti sedang memikirkan sesuatu dan ingin menyoal tapi bila mereka tanya, dia hanya menggeleng dan kata ‘tiada apa, saya faham semuanya’ dan menyuruh mereka terus beri penerangan. Adakah dia fikir pasal stratergy? Semua tahu—kecuali Hansel, yang Wizard Trude seorang ahli sihir hebat selepas Wizard Merlin di Enchanted, adakah dia telah memikirkan cara untuk menangkap Bloody Mary sementara mereka beritahu dia segalanya tentang penjenayah itu?

“Entah, aku tak boleh ingat dimana, atau bila. Tapi aku pasti, aku pernah Nampak muka dia.”

Jack mengangguk. “Hm-hmm, bagitau aku bila kau dah ingat.” Katanya dan datang mendekat Putera dan ahli sihir itu.

Hansel hanya perhatikan Jack, mata terbeliak bulat. Dia tak percayakan aku ke?

“Dia bukan manusia, Bloody Mary.” Kata Wizard Trude menolak fail report penyelidikannya sendiri tentang Bloody Mary kepada Bakal Raja Eidolon. “Tiada rekod dalam sihir seorang ahli sihir memakan hati manusia—dia kemungkinan orang pertama. Lagipun, tidak perlu pun memakan hati memandangkan jangka hayat ahli sihir boleh mencapai 100 ke 200 tahun.” Katanya, meletak gambar tersebut ketepi. “sudah tentu, bergantung dari kekuatan magical corenya. Ada beberapa persoalan yang tak terjawab semasa saya membaca informasi tentang Bloody Mary dan pergerakannya selama hampir seabad ni. Dia seorang ahli sihir yang cukup berbakat untuk berjaya mencuri hati manusia, dia menggunakan untuk kuatkan kuasanya tapi untuk apa? Dengan jumlah hati yang dia kumpul selama ini boleh memusnahkan tembok berduri itu dengan magicnya sendiri—

“Sebegitu kuat sekali magic yang dia kumpul?” Soal Hansel dan segera meminta maaf kerana menyampuk tapi dia teruskan. “Jadi kenapa dia tak hancurkan je? Kenapa pergi sumpah seluruh keluarga Pendragon dan benarkan dia dalam situasi terancam seperti sekarang?”

“Untuk memastikan Enchanted tiada peluang untuk menang bila dia hapuskan tembok berduri tu nanti.” Jack pula mencelah, mendapat perhatian pelik dari Wizard Trude. “Kita semua tahu Pemerintah paling berkuasa diatas tanah ini ialah Keluarga Pendragon, dari generasi ke generasi mereka membuktikan kebolehan dan kekuasaan mereka dari segi ketenteraan, ekonomi dan banyak lagi, boleh dikatakan Camelot pemerintah ulung Enchanted kalau bukan disebabkan persetujuan pembahagian tanah dengan Raja dan Permaisuri Enchanted yang lain. Mereka mengakuinya, makhluk Mystic juga mengakuinya.”

“Oh sebab itukah Bloody Mary korbankan segala kerja kerasnya? Menyumpah Raja Tertinggi Eidolon sedangkan dia boleh guna tangannya sendiri untuk bunuh bayi yang kecil? Mengapa sia-siakannya dengan sumpahan membunuh? Kamu tak rasa ke itu suatu rancangan yang sia-sia?” Soal Wizard Trude lagi.

“Dendam.” Hansel menjawab. “Satu kelemahan Villain ialah dendam mereka untuk melihat orang yang dia benci terseksa. Aku tak tahu apa dendam Bloody Mary pada Keluarga Putera George tapi apa sahaja dia sanggup menyumpah dari merobohkan tembok tu sendiri.”

“Juga, seperti saya cakap tadi dia mungkin merancang untuk melumpuhkan senjata terkuat Enchanted.” Jack halakan tangannya pada Putera George yang hanya perhatikan mereka bercakap tentangnya seperti dia tiada di situ. Tangan menampung dagu sementara mata ulang alik melihat mereka berbincang.

“Mengikut ramalan Wizard Merlin, satu-satunya senjata untuk menang dari perang ni terletak pada Raja George sendiri. Dia adalah harapan kita—

“Saya bukannya—

“Dan kemungkinan bloody Mary juga mengetahui tentang perkara ini dan tahu jika dia hancurkan tembok pada hari tu pasti Putera George akan hentikan peperangan ini bila dia besar. Dia taknak ambil risiko suatu hari nanti Villain akan tumpas sekali lagi jadi dia fikir jika dia sumpah Putera George dahulu pasti Villain akan menang dikemudian hari. Dia sudah tahu risiko yang dia ambil dan dia merancangnya dengan penuh teliti sampai….” Jack terdiam untuk seketika.

“Sampai Ivy the Devil muncul?” Tekaan Wizard Trude mengejutkan dirinya sendiri bila Jack mengangguk. “Mengapa dengan dia?”

“Kau tahu kenapa.” Balas Jack dengan keluhan kecil. “Tiada siapa tahu Cik Ivy berpihak pada siapa sebenarnya. Adakah dia berpihak pada Enchanted? atau dia masih setia dengan Villain? Tinggi risikonya untuk libatkan Cik Ivy ke dalam kes ni—bukan tentang Bloody Mary sahaja malah dengan kemungkinan peperangan akan berlaku jika kita gagal menangkap Bloody Mary.”

“Cakap tentang melibatkan Cik Ivy, mengapa tidak? Bagaimana lagi untuk dapatkan kepercayaannya dengan kita percayakannya boleh menangkap Bloody Mary. Dia seorang villain pasti tahu bagaimana ahli sihir tu berfikir juga.”

“Ivy bukan seorang Villain.” Hansel mencelah, melontar renungan tajam kearah Wizard Trude. “Dia hanyalah seorang Vicious.”

“Dia lahir di Vicious apa bukti lagi kau nak—

“tak, betul kata Encik Hansel.” Louis akhirnya mencelah dengan tenang, menolak fail Wizard Trude ketepi sebelum menyimpul tangannya diatas meja. “Hanya kerana seseorang itu lahir di Vicious tidak semestinya dia dianggap sebagai seorang Villain. Cik Ivy tidak pernah melakukan sebarang kejahatan pada Enchanted—kecuali semasa dia pecah masukkan Hansel ke Enchanted dan mengaku dia ingin membalas dendam pada Wizard Merlin. Itu kerana dia ingin selamatkan Encik Hansel dan kita semua tahu punca sebenar dia lakukan semua tu. Bukan kerana dia inginkannya, kerana dia terpaksa. Dia cuba selamatkan kawannya dengan berlakon yang dia yang bersalah, dia merancang segalanya jadi dia harus bertanggungjawab, bukannya Encik Hansel atau Cik Gretel.” Katanya. “Lagipun seperti Sir Jack kata, tinggi risikonya untuk menarik Cik Ivy masuk kedalam kes ini. Dia masih dalam latihan dengan The Apprientice wand, dia perlu menguasai kayu sakti tu dan kami tidak ingin menganggu konsentrasinya dengan mengejar Ahli sihir seperti Bloody Mary. Dia adalah back up plan jika kita gagal menangkap Bloody Mary dan situasi menjadi teruk. Dia adalah harapan kedua untuk hentikan peperangan yang kemungkinan akan berlaku lebih parah.”

Mata Wizard Trude membulat, terkejut. Serupa apa yang Ivy katakan, dia tahu dia akan diperlukan nanti dan… ini sebabnya desis hatinya terhibur sebelum ketawa kecil. Tidak menyangka betapa cekapnya ahli sihir muda itu.

“Tinggi harapan Tuanku letak pada Ahli sihir tak menentu seperti Ivy the Devil. Tuanku pasti ke dia akan membantu dan tidak kembali pada ibunya?” Soal Wizard Trude dengan senyuman kecil.

“Ya.” Jawab mereka bertiga, bukan sahaja Putera George dan ini buat Wizard Trude terkejut beruk, memandang ketiga-tiga lelaki didalam bilik itu sebelum ketawa pecah perut.

Goodness Gracious, Korang….” Ayatnya tergantung diudara dengan dia terus ketawa dengan penuh terhibur.

“Tuan dah kenapa?” SOal Hansel hairan.

Wizard Trude menggeleng. “Saya terus menerus mendapat kejutan dari kamu semua. Adakah ini kerana pengaruh Cik Ivy atau anak muda sekarang sememangnya menakjubkan.” Pujinya membuat yang lain bertambah hairan.

>X<

Ivy berada didalam sebuah bebola magic yang diselubungi dengan alir yang melingkar mengelilingi bola tersebut, terapung diatas tasik tidak jauh dikaki gunung Academy, sambil membaca mantera penenang yang membawa dia sepenuhnya ke alam minda, untuk dirinya bertemu dengan teras magic didalam diri dan mencari cara untuk ia sebati dengan kayu sakti apprientice didalam tangan.

Dahi Ivy berkerut dalam kesulitan, dia lihat teras magic didalam dirinya, bercampur warna putih dan warna hijau seperti ia cuba menyelubungi antara satu sama lain. Diri Ivy didalam mindanya cuba untuk tenangkan teras magic yang bergelora itu, membenarkan dia untuk menerima kayu sakti didalam tangan. Apabila teras itu beralun dengan perlahan, lebih jelas Ivy melihat betapa…. Rumitnya teras magic didalam diri, seperti ia bercelaru.

Tiada masa untuk memahami masalah teras tersebut, Ivy mula tunjuk kayu saktinya pada teras tersebut dan ia kembali bergelora, dua warna itu kembali berperang sesama sendiri menginginkan kayu sakti didalam tangan Ivy dan bila teras hijau hampir mendapat kayu saktinya, Ivy terus membuka mata kembali ke alam reality dengan nafas berat.

Dan, dia kembali marah.

“AKU DAH FED UP!” sahut Ivy ke udara sebelum melontar kayu saktinya kedalam sungai, serta merta bebola pelindung lenyap dan dia jatuh kedalam sungai dengan jeritan nyaring.

Diaval yang berehat di atas pokok berhampiran hanya boleh menggeleng melihat telatah anak jagaannya. Sudah sejam lebih Ivy bermeditasi, entah apa yang sebenarnya dia buat didalam bebola air tu dan tiba-tiba terus meroyan seperti orang gila.

Mungkin kali ini Ivy the Devil betul-betul dah jadi gila? Kerana tekanan mencari cara untuk menguasai kayu sakti tu, masalah Bloody Mary masih terlepas diluar sana dan sekarang kedatangan Wizard Trude, ahli sihir handal dipanggil untuk tangkap Bloody Mary.

Segala rancangan Ivy telah rosak kerana ahli sihir oz jahanam tu! Ivy sudah merancang semuanya dengan sempurna, hanya satu perkara sahaja menghalangnya untuk melancarkan rancangannya; dan bendalah itu ialah kayu sakti apprientice itu sendiri!

Apa yang Ivy patut buat untuk sebatikan magicnya dengan kayu sakti durjana tu! Korbankan kambing kepada Dark Lord pada malam bulan penuh? Ritual membakar seorang nightmare ditengah-tengah bulatan ruin dan seru the Devil untuk makan bangkai nightmare tu????

Mengapa magic Baik lebih susah nak dikuasai dari Magi Gelap?????

Dan Pengetua Merlin! Urrgggghhhhh kalau Ivy jumpa orang tua kerepot tu, Ivy akan cekik-cekik wizard Merlin sebab tinggalkan dia dengan dua ahli sihir paling tidak berguna didalam Enchanted! Lagipun, kenapa Ivy perlu bertukar-tukar guru jika mereka diperlukan untuk benda lain??? Lagipun, Wizard Merlin tidak ada kena mengena dengan kes Bloody Mary, kenapa Ivy tidak boleh mengikut Wizard Merlin mengembara keseluruh pelusuk Enchanted sementara dia cuba mengawal kuasa saktinya? Bukankah itu lebih elok? Mengapa dia kena tinggal di sini, terperangkap di sekolah yang membosankan ni???

Apa orang tua Bangka tu tengah rancangkan dibelakang Ivy?!?!?!?!??!

Ivy menghembus nafas geram, meniup rambu basah jatuh ke muka tapi gagal dan kembali meroyan menolaknya dengan tangan. “Meditasi Cik Ivy, Meditasi boleh membantu kamu untuk tenangkan minda dan sebatikan kuasa kamu dengan kayu sakti—my ass.” Ivy menyumpah serana Mentornya dibawah nafas sambil berjalan keluar dari tasik tersebut. Geram akan nasihat tidak berguna Wizard Merlin berikan semasa dia kembal ke Gracious untuk seketika tadi. “Dia ada masa datang Gracious untuk minum petang dengan Royal Fairies tapi tiada masa untuk Mengajar anak muridnya??? DIA INGATKAN SATU NASIHAT BODOH NI CUKUP UNTUK AKU KE?!”

“Kau mengaku ke kau ni bodoh sebanarnya?”

Oh-makkaubodoh!—Ahhhhccckkk!!” Ivy terkejut mendengar suara menyampuk dan kembali jatuh terseliuh masuk kedalam tasik semula. SPLASH!

Diaval menutup mukanya dengan sayap bukan melindungi diri dari percikan air sambil mentertawakan anak jagaannya.

Ivy menyumpah sekali lagi, Malang betul dia kali ni! Ivy mendongak melihat siapa yang berani terperanjatkan dia; Loh and Behold! Tak lain dan tak bukan, satu-satunya perempuan tak takut mati ditangan Ivy. “Gretel…. Apa kau nak hah??”

“Aku rasa kau lupa.” Gretel pandang Diaval di pokok. “Dia lupa, kan? Sudah tentu, kalau tak, kau takkan sempat nak mandi-manda kat sini macam dugong. Dah naik cepat, ambik kayu sakti kau tu dan jom gerak.” Katanya sambil menghulur bantuan pada Ivy keluar dari tasik tersebut.

“Apa yang aku lupa?” Ivy tolak rambutnya kebelakang dan memeras keluar air. Dia melibas rambutnya membuatkan ia terpecik ke muka Gretel dan tersenyum sinis melihat kawannya mengelap muka dengan penuh jijik. Ivy memetic jarinya dan kayu sakti yang berada di tengah tasik kembali didalam tangannya.

“Dear Gracious… eugh—makan malam di Istana Camelot, ingat tak? Putera George suruh aku datang untuk iring kau ke istana.”

Ivy yang menyerap air dari tubuh badannya menarik nafas terkejut, membatalkan magicnya dan air yang berkumpul di atas Ivy kembali jatuh membasahinya. “Ffffffuuuu—Shit aku lupa!”

“Hah!” Gretel mentertawakan Ivy dan ahli sihir itu segera mengugut dengan kayu saktinya ke leher Gretel. Namun, Gretel tidak gentar langsung, malah berani membalas. “Payback’s a bitch Ivy. Dah cepat keringkan badan kau tu, kita dah kesuntukan masa.”

Ugh fine!”

Gretel bersiul memanggil Diaval ke bahunya dan mereka berdua gerak dulu ke kereta kuda sementara Ivy keringkan dirinya.

“Apa lah nasib kau dapat ahli sihir gila macam Ivy.” Katanya sambil mengusap bulu Diaval.

“Aku dengar tu!”

“Bagus!”


“Aku rasa tak sedap hati.”

“Ia hanya makan malam biasa Ai, hanya untuk formality, tak sopan la kalau Raja Arthur tak buat makan malam bersama bila dia ada dua tetamu penting berada di Camelot.”

“Kenapa nak ajak aku sekali? aku takda kena mengena pun dengan semua ni—plus, Raja Arthur pasti tak sukakan aku selepas Charlotte kena sum—“ Ivy segera tutup mulutnya.

“Putera Charlotte kena apa?”

Ivy menggeleng laju. “Tiada apa.” Ivy menampar dirinya secara mental, terlupa kejadian Charlotte disumpah tidak pernah terjadi selepas dia merentasi masa. “Kau rasa kenapa diorang nak aku sekali?”

“Sebab kau anak murid Wizard Merlin, duh! Madam Glinda bersama Wizard Trude, sudah tentu Wizard Merlin kena bawa kau sekali. Apa orang akan kata nanti.”

“Dorang semua kenal aku.”

Gretel melontar renungan amaran pada Ivy. “Lambat laun, bila kau dah jadi pengganti Wizard Merlin kau akan menghadiri banyak majlis dan setiap kali kau tidak menghadirinya, kau malukan nama wizard merlin dan kerajaan ni. Bayangkan kalau kau menjadi ahli sihir diraja Eidolon—Bayangkan, nama Putera George akan tercalar. Kau nak jadi anak murid Wizard Merlin, kau kena pikul tanggungjawab bersamanya. Ingat tu.”

Uggh…. Aku benci kau.”

Thank you.” Gretel tersenyum bangga. “So?”

“So apa?”

“Bila kau nak masuk ni? Tunggu aku buka pagar untuk kau juga ke Tuan Puteri???”

Mereka sekarang berada dihadapan pagar istana yang setinggi gunung dan disebalik pagar tersebut seorang penjaga sedang menunggu mereka habiskan perbualan mereka. Tertera pada wajahnya yang dia tahu siapa Ivy sebenarnya dan dia tidak senang mengetahui Ivy the Devil datang ke istana.

“Kau pula nak ke mana?”

“Sambung kerja di kota. Semoga berjaya Babe.” Gretel menepuk belakang Ivy memberi semangat. “Jangan  buat hal didalam tu okay? Tak pasal-pasal nanti aku jumpa kau didalam penjara Camelot.”

Ivy dah angkat tangan nak pukul Gretel tapi perempuan tu lebih cepat melarikan diri tinggalkan dia keseorangan dengan penjaga yang tidak sukakan dia.

Dengan pahitnya Ivy berdepan dengan si penjaga dan umumkan kedatangannya dan juga surat rasmi jemputan makan malam diraja mengesahkan dia boleh masuk kedalam.

Penjaga itu mengangguk, menyuruh rakan sekerjanya membuka pagar dan benarkan Ivy masuk.

“Dua dari penjaga istana akan mengiring Cik Ivy sehingga ke pintu masuk.”

Ivy hanya mengangguk, dan setiba mereka di depan pintu istana, penjaga itu berbisik sesuatu pada penjaga pintu pula membuat dia terkejut beruk dan segera beredar entah ke mana sementara seorang lagi penjaga pintu tunduk hormat pada Ivy dan membuka pintu untuknya.

“Ketibaan Cik Ivy the Devil!”

Ivy rasa dia sedang kembali ke masa lampau dimana pertama kali dia datang ke istana Camelot. Cuma kali ini ia pada waktu senja dimana matahari masih lagi dipenjuru dunia, menyinari ruang utama istana dengan cahaya senja melalui jendela mencecah dinding.

“Lebih cantik di waktu petang.” Sahutnya kagum.

Diaval menyahut setuju, juga memandang sekeliling mereka.

Tumpuan Ivy beralih pada derapan tapak kaki dan perbualan bergema dari tingkat atas sebelum dua lelaki yang dikenali—juga tidak dijangka muncul di kaki tangga.

Mata Ivy membulat. “Jack?”

Langkah Jack dan Louis terhenti mendengar sahutan Ivy dan memandang ke ruang depan istana.

Louis tersenyum. “Ivy.”

Ivy dan Jack saling berpandangan untuk seketika sebelum Ivy memaksa tumpuannya beralih pada Louis dan tersenyum. “Louis. Amboi, sibuk nampak.”

Louis tertawa, segera turun ke bawah meninggalkan Jack yang masih terpegun di tempatnya dan terus mendepakan tangan untuk memeluk Ivy, Cuma Diaval segera menyahut memberi amaran pada Louis untuk Jauhkan diri.

Louis segera mengangkat tangan dan membelakangkan diri demi keselamatannya sendiri. “Aku faham… maaf. Apapun, aku tak jangka kau akan datang seawal ni.”

Ivy tertawa kecil, sambil mengusap badan Diaval menenangkan penjaganya. “Sebenarnya, aku terlupa pasal ni malam kalau bukan disebabkan Gretel.” Katanya sedikit rasa bersalah. “Apapun, memandangkan aku awal. Hansel ada tak? Kata Gretel dia ke sini tadi tengahari.”

“Dia ada tapi tak boleh diganggu buat sementara ni.” Balas Louis. “Macam ni lah, Jack boleh temankan kau sementara tunggu Hansel. Pastinya dia tak lama.”

“Tuanku!”

“Apa?” Ivy alih pandangannya pada Jack yang terkejut sebelum kembali pada Louis balik. “Tak boleh kau je ke?”

“Maaf Ai, bukan aku taknak tapi….” Louis berpaling pada Jack untuk seketika sebelum naikkan pandangannya ke salah satu laluan masuk istana. Sepertinya dia dalam kerumitan. “Aku ada hal dengan Ayahanda perlu diselesaikan sebelum makan malam ni. Juga, bersiap sedia.”

Ivy mencebik. “Ia hanya makan malam biasa.”

Louis mengangkat bahu, rasa bersalah. “Bukan untuk kerabat diraja.”

“Tak seronok langsung.”

Louis tertawa kecil. “Memang pun, tapi itu peraturannya. Aku kena pergi dulu, kang tak sempat. Bye.” Louis pantas begerak mengucup pipi Ivy mengejutkan ahli sihir dan burung gagaknya.

“Love you, jumpa malam nanti.” Louis mengenyit mata dan kembali naik di tengah tangga. Memberi signal pada Jack untuk perhatikan Ivy sebelum dia naik ke tingkat atas yang bertentangan arah dan lenyap di laluan pertama.

Jack ingin membantah tapi apakan daya, putera bebal tu pantas melarikan diri dan satria ini hanya boleh mengeluh. Dengan hati yang berat dia kembali memandang kearah Ivy dan lihat Ahli sihir itu berbisik sesuatu pada Diaval sebelum melepaskan ia keluar dari istana.

“Kau hantar dia ke mana?”

“Pastikan gaun untuk ini malam telah tiba di bilik persalinan dengan selamat. Ini makan malam bersama Raja, aku taknak sebarang kesulitan terjadi.” Kata Ivy, sama pahit dengan nada Jack. “Tak salah berhati-hati.”

“Dengan kau, semua orang patut berhati-hati.”

Ivy menarik sengih, betapa bencinya dia dengan lelaki durjana ni. “Apa-apa je lah. Jadi, dimana patut aku tunggu Hansel?”

Jack hanya boleh mengeluh, turun dari tangga dan masuk ke laluan kiri dibawah tangga. “Mari ikut aku.”

“Ke mana?”

“Ikut je lah.”

Ivy memutar bola matanya, biadap dia sama saja dengan Jack sebelum Ivy merentasi masa. Ivy cepat mengejar satria angkuh itu dan berjalan seiringan dengannya. Untuk seketika, mereka senyap sahaja, Ivy memandang laluan yang dihiasi cantik sementara Jack tertumpu pada laluan dihadapannya, kelihatan tegang berjaga-jaga.

“Adakah kau bekerja untuk Bloody Mary?”

Soalan itu disahut dengan serentak membuat Ivy terkejut dan Jack berdengus terhibur.

“Mengapa aku nak bekerjasama dengan makhluk durjana tu pulak?” Soal Jack balik. “Kau dari Vicious, tentunya kau ada bersubahat dengan Bloody Mary.”

“Apa? Hanya kerana aku dari Vicious?” Soal Ivy mula naik geram. “Kau ingat semua orang dari Vicious jahat ke?”

“Kenapa lagi Villain dilontar ke Vicious? Aku Nampak laporan Hansel tentang kau. Serupa seorang Villain.”

“Orang boleh berubah Jack. Tentunya kau tahu.” Balas Ivy balik. Tangannya gatal untuk menyumpah Jack.

Langkah Jack berhenti memandang Ivy tepat pada matanya. “Adakah kau telah berubah?”

Ini buat Ivy terdiam untuk seketika. “A-aku, sudah tentu—

“Kau teragak-agak.” Katanya dengan gelengan mengecewakan dan kembali berjalan.

“Hey! Aku tak habis cakap lagi.” Ivy menarik lengan Jack, tidak puas hati, memutar Jack padanya balik. “Apa masalah kau dengan aku hah? Kau tak puas hati dengan aku cakap—Hey!”

Jack menarik Ivy dan menghempasnya ke dinding berdekatan, memerangkapnya dengan kedua tangan di sisi kepala Ivy. “Dengar sini Witch… masalah aku satu je. Kau. Dengan. George.”

Ivy segera mengeluarkan kayu saktinya dan ditekan ke leher Jack. “Aku tak teragak-agak untuk bunuh kau.

Jack menarik sengih, senyuman yang Ivy kenal. “Kau ingat aku takut?”

Ini Jack yang dia kenal. Mata Ivy membulat. “Kau sememangnya bekerja dengan Bloody Mary—“

“Shhhsshh… hush, jangan sampai orang istana dengar.” Bisik Jack, meletak jarinya di bibir Ivy. “Mungkin sebelum ni. Tapi kau dah ubah sejarah, aku tiada peluang untuk dekat dengan nenek sihir tu.”

Ivy menepis tangan Jack ketepi. “Kau tahu pasal tu? Macam mana kau tahu?”

Jack perhatikan Ivy untuk seketika, perhatikan mata hijaunya yang penuh membara tapi secara perlahan menghilang kerana tidak selesa dengan pandangan Jack. Satria ini menolak kayu sakti Ivy ketepi dengan perlahan, tangan berada dekat pada Ivy sebelum dia memejamkan mata, membaca suatu mantera membuat mata Ivy terbeliak bulat.

Hati kedua itu muncul di tangan Jack.

Jack perhati hati yang rapuh itu dengan senyap sebelum mengucupnya.

Tiba-tiba Ivy rasa hati itu menjadi panas dan ia merebak keseluruh tubuh Ivy. Dia dapat rasakan hati itu kembali hidup dan mengganggu emosi si ahli sihir.

Setitis air mata jatuh membasahi pipi apabila Jack kembali memandangnya tepat dimata.

>X<

Hansel membantah. 100% membantah idea Wizard Trude.

“Tuan, ini Diaval kita cakapkan. Aku kenal dia. Dia setia. Dia licik. Dia tidak boleh dipercayai. Paling penting, dia seorang Villain.” Hansel cuba meyakinkan Wizard Trude yang, nampaknya agak degil. Adakah semua ahli sihir sebegini degil? Sebab kedegilannya mengalahkan Ivy!

“Kamu kata tidak semua orang Vicious seorang Villain.”

“Ya tapi Diaval datang dari zaman gelap, dia tidak lahir di Vicious seperti Ivy. Tuan, Tuan cuba fikir betul-betul apa yang Tuan cuba cakapkan ni. Tuan tidak kenal Diaval seperti mana saya kenal dia dari kecil. Walaupun dia seekor burung, tapi mindanya seperti seorang manusia, akalnya cerdik dan penuh dengan muslihat. Dia belajar dari Maleficent sendiri dan mengajarnya pada Ivy. Lelaki ni tidak boleh dipandang rendah dan dia boleh bunuh orang walaupun dia dalam bentuk burung. Saya pernah melihatnya, dia ni kejam.”

“Kamu kata dia setia bukan?” Soal Wizard Trude, tidak menghiraukan muka cemas Hansel. Dia memandang Hoot yang duduk dihadapannya, mengusap badan burung itu dengan lembut. “Tidak kisahlah betapa hebat seekor burung itu, tapi sifatnya semua sama. Dia setia pada tuannya. Jika tuannya beri dia arahan, dia akan melakukannya apa jua orang lain cuba untuk meyakinkanya tidka.”

“Dan Tuannya adalah Maleficent!—

“Bukan.” Wizard Trude memotong. “Dulu ya, mungkin pada Maleficent tapi burung gagak sangat lain dari burung lain Burung gagak seekor burung yang angkuh, dia tidak boleh dijinakkan dengan mudah dan ia yang memilih tuan, bukan manusia memilihnya. Dan cara burung gagak memilih tuan adalah dengan orang yang dia paling sayang.” Katanya dengan yakin. “Dan siapa yang dia sayang?”

Hansel diam untuk seketika. “Itu mustahil, Ivy hanya anak jagaannya. Burung itu setia pada Maleficent bertahun, dia takkan berpindah tuan macam tu je.”

“Encik Hansel. Kamu bersama dengan Cik Ivy hampir setiap masa bukan?” soal Wizard Trude. “Pastinya kamu lihat Diaval sentiasa bersama Cik Ivy semasa dia keluar bermain dengan Encik. Dia bersembunyi disuatu tempat yang tidak dilihat. Pastinya dia mengajar Cik Ivy, membantuny, melindunginya dari bahaya—dari maut mungkin. Melakukan lebih dari seorang burung hanya diarahkan untuk memantau anak tuannya. Bukan?”

“Ya, tapi itulah arahannya. Diaval tidak akan gagal—

“Sama seperti kamu Encik Hansel. Kamu juga melindungi rakan kamu dari sebarang bahaya, sanggup diterkam oleh big bad wolf, merisikokan kepercayaan the Believer hanya untuk membuktikan Ivy the Devil tidak bersalah. Jika kamu tidak sayangkan… rakan kamu, sudah tentu kamu tidak melakukan semua ini kan?”

“Tuan…” Hansel memberi amaran dengan tenang, cuba tidak melontar sebiji kerusi ke muka Ahli sihir Oz dihadapannya. “Ia tetap berisiko untuk menggunakan Diaval. Kita tidak tahu samada dia dipihak kita atau Villain!”

Wizard Trude perhatikan Hansel untuk seketika, melihat kerisauan Hansel tertera pada wajahnya dan mengeluh. “Encik Hansel, tiada gunanya Ivy the Devil berada di sini jika kita tidak menggunanya. Saya cukup pemurah untuk pertimbangkan kerisauan kamu tentang keselamatan Ivy the Devil dan memilih untuk mengambil Diaval didalam kes ini. Kita perlukan mereka untuk menangkap Bloody Mary, sudah terang-terang ahli sihir itu inginkan Cik Ivy, mengapa tidak gunakan dia untuk menarik Bloody Mary keluar? Lebih lama Cik Ivy ditinggalkan dari kes ini, pastinya dia akan bergerak sendiri untuk berhubung dengna Bloody Mary. Bagaimana jika dia sebenarnya telah berjaya bertemu dengan Bloody Mary dan sedang bersubahat untuk menumpaskan Raja? Tidakkah Encik patut memerhatikan gerak gerinya sepanjang masa? Hanya dengan menghantar Gretel tidak mencukupi. Dia anak kepada Maleficent, Ivy the Devil, dia Vicious, dia licik, dia pandai. Dia mempunyai kayu sakti apprientice.” Wizard Trude tekankan sekali lagi. “Satu-satunya cara untuk pastikan dia berpihak pada kita ialah buktikan dirinya untuk menangkap Bloody Mary. Dia perlu buktikan dirinya. Kamu tidak boleh melindungi kawan kamu untuk selamanya Encik Hansel. Jangan sampai kamu menyesal dan dia tikam kamu dari belakang.”

“Dia takkan.”

“Jadi kita teruskan plan ini.” Wizard Trude membawa Hoot ke bahunya. Bangkit bersama tongkat didalam tangan. “Burung gagak itu tidak lagi bertuankan Maleficent—mungkin tapi dia lebih menyayangi Cik Ivy dari nyawanya sendiri itu yang pasti. Untuk memastikan Cik Ivy berada dipihak kita, Diaval akan buktikannya. Memandangkan Cik Ivy perlu focus dalam menguasai kayu sakti Apprientice. Diaval cukup cerdik untuk membantu kita dan pastinya akan ikut arahan Cik Ivy.”

“Jika Ivy sememangnya menyebelahi Villain, kita akan mengetahuinya melalui Diaval dalam process menangkap Bloody Mary. Ia sememangnya risiko yang tinggi, samada kita akan berjaya atau gagal. tapi keputusannya tetap sama, Perang akan berlaku Encik Hansel. Itu ramalan Tuan Merlin.” Wizard Trude tundukkan kepala, meminta diri untuk beredar dahulu. “sehingga bertemu lagi pada perbincangan esok pagi dengan keputusan Diaval. Selamat petang Encik Hansel.”

Hansel mengetap bibir, mata merenung tajam pada lantai bilik, tidak membalas pemergian Wizard Trude kerana dia tahu dia akan mengamuk pada saat tu juga. Mukanya merah menahan marah, berang mengetahui betapa betul kata Wizard Trude tapi Hansel tetap membantahnya. Dia taknak Ivy ada kena mengena dengan semua ini, tidak ingin langsung, walau sedikit pun. Kerana sebaik sahaja Ivy terlibat, semuanya menjadi huru hara. Semua tahu betapa bahayanya Ivy the Devil, tidak kira samada dia di pihak mereka atau tidak. Dia merbahaya. Ivy seumpama bom berdetik dan jika salah langkah pastinya padah.

Tapi Wizard Trude betul. Hanstil tidak boleh menafikannya, dia Cuma takut akan pengakhirannya sahaja.

Hansel menyumpah dibawah nafas dan beralih ke suasana diluar tingkap, cuba tenangkan hati yang baran; sebaik sahaja dia lihat pemandangan taman dibelakang istana, matanya tertumpu pada Ivy dan Jack yang bergaduh.

Ivy menangis ke tu? Tidak pernah-pernah Hansel melekat di cermin tingkap untuk lihat apa lagi pergaduhan dua musuh ini telah cetuskan. Sehingga Ivy menangis? Serious ke ni dia menangis?”

Mata Hansel terbeliak bulat, sepertinya Jack sedang memaksa, menarik Ivy dan mencengkam kedua bahunya sebelum Ivy menolak Jack untuk melepaskan dia. Menjerit sambil arahkan kayu saktinya pada Jack tapi Jack… Jack bodoh asal kau ajuk nenek sihir tu! Jack tak takut langsung malah dekatkan diri dan letak dagunya pada hujung kayu sakti tu.

Shit, Bodoh dorang nak kena hukum pancung ke begaduh di perkarangan istana!” Hansel pecut keluar dari bilik tersebut dan berlari lintang pukang ke tempat mereka berada sebelum salah seorang dari mereka mati dibunuh.

Setiba sahaja dia di taman, dia hanya lihat Jack duduk disalah satu kerusi kelihatan penat dan berang pada masa yang sama.

“Mana Ivy?”

“Blah.”

“Kau buat apa dengan dia?”

“Aku?” Soal Jack balik. “Dia arahkan senjatanya ke muka aku!”

“Dia takkan buat macam tu kecuali kau ugut dia Jack.”

“Kau pernah fikir ke yang dia semamngnya tak sukakan aku dari dulu lagi dan akan ambil apa je peluang untuk hapuskan aku dari muka bumi ni?”

Hansel hanya boleh mengeluh dengan karenah Jack. “Asal korang dua susah sangat nak berbaik?”

Sementara itu, Ivy berada di suatu laluan istana yang tidak dikenali, dia jatuh menyandar pada dinding berdekatan dan menutup mukanya dengan kedua tangan. Sembunyikan air mata yang telah mengalir kerana mamat durjana tu.

Diaval terbang turun mendekati Ivy dan berubah menjadi manusia kerana petikan jari, dia terus tunduk berlutut dihadapan anak jagaannya dan menarik kedua tangan Ivy jauh dari muka.

Diaval menjangkakan ekspressi wajah yang sedih, seorang perempuan yang patah hati tapi apa yang dia lihat hanyalah ekspressi kosong, seperti dia telah mengalah, api didalam matanya sudah terpadam.

Burung Gagak ini ingin tanya apa yang telah terjadi tapi mengetahui anak jagaannya, seeloknya tidak. Sehingga dia sendiri ingin bersuara.

“Hansel dan Wizard Trude ingin gunakan aku untuk tangkap Bloody Mary.” Katanya, perlahan. Melihat tiada respon dari Ivy membuat Diaval risau. “Apa Jack cakap kat kau lagi?”

Mata Ivy akhirnya focus pada Diaval, namun ekspressinya masih kosong. “Kau tahu kan? Pasal Jack? Pasal hati kedua tu?”

Diaval tergamam. “Dia… beritahu kau?”

Air mata Ivy kembali mengalir dan dia terus memukul Diaval. “Kenapa kau tak bagitau aku! Kau tahu betapa bodohnya aku percaya ini Louis punya?! Kenapa kau rahsiakannya?! Kenapa!! Diaval aku percayakan kau! Aku percayakan kau! Selama ni dia—Kau…. K-kau memang tak guna!”

“Lil’miss—” Diaval menangkap kedua tangan Ivy, menenangkan dia dengan memeluk Ivy dengan erat. “Lil’miss aku minta maaf. Aku minta maaf tapi aku terpaksa. Ini semua untuk kebaikan kau. Aku tiada pilihan kecuali akur.”

“Kau penipu! Kau….. aku percayakan kau D… kau je aku percayakan selama ni. Kenapa kau buat aku macam ni…” Ivy berpaut pada Diaval, menangis teresak-esak didalam dakapan Diaval. “Aku bencikan kau...”

“Maafkan aku Ivy… Aku hanya seekor burung, tapi aku akan beritahu kau semuanya. Kesemuanya yang kau perlu tahu. Apa je yang kau nak tahu, aku akan beritahu.”

“Macam mana aku tahu kau takkan tipu aku?”

“Sebab aku patuh pada arahan kau, lil’miss.”

Ayat itu membuat Ivy berasa sedikit tenang, dia memejamkan mata dan sembunyikan wajahnya pada bahu Diaval. Tenggelamkan dirinya didalam dakapan penjaganya menandakan dia percayakan Diaval.

“Mari bersiap untuk ini malam Lil’miss, matahari kian menurun.”

Ivy hanya mengangguk.

>X<

(A/N: I have no excuses on this. chapter ni dah lama duduk dalam draft for months and angah lupa nak update. so, I'm sorry for making all of you wait and thank you for still staying here and read my stories :'D it means a lot from wittl old me uwu. Anyways, enjoy the this chapter folks! I'm working on the next one right now. i'll say i have no promises when it will be updated :'I)

Comments

Post a Comment

Popular Posts