LMN: Bab 1

 “Aku bencikan Kau! Kau main giler dengan perempuan di bar tu kan? Kau ingatkan aku tak tahu ke?!” jerit Mariana kepada suaminya dengan nada naik okta 3 mengakibatkan suaranya bergema dalam bilik tidur mereka.

“Kau apa hal? Jangan kau nak menuduh aku sembarangan kau tu apa kurangnya? Keluar dengan client terbesarku! Buat malu nama keluargaku jak!” tengking si suami pula, En. Syah Rizam.

Mata Mariana terbeliak bulat menandakan marahnya semakin meningkat. “Apa kau merepek ni? dia pun clientku juga. Jangan nak menuduh hanya sebab aku lebih rapat dengan lelaki lain dari suami sendiri. Kau sendiri tak nak rapat dengan aku kan walaupun kita dah berkahwin, kerana perkahwinan ni hanya dasar atas kertas sahaja. Kau tak pernah cintakan aku, Perkahwinan ni hanya untuk kepentingan business je. Hanya itu yang penting untuk kau, Kerja! Kerja! Kerja! Sampai anak sendiri tak dihiraukan!!” bebel Mariana yang sememangnya mulut murai dan mengungkit kesalahan suami ‘palsunya’ itu.

Satu pukulan tiba di pipi Mariana membuat satu bunyi yang kuat dan bergema di bilik tersebut. “JAGA MULUT KAU TU!!”

Mariana memandang ke wajah suaminya dengan riak wajah terkejut yang terkejut. Berani dia tampar aku? matanya mula berkaca. “Aku benci kau! benci! Aku menyesal setuju kahwin dengan kau! menyesal tidur dengan kau! menyesal biarkan dia lahir kalau beginilah jadinya!! AKU BENCI KAU!!”

“Kau benci aku? kau tahu tak kenapa aku tak layan budak tu? sebab aku tahu, dia bukan anak aku! tapi aku tetap terima dia sebab otaknya yang genius. Kalau bukan sebab kepandaiannya tu yang memikat hati pengerusi, dah lama aku ceraikan kau dan kahwin dengan perempuan pilihanku!”

Sementara mereka berdua bertekak, satu figura kecil berada di sebalik pintu bilik mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka. Dia menangis senyap sambil menutup telinganya terasa sangat terhiris dalam hatinya apabila mendengar apa ibubapanya katakan tentangnya.

“Mama…. Papa… kenapa?” soalnya sendiri dengan nada kecil, tertanya-tanya adakah dia tidak di terima lahir dalam dunia itu sejak dari mula lagi. Adakah dia hidup hanya untuk menjadi perhiasan nama keluarga mereka sahaja? hanya kerana kepandaiannya yang lain dari yang lain? Adakah hanya sebab itu papa dan mamanya berlakon depan matanya dengan penuh kasih sayang hanya kerana untuk menutup kebenaran?

Aulia berdiri tegak dari menyandar lemah di dada pintu dan bergerak menghentak kaki kembali ke biliknya. Rasa sedihnya telah bertukar menjadi marah yang amat terhadap ibubapanya yang hanya memberikan dia kasih sayang palsu selama ini. Mereka sebenarnya muak melihat aku. mereka tidak pernah inginkan aku lahir di dunia ni. mereka tak pernah anggap aku sebagai anak sendiri kalau bukan kerana atuk. Aku benci mereka berdua, aku benci!!

Dia menghempas tutup pintu biliknya dan melangkah naik ke katil queen sizenya yang bertemakan emas dan putih telur. Dia menggapai anak patungnya dan memeluknya sekuat tenaga cuba menenangkan hatinya yang bergelora.

Tidak, aku tak boleh menangis… kalau aku menangis, aku ni lemah desis hati Aulia. Dia merebahkan tubuh kecilnya di tilam dan memejam mata. Ayat keramat yang dia dengar tadi berulang-ulang bermain di kotak mindanya.

“dia bukan anak aku…!” “Aku menyesal lahirkan dia kalau beginilah jaddinya…” “disebabkan kepandaiannya yang memikat hati pengerusi” “AKU MENYESAL LAHIRKAN DIA!!”

Mata Aulia terbuka luas dan segera bangkit dari baringnya. Nafasnya berat dan keringat turun dari dahinya disertakan guruh berdentum di luar tingkap biliknya. Setelah mengambil satu nafas sedalam-dalam yang mungkin, dia mengeluh berat.

“Mimpi lagi…. Kenapa aku mesti mengingatkan kisah tu lagi?” soal Aulia kepada dirinya sendiri dengan satu lagi keluhan lepas dari mulutnya. Dia memandang ke katil sebelah dimana satu figura kecil sedang lena tidur menghadapnya. Dengan mulut terbuka sedikit.

Aulia tersenyum kembali tapi matanya tetap menunjukkan sedikit kesedihan. “Aku rasa hanya kau yang faham… Aiena.” Kata Aulia dengan nada lembut sebelum kembali baring dan melelapkan mata. Did cuba fikirkan benda lain selain peristiwa keramat itu dan akhirnya dia terlena dibawa arus mimpi yang amat menenangkan.

O*O*O

“Aulia!! Bangun!” jerit suara riang di pagi hari cuba bangunkan rakan karibnya yang semamangnya…. Pemalas. “Wake up! Wake up! Wake up!”

Aku lihat dia membuka matanya sedikit untuk memandangku dan segera dia mengambil bantal menutup mukanya. Dah sah pemalas budak ni. “Aulia, bangunlah. Sekolah dah nak start dah ni!” kataku sedikit memujuk dan marah bercampur. Kalau tak kasar, tentu minah satu ni tak nak bangun punya. Harap-haraplah dia ke sekolah ni hari.

Dia memandang mukaku sekali lagi dengan dagger starenya. Chea! Kau ingat renungan maut tu boleh takutkan aku cam kau takutkan yang lain? No way!

Aku bergerak ke kaki katilnya dan menarik selimut tebal kepunyaan Aulia dari menyelubungi badannya.

“Hey!!” jeritnya, automatic bangun untuk mengambil selimutnya semula tapi gagal apabila aku bertindak lebih awal dengan melontarnya ke penjuru bilik.

Mata ku terbeliak bulat apabila melihat apa yang Aulia pakai dibawah selimut. “Kau dari mana semalam? Kau sneak out lagi ke?”

Aulia menguap sekali dengan anggukan lemah ditambah dengan menggosok matanya yang berat. Budak ni…. dia keluar tanpa izin lagi? “Ke mana kau kali ni? ke clubbing? Dicso? Drifting? Atau ke studio kau kat Ottawa?”

Aulia menggeleng lemah masih lagi dalam mode mengantuknya. “Ke mansion utama.”

Apa? Tempat neraka tu? Setahu aku, budak ni takkan ke tempat tu walaupun nyawanya tergantung padanya. Dia rela di langgar kereta api wap dari pergi ke tempat keramat tu. “Sebab apa?”

Dia tidak menjawab malah, dia hanya memandang keluar tingkap merenung jauh, mengimbas kembali apa yang telah berlaku semalam. Dia ingatkan aku boleh tonton apa yang bermain di kepala hotaknya tu ke? tapi, aku boleh lihat dari mata Aulia yang semalam dia mengalami kesulitan dengan keluarganya, mungkin mereka bertekak lagi. Kasihan juga aku nampak kawanku satu ni. hidupnya bagai cake tiada gula dalamnya, sangat tawar dan hambar. Hanya ada kepahitan dan kesedihan setiap kali dia melangkah keluar ke khalayak ramai.

“Aku malas nak sekolah. Selamat malam.” Lamunanku terhenti dan memandang Aulia bergerak ke katilku dan membuat dirinya selesa seperti katil sendiri, kembali membuat peta dunia.

“Dah Sah ini PAGI! Maksud time to school!!” jeritku naik okta tiga, sakit tekakku ni pagi-pagi dah berteriak nak bangunkan roommateku satu ni. kenapalah aku boleh stuck dengan budak ni? hanya disebabkan dia seorang ‘genius’ yang buat aku nak sangat dekat dengan dia. Kenapalah aku tergoda dengan lagu dan lukisannya tu?!! Stress!!

Dia menggeleng dan menutup mukanya di sebalik selimutku. Rasa marah yang melimpah rauh akhirnya redah dengan sekelip mata apabila melihat riaksi Aulia yang membisu. Dah sah situasi semalam adalah tahap kritikal.

Aku mengeluh panjang mengalah. “Okay. Aku faham, aku akan beritahu cikgu yang kau sakit dan tak dapat hadir…. Lagi. Tapi ingat, kau hutang aku satu perkara… lagi.” Dengan itu, aku mengambil beg galas ku dan menuju keluar bilik, melalui lobi asrama, berjalan mengikut laluan harian dari asrama ke sekolah, akhirnya tiba di block akademik dimana sudah dilihat kelibat-kelibat pelajar luar telah tiba dan bersembang sesama sendiri sementara menunggu loceng pertama berdering.

Mereka semua memandang kearahku seperti aku ni satu pameran yang takkan ada tarikh luputnya. Ya, mereka akan sentiasa merenungku kerana aku ni budak miskin. Sekolah ni sekolah untuk anak BigDaddy je, syarikat besar, anak bangsawan, ternama, artis dan orang kaya-kayalah! Aku dapat masuk sekolah ni sebab aku buat permohonan untuk mengambil ujian kemasukan ke sini dan mendapat biasiswa dari sekolah. Siapa sangka budak cam aku ni boleh dapat biasiswa yang memang jarang orang lain dapat.

Pada hari pertama, aku di buli berterusan hingga ke tengahari dimana seorang Figaro menyelamatkan aku dari dihentam teruk oleh seorang senior. Siapa lagi kalau bukan Aulia? Dia tu bukan sahaja pemberontak keluarga malah sekolah. Dia juga di ketegorikan sebagai pelajar high disiplin kerana selalu skip kelas, bergaduh, mencarut guru dan banyak lagi.

Sejak kami berjumpa kembali di sekolah ni dua tahun lalu, hidupku sebagai mangsa buli telah berakhir kerana Aulia adalah pelajar yang paling di geruni hingga guru dan pengetua sendiri takut dengannya. Hanya dengan dagger starenya, semua orang terasa seperti ada rebut salji melanda sekitar mereka hingga buat mereka menggeletar setiap kali memandang Aulia marah (di mana dia memang selalu marah,)

Aku akhirnya selamat tiba di kelas tanpa ada pelajar ingin melemparkan telur busuk kat aku seperti hari-hari sebelumnya. Selamat… ada chan main solo cam ni, aku buka buku Bio lah untuk persediaan awal sebelum waktu persekolahan bermula. heh, baru je aku nak buka m/s kedua dah ada interruption.

Pelajar perempuan yang duduk di depanku berputar kearahku. “Budak biasiswa, mana kawan kau lagi satu ni? Dah bosan hidup sama budak jalanan cam kau ke?” Dah mula dah… ini salah satu rutin anak orang kaya apabila Aulia tiada bersama aku. membuli.

Aku menggeleng acuh tak acuh. “Dia sakit ni hari. Terpaksa berehat di asrama.”

Dia ketawa kegedik’an. Chea, kau ingatkan kau cute ke buat cam tu? please lah. “Sakit? Atau kau di paksa back up kesalahan dia? Kau kena upah ke oleh minah tu supaya back up jenayah dia dan sekolah kat sini? kasihan kau kan? Orang miskin memang menyedihkan.”

Okay! itu dah cross the line! So, what kalau aku miskin? Kau ada hak ke nak maki-maki aku? aku berdiri dari tempat dudukku dan tangan kanan dah naik di atas kepala untuk menampar minah gedik ni.

PACK!!

Semua orang dalam kelas tersebut terkejut mendengar satu pukulan dari belakang kepala perempuan gedik di depanku ini.

“jaga mulut tu B*tch.”

Aku dan minah gedik ni mendongak kepala melihat gerangan suara siapakah yang menyahut dan mengambil tempatku untuk menampar dia. Aulia???!!!

“A-Apa kau buat di sini?” bukan ke dia nak tidur ke? apa kess tiba-tiba datang p skola plak ni?

Aulia memandangku dan tersenyum sinis. Senyuman yang 90% dalam sehari aku nampak. “Sekolah lah. Mana Leeya dan Reeqa? Sepatutnya mereka dah datang dari tadi.” katanya slamber memandang sekeliling bilik darjah seperti dia tidak ingat apa yang dia dah buat tadi.

Dengan suasana yang tegang dan sunyi, aku dapat mendengar bunyi tapak kasut bergerak mendekati kelas, bukan seorang tapi dua. “Morning!”

“Mat- kenapa semua tergamam ni? event apa yang jadi tadi?” Leeya yang baru sahaja melangkah masuk kedalam kelas sudah dapat merasakan aura-aura tegang dalam bilik darjah. Namun, langkahnya tidak berhenti mendekati kami dengan senyumannya. “Morning you girls!”

“Pagi…” Jawab Aulia sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduknya iaitu bersebelahan dengan tingkap, dan di sebelah kiriku. Reeqa dan Leeya turut mengambil tempat mereka masing masing. Reeqa menolak minah gedik itu ketepi seperti sampah dan duduk di tempat duduknya, di depanku. Leeya pula di sebelah kananku. Aku duduk di lajur yang paling last jadi tiada siapa di belakangku kecuali locker.

“So, apa kami miss tadi?” Reeqa landingkan kepalanya di mejaku dengan tangannya di dagu. Reeqa seorang model termuda yang pernah mendapat anugerah model terkaya didunia. Dia merantau ke seluruh pelusuk Negara setelah mendapat anugerah itu dan menjadi seorang jutawan hanya dengan mukanya yang menggoda. Malangnya, disebabkan populiritinya, dia menjadi liar kerana dikejar oleh paparazzi setiap masa. Dia berjaya masuk dalam black list pelajar di benci di sekolah ni dan akhirnya dia join groupku dan Aulia.

“Perkara biasa… seperti hari-hari lain juga.” Jawabku ringkas membuat mereka berdua menjungkit kening.

“Yalah, seperti hari biasa tapi kes kali ni cam mana?” Soal Leeya pula, seorang perempuan yang agak terkenal juga. Dia seorang pembantu chef di sebuah restoran terkenal dalam dunia ini. Disebabkan usia mudanya yang sukar untuk dipercayai yang dia dapat jawatan yang sukar itu telah membuatkan banyak khabar angin yang negative pasal Leeya. Kononnya Leeya ni perempuan simpanan chef di restoran tu, sebab tu dia dapat jawatan pembantu chef dengan senang. Walaupun Chef tu hanya dua tahun tua darinya. Kenapa jadi begini? Sebab Leeya tak pernah ikuti mana-mana kelas memasak dan tak pernah dapat sijil pun dalam bidang memasak. Jadi cam mana dia boleh dapat jawatan besar tu tanpa usaha kan? Walau apapun itu bukan cerita sebenarnya. Aku pasti, 100% pasti.

Aulia yang memandang keluar tingkap berpaling kepada kami dengan muka yang masih mengantuk. Dia kemudiannya memuncungkan mulut kea rah minah gedik tadi. “SMACK!” katanya memberi isyarat kepada mereka berdua.

Mereka mengangguk tanda faham. Walaupun Aulia ni jenis tak banyak cakap, dia senang difahami oleh kami bertiga. Yang lain hanya anggap Aulia ni Jin datang dari alam lain yang hanya boleh rosakkan kehidupan mereka jak. Gelaran.. G.O.D aka Goddess of Destruction

Reeqa menghembus nafas gembira. “Biar dia masak sana supaya dia tahu di mana bumi di pijak , langit di junjung. Jangan ingat muka cantik cam Cinderella tu baik, asalkan hati pendengki cam Grizella.” Kata Reeqa dengan kuat saja nak tuang minyak keatas api. Minah gedik yang berada di penjuru bilik bersama kawanya dah kelihatan naik berang dengan kata-kata hikmah Reeqa.

Leeya tertawa setuju. “Lantak dorank lah apa dorank nak cakap pasal kita. Aku tak kisah sangat pun. Plus, mulut sabul cam dorank tu patut kena oleh pukulan gaban Aulia.”

Aduh… ini intro nak bergossip ni. ini satu masalah perempuan kalau dah berkumpul, mesti akan berlakunya perbualan kosong, ke gossip, ke khabar angin, ke telinga guru disiplin dan akhir sekali ke telinga pengetua. In the end, masuk bilik disiplin.

“Nanti rehat korank dua ke cafeteria ke?” Aku terus tukar tajuk sebelum mereka memulakan gossip bab satu mereka dan pengakhirannya hanya tinggal angan-angan.

Leeya dan Reeqa memandang satu dengan lain. Setelah itu bertukar pandangan kepada aku.

Dari pandangan mata mereka, aku dah dapat agak yang mereka tentu akan ke cafeteria. Tahulah kan.. anak orang kaya takkan risau pasal yuran makanan kat sekolah ni. aku lainlah, wang biasiswa kat bank tu untuk masa depan yang akan datang. aku tak nak bazirkan dengan benda yang lain.

“Kenapa? Korang dua ada plan lain ke time rehat nanti?” Reeqa menyoal dengan menjungkit kening.

Aulia akhirnya berpaling kearah kami dan mengangguk. “Kami ke tempat biasa. Korang nak join?” woah! Dia mengajak? Selalunya Aulialah orang yang paaaaling anti-sosial walaupun dengan kawan sendiri. Hehehe.. kalau aku lainlah.

Leeya dan Reeqa menggeleng. “kami dah ada plan sendiri kat café.”

Aku dan Aulia memandang wajah Leeya seperti ayat tulisan ‘evil plan’ tertulis kat dahi dia. Siapa tak kenal Leeya ni? dia tak kisah apa orang cakap pasal dia, rutin hariannya mengutuk masakan café takkan terlepas. Maklumlah belajar dari yang pakar.

Reeqa mengangguk. “Yup! Aku nak dengar apa komen leeya tentang menu ni hari. Mana tahu ada kelainkan dari hari yang lain… aku nak tahu juga.” Dia menjungkit kening sambil ber high five dengan Leeya.

Chea! Budak dua ni, kalau pasal benda menghina, memaki ni; mereka dualah nombor satu dalam dunia. Entah apa dalam fikiran mereka, aku sendiri tak tahu. Kemudian, aku memandang Aulia. Dia lagilah aku tak faham. Kekadang baik, kekadang moody, dan banyak lagilah. Aku nak juga nampak dia tertawa seperti perempuan kaya yang lain, yang tahu berfoya-foya dan berseronok. Dalam sepanjang tiga tahun kenal dia, jarang sekali aku nampak dia tertawa seikhlas hati dengan orang sekelilingnya. Kalau aku nak nampak dia happy,, itu hanya apabila dia dengan abang-abangnya, malangnya…. Aulia hanya berjumpa dengan mereka waktu malam dimana dia selalu sneak out keluar asrama dan aku jadi ubat nyamuk dia.


“Baiklah semua tolong kembali ke tempat masing-masing.” Kedengaran suara Miss Shue(Shuhada) mengetuk-mengetuk meja mengambil perhatian kami dan dengan segera pelajar yang shok membuka warung segera duduk ketempat mereka semula. “Kerja sekolah kelmarin dah siap?”

(Dun.... bosan tak? bosan kan? atau best?? comment please.. angah x seberapa pandai dengan novel based reality ni... too not adventurous I say.. well, comment! comment! don't be a silent reader forever!! haha... I'll never notice you if you keep hidding)  

Comments

Post a Comment

Popular Posts