LMN: Bab 2

Aku dan Aulia berada di tempat biasa kami iaitu di bawah pokok epal di bahagian timur taman sekolah. Kenapa kami tak di café dengan Reeqa dan Leeya? Sebab antara kami berempat, gossip yang terhangat dalam sekolah ni ialah tentang Aulia dan aku tak nak di buli jadi aku join in lah Aulia ke tempat kecilnya ni. no gossip, no BERDARAH telinga mendengarnya.

Ternyata, aman juga di sini ye. Berehat dibawah pokok epal yang redup di tepi tasik. Melihat pemandangan taman sekolah yang sememangnya ‘A class’. Tak payah buat pencuci mulut, dah ada diatas kepala menunggu saat dipetik sahaja.

“Aiena! Dah selesai menghayati ke? kau nak satu?”

Aku tersentak dari penghayatanku dan mendongak keatas dengan pipi dikembungkan. Aku ni memang senang di baca ke? “Pilihkan aku yang paaaaaling merah!”

Dia mengangguk dan memetik sebiji epal yang merah hati dan lontarkan kebawah kepadaku. “Thanks!” kataku. Apa? Aulia berada di atas dahan pokok. Di situlah tempat dia menenangkan jiwa dan raganya. Entah apa yang dia nampak di atas tu tapi di suka panjat hingga ke puncak dan berteriak sekuat mungkin. Ayat yang selalu aku dengar. >IIIIIII hate YOU!!!<>GO TO HELL!!!<>QUIT BUGGING ME YOU B*T*H!!!<

“GET THE F*C***G D*M* OUT OF MY LIFE!!!!!”

Kan aku dah kata… dan ini hari ada ayat baru dan lebih… KAW! dari sebelumnya. Lantaklah, yang penting dia moodnya naik sikit selepas menjerit sendiri. Kedengaran bunyi Aulia memanjat turun dari pokok dan lompat turun di hadapanku dengan senyuman manis terukir di bibirnya menandakan bad moodnya tadi pagi telah hilang dibawah arus angin bersama dengan jeritan mautnya. Dia beri ‘peace’ kepadaku. “So, nak sneak out ke ni malam? Kita ke Mall.” Dia menjungkit kening tiga kali seperti budak nakal. Heeeiiii… kekadang aku tak faham juga dengan perangai budak ni. senang sangat moodnya bertukar. Mood swing.

“Entah lah… Aku takut kita kantoi nanti.” Jawabku setelah mengambil segigit dari epal ditangan ku ni. Hmmm!! Manis! Pandai minah ni pilih.

Aulia tertawa disertakan gelengan. “Come on lah Aiena! Bukan selalu kita keluar ‘outing’” katanya lagi memujuk dengan senyuman nakal terpapar diwajahnya. Ish! Langsung tiada nilai kewanitaan dalam diri minah ni. ini kes terlampau influence dengan kamchingan lah ni!

“Tak selalu tapi hampir setiap har-”

“AAAHH!!! Senior Joe!!” jeritan seorang perempuan membuat kami berpaling kearah suara kegedik’an itu dan menemui sesuatu yang sangat luar biasa di jalan taman yang menuju ke jambatan tasik.

Aulia Point of View(POV)

Aaaaa….. tak lain dan tak bukan si mamat popular Muhammad Johari Adnan bin Abdillah dari kelas S. seorang yang boleh dikatakan handsome kepada para pelajar, perfect dari segi akademik, sport, kewangan, pangkat dan personality. Not to mention dia seorang player tulen.

Seperti yang dikatakan tadi, dia perfect di mata perempuan dan mata dunia tapi… tak lah seperfect mana pun mamat tu. Hanya aku sahaja yang tahu kecacatan mr. Perfection ni. Heh. Apa? Bukan busy body tapi orang seperti kami kena cari kelemahan lawan jika nak syarikat kami sentiasa berada di atas carta. ‘Winning means everything’ tapi, aku bukannya type yang nak ambil alih perusahaan familyku. Jadi, aku cari kelemahan mereka hanya untuk mencari entertainment diri. Tak salah kan?

“dia tak bosan ke ada perempuan keliling pinggang?” lamunanku tersentak dan memandang kearah Aeina yang melahap epalnya melepaskan geram.

“Hmm’mm..” kataku dengan senyuman nakal membuatkan dia sedikit terkejut. Nampak dari riak wajah dia pun aku dapat tahu.

“K-Kau jangan nak fikir bukan –bukan okay! aku tak suka mamat tu! tak akan suka mamat player!!”

Aku mengangguk namun senyuman nakal masih belum beredar dari wajah ni. “Aku tak cakap kau suka dia. Kenapa kau tiba-tiba claim cam tu? atau….”

“TIDAK!!” jeritnya menegakkan benang yang basah.

Aku tertawa besar melihat wajah Aiena naik merah! Serius ni, aku suka sangat sakat budak ni! sangat-sangat suka! Cuba bayangkan muka kecil molek cam kucing putih, kembangkan pipinya dan sedikit merah menyalah diatas pipi kembung tersebut sambil menjerit menafikan sesuatu? It’s Priceless I told you!!

“Aulia!! Jangan lah!” dia memukul bahuku dengan jeritan tinggi. “hentikan!!”

“O.. Okay-okay.” kataku menahan tawaku dengan memeluk perut sendiri. Aduh… kalau berterusan ketawa, kena appendik aku tak lama ni. “Kau cute sangat time kau pouting cam tu! cute sangat cam ikan buntal.” Aku mula mencubit pipinya yang dia kembungkan. CUTE!!! Cam Barbie versi rambut hitam!!

“Aduuuuuuhh… sakitlah!!” dia memukul-mukul tanganku dan apabila aku jauhkan tanganku dari pipinya, dia terpukul pula pipi sendiri. Dari mendengar bunyi ‘pack!’ yang kuat tu, aku tahu ia pasti pedis. “AULIA IZZATUNISSA!!!”

Aulia bangkit dari duduknya dan bermulalah aksi kejar mengejar antara dua rakan disekeliling pokok epal. Rasanya siapa menang??

Third POV

Sementara mereka sedang berkejaran berputar-putar-putar-putar disekeliling pokok, Johari yang dikelilingi pelajar perempuan tertumpu kepada mereka apabila terdengar Aiena menjerit nama Aulia.

Dia tersenyum sendiri membuat perempuan di sekelilingnya berasa hairan dan memandang kearah Johari pandang; dan mencebik. “Siapa mereka tu?”

“Budak biasiswa dan G.O.D” kata salah seorang perempuan acuh tak acuh.

“G.O.D?” Johari tertawa kecil. “Apa tu?” aduh! tawanya membuatkan hati wanita cair dengan sekelip mata!

“Goddess Of Destruction.” Kata seorang lagi.

“Oh… cam tu. Dialah Aulia Izzatunissa kan? Cucu emas kepada President Perusahaan terbesar tu kan??” Perempuan disekelilingnya mengangguk dengan perasaan tidak puas hati.

“Kau nak takle dia ke?” muncul satu suara lelaki dari belakangnya membuat mereka semua memandang satu figura itu. Kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja putih dengan necktie sutera perang dari China dengan kasut Leather hitamnya memandang kearah Aulia dan Aiena. “Kau takkan dapat budak tu.” katanya dengan yakin.

“Cikgu Iez. Cikgu pernah takle dia ke?” Soal Johari kepada guru Perdagangannya, Faiz Rahman. Seorang lelaki berusia 25 tahun dan juga dikenali sebagai jejaka hot di sekolah. Biasa lahtu, guru muda di sekolah tentu ramai peminatnyakan?

Cikgu Iez tertawa kecil sambil menggeleng. “Kau boleh katakana cam tu. perempuan tu hati batu dan well, apa yang patut aku cakap pasal dia ye?” Cikgu Iez mula menyusun ayat yang bagus untuk terangkan personality Aulia. “ah! Annoying, Air-head little Chick tapi, kalau kau takle si budak biasiswa tu pula… alamat kau takkan dapat punya.”

Johari menjungkit kening kirinya perlukan lebih penjelasan. “Maksud Cikgu?”

“Mereka umpama novel The Knight and The Princess. Knight akan sentiasa berada di sisi puterinya dalam apa jua keadaan untuk memastikan puteri kesayangannya berada didalam keadaan yang selamat tapi dalam masa yang sama, Knight akan gunakan si puteri yang naïve tu untuk kepentingannya sendiri. Knight menggunakan si puteri yang tidak bersalah sebagai tempat dia menyembunyikan diri dari kesalahan yang dia lakukan. Aulia Azzatunissa, nama yang cantik seperti tuannya namun hatinya mencerminkan benda yang sebaliknya.” Kata Cikgu Iez tanpa mengalihkan pandangannya dari tempat Aulia berada.

Johari semakin curiga dengan Cikgu mudanya itu. Cam mana dia dapat tahu terlampau banyak tentang Aulia? Setahu dia, Aulia ni jenis yang metutup, tidak pernah suarakan apa kata hatinya kepada sesiapa termasuk rakan karibnya. “What is your relationship with G.O.D anyway?”

Cikgu Iez berpaling kearah Johari dan menarik sengih. “lets just say…. I’m keeping a close eye on her for special reason and person.”

Johari menjungkit kening tambah keliru dengan perangai cikgu Iez yang sangat misteri. “And what’s that suppose to mean?” Cikgu iez hanya memberi respon dengan senyuman sinis.

Aiena POV

Setelah mendengar loceng sekolah berbunyi menandakan hari persekolahan telah tamat, aku berjalan solo pulang asrama. Kenapa? Sebab Aulia dipanggil ke bilik guru buat ke sekian kali lagi. Entah apa lagi masalah dia buat aku tak tahu. Yang pastinya dia K.A.N.T.O.I

aku menghadap buku Nota Bio dalam perjalanan pulang ke Asrama. Aku tahu.. aku tahu, nampak cam nerd sangat tapi aku nak kekalkan all A’s ku dalam pelajaran sebab dengan gelaran Honour Studentlah yang membuat aku tetap bertahan di sekolah ni. budak biasiswa kena dapat All A’s untuk teruskan pelajaran kat sini dan itulah yang aku buat sekarang. kekadang pedap juga aku dengan benda study ni tapi… kalau aku give up bermaksud aku takkan dapat jumpa Aulia dan cita-citaku takkan tercapai.

Dengan tiupan angin payu membelai rambutku membuat aku rasa tenang tapi sedikit sejuk. Haaa…. Angin pada awal musim luruh ni memang sejuk tapi anginnya memang nyaman. Dengan keindahan taman di sekitar asrama ni lagi buat aku rasa tenang. Tak salahlah sekolah ni di tempatkan sebagai Sekolah tercantik di Negara ni. Nyamannya!

Langkahku terhenti apabila terlihat satu figura yang sangat dikenali berdiri dihadapan pintu dengan senyuman yang sangat… sangat mena- bukan.. hodoh.

“Apa kau buat di sini? setahu aku Muhammad Johari Adnan tidak akan jejakkan kakinya yang mahal ke tempat yang low kelas seperti asrama ni.” kataku sedikit tegas menunjukkan serbah sedikit yang aku telah pelajari dari Aulia. Keangkuhan.

“Ouch.” Katanya sambil memegang dada umpama dia terasa dengan ayatku. Aku putarkan bolah mataku, tidak percaya dengan riaksi palsunya itu.

Dia melangkah turun dari tangga lobi dan mendekatiku. Mencapai rambut hitam ku yang aku tocang tepi dan dibelainya lembut. “I’m here to see you, m’lady.” Katany dengan mengenyit mata.

Eeeee…… Okay! mamat ni memang nak kena. Apa Aulia akan buat kalau dia tolak mamat cam ni erk? Aulia!! Aku perlukan kau!! apa aku patut buat untuk jauhkan diri dari malapetaka ni??

“Err.. um.. aku? u-untuk apa?” Alamak! kenapa aku gagap pula ni!! keep it together Aiena! KEEP IT TOGETHER!! Aduh! aku menjerit cam Aulia kenapa?

“I nak bincangkan sesuatu dengan U. U free tak esok tengahari? At 1 maybe?” Soalnya masih tersenyum sambil membelai rambutnya.

“Err… Well, schedule ku taklah sibuk sangat dan… um..” Think Aiena Think! Kau kena reject mamat ni! Aulia kata Johari ni hanya buat masalah je! Kau kena tolak dia walau cam mana pun kau mahu!

“Dia setuju.” Aku tersentak apabila satu tangan yang amat dikenali menyentuh bahuku dan menepis tangan Johari. “Tapi, kau kena minta izin dengan wardern dulu kalau kau nak keluar date dengan dia.”

Kelihatan wajah Shock Johari. Kenapa? “O-Okay, cakap dengan Wardern tu taklah susah sangat so…” Dia kembali memandangku. “1 okay? I’ll pick u here.” Katanya sebelum bergerak pergi kembali ke kereta Mazdanya.

Aku berpaling kearah Aulia memberi tanda amarah kepadanya dan menghentak masuk kedalam asrama. Aku dapat dengar tapak kaki Aulia mengekoriku dari belakang. Aku dah agak dah, dia takkan pujuk aku. aku masak sangat dengan perangai minah satu ni. Heartless!

Setelah tiba di dalam bilik kami, aku melontar beg sekolah ke atas meja dan rebahkan badanku diatas katil. Aku tahu… menunjuk perasaan.

Setelah beberapa minit berdiam diri menunggu Aulia untuk bersuara, aku give up sendiri. Teknik menunjuk perasaan tidak menjadi. Aku bangun, duduk memeluk kaki diatas katil dan mengetahui Aulia berada di window sil bilik sambil membaca buku entak aku tak tahu. “Aulia, kenapa ka-”

“Sebab kau mahu.” Jawab Aulia tanpa berpaling memandangku. Penting sangat ke buku tu dari aku hah?

“Tapi kau cakap, si Johari Adnan tu hanya membawa masalah je dan patut dijauhi. Tapi… tapi kenapa kau setuju aku keluar date dengan dia pula?” Ini kes tak puas hati ni. Aku memang tak faham dengan Minah satu ni. To much secret, to much mysterious!

Dia AKHIRNYA memandang kearahku. “Dia HANYA mendatangkan masalah kepada AKU dan aku tak nak dekat dengan dia. Kalau kau ada hati dengan mamat sengal tu, kau pi lah keluar date dengan dia kalau dia ajak. My friend, this golden opportunity only comes once on a life time.” Katanya dengan senyuman lembut tapi ada sedikit tidak puas hati tersirat didalamnya. “Aku tak nak hidup kau rosak disebabkan aku. kau jangan ikut je apa aku cakapkan ni sebab kau ada hak nak bantah. Plus, Aku sendiri takda hak untuk masuk campur dalam keputusan yang kau buat untuk hidupmu. Jadi, do what you like as long as you don’t cause trouble but no worries. Kalau kau buat hal pun… I’ll always here to protect’ya!” katanya dan gula getah dalam mulutnya dibuat belon.

Aku menghembus nafas panjang tak tahu samaada lega atau kecawa. “Kenapalah kau ni perempuan?”

Pop! Ayatku membuat dia terkejut dan memandang kearahku dengan riak wajah, well, SHOCK! “Kenapa? Kau fall kat aku ke?”

 “Eeeee! Bukanlah!” Aku melontar bantal kearah mukanya. Ish! Pandai dia tangkap! “Kau punya personality, ayat, gaya, cara bercakap, semua sama seperti JANTAN! Kalah abang-abangku di luar sana. Mereka sendiri tak pernah cakap cam tu dengan aku time aku nak masuk ke sekolah ni tau! Aku rasa seperti ada protective boyfriend kalau kau cakap cam tu!”

Aulia mengerdip beberapa kali sebelum ketawa pecah perut yang memang sengaja menuang minyak keatas api. “Ka-Kalau cam tu… Ang-Ang-”

“Ang-Ang…. Berhenti dulu ketawa baru bercakap!!” aduh! gila aku dengan minah satu ni. tak tahulah aku patut panggil dia ni Minah atau Mamat. Langsung tiada unsur kewanitaan dalam dirinya!!

“Okay-okay.”Tawa Aulia semakin redah dan dia mengelap air matanya yang mengalir akibat ketawa besar. “Aku nak cakap yang, kalau cam tu, kau anggaplah aku cam boyfriend kalau kau mahu.”

Apa? Dengan senang je kau cakap cam tu? Nak kena ma-nah(Mamat+minah) satu ni! tanganku naik keatas kepala sakali lagi ingin lempar satu lagi bantal kearah kepala hotaknya yang senget tu.

“Eeeaaaaap! Jangan lempar dulu.” Katanya sambil buat defence dengan tangan; X-man! “maksud aku, kalau kau tak suka mamat Durjana ni nanti time date korang esok dan minta kau jadi.. Err… Awek dia.” Susah sangat ke cakap ayat awek tu? “Kau boleh guna nama aku, sebagai boyfriend kau. pandai-pandailah kau cakap cam mana personalityku. Aku tak kisah sangat. Kalau dia nak bukti.” Dia mengangkat jari kelingking dan jari ibunya di telinga sambil digoyangkan. “Calling-calling.”

“Aku call kau sebelum dia cakap nak go out dengan aku lagi kalau kau nak.” Kataku dengan yakin tapi jawapan yang aku dapat dari Aulia ialah ‘Che!’ dan senyuman musykil sebelum dia kembali menumpukan perhatiannya kepada bukunya itu. ISH!! Ma-nah ni memang buat aku sakit hati tahap mandatory!

Aku baring merebahkan badanku keatas tilam yang empuk lagi selesa dan memandang kearah dartboard yang berada di tepi pintu bilik kami. Gambar ibubapa Aulia tergantung pada board tersebut dengan kesan lubang-lubang kecil yang terdapat pada gambar tersebut. Aku terus melelapkan mata dan berfikir; kenapa Aulia benci sangat dengan family dia? Tapi dia tetap kembali ke Mansion utama walaupun kebenciannya tahap Mandatory? Aku tak faham dengan kehidupan orang kaya ni….

Penuh dengan konflik, masalah yang tak ada penghujungnya dan sangat complicated. Rasanya, jadi oranng kaya pun takkan dapat kebahagiaan yang diingini juga. Kalau teruss jadi orang miskin pun sama juga penghujungnya. Menderita. Heeeeiiiii… apa patut aku buat supaya aku dan Abi dapat hidup tanpa ada konflik sebesar ini? Apa yang aku nak ialah menjadi seorang doctor yang berjaya dan menolong orang sakit untuk peluang kedua untuk hidup serta membina hidup yang lebih nyaman untuk Abi. Tak bolehke…. Aku… capai itu semua tanpa ada konflik dalam perjalanan…. Menuju.. cita-cita.. ku? Tanpa disedari, aku akhirnya dibawa arus pergi oleh mimpi.

Aku terbangun apabila terdengar alunan music piano bergema dalam bilik ini dan segera mendongak dan seperti yang aku agakkan, Aulia sedang main piano lagi. Aku tersenyum nipis melihat Aulia bermain dengan merdunya. Haaaa… alunan music yang sangat merdu, memikat hati dan sangat perfect. Tiada orang percaya yang Aulia main piano semerdu ini. Tentulah, dia kan GOD sekolah.

Tetiba, alunan music yang merdu bertukar rhythm menjadi sedikit tegang membuat bulu romaku remang dari kepalah ke hunjung kaki. Kenapa dengan Aulia ni? Dia marah ke? sebab apa?

Semua persoalanku terjawab apabila aku pandang kearah dartboard yang terdapat di tepi pintu. Mataku terbeliak bulat melihat dart-dart yang tertanam pada gambar kedua ibu bapanya dan terdapat dua dart tepat pada wajah mereka. Ya Ampun…. Adakah itu yang menyebabkan marah Aulia naik lagi?

“Spring from the four season….” Katanya setelah tamat memainkan piece yang baru dia sebut tadi. “…by Vivaldi. Sesuai ke nama ni untuk piece setragis ni? patut dia namakan.. ‘Storm’ in the four Season?” Dia berputar kearahku dengan matanya yang sayu seperti dia nak je menangis tapi tak tahu apa yang membuatkan dia untuk menahan kesedihan tu.

“Apa kau merepek ni?” Aku soal dengan nada hairan. “Setahu aku piece ni menyatakan tentang keempat-empat musim yang mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Kenapa kau kata ia tragis asalkan lagu ni terang-menderang menyatakan tentang keindahan keempat musim.” Kataku cuba membuat dia tertawa. Bolehlah…. dia beri senyuman sengihnya. Tanda joke ku diterima pakai kan? Tapi, betulke apa aku cakap pasal Four Season tu? aku main tembak je. Hehe..

Dia meletakkan sikunya pada entah apa nama tiga key diatas piano membuat bunyi yang teruk dan tangannya mencengkam rambut depannya. Terlihat riak wajahnya yang sangat desperate membuat aku tambah risau dari sebelumnya. “Aulia? Kau okay ke?”

Aulia ketawa sedekah. “Aku dah jadi gila kot? Haaaaaaa…..” dia sekarang menutup kedua matanya dengan bawah tapak tangannya dan mendongak keatas. “Aku benci….”

“Apa?” Aku tak dengar apa yang dia cakap tadi tu. terlampau slow dan lemah.

Aulia menggeleng dan menarik nafas. Dia menghembuskan nafasnya, memandangku dengan senyuman tawar. “Kau nak ke Sneak out ni malam?”

Dia ingat dengan tukar topic aku boleh lupa pasal masalah kau ke? mendengar cara kau tarik nafas tu, aku tahu kau nak menangis tapi kau tahan. “Tak, beritahu aku apa masalah kau.”

Aulia memicit-micit tulang hidungnya dan menghembus nafas mengalah. “Nothing. Just a little flick that’s all.”

“Liar.” AKu tahu dia menipu. Aulia takkan menangis dengan sendirinya tanpa ada yang orang yang berani menekan butang sensetivenya. “kau nak cakap ke tak?”

Aulia memandang kearahku dengan dagger starenya. Aku dah kata, aku takkan termakan dengan renungan maut kau tu.

Aku melihat dia mencapai jaket hitamnya dan bergerak ke tingkap bilik. Apa dia buat? oh tidak! “Kau nak sneak out lagi ke?!”

Dia memandang kearahku dengan senyuman sinisnya. “Nothing gonna stop me from doing what I want. Including you.”

TONG! Rasa seperti ayat Aulia yang terakhir tu seperti satu pukulan maut di kepala. Adakah itu bermaksud dia marah dengan aku? atau bermaksud aku tak dapat membantu situasinya walaupun dia ceritakan kepadaku?

Aku hanya melihat dia melompat keluar dari tingkap bilik turun melalui pokok yang terdapat di tepi tingkap dan pergi. Aku bergerak ke tingkap untuk melihat kelibatnya pergi didalam gelap sehingga mata ini sendiri tak dapat lihat figura mistery itu lagi.

Aku mengeluh. Aulia…. Tolong jangan buat benda teruk lagi. Perasaanku tak sedap apabila memikirkan Aulia yang keluar dengan mood seperti itu. Aku takut dia akan buat entahlah, mungkin;
  1. Pergi clubbing, mabuk, tak perasan dengan mamat mana dia balik, bangun, dan sedar dia Naked?
  2. Drifting, menang atau kalah, timbul pergaduhan dan dia dipukul teruk sampai mati dan mayatnya dibuang kedalam jurang?
  3. berjalan tanpa hala tuju dan akhirnya tertidur entah di mana aku tak tahu sampai dia sedar dah di culik.
Aaaaa…. Aulia, please be careful!

(Whooot!! angah letak one more chapter b'cuz tkut y 1# x best. letak sedikit liquid persoalan, iodin watak mistery dan serbuk suspen; gaul, gaul, gaul = cerita yang syok! so, comment! comment! comment! don't shy2 ^___^)

Comments

Popular Posts