AxerialethL SOD -Attack by the Heart-

Bab 13

                Pagi beransur ke malam dan semua anak kapal dah kembali ke bilik masing-masing untuk rehatkan mata, minda dan badan mereka. Kecuali Pole.

Pole sekarang sedang berjalan di sekitar kapal kerana ini hari ialah gilirannya untuk memeriksa kapal pada waktu malam. Pertama, kerja seperti ini tidak di perlukan sangat tapi setelah NightBlue naik ke kapal ni, mereka kena berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang situasi yang tak di ingini.

                Pole hanya pergi ke bilik-bilik penting sahaja seperti Stor-stor di Third base, dapur dan bilik kosong di Second Base dan semua bilik yang ada di First Base. Ini kerana kebanyakan barang penting ada di bahagian pertama Kapal. Ada beberapa bilik dia tak pergi di First base, iaitu Bilik Rick dan bilik peribadinya.

Ugghhh… cukup sekali dia kena marah oleh kapten mereka sebab masuk ke dalam bilik peribadinya tanpa izin. Hampir Rick lontar dia keluar dari kapal sebab tu. Oh dan dia tak boleh cakap apa-apa tentang bilik tu sebab private.

Alah… hanya gambar keluarganya dan beberapa barang budak-budak, ada juga beberapa peralatan pelik dalam tu. Mungkin bilik tu bilik yang penuh dengan kenangan Rick tak? Ye lah, gambar keluarga yang telah tiada dan juga gambar Miracle turut ada dalam bilik tu.

Heeeeiiiii….. bila lah dia nak lepaskan Miracle dan maju ke depan? Spring ada untuk dia tapi dia bagi kat Ben. Kekadang aku kasihankan juga si Rick ni, cinta pertamanya mati dan sampai sekarang masih lagi dalam dilemma.

Seseorang kena beritahu dia untuk maju ke depan tapi siapa tak kenal Rick kita satu orang tu? Kepalanya keras seperti batu!! Cam mana pun di beritahu kat mamat ni, dia takkan dengar punya. Trust me, kami semua dah cuba rayu Rick lupakan Miracle tapi tak lut juga sampai sekarang—Eh?

Langkah Pole terhenti bila dia terdengar suara-suara halus dari sebalik pintu yang baru dia limpas tadi. Dia mengambil dua langkah kebelakang, berdiri di depan pintu tersebut dan memasang telinga.

A’ah! Bunyi nya seperti…..

Remang bulu roma Pole dari leher hingga ke hujung tulang belakangnya. Mak oi!! Ada Pontianak ke dalam kapal ni?! bunyi cam orang menangis je dalam ni….

Pole ingin melarikan diri dan beritahu yang lain tapi terbatal bila logic jatuh ke kepalanya. Eh, nanti. Pernah ke orang mati dalam kapal ni? setahu aku, selama aku tinggal di kapal ni tak pernah pun orang mati. Kecuali darah kami tertumpah akibat berlawan adalah. Hmmm… mesti antara tiga perempuan dalam kapal ni sedang melayan perasaan di dalam bilik ni. tapi siapa?

Pole membuka Pintu tersebut dan melihat tangga berputar naik ke tingkat atas. “Bilik Bintang? Siapa tengah merajuk depan Zodiac dan dewa dewi sekarang ni?”

Dia masuk kedalam dengan perlahan, menjungkit kaki menuju tangga berputar itu. Tangisan halus tersebut semakin jelas kedengaran.

Siapa menangis? Manda? Taaaak… dia takkan menangis di bilik Rick, nak kena tendang dia oleh Rick ke? tapi Manda bukan jenis kuat nangis cam ni. Spring? Mungkin sebab dia tak terima kenyataan yang Rick kemungkinan akan pergi untuk selamanya tapi…. Dia tak nampak pun sesedih tu tadi pagi, dia nampak happy. Plus dia yakin sangat budak NightBlue tu akan pastikan tiada mati nanti.

Takkan NightBlue? Eiiissshh…. Minah Heartless tu takkan ada hati nak nangis punya.. Kenapa dia nak menangis? Kalau tentang time meeting, Rick tengking dia dah tentu mustahil sebab time mereka bergaduh, bertumbuk sampai muntah darah pun dia tak menangis dan ke-na-pa-a-a-a—Ah!!

Mata Pole terbeliak bulat melihat seorang perempuan bergaun tidur putih peach sedang menangis teresak-esak sambil memeluk lutut di atas kerusi rehat. Rambut panjangnya terhurai kedepan menutup semua mukanya.

“H-Ha-Han-HANTU!!!!!!!!” Pole terduduk di lantai melihat ‘makhluk halus’ yang menangis dengan cara menyeramkan itu.

Perempuan yang menangis di kerusi rehat juga terkejut dan melihat siapa yang tetiba menjerit. Air matanya mengalir lebih deras dari sebelumnya. “P-Pole…”

Mata Pole terbeliak bulat, mukanya menjadi pucat kerana ketakutan habis. “M-Miracle… K-K-kau roh t-tak aman ke?”

Miracle segera berlari kearah Pole membuat Pole menjerit ketakutan. Tapi jeritannya mati di tengah jalan bila ‘hantu Miracle’ memeluknya dengan erat sambil menangis teresak-esak di dadanya.

Eh? DIa tak tembus…. A-Aku boleh peluk dia balik… dan dia bernafas!!!

“Miracle? Kau masih Hidup??” pelbagai persoalan muncul dalam mindanya dan dia nak tanya semua tu sekarang tapi bila dengar dia menangis teresak-esak dan memeluknya dengan erat seperti nyawanya bergantung padanya, tak sampai hati Pole nak bersuara.

Half-Man, Half-women ini memeluk Miracle dan mengusap rambutnya dengan lembut. Dia selalu buat cam ni kat Miracle, dia tahu ini akan tenangkan Miracle. Dia goyangkan badannya dengan perlahan. “Shhhsshhhshhh…. It’s Okay honey, cry all you want. That’s it, let it out. Don’t hold back.” Katanya dengan nada menenangkan.

Setelah beberapa minit menenangkan budak yang menangis itu, Pole akhirnya merenggangkan pelukan mereka dan pandang wajah Miracle dengan teliti.

Woa…. Dia memang Miracle dan dia nampak matang (not to mention sexy),  badannya nampak lebih berbentuk dan langsing. Wajahnya juga makin cantik Cuma ada luka lama di bawah dagunya. That’s okay, dia tetap nampak cantik but more sexy with that scar.

“Are you alright now? Boleh bercakap ke sekarang?” Soalnya dengan lembut sambil membelai rambut Miracle.

Miracle mengangguk dan mengelap air matanya. “Ya, aku dah okay.”

“Good, care to explain to me why are you still alive? And how do you even get up here? How long even?”

Miracle menarik nafas dalam bersedia untuk beritahu kepada perempuan di depannya ini. “Aku sebenarnya dah larikan diri dari Organisasi CR tiga tahun lalu dan menyamar jadi, orang panggil aku NightBlue.”

Pole terkejut beruk. “tiga tahun? Kenapa kau tak kembali ke sini? Kau tahu kau boleh hubungi kami kan? Pasti Rick tak terseksa seperti ini.”


Terseksa? Adakah tersenyum gembira sambil bersenda tawa dengan Spring itu di panggil terseksa??

Miracle menggeleng. “Mereka memerhatikan korang dengan teliti kerana mereka tahu aku akan kembali bersama korang sebab tu aku melarikan diri jauh dari korang supaya korang selamat. Aku tak nak korang mati di sebabkan aku.” katanya dengan lemah. Segala perasaan yang di tahan di luahkan pda malam tu.

“Oh Honey, sesiapa sahaja sanggup korbankan nyawa untuk mereka sayangi. Kau tahu itu kan?”

“Ya, sebab tu Rick bertungkus lumus nak selamatkan Spring. Dia sukakan Spring.” Air Mata Miracle kembali mengalir, sakit mengetahui kenyataan itu. “Dia dah lupakan aku Pole, aku tak boleh muncul cam tu je bila mereka dah suka sama suka?”

Pole segera menggeleng dan menggenggam erat kedua tangan Miracle. “Tak! kau salah, Rick tak pernah terfikir nak jatuh hati kat Spring. Hatinya hanya untuk kau, Trust me!”

Miracle menarik tangannya dari genggaman Pole dan menutup telinga. Dia menggeleng laju menafikan ayat Pole. “Lie!! Pole stop lying already, kau selalu buat cam tu untuk sedapkan hatiku, aku takkan termakan lagi!”

Pole menyentuh bahu Miracle tapi di tepisnya. Ini buat Pole sedih, dia menipu untuk kebaikan semua. Bagaimana nak buat Miracle percayakan dia yang Rick masih cintakan Miracle?

“Honey, look at me.” Dia cuba memutar Miracle dengan lembut dan menyentuh dagunya supaya Miracle memandang Pole tepat pada mata. Dia mengelap air mata Miracle. Terlalu banyak perempuan ni tempuhi walaupun dia dah kembali ke rumahnya ni. “Jadi kau tak nak beritahu Rick tentang identity kau yang sebenarnya?”

Miracle menggeleng kecil. “Aku tak nak jadi orang tengah.”

Pole nak menjerit kat perempuan ni apa yang dia fikir adalah salah tapi dia tahan sebab Miracle takkan percayakan dia. Kepala batu betul perempuan ni, ini semua dia dapat dari Rick lah ni desis hatinya marah. Dia buat nota diri supaya pukul kepala Rick kerana jadikan Miracle seperti dia.

“Tapi mereka kena tahu juga kan? Setiap rahsia akan terbongkar jua.”

Miracle tertunduk. Kenapa dia kena tahu? Tak boleh ke Miracle menyamar jadi NightBlue dan pergi menghilangkan diri setelah misi mereka berhasil?

“Mungkin, satu hari nanti tapi bukan sekarang. Please Pole, rahsiakan perkara ni dari Rick.”

“Tapi—”Pole terdiam lihat mata merayu Miracle. Dia nampak dasperate sangat… “Baiklah. Tapi aku tak teragak beritahu kat dia kalau dia dah terlebih batasan kat kau. Okay?”

Miracle tunjuk muka tak puas hati. Kena ke beritahu dia?

“Okay?” Soal Pole lagi, sedikit tegas dari sebelumnya.

Miracle mengeluh. “Fine.”

>X<

Cam mana aku boleh stuck di sini? aku rasa menyesal beritahu Ben yang aku harap aku akan faham perasaan NightBlue semalam. Dan kenapa Nuez tersenyum seperti musang nampak makanan kat aku je ni? apa? Aku ni makanan korang ke? Mana Manda bila aku perlukan dia?

“Mana Manda?” Soalku. Ya, aku pengecut kerana minta tolong perempuan tapi hanya Manda sahaja boleh hentikan perkara mengarut ini.

“Manda tak boleh tolong kau Rick. Kami dah pastikan yang dia takkan naik ke sini untuk kacau korang.” Kata Ben dengan senyuman nakalnya. “Trust me, ini sahaja caranya untuk kau dan NightBlue berbaik.”

“Maksud dalam ayat kau ‘berbaik’ ialah ini sahaja cara untuk aku gali lubang kubur aku sendiri ke? kita dah uji kekuatan perempuan tu dan tiada siapa boleh kalahkan dia. Termasuk Manda.” Rick masih berkeras. “kalau aku cakap sesuatu teruk kat dia dah tentu dia patah-patahkan tulang aku ni.”

Nuez tertawa dengar rungutan ketua mereka. Déjà vu, mereka pernah satukan Rick dan Miracle dengan kunci mereka di dalam stor bilik satu hari dan berhasil. Mungkin dengan NightBlue juga akan berhasil kan? Tapi kena ubah sikit sebab NightBlue ni lasak sikit orangnya.

“Pole mana, Pole? jangan cakap dia tak dapat naik juga.” Sekarang Rick minta tolong dengan orang tertua dalam kapal itu.

“Oh dia adalah dalang besar dalam rancangan ni. sekarang…” Ben putar badan Rick dengan paksa dan tolak dia masuk dalam bilik Peta. Segera mereka tutup pintu itu sebelum Rick dapat melarikan.

“BEN! NUEZ!! BUKA PINTU NI!!! BUKA CEPAT!!!” jerit orang dalam sambil mengetuk—tak—menumbuk, menghentam pintu bilik dengan kuat.

Kedua lelaki ini ber’high five bila mereka berjaya mengunci lelaki itu di dalam.

Step one complete.

Miracle berada di dalam bilik tidur sedang memeriksa badannya yang penuh dengan luka lama di depan cermin panjang. Dia berseluar jeans denim pendek dan buju buka lengan turtle neck warna hitam.

Satu luka di paha kanan sebab di tikam guna pisau semasa dia berlutut di depan saintis minta maaf sebab melarikan diri, belakang betis kirinya satu luka panjang akibat melarikan diri dari lelaki yang nak kembalikan dia ke Organisasi CR. kedua tangannya terdapat beberapa calar kerana berlatih berlawan dengan….

Miracle mengeluh. Dah lama dia tak fikirkan tentang lelaki tu. “Cam mana dia sekarang ni ye?” Dia menggeleng cuba lupakan si lelaki dalam mindanya itu dan kembali pada lukanya.

Dan sekarang luka baru di lengan kiri, luka yang di berikan oleh Rick. Dia berdengus. “Now the love of my life cederakan aku. sekarang koleksi luka dah lengkap.” Katanya dengan sarkastik.

Muka marahnya berubah menjadi sedih. Setiap luka itu beri dia pengalaman baru dan mematangkan dia dalam kehidupan luar. Adakah ia akan berlaku benda yang sama terhadap Spring kalau mereka semua mati?

Dia segera menggeleng sekali lagi. Tak! dia akan buat apa sahaja supaya Spring tak hadapi apa yang dia dah hadapi selama 3 tahun ini.

BAAM!!!

“Miracle!!”

“Aahh!!” Miracle melompat terkejut bila orang serbu masuk biliknya sambil panggil nama sebenar Miracle. “Pole! kau buat aku terkejut!”

Pole menutup mulutnya. “Kau buat aku terkejut! What happen to your beautiful body?” Matanya terbeliak bulat. “Ini ke yang kau hadapi selama 3 tahun ni?”

“Pole!” jerit Miracle masih lagi geram.

“Apa?” soalnya buntu. Apa salah nya?

“setahu aku, aku dah kunci bilik aku. cam mana kau boleh masuk pula?”

Pole angkat sejenis alat yang benarkan dia masuk kedalam bilik itu separas mukanya. “Kunci pendua~~~” katanya dengan nada menyanyi

Miracle jatuh terduduk di kerusi make upnya. “Pole, kau hanya buat aku heart attack je. Apa kau nak sampai serbu bilik aku ni?”

“Oh, ya… pasal tu..” Pole menampar dahinya sendiri kerana lupa. Ini semua sebab dia shock lihat badan MANTOP Miracle. Bukan sahaja langsing bagai model tapi hot and Spicy lagi dengan semua calar balar di badannya!

“So?”

“Huh?”

“APa dia?”

“Apa dia apa?”

“Pole! sebab kau masuk bilik aku lah!” geram Miracle di buatnya dengan half-man, half-woman ini.

“Oh!” Dia terus menarik leher baju itu untuk menutup muka Miracle. “Rick dalam bahaya! Dia pengsan di bilik Peta dan bilik tu terkunci dari dalam!”

“Apa?” Miracle memandang Pole dengan cemas. “Kau serius ke ni?!” Dia terus berlari keluar dari bilik bak angin kencang dan naik ke First Base.

Manda dan Spring yang sedang menny-Peddy di Second Base terkejut mendengar hentakan kaki orang berlari di tingkat dua dan melihat Miracle lintang pukang naik ke atas. Setelah itu Mereka terlihat Pole keluar dari bilik Miracle.

“Kenapa tu?” Soal Manda kepada Pole.

“Hmm?” Pole tersenyum. “Pelaburan saham nak buang. Sebab tandas second base rosak, dia guna tandas atas.”

Spring menjungkit kening. Sampai cam tu sekali larinya? Dia mengangkat bahu tak kisah dan sambung mengecat kukunya. “warna ni cantik kan?”

Manda kembali memandang kuku Spring dan mengangguk. “Yup!”

U’huh… ini umpan mana-mana perempuan takkan tolak punya. Nuez dan Ben memang genius desis hati Pole dan naik ke First Base mengejar.

                Miracle berlari sepantas mungkin dengan perasaan takut mula menguasai diri. Apa dah jadi dengan Rick? Dia tak apa-apa ke? Banyak lagi persoalan dalam mindanya dan bila dia sampai di tingkat atas, dan melangkah ke bilik Peta, dia terus masuk ke dalam tanpa berfikir panjang.

                Dia melihat Rick berdiri memandang keluar cermin tingkap sambil membelakangkannya.

“Ricky!” Miracle segera memutar badan Rick supaya berdepan dengannya dan check setiap sudut muka dan badannya. “Apa dah jadi? Kau okay ke? cam mana kau boleh pengsan?”

Rick terkejut bila nada yang dia sangat kenali memanggil namanya ‘Ricky’ membuatkan dia fikir mimpi jadi kenyataan yang Miracle ada dalam kapal tu tapi bila dia di putar dan mengetahui yang NightBlue rupanya panggil dia, Rick nak menggertak tapi melihat wajah cemas NightBlue sambil memeriksanya membuat dia terdiam dan sentuhan lembut NightBlue pada muka dan lengannya buat dia naik merah. Kenapa dia ni?

“Err-err…. Aku okay.” Dia memegang kedua tangan NightBlue dan turunkannya dengan lembut. “Dan…” matanya terbeliak bulat melihat keadaan badan bekas Assassin itu. Mukanya terus naik merah.

Woa….. Sexynya desis hati Rick terkejut. Dia tak pernah nampak NightBlue berpakaian terbuka seperti ini dan rambutnya juga tak di sembunyikan. Dia segera menggeleng bila dia terfikir bagaimana NightBlue boleh ada di sini.

“Cam mana kau boleh masuk?” Soalnya masih memegang tangan NightBlue.

“Huh? Guna pintu lah takkan aku masuk guna tingkap.” Katanya dengan senyuman tapi Rick tak nampak tu.

Mata Rick beralih ke pintu. “Pintu?”

*Click!

Kedua mangsa keadaan ini terkejut mendengar pintu di kunci berbunyi. Mereka di kunci dari luar!!!

Miracle kembali memandang Rick dan perasan mereka masih lagi berpegangan tangan. Segera dia menarik tangannya walaupun dia dah rindui kehangatan dan kelembutan tangan Rick. “Apa dah jadi ni?” Dia guna nada marah.

Rick pula mengeluh. Kenapalah dia ada comrade macam dorang tu?? Menyusahkan betul!!

“Mereka kunci kita di sini hingga kita berbaik.” Jawabnya jujur. Takda gunanya kalau dia menipu lagi pun dia taknak buat perempuan ni marah, teruk padahnya nanti.

Mata Miracle terbeliak bulat. “Apa?” You got to be kidding me!!

Rick mengangguk meng’yakan apa sahaja dalam minda Miracle. “Yup, believe it. Mereka memang gila dari masa ke masa.”

Miracle tahu tu yang Ben dan yang lain gila tapi takkan buat benda yang sama seperti ini?? Kurung mereka? Tiada teknik lain ke lagi?

Rick juga memikir yang cara kurung dia dengan NightBlue sama seperti Miracle dahulu supaya mereka berbaik tapi… NightBlue bukan jenis wanita yang bertolak ansur. Dia tolak orang. Litterally.

Sementara di luar bilik itu, Pole sedang bersiul gembira bergerak ke Bilik Pengemudi sambil memutar-mutar kunci bilik Peta di jarinya. “So korang, langkah kedua berjaya. Teruskan ke langkah ke 3.”

Ben mengangguk setuju. “Alright M’lady, care to steer the fun?” Soalnya sambil tunduk ala-ala gentlemen.

Senyuman Pole semakin lebar. “Oh, it would me an honour dear kind sir!!”

Nuez hanya tertawa melihat gelagat dua musuh ketat ini bekerjasama. “Aku bagi warning kat Spring dan Manda dulu. Takut dorang jadi party pooper kita pula.” Nuez melangkah keluar meninggalkan dua Demon gila itu di dalam bilik pengemudi merancang master plan mereka yang tersendiri.

Kembali pada Rick dan Miracle. Mereka saling memandang satu sama lain, sedang menghadapi sedikit kesukaran dalam proses berbaik mereka. Kedua-dua enggan untuk memulakan langkah dan kedua-dua juga menunggu pihak sebelah untuk bersuara dulu. Padanlah, dari mana Miracle belajar sikap kepala batu ini? Tak lain dan tak bukan, orang di depannya juga. Rick.

Rick memandang Miracle dari atas hingga bawah, dia lihat setiap luka yang ada pada badan Miracle. Jantungnya rasa sakit melihat setiap luka itu, rasa marah dan takut menggeledak dalam dirinya tapi dia tak tahu kenapa? Dalam mindanya dia nak belasah je orang yang bagi luka tu kat NightBlue dan cari cara untuk hilangkan luka tersebut dari badan NightBlue.

TEntu dia dah jalani banyak seksaan di luar sana sehingga dia jadi begini, dia kan Eksperimen CR seperti Spring, tentu dia di buru juga. Dia tak tahu berapa lama NightBlue berlawan untuk bebaskan dirinya tapi lihat dari semua luka lama itu,It’s a lot. Sakit dada Rick melihatnya, He just wish he can kiss the pain away from her…

Eh? What the hell did he just think?? Kiss?? Bila aku jadi Perverted old man pula ni??? Rick! Dengar sini, dia bukan Miracle. Ingat tu! Jangan fikir NightBlue dan Miracle itu orang yang sama. Tapi… kalau dia Miracle… Rick takkan maafkan dirinya sendiri sebab buat Miracle terseksa seperti ini.

Rick mengeluh panjang. Gosh, nampak NightBlue je dah buat dia teringatkan Miracle hingga terfikir yang NightBlue ni Miracle. Dia kena tampar dirinya sendiri supaya dia sedar yang NightBlue tu bukan orang yang paling dia sayangi dalam dunia ni.

“Kau mengeluh kenapa?” Soal Miracle yang memeluk tubuh, juga tenggelam dalam dunianya sendiri tentang Rick tapi kembali ke dunia yang nyata bila dengar lelaki yang dia masih sayangi mengeluh.

Rick menggeleng dan meramas rambutnya. “It’s nothing. So, how do we do this?”

Miracle memeluk tubuh cuba fikirkan cara terbaik untuk berbaik dengan Rick. Apa? Rancangannya memang nak kekalkan hubungun ‘hate to death’ antara mereka walaupun ia sakit untuk menempuhinya setiap hari sebab selepas misi ni dia akan menghilangkan diri dari hidup semua orang. “How about this. Kita berpura-pura baik depan mereka tapi di belakang kita seperti biasa. Hate to death.”

Rick murung dengar ayat tu. Hate? Dia tak bencikan NightBlue, tak pernah pun dia Cuma tak suka perangai dinginnya. Jauh beza tu okay?? Plus, NightBlue betul-betul bencikan Rick ke?

“You really hate me?” soal Rick dengan perlahan.

“No.” katanya hampir berbisik. I love so much ‘till it hurt. “I despise you.”

Rick menarik nafas dalam, mindanya bermain lagi dengannya memikir yang Miracle cakap ayat tu dan bukan NightBlue. “Kenapa? Apa yang aku buat hingga kau bencikan aku?”

Miracle melangkah kebelakang bila Rick mendekatinya.  “kau tak buat apa-apa. Ia Cuma…. I-Ia..” Dia memandang kearah lain takut lihat Rick pda matanya.

Rick menangkap lengan Miracle dan menariknya dekat. Matanya menunjukkan kesakitan kerana ayat Miracle. “Cuma apa, Mira? Cuma Apa?”

Miracle terkejut memandang mata Rick. “K-kau panggil aku apa?” Dia dah tahu pasal aku ke? Sejak bila?

Rick sendiri terkejut kerana memanggil NightBlue, Miracle. Dia segera melepaskan Miracle. “Err… S-Sorry, kau teringatkan aku kat seseorang.”

Miracle mengambil langkah kebelakang. Lega dan juga kecewa pada masa yang sama. Jadi dia fikir aku ni… aku? t-tak, itu tak boleh. Tak mungkin…

“I-It’s okay…” Dia mengusap bahunya mula rasa tak selesa. Dia harap dia boleh melarikan diri sekarang ni tapi pintu tu masih terkunci.

Jadi Rick masih fikirkan dia… apa maksudnya tu? dia masih ada peluang di hati Rick? Atau hanya rasa bersalah yang tinggal dalam hati Rick? Air matanya mula mengugut Miracle untuk mengalir keluar. Dadanya mula sakit memikirkan benda rumit ini, ia sangat sakit. Sesiapa tolong keluarkan dia dari sini…

“Baiklah.”

Miracle kembali memandang Rick. “Apa?”

“Aku setuju. Kita berpura-pura berbaik dan hate each other to death.” Katanya mendatar dan hulurkan tangannya. “Deal?”

Ia sakit untuk setuju dengan perjanjian ni tapi kalau ini sahaja caranya untuk NightBlue bekerjasama dia setuju. Mungkin, masalahnya salahfaham antara NightBlue dan Miracle akan hilang kalau dia buat seperti ini. Biarlah NightBlue benci dia asalkan Rick tidak. Dia tak boleh benci perempuan ni walau seteruk mana dia belasah Rick berulang kali.

Dengan teragak-agak, Miracle mencapai tangan Rick dan mereka berjabat tangan mengikat tali perjanjian antara mereka berdua. “Deal—Woah!” Miracle jatuh kedepan kedalam dakapan Rick bila kapal tersebut mengiring dengan laju.

Rick juga hampir jatuh terbaring tapi tindakan refleksnya lebih pantas dari Miracle dan memeluk pinggang Miracle dengan erat. “W-Wha—” ayatnya terhenti bila dia lihat mata Miracle yang juga terkejut.

Muka mereka terus naik merah tahap gaban, kalah warna epal masak atas pokok. Mereka tenung wajah antara satu sama lain dengan lama, tenggelam dengan pandangan masing-masing yang memukaukan.

Rick yang pertama sedar akan kedudukan mereka bila dia fikir yang NightBlue bukan Miracle. Dia tolong perempuan itu bangun seperti biasa. “Kau okay? Apa dah jadi ni?”

Sementara di bilik pengemudi…

“Woah!!! Kapal ni boleh putar 360 darjah ke Ben?” Soal Spring dengan riang memandu kapal itu untuk pertama kali.

Yang lain hanya tertawa dengan tangan kuat memegang barang yang melekat di bilik itu. Nuez dan Pole ber’high five. Orang yang sesuai untuk buat langkah ke-3 ialah Spring. Dia paling hyper dalam babak-babak cam ni.

Ben hanya menggeleng dengan senyuman. “Boleh kalau kau nak semua barang dalam kapal ni berantakan. Oh, kau tahu tak yang putaran kapal ni sangat tajam?” Mata Spring bersinar-sinar. “Cubalah kalau nak.”

“Yeah!!”

“Ahh!” Miracle hampir jatuh terbaring tapi Rick segera memeluk pinggang Miracle dan berpegang pada meja supaya mereka berdua tak jatuh bersama.

Sekali lagi mereka stuck dalam posisi pelik tapi selesa. Muka merah sama merah dengan posisi mereka yang sangat dekat itu dan wajah mereka juga dekat. Nafas Rick di bawa lari angina bila dia lihat sepasang mata perak itu yang bersinar oleh pantulan cahaya matahari.

“A-apa dah berlaku ni?” Rick akhirnya bersuara setelah dia jumpa suaranya balik. Lord, dia boleh rasa nafas Miracle di hembus ke mukanya.

Miracle menggeleng kecil malu tahap gaban. Tangannya melekat pada dada Rick membuat mukanya lebih merah dari sebelumnya. Gosh, dadanya keras, berotot…. Eh? Apa dia fikir ni? Stop Miracle, jangan nak mengada sana!! You’ve becoming a perverted girl!

“Woa!!!!”

“Aah!!”

Kedua pasangan ini jatuh ke tepi bila Kapal itu mengiring sekali lagi, Sekarang posisi mereka lebih teruk dari sebelumnya. Rick berada di atas Miracle yang baring di bawahnya. Wajah mereka semakin dekat dari sebelumnya hingga mereka boleh rasa nafas masing-masing.

Kenapa mereka berdua asyik jatuh ke posisi pelik ni? Bukan mereka tak suka, malah mereka nak ia terus menerus cam ni tapi mereka dalam situasi yang janggal. Dekat seperti ini buat mereka nakkan sesame sendiri lebih dalam dari sebelumnya. It’s hard!!

“I-I’m sorry, Ex-c-cuse me… I-I don’t… Err—umm.. I-I—” Rick segera bangun dari Miracle dan tolong Miracle bangun dengan wajah merah tahap gaban. “I-I-I mean…. Uggghh… this is embaressing…” Rick menutup mukanya yang merah.

Miracle tertawa kecil melihat Rick tergagap-gagap seperti itu. Cute sangat! Dia menarik tangan Rick dari mukanya dan tersenyum di sebalik topengnya. “Hey, It’s okay. I’m fine.”

Rick menghembus nafas lega dan menggenggam erat tangan Miracle. “Thank goodness.”

Mereka berdua hanya tersenyum sesama sendiri  memandang tepat pada mata betapa selesanya mereka dengan pandangan masing-masing yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Pandangan mereka menghangatkan hati mereka untuk berdiri sebegitu tanpa rasa takut atau janggal hanya keselesaan dan gembira dalam diri mereka.

Tapi semua itu terhenti dalam sekelip mata bila siren kecemasan berbunyi dan kapal mereka bergegar dengan kuat. Rick segera menarik Miracle dalam pelukan melindunginya dari barang yang nak jatuh.

“Serangan?” Soal Miracle takut. Siapa menyerang mereka?

Rick mengangguk. “Samada Lanun, kapal upahan atau CR dah dapat jejak kita.”

 “CR? Oh no….”

BAMM!!


To be continued~

Comments

Post a Comment

Popular Posts