Axerialeth: SOD -Socially Awkward-

Bab 17

Miracle merenung tajam kearah Ellen. Kalau renungan satu senjata, dah lama kepala Ellen berlubang.

Ellen hanya menahan ketawanya dari terburai. Dia tahu Miracle tak sukakannya tapi it’s the rule. She has to obey.

“Aku benci peraturan di raja.” Miracle akhirnya bersuara melihat dirinya di cermin panjang. “MESTI ke aku pakai gaun ni?”

Ellen mengangguk, memandang Miracle dari atas hingga bawah yang tengah di cantikkan oleh dayang-dayang di raja. “Turn around.”

Miracle mengeluh. Dia berputar untuk Ellen. “I mean. Tak boleh ke pakaian casual? Its just dinner.”

Ellen mengangguk sekali lagi, menyandar pada sofa yang berada dalam bilik tersebut sambil memeluk tubuh. Puas hati dengan pilihan baju tersebut. “Well, My princess has to look beautiful. Kau bukan NightBlue kat Sylvianne.”

Miracle berdecis. “Fine… kita dinner kat mana?”

“Rumah tetamu. Tak nak rahsia kau terbongkar kalau mereka masuk ke istana. Tak ramai orang tahu kau sebagai NightBlue.” Jawabnya bangun dari sofa. Dia menyuruh dayang-dayang itu berhenti dari hias Miracle, dan mereka keluar mengikut arahan.

Miracle memandang Ellen dengan wajah risau. “kenapa kau tolong aku? Kau pernah kata kau takkan masuk campur dalam hal ni?”

“Hey, kau bantu kawan Experimen kau. Takkan aku nak duduk diam je?”

“Maksud aku Axeriatleth. Rahsiakan diri aku dari…” Dia menarik nafas dalam. “Rick.”

Senyuman Ellen pudar dan memegang kedua tangan Miracle seperti tangan tersebut sangat berharga baginya. “Aku taknak dia jadi penghalang. Semasa kau kembali dengan Axerialeth, aku ingatkan aku akan kehilangan kau tapi bila tahu kau sembunyikan identity kau…” Ellen tersenyum lega. “Aku ada harapan. Kau sendiri kata tadi, setelah semua ini selesai kau akan kembali kepadaku dan hilang dari kehidupan Rick buat selamanya.”

Miracle tersenyum tawar. “Aku dah janji kan, bila aku kembali ke tanah ni aku akan jadi milik kau. Apa lagi nak di ragukan?”

Ellen tertawa kecil. “And I can’t believe you really did that. Thank you.”

Miracle menggeleng. “No, thank you dan minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk kembali.”

Ellen menggeleng. “It’s okay. It’s worth to wait.”

Mereka senyum sesame sendiri dan semakin lama wajah Ellen semakin dekat dengan Miracle. Bakal puteri ini memejamkan matanya secara perlahan dan…

“I’m Sorry too.”

Kedua-dua memandang kearah suara yang baru masuk ke bilik tersebut dengan senyuman nakal sambil menyentuh dadanya.

“Glend!” marah Ellen dengan muka merah tahap gaban. “Apa aku kata pasal ketuk pintu sebelum masuk.”

Glend tertawa besar. “Kau pernah beritahu aku ke? Aku tak ingat pun.” Dia memandang kearah Miracle. “Oh my gosh, Look at my PM! Dah lama aku tak nampak kau berpakaian cam ni!” Dia memeluk Miracle dengan erat.

Ellen meramas mukanya, sakit hati. Nasib baik Glend ni kawan Miracle kalau tak dah lama dia buang perempuan ni keluar istana. “Apa kau nak Glend?”

Glend merenung tajam kearah Ellen. “Maaf sebab ganggu masa korang berlovey-dovey tapi makan malam dah nak sampai. It’s almost time to go to the Guest house, Your majesty…” dua perkataan terakhir bagaikan racun di mulut Glend. Pangkat je Raja tapi perangai buruk bebenor!

Glend mengambil sehelai kain yang ada di meja make up tersebut dan pakaikan pada muka Miracle, menutup wajahnya. “Hmm… sayangnya kena sembunyikan wajah yang penuh keajaiban ni…” Glend mengeluh. “Anyways, Miracle. Aku perlukan kau sekarang. Boleh tak singgah ke bilik aku dulu sebelum kita turun?”

Miracle mengangguk dan memandang Ellen dengan wajah simpati. “Sorry. Boleh tunggu kitorang kat bawah?”

Ellen mengeluh. “Fine. Jangan ambil masa lama sangat. Oh dan Glend, Don’t squeeze my fiancĂ© todeath. Aku hanya ada satu Miracle dalam dunia ni.”

Glend memutarkan bola matanya. “I know. Aku pun hanya ada satu Miracle. Jangan risau.” Dia terus menarik Miracle keluar dari bilik tersebut ke bangunan timur di mana bilik Glend berada.

“I want to show you something. Ia pasal permintaan kau untuk buat batu CR sebagai pelindung.” Katanya menyelongkar laci-laci di dalam biliknya yang dah sememangnya berselerak. “Mana fail tu—Ah-Hah!” Dia keluarkan fail tersebut dari laci bawah almari tersebut dan berikan kepada Glend.

“Aku dah lihat dan catat bagaimana bentuk pelindung kota Sylvianne. Ia akan berjalan dengan lancar!”

Miracle membelek-belek kajian Glend dengan senyuman yang memuaskan. “Glend… tentu penat buat semua ni kan?”

“Naaah…. Pandang ke masa hadapan sekali dua dalam masa sehari dan muntahkan isi perut aku tak lah seteruk mana pun.” Glend tertawa melihat wajah terkejut Miracle. “Jangan risau. Plan tu dah siap dan ini Blueprint dia. Aku dah upah orang untuk hasilkan Sexy machine ni. Amacam? Hebat tak aku?”

Miracle mengangguk melihat Blueprint pelindung Sylvianne di atas meja Glend. “Sangat hebat Glend! You are the best!”

Glend menggaru kepalanya yang tidak gatal rasa segan pula di puji oleh Miracle. “I just do what I can. Mira, kau tau ada price melihat masa depan kan?”

Miracle memandang Glend dan mengangguk. “Just tell me what to do Glend. Kita akan hasilkan mesin ni untuk keselamatan Sylvianne.”

Senyuman Glend pudar membuat Miracle risau. “Miracle, bila suatu ketika nanti aku sakiti hati kau atau langgar arahan kau, aku minta maaf sebab aku hanya mengikut masa depan yang aku lihat.”

Miracle tersenyum tawar. “Aku tahu Glend. Kau mengetahui masa depan aku dari diri aku sendiri.”
Glend turut tersenyum. “Dah-dah! Ketepikan plan ni dahulu. Kita ada Dinner date dengan Axerialeth!!” Dia letakkan fail tersebut di tempatnya semula dan menarik Miracle keluar dari bilik tersebut.

>X<
  
Masa berlalu dengan perlahan, lebih perlahan dari apa yang Miracle jangkakan. Semasa dia duduk di meja makan bersama yang lain. Dia dapati yang Rick kelihatan sangat suram. Sepanjang makan malam mereka, Rick banyak diamkan diri dan menjawab persoalan Ellen dengan ringkas. Dia sepertinya tidak suka duduk di meja makan itu dengan lama. Dia habiskan awal makanannya dan meminta diri tanpa menghabiskan dessertnya.

Ia sangat pelik. Apa yang buat Rick seperti itu? Dia memandang Pole dan Nuez, perasan tingkah laku pelik Rick. Mereka berdua juga mengangkat bahu tidak tahu angin malam apa tiup muka Rick sampai dia buat muka emotionless seperti itu.

“Well, it’s a wonderful dinner with all of you tapi malangnya saya kena kembali untuk selesaikan beberapa urusan. Maaf kerana tidak dapat meluangkan lebih masa dengan kamu semua.” Sahut Ellen sambil memakai coatnya semula.

Spring memegang tangan NightBlue dengan erat. “Kau pun nak pergi juga ke?”

Miracle tersenyum kecil melihat mata merayu Spring. “El, aku akan bermalam kat sini. Kau okay kan balik sendiri?”

Ellen menarik nafas manjang dan mengangguk. “Of course. Glend temankan Miracle okay?”

Glend mengangguk tanpa cakap apa-apa. Ellen menjungkit kening. Pelik sangat perempuan ni, sekejap over emotional, sekejap diam membatu. “Bagus. Good night everyone. Jumpa korang kat bengkel esok.” Dengan itu Ellen keluar dari rumah tetamu dan kembali ke istana.

“Alright Spring. Kau nak buat apa ni malam? My night is all yours.” Katanya dengan senyuman di sebalik purda nya.

“Jom pergi bilik aku? Bilik aku canti sangat! Lebih cantik dari apa yang aku bayangkan!” dia menarik-narik tangan Miracle dengan gembira.

Miracle tertawa kecil. “Okay-okay. Jom pergi.”

“Night.”

Miracle memandang kearah Pole yang memanggil. “Ya?”

Nuez memandang kearah Spring dengan senyuman. “Boleh tak kitorang pinjam NightBlue sekejap? Kami ada something nak discus.”

Spring menjadi murung. “kena sekarang ke? Alaa… Spring baru nak tunjukkan bilik Spring kat Night..”

Miracle mengusap kepala Spring dengan lembut. “Apa kata kau pergi dulu dengan Glend. Aku tahu kau ada banyak soalan nak tanya kat aku kan?” Spring mengangguk. “Glend akan jawabkan untuk aku. Kan Glend?”

Glend mengangguk dengan senyuman kecil. “Jom Spring?”

“Okay.” Jawabnya dengan sedih tapi akur. “kau akan masuk bilik aku nanti kan?”

Miracle mengangguk. “Ya. Jangan risau.”

Mereka melihat Spring hilang dari penglihatan mereka bersama Glend dan kembali pandang satu sama lain. Miracle kembali duduk di tempatnya.

Manda dan Ben saling berpandangan. Mereka confirmnya tidak di perlukan di sini. “Alright. Masa untuk aku masuk tidur.” Sahut Ben sambil menguap, bangun dan bergerak pergi meninggalkan mereka.

Manda hanya duduk untuk beberapa minit. Nampaknya mereka takkan mulakan perbincangan mereka selagi aku kat sini desis hati Manda. “Aku masuk bilik dulu.” Sahutnya penat menunggu riaksi mereka.

Sementara di bilik Spring, Experimen ini hanya duduk di atas katilnya sambil memeluk bantal yang empuk. Diamkan diri bersama Glend yang berdiri di hadapannya.

“Kau boleh duduk kalau kau nak.” Kata Spring memandang Glend untuk seketika sebelum mengalihkan perhatiannya kearah lain. Wajah Glend sekarang sangat menggerunkan. Dia Emotionless.

Glend menggeleng. “It’s okay. Aku hanya ikut perintah Puteri.”

Spring terus mendongak. “Boleh aku tanya. Kau panggil NightBlue, PM. Kalau P bermaksud Puteri… kenapa M? kan nama NightBlue mula dari N?” Spring terus tunduk bila mata mereka bertemu. Wajah Glend sangat ngeri sekarang ni!

Glend bergerak ke tepi tingkap memandang bulan malam. “M27.” Matanya bercahaya biru. “M bersamaan dengan M pada panggilan ‘PM’.” Katanya dengan nada mendatar. “M bermaksud Miracle. sama seperti kejadian yang menimpah Kota ni, aku dan Axerialeth.”

Mata Spring terbeliak melihat mata Glend. Ia bercahaya biru. Bukan seperti pantulan cahaya seperti NightBlue dan Spring miliki tapi seperti lampu suluh. Bercahaya Biru. “Kau siapa?”

Glend menutup matanya menyembunyikan cahaya tersebut. “Aku adalah hamba Puteri Miracle. Dia hidupkan aku dari batu CR.”

“H-hidupkan dari batu CR?” Spring memandang Glend yang membuka matanya semula. “Miracle boleh hidupkan orang balik ke?”

Glend menggeleng. “Tak. Aku mempunyai jantung yang lemah dan terima kasih kerana liquid CR yang mengalir dalam badan aku, ia membantu jantung aku untuk berdegup secara normal. Sepertinya PM tahu kesan sampingan kuasatu. Ia bagi aku kuasa dan aku ditugaskan untuk melihat masa hadapan.”

Masa hadapan? Seperti fortune teller? Desis hati Spring. Dia tidak tahu Miracle faham cara Kuasa CR berfungsi. Dia tak sangka yang Miracle sekuat itu.

“Kuasa aku terhad dan aku tidak lengkap tanpa Puteri Miracle. jika aku berjauhan dari dia, aku tak dapat rasakan apa-apa. Tidak mempunyai perasaan seperti robot yang menyatakan apa yang aku lihat, tapi bila aku dekat dengan PM, aku seperti manusia biasa. Ironic isn’t it? Dia kata dia perlu tahu masa depan untuk pimpin dia ke jalan yang benar. Sebab tu dia perlukan aku dan aku berhutang nyawa kat dia.”

Spring hanya diamkan diri. patutlah organisasi CR mencari Miracle, dia satu-satunya eksperimen yang Berjaya menerima dan juga memahami kuasa CR. Adakah dia lebih kuat dari apa yang Spring jangkakan? Adakah Miracle menyembunyikan potensi sebenarnya?

Spring mendongak memandang Glend. Matanya telah kembali warna hitam. “Apa kau lihat tadi?”

“Masa depan Sylvianne. Loceng berbunyi. Burung merpati putih dan PM memakai gaun putih.”

>X<

Miracle menggenggam kedua tangannya di bawah meja menahan dirinya dari cakap sesuatu yang tidak patut.

“Miracle. aku tahu kau siapa. Tell us the truth!” Pole naikkan suara sedikit. Hey! Dia kena control suara dia, dia belum buat pembedahan ubah suara lagi!

Miracle tarik nafas dalam. “There is nothing to be told. Korang boleh lihat dengan mata sendiri. Aku bertunang dengan Ellen dan akan berkahwin. Apa lagi korang nak aku cakap?”

Wajah Pole berubah. Sangat kecewa mendengar luahan Miracle. “Please… just tell me all of this a lie.”

Nuez mengeluh. “Betul ke ini keputusan kau Mi?”

Miracle mengangguk. “Besides, its good for everyone.” Miracle bangun dari tempat duduknya sebelum Nuez nak bersuara. “Aku nak pergi ke Spring sekarang. Tolong fikirkan semua ni dan terima hakikatnya.”

Pole menutup mukanya dengan keluhan. “Poor Rick.. He’ll be heartbroken once again..” Dia mendongak memandang Nuez. “See, I told you don’t give Rick any hints!”

“INi untuk kebaikan dia Pole!” balas Nuez amarah membuat Pole terdiam. First time dengar the mister slamber guy naikkan suara. “Dari Rick tahu secara mengejut, baik dia tahu sekarang dan terima hakikat ni secara perlahan. Ya, dia terluka sekali lagi tapi dia akan terima semua ni suatu hari nanti. Aku kenal Rick, dia akan buat apa sahaja untuk kebahagiaan Miracle.”

Pole terdiam buat sementara waktu memikirkan apa yang Pole katakan. Ya, Miracle adalah segalanya kepada Rick, mesti dia nak Miracle bahagia. “Mungkin kau betul.”

>X<

Tak… tersangat salah

Rick yang menghilangkan diri sejak makan malam itu berada di dalam bilik yang gelap. Dia duduk di penjuru bilik dengan segelas air keras di tangannya. Dia tundukkan diri menyembunyikan mukanya di sebalik kedua tangannya yang bersimpul atas lutut. Air mata jatuh membasahi lantai bilik tersebut dan tangisan kecil kedengaran.

>X<

Spring tersenyum melihat Miracle masuk kedalam bilik tapi senyumannya pudar bila dia lihat wajah muram Miracle.

“Night, kau okay ke?”

Miracle menggeleng sambil tersenyum tawar. “Yea. I’m okay.” Dia naik atas katil Spring dan baring di sebelahnya. “Aku hanya mengantuk.”

Spring tertawa kecil dan turut baring, memeluk Miracle dengan erat. “I know something awesome today.” Sahutnya dengan gembira.

Glend bergerak ke pintu bilik, mematikan lampu sebelum keluar dari bilik itu.

“Apa dia?” Soal Miracle turut memeluk Spring dengan dagu di rehatkan di atas kepala Spring.

“Kau buat Glend. Kau memang kuat M27. Aku pasti kita boleh kalahkan Zeloid.”

Miracle tertawa paksa. Dia mendengar Spring tapi mindanya melayang ke Rick. “Really?”

Spring mengangguk. “Dan nama kau. Miracle, sama seperti nama Member Axerialeth dahulu. Siapa bagi nama tu kat kau?”

Mata Miracle terbeliak bulat. Adakah Glend beritahu Spring perkara sebenar? Yang dia Miracle? “L-Lelaki yang aku cintai yang bagi nama tu…”

“Tak sangka kan? Tapi kau sesuai nama Miracle, M27. Putera Ellen pandai bagi kau nama. Kau bawa keajaiban kepada semua orang.” Katanya dengan mata yang makin berat.

Air mata Miracle mula bertakung mendengar ayat Spring. Kau bawa keajaiban ke dalam kapal ni. You are my Miracle.

Miracle memeluk Spring dengan lebih erat menyembunyikan air matanya dari Spring. Tiada siapa tahu betapa dia rindukan Rick. Dia tidak pernah cintakan lelaki lain selain Rick. Dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Masa depannya bersama Ellen. Dia tak boleh ubah masa depan itu.

Sementara di luar pintu bilik itu, Mata Glend bercahaya sekali lagi melihat masa depan Miracle.

Miracle berada di dalam bangunan terbakar dengan seorang lelaki. Miracle mengacuhkan senjatanya kearah lelaki tersebut. “I die… you die with me.”

Glend menarik nafas dalam dan tercungap-cungap. Dia memandang Kearah pintu bilik tersebut dengan wajah horror. Masa depan Miracle berubah sekali lagi. Ini dah ketiga kali Dia lihat Masa Depan Miracle yang mempunyai kesudahan yang berlainan.

PM akan mati desis hatinya risau.

(A/N: Dun~ Dun~ Dun~~ hahahaha XD)

2 comments: