Axerialeth: SOD -Loved to the core-
Bab 24
Miracle dan Rick
berada di bilik enjin pada awal pagi sebelum mereka berangkat untuk memulakan
misi mereka. Miracle sedang menerangkan cara menghidupkan Invisibility kapal
Axerialeth itu.
“Hidupkan
Supernova seperti biasa tapi sebelum Supernova janakan kuasanya sepenuhnya,
tarik benda ni ke bawah. It turn on Invisibility instead of Supernova.” Katanya
dengan nada mendatar tanpa memandang wajah Rick. “Understand?”
“Tarik ladder ni
sebelum Supernova active? Sempat ke?” Soal Rick, juga tidak memandang Miracle.
Suasana dalam
bilik Enjin itu sangat mengjanggalkan bagi mereka berdua. Ia buat mereka susah
nak duduk diam tapi mereka cuba elakkan rasa tidak selesa itu sebaik yang
mungkin. Sekarang bukan masa untuk melayan perasaan.
Miracle
mengangguk. “Sempat. Aku dah lambatkan pengaktifan Supernova lebih tiga saat.
Jadi, sebaik sahaja kau putar kunci tu, terus tekan butang ni.” Miracle menarik
nafas dalam mencari apa lagi yang Rick patut tahu tentang mesin terbaru itu. “I
think that’s all. Aku kena pergi dulu.” Katanya mengambil beg belakangnya dan
memakai topeng.
“Kenapa kau kena
pakai topeng?” Soal Rick akhirnya memandang kearah Miracle. “Semua orang tahu
tentang kau. Kenapa masih lagi menyamar?”
Miracle
berpaling memandang Rick. “Aku bukan menyamar dari korang. Aku menyamar dari
Ellen.”
“Ellen?” Nama
itu bagai racun bagi Rick.
Miracle
mengangguk. “Dia masih tak tahu yang rahsia aku terbongkar.” Dia tersenyum di
sebalik topengnya. “Hanya sehari ni. Selepas itu semuanya akan berakhir.”
Mata Rick
mengekori Miracle bergerak turun dari bilik tersebut dan mengeluh panjang
setelah figura perempuan itu hilang di pandangan mata.
Damn…. It’s hard
to comfront her after that kiss…” Dia menutup mulutnya dengan muka yang merah
tahap gaban. Dia jatuh mencangkung di sebelah mesin itu. “Arrggghhh… Stupid
love sickness.”
Miracle keluar
dari Axerialeth di mana crew Axerialeth bersama dengan Ellen sedang berbincang
sebelum bertolak.
“Ia ambil masa
seminggu untuk ke seberang dunia. Kalau pakai Supernova mungkin boleh sampai
dalam masa lima ke enam jam—” Ayat Ellen terhenti bila dia perasan Miracle
keluar dari kapal tersebut. Dia melambai kearah Tunangnya.
Miracle membalas
lambaian itu dan berjalan kearah mereka. Langkahnya terhenti bila dia lihat
Glend juga bersama mereka. Dia terus berlari kearah Glend dan memeluknya dengan
erat. “Thank goodness kau okay.” Dia memandang Glend dan memeriksa mukanya.
“kau okay kan? Beritahu aku kau okay.”
Glend tertawa
kecil dan mengangguk. “Ya aku okay. vision aku semalam agak kuat dari yang lain
sampai ia menggangu minda aku but don’t worry. Everythings fine.” I hope so
desis hatinya memandang kearah Spring yang rancak bercerita dengan Manda.
Miracle
menghembus nafas lega. “Baguslah. Dan Glend… aku nak tanya kau sesuatu.” Dia
menarik Glend jauh dari mereka semua sebelum bersuara. “Tell me my future.”
Glend agak terkejut
mendengar permintaan Miracle. “Tapi bukannya kau kata kau tak nak tahu ke pasal
masa depan kau?”
“I know what I
said tapi….” Dia mendongak memandang bilik pengemudi Axerialeth dan terlihat
Rick sedang sibuk memeriksa kapalnya. Dia mula rasa resah, dia tak tahu nak
buat apa selepas kejadian malam tersebut. “Please tell me atleast a hint?
Adakah misi ini akan Berjaya?”
GLend mengangguk
kecil. “Y-Ya… ia akan Berjaya.”
“Rick? Ellen?
Mereka akan mati ke?”
Glend hanya
terdiam. “Aku tak boleh bocorkan masa hadapan.” Dia memegang kedua-dua tangan
Miracle. “Tapi apa yang aku harus katakan ialah tolong… sentiasa berjaga-jaga
time misi tu.” Dia memandang sejenak kearah sekumpulan rakan mereka. “Jangan
percayakan sesiapa pun.”
Miracle tertawa
kecil faham maksud Glend. “Aku dalam Axerialeth. Dah tentu aku selamat.”
Itu yang aku
risaukan. Kau tinggal di dalam kapal tu pun kau dalam bahaya desis hatinya
risau. “Ya. But just be elert by your surrounding. Kau takkan tahu apa yang
akan berlaku nanti.”
Miracle
tersenyum kecil dan mengangguk. Something will happen in the ship? Tapi kalau
misi tu Berjaya dah tentu Miracle boleh atasinya. “Okay. noted.”
“Miracle! Glend!
Come here you two!” Pole melambai memanggil mereka untuk datang.
Mereka berdua
berlari semula kepada mereka dan misi mereka bakal bermula tidak lama lagi.
“Baiklah semua,
kembali ke kapal masing-masing! Kita akan bergerak dalam masa kurang 10 minit!” Suara Ellen bergema di dataran bawah tanah itu dan semua orang-orang Ellen
berlari masuk kedalam kapal mereka.
“Attention all crew. Kapal Sylvie-01 bersedia untuk
berlepas.”
“Attention all crew. Kapal Nibula-Ex bersedia untuk
berlepas. Tuanku, sila kembali ke kapal untuk memberi arahan sterusnya.”
“See you all
back here.” Dia salute kepada anak kapal Axerialeth dan berputar kearah
kapalnya.
“Ellen..”
Ellen berpaling
memandang Miracle dan tersenyum. “I almost forgot.” Dia memeluk pinggang dan
mendekatkan wajahnya dengan Miracle membuat bakal isterinya memejam mata. Ellen
tertawa kecil. Dia mencium dahi Miracle.
“What
the—Ellen!” Dia memukul bahu lelaki itu, geram. “Stupid.”
Ellen tertawa
besar dan mencuit hidung Miracle. “I save it for the wedding.” Katanya sambil
mengenyit mata. “Come home safe okay? aku perlukan permaisuriku masa hari
perkahwinan kita nanti. Oh dan no funny bussines. Got that?”
Miracle hanya
mencebik rasa bersalah kepada Ellen. “Kau pun. Hati-hati.”
Ellen
mengangguk. Dia melepaskan Miracle dan bergerak semula kearah kapalnya.
“Ladies, half-ladies and gentlemen. Sila masuk ke
dalam Axerialeth sekarang sebab captain kita dah tak sabar untuk KICK ZELOID
ASS OFF!”
Miracle hanya
tersenyum mendengar Ben mencarut di bilik pengemudi. Dia tidak bergerak dari
kedudukannya hanya melihat Axerialeth bersedia untuk terbang keluar dari
bengkel itu.
“Puteri Miracle,
Puteri tak join sekali ke?” Soal salah seorang pekerja yang bertanggungjawab
atas mengendali perlepasan kapal-kapal tersebut.
“I just need to
check on something.” Kata Miracle matanya tidak lepas pada kipas kapal
Axerialeth.
Ben yang berada
di dalam kapal menjungkit kening, hairan melihat Miracle masih di dataran.
“Errr Captain..” Ben memanggil Rick tanpa matanya berganjak dari Miracle.
“Miracle tak join kita sekali ke?”
“Apa?” Dia
berhenti dari kerjanya dan berdiri di sebelah Ben. Jelas dia lihat Miracle
berdiri di tepi kapal tidak bergerak atau berlari kearah kapal tersebut. “What
is she doing?”
Miracle melihat
satu persatu kapal kepunyaan Sylvianne berlepas dan akhir sekali Axerialeth
yang masih lagi menunggu masa untuk berlepas.
“Puteri, adakah
Tuanku akan ikut mereka sekali?” Soal pekerja tersebut sekali lagi bersedia
menarik ladder untuk mendorong kapal itu berlepas dalam kelajuan 200km/h dalam
masa 5 saat.
“Just pull it.”
Arahnya tanpa mata terlepas dari kipas kapal tersebut. harap Invisibility tak
kacau proses perlepasan Axerialeth desis hatinya mula risau melihat kipas itu
mula bergegar bila pekerja tersebut menarik ladder tersebut.
Mata Ben
terbeliak bila kapal mereka mula nak berlepas. “Dia serius tak ikut!—What?
Rick, kau tak risau ke?!”
Rick hanya
memandang Miracle dengan senyap. Dia tak kisah kalau Miracle tak ikut, malah
dia lagi suka kalau dia tak ikut sekali dalam misi merbahaya ni tapi… Miracle
takkan duduk diam kalau dia menunggu kepulangan mereka yang tak terjamin.
“Kamu akan berlepas
dari 5…. 4…..”
Ben menghidupkan
Speaker kapalnya dan menjerit; “Miracle! get your butt in here now!”
Bekas assassin
itu hanya tertawa dan menghalau mereka guna tangannya membuat Ben terngangah
habis. “That crazy Woman…”
“3…”
Rick juga
tertawa membuat Ben memandang captain mereka dengan wajah terkejut beruk. “You
too??”
“Siapa boleh
masuk kalau kita dah nak berlepas?”
“2…”
Spring memandang
kearah dinding kaca di second base memandang pintu keluar yang mula terbuka
luas untuk mereka. “Mana Miracle?”
“1!”
Pekerja itu
menekan butang ‘GO’ dan kelajuan Axerialeth meningkat mendadak. Kapal itu terus
berlepas keluar dari dataran bawah tanah itu.
Miracle
tersenyum puas. “Invisibility is a success.”
“Apa?”
Miracle
tersenyum manis kearah pekerjanya dan hilang dari pandangan. Pekerja-pekerja
tersebut terngangah. Dia dah lenyap?
“DAMN THAT
GIRL?! Siapa nak bawa dua lagi kapal Ellen dalam Supernova?!” Ben meletup
memukul steering kapal itu.
“Ehermm… kau
betul-betul fikir ke aku akan tinggalkan misi ni kat tangan korang?” Ben dan
Rick berputar kearah Miracle yang menyandar pada bingkai pintu sambil memeluk
tubuh.
Kedua lelaki itu
tersenyum lega. “You give me a heart attack. Don’t ever do that again.” Ben
beri amaran.
Miracle hanya
menarik sengih. “Move aside. Rick, bukannya kau sepatutnya berada di bilik
enjin ke? Bersedia untuk hidupkan Supernova.”
Rick mengangguk
dan keluar dari bilik tersebut. Ben tersenyum nakal kearah Miracle. “Hmmm…
nampaknya assassin misteri kita dah Berjaya jinakkan harimau terhebat
Axerialeth. How do you do that?”
Miracle
menjeling kearah Ben. “Tak lawak Ben. The wedding still on and nothing change.”
“What? How about
that kiss?” Soal Ben terperanjat. “You have—”
“Kau mengintai?”
Miracle menggeleng dan menghembus nafas panjang. “Itu takda maksud apa-apa Ben.
Ciuman tu hanya untuk malam tu sahaja. Sekarang ia takda apa-apa.” Dia segera
menekan butang radio dan bersuara sebelum Ben nak menjerit. “Attention
Sylvie-05 dan Sylvie-06. In your position.”
“kau menyesal
dengan ciuman tu kan?”
“Attention all crew.. supernova akan di hidupkan dalam
kiraan 5…4…”
Mata Miracle
bercahaya menggunakan kuasanya untuk tingkatkan kekuatan Supernova dan
pindahkan ke dua lagi kapal di belakang mereka.
“3...2…”
“Oh dan Ben… I
never regret that kiss.”
“1.”
Ketiga-tiga kapal
itu bercahaya dan terbang kelajuan cahaya ke destinasi mereka.
Glend dapat
merasakan kuasa Miracle makin hilang dari tempat itu dan memandang Ellen.
“Mereka dah bergerak. Dalam masa 6 jam mereka akan tiba di Base CR.”
Ellen mengangguk
tanda faham. “baiklah Captain. Bawa kami semua ke Bandar Chonxier.”
“mengikut
perintah Tuanku.” Kata Captain itu dan membawa kapal tersebut ke utara di mana
destinasi mereka berada.
>X<
Zeloid sedang
memerhatikan para saintis terbaiknya sedang membuat ujikaji keatas satu-satunya
experiment kebanggaannya yang tinggal. LK54 berada di dalam sebuah tube yang
penuh dengan air CR. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat banyak
wayar melekat pada kepalanya, lengan, badan dan kakinya.
Kali ini P.A
Zeloid tiada di sisinya kerana dia telah arahkan perempuan itu pergi ke sesuatu
tempat untuk memudahkan Zeloid menyelesaikan dua kerja dalam satu masa.
“Bagaimana
perkembangan LK54?” Soal Zeloid kepada ketua saintis pada experiment itu.
“Nampaknya
badannya telah menerima CR-L yang pernah di berikan oleh K012. Ia satu
keajaiban productive experiment dapat terima satu lagi kebolehan.”
Zeloid tersenyum
sinis. Dia tahu kenapa LK54 berjaya menerima kuasa terbarunya. Ia di sebabkan
perasaan dendam terhadap rakan-rakannya sendiri dan perasaan itu akan di
gunakan untuk menghapuskan saudaranya yang telah membelot mereka. “Rupanya LK54
mempunyai kelebihan yang istimewa selama ni. Macam mana pula dengan K012?”
Ketua saintis
itu terdiam semula sebelum bersuara. “Kita tak jamin jika dia akan Berjaya
seperti M27. Keberangkaliannya ialah 30/70.”
Zeloid tertawa
mendengar kerisauan saintis tua di sebelahnya. “Jangan risau. Catat misi
untuknya dah cukup untuk bangkai Experiment tu. Kita bukan Berjaya membina M27.
Kita gagal. Gagal membentuk sebuah experiment yang sempurna.” Katanya dengan
nada marah. “Pastikan experiment bersedia untuk berlawan. Suntikkan CR dalam
badan mereka lebih cepat dari sebelumnya.”
Saintis tersebut
mengangguk tanda faham. “Baiklah tapi—maafkan saya jika saya melampaui persoalan
saya tapi—kenapa?”
Zeloid tersenyum
sinis bila lihat LK54 mula membuka matanya secara perlahan. “There will be a
war. Siblings War.”
(A/N: PERANG AKAN MULA!!!!! Mwahahahahaha! Let see siapa akan mati. sebab setiap peperangan pasti ada yang terkorban (9_9)/ )
(A/N: PERANG AKAN MULA!!!!! Mwahahahahaha! Let see siapa akan mati. sebab setiap peperangan pasti ada yang terkorban (9_9)/ )
[Previous] | [MiT] | [Next]
Comments
Post a Comment