Axerialeth: SOD -Now or Never-
Bab 25
Terdapat satu
pengawalan ketat dalam Base CR yang berada di tengah-tengah pulau yang tidak
bernama. Empat menara di setiap penjuru pangkalan tersebut di mana ia sentiasa
memantau kawasan itu dengan ketat.
Pengawal yang
terlatih mengawal di setiap empat menara. Bukan di situ sahaja, malah di dalam
kawasan pangakalan tersebut juga terdapat lebih sedozen pengawal terlatih.
Tidak di kira lagi pengawal di dalam bangunan pangkalan tersebut. Terdapat tiga
bangunan. Bangunan yang terletak di bahagian tenggara kawasan tersebut yang
kelihatan seperti menara api. Ia berfungsi sebagai Watch Tower. Jumlah pengawal
di menara tersebut sama banyak dengan bangunan utama kerana terdapat
bahan-bahan penting di dalam menara tersebut. Seperti alat alchemist dan fail
sulit yang tersimpan rapi dan tidak boleh di keluarkan ke dunia.
Menara kedua
terletak di selatan ialah bangunan seperti sebuah gudang besar. Ia berfungsi
sebagai menyimpan bahan api dan mentah. Segala nyawa dan kekuatan Pangkalan
tersebut di letakkan di gudang tersebut. Pengawalnya tersangat ketat kerana
bukan sahaja mempunyai sejumlah pengawal yang berpengalaman malah CCTV dan
technology keselamatan gudang tersebut terlalu canggih dari menara api.
Bangunan ketiga
ialah bangunan utama yang terletak di tengah-tengah kawasan pangkalan CR. Ia
kelihatan seperti bangunan biasa yang besar. Namun, tempat itu ialah tempat
yang paling berharga di atas pulau itu. Di situlah terletak segala-galanya.
Main system, experiment, saintis, dan yang lebih penting ialah batu CR yang
tersembunyi di hati bangunan itu.
Di bilik CCTV di
dalam bangunan Utama, terdapa tiga pengawal yang di tugaskan untuk melihat
keadaan setiap sudut Pangkalan itu tanpa henti. Namun, tanpa mereka sedari, ada
beberapa CCTV telah di hack oleh seorang lelaki yang berada di dalam kapal
halimunan membenarkan mereka memanjat setiap menara pangkalan itu dengan mudah
dan membunuh pengawal itu tanpa di lihat dari screen CCTV.
Si pembunuh itu
terus mengambil tempat pengawal itu dengan mengaluhkan lampu itu dari menyuluh
ke atas bangunan utama Base CR itu.
Setelah mendapat
signal empat lampu itu bersilang, Kapal halimunan terbang dengan perlahan ke
atas bangunan dan anak kapal Axerialeth dengan kumpulan mereka tersendiri turun
dengan selamat.
“Rick, do you
hear me? Manda? Pole? Ben? Korang dengar tak?” Soal Nuez yang berada di bilik
peta bertanggungjawab dalam pandu mereka ke mana harus mereka pergi. Terdapat
gambar holo ketiga-tiga bangunan di Base CR itu di hadapannya yang mempunyai
titik-titik merah di mana Pole dan pasukannya harus tanamkan bom. Bilik
bercahaya kuning pula di mana terletaknya mangsa experiment di letakkan untuk
Rick dan Manda lepaskan. Manakala warna jingga pula bilik di mana system utama
Base itu di letakkan untuk Ben ke tempat itu.
“Roger.” Sahut Rick.
“loud and clear.” Balas
Pole dan manda serentak.
“Lets get the show started.” Balas Ben pula sambil menggosok-gosok tangannya.
“Miracle?
Spring… kamu macam mana?”
Miracle yang ada
di bilik pengemudi bersama Spring menekan butang mikrofon. “Semuanya baik.”
Setelah mendapat
pengesahan dari semua crewnya dia, jarinya rancak menaip untuk hack bangunan
itu. “Alright everyone… korang ada 20 minit untuk culik pekerja di sana dan
menyamar. Ben, I’m counting on you. Cucuk thumbrdrive tu di main system kalau
tak misi kita gagal.”
“Don’t worry.”
Sahut Ben dengan senyuman nakal. “Trust me on this.”
Aku percayakan
kau tapi perangai kau tu aku tak percayakan desis hati Nuez risau. “Alright.
Bergerak!”
Mereka terus
bergerak masuk ke dalam bangunan itu. Ben berada di hadapan mereka kerana
menurut Nuez, ada seorang pengawal bereda di tangga kecemasan. Sepertinya di
perkatakan, pengawal tersebut sedang menaiki tangga dan Ben mengambil
kesempatan ini untuk melompat keatas pengawal tersebut membuat si pengawal itu
pitam.
“Nice one Ben.”
Puji Rick.
Ben mengenyit
mata sambil membuka baju pengawal itu. Dia menarik mangsanya ke bawah camera
CCTV supaya bila CCTV tersebut kembali berfungsi, mereka takkan nampak pengawal
tersebut.
“alright,
sekarang untuk dapatkan costume untuk Manda pula. Tunggu sini.” Katanya keluar
dari tangga kecemasan itu.
Mereka bertiga
berdiam diri sambil mata meninjau bilik tersebut dan Rick sempat bersiul.
Matanya turun ke beg hitam dalam tangan Pole. “kau pasti ke kau hafal laluan
letak bom tu semua?”
Pole mengangguk
dan mengenyit mata bersama Manda. “Don’t worry, team aku dah bersedia nak masuk
dua bangunan tu, tinggal tunggu Ben cucuk thumbdrive to je.”
Pintu kecemasan
itu di buka dengan kasar mengejutkan mereka bertiga dan hampir bertindak kerana
Ben membuka pintu menggunakan kakinya.
“Dude! Kau
hampir buat aku lemah jantung!” bisik Manda mengurut-urut dadanya. Dia melihat seorang
saintis perempuan dengan name tag ketua saintis pada bajunya dalam dakapan Ben,
tida sedarkan diri. “Wow good work.”
Ben menunjukkan
suntik di tangannya dengan senyuman nakal. “Works like a charm. Thanks Pole.”
Manda segera
memakai coat lab perempuan itu dan letakkan mangsa itu seperti mana mereka
letak pengawal tersebut.
“Ben kau ada 12
minit ke main base. Hati-hati.” Sahut Rick sebelum Ben keluar meninggalkan
mereka.
Pole mendongak
memandang corong udara dan mengeluh. “Well Rick, masa untuk merangkak masuk.”
Rick mengangguk
dan mereka berdua naik ke bumbung menunggu signal dari Nuez untuk langkah
seterusnya.
Manda dan Ben
pula bergerak masuk ke dalam bangunan dan terus ke tempat security check.
Device yang mengesahkan mereka adalah staff dalam bangunan itu. Ben sebagai
pengawal bergerak dahulu dan berdiri sebelah salah satu device access staff dan
memberi signal kepada Manda untuk bergerak mendekatinya.
Manda slide kad
mereka pada device yang menjadi access untuk mereka masuk ke dalam makmal itu.
Wajah dan nama mereka di sebut oleh mesin access itu. Ben melihat ID card
tersebut mempunyai gambar berbeza dari Manda.
“Selamat kembali
Cik Steward.” Sahut Ben bila satu lagi pengawal ingin melihat wajah card ID
Manda.
“Shut up. Budak
baru ke ni?” Soal manda dengan nada menjengkelkan sambil menuding kearah Ben.
Pengawal itu
memandang wajah Ben untuk seketika sebelum mengangguk. “Saya tak tahu. Saya tak
pernah nampak dia kat bahagian ni.”
Manda berdecis
memandang Ben. “Heh, ID kau mana?”
Ben berpura-pura
takut dan berikan ID nya kepada Manda.
“Yup budak
baru.” Katanya dan masukkan card ID Ben dalam poketnya. “Kamu ikut aku sekarang
juga.” Katanya dengan nada menggerunkan dan tanpa banyak bantahan Ben
mengekorinya. Beberapa pengawal yang menjaga bahagian itu hanya memandang
mereka bergerak pergi.
Ben sempat
dengar yang dia mengalami masalah besar sebab buat ketua saintis yang sadis itu
sakit hati. Lelaki itu mendekatkan dirinya pada Manda. “Macam mana kau tahu
ketua saintis ganas hah?”
“Easy…. Nampak
dari IDnya dah tahu dia garang dan kalau dia tak garang dah tentu mereka ingat
aku ni tengah PMS.”
Ben menggeleng
sambil pandang atas. “Kau cuba nasib ke?”
Manda mengenyit
mata. “dan nasib menyebelahiku. Dah ambil ni.” Dia berikan semula ID card
kepada Ben. “Kau tahu jalan nak ke tempat tu kan?”
“Dah tentu. See
you when I see you.” Dia terus meninggalkan Manda dan mereka berjalan
bertentangan arah memulakan misi mereka itu.
“Nu, kami
Berjaya masuk. Give me the map.”
Nuez mengeluh panjang. “Aku dah agak kau akan tanya.
Okay… kau terus je sehingga kau jumpa lorong yang ada sign, ‘Classification
Wing’ masuk ke lorong tu, kau selamat kat sana sebab tak ramai sangat orang
tapi hati-hati, pastikan kau tak kantoi sebab tempat tu ialah restricted area,
pengawal pun tak boleh masuk. Kau akan jumpa bilik main system bila kau kat
hujung laluan tu Dan hati-hati dengan CCTV.”
“Kau boleh kawal
CCTV kat bahagian ni ke?”
“Dalam masa 5 ke 8 minit.”
Ben bersembunyi
di sebalik dinding bila dua saintis lalu di lorong itu dan mengintai memastikan
jalan sudah kosong. “Aku di depan bilik main system. Masalahnya ialah aku tak
boleh masuk ke dalam, sebab ada awek cun dalam tu.” Terukir senyuman nakal bila
Ben dapat idea macam mana nak alih perhatian saintis itu. “Give me 5 minutes.”
Ben masuk ke dalam bilik itu secara slamber dan terus menarik pinggang saintis
tersebut.
“Hey babe.”
Tanpa memberi peluang kepada saintis itu dia dah serang bibir perempuan itu.
Nuez meramas
mukanya bila dia dengar something inappropriate datang dari speaker Ben. “Damn
you Ben…. Kalau yang lain dengar ni dah tentu masak kau.”
Cahaya hijau
keluar dari holo-screen Nuez membuat dia tersenyum puas. “Yes! Ben dah masuk!”
Ben yang sedang
menikmati kerjanya Berjaya menyucuk thumbdrive itu time dia sedang seronok make
out dengan saintis itu. Dia mengangkat kening double jerk kepada perempuan itu.
“Au rivour!” Dia terus menyucuk leher perempuan itu dengan suntik paralyse
Pole.
“Attention kumpulan mengebom! Aku dah dapat kawal
tempat ni! Bom recruite 1 and 2… in your position!” sahut Nuez kepada anak
kapal sementara dan mereka terus bertindak seperti yang di arahkan.
Mereka keluar
dari tempat persembunyian mereka dan memanjat pagar berduri itu. Mereka
mendarat atas tanah tanpa membunyikan alarm Base tersebut. Ada juga yang turun
dari udara kerana sekeliling bangunan itu di kawal ketat.
Nuez melihat
mereka semua berada di posisi mereka dan bersuara; “Go set the bom and get out
of there as soon as possible.”
“Roger”
“Rick? Pole?
Korang masuk kedalam corong udara yang ada di atas bumbung tu dan pergi ke
bahagian selatan bangunan. Di sana mereka letak semua mangsa tangguhan dan
baru. Setelah mereka keluar, korang pasang bom kat situ. Pole, kau pergi ke
Office tingkat 5 pula. Di sana staff saintis dan pakguard di letakkan. Tingkat
lain dah kena cover oleh yang lain.”
“Alright.” Jawab
mereka serentak.
Rick menghancur
penutup corong udara itu dengan sejenis alat pemotong lasser dan menendangnya
membuat bulatan besar untuk mereka terjun masuk kedalam corong itu dan mengikut
peta yang Nuez bagi ke tempat yang mereka patut pergi.
Nuez pula rancak
menutup security system yang ada di bangunan tersebut satu persatu. Dia juga
dapat hack carema keselamatan bangunan itu membenarkan dia lihat gerak geri
rakannya. Dia melihat Pole turun dari siling. Dia mula rasa cemas. Kenapa Pole
keluar ke laluan besar tu?! Dia nak kena kantoi ke?!!! Siot ah Pole!
Pole memandang
ke kiri dan kekanan. Dia tersenyum nakal Kearah CCTV yang berdekatan dengannya.
Nuez menarik
rambutnya cuba tahan diri dari menjadi gila atau kena Heart attack. Dia tak
faham kenapa Pole berada di laluan itu dan bukan berada dalam bilik experiment.
Ia hanya beberapa meter jauh dari laluan tu! Kenapa nak turun kat situ pulak??
Dia melihat Pole
masuk ke dalam bilik berdekatan iaitu bilik security. Nuez mencapai tuala yang
menyandar pada kepala kerusinya dan memulas tuala itu seperti memulas leher
Pole. Dia masuk ke sana buat apa pulak????
Nuez menunggu
selama 3 minit sehingga Pole keluar dari bilik tersebut sambil mengelap
mulutnya. Di tangannya yang sebelah pula ialah kunci di putar-putar pada
jarinya. Dengan slambernya dia berjalan ke pintu bilik experiment itu.
Pakar Engineer
kita ini menarik nafas dalam dan menutup mulutnya guna tuala, menjerit sekuat
hati melihat Pole sempat mengenyit mata kearahnya sebelum masuk ke dalam bilik
itu. Damn that Transexual!!!
Pole masuk
kedalam bilik experiment itu dan perasan ada banyak bilik kaca dan setiap bilik
mempunyai satu mangsa. Melihat dari keadaan mereka semua, Pole tak dapat
bayangkan kehidupan mereka yang terseksa dalam bangunan itu. “Good Heavens of
Valhalla…”
Dia segera naik
ke tingkat teratas bilik bertingkat itu dan membuka corong udara untuk Rick
masuk. “Sorry lambat.”
Rick menggeleng.
“It’s okay. aku tak sangka mereka pakai heat resistance iron. Anyways…” mereka
mula bergerak turun semula ke main system yang mengawal semua bilik-bilik
experiment itu. “Cam mana kau dapat kunci?”
Pole hanya
tersenyum yang membawa seribu makna dan tekan ear communicatornya. “Nuez, we
are in. Tell us what to do.”
Nuez menarik
nafas dalam tahan diri dari menjerit di telinga Pole. “kau rendahkan shield
receptor mereka dan putar button yang warna hitam tu. Ia akan deactivekan penghalang
CR secara perlahan dan lepas tu tekan butang tu untuk permenant deactivated.”
“Kenapa tak
tekan je?” Soal Pole.
“Sebab kalau
terus matikan, security alarm akan berbunyi tanda ada kerosakan dalam bilik ni.
Nanti kita akan terkantoi oleh mereka.” Jawab Rick memutar butang itu dengan
perlahan. “Kita kena selamatkan mereka semua sebelum bom kau kena pasang kat
bangunan lain.” Setelah kekuatan penghalang CR di rendahkan ke kosong, Rick
terus menekan butang tersebut. “Alright.” Tangannya mula rancak menaip membuka
pintu experiment itu satu persatu.
Mangsa-mangsa
itu mula bising dan ada yang berlari turun sebaik sahaja pintu biliknya
terbuka.
Dia menekan butang
mickrofon pada mesin tersebut dan bersuara. “Everyone listen up!!”
Setelah melihat
Rick Berjaya mengendali experiment itu, Pakar computer ini kembali ke tugasnya
yang lain, melihat Manda dalam perjalanan ke bilik yang telah menjadi target
pertamanya. Tangannya laju menaip untuk membuka kunci pada bilik makmal
tersebut.
“Manda, Pintu 1 dah terbuka.” Dia teruskan kerjanya dengan menghentikan aliran jana kuasa yang
menghalang kuasa CR dari masuk atau di gunakan di dalam bangunan tersebut.
Dahinya berkerut, ia lebih susah dari apa yang dia jangkakan.
“Got that.”
Manda pula dah lama bergerak ke bilik mangsa itu, dengan senyap, dia
melontarkan sleeping gas ke dalam bilik tersebut. Dia memandang jam tangannya.
Mengira selama 30 saat sebelum dia dapat masuk ke dalam tempat itu.
“Ben, Pintu 4 dah buka.”
Ben tersenyum
sinis. Dia melontarkan sleeping gas ke dalam makmal tersebut. “Alright, aku ke
Pintu 2 sekarang.” Sahutnya berlari tidak menghiraukan mangsa di department
itu.
“Mira, Spring, Kuasa CR dah di matikan.”
Miracle pula
memandang kearah Spring. “Dah tiba.”
Spring
mengangguk. Mereka berdua memejamkan mata dan menggunakan kuasa telepati mereka
untuk berhubung dengan experiment di dalam bangunan itu.
Perhatian experiment physical department…. Kamu harus
keluar dari tempat itu… penghalang Kuasa CR telah di matikan dan kamu boleh
guna tenaga kamu untuk keluar dari tempat itu!
Mangsa-mangsa
dari setiap department merasakan suara tersebut dan saling berpandangan dengan
satu sama lain.
“M27?” bilik itu
mula riuh kerana mereka semua menerima pesanan itu. “Dia masih hidup.”
Mangsa-mangsa itu berdiri dan berlari keluar dari bilik mereka yang tidak lagi
terkunci.
Hati-hati semua!
Spring pula
bertelepati dengan departmentnya sendiri iaitu Health and Treatment CR department. Listen, saya Off-Spring. Penghalang Kuasa
CR telah di matikan seorang perempuan di luar bilik makmal menunggu kamu untuk
buat arahan seterusnya. Sila bertindak sekarang!
Salah satu
experiment yang menerima telepati Spring memandang yang lain yang masih tidak
berganjak dari kedudukan mereka. “Kita kena keluar.” Katanya dengan nada
ketakutan.
“tapi kita tak
tahu kalau itu betul-betul Spring… macam mana kalau dia—”
“Aku tak kesah!
Aku dah tak tahan di sini!” sahutnya dan ingin membuka pintu tersebut tapi
pintu bilik kurungan mereka telah pun di buka dari luar.
Manda tersenyum
kepada mereka semua. “Everyeone. Evacuation Base CR telah di jalankan.” Katanya
dan menyuruh semua orang keluar dari bilik itu. “Cepat! Ada kapal di pagar
masuk Base ni! Masuk ke dalam kapal tersebut!”
Nuez melihat
puluhan experiment berlari keluar dari tempat mereka. Dia bersorak mengangkat
tangannya ke udara. “Yes! Yes! Daaaaan…” Dia melihat saintis yang lalu di
tempat itu di langgar oleh para experiment itu menekan satu butang membuat
siren kecemasan berdering. “Show time! Ben, Bilik dua dah terbuka untuk kau!”
“Roger that!”
Ben ingin melontar sleeping gas itu ke dalam makmal tersebut tapi terbatal bila
pintu itu di buka dari dalam. “Oh Shoot.” Saintis itu segera menyerang Ben
menarik dia ke dalam makmal tersebut.
Sementara di
sebuah bilik di dalam bangunan itu, para saintis mula cemas mendengar bunyi
kecemasan itu dan memandang kearah Tuan mereka untuk tindakan seterusnya.
“mereka takkan
datang ke sini. Teruskan dengan kedua experiment ni!”
“Tuan Zeloid,
K012 bersedia beraksi.”
“Bagus…”
“Ini penceroboh
yang buat kecoh tu!” marah si saintis menolak Ben hingga dia jatuh berlutut.
Ben cuba melarikan diri tapi saintis-saintis itu lebih cepat dengan
menangkapnya.
Ben cuba
bergelut dari genggaman mereka, mula berlawan dengan saintis itu tapi malangnya
mereka mempunyai kelebihan iaitu jumlah yang lebih banyak dari Ben. Ben Berjaya
di tumpaskan mencium tanah oleh tiga orang saintis dan satu lagi saintis datang
membawa tank kecil gas.
“Nuez! Aku dalam
bahaya! Call for he—” Saintis itu menarik ear communicator Ben dan memasang
mask pada mulut Ben membuat Ben menghirup gas tersebut.
Damn! Sleeping gas Desis
hati Ben dengan mata yang makin berat.
“Aku beritahu
kau sesuatu budak.” Kata salah seorang saintis itu. “Di Mental Experiment
department, tiada experiment yang boleh melarikan diri kecuali neuron otak
mereka sebagai computer base CR ni.” Katanya dengan senyuman sinis.
Ben memaksa
dirinya untuk sedarkan diri, melihat para saintis itu menekan sesuatu pada
mesin yang menguasai otak experiment tersebut. “A-Apa korang tengah buat tu?”
“Suntikkan virus
ke dalam otak mereka dan sampaikan ke tempat sesiapa sahaja yang buat
komunikasi kepada kamu ni.” Dia tunjukkan ear communicator mereka. “Merosakkan
systemnya di sana. Jadi kamu tak dapat—”
Bunyi tembakan
bertubi-tubi kedengaran membuat Ben menutup kepalanya melindungi diri sendiri.
Setelah bunyi tembakan itu tiada, dia mendongak perasan lelaki yang buat
tembakan mini machine gun itu ialah Rick. “Dude! Kau lambat!”
Rick tidak
senyum, dia terus alihkan perhatiannya pada mesin itu. “Ya, aku lambat. Mereka
dah suntikkan virus tu ke otak mereka.” Rick menekan butang yang ada pada mesin
itu untuk menghentikan liquid dalam hose itu mengalir ke dalam badan mangsa
experiment itu namun satu butang pun tidak berguna.
Mereka melihat
kesan virus itu kepada mangsa tersebut. Badan mereka mula menggeletar dengan
kuat dan mata mereka terbuka luas Cuma menunjukkan mata putih mereka. Mulut
mereka mula berbuih dan darah keluar dari hidung mereka.
“Damn! Nuez,
matikan talian antara system Base ni dengan kapal!” sahutnya di Ear
Communicator.
“Apa? Kenapa? Kau dah gila ke??? Korang belum
keluar lagi dari tempat tu!”
“Mereka aktifkan
Virus untuk hapuskan Axerialeth!” Rick mendongak memandang lampu yang mula
hidup mati hidup mati. “Oh no…”
Sementara
Miracle yang mendengar semuanya memandang kearah Spring. “Spring, tele dengan
special department. Aku nak halang virus tu.”
“Apa? Tapi—”
“Kita takda
masa!” sahutnya. Dia mendepakan tangannya ke sisi dan matanya mula bercahaya
menggunakan kuasanya untuk masuk kedalam system Axerialeth, neutralisekan virus
yang merebak dengan cepat itu.
Nuez yang cemas
mencari cara bagaimana nak elakkan dari virus itu terkejut bila lihat computernya
bercahaya. Dia tahu cahaya itu. “Miracle! You are killing yourselves!!” Nuez
menumbuk meja peta itu dengan kuat, sangat marah kerana tindakan Miracle.
“Rick! Ben!
Pole! Manda dan yang lain! Cepat keluar dari Base CR sekarang! Aku akan
aktifkan Bom ni secepat mungkin!” sahutnya dengan tangan rancak menekan
butang-butang holograme itu.
“Apa? Kenapa?”
“Miracle will
die if she keeps holding the virus!!!”
>X<
Glend jatuh
berlutut dari larinya bila dia mendapat bayangan masa depan Miracle.
Crash!!
“Miracle!!”
“Glend kau okay
tak?” Soal Ellend menghulur tangan membantu Glend bangun. “Kita kena kembali ke
kapal sebelum bangunan ni roboh.” Katanya dan memapah Glend keluar dari
bangunan itu ke bumbung bangunan.
Glend hanya
terdiam dengan bayangan masa depan miracle dalam mindanya.
Tak mungkin….
Tak mungkin….
>X<
Mereka semua
terkaku mendengar jeritan Nuez. Mereka dah agak perkara seperti itu akan
berlaku.. mereka semua mempercepatkan kerja mereka dengan kosongkan bangunan
itu dan berlari keluar dari Base tersebut secepat yang mungkin.
“Nuez! Kau boleh
ambil aku kat bumbung?” Soal Rick yang berada di tingkat teratas. Dah tentu dia
tak sempat keluar dari bangunan tu kalau dia berlari turun ke pagar.
“Spring! Gerakkan kapal ke atas bangunan.”
“Okay!” sahutnya
dengan tangannya mengeletar dia gerakkan kapal tersebut denganperlahan terbang
ke atas bangunan utama untuk Rick. Dia menekan butang turunkan tangga untuk
Rick.
Dia berputar
memandang Miracle dan Satu badan Spring menggeletar melihat Miracle memaksa dirinya
menghalang virus tersebut. Dia menarik nafas dalam dan cuba berkomunikasi ke
experiment department terakhir.
Attention department M…. Evacuation Base CR te—
Seronok tak
lihat M27 terseksa?
Mata Spring
terbeliak bulat mendengar suara yang sangat dia kenali bercakap dengannya.
“K012?” dia memandang kearah Base CR. K012 masih hidup?
‘Spring…. Aku tahu perasaan kau, perasaan benci kau
kat M27..’ katanya tidak menghiraukan Spring yang
terkejut. ‘Cuba lihat keadaan M27.. kau
tak rasa gembira ke lihat dia macam tu?’
Spring kembali
memandang kearah Miracle yang mengerang menahan kesakitan di dalam mindanya.
Wajahnya menjadi pucat dan badannya mula tidak bermaya untuk berdiri sehingga
dia berlutut di atas lantai. Spring hanya melihat M27 bergelut seorang diri. “T-Tak….
kau salah..”
Terdengar K012
tertawa dalam minda Spring. ‘Don’t lie.
Kau tahu yang kau sangat bencikan M27. Di sebabkan dia semua ini berlaku, kalau
bukan kerana tindakannya lari dari CR, mungkin kita berempat dah hidup bahagia
di dalam CR. Tiada kejar mengejar dan ratusan nyawa menjadi korban. Cuba lihat
Base CR…. Ia kucar kacir di sebabkan dia…’
Spring melihat
semua mangsa berlari keluar dari bangunan yang mula di jilat api dan
menyelamatkan diri ke sebuah kapal yang berada di depan pagar Base. Satu
letupan terjadi di Gudang CR membunuh orang yang cuba lari dari tempat
tersebut. “Mereka patut mati.” Katanya sejenak. “Mereka orang Zeloid.”
“Ya tapi mereka juga manusia seperti kita.
Mereka ada nyawa dan keluarga untuk di jaga…” Mata Spring terbeliak bulat
terfikirkan keluarga yang malang tersebut. Mereka yang tidak bersalah telah
kehilangan orang yang mereka sayangi dan mereka membunuh orang-orang itu. “kau
dan M27… dah jadi lebih teruk dari Tuan Zeloid. pembunuh.”
Spring menutup
telinganya tak nak dengar lagi dari K102. “Tak! Tak! Spring lain dari mereka!” Jeritnya sambil menggeleng kepala dengan laju cuba hilangkan suara K012 dalam
mindanya. Dia tak pernah bunuh orang, dia tak pernah susahkan sesiapa, dia tak
pernah buat apa-apa untuk sakiti hati orang. M27 punca semua ni! Dia yang
menyebabkan ramai nyawa terkorban, dia yang rancanng untuk hapuskan CR! Ini
semua salah M27!! Spring jauh berbeza dari M27. Matanya terbuka dan memandang
kearah M27. “berbeza dari dia….”
“Buktikan kau lain dari M27… kau bukan M27
yang tak bertanggungjawab, kau Spring yang tahu apa nak buat, apa yang terbaik
untuk semua orang..” katanya membuat Spring mengangguk. “Kau tahu nak buat
apakan Spring? Kau selalu tahu apa patut kau buat.”
Sementara itu
Rick berada di atas bumbung melihat tangga sudah bersedia untuknya panjat. “Alright!” dia segera naik tangga tersebut. Nasib baik dia cepat naik kerana
sebaik sahaja kakinya lepas, bumbung itu runtuh meninggalkan lubang yang sangat
dalam hingga ke ground floor.
“That was
close…” katanya dan segera naik tangga itu.
Kembali pada
Spring dan Miracle. Miracle terapung di udara sambil memegang lehernya seperti
dia seseorang menyekiknya. Di cekik oleh Spring yang depahkan tangannya kearah
Miracle dengan mata yang penuh dengan horror dan trauma.
“Aku bukan
seperti kau…. Aku takkan jadi seperti kau… aku taknak jadi seperti kau!!!”
jeritnya sekuat hati. Miracle bergelut sekuat hatinya untuk lepaskan diri,
tangannya cuba mencapai Spring seperti merayu untuk di lepaskan.
“Jangan bagi aku
tangisan tu!” jerit Spring dengan marah.
“Spring, bawa kapal ni pergi dari kawasan ni. Aku dah
pasang bom timer.”
Spring hanya
memandang kearah Miracle mengendahkan arahan Nuez.“kau punca K102 mati.. kau
punca aku terseksa macam ni.. kau punca semua ini terjadi…. Kau punca banyak
nyawa terkorban malam ni…”
“Miracle? Spring?? Korang dengar tak?? Tempat ni akan
meletup! Girls!!” “
Kau punca
segala-galanya!! JUST DIE!!!”
CRASH!!!!
Nuez terkejut
bila siren kecemasan kapal berbunyi dan membuka semua CCTV kapal untuk melihat
di mana masalah kapal itu datang. Dia tak menjangka masalah mereka berlaku di
bilik pengemudi kapal. Dia melihat Spring memijak tangan Miracle yang
bergantung di cermin bilik pengemudi yang telah pecah itu.
Dia segera
bersuara. “SPRING!! WHAT ARE YOU DOING?!!!”
Spring tersenyum
sinis, memijak tangan Miracle yang berdarah kerana kaca pecah itu. “Kau di
lahirkan di tempat ni… jadi kau patut mati di sini juga. Bersama K102….. LK54…
die… just die…” ktanya dengan penuh perasaan marah meluap-luap dalam hatinya.
“You are not even born human!!”
“Arrrgghh!”
Miracle menolak kaki Spring dari tangannya dengan tangannya lagi satu tapi
tidak berhasil. “Spring Snap out of it!! Minda kau di kawal!!!”
Spring tertawa
besar. “Oh M27…. Sekarang baru kau perasan ke? Aku nak kau mati..” katanya. “Kalau
kau mati, tiada lagi penghalang aku untuk hidup… hidup bebas bersama
Axerialeth.” Katanya dengan mata penuh dengan kebencian.
“kau akan mati
di sini …. Setelah itu, hanya tinggal LK54 dan K012…heh, K012 tak boleh
bertahan dengan lama… Dia mungkin akan mati dalam beberapa minit lagi. LK54
akan hidup dan lindungi Tuan Zeloid… Tuan akan bangkit semula dan reproggrame
kau M27… You will be replace!!” sahutnya memijak tangan Miracle sekali lagi. “Kau
akan di ganti dengan adik kau yang lain! Jangan risau,Tuan Zeloid akan
proggramekan kau semula kearah yang lebih baik!” DIa memijak sekali lagi. “Lebih hebat.” Dan lagi. “Lebih sempurna dari sekarang.” Spring tertawa melihat
Miracle cuba bertahan. Dia tundukkan dirinya denan mencangkung. “And there’s
nothing you can do about it.”
Miracle
mengerang kesakitan tidak tahan dengan kepedihan pada tangannya. Darah mula
mengalir ke lengannya dan menitis di muka. “Spring!” jeritnya merayu dengan
perasaan yang sangat marah. “K012 manipulasikan minda kau! Kau kena lawan dia!”
“Hah!” jeritnya
dengan sarkastik. “Kalau aku lawan dia bermaksud dia akan mati. Aku nak kau
mati dulu!”
Miracle berdecis
dan tunduk memandang bangunan di bawahnya. Dia dapat rasa satu kehadiran, dia
sangat kenali aura kuasa CR itu Cuma… Ia ganjil sedikit. “LK54 ada di bawah
kan?” Soalnya memandang Spring semula.
“Who cares?? Kau
akan mati juga di sini.” Katanya dengan ketawa sinisnya.
Miracle tersenyum
tawar. “Spring…. See you later, I hope.” Dia memegang kaki Spring dan gunakan
Kuasanya untuk memberi renjatan elektrik yang sangat kuat pada Spring.
Pintu bilik
Pengemudi di buka oleh Rick dan segera menyambut Spring yang tidak sedarkan
diri, hampir jatuh dari kapal. Dia ingin menyambut Miracle sekali tapi Miracle
melepaskan tangannya dan jatuh masuk ke dalam lubang bangunan itu.
“MIRACLE!!!”
To be
continued~~
[Previous] | [MiT] | [Next]
Sambung...sambung...habislan terus la.
ReplyDeleteTak sabar nak baca ni....
Hahahaha.... uisshh, habis jari angah kalau type sampai final chapter... sabar eh, angah ada dua lagi criter nak buat... kang next e-novel pun terkendala macam Axerialeth huhuhuhu
ReplyDeletehuhuhuhuhu nak lagi nak lagi nak lagiiii...plsssssss...... from...~ccc(,)(,)cik cekelat
ReplyDeleteUuuuuuu CIK CEKELAT!! Dah lama tak nampak Cik Cekelat <3 <3 <3 Wait naaaaaa The story is on the way!
ReplyDeleteP/S: Miss Cik Cekelat kat comment ^_^