Axerialeth: SOD -Now or Never-

Bab 25

Terdapat satu pengawalan ketat dalam Base CR yang berada di tengah-tengah pulau yang tidak bernama. Empat menara di setiap penjuru pangkalan tersebut di mana ia sentiasa memantau kawasan itu dengan ketat.

Pengawal yang terlatih mengawal di setiap empat menara. Bukan di situ sahaja, malah di dalam kawasan pangakalan tersebut juga terdapat lebih sedozen pengawal terlatih. Tidak di kira lagi pengawal di dalam bangunan pangkalan tersebut. Terdapat tiga bangunan. Bangunan yang terletak di bahagian tenggara kawasan tersebut yang kelihatan seperti menara api. Ia berfungsi sebagai Watch Tower. Jumlah pengawal di menara tersebut sama banyak dengan bangunan utama kerana terdapat bahan-bahan penting di dalam menara tersebut. Seperti alat alchemist dan fail sulit yang tersimpan rapi dan tidak boleh di keluarkan ke dunia.

Menara kedua terletak di selatan ialah bangunan seperti sebuah gudang besar. Ia berfungsi sebagai menyimpan bahan api dan mentah. Segala nyawa dan kekuatan Pangkalan tersebut di letakkan di gudang tersebut. Pengawalnya tersangat ketat kerana bukan sahaja mempunyai sejumlah pengawal yang berpengalaman malah CCTV dan technology keselamatan gudang tersebut terlalu canggih dari menara api.

Bangunan ketiga ialah bangunan utama yang terletak di tengah-tengah kawasan pangkalan CR. Ia kelihatan seperti bangunan biasa yang besar. Namun, tempat itu ialah tempat yang paling berharga di atas pulau itu. Di situlah terletak segala-galanya. Main system, experiment, saintis, dan yang lebih penting ialah batu CR yang tersembunyi di hati bangunan itu.

Di bilik CCTV di dalam bangunan Utama, terdapa tiga pengawal yang di tugaskan untuk melihat keadaan setiap sudut Pangkalan itu tanpa henti. Namun, tanpa mereka sedari, ada beberapa CCTV telah di hack oleh seorang lelaki yang berada di dalam kapal halimunan membenarkan mereka memanjat setiap menara pangkalan itu dengan mudah dan membunuh pengawal itu tanpa di lihat dari screen CCTV.

Si pembunuh itu terus mengambil tempat pengawal itu dengan mengaluhkan lampu itu dari menyuluh ke atas bangunan utama Base CR itu.

Setelah mendapat signal empat lampu itu bersilang, Kapal halimunan terbang dengan perlahan ke atas bangunan dan anak kapal Axerialeth dengan kumpulan mereka tersendiri turun dengan selamat.

“Rick, do you hear me? Manda? Pole? Ben? Korang dengar tak?” Soal Nuez yang berada di bilik peta bertanggungjawab dalam pandu mereka ke mana harus mereka pergi. Terdapat gambar holo ketiga-tiga bangunan di Base CR itu di hadapannya yang mempunyai titik-titik merah di mana Pole dan pasukannya harus tanamkan bom. Bilik bercahaya kuning pula di mana terletaknya mangsa experiment di letakkan untuk Rick dan Manda lepaskan. Manakala warna jingga pula bilik di mana system utama Base itu di letakkan untuk Ben ke tempat itu.

“Roger.” Sahut Rick.

“loud and clear.” Balas Pole dan manda serentak.

“Lets get the show started.” Balas Ben pula sambil menggosok-gosok tangannya.

“Miracle? Spring… kamu macam mana?”

Miracle yang ada di bilik pengemudi bersama Spring menekan butang mikrofon. “Semuanya baik.”
Setelah mendapat pengesahan dari semua crewnya dia, jarinya rancak menaip untuk hack bangunan itu. “Alright everyone… korang ada 20 minit untuk culik pekerja di sana dan menyamar. Ben, I’m counting on you. Cucuk thumbrdrive tu di main system kalau tak misi kita gagal.”

“Don’t worry.” Sahut Ben dengan senyuman nakal. “Trust me on this.”

Aku percayakan kau tapi perangai kau tu aku tak percayakan desis hati Nuez risau. “Alright. Bergerak!”

Mereka terus bergerak masuk ke dalam bangunan itu. Ben berada di hadapan mereka kerana menurut Nuez, ada seorang pengawal bereda di tangga kecemasan. Sepertinya di perkatakan, pengawal tersebut sedang menaiki tangga dan Ben mengambil kesempatan ini untuk melompat keatas pengawal tersebut membuat si pengawal itu pitam.

“Nice one Ben.” Puji Rick.

Ben mengenyit mata sambil membuka baju pengawal itu. Dia menarik mangsanya ke bawah camera CCTV supaya bila CCTV tersebut kembali berfungsi, mereka takkan nampak pengawal tersebut.

“alright, sekarang untuk dapatkan costume untuk Manda pula. Tunggu sini.” Katanya keluar dari tangga kecemasan itu.

Mereka bertiga berdiam diri sambil mata meninjau bilik tersebut dan Rick sempat bersiul. Matanya turun ke beg hitam dalam tangan Pole. “kau pasti ke kau hafal laluan letak bom tu semua?”
Pole mengangguk dan mengenyit mata bersama Manda. “Don’t worry, team aku dah bersedia nak masuk dua bangunan tu, tinggal tunggu Ben cucuk thumbdrive to je.”

Pintu kecemasan itu di buka dengan kasar mengejutkan mereka bertiga dan hampir bertindak kerana Ben membuka pintu menggunakan kakinya.

“Dude! Kau hampir buat aku lemah jantung!” bisik Manda mengurut-urut dadanya. Dia melihat seorang saintis perempuan dengan name tag ketua saintis pada bajunya dalam dakapan Ben, tida sedarkan diri. “Wow good work.”

Ben menunjukkan suntik di tangannya dengan senyuman nakal. “Works like a charm. Thanks Pole.”

Manda segera memakai coat lab perempuan itu dan letakkan mangsa itu seperti mana mereka letak pengawal tersebut.

“Ben kau ada 12 minit ke main base. Hati-hati.” Sahut Rick sebelum Ben keluar meninggalkan mereka.

Pole mendongak memandang corong udara dan mengeluh. “Well Rick, masa untuk merangkak masuk.”

Rick mengangguk dan mereka berdua naik ke bumbung menunggu signal dari Nuez untuk langkah seterusnya.

Manda dan Ben pula bergerak masuk ke dalam bangunan dan terus ke tempat security check. Device yang mengesahkan mereka adalah staff dalam bangunan itu. Ben sebagai pengawal bergerak dahulu dan berdiri sebelah salah satu device access staff dan memberi signal kepada Manda untuk bergerak mendekatinya.

Manda slide kad mereka pada device yang menjadi access untuk mereka masuk ke dalam makmal itu. Wajah dan nama mereka di sebut oleh mesin access itu. Ben melihat ID card tersebut mempunyai gambar berbeza dari Manda.

“Selamat kembali Cik Steward.” Sahut Ben bila satu lagi pengawal ingin melihat wajah card ID Manda.

“Shut up. Budak baru ke ni?” Soal manda dengan nada menjengkelkan sambil menuding kearah Ben.

Pengawal itu memandang wajah Ben untuk seketika sebelum mengangguk. “Saya tak tahu. Saya tak pernah nampak dia kat bahagian ni.”

Manda berdecis memandang Ben. “Heh, ID kau mana?”

Ben berpura-pura takut dan berikan ID nya kepada Manda.

“Yup budak baru.” Katanya dan masukkan card ID Ben dalam poketnya. “Kamu ikut aku sekarang juga.” Katanya dengan nada menggerunkan dan tanpa banyak bantahan Ben mengekorinya. Beberapa pengawal yang menjaga bahagian itu hanya memandang mereka bergerak pergi.

Ben sempat dengar yang dia mengalami masalah besar sebab buat ketua saintis yang sadis itu sakit hati. Lelaki itu mendekatkan dirinya pada Manda. “Macam mana kau tahu ketua saintis ganas hah?”

“Easy…. Nampak dari IDnya dah tahu dia garang dan kalau dia tak garang dah tentu mereka ingat aku ni tengah PMS.”

Ben menggeleng sambil pandang atas. “Kau cuba nasib ke?”

Manda mengenyit mata. “dan nasib menyebelahiku. Dah ambil ni.” Dia berikan semula ID card kepada Ben. “Kau tahu jalan nak ke tempat tu kan?”

“Dah tentu. See you when I see you.” Dia terus meninggalkan Manda dan mereka berjalan bertentangan arah memulakan misi mereka itu.

“Nu, kami Berjaya masuk. Give me the map.”

Nuez mengeluh panjang. “Aku dah agak kau akan tanya. Okay… kau terus je sehingga kau jumpa lorong yang ada sign, ‘Classification Wing’ masuk ke lorong tu, kau selamat kat sana sebab tak ramai sangat orang tapi hati-hati, pastikan kau tak kantoi sebab tempat tu ialah restricted area, pengawal pun tak boleh masuk. Kau akan jumpa bilik main system bila kau kat hujung laluan tu Dan hati-hati dengan CCTV.”

“Kau boleh kawal CCTV kat bahagian ni ke?”

“Dalam masa 5 ke 8 minit.”

Ben bersembunyi di sebalik dinding bila dua saintis lalu di lorong itu dan mengintai memastikan jalan sudah kosong. “Aku di depan bilik main system. Masalahnya ialah aku tak boleh masuk ke dalam, sebab ada awek cun dalam tu.” Terukir senyuman nakal bila Ben dapat idea macam mana nak alih perhatian saintis itu. “Give me 5 minutes.” Ben masuk ke dalam bilik itu secara slamber dan terus menarik pinggang saintis tersebut.

“Hey babe.” Tanpa memberi peluang kepada saintis itu dia dah serang bibir perempuan itu.

Nuez meramas mukanya bila dia dengar something inappropriate datang dari speaker Ben. “Damn you Ben…. Kalau yang lain dengar ni dah tentu masak kau.”

Cahaya hijau keluar dari holo-screen Nuez membuat dia tersenyum puas. “Yes! Ben dah masuk!”

Ben yang sedang menikmati kerjanya Berjaya menyucuk thumbdrive itu time dia sedang seronok make out dengan saintis itu. Dia mengangkat kening double jerk kepada perempuan itu. “Au rivour!” Dia terus menyucuk leher perempuan itu dengan suntik paralyse Pole.

“Attention kumpulan mengebom! Aku dah dapat kawal tempat ni! Bom recruite 1 and 2… in your position!” sahut Nuez kepada anak kapal sementara dan mereka terus bertindak seperti yang di arahkan.

Mereka keluar dari tempat persembunyian mereka dan memanjat pagar berduri itu. Mereka mendarat atas tanah tanpa membunyikan alarm Base tersebut. Ada juga yang turun dari udara kerana sekeliling bangunan itu di kawal ketat.

Nuez melihat mereka semua berada di posisi mereka dan bersuara; “Go set the bom and get out of there as soon as possible.”

“Roger”

“Rick? Pole? Korang masuk kedalam corong udara yang ada di atas bumbung tu dan pergi ke bahagian selatan bangunan. Di sana mereka letak semua mangsa tangguhan dan baru. Setelah mereka keluar, korang pasang bom kat situ. Pole, kau pergi ke Office tingkat 5 pula. Di sana staff saintis dan pakguard di letakkan. Tingkat lain dah kena cover oleh yang lain.”

“Alright.” Jawab mereka serentak.

Rick menghancur penutup corong udara itu dengan sejenis alat pemotong lasser dan menendangnya membuat bulatan besar untuk mereka terjun masuk kedalam corong itu dan mengikut peta yang Nuez bagi ke tempat yang mereka patut pergi.

Nuez pula rancak menutup security system yang ada di bangunan tersebut satu persatu. Dia juga dapat hack carema keselamatan bangunan itu membenarkan dia lihat gerak geri rakannya. Dia melihat Pole turun dari siling. Dia mula rasa cemas. Kenapa Pole keluar ke laluan besar tu?! Dia nak kena kantoi ke?!!! Siot ah Pole!

Pole memandang ke kiri dan kekanan. Dia tersenyum nakal Kearah CCTV yang berdekatan dengannya.

Nuez menarik rambutnya cuba tahan diri dari menjadi gila atau kena Heart attack. Dia tak faham kenapa Pole berada di laluan itu dan bukan berada dalam bilik experiment. Ia hanya beberapa meter jauh dari laluan tu! Kenapa nak turun kat situ pulak??

Dia melihat Pole masuk ke dalam bilik berdekatan iaitu bilik security. Nuez mencapai tuala yang menyandar pada kepala kerusinya dan memulas tuala itu seperti memulas leher Pole. Dia masuk ke sana buat apa pulak????

Nuez menunggu selama 3 minit sehingga Pole keluar dari bilik tersebut sambil mengelap mulutnya. Di tangannya yang sebelah pula ialah kunci di putar-putar pada jarinya. Dengan slambernya dia berjalan ke pintu bilik experiment itu.

Pakar Engineer kita ini menarik nafas dalam dan menutup mulutnya guna tuala, menjerit sekuat hati melihat Pole sempat mengenyit mata kearahnya sebelum masuk ke dalam bilik itu. Damn that Transexual!!!

Pole masuk kedalam bilik experiment itu dan perasan ada banyak bilik kaca dan setiap bilik mempunyai satu mangsa. Melihat dari keadaan mereka semua, Pole tak dapat bayangkan kehidupan mereka yang terseksa dalam bangunan itu. “Good Heavens of Valhalla…”

Dia segera naik ke tingkat teratas bilik bertingkat itu dan membuka corong udara untuk Rick masuk. “Sorry lambat.”

Rick menggeleng. “It’s okay. aku tak sangka mereka pakai heat resistance iron. Anyways…” mereka mula bergerak turun semula ke main system yang mengawal semua bilik-bilik experiment itu. “Cam mana kau dapat kunci?”

Pole hanya tersenyum yang membawa seribu makna dan tekan ear communicatornya. “Nuez, we are in. Tell us what to do.”

Nuez menarik nafas dalam tahan diri dari menjerit di telinga Pole. “kau rendahkan shield receptor mereka dan putar button yang warna hitam tu. Ia akan deactivekan penghalang CR secara perlahan dan lepas tu tekan butang tu untuk permenant deactivated.”

“Kenapa tak tekan je?” Soal Pole.

“Sebab kalau terus matikan, security alarm akan berbunyi tanda ada kerosakan dalam bilik ni. Nanti kita akan terkantoi oleh mereka.” Jawab Rick memutar butang itu dengan perlahan. “Kita kena selamatkan mereka semua sebelum bom kau kena pasang kat bangunan lain.” Setelah kekuatan penghalang CR di rendahkan ke kosong, Rick terus menekan butang tersebut. “Alright.” Tangannya mula rancak menaip membuka pintu experiment itu satu persatu.

Mangsa-mangsa itu mula bising dan ada yang berlari turun sebaik sahaja pintu biliknya terbuka.
Dia menekan butang mickrofon pada mesin tersebut dan bersuara. “Everyone listen up!!”

Setelah melihat Rick Berjaya mengendali experiment itu, Pakar computer ini kembali ke tugasnya yang lain, melihat Manda dalam perjalanan ke bilik yang telah menjadi target pertamanya. Tangannya laju menaip untuk membuka kunci pada bilik makmal tersebut.

“Manda, Pintu 1 dah terbuka.” Dia teruskan kerjanya dengan menghentikan aliran jana kuasa yang menghalang kuasa CR dari masuk atau di gunakan di dalam bangunan tersebut. Dahinya berkerut, ia lebih susah dari apa yang dia jangkakan.

“Got that.” Manda pula dah lama bergerak ke bilik mangsa itu, dengan senyap, dia melontarkan sleeping gas ke dalam bilik tersebut. Dia memandang jam tangannya. Mengira selama 30 saat sebelum dia dapat masuk ke dalam tempat itu.

“Ben, Pintu 4 dah buka.”

Ben tersenyum sinis. Dia melontarkan sleeping gas ke dalam makmal tersebut. “Alright, aku ke Pintu 2 sekarang.” Sahutnya berlari tidak menghiraukan mangsa di department itu.

“Mira, Spring, Kuasa CR dah di matikan.”

Miracle pula memandang kearah Spring. “Dah tiba.”

Spring mengangguk. Mereka berdua memejamkan mata dan menggunakan kuasa telepati mereka untuk berhubung dengan experiment di dalam bangunan itu.

Perhatian experiment physical department…. Kamu harus keluar dari tempat itu… penghalang Kuasa CR telah di matikan dan kamu boleh guna tenaga kamu untuk keluar dari tempat itu!

Mangsa-mangsa dari setiap department merasakan suara tersebut dan saling berpandangan dengan satu sama lain.

“M27?” bilik itu mula riuh kerana mereka semua menerima pesanan itu. “Dia masih hidup.” Mangsa-mangsa itu berdiri dan berlari keluar dari bilik mereka yang tidak lagi terkunci.

Hati-hati semua!

Spring pula bertelepati dengan departmentnya sendiri iaitu Health and Treatment CR department. Listen, saya Off-Spring. Penghalang Kuasa CR telah di matikan seorang perempuan di luar bilik makmal menunggu kamu untuk buat arahan seterusnya. Sila bertindak sekarang!

Salah satu experiment yang menerima telepati Spring memandang yang lain yang masih tidak berganjak dari kedudukan mereka. “Kita kena keluar.” Katanya dengan nada ketakutan.

tapi kita tak tahu kalau itu betul-betul Spring… macam mana kalau dia—”

“Aku tak kesah! Aku dah tak tahan di sini!” sahutnya dan ingin membuka pintu tersebut tapi pintu bilik kurungan mereka telah pun di buka dari luar.

Manda tersenyum kepada mereka semua. “Everyeone. Evacuation Base CR telah di jalankan.” Katanya dan menyuruh semua orang keluar dari bilik itu. “Cepat! Ada kapal di pagar masuk Base ni! Masuk ke dalam kapal tersebut!”

Nuez melihat puluhan experiment berlari keluar dari tempat mereka. Dia bersorak mengangkat tangannya ke udara. “Yes! Yes! Daaaaan…” Dia melihat saintis yang lalu di tempat itu di langgar oleh para experiment itu menekan satu butang membuat siren kecemasan berdering. “Show time! Ben, Bilik dua dah terbuka untuk kau!”

“Roger that!” Ben ingin melontar sleeping gas itu ke dalam makmal tersebut tapi terbatal bila pintu itu di buka dari dalam. “Oh Shoot.” Saintis itu segera menyerang Ben menarik dia ke dalam makmal tersebut.

Sementara di sebuah bilik di dalam bangunan itu, para saintis mula cemas mendengar bunyi kecemasan itu dan memandang kearah Tuan mereka untuk tindakan seterusnya.

“mereka takkan datang ke sini. Teruskan dengan kedua experiment ni!”

“Tuan Zeloid, K012 bersedia beraksi.”

“Bagus…”

“Ini penceroboh yang buat kecoh tu!” marah si saintis menolak Ben hingga dia jatuh berlutut. Ben cuba melarikan diri tapi saintis-saintis itu lebih cepat dengan menangkapnya.

Ben cuba bergelut dari genggaman mereka, mula berlawan dengan saintis itu tapi malangnya mereka mempunyai kelebihan iaitu jumlah yang lebih banyak dari Ben. Ben Berjaya di tumpaskan mencium tanah oleh tiga orang saintis dan satu lagi saintis datang membawa tank kecil gas.

“Nuez! Aku dalam bahaya! Call for he—” Saintis itu menarik ear communicator Ben dan memasang mask pada mulut Ben membuat Ben menghirup gas tersebut.

Damn! Sleeping gas Desis hati Ben dengan mata yang makin berat.

“Aku beritahu kau sesuatu budak.” Kata salah seorang saintis itu. “Di Mental Experiment department, tiada experiment yang boleh melarikan diri kecuali neuron otak mereka sebagai computer base CR ni.” Katanya dengan senyuman sinis.

Ben memaksa dirinya untuk sedarkan diri, melihat para saintis itu menekan sesuatu pada mesin yang menguasai otak experiment tersebut. “A-Apa korang tengah buat tu?”

“Suntikkan virus ke dalam otak mereka dan sampaikan ke tempat sesiapa sahaja yang buat komunikasi kepada kamu ni.” Dia tunjukkan ear communicator mereka. “Merosakkan systemnya di sana. Jadi kamu tak dapat—”

Bunyi tembakan bertubi-tubi kedengaran membuat Ben menutup kepalanya melindungi diri sendiri. Setelah bunyi tembakan itu tiada, dia mendongak perasan lelaki yang buat tembakan mini machine gun itu ialah Rick. “Dude! Kau lambat!”

Rick tidak senyum, dia terus alihkan perhatiannya pada mesin itu. “Ya, aku lambat. Mereka dah suntikkan virus tu ke otak mereka.” Rick menekan butang yang ada pada mesin itu untuk menghentikan liquid dalam hose itu mengalir ke dalam badan mangsa experiment itu namun satu butang pun tidak berguna.

Mereka melihat kesan virus itu kepada mangsa tersebut. Badan mereka mula menggeletar dengan kuat dan mata mereka terbuka luas Cuma menunjukkan mata putih mereka. Mulut mereka mula berbuih dan darah keluar dari hidung mereka.

“Damn! Nuez, matikan talian antara system Base ni dengan kapal!” sahutnya di Ear Communicator.

Apa? Kenapa? Kau dah gila ke??? Korang belum keluar lagi dari tempat tu!”
“Mereka aktifkan Virus untuk hapuskan Axerialeth!” Rick mendongak memandang lampu yang mula hidup mati hidup mati. “Oh no…”

Sementara Miracle yang mendengar semuanya memandang kearah Spring. “Spring, tele dengan special department. Aku nak halang virus tu.”

“Apa? Tapi—”

“Kita takda masa!” sahutnya. Dia mendepakan tangannya ke sisi dan matanya mula bercahaya menggunakan kuasanya untuk masuk kedalam system Axerialeth, neutralisekan virus yang merebak dengan cepat itu.

Nuez yang cemas mencari cara bagaimana nak elakkan dari virus itu terkejut bila lihat computernya bercahaya. Dia tahu cahaya itu. “Miracle! You are killing yourselves!!” Nuez menumbuk meja peta itu dengan kuat, sangat marah kerana tindakan Miracle.

“Rick! Ben! Pole! Manda dan yang lain! Cepat keluar dari Base CR sekarang! Aku akan aktifkan Bom ni secepat mungkin!” sahutnya dengan tangan rancak menekan butang-butang holograme itu.

Apa? Kenapa?”

“Miracle will die if she keeps holding the virus!!!”

>X<

Glend jatuh berlutut dari larinya bila dia mendapat bayangan masa depan Miracle.

Crash!!

“Miracle!!”

“Glend kau okay tak?” Soal Ellend menghulur tangan membantu Glend bangun. “Kita kena kembali ke kapal sebelum bangunan ni roboh.” Katanya dan memapah Glend keluar dari bangunan itu ke bumbung bangunan.

Glend hanya terdiam dengan bayangan masa depan miracle dalam mindanya.

Tak mungkin…. Tak mungkin….

>X<

Mereka semua terkaku mendengar jeritan Nuez. Mereka dah agak perkara seperti itu akan berlaku.. mereka semua mempercepatkan kerja mereka dengan kosongkan bangunan itu dan berlari keluar dari Base tersebut secepat yang mungkin.

“Nuez! Kau boleh ambil aku kat bumbung?” Soal Rick yang berada di tingkat teratas. Dah tentu dia tak sempat keluar dari bangunan tu kalau dia berlari turun ke pagar.

“Spring! Gerakkan kapal ke atas bangunan.”

“Okay!” sahutnya dengan tangannya mengeletar dia gerakkan kapal tersebut denganperlahan terbang ke atas bangunan utama untuk Rick. Dia menekan butang turunkan tangga untuk Rick.

Dia berputar memandang Miracle dan Satu badan Spring menggeletar melihat Miracle memaksa dirinya menghalang virus tersebut. Dia menarik nafas dalam dan cuba berkomunikasi ke experiment department terakhir.

Attention department M…. Evacuation Base CR te—

Seronok tak lihat M27 terseksa?

Mata Spring terbeliak bulat mendengar suara yang sangat dia kenali bercakap dengannya. “K012?” dia memandang kearah Base CR. K012 masih hidup?

‘Spring…. Aku tahu perasaan kau, perasaan benci kau kat M27..’ katanya tidak menghiraukan Spring yang terkejut. ‘Cuba lihat keadaan M27.. kau tak rasa gembira ke lihat dia macam tu?’

Spring kembali memandang kearah Miracle yang mengerang menahan kesakitan di dalam mindanya. Wajahnya menjadi pucat dan badannya mula tidak bermaya untuk berdiri sehingga dia berlutut di atas lantai. Spring hanya melihat M27 bergelut seorang diri. “T-Tak…. kau salah..”

Terdengar K012 tertawa dalam minda Spring. ‘Don’t lie. Kau tahu yang kau sangat bencikan M27. Di sebabkan dia semua ini berlaku, kalau bukan kerana tindakannya lari dari CR, mungkin kita berempat dah hidup bahagia di dalam CR. Tiada kejar mengejar dan ratusan nyawa menjadi korban. Cuba lihat Base CR…. Ia kucar kacir di sebabkan dia…’

Spring melihat semua mangsa berlari keluar dari bangunan yang mula di jilat api dan menyelamatkan diri ke sebuah kapal yang berada di depan pagar Base. Satu letupan terjadi di Gudang CR membunuh orang yang cuba lari dari tempat tersebut. “Mereka patut mati.” Katanya sejenak. “Mereka orang Zeloid.”

Ya tapi mereka juga manusia seperti kita. Mereka ada nyawa dan keluarga untuk di jaga…” Mata Spring terbeliak bulat terfikirkan keluarga yang malang tersebut. Mereka yang tidak bersalah telah kehilangan orang yang mereka sayangi dan mereka membunuh orang-orang itu. “kau dan M27… dah jadi lebih teruk dari Tuan Zeloid. pembunuh.”

Spring menutup telinganya tak nak dengar lagi dari K102. “Tak! Tak! Spring lain dari mereka!” Jeritnya sambil menggeleng kepala dengan laju cuba hilangkan suara K012 dalam mindanya. Dia tak pernah bunuh orang, dia tak pernah susahkan sesiapa, dia tak pernah buat apa-apa untuk sakiti hati orang. M27 punca semua ni! Dia yang menyebabkan ramai nyawa terkorban, dia yang rancanng untuk hapuskan CR! Ini semua salah M27!! Spring jauh berbeza dari M27. Matanya terbuka dan memandang kearah M27. “berbeza dari dia….”

Buktikan kau lain dari M27… kau bukan M27 yang tak bertanggungjawab, kau Spring yang tahu apa nak buat, apa yang terbaik untuk semua orang..” katanya membuat Spring mengangguk. “Kau tahu nak buat apakan Spring? Kau selalu tahu apa patut kau buat.”

Sementara itu Rick berada di atas bumbung melihat tangga sudah bersedia untuknya panjat. “Alright!” dia segera naik tangga tersebut. Nasib baik dia cepat naik kerana sebaik sahaja kakinya lepas, bumbung itu runtuh meninggalkan lubang yang sangat dalam hingga ke ground floor.
“That was close…” katanya dan segera naik tangga itu.

Kembali pada Spring dan Miracle. Miracle terapung di udara sambil memegang lehernya seperti dia seseorang menyekiknya. Di cekik oleh Spring yang depahkan tangannya kearah Miracle dengan mata yang penuh dengan horror dan trauma.

“Aku bukan seperti kau…. Aku takkan jadi seperti kau… aku taknak jadi seperti kau!!!” jeritnya sekuat hati. Miracle bergelut sekuat hatinya untuk lepaskan diri, tangannya cuba mencapai Spring seperti merayu untuk di lepaskan.

“Jangan bagi aku tangisan tu!” jerit Spring dengan marah.

“Spring, bawa kapal ni pergi dari kawasan ni. Aku dah pasang bom timer.”

Spring hanya memandang kearah Miracle mengendahkan arahan Nuez.“kau punca K102 mati.. kau punca aku terseksa macam ni.. kau punca semua ini terjadi…. Kau punca banyak nyawa terkorban malam ni…”

“Miracle? Spring?? Korang dengar tak?? Tempat ni akan meletup! Girls!!” “

Kau punca segala-galanya!! JUST DIE!!!”

CRASH!!!!

Nuez terkejut bila siren kecemasan kapal berbunyi dan membuka semua CCTV kapal untuk melihat di mana masalah kapal itu datang. Dia tak menjangka masalah mereka berlaku di bilik pengemudi kapal. Dia melihat Spring memijak tangan Miracle yang bergantung di cermin bilik pengemudi yang telah pecah itu.

Dia segera bersuara. “SPRING!! WHAT ARE YOU DOING?!!!”

Spring tersenyum sinis, memijak tangan Miracle yang berdarah kerana kaca pecah itu. “Kau di lahirkan di tempat ni… jadi kau patut mati di sini juga. Bersama K102….. LK54… die… just die…” ktanya dengan penuh perasaan marah meluap-luap dalam hatinya. “You are not even born human!!”

“Arrrgghh!” Miracle menolak kaki Spring dari tangannya dengan tangannya lagi satu tapi tidak berhasil. “Spring Snap out of it!! Minda kau di kawal!!!”

Spring tertawa besar. “Oh M27…. Sekarang baru kau perasan ke? Aku nak kau mati..” katanya. “Kalau kau mati, tiada lagi penghalang aku untuk hidup… hidup bebas bersama Axerialeth.” Katanya dengan mata penuh dengan kebencian.

“kau akan mati di sini …. Setelah itu, hanya tinggal LK54 dan K012…heh, K012 tak boleh bertahan dengan lama… Dia mungkin akan mati dalam beberapa minit lagi. LK54 akan hidup dan lindungi Tuan Zeloid… Tuan akan bangkit semula dan reproggrame kau M27… You will be replace!!” sahutnya memijak tangan Miracle sekali lagi. “Kau akan di ganti dengan adik kau yang lain! Jangan risau,Tuan Zeloid akan proggramekan kau semula kearah yang lebih baik!” DIa memijak sekali lagi. “Lebih hebat.” Dan lagi. “Lebih sempurna dari sekarang.” Spring tertawa melihat Miracle cuba bertahan. Dia tundukkan dirinya denan mencangkung. “And there’s nothing you can do about it.”

Miracle mengerang kesakitan tidak tahan dengan kepedihan pada tangannya. Darah mula mengalir ke lengannya dan menitis di muka. “Spring!” jeritnya merayu dengan perasaan yang sangat marah. “K012 manipulasikan minda kau! Kau kena lawan dia!”

“Hah!” jeritnya dengan sarkastik. “Kalau aku lawan dia bermaksud dia akan mati. Aku nak kau mati dulu!”

Miracle berdecis dan tunduk memandang bangunan di bawahnya. Dia dapat rasa satu kehadiran, dia sangat kenali aura kuasa CR itu Cuma… Ia ganjil sedikit. “LK54 ada di bawah kan?”  Soalnya memandang Spring semula.

“Who cares?? Kau akan mati juga di sini.” Katanya dengan ketawa sinisnya.

Miracle tersenyum tawar. “Spring…. See you later, I hope.” Dia memegang kaki Spring dan gunakan Kuasanya untuk memberi renjatan elektrik yang sangat kuat pada Spring.

Pintu bilik Pengemudi di buka oleh Rick dan segera menyambut Spring yang tidak sedarkan diri, hampir jatuh dari kapal. Dia ingin menyambut Miracle sekali tapi Miracle melepaskan tangannya dan jatuh masuk ke dalam lubang bangunan itu.

“MIRACLE!!!”


To be continued~~

4 comments:

  1. Sambung...sambung...habislan terus la.

    Tak sabar nak baca ni....

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.... uisshh, habis jari angah kalau type sampai final chapter... sabar eh, angah ada dua lagi criter nak buat... kang next e-novel pun terkendala macam Axerialeth huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. huhuhuhuhu nak lagi nak lagi nak lagiiii...plsssssss...... from...~ccc(,)(,)cik cekelat

    ReplyDelete
  4. Uuuuuuu CIK CEKELAT!! Dah lama tak nampak Cik Cekelat <3 <3 <3 Wait naaaaaa The story is on the way!

    P/S: Miss Cik Cekelat kat comment ^_^

    ReplyDelete