New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Sunday, 22 November 2015

Axerialeth: SOD -Welcome home-

Last chapter

                Di sebuah kerajaan kecil yang bernama Sylvianne, kerajaan yang aman dan makmur setelah migrasi penduduk baru telah berlaku setahun lalu, seorang wanita telah membantu mengukuhkan kerajaan yang sedang membangun itu dengan menghulurkan bantuan dari segi keselamatan dan juga dari segi ekonomi. Sentiasa berada di sisi Raja Sylvianne dalam senang mahupun susah dalam membangunkan Negara mereka.

Membantu Raja Sylvianne dengan mengatur penduduk baru mereka, membina menara di tengah Bandar yang melindungi kerajaan tersebut dari musuh pada masa akan datang dan menemani Raja Sylvianne dalam mengurus urusan di Raja sepanjang masa.

Setelah menyelesaikan tugasnya dengan penduduk baru mereka, iaitu bekas experiment Clow Reign atau lebih di kenali sebagai X-CR, menyesuaikan diri di tempat baru mereka, Kerajaan Sylvianne akhirnya meraihkan satu majlis yang di tunggu-tunggu selama setahun lebih itu. Sebuah majlis yang patut di sambut dengan megah, secara besar-besaran dan dengan penuh meriah sekali. Semua penduduk Sylvianne bekerja sama dalam mengadahkan majlis tersebut dengan sempurna tanpa pertolongan dari orang luar. Segala persiapan majlis tersebut di sediakan oleh penduduk itu sendiri dengan penuh senang hati. Penduduk tempatan dan juga X-CR.

Apakah Majlis yang di maksudkan ini?

“WHERE’S THE WEDDING CAKE!!!”

Miracle menutup telinganya bila dengar ketua pastry chef menjerit sehingga bergema pada ruang dapur besar itu, membuat hampir semua pekerja dalam dapur berhenti dan melihat.

Chef itu berlari ke arah kumpulan pekerja yang bertanggungjawab atas kek perkahwinan di raja dan menjerit; “Ai caramba! Bakal permaisuri akan bunuh saya kalau dia lihat cake ni macam ni!” jeritnya dengan nada tinggi hampir memecahkan kaca tingkap dapur tersebut. Mukanya biru sama seperti warna kek yang 6 tingkat itu, tapi muka chef itu lagi pucat dan lemas. “Oh Mamamia!! What iz diz? Iz diz u called a cake? Diz iz a dizzazter! Ói! Óiiii!!”

Miracle hanya boleh mengerdip mata melihat chef itu colek frosting pada kek itu (membuat pekerja yang buat frosting itu terkejut) dan tujukan kepada kumpulan tersebut, memaki hamun tentang warna dan decoration yang di katakana sangat ‘simple’ untuk perkahwinan Raja Sylvianne dan bakal Permaisurinya. Miracle tak tahu apa definisi ‘simple’ chef tu sebenarnya. Bagi Miracle cake tersebut lebih dari bergaya. Ia lebih menyerlah dari gaun pengantin! Heck, Lagi colourful dari dewan tari-menari perkahwinan nanti… Dia nak buat pengantin menyerlah ke kek dia?

“Mary, kau ada nampak Glend tak?” Bisik Miracle kepada ketua Maid istana yang berdiri di kaki pintu hanya untuk melihat kekecohan di dapur tersebut.

Mary, wanita lingkungan 40-an itu berpaling memandang Miracle dan tersenyum manis. “Tak silap saya, Mistress berada di taman Babylon kegemaran Raja. Dia kata kalau sesiapa cari dia cakap saya tak nampak dia di mana-mana.”

Miracle menjungkit kening hairan tapi tetap tersenyum. “dan kamu beritahu kedudukan dia dekat saya sebab…..”

“Sebab dia juga kata ‘terutamanya PM’. Maksud dia lari dari kamu.” Kata Mary sambil mengenyit mata.

Miracle hanya tertawa, ada-ada sahaja gelagat Mary. Walaupun dah berusia, jiwa remajanya masih lagi segar dalam dirinya. “Baiklah Mary, thanks for the info. Saya kena pergi cari minah satu tu secepat yang mungkin. Bye.”

“Oh dan beritahu dia jangan buang masa lagi! perkahwinan kamu start petang ni!”

Miracle hanya melambai kecil dan berlari anak ke arah taman kegemaran Raja Sylvianne terletak iaitu dibahagian selatan istana tersebut. Ia terletak di atas bumbung istana. Ia mempunyai rumput semula jadi tertanam di atas bumbung istana tersebut dan juga pelbagai jenis tanaman bunga yang exotic menghiasi tanam tersebut. Raja Sylvianne menggelar tanam itu taman bergantung. Kerana ia berada di atas bumbung bangunan istana dan juga melangkau keluar sedikit dari bangunan tersebut. Tambahan pula ia mempunyai pemandangan Kota Sylvianne yang buat ia kelihatan terbang bila berada di dalam taman itu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai gazebo kecil berada di tengah-tengah taman bergantung itu.

Di situ lah Miracle jumpa Glend yang duduk goyang kaki dalam Gazebo tersebut dengan helaian kertas sebagai bacaannya.

“Haah! Kat sini pun kau, Glend!”

Glend hampir melompat bila dengar Miracle menjerit di telinganya secara tiba-tiba. Dia memandang Miracle seperti miracle tumbuh tanduk. Macam mana Miracle berada di sebelahnya tanpa dia sedari? Tak dengar bunyi kasut tinggi dia langsung!

Miracle menjungkit kening melihat muka buntu Glend dan memetik jari di depan muka wanita itu cuba menarik rohnya kembali ke jasad. “Oi Glend, come back to me! You are needed right now!”

Glend kembali focus pasa Miracle dan mencebik, menurunkan kertas ke pahanya. “Oh come o PM, Ini hari, hari cuti aku! Bagi lah aku rehat…” Glend mencebik. “Pergi lah kau cari Kevin tu. Dia kan personal assistant baru kau.”

Miracle hanya menggeleng. Glend masih lagi tak lupakan tentang Miracle mengambil PA baru untuk menolongnya buat kerja. Glend merajuk tentang tu kerana Miracle menyuruh Glend kembali bekerja bersama Ellen kerana Raja Sylvianne itu perlukan pertolongan lebih dari Miracle, kerana masa itu kerja Miracle taklah banyak sangat. Tapi pada suatu masa, kerja Miracle bertambah sehingga jadual hariannya tak terurus dan dia asyik terlepas meeting penting, nak tak nak dia kena upah X-CR menjadi PA nya. Glend tak bersefahaman dengan Kevin, PA Miracle, atas beberapa sebab yang tertentu. Antaranya ialah 1) Kevin budak 16 dan tiada pengalaman jadi PA. 2) dia mengambil tempat Glend. 3) yang paling penting, Kevin pernah merancang untuk bunuh Miracle. tapi itu cerita lain.

“Glend…. dah setahun aku ambil Kevin jadi PA aku. Takkan kau masih merajuk kot?”

Glend tidak menjawab hanya mencebikkan bibirnya sambil memeluk tubuh.

Miracle memutarkan bola matanya fed up dengan perangai kebudak-budakan Glend yang dah berlangsung dua tiga hari ini. “Dah tentu aku akan cari Kevin tapi masalah sekarang ialah kevin bukan perempuan.” Miracle menjungkit kening bila Glend memandang kearahnya. “Gaun pengantin tu takkan terpakai dengan sendirinya tanpa kau bersama aku. Come on Glend, jangan rosakkan hari bahagia aku.”

Glend memandang Miracle untuk seketika sebelum tersenyum kecil. “Hari bahagia kita.”

Miracle turut tersenyum. “Okay. Hari bahagia kita. So stop sulking already! We only have hours for the wedding!” Dia menarik tangan Glend dan mengheretnya masuk kedalam istana ke bilik persiapan wanita.

Oh Glend tunggu kejap.” Miracle hentikan langkahnya dan tersenyum. “Kau pergi dulu, aku ada something nak buat kat bilik study Ellen.”

Glend pula menjungkit kening sambil bercekak pinggang kearah Miracle. “Uh’huh… siapa kata tadi ‘oh glend… we only have hours ‘till the wedding’.” Glend ajuk kata Miracle dengan nada gedik sambil goyangkan pinggul.

“Its only takes a minute you whiny brat. Dah pergi! Nanti aku susul.”

“Okay-okay… See you.” Sahut Glend dengan tawa dan bergerak pergi ke bilik persalinan wanita manakala Miracle bergerak bertentangan arah ke bilik study Ellen.

Sebaik sahaja dia tiba di bilik tersebut, dia membukanya tanpa mengetuk sebab dia tahu Ellen takkan ada di dalam bilik tersebut pada waktu seperti ini. tentu dia berada di bilik persalinannya bersiap memakai baju perkahwinan tradisionalnya. Dia masih ingat Ellen merungut yang baju tu gatal nak mampus dan sangat panas. Sangat sangat tak selesa. Dia juga kata dia takut dia takkan muat pakai baju tersebut sehingga dia kena diet untuk mengelakkan baju tu ketat sangat untuknya.

Miracle tersenyum mengingatkan salah satu sketsa sarapan mereka di mana Ellen kena makan sikit, buah-buahan dan sayur sahaja. Mulai esok dia dah boleh makan seperti biasa, mesti dia akan suruh pekerja satu dapur masakkan dia satu buffet hanya untuk dia seorang je.

Miracle tertawa sendiri bayangkan Ellen yang duduk di meja makan dengan perut kenyang tapi masih mengunyah makanannya yang tidak habis di atas meja. In real life tentu lebih kelakar.

Dia bergerak ke meja Ellen dan membuka laci meja tersebut dengan perlahan. Ya, tiada orang dalam bilik itu tapi tak salah jika dia berhati-hati. Dia mengangkat barang di dalam laci itu satu persatu sehingga dia jumpa barang yang dia cari.

“Bingo!” bisiknya gembira, mengeluarkan sepucuk surat putih dari laci tersebut dan menutupnya dengan perlahan-lahan.

“Mira! Kat sini pun kau, kita dah kesuntukan masa ni!” seorang remaja lelaki menyerbu masuk bilik tersebut tanpa mengetuk pintu hampir membuat Miracle menjerit.

“Oh gosh Kevin!” Dia mengurut-urut dadanya menenangkan jantungnya yang nak melompat keluar. “Aku ingatkan kau Ellen tadi!”

Kevin hanya tersenyum nakal dan perasan terdapat sampul surat dalam tangan Miracle. “I pretend I didn’t see that. So come on! Nanti Glend bunuh aku sebab kita lambat!”

“Okay-okay! Hissshh…..” Dia berlari anak keluar dari bilik study itu dan menutup pintu dengan perlahan. “macam mana kau tahu aku kat sini?”

“Easy. Aku dapat kesan Aura kau. Remember Mira, aku boleh detect CR.”

“Oh yaaaa…. I forget.” Dia terus meluku Kevin. “Kalau ya pun jangan lah serbu macam tu!”

“Hehehehe… Sorry.” Kevin menggaru pipinya sambil tersengih-sengih. Dia memandang Miracle masukkan sampul surat tersebut ke dalam seluarnya dan bersuara; “Kau pasti ke tentang ni? Kita tak tahu di mana kedudukan Axerialeth, macam mana kau nak hantar surat tu kat dia. plus, majlis perkahwinan bermula 4 jam dari sekarang. Aku tak rasa ia sempat sampai ke sana—”

“Shhhh-shhhhShhhhh” Miracle meletak jari telunjuknya pada bibir Kevin senyapkan PAnya. “Don’t underestimate me Kevs, Aku pasti surat ni sampai kat dia. Aku akan pastikannya sendiri.” Katanya dengan senyuman nakal yang mengandungi 1001 mistery.

>X<

“Woaaaah!! Seriously dorang buat majlis kali ni meriah!” sahut Seorang wanita 21 tahun berambut perang pendek yang ikal, melihat kota Sylvianne yang meriah dengan perhiasan di setiap bangunan dan sudut jalan kota tersebut. Ribbon di hias sepanjang bangunan dan banner ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’ bersama logo kota Sylvianne di gantung dengan megah. Music dimainkan dengan girang bersama penduduk sylvianne menari secara berpasangan mengelilingi air pancut yang mempunyai patung Puteri Miracle menuang air dengan cupak yang berada di tengah-tengah round about pedestrian walk. Serta anak-anak kecil bermain dengan senda tawa yang gembira, menari, menyanyi, dan bercerita tanpa henti mengikut suasana riang kota tersebut.

“Nampaknya kita tiba tepat pada masanya…. Pergghh, tapi aku tak sangka mereka akan sambut semeriah ni. Mereka mesti sayangkan bakal permaisuri mereka sangat-sangat ni.” Kata Seorang lelaki berumur 25 tahun berambut hitam dengan baju lengkap seperti seorang petani sama seperti perempuan berumur 21 tahun tadi.

Seorang lagi wanita yang dah masuk 30 tahun tertawa kecil sambil mata memandang sekelilingnya, melihat penduduk sylvianne yang gembira dengan pandangan yang tenang. “Kalau kesudahannya seperti ini tentu Miracle juga gembira kan? Hmmm…. tapi, apa riaksi Rick kalau dia tahu kita dah curi kunci supernova untuk bawa kita ke sini?” soal Manda memandang Spring dan Ben.

Ben tertawa besar bila teringatkan misi mereka semalam mencuri Kunci tersebut dari Rick. “Of course dia akan meletup bila dia bangun nanti!” katanya. “Dia akan kata ‘Damn them!! Berani dorang bawa kapal aku ke sini?!!!!’ something like that.” Ben sempat tiru riak wajah bengang Rick sebelum mengenyit mata kepada mereka.

Spring tertawa menutup mulut melihat perangai Ben, dia terfikir sesuatu tentang Rick membuat tawanya redah dan berfikir. “Korang rasa dia akan turun tengok perkahwinan Miracle ke nanti?”

Manda menggeleng. “Bangun sour mood tahu kita curi kunci dia untuk pergi ke sini sedangkan kita dah janji takkan datang. Of course not! dia akan duduk dalam kapal buruk dia tu memikir kesalahan dia kenapa dia tinggalkan Miracle dan rasa menyesal sebab tinggalkan Miracle.”

“Dan di sebabkan dia rasa bersalah dan rasa insecurity dalam diri dia yang Miracle dah move on tanpanya, lagi lah dia taknak datang. Sakitnya tu di sini nampak ex kau berkahwin dengan orang lain.” Ben menyentuh dadanya dengan muka terluka sebelum tersenyum nakal. “Dia taknak beritahu kita kenapa dia tinggalkan Miracle so, I think this is the good punishment for him.”

Spring menutup mulutnya terkejut mendengar rancangan jahat mereka. “You guys are evil.” Tapi ayatnya mengkhianatinya dengan senyuman sama seperti Manda dan Ben. “I like it.”

“No, you like me.” Ben memeluk bahu Spring dan mengenyit mata. “Kan?”

Spring memutar bola matanya dan beri kucupan pada pipi Ben. “Arrogant Prat.”

“Ouch baby… you hurt me.” Ben menyentuh dadanya sambil buat wajah sedih. “Another kiss will cure the wound.”

Manda hanya menggeleng melihat couple meluat itu. Kenapa lah dia setuju pergi ke pekan bersama mereka dan tak bersama Pole ke Istana? Dah tahu dorang dua  akan berlovey-dovey sweety pie bila mereka tiba di pekan tersebut.

Oh ya, dia bersimpati kat Nuez yang masih single dan akan break down bila lihat kawan sehidup semati ‘single for life’nya akhirnya dapat perempuan yang dia suka tapi Nuez tidak jumpa sesiapa lagi. Urrrggghhh, dia tak patut bersimpati kat Nuez. Sekarang dia pula melekat dengan dua pasangan meluat nak mampus.

Manda kembali pandang ben dan Spring dan terus menyesal sebab dia hampir nak muntahkan semua sarapan pagi yang dia makan tadi di dalam kapal. “Get me out from this torture…..”

Sementara itu di dalam istana di mana Pole dan Nuez juga dalam penyamaran mereka. Nuez menyamar menjadi pelayan pada majlis tari-menari untuk malam tersebut dan Pole pula menyamar menjadi salah satu Maid istana.

“Okay, aku nak cari bilik di mana Miracle pakai gaun dia dan kau—”

“Akan ikut sekali.” Potong Nuez.

“What no! You cant!” bisik Pole dan memandang orang istana yang berlalu pergi sebelum pandang Nuez semula. “Dude, kau kena pergi jumpa Ellen dan beritahu dia tentang kita congradulate perkahwinan mereka dan pergi. Just a small notes then jumpa di belakang istana. Asal kau tetiba nak ikut aku jumpa Miracle pula?”

“Sebab aku nak jumpa dia for one last, Last time. Kau ingat kau je ke yang nak tengok dia pakai baju pengantin?” soal Nuez sambil memeluk tubuh.

Pole menghembus nafas geram. Kenapa Nuez buat hal sekarang? Kenapa tak semalam??? “Kita akan ke perkahwinan dia juga you dope! Aku hanya nak make sure yang gaun pengantin dia sesuai for my Miracle!”

Nuez ingin membantah tapi terbatal bila terfikirkan ayat pertama Pole. Betul, mereka akan ke perkahwinan Miracle dalam penyamaran. “Fine. Aku jumpa Ellen. Jumpa kau In….. 10 minutes?”

“15.” Tambah Pole, memandang lobi istana itu. “aku rasa aku perlukan lebih banyak masa untuk cari bilik tu. This place is huge!”

“Fine, 15 minutes.” Nuez akur. “See you later!” dan dia bergerak pergi.

Pole pula pergi bertentangan arah dari Nuez dan mula pencariannya menjejak bilik di mana Miracle memakai gaun pengantinnya. Ia bermula dari bahagian istana yang ramai orang sibuk berjalan di laluan istana. Dia jangka salah satu dari bilik tersebut ialah bilik Miracle.

Bilik pertama.

Nope, ia bilik hadiah. Hadiah untuk perkahwinan di raja. Dan jumpah hadiah tersebut tak terkira! Not to mention saiz juga tak terkira. Apa mereka hadiahkan kat Raja dan Permaisuri Sylvianne dengan hadiah yang besar hampir mencecah bilik tersebut?

Pole segera keluar dari bilik tersebut dan ke bilik seterusnya. “Nope. Bilik dessert? Woaah… dia nak bagi makan sapa dengan pencuci mulut macam ni? Satu Sylvianne?”

Dia ke bilik seterusnya. “Oh come on.” Pole merungut. Setiap bilik sebesar rumah rumah kondominium termasuk dengan bilik dan dia kena berjalan jauh dari bilik ke bilik untuk mencari Miracle. “This is ridiculous. Bilik Spa? Kenapa Kapal kitorang takda??” Dia menutup pintu tersebut dan berlari ke pintu terakhir.

Note yourselves; Paksa Rick pasang satu bilik spa untuk mereka.

Dia memegang kedua tombol pintu tersebut dan menarik nafas dalam. “tolong lah ini bilik Miracle…. Tolong lah ini bilik Miracle!” bisiknya sambil menutup mata. Dia dah penat dan dah kesuntukan masa. Kalau dia lambat, dia takut dia takkan jumpa Miracle dalam gaunnya. (dia kena pastikan gaun Miracle nampak cantik! For her little Baby!)

Dia membuka pintu tersebut dan tersenyum melihat figura yang dia kenali sedang bertekak dengan lelaki botak yang mungkin pereka fashion gaun pengantin.

Oh my, My little baby nampak cantik dengan baju pengantin putih tu desis hatinya gembira hampir mengalirkan air mata. Oh, wajah tegang tu mungkin spoilkan fantasy Pole bayangkan miracle pakai baju pengantin dengan tangisan gembira. Tambahan pula gaun Miracle kelihatan lebih simple dari apa Pole jangkakan untuk bakal Permaisuri Sylvianne tapi ia agak logic kerana Miracle suka benda simple dan Permaisuri Sylvianne kena kelihatan simple menunjukkan dia bukan seorang yang materialistic.

Apapun, ia tetap sesuai. Sangat sesuai untuk Miracle! Oh gosh dia tak sabar nak lihat Miracle pada Holy gate bersama Ellen nanti!—Well, pengatin lelaki bukan Rick—tapi dia tetap gembira!

Dia nak masuk ke dalam dan memuji Miracle tapi Mary menegur Pole. “What are you doing here young lady?” Soal ketia Maid itu sambil bercekak pinggang.

“Huh?” Pole menjungkit kening hairan. Siapa perempuan ni?

“Mary?” Miracle cam suara tersebut dan alihkan perhatiannya dari pereka fesyen yang menjengkelkan itu. “apa kamu buat kat sini?” soalnya dengan senyuman.

“Mistress.” Mary tunduk hormat dan kembali memandang Pole. “Saya nak kembali ke dapur dan terjumpa dia tercegat depan pintu kamu.” Katanya sambil menjeling kearah Pole. “Kejap….”

Pole mula Cemas bila Mary memandang dia pelik semacam.

“Kamu…. Kamu pekerja baru ke?”

“Y-Ya! saya baru bekerja semalam.” Jawabnya. Terlalu cepat.

Mary memandang dia untuk seketika sepertinya ingin mengingat kalau-kalau dia ingat Pole bekerja dengannya. Dia akhirnya mengangkat bahu. “I forget your name. Apapun, Jom! Kita sibuk di dapur. Ini bukan tempat kamu untuk kacau orang penting!” marahnya dan mengheret Pole keluar dari bilik tersebut.

Nak tak nak Pole kena ikut perempuan tersebut dan memandang kearah Miracle yang juga buntu. Haiiishhh…. Nampaknya bukan nasib dia untuk bercakap dengan Miracle untuk kali terakhir.

Miracle hanya memandang dua maid di raja itu bergerak keluar dari biliknya dan melambai secara janggal. Okay….. dia tak jangka ada orang tak dikenali akan serbu masuk. Terutamanya maid muda tu.

“Like a said sweet precious gem of Sylvianne, you have to shine!! This is an important day. Very-very most important!” si pereka fesyen kembali bersuara dengan loghat italinya. “Saya tak boleh biarkan kamu pakai sesimple ini, ia melanggar kod saya!” bebelnya sekali lagi.

“Oh please Ricco, This is not just about me!”

“Of course it is! Look Precious, kamu nak bertengkar dengan saya sepanjang hari sampai majlis tu bermula atau pakai sekarang? Ia menjimatkan masa kita berdua. I have to decorate your friend too you know and you have a run away to do.” Si pereka fesyen, Ricco bercekak pinggang tanda dia sudah penat bergaduh dengan Miracle sejak mula Miracle pakai gaun tersebut. “Hmm? How about it?” soalnya menjungkit kedua keningnya, menunggu.

“For heaven sake—pakai je lah Mira!”

Miracle berpaling ke belakang melihat Glend yang baru keluar dari bilik sebelah selesai memakai gaun yang sama warna dengan miracle.

“Oh my Gosh Glend! you look fabulous!”

Glend memutar bola matanya tapi tak boleh sembunyikan senyuman yang terpapar pada wajahnya. “Yeah sure. Tapi takkan secantik kau—”

“Sod it—”

“Apapun…” Glend menukar tajuk sebab Miracle potong ayatnya. Tahu sangat Miracle tak suka dipuji lebih-lebih. “Kau akan datang ke?”

Miracle mengerdip mata untuk beberapa kali tak faham maksud Miracle sebelum tersenyum nakal. “Dengan gaun ni? Oh no, kau tenggelam nanti dalam dewan tu.”

Maata Glend membesar tanda dia nak marah. Memberi amaran kepada Perempuan gila di depannya ini. “Seriously?? Tapi—tapi Miracle kau janji kau akan datang—”

Belum sempat Glend nak merungut, pintu bilik tersebut di ketuk dan kepala lelaki Glend benci muncul di sebalik pintu.

“Kevin….” Rungut Glend dalam bisikannya. Kenapa lelaki tu kena muncul sekarang?

Miracle memukul bahu Glend beri amaran untuk jaga perangai dia seperti mana Glend janjikan dan memandang kearah Kevin. “Apa dia?”

“It’s time babe. Bila kau nak gerak?”

Glend terkejut beruk dan memandang kearah Miracle. “Kau nak pergi sekarang? Tapi Mira—the wedding….”

Miracle hanya tersenyum dan pegang kedua tangan Glend. “Glend… please, just for a moment. Okay?”

Glend memandang tepat pada mata Miracle, melihat Miracle merayu kepadanya, melihat betapa dia nak buat misi nya itu dan akhirnya dia mengeluh. “Baik lah. Just be back okay?”

Miracle tersenyum lebar dan memeluk Glend tanda dia bersyukur dengan Glend. “Of course aku akan kembali. Wajib.”

>X<

Bunyi penggera phone berbunyi membangunkan Rick dari tidurnya. Tangannya meraba-raba night stand di tepi katilnya untuk matikan penggera menjengkelkan tersebut sebelum menarik kembali tangannya ke sisi.

Urrrggghhh… siapa pulak pasang penggera kat fon aku? Rungut hatinya dengan mata tertutup. Mereka takda kerja ini hari kerana mereka semua nak bercuti untuk sehari ni dan Rick setuju tanpa bantahan. So, kenapa Fonnya berdering? Kenapa mereka pasang penggera untuknya? Pasti dorang buat sudden mission sampai buat penggera untuknya pada awal pagi.

Dia cuba membuka matanya dan bangun secara push up tapi dia terbaring atas katilnya semula kerana tangannya yang rasa lemah semacam. Tambahan pula kepalanya rasa sakit.

Kenapa dia sakit kepala? Apa dia buat semalam sampai dia sakit kepala? Apa sebernarnya terjadi semalam?

Rick cuba ingatkan semula apa dia buat sebelum dia tidur. Semalam, ya… semalam, selepas mereka kembali dari misi menolong kampung malang yang terbakar kerana gangster yang tak berguna itu dan memberi pengajaran kat budak bajingan tersebut, mereka kembali ke kapal. Seperti hari biasa, tabiat Pole, pergi mandi lepas misi, Ben dan Spring lepak di second base, Manda membuat laporan tentang misi mereka (setiap misi kena di catat untuk kegunaan pada masa depan, just in case mereka perlukanya.) Manakala Nuez di dapur buat snek untuk mereka. Dia? Manda rawat Rick setelah buat laporan kerana dia tercecdera semasa berlawan dengan gangster ulat bulu itu. Manda membebel sepanjang masa dia merawat Rick bagaimana Rick boleh tercedera dengan mudah. Tambahan pula luka pada dadanya agak dalam. Nasib baik ia tak terkena ke jantung kalau tak mesti Rick takkan bangun pada hari ini. setelah itu dah tentu Rick take a long shower seperti Pole. Kalau korang tak tahu, Rick seorang lelaki pembersih. Tapi ada kalanya dia pengotor dari sudut lain. Seperti bersihkan kapal, bilik dan perkara lain. Dia hanya nak dirinya sendiri bersih. Oh, dia pemalas cuci baju sendiri.

Kembali memikirkan sketsa semalam, Usai dia membersihkan diri dan tukar bandage baru, dia join in Ben dan Spring di sofa bulat. Saja nak kacau mereka. (Juga rutin harian Rick selepas mandi mengusik Ben seperti mana Ben sentiasa usik dia.) tak lama lepas itu, Pole dan Manda join in mereka.

Rick perasan ada sesuatu yang pelik tentang mereka semua, mungkin sebab penat sangat? Atau mereka fikir kenapa Rick hilang focus sejak kebelakangan ini? Entah lah, Rick tak tanya sebab malas nak jawab persoalan mereka ataupun mereka semamangnya dalam berperangai pelik. Esok lusa tau la rancangan dorang semua. Selalunya dorang buat self mission tanpa pengetahuan Rick atau rahsiakan sesuatu antara satu sama lain. Harap bukan kat Rick.

Selepas tu, Nuez datang bersama setalam famous hot chocolatenya. Of course, siapa boleh tolak minuman kegemaran satu kapal tu? Ia dah jadi rutin selepas misi besar yang memenatkan, secawan hot cholocate Nuez adalah satu kewajipan bagi mereka. Ia umpama ganjaran untuk hari-hari seperti itu. Ganjaran yang tak dapat di beli dengan duit.

Dan….. selepas minum chocolate tu…

“Damn…. Dorang buat hal lagi…” Rick merungut pada bantalnya dapat tangkap apa plan mereka. Dia memangkat kepalanya untuk melihat gelang supernovanya. Tiada.

“I knew It---Ow!!” Rick melompat turun dari katilnya tapi jatuh terlutut kerana luka pada dadanya menyengit tapi dia kembali berdiri dan lari lintang-puang keluar dari biliknya menuju ke ruang rehat second base di mana sofa bulat berada bersama meja-holo yang hidup menayangkan globe hologram. Atas globe tersebut terdapat cahaya yang berkelip-kelip pada suatu tanah yang Rick kenal

Tolong jangan cakap kami di Sylvianne… Tolong lah… Jangan—

“Shit.”

Seperti yang Rick agak, mereka curi kunci Supernova untuk bawa Axerialeth ke Sylvianne. Menghadiri majlis perkahwinan Miracle.

Rick jatuh terduduk pada sofa bulat itu, tergamam. Dia berada di Sylvianne. Anak kapalnya yang tak guna tu sanggup bagi dia ubat tidur hanya untuk ke Sylvianne. Mereka dah hilang akal ke?? Dia dah bagi arahan—amaran keras ‘mereka tidakkan ke Majlis Perkahwinan Miracle’. Ia untuk kebaikan semua orang. Baik untuk anak kapal axerialeth dan juga orang Sylvianne.

“BEN!” Dia mula menjerit nama pengemudi, mendengar suaranya bergema di ruang besar itu. Tiada balasan.

“NUEZ!” sekali lagi bergema. Dia memegang dadanya yang sakit kerana menjerit kuat sangat. “Korang kat mana?!” Sekali lagi, Tiada balasan.

Rick menghembus nafas panjang dan rebahkan kepalanya pada Sofa tersebut, mengalah dengan perangai mereka semua. “Good Lord mereka semua pergi. Mereka nak bunuh aku ke?” soalnya sambil mengurut dahinya yang mula berdenyut. Stress di pagi hari. tak baik untuk kesihatan.

Mereka fikir mereka siapa? Pandai-pandai mencuri kuncinya dan bawa kapalnya ke Axerialeth? Mereka tahu apa akan jadi pada Rick bila dia di Sylvianne. Godaannya sangat kuat untuk Rick bertindak kurang waras dan rosakkan rancangan jangka panjangnya. Rancangan jangka masa yang sangat panjang.

Rick bangun dari sofa tersebut ke dinding kaca yang menunjukkan pandangan penuh suasana Sylvianne yang kelihatan meriah walaupun di lihat dari jauh. Dengan belon yang terbang ke udara dan irama lagu yang halus dari kota tersebut dapat di dengar dari kapal Rick.

Mereka letak kapal ni tepat-tepat depan Sylvianne. Mereka sedang menghukum aku. Aku pasti mereka sedang menghukum aku.

Rick mengeluh sekali lagi. Dia patut beritahu mereka kenapa dia tinggalkan Miracle. Kalau dia beritahu, semua ni takkan berlaku. Mereka takkan berani melawan Rick seperti ini. Kalau Miracle tahu yang Axerialeth berada di Sylvianne. Tentu kekecohan akan berlaku di istana. Rick tak nak perkara tu berlaku.

Tapi.. jauh dalam lubuk hatinya… Dia nak perkara tersebut berlaku. Dia tahu apa akan jadi jika mereka ke Sylvianne. Dia tahu apa akan jadi pada Miracle. Apa akan jadi jika dia tak bagi tahu kepada anak kapalnya.

Dia dah agak situasi ini akan berlaku. Sebab itu dia tak meletup sebaik sahaja dia tahu keberadaan mereka. Sebab… dia mengharapkan perkara ini akan terjadi.

Dan ia dah pun terjadi.

Rick menutup matanya dan menarik nafas dalam. “Rick… keep yourselves together. Call mereka dan suruh mereka balik sekarang. Mereka sempat keluar dari kota tersebut tanpa kantoi oleh Miracle.” Setelah dia tumpukan perhatian kepada perasaannya, mengumpul segala perasaan marah untuk menengking Ben dan yang lain nanti, dia mengangguk tanda perasaannya dah solid untuk meletup dalam communicator mereka.

Namun, sebaik sahaja dia membuka mata, memandang kearah kemeriahan kota Sylvianne, fikiran dan perasaannya berubah kearah Miracle. dahinya berkerut sepadan dengan bibirnya yang ke bawah.

Adakah dia baik-baik sahaja? Adakah Ellen melayan Miracle dengan baik?

Rick menyandar pada dinding kaca itu, mata tak berganjak dari kota yang meriah itu. Menyambut hari paling berbahagia dalam hari mereka. Impian terbesar mereka akhirnya menjadi kenyataan.

“Uggghh… come on Rick. kau boleh hadapinya. Hanya untuk beberapa jam sahaja.” dia menyandarkan dahinya pada cermin tersebut. Mencengkam dadanya yang rasa sakit. “Just for a little more. Lepas itu semuanya akan berakhir.”

Dia cuba yakinkan dirinya sendiri, meyakinkan hatinya, apa yang dia buat sekarang ni adalah keputusan yang tepat. Miracle akan faham kenapa Rick lepaskan dia. Rick pasti, Miracle akan fikirkan kemungkinan kenapa Rick tinggalkan dia. Miracle pasti dapat teka kenapa. Dia kena. Dia mesti.

X-CR tu lebih memerlukan Miracle dari Rick. mereka perlukan seorang pemimpin untuk dipercayai, melindungi dan mendorong mereka dalam kehidupan baru mereka. Ellen juga perlukan Miracle untuk mendapat kepercayaan X-CR. Lagipun, dia sukakan Miracle. Dah tentu Ellen akan bahagiakan miracle. Ellen, seorang lelakiy yang baik. Mustahil Miracle takkan berubah hati dan mula mencintai Ellen.

Mencintai Ellen…

Membayangkan Miracle mencintai orang lain selainnya membuat hati Rick tambah sakit. Ia umpama racun kepadanya bila memikirkan Miracle telah tidak mencintainya lagi.

“Please… stop… just stop.” Dia mengetuk dadanya memaksa dadanya untuk berhenti menyeksanya. Ia sakit. Dia tahu lukanya akan terbuka jika dia terus buat tapi kesakitan dalam hatinya tidak lawan kesakitan pada lukanya sekarang ni.

Irama lagu riang dari kota tersebut menjadi perlahan membuat Rick hampir tidak mendengarnya langsung. Dia membuka matanya yang pedih kerana serpihan kaca yang ditabur pada matanya.

Irama tersebut bukan di hentikan tapi bertukar ke lagu yang lebih perlahan. Ia lagu ketibaan Pemerintah Sylvianne.

Rick ternampak kereta hitam keluar dari pagar utama istana di pandu perlahan melalui jalan yang dipenuhi oleh penduduk Sylvianne yang berkumpul di tepi jalan, melambai dan menjerit kepada kereta limo hitam tersebut.

Adakah itu Miracle? Soalnya melihat perhiasan kereta tersebut yang bertemakan pink dan logo tiara pada bonet kereta tersebut. Miracle di dalam kereta tersebut dan ia menuju ke Dewan perkahwinan mereka?

Mata Rick menjejak jalan yang di penuhi oleh penduduk itu hingga ke penghujung jalan di mana lebih ramai orang berkumpul di depan bangunan yang kemungkinan tempat Raja Ellen dan miracle akan berkahwin.

“Oh god… N-No…” Dia menutup matanya bila air mata mengugut untuk jatuh. Apa dia dah buat? Dia telah melepaskan satu-satunya orang yang dia sayangi, satu-satunya cahaya hidupnya, berkahwin depan matanya dan tinggalkan Rick dalam kegelapan selamanya. Sekarang dia menyesal untuk tidak bertindak mengambil miliknya semula dalam sepanjang setahun setengah itu.

Dia jatuh berlutut di depan dinding tersebut—jatuh sekali lagi—dan merelakan dirinya mengalirkan air mata. Cuma kali ini, Ben tiada datang menyerbu masa bersendiriannya dan tarik Rick dari kesengsaraannya. Dia bersendirian. Seperti dahulu. Sebelum Axerialeth wujud, setelah keluarganya pergi. Bersendirian di kapal besar tersebut.

“M-Mira… Mira—Miracle…” sahutnya antara tangisan. “I’m sorry… I really am sorry baby… please forgive me but… B-but I want you. I Need you.” Dia diam untuk seketika, membuka mata melihat kereta hitam yang bergerak semakin dekat dengan dewan tersebut.

Sekarang dia terbahagi kepada membiarkan kereta itu sampai ke destinasinya atau turun ke bawah dan lakukan sesuatu. Sesuatu yang dia tak pasti samada berbaloi atau tidak. Sia-sia atau tidak.

Persoalan itu buat Rick sedar akan sesuatu.

Dia menggenggam tangannya menjadi penumbuk pada dinding tersebut. Apa yang dia ragu-ragukan? Kenapa dia ragu-ragukan?

Ia lebih berbaloi jika itu Miracle.

“Fuck this.” Rick kata telah membuat keputusan dan berpaling menuju ke Pintu keluar Second Base.

Tapi, langkahnya terbantut sebaik sahaja dia berputar kebelakang. Dia tergamam. Kaku pada posisinya dan mata membesar, umpama memastikan dia tidak berhalusinasi.

>X<

Manda terngangah melihat Dewan perkahwinan Miracle. Dia tak tahu nak bagi riaksi apa kepada perhiasan dalam dewan tersebut. Apa yang dia boleh bagi ialah mata yang membesar setiap kali dia melihat sudut lain dewan tersebut, mulut terngangah hampir buat rahangnya tercabut dan otak yang gagal berfungsi untuk paru-parunya beri nafas baru untuknya.

“O.M.G. Now this is a wedding ceremony.” Spring bersuara apa yang Manda ingin katakan tapi terlalu kagum untuk berkata-kata.

Dewan tersebut tidaklah sebesar mana yang mereka jangkakan. Ye lah, mereka fikir, bakal permaisuri yang di sayangi oleh satu rakyat dah tentu nak semua rakyatnya hadiri majlis perkahwinannya. Tapi, Dewan tersebut sama besar seperti dewan perkahwinan biasa. Cuma perhiasannya terlebih sedikit.

Terdapat lebih 30 tempat duduk panjang yang di perbuat dari kayu jati dan diukir cantik bertemakan loceng, cupid dan ribbon sepertinya ia di tempah khas untuk perkahwinan tersebut sahaja dan 15 kerusi pada setiap belah bilik tersebut. Tempat duduk tersebut boleh muat 10 orang.

Di antara dua belah kerusi-kerusi tetamu itu, ada carpet putih yang berkilau bila cahaya matahari terpancar diatasnya, di bentang megah dari pintu masuk dewan ke belakang Dewan dimana Holy gate yang juga tak kurang lawanya dimana kedua pengantin akan berdiri untuk mengangkat sumpah.

Gerbang suci tersebut dihias dengan perbagai jenis bunga warna putih dan juga ribbon siffon yang berwarna emas. Bukan itu sahaja terdapat dua buah loceng tergantung di atas gerbang tersebut untuk si pembaca ikrar bunyikan setelah ikrar pengantin selesai di laksanakan oleh kedua pengantin. Ia seperti memberi pengumuman yang pengantin dah jadi suami isteri.

Perhiasan pada dinding Dewan juga sangat menakjubkan, Ribbon emas mengelilingi dinding dewan dan juga belon putih emas terapung di atas dewan, menutup dinding Dewan tersebut.

“Oh man…. mereka dah Berjaya hias Dewan ni macam syurga.” Puji Ben kepada perhiasan rakyat Sylvianne telah buat. “Aku rasa separuh darinya mereka tempah luar negara.”

“tentulah mereka akan tempah. Mereka nakkan yang terbaik untuk Miracle.” kata Spring dengan senyuman, mata tak terlepas dari Gerbang suci di belakang dewan yang kelihatan bercahaya kerana cahaya mentari mencelah masuk dari tingkap belakang dewan tersebut.

“Jom ambil tempat duduk belakang.” Kata Manda tidak menghiraukan mereka dan heret Spring ke tempat duduk belakang sebelah kiri. Ben hanya menggeleng dan mengekori mereka.

“Kau rasa bila Pole dan Nuez sampai sini?”

Spring yang bercerita dengan Manda memandang ke pintu masuk Dewan, tetamu VIP telah masuk dan memenuhi dewan tersebut. “tak lama lagi. dalam masa 5 ke 6 minit macam tu.”

Ben menarik sengih. Tahu sangat Pole akan lambat kalau ia berkaitan gaun Miracle. “Harap mereka cepat, Miracle tu jenis yang punctual.”

Tak sampai seminit, Pole dan Nuez muncuk di dewan tersebut dan duduk bersama mereka. Mereka berdua termengah-mengah sepertinya baru sahaja habis marathon. Nuez dah melonggarkan tali leher dengan coatnya dalam tangan, manakala rambut Pole yang di ikat ketat menjadi bun dah longgar, dengan beberapa helai rambut melekat pada lehernya yang berpeluh.

“Korang berdua dah kenapa?” Soal Ben sambil menjungkit kening.

“Penyamaran…. yang teruk….. menjadi pembantu….. di istana.” Kata Nuez antara nafas sebelum menarik nafas dalam.

Pole mengangguk setuju. “Kami hampir terkantoi sebab skip kerja banyak kali untuk lari dari istana tu. Banyak kerja dia bagi kat kami.” Pole menghulurkan tangannya kearah Manda tanda dia minta beg sandang Manda dan mengeluarkan beg make upnya.

“Kau sempat make up?” soal Nuez tak percaya.

Pole hanya tersenyum. “Ia wajib okay. wanita kena sentiasa kelihatan lawa.”

Mereka yang lain hanya menggeleng melihat telatah Pole. Pole tak berubah dari dahulu sampai sekarang. Berhati wanita! Mereka masih tertanya-tanya macam mana Pole boleh jadi Transexual tapi keinginan menyoal Pole menghilang setiap kali melihat perangai Pole. Ia sepertinya perangai Pole menjawab segala persoalan mereka.

Dewan menjadi senyap secara tiba-tiba membuat mereka semua memandang Holy Gate.

“Oh! Ia dah mula!” bisik Spring dengan riang, melihat rajah Sylvianne berdiri di sebelah pembaca ikrar, kelihatan segak dan bergaya di bawah Gerbang suci tersebut dengan baju pengantin tradisional di raja itu.

Jelas pada wajah Ellen yang dia gementar berdiri di bawah gerbang tersebut. Mukanya kelihatan pucat dan berpeluh, walaupun dewan tersebut cukup sejuk untuk mereka hasilkan setitip peluh. Ia wajar untuk pengantin lelaki rasa gementar. Ini kan majlis perkahwinan mereka.

“Pengantin perempuan akan masuk ke dalam Dewan.” Jurucakap majlis itu bersuara melalui microphone. Dengan signali tu, pemain piano memainkan lagu ‘here’s come the bride’ dan sesaat kemudian, pintu dewan terbuka dari luar dan pengantin perempuan masuk kedalam Dewan bersama veil yang menutup wajahnya.

Semua orang dalam dewan itu berhenti bernafas melihat kejelitaan bakal permaisuri tersebut. Gaun putih yang kembang bersama shash panjang terikat pada sanggulnya, panjang hingga mencecah lantai seperti mana panjang gaunnya. Sejambak bunga ros di dalam tangan, Ros merah, semerah bibir pengantin yang mengukirkan senyuman manis.

“Woaaa…. Cantiknya Mira.” Bisik Spring dengan mata bersinar-sinar. Dia tak sangka dia dapat lihat kawan baiknya berkahwin, setelah berjanji dekat Rick yang dia takkan kembali ke Sylvianne, dia takkan jangka akan melihat Miracle dalam keadaan seperti ini.

Pole tersenyum nakal. Nampaknya pereaka fesyen tu dapat pujuk Miracle ubah gaun simple ke gaun kembang.

“Nu, kau dah bagitahu Raja Ellen ke?” Soal Ben dengan bisikan tanpa matanya terlepas dari wajah pengantin lelaki yang juga tergamam.

“Dah. Dia tahu kita di sini.”

Pandangan Ben beralih ke Nuez. “Dalam Sylvianne?”

Nuez mengangguk. “Dalam dewan.”

Pengantin perempuan itu tiba di sisi Ellen dan tertawa kecil bila lihat Ellen buat muka tak selesa membuat tetamu mereka ‘awww’ kat kecomelan mereka berdua.

Pembaca ikrar mula membaca ikrar perkahwinan mereka berdua seperti mana-mana ikrar perkahwinan dan kedua-dua pengantin mengatakan mereka setuju.

dua cawan yang di perbuat dari emas di berikan kepada mereka untuk pegang. Setelah itu, dia mengikat kedua gelas dalam genggaman mereka sebagai symbol mereka telah bersatu sebagai suami isteri dan menyuruh mereka minum dalam air tersebut.

Akhir sekali, saat yang di tunggu-tunggu, Pembaca ikrar itu berikan cincing mereka dan menyuruh mereka sarung pada tangan pasangan mereka.

“That’s perfect.” Kata Pembaca ikrar itu dengan lembut. “Now, you two officially husband and wife. You may kiss your bride your Majesty.”

Semua tetamu berdiri dari kerusi mereka untuk melihat wajah Permaisuri baru Sylvianne, terutamanya 5 anak kapal Axerialeth ini.

Sebaik sahaja veil pengantin di angkat oleh Ellen, mereka berlima menarik nafas tajam tanda terkejut.

OH MY GOD!

>X<

“M-Miracle?”

Wanita yang Rick pasti sepatutnya berada di dewan perkahwinan sekarang ni berada di depan matanya, lengkap dengan gaun pengantin, sarung tangan putih sampai ke lengan, cekak veil atas kepalanya, make up, perhiasan dan juga sehelai sampul surat pada tangannya.

Miracle bercekak pinggang di depan lelaki yang kelihatan seperti ikan kekurangan air, mulut terbuka-tertutup kelihatan ingin cakap sesuatu. Dia memang nak cakap sesuatu.

“Miracle a-apa kau buat kat—” PACK!

Satu tumbukan sampai ke muka Rick hampir buat kepala lelaki itu berputar 180 darjah tapi tak sekuat mana untuk jatuhkan Rick. tapi ia tetap sakit.

“Ow! What was that—” Ayatnya mati sekali lagi bila Miracle mencengkam baju Rick dengan sebelah tangan dan tangan satu lagi di tarik ke belakang kepalanya. Rick terus menutup mata menunggu impak yang lebih sakit dari perempuan yang berang ini.

Tapi, perkara yang tak jangka berlaku. Pukulan Rick tunggu-tunggu bukan lah pukulan yang dia fikirkan. Ia masih sebuah pukulan. Pukulan yang sangat mengejutkan. Tapi ia bukan tumbukan atau tamparan dari tangan ke muka. Ia dari bibir ke bibir. Miracle ke Rick.

Rick terkejut untuk seketika sebelum dia mula memeluk pinggang Miracle membawa perempuan itu rapat dengannya. rahangnya mungkin sakit sebab tumbukan Miracle tadi tapi Rick abaikannya, kerana ia membuktikan yang ini bukan khayalan. Miracle betul-betul berada di hadapannya, dalam dakapannya. Dia berada di sisinya sekarang ni.

Baru je dia nak balas kucupan tersebut, Miracle dah pun tolak Rick dan memukulnya sekali lagi. kali ni dia tampar.

Dan sekali lagi Rick terkejut. Dia hanya pandang wajah Miracle seperti kulit perempuan di depannya tu bertukar menjadi hijau sambil otaknya masih memikir apa yang dah terjadi 12.5 saat yang lalu.

Rick nak rosakkan Perkahwinan tapi Miracle ada di depan mata. Miracle tumbuk dia hampir buat rahangnya tercabut. Lepastu Miracle Cium dia. then, Dia tampar Rick balik? What the hell?!!

“Now what?” Soal Rick dengan nada rendah, keliru dengan tingkah laku Miracle sekarang ni.

“I’m still mad at you, you know!” Katanya sambil bercekak pinggang.

Rick memandang Miracle dari atas ke bawah. Dia kelihatan sangat cantik dalam gaun tersebut. Apatah lagi bila wajahnya yang merah akibat marah? Adakah dia marah?

Rick menarik sengih. “Really? Kalau kau marah kenapa kau cium aku?” senyuman Rick tambah lebar bila melihat wajah Miracle tambah merah. “Hmm?”

“I-Itu—Urrgghh!” Dia memukul bahu Rick. “Apapun, aku masih marah dengan kau.” Dia mengangkat sampul surat di depan muka Rick. “Kau kata aku lemah? Kau tinggalkan aku sebab kau tak boleh lindungi aku? Di sebabkan aku takda CR lagi kau akan tinggalkan aku macam tu je? Huh?!” Miracle menolak Rick membuat lelaki itu membelakangkan dinding kaca. Miracle mendongak memandang tepat ke wajah Rick, memberi renungan tajam. “Well, tough luck Capn’. Bukan mudah untuk kau buang aku macam tu je.”

Rick hanya memandang Miracle. tidak cakap apa-apa. Melihat Miracle sekarang ni, yang masih membara, masih kepala batu dan not to mention pushy. Dia membuat hati Rick berbunga melihat Miracle marah seperti ini. Ia bermaksud Miracle masih mencintainya. Selama setahun ini miracle masih lagi menginginkannya walau apa yang Rick telah buat kepadanya.

“I know.”

“Huh! Siapa kesah pasal perkahwinan tu. Ia bukan aku punya pun, ia Glend—Apa?” Miracle memandang Rick semula. Apa dia kata tadi? “Apa kau maksudkan kau tahu?”

Rick mengambil selangkah mendekati Miracle tapi miracle mengambil langkah kebelakang. “Aku tahu kau tak mudah di buang. Kau bukan benda yang senang di buang Miracle. kau bukan sampah.” terukir senyuman halus di hujung bibirnya melihat muka cuak Miracle. “Kau lebih dari itu. Aku tahu kau lebih kuat dari apa orang ingatkan. Aku tahu kau boleh lindungi diri kau sendiri. Heck you even lived alone as an assassin and cheated death more than twice. Aku tahu Miracle.” Dia mencapai lengan Miracle supaya perempuan tu tak mengelak darinya. Kali ini Rick merenung kearah Miracle. “Aku tahu kau siapa. Kau lebih dari apa yang kau fikir aku fikirkan.”

“I-If you knew.. t-than why you’d do it?” Segala kemarahan Miracle hilang, hanya meninggalkan suara kecil keluar dari mulutnya. Renungan Rick sentiasa buat miracle lemah di lutut.

“Kau dah tahu jawapan tu Mira.” Katanya dengan senyuman kecil menjeling kearah surat dalam tangan Miracle.

Miracle menggenggam erat sampul surat tersebut. “Tapi aku nak dengar dari mulut kau sendiri.” Katanya dengan nada lebih kuat dari sebelumnya.

Rick menutup mata dan menarik nafas dalam. This girl will be the death of him. “Sebab aku seorang pengecut.” Katanya kembali memandang Miracle. “Aku pengecut. Aku tak percayakan diri aku sendiri. Aku tak yakin kalau aku boleh bahagiakan kau bila aku sentiasa letak nyawamu dalam bahaya. Setiap kali aku ingin lindugi kau, pasti ada sahaja celah untuk kau terjebak antara hidup dan mati. Aku cuai. Aku sentiasa cuai bila kau ada di sisiku.” Dia menganggam lengan Miracle dengan erat dan menariknya lebih dekat. “Aku seorang penakut. Aku takut satu hari nanti kau akan pergi—God forbids—kau akan mati disebabkan aku. Dari aku merbahayakan nyawamu disebabkan aku, lebih baik aku lepaskan kau di tempat yang lebih selamat… dan mungkin… kau… akan lupakan aku.” Dia diam seketika, melepaskan lengan Miracle dan membelakangkan perempuan itu. “Sebab itu aku lepaskan kau. Bukan sebab kau lemah. Aku sebenarnya yang lemah. Ia salah aku. Bukan kau.”

Miracle melihat belakang Rick yang tegang. Umpama segala beban dan kesalahan tentang Miracle dia pikul di belakangnya. Dia mencapai,menyentuh bahu Rick, memutar lelaki itu kearahnya. “Kau salah.” Katanya dengan lembut.

“Aku tahu.”

Miracle menggeleng. “Tak. kau tak tahu.” Dia memegang kedua pipi Rick, mengusap lembut tulang pipi Rick dengan ibu jarinya.

“Apa yang kau maksudkan?—”

Terukir senyuman manis pada bibir Miracle yang Rick rindui. “Kau tak tahu Rick… kau tak tahu yang aku tak boleh lupakan kau. Apapun terjadi, apapun kau buat kat aku, aku takkan lupakan kau. Sebab kau dah curi hati aku dahulu. Mustahil untuk aku cintakan orang lain lagi selain kau. You idiot.”

Rick terus memeluk Miracle dengan erat, menanam wajahnya dalam rambut Miracle. “I’m sorry… I am so sorry.”

Miracle membalas pelukan tersebut dengan senyuman. Jarinya bermain dengan hujung rambut Rick. “I know. janji kat aku, kau takkan buat macam ni lagi.”

Rick merenggangkan pelukannya. Matanya merah dari menahan menangis, tapi tangisan itu adalah tangisan gembira kerana terpapar sebuah senyuman pada wajahnya. “I promise. I swear with my life.”

“Good.” Katanya dengan anggukan. Bila dia melihat Rick dekatkan wajahnya pada Miracle, dia segera mengelak dengan membelakangkan kepalanya. “You know, I hate you right now.”

Rick membuka matanya, memandang Miracle dengan kening terjungkit. “Come on Mira, you ruining the mood.”

Miracle tersenyum puas. “Exactly. Itu salah satu hukuman kau.”

Rick memutarkan bola matanya. “You have got to be kidding me. Ben dan yang lain dah cukup hukum aku, takkan kau juga? Give me some mercy.”

Miracle hanya tertawa. “kau fikir aku betul-betul akan benci kau ke selepas aku cium kau tadi? oh FWI, tadi tu sebab aku dapat tahu kau masih ada perasaan dengan aku.”

Rick pula menarik sengih. “kau pasti ke aku masih ada perasaan aku kat kau tu, cinta dan bukannya rasa bersalah?”

Di sini senyuman Miracle hilang. “you Bastard.” Dia terus menolak tangan Rick ingin melepaskan diri tapi Rick eratkan pelukannya sambil tertawa.

“I’m just joking!”

“What?—Isshh!” Miracle memukul dada Rick. “You jerk!”

Ow! It’s hurt, woman!”

“Good!” Miracle menjelir lidah. Dia terus menutup mulutnya bila Rick hanya pandang dia. “Apa?”

“Do that again.”

“Do what? This?—Hmmpph!” Rick terus mengucupnya bila Miracle melakukannya sekali lagi, menyentuh pipi miracle dengan lembut bersama jarinya membelai rambut miracle dan tangannya lagi satu memeluk Miracle lebih rapat kepadanya.

Miracle pula mencengkam baju Rick menarik lelaki itu lebih dekat kepadanya, merindukan kehangatan lelaki itu tapi kucupan mereka terputus bila Rick menarik dahulu membuat Miracle buntu.

“Rick? kenapa ni?” Soalnya sedikit hilang nafas. Dia melihat Rick memejam mata dengan erat sambil memegang kedua tangan Miracle yang menganggam baju Rick. Bila Rick menarik tangan Miracle, dia mula risau. “R-Rick?”

Rick tersenyum kecil dengan dahi yang berkerut. Menenangkan perasaan Miracle. “Jangan risau. aku tercedera dari misi sebelumnya. pisau terkena kat dada aku—Ia tak teruk sangat, aku sempat elak tapi tetap tertusuk—ia tak dalam sangat.” Katanya dengan cepat bila riak wajah Miracle menjadi pucat.

“Kau tercedera?” Dia menyentuh dada Rick dan dapat rasakan bandage di sebalik baju tidurnya. “dan aku benarkan aku pukul kau?!”

“Hey bukan salah aku budak tu ada pisau kat boot dia—”

“Kau dapat bertindak dari serangan tu tapi kenapa tak dapat elak? Kau lambat bertindak? How??”

Rick mula rasa Miracle ni Manda. Mereka mempunyai soalan sama bila dapat tahu Rick tertusuk pisau tersebut dan jawapan yang sama. “Aku cuai. Aku kurang tidur malam tu dan hilang focus.”

“Kenapa kau tak tidur? Apa yang kau fikirkan—Oh.” Ayat Miracle terhenti bila dia dapat tangkap kenapa Rick kurang tidur. “Pasal perkahwinan aku ke?”

“Gosh atleast kau dapat tangkap cepat dari Manda.” Katanya menghembus nafas lega.

“Asal Manda—apapun, ia bukan perkahwinan aku—”

“Itu perkahwinan Ellen dan Glend. ya, kau dah cakap tadi.”

“Really?” Soal Miracle. “Bila aku cakap—”

“Dude Miraya! Tempat ni besar giler!”

Mereka berdua memandang kearah satu suara baru yang muncul di second base tingkat dua, baru keluar dari lift kapal.

Rick terus berdiri depan Miracle melihat lelaki yang tak di kenali berada di dalam kapal tersebut. “Macam mana kau boleh masuk sini?”

Kevin memandang kearah Rick dan menyandar pada railing tingkat dua itu sambil salute kat Rick. “Holla Capn’. Kevins the name.”

“I don’t care who you are. Aku nak tahu bagaimana—”

“Dia dengan aku Rick.”

Rick berputar memandang Miracle. “Apa? Dengan kau?”

Miracle mengangguk. “Kevin turun sini. Ya… aku dan Kevin rancang nak lenyap dari Sylvianne time Majlis perkahwinan Ellen untuk elak Prez soal kami 1001 soalan kenapa kitorang nak pergi.”

“Dan kami rancang untuk kejar Axerialeth tapi nampaknya kapal ni ada di atas Sylvianne sepanjang hari ni. Jadi senanglah kerja kami.” Sambung Kevin setelah dia turun dari tingkat dua dan berjalan mendekati mereka. “Kami rancang kalau kau tak terima Miraya, we’ll just hit the road and travel around the world like we planned.”

Rick memandang ke arah Miracle. “Miraya? Travel? Siapa lelaki ni?” soalnya mula rasa curiga.

“Jangan cemburu Rick—”

“Aku tak cemburu—” Dia nafikan

“—Kevin P.A aku dan juga sepupu Maya.” Miracle mengabaikan sampukan Rick. “Dia call aku Miraya dari gabungan Miracle dan maya. It’s a long story but ya, kami berdua rancang.”

“So technically Miracle sepupu aku juga.” Kevin bersuara dengan senyuman nakalnya. “Jangan risua, dia terlalu tua untuk aku—Ow!”

Miracle sempat luku kepala Kevin. “Anyways, boleh tak Kevin join in Axerialeth sekali. He is my cousin. Aku takkan tinggalkan dia sendiri.”

Rick memandang Kevin dan kembali pada Miracle untuk beberapa kali. Nak bawa lelaki ni masuk Axerialeth? Lelaki yang dia tak kenal? Dia tak tahu apa sejarah antara miracle dan Kevin. Ya, mereka sepupu tapi apa-apa sahaja boleh berlaku antara mereka berdua. Bukan Rick tak percayakan Miracle.. dia tak percayakan budak nama Kevin ni. Macam mana kalau dia ada perasaan dekat Miracle?

“Come on Rick, dia juga tolong aku yakinkan penduduk Sylvianne untuk tak kahwin dengan Ellen. Kiranya kau berjasa dekat dia.”

Rick memandang wajah merayu Miracle dan mengeluh. Dia tak boleh lawan mata tu. “Fine.—tapi dia kena di uji dulu. Aku tak terima orang sembarangan masuk kapal aku ni. Faham?”

“Right Bos.” Kevin mengenyit mata membuat bulu remang Rick naik satu badan. Dia gay ke?? “Bila ujian tu?”

“Bila yang lain balik. Kau boleh rehat di bilik kosong sementara tunggu dorang. Naik atas, belok kiri, pintu ke 7. Password 123456.”

Kevin hanya tersenyum, senyuman nakal yang sentiasa terpapar pada wajahnya. “Alright.” Dia memandang kearah Miracle dan mengenyit mata. “See ya Mira.” Dengan itu dia menghilang dari pandangan membuat Rick terkejut.

“Dia ada ability menghilangkan diri dan teleportkan diri. Oh dan juga telepathy.” Miracle jelaskan kebolehan Kevin, tahu sangat apa yang bermain di fikiran Rick.

Rick kembali memeluk pinggang Miracle, membawa perempuan itu dekat dengannya semula. “You owe me big time for this.”

Miracle tersenyum dan mengucup pipi Rick “Thank you. This means a lot to me.”

“You welcome. And uhm…. Welcome home.” Kata Rick dengan senyuman manis.

Mata miracle mula berkaca dan memeluk Rick dengan erat. “Glad to be home.” Katanya dengan nada pecah, menangis dalam dakapan Rick.

Rick mengucup rambut Miracle dan rehatkan dagunya atas kepala Miracle. “Ya.. glad you are back.”

>Fin<

(A/N: Mwahahahahahahahahahaha!!!!!!!!! Okay, that’s it for Axerialeth: Ship of Dream! Booya! Siap jugak akhirnya Woohooo!!!! Lepas ni novel seterusnya pulak >A<  tasyabal nya angah! Hahahaha, see uolls dekat novel Lavender on Venus Encounter a.k.a L.O.V.E) 

1 comment:

  1. Ola...best giler...new novel please. .I'm waiting for it...

    ReplyDelete

Savior of Tales