Eighth L.O.V.E

haunted museum & punishment


Enchanted's Memorial Museum

Aku ada dua gembira dan berita buruk berlaku pada hari ini. Nak tahu apa dia?

Adik Hansel… Gretel. Berita baiknya ialah kami satu kelas dalam subject sejarah. Means, aku ada chan untuk bercakap dengan perempuan itu tanpa Gretel menengking aku kerana dalam museum di larang tinggikan suara.

Tapi…

Berita buruknya…. Kenapa lah time aku nak curi kayu sakti tu kami kena satu kelas?? Aku baru je berniat nak tunjuk baik depan dia. lepas ni kalau aku dapat kayu tu—dan kemungkinan terkantoi tentu dia betul-betul anggap aku ni Villian sebenar—aku tak kesah sangat tapi Janji aku kat Hansel!

Lupakan pasal Hansel untuk seketika. Ingat aku cakap pasal terkantoi tadi? Aku rasa seperti darah dalam badanku berhenti mengalir sebaik sahaja aku tengok beberapa orang pengawal museum berdiri di depan pintu utama masuk museum!! Lima atau Enam orang hanya untuk guard pintu utama??? You have got to be kidding me!!

Perkara yang lebih teruk ialah semua pengawal itu sedang memerhatikan Aku. Hanya aku. Aku dapat rasakan mata-mata jatuh ke atasku. Hanya aku!! Setiap bilik pameran kami pergi, pasti mereka akan jeling aku dari posisi mereka.

Sepertnya aku boleh dengar isi hati mereka. ‘itu Ivy the Devil’, ‘Perhatikan gerak-geri dia. dia pasti akan buat sesuatu.’, ‘Jangan biarkan dia terlepas walau sedikit kesalahan pun dia buat.’

“Alright my little wishers, bilik ini pula ialah bilik kegemaran saya.” Sahut Fairy Godmother dengan senyuman ceria. “Kamu tahu tempat apakah ini?”

Ivy melihat pameran yang ada di bilik itu. Terdapat kereta kuda yang berbentuk labu, perubahan tikus menjadi kuda dalam holographic magic. Dinding-dinding bilik itu mengisahkan wanita muda yang berpakaian buruk dan selepas itu ditukar oleh seorang pari-pari tua dan akhir sekali berkahwin dengan putera raja. Terdapat gaun biru yang bersinar seperti ribuan bintang direhatkan pada baju itu. Plus, ada kasut kaca di sebelahnya.

“Let me guess….” Ivy menyahut tanpa menyedari dia telah menarik perhatian rakan-rakannya dan juga Fairy Godmother. “Cinderella’s History.”

Fairy Godmother tersenyum. “Well, that’s correct my dear. Macam mana kamu tahu?”

Ivy menjungkit kening. Apa? Hanya kerana dia di Tanah Vicious dia tak tahu tentang sejarah ni ke? “Saya dengar cerita dari Makcik Anastisia dan Makcik Grisella.” Katanya sambil mengangkat bahu, masih melihat sekeliling bilik itu. “I can see why they all jealous of Queen Cinderella. Semuanya bermula dari background dan tuah.”

“Excuse me?”

“Huh?” Ivy baru perasan yang rakan-rakan dan fairy Godmother sedang memandangnya.

Oh shoot…. Me and my big mouth

“Nothing. Saya tersebut sesuatu yang tak patut. Lupakan je lah.” Katanya dengan senyuman malas.

Salah seorang perempuan bernama Gweneth bergerak mendekati Ivy, melihat perempuan itu dengan teliti. “kau nak cakap Godmother ni…. Pemilih ke?”

Ivy dapat dengar sedikit nada mengancam dalam suara lembut Gweneth, dia kenal perempuan ni. Dia salah satu kawan Apple Red, tak sangka mereka satu kelas juga. Ivy berikan senyuman palsunya. “You took it right from my mouth.”

Mereka semua terkejut, menarik nafas tajam mendengar Ivy membuat tuduhan keatas Fairy Godmother. Fairy Godmother pun sendiri terkejut tapi dia tak tersinggung sangat, malah dia menyoal. “Mengapa kamu kata saya seperti itu?”

Ivy mengangkat bahu. “Don’t get me wrong, mereka mendengar kisah tentang permaisuri Cinderella dari kecil, from the F.G itself tapi saya hanya dengar kakak-kakak tiri and I found very interesting side story.” Katanya dengan senyuman nakal. “Fairy Godmother bertanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukannya kan? Cinderella tiada ibu dan di jaga oleh bapanya seorang diri. Kakak tiri mereka juga tiada bapa dan dijaga oleh ibunya sendiri. Ibu tiri Cinderella seorang perempuan yang baik. A loving mother, would give up everything for her child. Adakah Godmother bantu ibu tiri semasa dia dalam kesusahan menjaga dua anak mereka? Dia janda, tiada duit. Perempuan tak boleh bekerja pada masa tu, apatah lagi yang orang berada. Plus, kalau dia ada duit, dia takkan kahwin dengan ayah Cinderella.”

Gweneth menjungkit kening. “Tapi dia kahwin dengan Papa Cinderella dan bolos semua harta dia—”

“Itu sebab dia nak buktikan kepada Anastasia dan Grisella yang Ayah tiri mereka juga sayangkan mereka sama seperti dia sayangkan Cinderella.” Potong Ivy. “mereka tahu ayah tiri mereka tak sayangkan mereka. Mereka tahu ibunya tipu mereka bila dia kata ayah tiri mereka yang belikan untuk mereka, sedangkan… ayah tiri mereka hanya bagi duit kepada ibu mereka untuk beli barang. Itu bukan kasih sayang mereka perlukan, mereka perlukan perhatian ayah tiri mereka juga. Dan di sebabkan duit, Anastasia dan Grisella menjadi spoiled little brat.”

“Sama seperti Ibu tiri Cinderella. Tak beri perhatian kepada Cinderella.” Gretel bersuara, menegakkan nama Cinderella.

“Dah tentu dia tak bagi perhatian kepada Cinderella sebab dia taknak anak-anaknya sendiri rasa tersingkir dan fikir dia lebih sukakan Cinderella. They were 12! Cinderella lebih cantik dari kakak tirinya. Mereka fikir ibunya akan sukakan Cinderella sebab Cinderella lebih cantik, lemah lembut dan flawless dari mereka. Siapa tak cemburu ibu sendiri menyayangi anak orang lain dari dirinya?” Soal Ivy membuat mereka semua terdiam. “Question, mana Godmother bila mereka berdua yang masih budak-budak perlukan dia untuk berikan mereka nasihat? Mereka hanya ada ibu mereka yang sememangnya selfish dan kongkong, manjakan mereka.” Ivy memeluk tubuh sambil memandang Fairy Godmother. “Jangan rasa bersalah Godmother. Makcik Anastasia dan makcik Grisella tak simpan dendam kat Godmother. Mereka hanya ikut apa ibunya kata; Mereka jadi jahat sebab ibu mereka yang kejam. Plus, mereka juga cemburukan Cinderella yang cantik dan ayahnya sentiasa menyebelahi Cinderella. That sum up why they become evil.” Ivy mengangkat bahu sekali lagi. “setelah ibu mereka dah tiada Makcik Anastasia dan Makcik Grisella dah dapat hidup mengikut keinginan mereka sendiri. Marry the person they loves dan have children of their own.”

Utopia dan Athen. Dua sepupu tu suka sangat menyusahkan aku, mendesak aku dengan Hansel ceritakan mereka pasal Enchanted dan hutan Mahligai… Harap Hansel dapat bertahan dengan dorang dua tu tanpa aku….

Mereka semua terdiam hanya melihat Ivy seperti Ivy telah memberi tamparan besar kearah Fairy Godmother.

Ivy perasan mereka takkan berkata apa-apa dan bersuara untuk keluar dari atmosfera tak selesa itu. “Anyways, aku dah ceritakan sejarah Kakak-kakak tiri Cinderella. Jom ke bilik seterusya.” Katanya dengan riang dan melajukan langkahnya keluar dari tempat itu.

Ivy menarik nafas dalam dan menghembusnya. Apa yang dia buat tadi tu? Dia menghina Fairy Godmother depan pelajarnya sendiri!! Cakap Fairy Godmother memilih kasih? Membuat tanggapan yang Fairy Godmother sebenarnya tidak cekap? Apa yang Ivy fikirkan??? Dia cuba burukkan nama Fairy Godmother dengan tak sengaja!!!

Me and my bad mouth… desis hatinya dengan keluhan. Perangai orang Vicious masih melekat pada dirinya, kalau dia buang percakapan sarkastik dan sindirannya mungkin cara dia nak terangkan kedengaran lebih baik dan tak terkilankan hati sesiapa.

Aku kena ubah perangai aku sikit… terutamanya mulut aku ni…

Ivymemandang sekelilingnya, melihat pengawal yang sedang memerhatikannya dan bayangan sprites pada dinding museum itu. Ivy mengeluh, macam mana dia nak cari tongkat tu kalau semua pengawal tumpukan perhatian kepadanya? Ingatkan Ivy tak perasan ke? Sprites yang bersembunyi di dalam dinding tu pun Ivy boleh rasa yang mereka mengekori Ivy dari mula dia menjejak kaki kedalam museum itu.

Dia kena fikir hela macam mana nak alihkan tumpuan mereka dari Ivy…. Kalau tak dia kena cari plan lain untuk dapatkan kayu sakti pari-pari di raja itu.

“Cik Ivy?” Ivy berpaling kebelakang melihat rakan kelas dan Fairy Godmother berada di kaki tangga naik ke tingkat atas. “Kita akan ke pameran seterusnya. Are you coming my dear?” Soalnya dengan senyuman.

Ivy memaksa dirinya untuk tersenyum dan mengangguk. “Of course.” Tapi dalam hatinya menjerit ‘Dia tak marahkan aku ke???!!!’

Mereka teruskan lawatan mereka dimuzium tersebut dengan aman tanpa Ivy membuka mulut, memberi komen atau mencelah semua kisah sejarah permaisuri dan raja yang pernah berdepan dengan orang Vicious.

Repunzel… Nenek sihir yang mencuri dan mengurungnya sebagai tahanan kerana nenek sihir itu ingin membalas dendam ke atas pasangan petani yang mencuri tumbuhan hijaunya.

Dia buat macam tu sebab dia kesunyian. Tiada orang menyayanginya kerana mereka tuduh dia sebagai ahli sihir jahat. Dia kurung repunzel sebab dia taknak kehilangan perempuan yang dia dah anggap sebagai anak sendiri. Satu-satunya orang yang ingin bersamanya walaupun dia hodoh dan di anggap nenek sihir. Sesiapa akan lakukan apa sahaja untuk tidak kehilangan orang yang dia sayangi. Even if they have to lock them up in a tower.

Pameran seterusnya pula tentang sejarah Camelot. Kisah tentang Raja Arthur dan 12 satria untuk membangkitkan Camelot semula dengan pertolongan The Great Wizard Merlin. Ivy tak tumpukan perhatian sangat dengan sejarah besar kebangkitan Camelot kerana dia rasa ia membosankan. Kenapa dia rasa membosankan? Dia kena dengar kehebatan The Great Wizard Merlin. Merempuhi segala rintangan yang datang menghadapi Camelot. Kecil atau besar.

“Seperti kamu semua tahu, Camelot menjadi Kerajaan paling berkuasa di tanah Enchanted terima kasih kepada The Great Wizard Merlin yang berjaya menghapuskan kejahatan di tanah ini dengan memindahkan Villian ke Tanah Vicious—”

Ivy berdengus dengan senyuman sinis. “lebih kepada menghalau.” Bisiknya kali ini dengan suara rendah supaya tiada siapa dengar tapi Gweneth yang berada di belakangnya dapat mendengar dan perhatiakan Ivy dengan senyap.

“—dan Tanah Enchanted akhirnya mendapat keamanan yang diinginkan selama 50 tahun! Kamu semua patut bersyukur kerana kamu belum lahir lagi pada ‘Perang Dua Bilah’ ni. Ramai yang terkorban dalam peperangan itu. Mengusir kejahatan ke Tanah seberang. Semasa peperangan berlaku, banyak tumbuhan tak dapat tumbuh, penyakit berjangkit merebak dan pertumpahan darah berlaku. Matahari tak keluar langsung kerana Maleficent menyelubungi satu tanah ini dengan magic jahatnya.”

Ivy mengangkat tangan, menarik perhatian bukan sahaja Fairy Godmother tapi semua pelajar. Ivy endahkan pandangan itu dan menyoal; “Villian mempunyai kelebihan dalam peperangan tu. Magic hitam Villian menjadi kuat kerana kegelapan dan kesengsaraan manusia tapi…. Macam mana Enchanted boleh menang dalam peperangan ni?”

“One on One duel.” Jawab Fairy Godmother masih tersenyum kepada Ivy. “The Great Wizard Merlin mencabar Maleficent dalam perlawanan satu lawan satu dan menang.” Jawabnya. “Ramai yang terkorban dalam peperangan itu. Kami tidak menginginkan peperangan ini berpanjangan. Untuk kebaikan semua orang dan masa depan anak-anak kecil yang ingin membesar… kami mencabar Maleficent dengan taruhan jika Villian menang, Kesemua tanah ini menjadi milik mereka. Tapi kalau kami menang, mereka akan di pulaukan, diberikan sebahagian kecil tanah kepada mereka sebagai penjara mereka untuk selama-lamanya dan tidak boleh menjejakkan kaki di tanah Enchanted lagi.”

Gretel berdengus. “Kenapa tak hapuskan je mereka semua? Taklah menyusahkan sangat sampai sekarang.”

Ivy mengenggam penumbuknya di sisinya. “Kalau kami dihapuskan, kau takkan hidup sampai sekarang.” Katanya membuat semua pelajar mula berbisik. Timbulkan persoalan apa yang Ivy maksudkan dengan ayatnya tadi.

Ivy menjungkit kening dengan senyuman sinis kearah Gretel. Nampaknya tiada siapa tahu kisah tentang Hansel dan Gretel. Hmm…. Apa agaknya cerita yang mereka tahu? Mungkin Ivy akan tanya Apple Red.

“Hushh! Hushhh!” Godmother menyahut membuat mereka semua diam. “Cik Ivy, tolong jangan buat-buat cerita. This is a warning young lady, sekali lagi kamu buat hal saya keluarkan kamu dari kelas saya.”

Oh sekarang dia nak marah aku…

Ivy mengangkat tangan tanda mengalah. Dah tentu Godmother akan bela Gretel. “Maafkan saya Fairy Godmother.” Ivy kata dengan suara perlahan. Tidak ikhlas langsung.

“Now, where were we? Oh ya, setelah peperangan dua bilah berakhir, tiga tahun kemudian mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Yang kamu kenal sekarang King Arthur yang telah berkahwin dengan Queen Guinevere dan mendapat dua cahaya mata. Putera George dan Puteri Charlotte.”

Puteri Charlotte?

“Aku tak tahu George ada adik?” bisik Ivy sambil terjungkit kening. Secara automatic tangannya menyentuh rantainya

“Yeah, tunggu bila kau dengar cerita tentang adik dia pulak.”

Ivy berpaling kebelakang, sekali lagi keningnya terjungkit kerana perempuan yang nak Ivy jauh dari Apple Red, bercakap dengannya. “Cerita apa?”

“I would like to tell you but it was a forbidden rumour. Tiada siapa boleh ceritakan atau sebut pasal benda ni lagi.” katanya dengan senyuman nakal.

“Dan kau bagitau aku sebab…..?”

“Kau kelihatan macam perempuan yang suka benda-benda macam ni. Kalau kau nak tahu tanya George sendiri tapi aku tak jangka dia akan bagi tahu. He never told anyone.”

Hmmmm….. really? Desis hatinya, terukir senyuman halus di hujung bibirnya.

“Mungkin aku takkan tahu.” Itu yang Ivy jawab dan kembali tumpukan perhatian kepada Fairy Godmother tapi mindanya melayang ke tempat lain.

Mereka teruskan pembelajaran mereka sehingga mereka pergi ke tempat seterusnya. Kali ini mereka ke pameran Villian. Patung-patung Villian yang diperbuat daripada Lilin, di letak di satu bilik besar. Ada beberapa kotak kaca yang menayangkan baju-baju villain yang telah tumpas. Seperti captain hook, Jaafar, Ibu tiri Cinderella dan banyak lagi.

Di tengah-tengah bilik pameran itu pula ada lima Villian yang diperbuat dengan patung lilin. Berdiri megah dengan expressi muka menakutkan, membuat bulu roma remang satu badan hanya dengan melihat wajah-wajah mereka. Ini baru replica mereka, macam mana kalau real life?

“Ini ialah lima villain yang paling merbahaya di dalam dunia ini. mereka yang mencetuskan peperangan di tanah ini dan sehingga sekarang masih hidup di tanah seberang.” Fairy Godmother depakan tangannya kearah patung-patung itu. “Jack Skellington dan Sally. Mereka yang merancang peperangan dan memerangkap orang Enchanted. Ibu tiri Permaisuri Snow white, Dia membuat racun, menyebar penyakit keatas tentera-tentera Enchanted. Meracuni makanan mereka dengan potion yang dia buat. Dr. Facilier, or orang panggil dia the Shadow man… Lelaki ini sangat merbahaya kerana dia bersembunyi di dalam bayang-bayang dan mencuri informasi semasa peperangan. Dia dah kehilangan kebolehannya kerana gagal membuat perjanjian dengan ‘friends on the other side’. So, he’s harmless.” Fairy Godmother tertawa dengan sopan sebelum menyambung pengajarannya tapi tertangguh pada villain terakhir. Pandangannya beralih dari patung tersebut kearah Ivy. “Maleficent….”

Ivy yang dari tadi diamkan diri kerana matanya tertumpu pada patung Lilin Ibunya yang berdiri megak di tengah tengah empat rakan sepejuangannya. Tongkat sakti hitamnya yang di angkat keudara seperti dia sedang memberikan satu sumpahan besar dan burung gagaknya, Diaval berada setia di bahunya.

Bila dia dengar Fairy Godmother menyebut nama ibuya, Ivy kembalikan perhatiannya kepada Fairy Godmother; “Maleficent, seorang ahli sihir yang mengetuai kumpulan jahat ini. Dia mempunyai magic yang sangat kuat hingga boleh menghapuskan satu Bandar hanya dengan satu hayunan dari tongkat saktinya. Ahli sihir jahat ini mempunyai magic yang setanding dengan the Great Wizard Merlin tapi setelah dia dipenjarakan di Tanah Vicious, dia tidak lagi sekuat dahulu. Dahulu, Maleficent seorang budak yang baik Cuma terperangkap di dunia yang gelap. Mempelajari magic hitam dan mengorbankan hatinya kepada kuasa kegelapan. That poor child doesn’t have a heart.” Katanya melihat Ivy dengan simpati tapi Ivy tak faham kenapa. “Dia tak mengetahui erti cinta, kasih sayang, kesetiaan dan….. tidak pernah memikirkan orang lain selain dirinya sendiri.”

Ivy menggenggam erat penumbuknya di sisi. Menahan rasa marah mendengar Fairy Godmother bercakap tentang ibunya. Dia sepatutnya berbangga dengan apa yang diperkatakan tentang Maleficent tapi entah kenapa, hatinya tenggelam dan darahnya menggelegak naik. Dia marah. Sangat, sangat marah.. ikutkan hati dia nak je keluarkan kayu saktinya meletak sumpahan keata Fairy Godmother kerana buat dia marah.

Tapi… kenapa dia marah? Apa yang dia marahkan sangat?

Ivy tahu kenapa…. Ayat Fairy godmother katakan tadi bergema di dalam mindanya seperti CD rosak. Bermain berulang-ulang kali tanpa menghiraukan yang Ivy tidak ingin masukkan kedalam otaknya sendiri.

Dia tak pernah memikir orang lain selain dirinya sendiri. Dia tak mengetahui erti cinta…..

Cinta… kasih sayang….. Dia sentiasa endahkan dua perkataan itu terhadap ibunya kerana dia tidak menghiraukannya. Dia fikir ia hanya permainan mindanya sahaja. Tapi bila mendengar dari mulut orang lain… persoalan yang telah lama terpendam di dalam kotak memorinya terbangkit semula.

Ivy menggeleng kecil. Itu persoalan terbodoh yang pernah dia fikirkan. Dah tentu ibunya menyayanginya kalau tak dah lama Ibunya bunuh dia dari kecil lagi.

Lagipun, Dia tak boleh hilang focus dari misinya. Dah tentu dia terfikir seperti ini kerana ibunya kurang percayakan dia hanya kerana dia dapat tawaran dari The Great Wizard Merlin. Ivy boleh buktikan kepada Ibunya yang dia boleh dipercayai, yang Ivy juga jahat sepertinya.

Yes… that’s right Ivy! Kau boleh buat! Desis hatinya, mengumpul semula semangat yang telah hilang beberapa minit yang lalu.

Mereka menyambung lawatan mereka ke bilik seterusnya dengan Ivy masih memikirkan plan macam mana nak lepaskan diri dari pantauan seluruh pengawal museum itu. Sepanjang lawatan mereka dari satu pameran ke satu pameran, Ivy tak dapat cari cara untuk mencelah keluar dari kelas tersebut kerana pengawal-pengawal tak guna itu.

Ivy merungut setiap kali mereka masuk ke ruang pameran baru kerana pengawal dan sprites yang asyik muncul di mana sahaja Ivy hendak pergi. Dia dah try teknik nak ke tandas. Dia dah masuk tandas, duduk di atas jamban itu memikirkan cara nak pergi ke bilik pameran kayu sakti pari-pari, dia dah ada plan dah! Pura-pura sesat dan terus ke bilik pameran itu tapi malangnya sprites yang bersembunyi dalam dinding keluar dan tahan Ivy, jadi Ivy cakap lah dia sebenarnya sesat dan sprites tu pulak baik hati sangat tunjukkan jalan kembali bersama rakan kelasnya. Damn that Sprites!! Ivy tak tahu kalau mereka tu sebenarnya baik atau tahu plan Ivy sebenarnya. Urrrggghhh!!!!! Kalau lah Ivy ada kayu saktinya sekarang ni dah lama Ivy sihir museum tu atau kenakan jampi paralyze kepada semua pengawal dalam museum tersebut. Tapi sekali lagi malangnya, mereka tak dibenarkan masukkan beg kedalam museum, hanya buku nota dan sebatang pen sahaja. Menyesal Ivy pakai baju sleeveless ini hari!!

Great, just great!!!

“Baiklah pelajar semua, ini ialah lawatan terakhir kita dalam pembelajaran kita pada hari ini.” Suara Fairy Godmother menarik Ivy kembali ke reality. “Kita akan masuk ke bilik pameran pahlawan yang menentang dalam Perang dua Bilah.”

Ivy mengeluh panjang nampaknya peluang Ivy untuk mengambil kayu sakti itu tak tercapai. Jadi dia kena buat plan baru untuk dapatkannya. Dah tentu dia akan datang ke museum ini lagi, takkan dia nak mengalah macam tu je hanya kerana pengawal dan sprites bangang itu sentiasa memantaunya? Tak, dia ada backup plan. Ivy sentiasa ada Plan B kalau Plan A tidak Berjaya.

See Diaval, Ivy guna tips Guardian birdnya. Tak sia-sia bebelan Diaval setiap sarapan pagi.

Fairy Godmother teruskan membebel tentang sejarah heroic act para-para pahlawan yang telah terkorban di dalam peperangan dua bilah itu.

“Come-come my fairy dust, heroine ini sangat penting untuk kamu tahu sebab tanpa dia Kerajaan Camelot tentu dah lenyap sampai sekarang.” Fairy Godmother depakan tangannya kearah patung lilin seorang perempuan yang berperisaikan perak dengan pedang lagenda di dalam tangan bersama-sama dengan komradnya berada di sisi, berposisi seperti mereka bersedia untuk menyerang selautan tentera jahat.

Ivy sengetkan kepalanya, perasan kucing yang berada di bahu lelaki bertopi, kelihatan gembira? Tersenyum dari telinga ke teling. Ivy tahu kucing biasa tak tersenyum seperti itu.

Mata Ivy terbeliak bila dia baru perasan sesuatu pasal sekumpulan pahlawan lagenda di depannya ini. lelaki bertopi dan berpakaian pelik? Kucing tersenyum? Perempuan memegang pedang sakti? Ivy perasan askar-askar catur sedang melindungi seseorang. Seorang puteri? Tak permaisuri. The White Queen.

“Alice…” Ivy segera menutup mulutnya bila mereka alihkan perhatian kepadanya.


“Betul tu Cik Ivy, Ini ialah Alice, satu-satunya askar wanita yang mengetuai bala tentera The White Queen. Bersama rakan rapatnya di sisi, The Mad hatter, Cheshire cat, white rabbit, little dormouse serta twiddledee and twiddledum. Saya rasa kamu tahu bagaimana peperangan ini berakhir kan?”

Ivy mengangguk. “M-Mereka semua terkorban.”

Fairy Godmother tersenyum sedih, bukan sahaja kehilangan Alice dan yang lain, malah melihat wajah pucat Ivy. Tentu Ivy tahu macam mana mereka terkorban. “Betul, tapi pengorbanan mereka tidak sia-sia. Camelot terselamat dari di hapuskan oleh tentera The Red Queen. The Red Queen dan The White Queen kedua-duanya terbunuh dalam peperangan ini. walaupun the White queen dah bersumpah tidak akan pernah membunuh.” Dia memandang kearah patung The White Queen yang dengan penuh anggun menuding jari kesuatu arah seperti memberi arahan menyerang. “Dia kata kalau dia tumpahkan darah seseorang, biarlah darahnya sekali tertumpah. She kept her vow until her last breath.”

Ivy hanya diamkan diri. melihat Alice dan yang lain dengan wajah horror. Ada lagi cerita disebalik kesudahan peperangan itu. Ivy tahu sebab dia sendiri dengar dari orang yang menyumpah Alice dan yang lain. Betul The White Queen dah mati tapi Alice.. Mad Hatter.. dormouse.. Chershire cat dan White Rabbit… mereka semua sebenarnya terselamat dalam peperangan itu dan sepatutnya terselamat tapi seseorang telah menyumpah mereka, lenyapkan mereka ke dimensi lain. Tiada siapa tahu tentang ini. hanya orang Vicious sahaja yang tahu siapa si penyumpah ini.

Rancangan Red Queen, Ibu tiri Queen Snow White dan Maleficent. Ketiga-tiga villain wanita membuat plan untuk menghapuskan pertahanan terkuat orang berhati mulia. Jika Alice dan yang lain mati, Villian dapat menang dengan mudah. Mereka tahu Alice bukan mudah untuk di tumpaskan sebab itu Red Queen minta pertolongan Maleficent dan Ibu tiri Queen Snow White.

Semenjak itu, tiada siapa tahu kalau mereka masih hidup atau tidak. Siapa kesah? Orang Vicious fikir itu satu kejayaan. Tak kisah mereka mati atau tidak yang penting mereka dah lenyap dan takkan kembali lagi.

Ivy cuba berpaling ke arah lain selain patung lilin Alice kerana ia beri dia seram sejuk. Semasa Ivy memutar kepalanya, dia perasan sesuatu di tengah-tengah bilik itu, terletak di bawah siling kaca  berbentuk sfera menyinari tiga kayu sakti terapung tinggi ditengah-tengah lubang yang berpagar, jauh dari tangan yang boleh mencapai.

Kayu sakti pari-pari di raja… desis hati Ivy, dengan kaki membawanya ke tepi pagar itu, melihat kayu sakti itu dengan lebih dekat. Tidak menghiraukan pengawal yang memegang senjata mereka tanda berjaga-jaga dan sprites memperlihatkan dirinya dari sebalik dinding kerana Ivy keluar dari kumpulan kelasnya.

Mata Ivy tak terlepas dari tiga kayu magic itu. Melihat ia terapung, berputar di udara tengah-tengah lubang. Bersinar kerana pantulan mentari dari kaca sfera itu. Terukir cantik dengan ukiran tersendiri mengikut pemilik kayu itu.

Hanya berdepan dengan kayu sakti itu membuat lutut Ivy menggeletar kerana merasakan kekuatan magic dari kayu-kayu tersebut. So much power just in one small wand. Hansel pernah kata, dia sekali guna kayu sakti itu hampir buat Hansel mati. Ivy tahu kenapa, magical core Hansel tidak kuat untuk menanggung tongkat sakti itu, apatah lagi menggunakan magic besar untuk menyelamatkan Gretel. It’s a miracle Hansel tak terbunuh semasa dia sembuhkan Gretel. Perkara itu menjadi persoalan kepada Ivy, kenapa Hansel tak terkorban kalau kuasa kayu itu sangat kuat menyerap kesemua magical core dalam diri Hansel hanya dalam satu jampi? Ivy tahu Hansel boleh terkorban kerana kuasa kayu sakti itu lebih kuat dari Ivy sangkakan. Dia boleh rasa kakinya menggeletar dan jantungnya berdegup dengan kencang, menandakan betapa kuatnya kayu tersebut.

Baru sahaja Ivy mendepakan tangan kearah kayu sakti yang tinggi itu, Fairy Godmother bersuara membuat dia menarik semula tangannya ke sisi. “Ah Cik Ivy,  kami baru sahaja nak belajar tentang kayu sakti tiga pari-pari di raja. Nampaknya kamu dah mendahului kami semua.” Katanya dengan senyuman.

Ivy tersengih-sengih. “Sorry? Saya pernah dengar cerita tentang tiga pari-pari di raja, flora, fauna and maryweather. Mereka yang banyak membatalkan sumpahan Maleficent.” Katanya sambil memandang kayu sakti itu. “Saya tak jangka ia berada di museum.” Tipu.

Fairy Godmother mengangguk dengan senyuman. “Betul tu Cik Ivy, kami meletakkan kayu sakti mereka di sini sebagai pameran untuk semua orang melihat kehebatan kayu sakti ini. Saya punya bersama saya sekarang.” Dia mengeluarkan kayu saktinya dari celah jubah bajunya. “See, this is just in case kalau tak ia juga berada di atas sana bersama yang lain.”

Ivy mengangguk faham, ‘just in case’ maksud fairy Godmother ialah kalau-kalau Ivy buat sesuatu. Nasib baik Ivy tak rancang nak ambil kayu sakti tu sekarang kalau tak mesti berlawan dengan orang tua ni dalam museum.

Ivy memandang kearah Gretel, dia hanya diamkan diri dan tidak fire Ivy sebab semua pelajar tahu apa Fairy Godmother maksudkan. Bukankah sekarang ni waktu Gretel kutuk dia? Ivy tak tekankan persoalan itu dan kembali mendengar Fairy Godmother bercakap.

“Tak banyak saya nak cakap pasal kayu sakti ni kerana kamu semua dah belajar tentangnya pada umur 8 tahun. Jadi saya summarise kan, Kayu sakti ini milik Flora, Fauna dan Maryweather, mereka menolong Prince Philip mengalahkan maleficent dalam menyelamatkan Princess Aurora. Dan mereka juga banyak menolong dalam peperangan Dua Bilah, mereka mungkin tak dapat kalahkan magic dan sumpahan Maleficent tapi mereka boleh memanipulasikannya sehingga ia terbatal.” Katanya. “Kamu juga tahu ada berita sedih tentang Fauna, salah satu pari-pari di raja ini. Dia telah pergi meninggalkan kita 9 tahun lalu dalam kemalangan yang sangat tidak di jangka.” Dia mengeluh sedih sambil pandang arah lain, seperti kisah kematian pari-pari Fauna berulang semula di dalam museum itu.

Ivy menghiraukan atmosfera sedih di sekelilingnya dan mengangkat tangan. “Ehm—Fairy Godmother, saya nak soal… macam mana Fairy Fauna boleh mati—maksud saya meninggalkan kita semua?” soalnya se’innocent yang dia boleh buat.

Fairy Godmother melihat pelajar yang lain juga memandang kearahnya ingin tahu bagaimana Fauna boleh mati. Mereka tak pernah tahu secara detail, mereka hanya tahu dia terkorban dalam satu kemalangan. Itu sahaja dan dilarang membangkitkan sebarang persoalan.

Fairy Godmother menghembus nafas mengalah dan tersenyum kecil. “A young villain. Dia mencuri salah satu kayu sakti pari-pari di raja dan membunuh Fairy Fauna dengan kayu saktinya sendiri.”

Ivy mengangkat tangan sekali lagi, mengendahkan atmosfera tegang di sekelilingnya. Bukan dia tak perasan situasi yang tidak selesa, dia sebenarnya sukakannya kerana dia suka tengok muka terkejut mereka, apatah lagi muka Gretel. Ini pasal abangnya!!! HANSEL! Ia buat Ivy teruja.

“So, apa jadi kepada ‘young villian’ tu?” katanya sambil buat pencangkuk peace. “dan siapa dia sebenarnya?”

Fairy Godmother memandang Ivy semacam dan menutup mulutnya bila dia dapat lihat senyuman sinis Ivy. “Kamu…”

Ivy mengangguk kecil dengan senyuman yang membesar, nampaknya Fairy Godmother dapat tangkap.

Fairy Godmother berdehem sepertinya mengembalikan komposisinya dan menjawab dengan tenang. “D-dah tentu kamu tak tahu…” Dia berdehem sekali lagi memastikan kesemua pelajarnya memberikan sepenuh perhatian kepadanya dan bukan kepada Ivy. “Kami tidak pernah tahu siapa young villain itu. Dia mempunyai magical core yang lemah dan membuat magic membunuh telah membunuh dirinya sekali. So, this young villain is a mystery to us all.”

Ivy hanya diamkan diri dengan senyuman nakal. Ahh…. Ikutkan hati Ivy nak je tanya banyak soalan. Mereka tak cuba cari siapa ibubapa ‘young villain’ ni ke? ‘young villain’ ni tiada relative ke? takkan ‘young villain’ ni tak bagitau kenapa dia curi kayu sakti itu? Tapi…. Ivy hanya diamkan diri kerana bukan tempatnya untuk masuk campur. See? Ivy jadi budak baik, tidak mengacau tepi kain orang.. well, sikit je lah.

Ivy mengambil kesempatan ini untuk memandang Gretel sekali lagi dan Bingo. Gretel berang dengannya.

Plan B success… Desis hati Ivy. Sekarang tinggal tunggu Gretel bertindak sahaja.

“Baiklah semua! Ini ialah tempat pembelajaran terakhir kita pada hari ini, saya harap kamu dapat moral dari kunjungan kita dan jangan lupa tulis easey tentang salah satu sejarah dalam museum ini. okay? bagi sebab kenapa kamu pilih sebagai tajuk esay kamu.” Katanya dengan senyuman manis. “Apakata kita ke restoran berdekatan untuk makan tengahari? Selepas itu kita balik ke akademi.”

Mereka semua bersorak tanda setuju dan bergerak pergi dari bilik tersebut sambil bercerita sesama sendiri. Ivy pula melihat kayu sakti itu untuk kali terakhir dan mengangguk kepada diri sendiri.

Aku akan datang malam ni…. Desis hatinya dan berputar, meninggalkan bilik pameran pahlawan Enchanted itu tapi tidak sampai tiga langkah, dia terdengar sesuatu terjatuh di belakangnya. Bunyi seperti sebatang kayu jatuh.

Kayu??

Fairy Godmother yang sudah pun di pintu keluar bilik pameran itu merasakan suatu kehadiran dari belakangnya dan segera berpaling kearah Ivy dan melihat Ivy memegang salah satu kayu sakti pari-pari di raja.  Perkara yang paling mengejutkan ialah kayu sakti itu bercahaya dengan kuat membuat Ivy menjerit kesakitan sehingga dia terlutut di atas lantai. “IVY!! Let go of that wand!” jeritnya dengan cemas, berlari kearah anak muridnya.

Ivy memandang kearah Fairy Godmother dengan mata yang merah, berair seperti dia terseksa dari kayu sakti itu. “I—I can’t!” Jeritnya balik dan menjerit kerana tangannya mula rasa seperti terkena renjatan elektrik dari kayu sakti itu.

Fairy Godmother ingin mengambil kayu sakti itu dari tangan Ivy kerana cahaya pada kayu tersebut telah berubah dari warna putih ke warna ungu wine, Aura gelap mengelilingi Ivy sehingga membuat force yang menolak sesiapa sahaja yang dekat padanya.

Belum sempat Fairy Godmother dapat mencapai kayu sakti itu, satu letupan besar terjadi dari kayu tersebut menghasilkan satu gelombang hitam membuat semua orang tertolak jatuh keatas lantai, barang yang tergantung dan patung turut jatuh bertaburan. Malah hari yang cerah turut menjadi gelap dengan serta merta.

Fairy Godmother orang pertama membuka mata dari terkena gelombang tersebut dan melihat sekeliling, semua barang hancur berantakan. “Kamu semua okay?” Soal Fairy Godmother dan bangun dari lantai. Dia menghembus nafas lega melihat semua anak muridnya sedarkan diri dan tiada yang tercedera sehinggalah dia teringat Ivy.

“Oh Merlin, Ivy!” Dia berpaling melihat Ivy yang terlentar tidak sedarkan diri dan segera berlutut di sebelahnya. “Oh my dear child, apa dah jadi pada kamu?” Dia mengangkat kepala Ivy keatas pangkuannya, ketepikan rambutnya untuk melihat wajahnya yang pucat dengan lebih jelas dan merasa nadi pada lehernya. Dia masih bernyawa.

Fairy Godmother segera mengeluarkan kayu saktinya dan arahkan ke atas kepalanya, menembak bebola bunga api tembus keluar siling museum keuadara, tanda meminta pertolongan.

Setelah itu dia berpaling kepada anak muridnya yang lain. “Pertolongan dalam perjalanan, kamu jangan pergi ke mana-mana!” arahnya cuba tidak kelihatan cemas.

Gweneth bergerak ke sisi Fairy Godmother untuk melihat keadaan Ivy. “Dia okay ke Fairy Godmother?” Soalnya takut melihat muka pucat Ivy. “Dia takkan apa-apa kan?”

Fairy Godmother menggeleng dengan senyuman tawar. “Dia ada magical core yang kuat.” Katanya dan melihat kayu sakti Fauna yang telah patah dua dan diselubungi dengan benda hitam. Dahinya berkerut. “Dia akan selamat.” Tapi tak tahu dengan magicnya pula.

.

.

Sementara itu di Collage Dementis, Jack Skellington berada di balcony pejabatnya, sedang tersenyum lebar melihat awan hitam yang berada bukan di tanah Vicious, tapi di tanah Enchanted. Petir sambar menyambar dan guruh berdentum dengan kuat sehingga tanah Vicious dapat mendengarnya dengan jelas.

Dia merasakan sentuhan lembut pada bahunya dan berputar melihat Sally juga tersenyum manis kepadanya. Jack Skellington mencapai tangan Sally dan mereka berdua menikmati kejahatan kecil muncul di tanah Enchanted.

“Isn’t beautiful my love?” Soal Jack kepada Sally yang rehatkan kepalanya pada bahunya.

Sally tertawa kecil. “Oh Jack, Cik Ivy membawa hasil lebih cepat dari apa yang kita jangkakan.” Katanya dengan lembut. “Kita pandang rendah dengan magicnya. Tak sangka dia boleh buat awan gelap sebesar itu di tanah Enchanted.”

Jack Skellington mengangguk kecil. “Soon, our little game will began.”

“Itupun kalau Ivy tak kena buang dari Academy dia esok.” Katanya dengan tawa kecil.

“Saya menaruh harapan dengan Cik Devil. Dia bukan ahli sihir yang biasa.” katanya dengan senyuman seribu makna.

.

.

Ivy terbangun secara mengejut sepertinya dia telah mengalami mimpi ngeri. Tapi bukan itu yang mengejutkan dia, dalam separa sedarnya dia teringatkan kejadian sebelum dia pitam. Satu kekuatan magic yang berada di dalam tangannya, aura berat hampir membuat Ivy tercekik kekurangan udara, dan tangannya… Ivy melihat kedua tangannya yang berbintik-bintik merah, seperti campak kecil, rasa menyengit pada jari jemarinya sehingga pergelangan tangannya; umpama ditusuk ribuan jarum dengan bertubi-tubi. Tak sakit sangat tapi gatal… sangat gatal.

Ivy menghayun kakinya ke tepi katil dan melihat sekeliling, dia di dalam bilik yang tidak diketahui. Melihat dari warna cerah cream dinding dan siling bilik, Ivy tahu dia masih di tanah Enchanted. Sekurang-kurangnya dia tak terus dihantar balik ke Tanah Vicious semasa dia tidak sedarkan diri.

Rasa sakit kepala mula melanda Ivy dan ini membuat Ivy mengeluh kecil. Teringatkan kembali apa yang terjadi di museum tadi buat dia rasa nak menjerit tapi perasaan penat lebih menguasai badannya untuk berbuat apa-apa.

What was that…. Apa dah jadi di sana? Desis hatinya masih keliru. Sebaik sahaja dia menyentuh kayu sakti itu, dia merasakan satu kuasa yang amat luar biasa di dalam pegangannya, terlalu kuat hampir buat Ivy terbunuh. Ya, Ivy mengaku dia takut dengan kayu sakti itu. Ia menyerap magic Ivy tanpa izinnya. Sepertinya ia perlukan magic Ivy, dahagakan magicnya.

Tapi kenapa??

Ivy menggenggam kedua tangannya sebelum melepaskannya semula. Masih merasakan sensasi yang dia dapat dari kayu tersebut.

Apa sebenarnya benda tu buat? Sekali lagi dia tertanya. Adakah ini yang Hansel rasa semasa dia pegang kayu sakti itu? Diserap sampai kering dan rasa nak mati? Hansel buat satu magic besar dan itu hampir bunuh dia tapi Ivy… hanya dengan satu sentuhan… kenapa? adakah Kayu sakti itu telah disumpah?

Ivy tersentak dari monolognya bila seseorang mengetuk pintu biliknya. “Masuk.” Ivy menelan air liur pahit. Dia rasa kerongkongnya kering dan kasar sekarang ni.

Fairy Godmother masuk kedalam bilik tersebut dengan segelas minuman dan senyuman manis. “Macam mana kamu rasa sekarang?” Soalnya dan hulurkan gelas kaca itu kepada Ivy.

“Wear out.” Bisiknya dan meneguk air dalam gelas itu. “Thank you.”

Fairy Godmother mengangguk kecil dan mengambil gelas dari tangan Ivy untuk diletakkan ketepi. Pari-pari ini tundukkan diri separas dengan Ivy dan berbisik; “May I see your hands?”

Ivy hanya mengangguk dan menghulurkan kedua tangannya untuk Fairy Godmother, membenarkan pari-pari itu memeriksa tangannya. “Macam mana yang lain?”

“Yang lain?” Soal Fairy Godmother tetap meneliti tangan Ivy, dia menekan tapak tangan Ivy menggunakan ibu jarinya membuat Ivy berdesir kesakitan.

Ivy mengangguk kecil, nak je tarik tangan dia dari Fairy Godmother. “Gretel, Gweneth… yang lain. Mereka semua okay kan?”

Fairy Godmother mendongak memandang Ivy “kamu nak tahu apa jadi dengan rakan sekelas kamu?”

Sekali lagi Ivy mengangguk. “Saya rasakan satu gelombang keluar dalam diri saya, dari kayu sakti tu sebelum saya pitam…” Ivy cuba memandang tempat lain selain mata Fair Godmother. “Saya takut ia mencederakan mereka.”

Fairy Godmother tersenyum kecil dan menyentuh pipi ivy dengan lembut. “Don’t worry my child, mereka semua selamat. Kamu patut risaukan tentang diri kamu.”

“Saya?” Ivy melihat senyuman Fairy Godmother pudar. Ini buat Ivy risau. “Kenapa dengan saya?”

“Kamu di panggil ke bilik persidangan.”

“Kenapa?” Soalnya lagi. Apa dia buat sampai di panggil? “Saya akan kena buang ke?”

“Sebab tu kamu dipersidangkan dihadapan semua pengajar Academy untuk membuat keputusan kalau kamu dibuang atau tidak.”

Ivy menggeleng. “Tapi saya tak buat salah!” Bisiknya tidak berdaya untuk menjerit. “Kenapa saya kena buang academy?”

“Kami pun hendak tahu. Saya datang ke sini untuk bawa kamu ke bilik persidangan sekarang. Kamu rasa kamu boleh bangun?”

Ivy memandang Fairy Godmother tepat pada matanya sepertinya Ivy merayu dalam diam meminta pertolongan atau penjelasan kenapa dia harus hadiri persidangan atas perkara yang bukan dia lakukan. Nampaknya Fairy Godmother pun tidak dapat membantunya.

Ivy mengeluh dengan anggukan. “Baiklah.”

.

.

She speak as if she understand them….

Her mind was denying all the History in the museum….

She knows something that we don’t know….

She’s not the one… She’s not the one…

Pertengkaran antara pengajar academy dari pelbagai gred bergema di dalam bilik persidangan itu. Berperang lidah, membantah dan menyokong bahawa Ivy patut dikeluarkan dari Academy itu dengan serta merta.

“SAya dah kata Oh Great Merlin, Dia terlalu merbahaya! Orang Vicious akan tetap jahat walaumacamanapun kita cuba ubah dia. She’s evil from the core!” Marah maryweather dengan pipi merah. “She even broke poor Fauna’s wand!”

Maryweather terdengar Peter Pan tertawa dan menjeling kearah budak yang tidak pernah membesar itu. “Lighten up mary! Dia hanya nak berseronok! Kan tink?” soalnya kepada kawan baiknya tinkerbell yang terbang di sisinya.

Tinkerbell mengangguk dengan deringan loceng kecil.

“Seronok? Apa yang seronoknya mencuri kayu sakti di raja—in broad daylight I might add dan mematahkan kayu sakti Fauna?” Soal Flora pula. “merbahayakan nyawa pelajar—orang yang berada di dalam museum! Encik Peter, perkara ini tidak boleh dibawa main.”

“Come on Flora, you know better, Cik Ivy takkan mencuri depan-depan Fairy Godmother. Dia mungkin muda dan mereka selalu buat kesilapan tapi tak seperti ini.” Defend Sugar Plum fairy. “Saya tahu sebab dia salah satu pelajar terbaik saya dalam kelas potion.”

“Sugar Plum, kau cakap macam kau kenal budak Evil ni dari dia kecil lagi.” Zorro bersuara dengan loghat italinya tersendiri. “Are you taking a favour to this child?”

“In the matter of fact, I am—”

“It doesn’t matters!” Maryweather menghentak tangan di atas meja membuat mereka semua diam. “Dia masih bersalah. Mencuri, menggunakan kayu sakti ini dengan salah, mencemari dan juga mematahkan kayu sakti Fauna! She corrupted this wand!”

“Silence.” Suara dalam the Great Wizard Merlin kuat bergema dalam bilik tersebut membuat Maryweather kembali duduk di tempatnya. “Mereka dah nak sampai.” Katanya dan tak sampai seminit, Fairy Godmother masuk kedalam bilik tersebut bersama Ivy.

“Sit here my Child.” Arah Fairy Godmother dengan lembut menyuruh Ivy duduk di tengah-tengah bilik dan selepas itu dia pergu duduk di tempatnya iaitu berada di sisi The Great Wizard Merlin.

“Ivy the Devil, dalam bilik ini…. kamu hanya boleh bercakap benar dan hanya yang benar sahaja. Faham?” Soal The Great Wizard Merlin dengan hentakan tongkat saktinya untuk memadam lampu di dalam bilik itu, hanya satu lampu yang tinggal iaitu lampu di atas Ivy.

Ivy tundukkan diri dan mengangguk. “I will.”

The Great Wizard Merlin mengusap janggutnya memerhatikan Ivy untuk seketika dan menunggu suasana bilik itu tenang sebelum bersuara semula. “Saya dapat tahu yang kamu merancang untuk mencuri salah satu kayu sakti pari-pari di Raja, adakah itu betul?”

Ivy mendongak memandang The Great Wizard Merlin tapi apa yang dia lihat hanyalah bayangannya. Tidak dapat melihat wajah ahli sihir tua itu dengan jelas. Ivy hanya mengangguk. “Ya—tapi—”

“Adakah kamu merancang untuk curi semasa kamu dalam kelas sejarah Fairy Godmother?”

Ivy segera menggeleng. “Tak!”

LIAR!” salah satu pengajar dalam bilik persidangan itu bersuara, Ivy tak dapat cham muka pengajar itu kerana gelap. “Jadi macam mana kayu sakti tu boleh berada dalam tangan kamu? Takkan ia jatuh ke tangan kamu dalam sekelip mata?”

The Great Wizard Merlin mengangkat tangannya menyuruh pengajar itu diam dan duduk semula di tempatnya. Dia kembali tumpukan perhatian kepada Ivy. “Cik Ivy the Devil, macam mana kayu sakti itu boleh berada di dalam tangan kamu kalau kamu tidak rancang mengambilnya pada masa itu?”

“kayu sakti tu jatuh dari tempatnya.” Jawab Ivy membuat pengajar dalam bilik itu berbisik sesama sendiri, tidak percayakan Ivy. “believe me! Kayu sakti tu jatuh dengan sendirinya di depan saya.”

“Kalau ia jatuh, kayu tu akan jatuh terus ke ground level kerana lubang di tengah museum itu ada pada setiap level. Tak logic ia jatuh di kaki kamu macam tu je. Are you saying there’s an invisible wind in the museum?” Flora bersuara, masih merasakan keraguan pada keterangan Ivy. “Boleh kamu jelaskan tentang tu?”

“Saya tak boleh jelaskannya sebab saya tak tahu macam mana ia boleh jatuh. sebaik sahaja kami nak keluar, saya dengar kayu tu jatuh ke lantai. Saya tak nampak bagaimana ia jatuh.” jawabnya jujur. “Fairy Godmother ada di situ, kami keluar bersama!”

Mereka semua memandang kearah Fairy Godmother meminta keterangan darinya.

“Maafkan saya tapi saya tak nampak kejadian tu berlaku Cik Ivy… saya dapat tahu kamu pegang kayu tu bila saya rasa kehadiran magic di belakang saya. Jadi saya tak tahu.” Katanya rasa bersalah.

Bilik persidangan mula bising, menuduh Ivy yang cuba minta simpati dari Fairy Godmother, cuba mencari alasan untuk terlepas dari kesalahannya.

“Saya tak tipu!”  Ivy berdiri dari tempatnya dengan mata menyala dan bajunya yang terbakar, seperti api meletup dari bajunya. Hampir membakar satu lantai bilik persidangan itu.

Bertenang Ivy.” Suara The Great Wizard Merlin memberi arahan membuat semua kemarahan Ivy hilang bertukar menjadi takut. Api dan matanya malap dan dia kembali duduk. “Tolong jangan tambah kekecohan dalam bilik ini.”

“Sorry.” Katanya dan berdecis. Dia yang tambah kekecohan? Bilik ni dah cukup kecoh, hanya dia seorang takkan buat bilik itu tambah bising.

“Cik Ivy the Devil, kamu mengaku yang kamu akan mencuri kayu sakti itu tapi bukan pada kelas sejarah kamu. Mengapa? dan bila kamu akan mencurinya? Mengapa kamu ingin mencurinya?” Soal the Great Wizard Merlin dengan tenang tapi kuat untuk satu bilik besar itu mendengarnya.

Ivy diamkan diri untuk seketika sebelum bersuara dengan suara lantang. “Sebab Kayu sakti tu menggoda saya.” jawabnya membuat semua orang terkejut. Ivy pula tersenyum sinis. “Ya, Saya ahli sihir dalam latihan. Siapa tak tergoda dengan kayu sakti yang lebih kuat dari miliknya sendiri? Dan kenapa saya tak curi time tu juga? sebab pengawal, Sprites; mereka semua memerhatikan setiap gerak-geri saya. Kemana sahaja saya pergi, di setiap celah saya muncul, walaupun pengawal tu jauh 10 kaki dia tetap akan pandang saya walaupun saya di bilik lain. Macam mana saya nak mencurinya kalau mereka memantau saya?” Ivy menarik nafas dalam cuba tenangkan dirinya kerana bajunya kembali membara dan menyambungnya. “Jadi saya rancang mencurinya tengah malam. Saya tak tahu apa yang Tuan fikirkan suruh mereka pantau setiap pergerakan saya tapi arahan tuan tak berbaloi sebab tiada siapa tengok macam mana tongkat itu jatuh. Oh saya pasti mereka tahu saya tak curi kayu sakti tu sebab mereka perhatikan saya setiap saat.” Ivy berdesir ayat terakhirnya. “Itu pun kalau mereka berkata benar tentang saya.”

“Ah… Malangnya bukan saya yang bertanggungjawab atas pengawalan museum itu. Ia di dalam tangan pari-pari di raja dan saya rasa faham kenapa mereka buat seperti itu.” Katanya mengingatkan tragedy 10 tahun lalu. “Namun, kamu tidak perlu risau Cik Ivy kerana saya… telah mendengar penjelasan dari Sprites yang memerhatikan kamu di bilik Legendary hero of Enchanted.”

“Dan?” Soal Ivy sambil menjungkit kening.

“Dan mereka kata seperti apa yang kamu terangkan sebentar tadi.” katanya membuat semua orang terkejut. “Kayu sakti itu jatuh dari tempatnya secara Misteri. Disebabkan mereka hanya perhatikan kamu, mereka tidak perasan siapa yang menjatuhkannya.”

“Kalau Tuan tahu kenapa Tuan tanya saya lagi?”

“Untuk memastikan kamu berkata benar.” Jawabnya sambil mengusap janggut putihnya. “Cik Ivy, you live in a different world di mana tiada siapa mempercayakan kamu. This is the only way to make the others to see that, bukan semua perkara buruk yang berlaku adalah salah kamu.”

Ivy tersenyum kecil lega yang The Great Wizard Merlin tidak membuat konklusi seperti yang lain dan beri peluang untuk Ivy terangkan dirinya. “Thank you My Lord.”

“Tapi jangan bergembira dahulu Cik Ivy.” Merlin bersuara sekali lagi. “Kerana perbuatan kamu masih lagi tidak dapat di jelaskan kepada pelajar-pelajar di academy.”

“Mereka semua tahu?” Soal Ivy tapi dia tidak perlu jawapan dari mereka. “Wow… cepatnya berita tersebar.”

“Tak mustahil jika kamu dapat pelajar yang suka bergosip.” Prof. Sugar Plum bersuara dan tertawa kecil tapi salah satu pengajar berdehem. “Oops…Sorry.”

 “As I was saying, Kamu tidak akan dibuang dari akademi ini tapi tindakan kamu cuba mencuri dan juga mematahkan kayu sakti pari-pari di raja masih tidak dapat diterima.” Katanya dengan tegas membuat Ivy tertunduk. “Saya telah berfikir, kamu masih muda dan mudah membuat kesilapan. Tergoda dengan sedikit kuasa sebahagian dari diri Villain kamu tapi itu tak menjejaskan keputusan saya. Jadi dengan itu saya akan menghukum kamu dengan meluangkan masa lapang kamu di perpustakaan academy menolong Puan Camelia membersihkan, menyusun, menanda, mengatur dan restock buku di main library academy selepas kamu habis kelas sehingga mata hari terbenam.”

“S-sampai malam?—T-Tapi—”

“Dan kamu tak boleh keluar sehingga Puan Camelia keluar dari Library itu” sambung Wizard Merlin lagi.

“Itu sampai tengah malam! Semua orang tahu Puan Camelia obsess dengan buku-bukunya! I’ll be bored to death!”

“Kalau macam tu kamu patut gunakan buku-buku dalam library itu untuk menghilangkan bosan kamu.” Jawabnya, tidak menghiraukan dengan rungutan Ivy.

“B-But—”

“Sugar bunch, jangan membantah lagi, lebih banyak kamu membantah, Wizard Merlin akan menambah hukuman kamu.” Prof. Sugar Plum bersuara dengan senyuman simpati.

Ivy terus menutup mulutnya dan mengeluh. “Baiklah. tapi sampai bila?”

“Sampai Mystery kayu sakti itu jatuh dengan sendirinya dapat diselesaikan.” Jawab The Great Wizard Merlin.

Oh that’s mean forever…. Oh takpa, aku tak kesah sangat Cuma aku akan mati terkubur dibawah ribuan buku usang?!!!

Semua orang dapat lihat kemarahan Ivy dari bajunya yang mula membara secara perlahan dan api tersebut merangkak dengan perlahan menuju ke meja mereka. Pengajar-pengajar itu membelakangkan diri rasa takut dengan api ungu itu kecuali The Great Wizard Merlin yang masih lagi duduk dengan tenang di kerusi besarnya (Yang dah mula terbakar) dan juga janggutnya dalam bahaya.

Ivy memejam matanya, menarik nafas dalam sambil mengira dari 1 sehingga dia tenangkan diri (lebih dari 10) dan apinya kembali redah dari membakar bilik tersebut dan pengajarnya hidup-hidup.

The Great Wizard Merlin pula memadamkan api pada hujung janggutnya dan mengetuk tongkat saktinya untuk menghidupkan kesemua lampu dalam bilik itu dan juga mematikan sisa Api kemarahan Ivy. “Now, semua pengajar yang hadir dalam persidangan ini adalah saksi bahawa kamu tidak bersalah dan juga saksi kepada hukuman kamu. Mereka akan cuba meredahkan khabar angin tentang kamu dan juga akan memantau aktiviti kamu lepas kelas. Memastikan kamu terus ke Library selepas makan. Faham?”

Ivy menarik nafas dalam, masih marah tapi tidak semarah tadi. Ivy hanya mengangguk dalam diam.

“Dengan itu, kamu boleh kembali ke asrama kamu dan menjalani hukuman ini bermula pada esok pagi.”

Sekali lagi Ivy diamkan diri. Hanya tunduk kepada The Great Wizard merlin sebelum keluar dari bilik itu dengan senyap tanpa menutup pintu bilik. Semua pengajar melihat gerak-geri Ivy yang sangat menakutkan sehinggalah dia hilang dari pandangan. Barulah mereka menghembus nafas lega.

Fairy Flora ingin bersuara untuk memecahkan keheningan sunyi suasana bilik itu tapi satu letupan api ungu terjadi di luar bilik tersebut membuat semua pengajar menjerit terkejut. Peter Pan terbang ke atas siling, Zorro bangun dari tempat duduknya dengan pedang dalam tangan, sugar Plum Fairy menjadi saiz kecil bersembunyi didalam cawan kosongnya bersama tinkerbell dan tiga pari-pari itu hampir jatuh dari kerusi mereka.

 “For Goodness sake, that child need to control her temper!” Fairy Maryweather kata sambil mengurut-urut dadanya.

The Great Wizard Merlin yang juga sedikit terkejut dengan letupan kemarahan Ivy tadi akhirnya tertawa mendengar komen Maryweather membuat semua pengajar beralih pandang kearahnya dengan pandangan pelik.

Dan The Great Wizard Merlin sahaja yang fikir benda ini melucukan sementara yang lain hampir terkucil dalam seluar.

Typical Wizard Merlin…


>X<

15 comments:

  1. Akak. Sambung lagi. Hehe

    ReplyDelete
  2. Hey Awak *wink wink* akak on the way tulis next chapter so be patient! By the way, thanks sebab baca novel di blog akak... I really appreciate it! and kalau adik sudi letak nama lain kali really bright my day! because akak suke nak tahu nama pembaca akak (,,^_^,,)

    ReplyDelete
  3. hihi im coming....thanks angah... dh baca 4x ni entry nie...aigoo...i'm gonna b crazy with ur story.... angah...ritu org dh khatam2 semua citer n of coz citer yg paling melekat Fdo ngn Nck...angah smbung la lagi citer tu.rindu sgt dgn accel a.k.a beater..xkisah lh org nk ckp citer tu sma cm sao ke x...yg pnting pada org..bila baca org rs mcm org ada dlm citer tu..bukn smua pnulis mampu buat mcm tu...gud job angah...hihihi puji2 tinggi2 ni....nak new chapterrrrrrr....huhuhu
    ikhlas...cik cekelat ..neno neno neno ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  4. You welcome cik cekelat! Awww, terharunya angah dengan Cik cekelat suka citer angah! terutamanya novel tentang gaming programme <3 <3 <3 I like that too! tapi dah lama angah tinggalkan citer tu, kena baca balik kalau nak sambung citer tu... huhuhuhu maybe one day angah akan sambung bila inspirasi nak sambung citer Accel and toshiro and kawan-kawan dorang datang jatuh keatas angah ^_^ but don't lose hope!

    ReplyDelete
  5. thank you Qees!!--wait itu nama u en? Qees? or itu Emoji smiley? huhuhu Just kidding love!! ^_^ anyways thanks sebab suka chapter ni and supporting me (lots of lovey-dovey)

    ReplyDelete
  6. Best...best...best...update lg angah...tak sabar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww thanks salmi!! <3 <3 chapter on the way! Sabar eh honey *kiss kiss*

      Delete
  7. its ok angah...sabar menanti...hehe i love anime...crazy all about fantasi....hanya org yg minat sm je yg phm how mcm mn suke nye org gilanye org dgn smua watak2 anime ....game...crita2 fntasi...heheh keep it up angah....even ulang bc smua novel angah...rs jemu tu xpenah ada...org memng gila mbaca...n of coz org memng kuat berangan...sb tu bila bc novel2 angh...hahah terasa mcm ada dlm cerita2 tu...hihihi peace.... cik cekelat ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love anime too!! sekarang fanatic dgn one punch man huhuhuhu.... and angah akan berusaha kembalikan FDO one day *gambate!*

      Delete
  8. Dah sambung dah!! Angah busy sikit sehari dua ni and for the rest of the week.... hehehehe, Post new chapter mungkin lambat dari biasa ^_^ but thanks for waiting korang semua *BlowKisses*

    ReplyDelete
  9. Sangat obsess dgn merlin.. typical merlin.. i like

    ReplyDelete
  10. Hi fathiyah! Merlin sememangnya wizard yang 'woopsy-daisy'.. so, nak kekalkan watak merlin yang sebenarnya dalam novel ni and I'm glad you like it ^_^

    ReplyDelete